Anda di halaman 1dari 7

ADAT KEMATIAN MASYARAKAT INDIA

Semasa Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di
ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu
minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji
kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan
dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci
atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.
Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan
sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki
diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga
perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.
kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut
dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan
mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-
lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta
diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. ujuannya agar roh si mati sentisa
tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di
ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang
ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang
lain, kecuali air paip. !uyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan
kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula
akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat.
Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan
pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. !elakang tapak tangan
digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan
sebagaimana la"imnya.
Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan
diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa
berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. haali iaitu rantai suci
perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya
meninggal dunia. #alam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si
mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan.
Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga
tersebut dikalungkan pada si mati.
Seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai
hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan
kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. !alu
tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi
minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. $ni
dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher
balu. haali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan
dalam rumah.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.
Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai
menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang
diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat.
Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke
kanan. #uit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan
kain putih. $ni dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan
dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan
amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai
cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud
minyak sapi dan pantam adalah obor. !eberapa batang kayu kecil akan dibalut
di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi
dan dinyalakan. %ucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali.
&ada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang
terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir.
Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada
masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali
sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai
tanda penghormatan.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. &eriuk
tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di
bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si
mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah
meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic
catti mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. $ni
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang
baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan
rambut. &ada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan
seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan
tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang
tersendiri.
Penge!mian
Mayat orang $ndia akan diusung ke tanah perkuburan dengan
menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu
membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad.
Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad.
&ergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke
kubur dan kemudian bahagian kepala. $ni adalah seperti pergerakan bayi yang
berada di dalam kandungan. 'leh itu si mati dipercayai berada di dalam perut
#ewi !umi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi
mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. #uit
syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu
diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda kei"inan mayat dikebumikan. Setelah
itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
&embawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat
sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat
yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam
seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di
hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian
tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.
Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati.
Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur.
Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada
lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai
upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara
penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.
Selepas Kematian
Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan
dilakukan(
Memersihkan R!mah
)umah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu
minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli
keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara
pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau
haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati.
Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa
dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan.
Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu
pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi
digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara
pengkebumi. !agi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah
untuk melakukan upacara kollic catti. &embawa kollic catti hendaklah mandi di
sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. $ni adalah
menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.
Meng!mp!l A! Ma"at
!agi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya.
Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api.
Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala
abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah
dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga.
erdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat $ndia,
iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan
dilepaskan ke laut.
#erka!ng
Masyarakat $ndia seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas
berlakunya sesebuah kematian. empoh mula berkabung samada lapan atau
enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan
hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si
mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-
sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si
mati.
*ambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan
kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. #i sisi gambar tersebut pula
dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang
dimulakan dengan meminta uhan supaya melindungi si mati. pada masa yang
sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan
kepada para tetamu.
!erkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu
hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan.
&otret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara
sembahyang. !atu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah
dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan
air, susu, air kelapa muda dan air mawar.
Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau
upacara mendirikan batu. &ada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang,
makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama
dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada
pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi.
+ari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti
keranda. )umput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh
si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara
bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit,
sayur-sayuran dan buah-buahan. #engan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Anda mungkin juga menyukai