Anda di halaman 1dari 35

KERAJAAN BRUNEI DAN MASYARAKAT

FILIPINA
Brunei
Kepulauan Filipina:
-Sulu
KERAJAAN BRUNEI
KEMUNCULAN KERAJAAN BRUNEI

Kerajaan Brunei dipercayai diasaskan oleh kerajaan Po-


ni iaitu sebuah kerajaan yang dikatakan dari pengaruh
China
Sejak zaman Maharaja Tai Tsung (976-997 M) sudah
terdapat lawatan Brunei ke China
1408 M, Raja Brunei Maharaja Gana melawat China
yang waktu itu diperintah oleh Yung Lo
Agama Islam muncul di Brunei sekitar abad ke 16 setelah Raja
Brunei memeluk Islam sekitar tahun 1514 dan 1521 iaitu
selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 di tangan
Portugis
Bukti arkeologi menunjukkan Islam muncul di Brunei lebih
awal berdasarkan;

i. penemuan batu nisan Puteri Sultan Abdul Majid bin


Muhamad Shah bertarikh 1078
ii. batu nisan Tuan Pukung Chih Mu yang bertarikh 1264
iii. inskripsi jawi yang mencatatkan nama Sulaiman bin Abdul
Rahman Nurullah yang wafat 821/1418-9 M
Setelah memeluk Islam, Raja Brunei yang pertama iaitu Alak
Betatar menukar namanya kepada Sultan Muhamad
Setelah mangkat, baginda kemudiannya digantikan oleh Sultan
Ahmad (Patah Berbai)
Raja ketiga kerajaan Brunei ialah Sultan Berkat (dipercayai
seorang Arab bernama Syarif Ali keturunan Nabi Muhamad
s.a.w.
Sultan Berkat kemudian digantikan pula oleh Sultan Sulaiman
dan kemudiannya digantikan pula oleh Sultan Bolkiah
Zaman kemuncak kekuasaan Kerajaan Brunei bermula
semenjak pemerintahan oleh Sultan Bolkiah apabila kawasan
pemerintahnya meliputi Pulau Luzon yang terletak di utara
Filipina
Sultan Bolkiah digantikan pula oleh Sultan Abdul Kahar, dan
selepas itu oleh Sultan Saifur-Rijal
Keturunan Sultan Bolkiah masih menguasai kerajaan Brunei
sehingga ke hari ini tetapi liputan kawasan pemerintahan
semakin mengecil setelah Sabah dan Sarawak mula dikuasai
oleh Inggeris
FILIPINA
Sejarah penempatan awal masyarakat di Kepulauan
Filipina dimulakan oleh penduduk asli di Pulau
Mindanao iaitu kira-kira 100,000 hingga 400,000 tahun
dahulu. Mereka terdiri daripada suku kaum Negrito
yang mendiami Pulau Mindanao dan beberapa buah
pulau yang lain mewakili komuniti awal masyarakat
Zaman Prasejarah yang wujud di Filipina.

Masyarakat awal ini kemudiannya berkembang hingga


mewujudkan petempatan di beberapa pulau yang lain di
Kepulauan Filipina.
Ketibaan golongan Brahmin dari India terutamanya di Palawan
dan Mindoro telah meninggalkan kesan dari kepada penduduk
tempatan khususnya dari aspek kebudayaan. Golongan ini
kemudiannya membentuk komuniti yang menguasai pemerintahan
di pulau-pulau kecil yang berselerak di seluruh Kepulauan
Filipina.

Peter Bellwood menyatakan asal usul penduduk Kepulauan


Filipina adalah berasal dari Taiwan yang terletak di bahagian utara
Filipina. Kira-kira ribuan tahun yang lampau masyarakat tersebut
kemudiannya berhijrah melalui jalan laut ke kawasan selatan di
mana letaknya Kepulauan Filipina sekarang. Ada yang terus
menetap di Filipina namun ada juga memilih untuk meneruskan
pelayaran ke kawasan yang lain di Asia Tenggara.
Dari kawasan kepulauan Filipina kemudian ada sesetengah dari
mereka yang meneruskan pelayaran hingga ke Pulau Borneo
sebelum meneruskan pelayaran sama ada ke Semenanjung Tanah
Melayu, Indonesia atau ke gugusan Nusantara yang lain. Malah
ada yang meneruskan perlayaran mereka hingga tiba dan menetap
di Kemboja, Thailand atau Laos.

