Anda di halaman 1dari 4

ADAT KEMATIAN KAUM MELAYU

"Setiap Yang Hidup Pasti Merasakan Mati


Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah
pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan
diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan.
Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan
menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid
seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan
daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati.Di
samping itu,untuk menghebahkan kematian si mati.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta
ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya
dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu
tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si
mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan
dibakar. Tambahan pula,Semasa mayat masih berada di dalam rumah,
sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu
dikebumikan secepat yang mungkin.
Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali
mati syahid). Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh
kaum sejantina si mati. Biasanya daripada kalangan keluarga si mati itu
sendiri.Ianya meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si mati
menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari
tubuhnya.Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan
bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam
keadaan bersih.
Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini
mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses
mengafankan melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta
dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan
lagi balutan kain kafan tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5
lapisan manakala mayat perempuan 7 lapisan. Sesudah jenazah dikafankan,
ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat sebagai
tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada
tubuh jenazah.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si


mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi
pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si
mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut
boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli
keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda
tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun
adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu
pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan
diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah
hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana
dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang
berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam
(Ahmad Fahmi Irsyad bin Aziz Azmi)
Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau surau yang
berhampiran dahulu sebelum dikebumikan. Selesai sembahyang mayat,
biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain
pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu.Selesai
sahaja solat mayat,mayat dengan kerandanya itu akan dibawa dan
dimasukkan ke dalam kubur yang disedia.Sebelum ditimbus kubur itu, siak
masjid atau sesiapa akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup
keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di
kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal
dan selepas diazankan di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan
sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada
kemudian hari. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga
tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.
Seterusnya upacara membaca talkin dan membaca doa kepada si mati akan
dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas talkin dan doa habis
dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke
bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .
Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan
oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya
adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada
juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si
mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut
selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

PANTANG LARANG KAUM MELAYU


Pengenalan
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada
jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama
Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu
kifayah.
Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh
keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat
dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.
Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh
tok imam.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta
ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya
dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu
tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si
mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan
dibakar.
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan
diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan
tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi
mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang
paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati
sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat
dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga
lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung.
Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai
penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh
jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di
masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si
mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi

pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si
mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut
boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli
keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda
tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun
adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu
pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai