Anda di halaman 1dari 66

PERKEMBANGAN EMPAT PERINGKAT SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PENDIDIKAN ZAMAN
KOLONIALISME BRITISH
1700-1786
PENDIDIKAN ZAMAN
SELEPAS KOLONIALISME
BRITISH
1786-1956
PENDIDIKAN SELEPAS
MERDEKA
PENDIDIKAN ALAF
BARU
PENDIDIKAN ZAMAN SEBELUM
KOLONIALISME
MASJID ATAU
SURAU
SISTEM SEKOLAH
PONDOK
SISTEM
MADRASAH ATAU
SEKOLAH AGAMA
MODEN
Pendidikan individu merangkumi pendidikan
di rumah, sekolah, pasca persekolahan,
institusi pengajian tinggi dan tempat kerja
(Berita Harian, 10 Disember 2006).
Melalui pendidikan bertahap inilah nilai dan
budaya yang kukuh diterapkan supaya akan
lahir modal insan yang mantap dan berkualiti.

Di Malaysia, sistem pendidikan yang dilalui
oleh setiap pelajar merangkumi sekolah rendah
dan menengah yang mengambil masa selama
11 tahun. Mereka diberi pelbagai pendedahan
untuk melengkapkan diri dengan keperluan
dunia dan akhirat.

Bagi pelajar muslim, mereka diberi pendidikan
Islam bagi melengkapkan diri dengan
kemahiran membaca al-quran dan ilmu feqah
bagi memantapkan iman dan taqwa.


Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
Melahirkan manusia berkemahiran tinggi
Melahirkan masyarakat berakhlak mulia
Melahirkan masyarakat yang boleh membuat
keputusan yang tepat
Melahirkan manusia yang patuh kepada
agama / beriman
Melahirkan masyarakat yang adil

Pendidikan pada Zaman sebelum
merdeka terbahagi kepada dua
peringkat yang menjadi pemangkin
kepada pembangunan insan dan
negara di Malaysia. Iaitu era
masyarakat tradisional dan era
penjajahan.
Corak pendidikan yang ada di waktu ini
berbentuk bukan formal. Ia wujud dan
berkembang bersama-sama pengembangan
agama Islam di negari-negeri Semenanjung
Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada
abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang
beragama Islam datang ke kawasan Asia
Tenggara.
Pembentukan tamadun awal di Nusantara
mempunyai kaitan dengan pembangunan ilmu
pengetahuan. Kerajaan Srivijaya, Aceh dan
Melaka menggambarkan keadaan tersebut.
Justeru itu, kita dapati bahawa sejak sekian
lama penduduk Tanah Melayu juga
mementingkan ilmu pengetahuan.
Tradisi ini begitu ketara pada zaman
Kesultanan Melayu, yang mana pihak istana
amat menghormati golongan ilmuan (ulama)
dan memartabatkan kitab-kitab yang dikarang
atau dibawa dari luar. Golongan ulama yang
memainkan peranan penting dalam
penyebaran agama Islam ke rantau ini begitu
dihormati.
Hubungan yang akrab dengan pihak istana
dan rakyat telah membolehkan ajaran agama
Islam dapat diterima, dipelajari dan difahami
dengan berkesan.
Sehubungan dengan itu, banyak kitab
dikarang oleh para ulama. Tulisan jawi yang
merupakan asas pengajian al-Quran juga
digunakan secara meluas dalam bidang ilmu,
pengkaryaan (penerbitan) dan pentadbiran.
Pendidikan al-Quran juga berkembang
dengan pesat. Bahasa Melayu yang merupakan
bahasa lingua franca di Asia Tenggara banyak
meminjam istilah-istilah daripada bahasa Arab.
Pada peringkat awal, pendidikan orang
Melayu lebih banyak berorientasikan
pendidikan agama. Tumpuan diberikan
kepada pengajaran dan pembelajaran al-
Quran.
Ini disebabkan al-Quran adalah merupakan
sumber rujukan dan sumber ilmu pengetahuan
bagi orang Islam. Kaedah pendidikan yang
digunakan begitu informal, dijalankan di
rumah, surau, madrasah dan masjid.
Tidak formal pendidikan awal atau asuhan
dalam keluarga
Peringkat keluarga tekankan nilai moral,
pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian
dan latihan
Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya,
adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah

