Anda di halaman 1dari 55

Masyarakat majmuk di Sabah

membolehkan kita menikmati


keunikan,keindahan kebudayaan
serta kesenian yang
mempersonakan.

Keluasan negeri Sabah seluas 73620
km persegi ini menghimpunkan lebih
23 suku etnik dan setiap etnik kaya
dengan adat dan budaya tradisional
masing-masing.

Di antara suku kaumnya adalah
Kadazandusun, Bajau, Murut,
Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus,
Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian,
Binadan, Orang Sungai, Tatana,
Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Walaupun kaya dengan kebudayaan
dan kesenian namun perbezaan di
antara satu sama lain adalah ketara.

Ini boleh dilihat terutama sekali
pada, pakaian tradisi, tarian tradisi,
muzik tradisi, dan kraftangan.
Setiap satunya akan mencerminkan
identiti sesuatu suku kaum dengan
agak nyata.

Perbezaan diantara berbagai-bagai
suku kaum adalah ketara terutama
sekali dari segi bahasa, ugama, adat
istiadat, corak dan pegangan hidup
termasuklah pakaian tradisi mereka.

Busana tradisional mereka
menggambarkan kekayaan hasil tangan
seperti tenunan bersulam linangkit dan
kreativiti manik dan labuci serta
pelbagai hiasan seperti hiasan kepala
sarempak, hiasan leher mandapun,
penutup kuku keku, tali pinggang
berserta pending ingkot pangkat juga
selendang.

Kemahiran menghias pakaian dan
cara berpakaian yang kemas dan
cantik menjadikan koleksi pakaian
negeri Sabah hebat, unik dan amat
menarik perhatian.

Kebanyakan suku kaum di Sabah
memilih hitam sebagai warna pakaian
traditional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya
daripada kepercayaan bahawa warna
hitam adalah lambang kekuasaan
atau warna ketuhanan yang mana
dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus
yang jahat.

Ada setengah-tengah pihak
mengatakan bahawa penggunaan
warna hitam adalah disesuaikan
dengan cara hidup dan keadaan
semulajadi di waktu itu.

Lelaki memakai baju baldu atau
kapas berwarna hitam dan dihiasi
sulaman dan labuci. Kepala memakai
sundi dari kain destar. Wanita
memakai baju dan sarung dari kain
kapas yang dihiasi sulaman tinobogi
dan linangkit dari benang berwarna-
warni.

Lelaki dan wanita suku kaum Irranun
menggayakan pakaian tradisional
yang diperbuat dari kain tenun atau
kain Mogah.
Wanita menggayakan blaus badu
sampit dan kain sarung olos
berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala
sarempak. Lelaki Bajau menggayakan
baju potongan Cekak Musang, seluar,
samping dan destar.

Gandingan blaus organza beropol
dipadankan sengan kain batik atau
songket dan perhiasan kepala.

Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan
pakain kepala yang disebut siga.
Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tapi dan
selendang batik dilengkapi tali
pinggang himpogot.

Lelaki memakai jaket barbaru dan
cawat dari kulit kayu puputul yang
dilukis dengan motif dari manik atau
warna. Perhiasan kepalanya tupi
sinulatan juga dari kulit kayu.

Wanita menggayakan pakaian
pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-
manik berwarna-warni. Perhiasan
diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai.
Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran
menggayakan baju dan seluar baldu
bersulam, berikat bengkung serta
destar.
Wanita Murut pula menggayakan
baju tanpa lengan dan kain bersulam
manik halus berwarna-warni

Baju Kebaya Pendek yang dipakai
dengan kain pelekat yang diikat
paras betis. Pakain kepala
seharusnya dari kain batik sarung.
Ia bertujuan melindungi dari bahang
matahari.

Bajunya potongan Baju Melayu
ringkas yang dipakai dengan seluar
dari kain pelikat ikat kepala dari
kain batik berserta seraung dari
anyaman buluh.

Baju fabrik baldu hitam berhias
renda kuning keemasan. Lelaki
memakai pakaian kepala sigal dari
kain destar dan wanita memakai
siung dari anyaman buluh halus
bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali
pinggang syiling perak.
Lelaki ini memakai pakaian adat yang
telah dipermodenkan. Baju dan
seluar dari satin dihiasi sulaman
benang emas.

menggayakan pakaian istiadat dari
baldu yang diperindah dengan manik
dan labuci. Bengkungnya dari kain
batik atau kain tenun dan memakai
pakaian kepala dari kain destar yang
disebut sundi.

http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2004/apr04/
Warna_Sari_Hidup.html
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/pendu
duk_sabah.asp
http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam
.htm
www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=
732
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/pakaian_t
radisional.asp

Anda mungkin juga menyukai