Penulisan Hasil Pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku
Matlamat Pengajaran
Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran Menjadi model peranan (role model) bagi murid Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan Merangsang pembangunan peribadi murid Membantu murid membina kemahiran asas belajar
Objektif Pengajaran
Merancang pengajaran yang mengambil kira
kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Mentaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama. Menerangkan fakta dan prinsip kandungan pelajaran.
Objektif Pengajaran yang jelas diperlukan untuk membantu pencapaian matlamat.ia membantu guru: Memilih kandungan pelajaran Memilih strategi pengajaran yang betul Membangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuai Membina ujian dan instrumen lain untuk mentaksir dan menilai hasil pembelajaran murid
Hasil Pembelajaran
Merupakan satu pernyataan yang menetapkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diingini daripada aktiviti pembelajaran. Menjelaskan apa yang murid perlu tahu dan fahami dan/atau dapat lakukan selepas selesai aktiviti pembelajaran.
Domain Hasil Pembelajaran 1. Domain Psikomotor 2. Domain Kognitif 3. Domain Afektif 4. Domain Sosial
Bidang kognitif
termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom: Pengetahuan:Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. Kefahaman:Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.
konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru Analisis:Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya. Sintesis:Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna. Penilaian:Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.
Bidang afektif
termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai. Nilai murni sejagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran: i. baik hati ii. berdikari iii. hemah tinggi iv. hormat v. kasih sayang vi. kesederhanaan vii. rasional viii. semangat bermasyarakat
yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti: Objektif atau Objektif Khusus Huraian atau Huraian Kandungan Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir Aktiviti atau Kegiatan Nilai Unsur Patriotisme Catatan
pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk: mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar; memberi tumpuan kepada penguasaannya; merancang kaedah-kaedah mengajar; dan membina ujian formatif dan sumatif