Anda di halaman 1dari 4

Perang Dingin Di Ghana.

Ghana telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan merupakan

negara yang pertama di Sub-Sahara Afrika ketika itu yang mencapai

kemerdekaan setelah diperintah oleh kuasa Inggeris.

Kemerdekaan Negara Ghana ini telah memberi pengaruh dan impak

yang besar kepada negara lain di Afrika sebagai pendorong dalam

menuntut kemerdekaan.

Ghana ditadbir oleh Kuasa tentera dalam tempoh masa yang panjang

kecuali pemerintahan Republik yang pertama yang dipimpim oleh Kwame

Nkrumah selama hampir 8 tahun iaitu bermla tahun 1957 sehingga 1966.

Republik kedua memerintah bermula dari tahun 1969 hingga 1972,

manakala Republik ketiga dari tahun 1979 hingga tahun 1981.

Pentadbiran Republik kedua dan ketiga tidak mencapai 3 tahun

pemerintahan telah diguling dan dirampas kuasa oleh tentera-Majlis

Pertahanan Nasional Provisional (PNDC)

Pada tahun 1980, kerajaan di bawah kuasa tentera telah menerima

tekanan dalam dan luaran. Akibat tekanan yang diterima tersebut telah

menyebabkan kerajaan ketika itu membuat pengisytiharaan

Perlembagaan liberal. Ini menyebabkan pembentukan negara demokrasi

berbagai parti dan pada tahun 1993 Ghana menerima satu lagi Republik

baru, republik keempat.

Semasa pemerintahan Kwame Nkrumah,yang mana beliau adalah

seorang sosiolisme telah menggunakan ideologi Nkrumaisme sebagai


ideologi negara. Pentadbiran Nkrumah mementingkan ekonomi,sosial dan

politik dalam menyelasaikan permasalahan negara,malahan membawa

konsep dan isu yang sama di peringkat antarabangsa. Memandangkan

Ghana merupakan negara baru merdeka, perkara berkaitan

ekonomi,sosial dan politik merupakan sesuatu yang penting dirasakan

pada ketika itu.

Nkrumah pada awal penglibatannya dalam mendapatkan

kemerdekaan telah di kena hukuman penjara oleh Inggeris kerana

memperjuangkan kemerdekaan. Pada tahun 1950 kerana menentang dan

melakukan mogok umum, beliau telah dikenakan sekali lagi hukuman

penjara selama 3 tahun tahun. Namun pada ketika ini, pihak inggeris telah

membenarkan Nkrumah menyertai pemilihan raya pada tahun 1951 dan

hasilnya Nkrumah telah memenangi pemilihan tersebut. Pada tahun 1952

kwame Nkrumah telah dilantik sebagai Presiden Ghana dan menuju ke

kemerdekaan pada tahun 1957.

Penglibatan Nkrumah untuk mendapatkan kemerdekaan telah

membuatkan beliau berhadapan dengan negara Imperialis seperti Inggeris,

Perancis dan Portugis di mana pada ketika itu, negara negara imperialis

tersebut sedang dalam penjajahan negara Afrika. Pada ketika itu juga,

negara-negara tersebut sedang dalam ‘perang dingin’ dan Amerika

merupakan ketua Blok Barat perang dingin tersebut. Pada Mei 1965,

semasa ucapan Nkrumah di Winneba, Nkrumah secara terang telah

mengutuk tentera Amerika yang masih berada di Vietnam.


Pada tahun 1966, Nkrumah telah digulingkan oleh pihak tentera dan

telah berakhirnya ideologi yang dibawa oleh Nkrumah. Pihak tentera

menyerah kembali kuasa kepada awam pada tahun 1969 yang dipimpin

oleh Dr Busia. Di bawah pemerintahan baru ini, Ghana tidak lagi

mengamalkan polisi anti-imperilisme seta polisi yang memperjuangkan

persatuan Afrika. Walau bagaimanapun, ianya masih lagi menghadapi

rampasan kuasa selepas tahun 1966 iaitu pada tahun 1975 dan tahun

1979.

Bermula tahun 1992, perlembagaan Ghana telah membahagikan

kuasa pemerintah antara Presiden,parlimen,kabinet,dewan negara dan

mahkamah. Pada tahun, 2016, Pilihan raya yang ke-7 berjaya diadakan.

Pembangkang telah berjaya mengalahkan pemerintah dan Nana

Akufu-Addo dilantik sebagai presiden baru bagi mengantikan Presiden

John Dramani Mahama. Penyerahan kuasa dilakukan dengan aman

(sabtu 10/12/2016.www.bharian.com.my/). Ghana telah melepasi dengan

baik tanpa dicemari dengan insiden yang memudaratkan sistem

demokrasi pelbagai parti mengikut Perlembagaan Ghana 1992.

BIBILIOGRAFI
Hari Sing,2010.Modul JKP 317/JKP 414 Ideologi Dunia Ketiga.USM. Pulau

Pinang.

https://www.bharian.com.my/sabtu-10/12/2016)

https://www.mstar.com-2012/12/2012

Mohd azizuddin mohd sani,Amerika Syarikat dan Keseimbangan Kuasa

Global pada era pasca-perang dingin,1989-2000.

Anda mungkin juga menyukai