Anda di halaman 1dari 6

ADAT RESAM KAUM IBAN Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat

rapat berkait dengan sostem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun. Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh Tuai Burung yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh Tuai Rumah sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka Lemambang akan melakukannya dengan melagukan pengap. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka Manang akan melakukannya untuk pengubatan. Dalam konsep masyarakat Iban, Raja Entala merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama adat. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat. Untuk memulakan kehidupan bertani maka Tuai Burung akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, Manang (pawang) akan menggunakan hati babi hutan. Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap adat terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian. Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya. Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu danGawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwaharwah moyang-moyang mereka.

Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasukTuai Burung, Tuai Rumah. Lemambang dan mungkin Manang. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira. Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit,Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di

tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. [Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak

PENEMPATAN Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, danSungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak

TRADISI Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.

PERAYAAN GAWAI Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai

adalah sepertiGawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

SISTEM TULISAN / BAHASA IBAN Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia

mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.

KEGIATAN EKONOMI Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di Sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.

Anda mungkin juga menyukai