Anda di halaman 1dari 2

http://kenalisabah.tripod.com/pakaian.

html

Orang Bajau adalah terkenal dengan kemahiran kerja tangan seperti tenunan dan sulam-menyulam. Wanita Bajau di Kota Belud menjahit sulaman pada kain sarung panjang berwarna hitam yang mereka pakai. Orang Bajau dan Iranun di Kota Belud menenun kain dastar tradisional yang dipakai oleh kebanyakkan kumpulan etnik yang lain di Sabah. Pakaian Wanita Badu Sipak Blaus Satin yang berwarna cerah, biasanya warna kuning. Lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan bawah dalam warna kontras kehitaman. Kembang lengan baju adalah 2 inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Ia dipakai semasa majlis perkahwinan. Butang Betawi dipasang dihadapan baju, kadang-kadang juga dibahagian lengan. Badu sampi-Blaus satin lengan panjang yang berwarna cerah, dipakai semasa majlis keramaian. Kain mogah-kain barung panjang tenunan tangan, dengan jalur mendatar, biasanya warna merah dan hitam, dengan tambahan corak melintang. Dipakai semasa majlis perkahwinan. Olos berangkit-kain sarung hitam yang panjang dengan jalur tegak berangkit di bahagian depan. Gaya motif seperti bunga kapas dan pucuk rebung. Pakaian kahwin yang eksklusif ini adalah jarang sekali dipakai sekarang. Selendang-Selendang yang dipakai pada bahu Aksesori: Mandapun-Kain datar yang dipakai sebagai hiasan leher dengan lipatan kertas emas dan perak. Sarempak Dua keping hiasan kepala dalam bentuk kapal dibuat daripada kertas emas perak atau peralatan moden sebagai ganti. Perhiasan kecil yang terjuntai di kedua-dua hujungnya adalah dipanggil garigai. Perhiasan ini dicucuk pada sanggul di atas kepala, tiga jejari daripada garisan rambut. Galang-Gelang perak. Subang-Anting-anting emas atau perak. Keku-Penutup jari emas, perak atau tembaga yang panjang meruncing yang dipakai oleh pengantin perempuan. Ingkot pangkat-Tali pinggang perak berbentuk syiling dengan gesper lebar. Pakaian Lelaki Badu Blaus satin yang berwarna cerah, biasanya hijau, dengan lengan baju yang kembang menunjukkan lipatan bawah dalam warna kontras kehitaman. Kembang lengan baju adalah dua inci lebih panjang daripada panjang lengan dan tangan. Dipakai semasa

majlis perkahwinan. Butang Betawi di bahagian depan, kadang-kadang juga di bahagian lengan. Suar-Seluar panjang daripada kain yang sama dalam warna yang kontras dan hiasan warna merah. Warna hitam dipakai untuk majlis perkahwinan. Tanjak-Lipatan kain dastar untuk hiasan kepala (dipakai semasa majlis perkahwinan). Podong, dipakai oleh penunggang kuda. Ingkot pangkat Tali pinggang perak berbentuk syiling dengan gesper lebar dengan cantuman yang dipanggil supu iaitu perak bulat yang digunakan sebagai tempat menyimpan rokok oleh orang Bajau. Selendang-Kain selempang yang diikat dipinggang.

Anda mungkin juga menyukai