Kaedah bercerita dan serap nilai budaya,
unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang
dll.
Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat
melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur
tangan hadapan orang dewasa.
Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar
kelaluan baik
Pendidikan individu merangkumi pendidikan
di rumah, sekolah, pasca persekolahan,
institusi pengajian tinggi dan tempat kerja
(Berita Harian, 10 Disember 2006). Melalui
pendidikan bertahap inilah nilai dan budaya
yang kukuh diterapkan supaya akan lahir
modal insan yang mantap dan berkualiti.

para guru digelar muaddib berperanan
mendidik budi pekerti putera dan puteri raja.
Muaddib yang terkenal ialah Ahmad Ibnu Abul
Abbas Tsalab yang diminta mendidik Taher,
putera kepada Muhammad Ibnu Abdillah.
Ahmad telah disediakan dengan tempat istimewa
dan diminta mengajar Taher selama empat jam
sehari. Semua kemudahan disediakan dan beliau
telah membimbing Taher selama 13 tahun.

Pendidikan di istana bukannya bersifat formal
malah mendidik dan mengisi keperluan rohani
dan jasmani. Amalan ini masih diamalkan oleh
kebanyakan pemerintahan beraja di dunia
termasuk sultan-sultan Melayu di Malaysia
dan kesultanan Brunei.
Pada zaman dahulu, anak-anak raja diberi
pendidikan lengkap dari segi emosi, fizikal,
mental dan spiritual sebagai persediaan
menjadi pemimpin negara.

Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
Mansur Shah terima Islam daripada Maulana
Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad
berguru dengan Maulana Sadar Jahan
Ulamak dan pendakwah bangsa asing
tinggal di Melaka kembangkan Islam
Melaka beri perhatian terhadap perkembangan
Ilmu ramai tinggal di Melaka

Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab
Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu
Bakar diarak ke istana
Mansur Shah berminat tasauf


Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana
pusat pengajian
Istana tempat simpan buku hikayat seperti
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah
Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal
pentadbiran dan politik

1. Bentuk pendidikan tak formal
2. Pendidikan Al-Quran
3. Di rumah Tok Guru
4. Umur 7 hingga 15 tahun
5. Selepas waktu Zohor atau Maghrib
6. Kitab, Muqadam & Al-Quran
7. Bayaran percuma
8. Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah,
tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara
wajid

Antara yang di ajar termasuklah membaca dan
menulis huruf-huruf al-Quran, tulisan Jawi,
tajwid, ilmu fardu ain, rukun Islam dan rukun
iman. Para pelajar ketika itu tidak dikenakan
sebarang bayaran.
Mereka mempelajari pendidikan agaman Islam
melalui guru-guru al-Quran yang terdapat
dikampung-kampung atau melalui mereka
yang berketurunan Sayid.
Kebanyakkan mereka mengajar di surau-surau
ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang
sama, guru-guru itu menjadi imam kepada
penduduk kampung tersebut.

Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu
pula mulai muncul pada pada permulaan abad
ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud
sejak abad ke 19 lagi.
Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani,
Selatan Thailand. Ada juga pendapat
mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.

Walau bagaimanapun terdapat keterangan
mengatakan bahawa sekolah pondok berasal
dari Pattani, Selatan Thailand. Ini berdasarkan
bahawa Pattani terkenal sebagai Pusat
Pelajaran Agama dan Kebudayaan Melayu
pada abad ke 16 dan 17 Masihi. Juga
berdasarkan pada kurun ke 12 terdapat ramai
ulama Pattani menyusun kitab-kitab Jawi
yang digunakan di pondok-pondok.
Kebanyakan Tok Guru menggunakan loghat
(dailek) Pattani bila menyampaikan pengajaran
mereka khususnya bagi pondok di negeri
Kedah dan Perak. Kemungkinan yang kedua:
Pondok berasal dari Kalimantan, Indonesia
berdasarkan beberapa buah kitab Jawi yang
dibawa dan dibaca di pondok-pondok hasil
terjemahan ulama Banjar dan Jawa.

Sebagai contoh di utara Semenjung Malaysia
terdapat Tok guru pondok yang mendapat
pendidikan dari Pattani dan Indonesia. Ulama
yang berasal dari pendidikan Sumatera seperti
Haji Muhmud Taha (pondok Alor Belat)
Butterworth tahun 1880an. Ibrahim Acheh, Tok
Syeikh Acheh (pondok Permatang Janggus)
Kepala batas, Seberang Prai Tengah, tahun 1885an.
Fakih Daim (pondok sungai Dereka) Seberang Prai
Tengah, tahun 1880an. Haji Salleh al-Misri
(pondok al-Masriyyah) Bukit Mertajam tahun
1906.

