Anda di halaman 1dari 10

Pakaian suku kaum Sarawak

Pengenalan
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang
mempamerkan kemahirantangan yang menghasilkannya.Ragam hias pakaian
membentuk motif-motif etnik sam ada dari tenunan, jahitan manic dan
labuci.Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan
kekayaan bagi pemakainya.
Pakaian suku kaum iban

Pakaian kaum wanita

Bidang

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.Kain sarung ini sempit dan panjangnya
cuma lebih kurang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang
berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan.Bidang

yang

digunakan

sebagai

pakaian

harian

tidak

banyak

reka

coraknya.Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarnawarni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometric dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuningkuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna
merah.

Kalambi

Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada du ajenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu
sahaja.Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur
yang dilipat dua.Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau
ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang
labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.Terdapat kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur yang indah danada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur
dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai
oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang
menggunakan kain yang ditenun dengan caraikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang
menegak, figura manusia dan burung.Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk
geometrik.Hujung kalambi hasi ltenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias
dengan karangan manik.

Bedong

Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong,iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung
hamper sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di
badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

Pakaian kaum lelaki

KainSirat

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang

indah.Kadang-kadang manic dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian
itu.Sirat dipakai dengan caramelilitnya dipinggang dan celah kang kang. Hujung kain ini
dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang
berhias.

Dandong

Ia merupakan kainselendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong.Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barangbarang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.

PuaKumbu

Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka.Pua Kumbu dikatakan
mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai
dan

seumpamanya.Dalam

upacara

perkahwinan

pula,

ibubapa

pengantin

perempuan

menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'maskahwin'. Semasa
bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada
saudara tua.Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain
digunakan sebagai pakaian.

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang
lampit dan manikmanik.Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Wanita memakai
bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang.Perhiasan diri dari perak
seperti ringgit gobeng,gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Pakaian tradisional masyarakat Bidayuh

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita
masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh
lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik
halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah.
Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada
kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita
masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang
persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak
berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih.
Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
Pakaian suku kaum murut

Pakaian suku wanita

Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang
berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil
babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi linantian.

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan
pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki
dan olod.

Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua
sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang
panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki
pangungupu, bulul, olod dan sebagainya.

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil
holong sulou.

Pakaian suku kaum kayan

Pakaian wanita

Pakaian wanita kaum kayan dikenali sebagai Taah.Ianya dihiasi dengan manikmanik yang berwarna warni.Kainnya boleh didapati dalam pelbagai warna seperti
warna merah, hitam, ungu dan hijau.Taah dihiasi dengan ukuran tradisional yang
disebut ikeng.Taah dipakai dengan tali pinggang yang disebut jet.Jet ini
diperbuat daripada manik yang besar ataupun daripada perak.Jet terdapat dalam
pelbagai saiz dan bentuk iaitu terpulang kepada kreativiti individu terbabit.Bilang
pula dipakai secara bersilang di atas bahu kiri dan kanan.Bilang juga boleh dipakai
hanya disebelah satu bahu sahaja.Bilang boleh didapati dalam bentuk kain atau
manik.

Pakaian lelaki

Pakaian lelaki kaum kayan disebut bah.Bah ini diuat daripada kulit binatang
seperti harimau,atau beruang.Lelaki akan memakai topi atau lavung.Lavung ini
dihiasi dengan bulu burung kenyalang ataupun bulu ayan.Mereka juga akan
memakai seluar pendek warna hitam.

Posted by joo ann at 11:20 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Alat Muzik Tradisional Dan Lagu - Patricia Lahong


Emang
1.ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat muzik tradisional Sarawak yang paling sinonim dengan masyarakat di Sarawak
ialahsape.Ia berbentuk seperti gambus panjang bertali empat.Badannya panjang
dan

berbentuk

hampir

empat

jakuvang.Dipermukaan sapeini
bermotifkan

orang

segi

dan

diperbuat

kebiasaannya,diukir

Iban,Kayan,Kenyah

(bagi

dengan

masyarakat

daripada

kayu

ukiran

yang

Kayan,ukiran

ini

disebut ikeng) serta diwarnakan dengan warna merah atau hitam.

Alat ini popular dalam kalangan kaum Kayan,Kenyah,Kelabit di Sarawak.Ia akan


dimainkan sebagai muzik untuk mengiringi penari-penari atau semasa perayaan
besar.Pada zaman dahulu,kaum teruna bermain sape untuk memikat gadis.

Sekiranya kita ingin menggunakan sape, caranya adalah dengan meriba sape
seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala sebelah tangan
lagi menekan tali-tali pada pelbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Selain itu,gong juga merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat di
Sarawak.Gong ini diperbuat daripada tembaga.Antara keunikan gong bagi suku
kaum Kayan ialah,ia bukan sahaja merupakan alat muzik namun juga sebagai
hantaran

perkahwinan

daripada

pengantin

lelaki

kepada

bapa

pengantin

perempuan.Bagi masyarakat Kayan,pemberian gong tersebut merupakan satu


simbolik bahawa pengantin lelaki sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga
pasangannya dengan baik.Pengantin juga akan duduk di atas gong semasa majlis
perkahwinan.

Salah satu alat muzik tradisional yang turut diperbuat daripada tembaga
ialah, tawek.Ia didapati dalam saiz yang kecil berbanding gong.Untuk menghasilkan
bunyi daripadanya adalah dengan memukul permukaannya seperti gong.Antara alat
muzik yang agak mahal pula ialah agong.Ia turut diperbuat daripada tembaga dan
bentuknya seperti gong.

Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sarawak.Bagi


masyarakat Kayan,ia disebut selingut.Ia diperbuat daripada buluh.Satong juga
diperbuat

daripada

buluh.Tong pula

alat

muzik

yang

dimainkan

dengan

meniupnya.Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.

2.LAGU

Bagi

etnik

Kayan,Kenyah

di

Sarawak,salah

satu

lagu

tradisional

kaum ini

ialahNekna.Biasanya,ia dinyanyikan dalam kumpulan.Salah seorang akan menjadi


penyanyi utama dan yang lain akan menyahut dengan sahutan yang sama.Nekna
akan dibuat dalam majlis-majlis sebagai perasmian atau persembahan.Lirik lagu ini
biasanya dinyanyikan secara spontan untuk menceritakan mengenai perasaannya
ataupun penyanyi itu ingin menyampaikan cerita.

Selain itu,Nirau pula merupakan salah satu lagu yang dizahirkan oleh si penyanyi
kepada orang yang sudah meninggal.Sama seperti Nekna,lagu ini dinyanyikan
secara spontan dengan lirik yang bebas dan terpulang kepada orang yang
menyanyi.Namun, perbezaannya adalah,Nirau tidak memerlukan orang lain untuk
menyahut lagunya.Ia dinyanyikan secara sendirian.

Selari dengan kemajuan dunia hiburan masa kini,etnik-etnik di Sarawak seperti


Iban,Kayan,Kenyah,Bidayuh dan sebagainya turut menghangatkan lagi dunia
hiburan tanah air dengan memuatkan lagu-lagu dalam bahasa ibunda.Antara
penyanyinya ialah,Urai Lah.Lagu yang paling popularnya ialah Telang Usan..Lagu

ini mengisahkan rasa cintanya kepada tempat asalnya.Telang Usan itu sendiri
memberi maksud nama sungai yang paling besar di Ulu Baram.Lagu itu merupakan
salah sebuah lagu kaum Kayan.Maxwell pula merupakan penyanyi Iban.Antara
lagunya ialah Cap Ape.Lagu ini merupakan lagu nasihat kepada kaum lelaki
khasnya supaya menjauhi arak dam wanita pisau cukur.

Anda mungkin juga menyukai