Anda di halaman 1dari 42

KURIKULUM

SEBAGAI WAHANA
PENTERJEMAH
FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan


ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)


Falsafah & Kurikulum

Kurikulum adalah terjemahan falsafah


pendidikan

Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu


adalah tanpa asas

Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada


falsafah pendidikan
Misi Kementerian Pelajaran

Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia


dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Model Kurikulum Tyler

Empat persoalan:
1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?

2. Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk


mencapai tujuan pendidikan?

3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur


agar berkesan?

4. Bagaimanakah hendak ditentukan sama ada tujuan


pendidikan dapat dicapai?
Model Kurikulum Tyler

Persoalan 1:

Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?


Menentukan Matlamat / Objektif
Objektif yang perlu ditetapkan hendaklah selaras dengan:
keperluan pelajar.
keperluan semasa masyarakat.
pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.

Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut


hendaklah dibentuk berdasarkan kepada:
falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk
psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dll

Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:


apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses
penilaian).
apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah
untuk menentukan pencapaian objektif).
DOMAIN OBJEKTIF KURIKULUM
DOMAIN
Keupayaan mental KOGNITIF
memproses
maklumat

K
DOMAIN DOMAIN
PSIKOMOTOR AFEKTIF

K - Kurikulum
Domain Objektif Kognitif (Bloom)

Pemikiran Aras Tinggi

Pemikiran Aras Rendah


Domain Objektif Kognitif
Pengetahuan
Keupayaan untuk mengingat semula tentang sesuatu perkara
definisikan
nyatakan
susunkan
labelkan
kenal pasti

Kefahaman
Kebolehan memahami prinsip / hukum / rumus / teori / peraturan
Jelaskan
Huraikan
Terjemahkan
Terangkan
Bincangkan
Aplikasi
Kebolehan menggunakan prinsip / hukum / rumus / teori /
peraturan dalam situasi baru
Tunjukkan
Binakan
Lakukan
Lukiskan

Analisis
Keupayaan mencerakin / memisah / menyenaraikan sesuatu
kepada elemen-elemen / bahagian-bahagian yang lebih kecil
supaya menjadi lebih mudah
Kategorikan
Analisis
Sistesis
Keupayaan mencantumkan elemen-elemen / bahagian-bahagian
yang kecil agar menjadi keseluruhan
Gabungkan
Ringkaskan
Rumuskan

Penilaian
Keupayaan menilai idea / prosedur / kaedah berdasarkan kriteria
tertentu
Cadangkan
Nilaikan
Ulaskan
Domain Objektif Afektif

1. Penerimaan
Menerima / menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku di
persekitarannya.
Contoh : Murid-murid hadir dan mendengar syarahan/ pembentangan
tentang isu-isu alam sekitar.

2. Bertindak balas
Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari
pengalaman mereka. Mereka gembira dengan penyertaannya.
Contoh : Murid-murid mencari maklumat lanjut melalui bertanya, buku
rujukan, internet, program televisyen dan sumber-sumber lain.
3. Menilai
Murid-murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan
komitmen, menilai apa perkara yang mereka terlibat.
Contoh : Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil
tahu tentang isu-isu alam sekitar.

4. Mengorganisasi
Murid-murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam set
nilai-nilai, sikap atau kepercayaan dan membentuk ranking bagi
keseluruhan set nilai-nilai yang dipegang.
Contoh : Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang
dalam isu-isu alam sekitar seperti menganggotai kumpulan pencinta
alam sekitar.
5. Perwatakan
Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru. Secara
dalaman, murid-murid dapat menyusun nilai-nilai ke dalam
sistem dan boleh mengaplikasikan nilai tersebut sebagai
falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas.
Contoh : Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup
mereka melalui menghindar dari menggunakan beg plastik,
menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra
alam dan sebagainya.
Domain Objektif Psikomotor (Simpson)
1. Pengamatan
Langkah yang paling penting sebelum seseorang itu melakukan
perkara berikutnya

2. Set
Bagaimana seseorang itu menyediakan pergerakan diri untuk
sesuatu aktiviti atau tindakan

3. Gerakbalas terbimbing
Gerakbalas yang dibimbing oleh guru seperti meniru.

4. Mekanisme
Gerakbalas yang sudah menjadi lazim kepada seseorang utk
melakukannya dengan yakin dan cepat
5. Gerakbalas kompleks yang nyata
Keupayaan melakukan suatu kerja yang susah dengan tabah dan
berani

6. Penyesuaian
Kebolehan menyesuaikan kemahiran yang telah diperoleh untuk
diaplikasikan dalam situasi baru

7. Keaslian
Kebolehan mencipta atau membentuk suatu pergerakan baru
berdasarkan kepada pengalaman kemahiran yang diterima
sebelumnya.
Model Kurikulum Tyler

Persoalan 2:

Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk


mencapai tujuan pendidikan?
KURIKULUM KEBANGSAAN
. . . suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.

(Akta Pendidikan 1996)


Pemilihan Kandungan
Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif.

Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman


pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Kurikulum
Kurikulum formal
Mata pelajaran teras, wajib, elektif/pilihan
Kurikulum terpendam
Pengalaman yang tidak dirancang

Kokurikulum
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Sukan dan Permainan
Kurikulum Terpendam

Menyediakan pengalaman pelajar yang tidak diduga yang


timbul daripada sesuatu kurikulum, serta juga pengalaman
yang timbul daripada beberapa situasi yang terdapat di
sekolah.
Bagaimana kurikulum terpendam berlaku

Interpretasi terhadap pelajaran formal

Tunjuk ajar guru selain daripada pembelajaran formal

Aktiviti berkumpulan

Role model oleh guru-guru dan pelajar yang lebih dewasa

Peraturan dan undang-undang sekolah


Sumbangan kurikulum terpendam

Pembentukan Budaya
bergantung kepada budaya sekolah dan pengalaman yang dilalui
Pembentukan Tingkahlaku
melalui aktiviti-aktiviti, perlakuan guru atau rakan yang dilihat,
perawakan guru dan rakan sebaya
Pembentukan Nilai Hidup
kejayaan, kebebasan, pengkhususan, universalisme (Dreeban dlm Abu
Bakar et.al.)
Kejayaan : menguasai sesuatu ke tahap kecemerlangan
Kebebasan : melakukan tugas bersendirian dan bertanggungjawab
Pengkhususan : menerima layanan yang khusus bagi dirinya
Universalisme : menerima layanan yang sama seperti orang lain
Kokurikulum

Aktiviti amali sebagai lanjutan kepada pembelajaran di bilik


darjah
Usaha menjadikan pendidikan seimbang dari aspek
perkembangan intelek dan kerohanian
Membolehkan pelajar berinteraksi melalui kumpulan masing-
masing bagi membina
Semangat berpasukan
Semangat kerjasama
Daya kreatif dan inovatif
Semangat, nilai dan sikap positif
Keyakinan diri
Kategori kokurikulum dan tujuan

Sukan dan Permainan


Kemahiran dan kecergasan fizikal
Semangat juang yang tinggi
Unit Beruniform
Berkhidmat kepada masyarakat
Berdisiplin
Kelab dan Persatuan
Memperkayakan pengetahuan
Memperoleh kemahiran pengurusan persatuan
Penyusunan Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah


disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan
pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan.

Penyusunan secara vertikal

Penyusunan secara horizontal


Pembentukan dan penyusunan
kurikulum secara vertikal:

sekuen

kontinuiti
Sekuen
Prinsip ketertiban menyarankan pembelajaran
hendaklah berterusan dan berturutan dengan
berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar
berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas
dan mendalam.

Elemen dalam kurikulum disusun bagi memastikan


terdapat urutan dalam pembelajaran agar kurikulum
dapat menggalakkan pembelajaran berterusan
mudah ke kompleks
konkrit ke abstrak
kronologi
Kontinuiti
Komponen dalam kurikulum dimanipulasi bagi memastikan
terdapat kesinambungan antara satu peringkat
pembelajaran dengan yang berikutnya.
Prinsip kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu,
kemahiran & nilai perlu dikuasai oleh pelajar sejajar dengan
pertumbuhan fizikal
perkembangan mental
seiring dengan peningkatan usia mereka.
Suatu kurikulum perlu mempunyai kesinambungan yang
lancar dimulai dengan peringkat paling asas dan seterusnya
membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka
pada tahap yang lebih tinggi.
Pembentukan dan penyusunan kurikulum
kebangsaan secara horizontal

SKOP

INTEGRASI

IMBANGAN
Skop
Prinsip litupan kandungan berkaitan dengan keluasan dan
kedalam kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu
kurikulum dan pengajaran.

Keluasan dan kedalaman kurikulum


topik
kandungan : what content to include in the curriculum
and the amount of detail to the content
pengalaman pembelajaran (kognitif, afektif, psikomotor)

Garapan keluasan dan kedalaman kandungan ini


berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan
setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-
tahap pendidikan & kognitif serta masa pembelajaran
yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menguasainya
Integrasi
Knowledge cannot be separated

Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar


pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain
supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh
Imbangan
Keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam
rekabentuk kurikulum

In a balanced curriculum, students have opportunities to


master knowledge and to internalize and utilize it in ways
that are appropriate for their personal, social, and
intellectual goals (Ornstein & Hunkins, 1998).

Prinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar


agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan
dengan objektif yang ingin dicapai.
KESINAMBUNGAN/KONTINUITI KETERTIBAN/SEKUEN

LITUPAN/ SKOP KESEPADUAN/INTEGRASI IMBANGAN


Penilaian
Menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk
menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat
mana objektif yang telah dibentuk tercapai.

Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada


berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan
pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan.

Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh


digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh
sekolah.

PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang


dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


(PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen
kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut


Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia
Perlunya perubahan dalam pentaksiran
Penekanan kepada JERI - aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
tidak tercapai
Pendidikan berorientasikan peperiksaan - penglibatan dalam
kokurikulum sangat kurang
Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata
- tekanan kepada guru, murid & ibu bapa
Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran - pengabaian
pembentukan modal insan yang seimbang
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran -
Assessment for learning diabaikan - kurang membantu dalam proses
pembelajaran sebenarnya
Meningkatkan martabat profesion keguruan guru lebih dihormati,
peningkatan integriti dan keberkesanan guru
Sistem Pentaksiran Sesetengah Negara Maju telah Berubah tiada
peperiksaan awam di sekolah rendah dan menengah rendah
COMPANY LOGO
Dilaksanakan oleh Peperiksaan Pentaksiran sekolah Dilaksanakan
Pentaksiran
LP seperti Pusat MP Teras & elektif sepenuhnya oleh
Pusat sekolah
UPSR sekarang
60% Kerja Kursus 40%
BM Projek Lisan
BI
MMATIK
SAINS PAJSK
BC
UJIAN BT
Inventori
APTITUD
Personaliti

Dilaksanakan oleh sekolah dengan instrumen dan


garis panduan dari LP
COMPANY LOGO
Model Kurikulum Tyler

Empat persoalan:
1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?

2. Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk


mencapai tujuan pendidikan?

3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur


agar berkesan?

4. Bagaimanakah hendak ditentukan sama ada tujuan


pendidikan dapat dicapai?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan


ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)


Pelaksanaan kurikulum kebangsaan:
Pra Sekolah
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Pendidikan Khas
Institusi Pengajian Tinggi

Anda mungkin juga menyukai