Anda di halaman 1dari 5

Kepercayaan Masyarakat Iban

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun
temurun dan besar kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban
Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan
'Lemambang'. Orang Iban percaya kepada kewujudan seorang Tuhan yang agung
(Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung
ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebelum
memulakan biau dan sampi dengan nama-nama berikutnya:

Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan

Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan

Menjaya sebagai dewa perubatan

Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan

Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah

Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan

Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Menurut hikayat lisan masyarakat Iban, mereka menyembah Dewa Sempulang


Gana yang memberikan keberkatan kepada kehidupan khasnya untuk hasil
perhumaan. Dewa Sengalang Burong adalah dewa yang disembah kerana dewa ini
adalah Dewa Perang yang menolong masyarakat Iban dalam ekspedisi memburu
kepala atau ngayau. Dua watak ini merupakan dewa utama dalam kepercayaan
masyarakat Iban. Namun tidak dapat dinafikan ada dewa lain seperti Raja Anda
Mara Raja Tuah yang memberikan kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan
masyarakat Iban. Segindah yang mencipta tanah, Segindit yang mencipta langit dan
Segindie yang mencipta air juga merupakan watak ghaib yang sering kali disebut
dalam puisi tradisional masyarakat Iban.
Watak ghaib ini dapat dikesan melalui ayat-ayat suci yang dinyanyikan
menerusi puisi ritual seperti pengap, renong semain dan juga leka biau. Puisi
tradisional ini pula dimainkan semasa festival besar dan juga upacara ritual

masyarakat Iban. Berdasarkan keadaan ini, dapat dilihat bagaimana kepercayaan


berkaitan dengan budaya hidup dan juga kesusasteraan lisan masyarakat Iban.
Sastera lisan ini adalah puisi ritual yang mempunyai fungsi dalam kepercayaan.
Namun yang demikian, tidak semua puisi dalam sastera lisan ini adalah bersifat
ritual kerana ada di antaranya adalah bercorak santai dan hiburan. Semasa puisi
ritual ini dimainkan, adalah dipercayai bahawa para dewa ini akan datang ke sesuatu
majlis dan festival untuk melihat masyarakat Iban yang menyeru mereka. Para ketua
adat dan pemuisi ritual akan menjalankan upacara ritual yang sepatutnya mengikut
kesesuaian majlis untuk menyambut kedatangan para dewa ini. Ini adalah untuk
mengelakkan mereka dilanda musibah kerana gagal memberikan penghormatan
kepada para dewa yang dijemput ke majlis yang diadakan. Tetapi di sini bukan
bermaksud yang para dewa dapat dilihat dengan mata kasar sebab semuanya
adalah berbentuk metafora dan ritual sahaja.
Semasa upacara menyambut kedatangan para dewa ini, salah satu peringkat yang
penting ialah upacara miring petara. Upacara ini adalah menyediakan persembahan
korban yang berbentuk makanan dan bahan-bahan lain masyarakat Iban tradisional
seperti pulut, ketupat, juadah kuih muih seperti penganan iri, bertih beras, telur,
rokok daun, tembakau dan sebagainya. Bahan-bahan untuk upacara miring ini
adalah mengikut kawasan di Sarawak. Setiap kawasan mempunyai perbezaan dari
segi bahan dan juga kuantiti yang digunakan untuk upacara miring ini. sebagai
contohnya, di Bahagian Betong sebiji telur ayam dibahagi-bahagikan untuk
beberapa set piring tetapi di Bahagian Kapit pula, sebiji telur ayam digunakan untuk
satu set dan biasanya diletakkan di atas bertih beras dalam sebiji mangkuk.
Walaupun wujudnya sebarang perbezaannya, namun semua masyarakat Iban di
Sarawak percaya bahawa persembahan yang dilakukan melalui upacara miring ini
adalah khas untuk Tuhan yang diharapkan untuk memberkati hidup mereka. Namun
yang demikian, miring ini bukanlah semata-mata persembahan yang disediakan
untuk para dewa tetapi adalah untuk kegunaan masyarakat Iban untuk menguatkan
roh dan semangat individu seperti piring untuk persediaan mengembara (bejalai
jauh), piring untuk keberkatan diri sendiri (ngintu diri) dan juga untuk tujuan
pengampunan jika seseorang itu pernah ditimpa kecelakaan (piring ngampun).

