Anda di halaman 1dari 7

UNDANG – UNDANG, AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Orang Iban tidak menerima agama-agama lain, tetapi mereka mempercaya


kepada ajaran animism. Walaubagaimanapun pada era prakolonial, kebanyakan
masyarakat iban menerima agama Kristian, kerana ramai kaum Iban telah dipegaruhi
oleh penjajah British iaitu James Brooke. Walaupun, ramai orang Iban sudah menerima
agama Kristian, tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat
rasam yang tradisional dan ciri-ciri kebudayaan yang lama. Kepercayaan merupakan
aspek terpenting dalam kalangan masyarakat Iban dan merupakan satu undang -
undang dalam kehidupan. Seperti kaum-kaum asal yang lain juga, kaum Iban
tradisional mengamalkan animisme. Anisme adalah kepercayaan bahawa setiap benda
seperti kayu, batu dan lain-lain mempunyai semangat atau roh. Kepercayaan menjadi
undang - undang kehidupan masyarakat Iban seharian kerana hubungan langsung
agama dengan kesusasteraan dan juga mempengaruhi kebudayaan hidup masyarakat
Iban. Apabila ketiga-tiga elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain, maka ia
akan mempengaruhi kehidupan.

Menurut hikayat lisan masyarakat Iban, mereka menyembah Dewa Sempulang


Gana yang memberikan keberkatan kepada kehidupan khasnya untuk hasil
perhumaan. Dewa Sengalang Burong adalah dewa yang disembah kerana dewa ini
adalah Dewa Perang yang menolong masyarakat Iban dalam ekspedisi memburu
kepala atau ngayau. Dua watak ini merupakan dewa utama dalam kepercayaan
masyarakat Iban. Namun tidak dapat dinafikan ada dewa lain seperti Raja Anda Mara
Raja Tuah yang memberikan kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan masyarakat
Iban. Segindah yang mencipta tanah, Segindit yang mencipta langit dan Segindie yang
mencipta air juga merupakan watak ghaib yang sering kali disebut dalam puisi
tradisional masyarakat Iban.

Dipetik dari buku Henry Gana Ngadi (1998), alam maya kaum Iban didiami oleh
dua kehidupan mistik iaitu semangat roh(petara dan antu) dan semangat kematian
benda hidup seperti haiwan, pokok dan sebagainya (Jensen 1966:47). Keagamaan
orang Iban adalah berdasarkan kepercayaan kepada roh manusia, alam sekeliling dan
alam maya (Jensen 1972:4). Terdapat beberapa prinsip ketuhanan dalam kepercayaan
kaum Iban, iaitu Singalang Burong (perang), Menjaya (kesihatan dan penyembuhan),
Simpulang Gana (bumi dan tumbuhan), Simpandai (si pencipta dan si penyembuh), dan
Anda Mara (rezeki dan kekayaan). Di samping itu, terdapat juga teori mistik mengenai
hero dan heroin dalam masyarakat Iban tradisional yang telah menjadi contoh kepada
yang lain. Hero tersebut ialah Keling manakala heroin nya pula ialah Kumang iaitu isteri
kepada Keling. Keling terkenal dengan semangat dan kemahiran kepahlawanannya
terutamanya apabila ada peperangan. Kumang pula terkenal dengan kemahiran
menganyam dan menenun pakaian Iban di samping pembantu kepada pahlawan-
pahlawan Iban. Masyarakat Iban percaya bahawa semangat nenek moyang mereka
ada berserta mereka dalam kehidupan seharian. Terdapat juga kepercayaan tentang
semangat baik dan semangat jahat (antu manah, antu jai). Fungsi kepercayan tersebut
adalah sebagai kebenaran atau larangan dalam membuat sesuatu dan disampaikan
melalui bunyian burung dan mimpi.

Menurut Henry (1998: 6), terdapat kepercayaan bahawa manusia dan tumbuhan
padi mempunyai semangat atau roh. Apabila roh jahat mengganggu seseorang, maka
individu tersebut akan jatuh sakit. Apabila seseorang individu tersebut meninggal dunia,
rohnya akan pergi ke dunia orang mati (Sebayan) dan tinggal di beberapa kawasan
dalam tempat tersebut, bergantung kepada sifat individu tersebut semasa masih hidup.
Sebahagian besar masyarakat Iban tradisional adalah pagan dan sangat mempercayai
kepada amalan ritual dan ritual memainkan peranan yang sangat penting dalam
kehidupan seharian.

Adat Perkahwinan

Adat perkahwinan dalam masyarakat Iban adalah sangat unik jika dibandingkan
dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah
perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat
perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah
ditetapkan .Dipetik dari buku Henry (1998), terdapat beberapa peringkat perkahwinan
dalam masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.
Merisik

Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban.
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.
Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau
wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini
juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-
syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga
pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu
menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.

Bertunang

Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu dijalankan.


Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu. Setelah
mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan “lapit” atau ikat pinggang
perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan
perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan
pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima
kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja.Jika tidak,
perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu.
Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan
tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan kemudian
ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari kemudian,wakil
dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga tentang
pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan pengantin
perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda mereka
sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang
melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan
denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya
pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di
antara pihak lelakidan perempuan masih berjalan dengan baik.
Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang

Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak lelaki akan menyediakan
barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan seperti
kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang kemas. Keluarga
perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu binatang untuk
dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak juga turut
menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan masing-
masing. Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat
duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik
sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan
sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan
akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki.
Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama
dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin
rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Semasa perkahwinan itu
hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan di ruai dan air tuak
dihidangkan sekali lagi sebagai air perangsang kepada tetamu. Setelah mengetahui
hubungan kekeluargaan,pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya
adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin
perempuan pula akan meminta bayaran “pemecah tangga”iaitu sebilah beliung,
bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu
sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain. Upacara membelah pinang adalah
upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara
perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah
malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu,
pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta
untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka
akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan
berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara
keluarga sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang
tempoh yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki
sebelum dibenarkan melawat keluarganya.

Adat Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak

Dalam masyarakat Iban, wanita yang mengandung dianggap satu keadaan yang
bukan kebiasaan, wanita tersebut dalam keadaan darurat menunjukkan bahawa wanita
tersebut sedang mengandung. Wanita Iban akan berjaga-jaga apabila kitaran haid
mereka lambat daripada sedia kala (Jensen 1967:168). Peringkat kedua ialah apabila
seseorang wanita tersebut secara tiba-tiba ingin memakan sesuatu yang secara
normalnya individu tersebut jarang makan terutamanya makanan yang masam, ikan
dan daging. Terdapat beberapa larangan kepada ibu atau bapa apabila si isteri sedang
mengandung. Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, maka anak yang bakal lahir
nanti akan menerima kesan.

Peringkat Bersalin

Semasa bersalin, wanita tersebut akan dijaga rapi oleh beberapa wanita yang
lebih tua iaitu seseorang yang telah mengalami situasi yang sama. Sebelum bersalin,
beberapa ritual akan dilakukan kepada bakal ibu (Jensen 1966:177). Bayi yang baru
keluar dari pintu rahim ibunya akan disambut oleh seorang bidan dan akan memegang
bayi tersebut secara terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas untuk
mengeluarkan cecair dari hidung dan mulut bayi tersebut. Pada masa yang sama,
sanak saudara yang lain akan membuat bunyi bising dengan menggunakan bakul rotan
agar bayi tersebut menangis. Menurut kepercayaan mereka, tradisi itu dilakukan agar
bayi itu nanti tidak akan menjadi seorang yang penakut apabila besar kelak. Selain
menggunakan bunyi bising bakul rotan, masyarakat tersebut juga ada kalanya
menggunakan bunyi tembakan senapang. Setelah itu, beralih pula kepada peringkat
seterusnya iaitu upacara menamakan bayi. Untuk melangsungkan upacara ini, hanya
sana saudara yang dekat sahaja akan terlibat bersama. Mereka akan berbincang untuk
memilih nama yang sesuai dan nama akan diberi berdasarkan nama datuk nenek
moyang mereka dahulu yang ssudah lama meninggal dunia. Namun demikian, nama
moyang yang meninggal dunia disebabkan bunuh diri, dibunuh dengan senjata,
dibaham buaya atau mana-mana punca yang tidak baik, maka nama moyang tersebut
tidak boleh diguna pakai kerana dipercaya akan membawa perkara yang tidak baik
kepada bayi tersebut. Selain itu, masyarakat iban juga ada menjalankan upacara
memandikan bayi yang baru lahir. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran
berbanding dengan upacara menamakan anak. Kebiasaannya, warga-warga rumah
panjang yang lain juga dijemput bersama untuk memeriahkan suasana.

Adat Mengurus Kematian

Masyarakat Iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa


kematian, sanak-saudara akan datang menghadirinya. Mayat si mati akan dimandikan
dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah
panjang. Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barang-barang kepunyaan
mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. Sepanjang malam
dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si
mati. Tangisan itu adalah doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan. Kemudian
pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat
pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya.
Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung
atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang
kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada
pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa.
Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati
tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang
ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Selepas
itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan.
BIBLIOGRAFI

Henry Gana Ngadi. (1998). Iban Rites Of Passage & Some Related Ritual Acts: a
description of forms & functions. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.

Jensen, E., (1966). “Iban Birth” dalam folk 8-9: 165-178.

Jensen, E (1967). “Some Iban Concepts” dalam Folk 10: 45-60.

Jensen, E (1972). “Sickness & The Iban Manang” dalam Folk 14-15 : 93-102.

Anda mungkin juga menyukai