Golongan kedua berasal dari pendidikan
Pattani seperti Haji Zainal atau Tuan Minal
(pondok Sungai Dua) tahun 1875. Haji
Mahmud Taib (pondok Kubang Semang),
Seberang Prai Tengah tahun 1920. Haji Ahmad
Padang Lalang (pondok Lalang) Bukit
Mertajam tahun 1890 dan Tuan Haji Husin
Mohamad nasir bergelar Tuan Haji Husin
Kedah (pondok Pokok Sena) Kepala Batas
Seberang Prai tahun 1934 dan (pondok Padang
Lumat) Gurun Kedah tahun 1924.


Di utara Semenanjung Malaysia, pondok
mempunyai dua maksud. Pertama, pondok
bererti rumah kecil yang bersifat sementara,
kedua ia bererti sebuah institusi pembelajaran
Islam yang berbentuk tradisional dan ortodoks.
Di Malaysia dan selatan Thailand, pondok
bererti institusi pendidikan agama Islam yang
bersendirian dan berasrama.
Di Jawa, pondok disebut Pesantren dan dalam
bahasa Jawa, pondok bermakna Madrasah.
Manakala di Aceh, Sumatera, pondok disebut
Dayah.
Hakikatnya, dapat dibuat rumusan bahawa
pondok ialah rumah kecil yang dibina
bertujuan untuk tempat tinggal yang berkait
dengan pengajian agama Islam dan terletak
berhampiran surau atau masjid.

Perkataan pondok berasal dari bahasa arab yang
bermaksud khemah: sebagai tempat persinggahan
sementara bagi pengembara. Istilah pondok
termashyur sebagai tempat tinggal yang diduduki
oleh pelajar-pelajar yang datang ke satu tempat
untuk mempelajarai ilmu-ilmu agama dengan
membawa barang-barang keperluan sendiri.
Definisi ini menepati pengertian yang diberikan
oleh Kamus Dewan yang diertikan bagi madrasah
dan asrama tempat belajar agama.

Pondok di Indonesia diperbuat daripada
buloh. Di desa yang makmur terdapat pondok-
pondok yang diperbuat dari bahan kayu yang
baik bertiang dan bertangga kayu. Tangga-
tangga pondok dihubungkan ke perigi oleh
sederet batu-batu titian, yang membolehkan
pelajar-pelajar yang tidak bersepatu dapat
mencuci kaki dan terus naik ke pondok
masing-masing.

Sekolah-sekolah pondok di Tanah Melayu
sebilangan besarnya di kawasan-kawasan
penanaman padi seperti negeri Kedah dan
Kelantan. Selain dari itu terdapat beberapa
kawasan seperti Seberang Prai, Perlis,
Terengganu, Selangor, Perak dan Johor.

Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun
1909 sehingga Perang Dunia Kedua.
Antara tahun 1910 hingga 1945 boleh
dikatakan zaman keemasan dalam
perkembangan pengajian pondok di Tanah
Melayu.

Pondok pada masa itu telah mencapai
kemajuan yang gemilang dengan lahirnya
ulama-ulama terkenal .
Ada sesetengah pondok pada masa itu
mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.
dalam konteks masyarakat Melayu tradisi,
pengajian pondok merupakan institusi
pengajian agama yang amat disanjung tinggi.
Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada
sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat
dihormati dan mereka adalah alim ulama
yang akan membimbing masyarakat.
, kemunculan sistem pendidikan moden pada
hari ini, bukanlah bererti ia akan menggugat
sistem pengajian pondok secara
keseluruhannya. Apa yang jelas sistem pondok
ini masih mendapat tempat dalam
masyarakat.
Terdapat segelintir pendokongnya tetap
mempertahankan sistem ini sama ada dengan
mengekalkan pondok-pondok yang masih ada
ataupun menubuhkan sistem pengajian ala
pondok dengan menggabungkan dua sistem
pendidikan, iaitu sistem persekolahan dan
sistem pengajian pondok.
Sistem pendidikan pondok dapat dikatakan
sebagai lebih kemas daripada sistem
pendidikan agama di rumah-rumah atau di
surau-surau. Negeri Kelantan, Kedah dan
Terengganu merupakan tiga buah negeri yang
banyak mendirikan sekolah-sekolah pondok
Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula
apabila datangnya tuan guru atau alim ulama
dari luar untuk mengajar ilmu agama kepada
orang kampung terutamanya kepada
masyarakat petani yang tinggal di kawasan
penanaman padi. Kebanyakan guru pondok
mempunyai pengaruh yang kuat dalam
sesebuah kawasan dan mereka memberi
khidmat secara sukarela.
. Dengan pertolongan orang kampung, rumah
untuk tuan guru dan pondok untuk murid-
murid didirikan dalam satu kawasan yang
berdekatan. Tempat ataupun tanah untuk
mendirikan pondok biasanya kepunyaan tuan
guru atau diwakafkan oleh orang-orang yang
ingin mewakafkan tanah mereka.

Para pelajar ketika itu tidak dikenakan
sebarang bayaran. Sumbangan daripada
pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu
guru membersihkan kawasan persekitaran
tempat belajar, mengambil air, membantu
kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan
sebagainya.

-sekolah agama tradisional pertama
-tiada sukatan yang piawai.
-kurikulum berdasarkan masjid Al Haram di Makah.
-subjeknya adalah tauhid, al- Kuran, fekah, hadith,
nahu, sufi, tasawwuf dan akhlak, b.arab dan jawi.
-murid tinggal di pondok Tok Guru.
-tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di
kampung masing-masing
-ada juga yg melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi supaya dapat memasuki universiti
Pelajar-pelajar diajar kemahiran asas untuk
pandai menulis, membaca dan mengira. Ini
membolehkan mereka berupaya membaca dan
memahami isi kandungan al-Quran.
Justeru itu, secara tidak langsung mereka juga
mempelajari bahasa Arab

Sukatan pelajaran yang khusus juga tidak disusun.
Antara mata pelajaran yang disampaikan adalah
Tauhid, Tafsir, Fikah, Hadis, Nahu, Saraf, Tasawuf
doa-doa yang ada hubungan dengan kehidupan
seharian dan amalan hidupbermasyarakat.
Di sekolah pondok tulisan Jawi dan bahasa Arab
diajarkan.


Bahasa pengantar utamanya adalah bahasa
Melayu kerana pada masa itu
banyak kitab dalam bahasa Arab telah
diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Jangka masa pembelajarannya tidak terhad,
adakalanya sehingga sepuluh tahun.
Awang Had Salleh (1977) berpendapat bahawa
terdapat dua jenis cara pengajaran di pondok.
Pertama, pengajaran secara tetap untuk murid-
murid sepenuh masa dan
kedua, pengajaran pada hujung minggu untuk
orang dewasa.
Tujuan umum pelajaran pondok ialah untuk
melahirkan pelajar yang tahu Hala Tuju Pengajian
Islam di Malaysia
tentang hukum-hakam agama, berakhlak tinggi
dan dapat beribadat dengan betul.

Walaupun dikritik kerana prasarana yang daif dan
tertumpu kepada subjek agama semata-mata,
tetapi sekolah pondok berjaya melahirkan
golongan ulama yang menyumbang kepada
kemajuan orang Melayu.
Antara tokoh ulama yang tersohor termasuklah
Tok Kenali, Tok Ku Syeikh Abdul Malek, Tuan
Tabal, Haji Wan Musa dan ramai lagi.

. Sistem yang diguna pakai oleh dalam pengajaran
adalah berbentuk halaqat iaitu murid akan
mengelilingi guru dimana guru tersebut akan
membaca kitab-kitab dan menerangkan tentang
setiap ilmu dan murid pula akan menadah kitab
dengan membuat catatan dari setiap penjelasan
guru.
Metod pengajaran yang dilaksanakan dalam
bentuk sehala di mana guru yang menentukan
jenis-jenis ilmu yang akan diajar serta jenis-jenis
kitab yang di gunakan.

Majoriti kitab yang di guna pakai adalah sama
dengan kitab yang di pakai oleh intitusi-
institusi pengajian tinggi dari Timur Tengah
seperti Universiti al-Azhar.
Dari sudut potensi pelajar di kesan melalui
keupayaan dan ketekunan mereka menguasai
kitab-kitab yang dipelajari.
Para pelajar yang mengikuti pengajian di
sekolah pondok ini kebanyakannya akan
meneruskan pengajian mereka ke institusi
pengajian tinggi di Timur Tengah selepas
tamat belajar di sekolah pondok bagi mereka
yang berkeinginan menambah ilmu kerana
institusi tersebut tidak menetapkan kelayakan
dan kecemerlangan seseorang pelajar untuk
mengikuti pengajian di sana.