Sistem kepercayaan masyarakat Iban juga dapat dilihat melalui penceritaan


hikayat yang popular di kalangan masyarakat Iban tradisional dan diturunkan kepada
generasi masa kini. Penceritaan ini mengisahkan penduduk Panggau Libau Giau
Takang Isang Panggau Lendat Betungkatka Dan Sabang, Gelung Batu Nakung dan
juga tempat Apai Sabit Bekait di Tisi Langit. Tempat ini boleh didefinisikan sebagai
alam ghaib kerana tidak ada satu pernyataan yang khusus dalam penceritaan
hikayat masyarakat Iban tentang tempat yang diceritakan ini. Dalam pada itu juga,
alam ghaib khususnya Panggau Libau juga dapat dijejaki jika seorang Iban itu
bernasib baik ataupun ditakdirkan bertemu dengan penduduk Panggau Libau.
Watak-watak seperti Keling, Bungai Nuing, Laja, Sempurai Montegrai, Pungga, Apai
Abang, Gelayan, Kumang, Lulung, Bujang Ngelai, Pandak Segatak serta Apai Sabit
Bekait begitu sinonim dengan penceritaan ini.
Dalam pada itu juga, terdapat pelbagai versi penceritaan hikayat penduduk Panggau
Libau ini kerana ia banyak mengisahkan pasangan yang popular iaitu Keling dan
Kumang. Dalam pada itu juga, kisah penduduk Panggau Libau yang menolong
masyarakat Iban dalam pelbagai perkara dan juga peristiwa peperangan Panggau
Libau dan sekutunya Gelung menentang Apai Sabit Bekait yang tempatnya terletak
di kaki langit. Kedudukan watak ini sukar untuk diberikan taraf kerana boleh jadi
mereka manusia, separuh manusia-dewa (demigods) ataupun dewa sepenuhnya. Ini
disebabkan mereka juga disebut dalam puisi tradisional yang menunjukkan darjat
dan taraf mereka tinggi daripada manusia biasa. Semua ini diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang boleh dianggap sebagai bentuk penglipur lara dan
juga sejarah lisan masyarakat Iban yang begitu kompleks untuk merungkai
kesahihannya dari sudut yang lebih realisme.
Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan
fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat
atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan
Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang
Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta
pertolongan semasa Gawai Antu.
Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:

Mimpi yang baik atau buruk

Binatang bisa

Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja

Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan


tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan
burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk
dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan
oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan
malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di
masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat
yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan
'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa
Sebab-sebab mencacah tatu
Kepercayaan orang Iban pada masa dahulu yang berkaitan dengan pembuatan tatu
ialah untuk mengingatkan mereka bahawa Remaung ( makhluk separuh manusia
separuh haiwan yang menyerupai harimau ) merupakan makhluk halus yang perlu
dihormati . Sekiranya tidak mempunyai tatu ,mereka yang berjalan keseorang di
dalam hutan amat mudah terjumpa dengan barang barang kepunyaan mereka
sendiri . Barang barang tersebut dipercayai milik Remaung , seandainya barang itu
disentuh atau dibawa pulang ke rumah maka orang yang mengambilnya akan
diserang oleh penyakit dan akhirnya boleh membawa ajal . Jika ada tatu orang Iban
percaya

bahawa

Remaung

mengenali

mereka

manusia

dan

tidak

akan

mengganggu.
Selain itu, tatu turut menunjukkan keberanian pada seseorang dan serta status
orang itu dalam kelompok komuniti orang Iban .Bagi orang Iban juga , mencacah
tatu dianggap sebagai diari bagi memperingati sesuatu peristiwa yang telah

berlaku .Hal ini supaya senang mengingati peristiwa penting tersebut . Masyarakat
Iban pada masa dahulu juga mencacah tatu pada kanak-kanak yang berusia 10 atau
11 tahun bagi menandakan mereka baru lanjau dan sudah bersedia untuk
menyertai aktiviti pemburuan .Tujuan mencacah tatu pada kanak kanak ini adalah
sebagai azimat dan melindungi mereka dari roh-roh jahat serta menjadikan mereka
kebal .

Anda mungkin juga menyukai