Sebaliknya bagi mereka yang tidak meneruskan pelayaran dan


tinggal menetap di Kepulauan Filipina hingga sekarang dikatakan
merupakan berasal dari keturunan daripada migrasi tersebut.
Justeru itu jika dari segi rupa paras masyarakat Filipina didapati ia
tidak jauh bezanya dengan rupa paras rumpun Melayu yang lain.
Nenek moyang orang Filipina termasuk di dalam kelompok orang
Austronesia, iaitu kumpulan penduduk yang mendiami kawasan
Oceania dan Asia Tenggara. Orang Austronesia termasuk kaum
asli Taiwan, kebanyakan kumpulan etnik di Filipina, Timor Leste,
Indonesia, Malaysia, Madagascar, New Zealand, Micronesia,
Melanesia, Palau dan Polynesia.

Sungguhpun dikategorikan di dalam kumpulan Melayo-Polynesia


dan bertutur dalam bahasa Austronesia, penduduk Kepulauan
Filipina juga adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum atau etnik.

Di antara kumpulan etnik tersebut ialah Visayan, Tagalog, Ilocano,


Moro, Kapampangan, Bicolano, Pangasinese, Igorot, Lumad,
Mangyan, Ibanag, Badjao, Ivatan dan puak atau suku yang tinggal
di kawasan tanah tinggi di Palawan
Sementara itu bagi masyarakat Islam yang tinggal di bahagian
selatan Kepulauan Filipina khususnya di Kepulauan Sulu pula
terdiri daripada beberapa suku atau puak. Di antara suku-suku yang
dimaksudkan ialah ialah suku Taosug, Samal, Bajao dan Yakan.

Mereka ini mendiami beberapa gugusan atau pulau-pulau seperti


Gugusan Basilan, Gugusan Samales, Gugusan Jolo, Gugusan
Tapul, Gugusan Tawi-Tawi, Gugusan Pagutaran dan Gugusan
Sibutu. Sementara itu sekitar 300,000 orang kaum asli seperti
kaum Negrito, Aeta dan Ati yang mendiami kawasan tanah tinggi
di beberapa buah pulau adalah dikatakan adalah penduduk asal di
negara tersebut.
Di antara kumpulan etnik tersebut ialah Visayan, Tagalog, Ilocano,
Moro, Kapampangan, Bicolano, Pangasinese, Igorot, Lumad,
Mangyan, Ibanag, Badjao, Ivatan dan puak atau suku yang tinggal
di kawasan tanah tinggi di Palawan

Sementara itu bagi masyarakat Islam yang tinggal di bahagian


selatan Kepulauan Filipina khususnya di Kepulauan Sulu pula
terdiri daripada beberapa suku atau puak. Di antara suku-suku yang
dimaksudkan ialah ialah suku Taosug, Samal, Bajao dan Yakan.
Mereka ini mendiami beberapa gugusan atau pulau-pulau seperti
Gugusan Basilan, Gugusan Samales, Gugusan Jolo, Gugusan
Tapul, Gugusan Tawi-Tawi, Gugusan Pagutaran dan Gugusan
Sibutu.
Sementara itu sekitar 300,000 orang kaum asli seperti kaum
Negrito, Aeta dan Ati yang mendiami kawasan tanah tinggi di
beberapa buah pulau adalah dikatakan adalah penduduk asal di
negara tersebut.

Kedatangan agama Islam ke timur turut mengubah fenomena di


beberapa kawasan di Kepulauan Filipina dengan kemunculan
pemerintahan Islam seperti di Pulau Mindanao dan pulau-pulau
kecil di sekitarnya.

Pemerintah Islam bukan hanya menguasai pulau-pulau yang


terdapat di bahagian selatan, malah turut mengembangkan
pemerintahan sehingga pernah menguasai Manila yang terletak di
bahagian utara Kepulauan Filipina.
Mengikut rekod sejarah, Islam menjadi agama yang dianuti oleh
masyarakat di bahagian selatan sekitar tahun 1450 dengan
terdirinya Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh Sharif Al-Hashim
yang tiba dari Palembang

Mengikut rekod sejarah, Islam menjadi agama yang dianuti oleh


masyarakat di bahagian selatan sekitar tahun 1450 dengan
terdirinya Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh Sharif Al-Hashim
yang tiba dari Palembang.

Di zaman keemasannya, Kesultanan Sulu menguasai seluruh


Kepulauan Sulu, sebahagian dari Semenanjung Zamboanga di
Pulau Mindanao, selatan Pulau Palawan dan pantai utara serta
timur Pulau Borneo.
Buat beberapa ketika lamanya, kemunculan kerajaan Islam telah
mendominasi sistem pemerintahan di beberapa bahagian di
Kepulauan Filipina, sehinggalah kedatangan kuasa Eropah dalam
abad ke 16 telah mengambilalih penguasaan kuasa pemerintahan
Islam di Kepulauan Filipina.

