Anda di halaman 1dari 27

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Pensyarah, En.

Nasir b. Ahmad yang telah memberi bimbingan dan dorongan tidak terhingga sepanjang tempoh kerja kursus ini. Pengetua, Guru Penolong Kanan (HEM), guru-guru dan Penyelia Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani II, ibu bapa tercinta En. Elongkovan Govindasamy dan Pn. Bawany Muniandy dan adik-adik yang tersayang, Kaartika dan Sharvin yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan saya. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi motivasi dalam menyiapkan tugasan ini sehingga tamat.

Salah satu kelebihan negara kita Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum minoriti yang lain khususnya di Sabah dan Sarawak. Keadaan ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat resam dan budaya yang menarik untuk dihayati dan diamalkan. Malah adat resam atau budaya yang unik ini mempunyai kepentingan yang tersendiri jika dihargai dengan sewajarnya. Sebenarnya adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia wajar dihargai kerana adat resam atau budaya inilah yang menonjolkan identiti sesuatu kaum itu. Tanpa budaya atau adat resam ini tentunya kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lamanya. Budaya atau adat resam yang diamalkan oleh sesuatu kaum seperti memakai pakaian tradisional semasa perayaan atau hari-hari tertentu, makan menggunakan tangan, menziarahi kubur semasa Hari Raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal adat kaum tersebut. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan adat resam turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

OBJEKTIF TUGASAN INI :

Dapat menerangkan definisi adat resam Menyenaraikan 3 adat resam yang paling utama bagi kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India iaitu adat kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian Mengetahui nilai-nilai murni yang terkandung dalam pengamalan adat resam ini Menghormati adat resam kaum lain

Definisi adat resam i) Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun.

ii)

Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.

iii)

Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi maksud suatu adat dan kebiasaan

Adat Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. A. LENGGANG PERUT ATAU KIRIM PERUT Adat resam ini dilakukan kepada ibu yang hamil tujuh bulan. Bidan yang melakukan upacara tersebut akan memastikan usia bayi dalam kandungan sama ada sudah cukup kiraan bulan atau belum. Alat yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah tujuh helai kain tujuh warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa lembar utas benang mentah, damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, beberapa batang lilin, tepak sirih yang lengkap isinya, dan pengeras sejumlah RM1.25 yang diletakkan di dalam tepak sirih. Pada permulaan upacara melenggang perut, bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain secara melintang disusun berlapis-lapis. Ibu yang hamil itu dibaringkan di atas kain tersebut. Dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut yang disediakan, bidan mengurut perlahan-lahan perut ibu buat beberapa ketika.

Selanjutnya, bidan mengambil buah kelapa yang sudah dikupas lalu digolekkan perlahanlahan di atas perut ibu yang hamil itu dari atas ke bawah sebanyak tujuh kali. Bidan memerhatikan bahagian mata kelapa itu. Mengikut kepercayaan, jikalau mata buah kelapa itu menghadap ke atas, itu menandakan anak yang di dalam kandungan ialah lelaki dan jikalau halanya ke bawah menandakan anak yang dikandungi itu perempuan. Selepas menggolek kelapa, bidan memegang kedua-dua hujung kain yang di atas sekali dan melenggang-lenggangnya pada badan ibu yang hamil itu. Ini dilakukan sehelai demi sehelai sehingga helaian yang ketujuh. Mengikut adat, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan. Begitu juga dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang, dan juga wang yang disediakan. Lazimnya, pada hari melenggang perut, diadakan kenduri doa selamat yang dihadiri oleh sanak saudara terdekat. Ibu yang menjalani upacara ini memakai pakaian baharu. Dalam kalangan sesetengah orang Melayu, semasa seorang ibu hendak bersalin, digantungkan secekak daun mengkuang di bawah rumah untuk menghalang hantu atau jembalang daripada mengganggu ibu itu. Ada juga yang memangkah kapur pada tempat tertentu seperti di muka pintu bilik, di tiang seri rumah atau di tempat bersalin. B. MEMOTONG PUSAT DAN TANGGAL PUSAT Selepas bayi selamat dilahirkan, bidan memotong tali pusatnya dengan sembilu buluh. Tali pusat itu dialaskan di atas sekeping wang perak RM1. Sebelum pemotongan dilakukan, iaitu lebih kurang tiga jari dari perut, tali pusat itu diikatkan erat dengan benang putih. Benang itu juga diikat pada jarak satu jari hingga tujuh kali ikat benang. Di antara ikatan yang keenam dengan yang ketujuh itulah tali pusat itu dipotong. Lazimnya, tali pusat bayi akan tanggal antara