Kokurikulum yang diguna pakai juga kurang
teratur dan lebih ditumpukan kepada aspek
ukhrawi ilmu agama sahaja
oleh yang demikian mereka agak ketinggalan
dalam bidang akademik kerana menganggap
ia lebih kepada duniawi.
Dari sudut sukatan pelajaran pula agak lemah
di mana tiada sukatan tertentu dan kitab-kitab
yang diguna dibaca awal muka surat sehingga
akhir dan
mengambil masa yang agak lama di mana
terdapat pengulangan serta pertindihan topik
hingga tiada hala tuju dan pengajaran dari
guru juga tidak sistematik.

Kebanyakan guru yang berkhidmat di sekolah
pondok mendapat pendidikan melalui sistem
pondok juga dan mereka semua tidak mendapat
latihan mengajar secara formal dan mereka juga
menerima gaji yang kurang dengan nasib mereka
tidak terbela dengan sebaiknya serta dipinggirkan
dimana mereka hanya menerima gaji dari yuran
pengajian pelajar hingga menyebabkan
kebanyakan mereka terlibat dalam bidang
ekonomi yang lain seperti bidang pertanian dan
lain-lain untuk menyara hidup mereka

Sekolah pondok merupakan satu kawasan
yang mengandungi bangunan-bangunan
seperti berikut, sebuah surau sebagai tempat
pengajaran dan pembelajaran antara guru
dengan murid, rumah guru dan juga rumah-
rumah kecil(pondok) yang boleh mencapai
kepada ratusan buah yang menjadi
penempatan bagi penuntut. Ia biasa
dibangunkan di kawasan perkampungan yang
jauh dari kawasan bandar.

Sekolah-sekolah pondok ini tidak meletakkan
satu syarat kepada setiap penuntut yang ingin
mengikuti pengajian dan ia hanya terpulang
kepada kemahuan seseorang dan keizinan dari
tok guru bagi sesebuah sekolah pondok.
Kebiasaannnya mereka akan belajar mengenai
ilmu-ilmu tradisi Islam seperti al-Quran dan
tafsirnya, al-Hadis, Fiqh, Faraidh, Qawaid,
Lughah Arab, nahu saraf, Balaghah dan lain-
lain di mana sukatan pelajaran ini dijalankan
dengan menadah kitab iaitu tok guru membaca
kitab dan memberi penerangan atau penjelasan
manakala para pelajar akan membuka dan
mencatit apa yang dirasakan penting dari
pengajaran tadi.
Sistem sekolah pondok juga tidak mempunyai
tingkatan kelas pelajaran yang rendah atau
tinggi tetapi dinilai dengan jenis kitab-kitab
yang dipelajari dalam tiap-tiap satu ilmu yang
ditentukan oleh tok guru dan mereka juga
tidak mempunyai peperiksaan bagi menilai
tahap keupayaan murid.

Ukuran kejayaan dinilai dengan sejauh mana
kefahaman murid terhadap ilmu yang
dipelajari dan berkemampuan untuk
mengajarnya kepada rakan-rakan yang lain.
Bagi murid yang mampu memahami kitab
dalam bahasa Arab, mereka akan diberi
gelaran alim iaitu mereka dianggap sebagai
faqih.
. Tempoh masa bagi murid yang mengikuti
pengajian di sekolah pondok adalah tidak
terhad dimana mereka boleh tinggal dan
belajar selama mana yang mereka suka. Oleh
yang demikian, terdapat segelintir murid yang
tinggal di pondok selama dua puluh tahun
atau lebih.

Melalui institusi pengajian pondok ini,
Pendidikan Islam terus berkembang dan
bertambah secara bersendirian tanpa gangguan
dari pemerintah. Perkembangannya mencapai
tahap kegemilanganya pada abad ke 19 masihi.

Meskipun peranan institusi pondok besar dalam
sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu tetapi
perkembangannya semakin merosot pada tahun-tahun
selepas merdeka, ini berikutan pertubuhan pesat
sistem pengajian agama dalam bentuk persekolahan
(madrasah) dan juga proses pembaratan yang dibawa
oleh Inggeris meresap masuk dalam pentadbiran
Negara, termasuk pendidikan Masyarakat Melayu
moden mula menghantar anak-anak mereka ke
sekolah sekular. Tambahan pula, lepasan sekolah yang
ditubuh oleh kerajaan lebih mudah untuk mendapat
pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai