Anda di halaman 1dari 4

Adat Resam Kematian Orang Cina, Melayu dan Iban

Cina  Apabila berlaku kematian, mayat akan akan dibersihkan dan dimandikan
sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan
mayat disapu dengan minyak nwangi dan disolek. Ia bertujuan untuk
mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.

 Kemudian mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.


Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkawinan. Oleh itu adalah menjadi kewajiban masyarakat cina menyimpan
pakaian perkawinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia.

 Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita.


Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat
daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan
bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang
semasa hidupnya.

 Jenazah hanya boleh dikebumikan selepas 3 hari. Ia bagi memberi peluang


kepada anak-anak, cucu serta saudara-mara yang tinggal jauh untuk
memberi penghormatan terakhir.

 Jenazah diuruskan oleh konsultan yang menyiapkan segala peralatan untuk


upacara keagamaan serta pengebumian.

 Mereka biasanya akan hadir secara berperingkat, dari pagi sampai ke


malam untuk melihat mendiang buat kali terakhir serta memberikan
penghormatan dengan membakar colok.

 Pengunjung juga biasanya akan menghulurkan sumbangan wang tunai yang


dipanggil ‛pek keem’ yang bermaksud ‛emas putih’. Mereka akan
meletakkannya di dalam tabung yang disediakan. Mereka juga perlu menulis
nama serta jumlah sumbangan yang diberikan dalam buku yang disediakan
bersebelahan tabung derma tersebut.

 Anak-anak mendiang akan tidur di sebelah keranda setiap malam hinggalah


upacara pengebumian selesai seawal hari ketiga. Cucu-cucu yang sudah
besar pun biasanya tidur di lokasi jenazah diletakkan. Manakala cucu-cucu
lain yang mempunyai anak kecil akan berada di tempat tersebut hingga
lewat malam sebelum balik ke rumah untuk berehat dan datang kembali
keesokan harinya. Ringkasnya, mereka akan meluangkan sebanyak
mungkin masa bersama jenazah mendiang sebelum dikebumikan.

 Anak atau cucu si mati harus berjaga malam kerana perlu membakar kertas
perak yang dipanggil ‛gin cua’ dalam bahasa Hokkien. Ia kertas berwarna
kuning berbentuk segi empat dan mempunyai cap segi empat kecil berwarna
perak ditengahnya. Wang kertas perak tersebut digulung dan dilipat di kedua
hujungnya kemudian dibakar dalam bekas secara bersambung, tanpa putus,
sepanjang malam.
 Kebiasaannya, ‛kim cua’ digunakan untuk upacara sembahyang atau
menyembah dewa-dewa manakala ‛gin cua’ untuk nenek moyang yang telah
meninggal dunia.

 Upacara sembahyang bersama sami Buddha biasanya diadakan pada lewat


pagi dan diakhiri dengan acara memberi sami makan sebelum 12 tengah
hari.

 Pengunjung yang datang untuk bersembahyang turut dijamu makan


tengahari. Upacara sembahyang diadakan setiap pagi sebelum jenazah
dikebumikan seawal petang hari ketiga.

 Acara kemuncak adalah pada hari pengebumian kerana ritualnya agak


panjang. Tugas anak lelaki juga amat penting dalam upacara pengebumian
ini. Ini berkait dengan kepentingan anak lelaki dalam masyarakat Cina,
terutama anak sulung kerana anak lelaki sulunglah yang akan mengetuai
upacara pengebumian.

 Selesai penghormatan terakhir dengan membakar colok serta menyembah


mendiang, acara diteruskan dengan kumpulan kecil pula bermula dengan
anak-anak lelaki, diikuti dengan anak-anak perempuan, menantu lelaki dan
perempuan, hinggalah kepada cucu dan cicit, mengikut aturan yang telah
dinyatakan di atas. Setiap kumpulan akan mempersembahkan buah-buahan
dan makanan kepada mendiang.

 Pada hari ketujuh selepas kematian, keluarga akan menyediakan makanan


kepada para sami Buddha di Wat selepas upacara sembahyang untuk
mendiang diadakan. Tempoh berkabung bagi cucu-cucu adalah selama 7
hari. Ketika tempoh berkabung, mereka hanya memakai pakaian hitam, putih
atau yang berwarna suram sahaja. Mereka hanya boleh memakai pakaian
berwarna cerah dan terang selepas tamat tempoh berkabung.

Melayu  Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah
memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan
kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.
Pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.

 Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan


serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya
dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu
tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.

 Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-


Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat
bara dan kemenyan akan dibakar.

 Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan
diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
 Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat
dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang
mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka
yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati
sendiri.

 Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat


dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga
lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta
telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.

 Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim


dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada
tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau
di masjid.

 Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si


mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi
pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap
seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si
mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut
boleh menuntutnya pada waris si mati.

 Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke


tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke
kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan
meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan
terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum
ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan
membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta
membukakan ikatan di kepala.

 Semasa Pengebumian Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang


telah dikepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup
dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir
dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

 Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.


Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati
dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur

 Selepas Kematian, Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh
keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada
hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.
Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada
di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun
batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina
pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu
meninggal dunia.

Iban  Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada
kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.
 Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu
mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya.
Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-
baiknya.

 Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.
Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan
membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah
rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

 Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.


Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya
kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan
bersendirian.

 Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan


doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang
halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar
dari rumah panjang.

 Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan


berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.

 Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan


makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan
dibuang ke tanah melalui celahan lantai.

 Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat
itu.

 Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di
kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai
motif tradisional.

Anda mungkin juga menyukai