lima hingga tujuh hari. Setelah tanggal pusat, diadakan cuci lautan (naik buai). Hari yang dianggap elok dilakukan upacara tersebut ialah Isnin atau Khamis. C. MEMBELAH MULUT, CUKUR RAMBUT DAN MEMBERI NAMA ANAK Upacara ini dilakukan dengan mencicip air manisan atau madu lebah, buah kurma atau yang seumpamanya pada langit-langit bayi. Bayi dibelah mulutnya dengan cincin emas yang telah dicicipkan dengan air sirih pinang. Selepas tujuh hari bayi dilahirkan, dilakukan pula upacara mencukur rambut bayi. Setelah upacara itu, barulah nama diberikan kepada bayi tersebut. D. PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN Ibu yang bersalin mesti berpantang selama 44 hari. Sepanjang masa berpantang itu, dia ditegah daripada memakan makanan yang dianggap sejuk dan berangin. Setelah tujuh hari bersalin, barulah ibu itu dibenarkan bergerak sedikit-sedikit di dalam rumah tetapi dilarang sama sekali memijak tanah. Ibu itu juga mesti memakan ubat yang diperbuat daripada ramuan akar kayu dan pelbagai jenis rempah. Selain makan ubat yang tertentu, ibu itu digalakkan berdiang di atas bara atau benda yang dipanaskan seperti batu atau besi yang tertentu. Rawatan lain yang dijalaninya termasuklah bertungku, berurut, berbengkung, berbedak (berparam) di badan, menyumbat telinga dengan bawang putih dan berpilis di dahi. Sebaik sahaja tamat waktu berpantang selama 44 hari, pada hari berikutnya ibu itu dimandikan dengan air sintuk limau serta dilangiri sebagai tanda lepas daripada berpantang. Lazimnya pada hari yang ke-45 diadakan kenduri kecil atau bacaan doa selamat sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana telah terlepas daripada sebarang bencana dalam masa berpantang 44 hari itu. Pada hari itulah ibu dibenarkan memijak tanah seperti biasa.

ADAT PERKHAWINAN
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. A. MERISIK ATAU MENINJAU Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan. B. UPACARA PEMINANGAN Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. C. UPACARA MENGHANTAR TANDA Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
8

D.

HANTARAN BELANJA Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah

pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain. E. MENJEMPUT Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. F. UPACARA NIKAH Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. G. BERINAI BESAR Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

H.

HARI PERSANDINGAN Di hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin

perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. I. JEMPUT MENANTU Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

ADAT KEMATIAN
Adat kematian dalam Islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses iaitu: 1) Memandikan Jenazah ~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus ditutup sepanjang proses mandian dijalankan. 2) Mengkafan Jenazah ~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain. ~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak
10

mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus. 3) SOLAT JENAZAH ~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk dan sujud. ~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah. Kepalanya di sebelah kiri imam. ~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam. 4) Pengebumian Jenazah ~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali. ~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan muka perlu menghadap kiblat.

11

ADAT KELAHIRAN
Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga merupakan satu peristiwa penting . Ibu-ibu kaum Cina sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak . Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung . Misalnya , di dalam bilik ibu , perabot tidak boleh diubah-ubah , terutamanya katil . Memaku di dinding dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali . Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-benda yang tidak baik . Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin . Seperti orang Melayu , orang Cina tidak suka bayi yang kecil dipuji 'berat bandannya'. Sebaliknya , kata-kata pujian seperti 'gemuk' dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya dirayakan apabila ia berumur sebulan . Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dalam kertas merah . Setengah keluarga merayakan bagi kali keduanya apabila anak

12

ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. A. MERISIK Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Meminang

13

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. B. BERTUNANG Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika

14

menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. C. MAJLIS PERKAHWINAN Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah

15

atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

16

ADAT KEMATIAN
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soalsoal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda. Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita kematian si mati dan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman dengan membawa hadiah dan wang derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Apabila tepat pada masanya, keranda akan ditutup and dipaku. Kemudian, keranda akan dihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si mayat akan terbentuk suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah ke tanah perkuburan. Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan kuat sebagai lambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang perjalanan. Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat pada masanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran barang persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran wang kertas dan pakaian kertas.

