Anda di halaman 1dari 4

PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang
indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias

 DANGDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong


lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain
ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan
dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain
yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung
ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110
cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka
corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka
corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada
diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan
dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
KALAMBI
 
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa
lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi
sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya
dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi
berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun
dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah
dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-
figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai
pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini
bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun
dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal
atau dihias dengan karangan manik

BEDONG
 
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir
sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti
pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
 

baju baldu

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDU

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung


songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar,
diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul

BAJU BABAN
baju baban

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian


pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam
dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih
sanggul
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU 

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju


potongan moden bersamping broked oren keemasan,
pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar
memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH


perempuan bidayuh

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias
selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah
dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

Anda mungkin juga menyukai