17

ADAT KELAHIRAN
Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India. Setelah bayi itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat . Pada masa kini , banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan . Selama enam belas hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke enam belas untuk merasmikan penamaan anak itu . Pada hari itu , rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan . Nama yang akan diberi kepada bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada takwaim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya . nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut . Waktu memberi nama , bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagulagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita . Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki . Pada suatu hari yang sesuai ( misalnya hari yang ketiga puluh ) bayi itu dibawa ke rumah berhala di mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan .

18

ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. A. MERISIK Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. B. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. C. PROSEDUR IKAT JANJI ATAU NICCAYAM Ia dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan
19

melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. D. ADAT PARISAM Ia terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orraimaalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam

20

perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. E. ADAT MUKUURTAKAAL Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. F. UPACARA KANGGENAM Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

21

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

ADAT KEMATIAN
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Antaranya Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlu mendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat. Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk membawa keranda ke tempat pembakaran juga perlu ditempah. Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian. Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah
22

meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat-adat tersebut. Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan, ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke paras leher dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning atau merah untuk wanita yang berkahwin atau bujang. Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbuk seeka pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah seorang wanita. Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yang digunakan ketika majlis perkahwinan. Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumah dengan kaki simati menghala ke pintu masuk rumah. Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkan lagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika ini, cucu-cucu simati akan berdiri di keliling keranda dengan memegang pandam, iaitu batang pisang yang diikat dengan kain yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan. Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untuk jenazah dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat pembakaran mayat.

23

Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya sekali. Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkut sebuah pasu tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang pada pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan dibakar oleh anak lelaki atau waris. Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan untuk upacara kematian akan dibuang. Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacara pembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau sungai dan dikocakkan dalam air. Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang. Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang perayaan.

24

Nilai-nilai murni yang diamalkan dalam pengamalan adat resam pelbagai kaum di Malaysia ialah: Kepercayaan kepada Tuhan Kasih sayang terhadap ahli keluarga Mengeratkan hubungan ahli keluarga Mengekalkan tradisi kekeluargaan Menghargai warisan budaya Menghormati adat turun-temurun Menghormati adat resam kaum lain Bertolak ansur

25

Sikap menghargai budaya memastikan sesuatu adat kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit, lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan adat resam kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah. Tambahan pula, pengamalan adat resam ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan adat resamnya kerana melalui adat resam inilah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap adat resam menguatkan semangat perpaduan kita.

26

Negara ini memiliki kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain yang lebih kecil populasinya lalu mewarnai kehidupan negara yang unik ini. Adat resam sering digunakan sebagai pengukur betapa tingginya kebudayaan sesebuah bangsa. Peranan paling dominan yang mampu dimainkan oleh adat resam ialah adat menonjolkan budaya sesuatu kaum itu. Sikap mengutamakan adat resam menjadikan semua pihak melihat adat resam sesuatu yang penting umpama bahan sejarah yang harus dipelihara dan dihargai serta dijadikan panduan ketika melakukan sesuatu perkara. Pengamalan adat resam memberikan satu harapan bahawa budaya sesuatu masyarakat itu akan terus wujud dalam dunia ini dan tanpa pengamalannya sudah pasti sesuatu kaum itu akan hilang dari muka bumi ini. Sesungguhnya, adat resam memberi satu sebab supaya budaya kaum diteruskan dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa adat mampu mengubah kehidupan masyarakat. Kesimpulannya, adat resam perlu disanjung dan dilihat sebagai sesuatu yang berharga dalam kehidupan bermasyarakat kini. Sudah acap kali kita melihat remaja melupakan adat resamnya kerana menganggap adat resam tidak mampu untuk hidup seiring dengan perubahan zaman. Memang ada adat resam yang sudah ketinggalan tetapi adat resam masih terus menjadi satu pegangan yang kukuh dalam diri seseorang itu kerana tanpa adat resam tiadalah manusia.

27

Anda mungkin juga menyukai