Kedatangan kuasa barat ke timur dimulai oleh bangsa Portugis


dengan menduduki Melaka pada tahun 1511. Selain Portugis,
kuasa Eropah lain yang turut berhasrat untuk menguasai negara-
negara di timur ialah Sepanyol.
Hasilnya pada tahun 1519, Ferdinand Magellan mengetuai
deligasi pelayaran Sepanyol bertolak dari Eropah dan telah tiba di
Pulau Cebu. Beliau telah berjaya mengalahkan Kesultanan Islam
yang berkuasa di Pulau Cebu dalam tahun 1521.

Ferdinand Magellan kemudian telah memaksa penduduk


tempatan menganut agama Kristian sebelum meninggal setelah
terbunuh di dalam peperangan menentang pemerintah Lapu-lapu
yang berkuasa di Pulau Matcan. Ini diikuti oleh beberapa
angkatan Sepanyol yang lain yang bertujuan untuk mengukuhkan
cengkaman ke atas tanah jajahan baru ini selain bertujuan untuk
mengembangkan agama Kristian di rantau ini.
Pada tahun 1565 Sepanyol kembali semula ke Kepulauan Filipina
di bawah pemerintahan Miguel de Legazpi yang berjaya
menguasai Pulau Cebu. Beliau kemudiannya menjadikan Pulau
Cebu pusat pemerintahan untuk mentadbir kawasan taklukan
Sepanyol di Kepulauan Filipina.

Pada tahun 1571 Sepanyol telah memindahkan pusat


pentadbirannya dari Pulau Cebu ke Manila apabila bandar itu
ditawan dari Kesultanan Manila. Ketika tiba pada tahun 1569
penjajah Sepanyol mendapati bukan sahaja sektor perdagangan
dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam, tetapi juga sudah terdapat
beberapa buah kerajaan Islam di Kepulauan Filipina di antaranya
ialah Kesultanan Manila, Kesultanan Magindanao dan Kesultanan
Sulu.
Kewujudan kerajaan Islam ini secara tidak langsung merupakan
ancaman terhadap Sepanyol sama ada dari segi politik, ekonomi
dan sosial. Justeru itu Sepanyol mengamalkan dasar yang lebih
keras terhadap kerajaan Islam dengan tujuan untuk menunduk dan
menguasai Kepulauan Filipina sehingga mencetuskan banyak
peperangan dan pertumpahan darah.

Peperangan yang berlaku di antara penjajah Sepanyol dengan


kerajaan Islam ini dikenali sebagai Perang Moro dan peperangan
ini telah berlangsung lebih dari satu abad lamanya.
Akhirnya, lama-kelamaan banyak pulau yang berada di beberapa
bahagian di selatan Kepulauan Filipina mulai tunduk dan berjaya
dikuasai satu demi satu kepada penjajah Sepanyol.

Sejak itu, maka Kepulauan Filipina pun secara langsung mula


dijajah oleh Sepanyol sehingga memakan tempoh yang amat
panjang iaitu selama 333 tahun sehingga tahun 1898.
KESULTANAN SULU
Terletak di antara Pulau Midanao dan Borneo, merupakan kuasa maritim
dan perdagangan yang penting
Terdiri daripada beberapa gugusan pulau seperti Gugusan Basilan,
Gugusan Samales, Gugusan Jolo, Gugusan Tapul, Gugusan Tawi-tawi,
Gugusan Pagutaran dan Gugusan Sibutu
Di zaman keemasannya menguasai seluruh kepulauan Sulu, sebahagian
Zamboanga (Mindanao), selatan Pulau Palawan dan pantai tirmur & utara
Borneo
Geografinya yang bergunung ganang dan masih mempunyai gunung berapi
yang masih hidup
Aktiviti pertaniannya terhad di kawasan lembah-lembah yang sempit
menyebabkan masyarakatnya trerpaksa berpaling ke laut sebagai asas
ekonomi
Kedudukan Sulu di Laut Sulawesi dan Laut Sulu serta Laut China Selatan
menjadikan Kesultanan Sulu tempat laluan kapal-kapal dagang yang
berulang alik di antara utara dan selatan
Pusat pemerintahan Sulu adalah di bandar Jolo yang terletak di bahagian
utara pulau tersebut, walaupun kadang kala sultan tinggal di Maibung yang
terletak di bahagian selatan Pulau Jolo.
Penduduk Kepulauan Sulu terdiri dari pelbagai suku seperti Taosung,
Samal, Bajao dan Yakan
Taosung merupakan suku yang menguasai politik kerana semua sultan-
sultan Sulu dan golongan elitnya adalah dari suku tersebut
Majoriti suku Taosung tinggal di Pulau Jolo walaupun ada sebahagian kecil
mereka mendiami pulau-pulau lain di selatan Filipina
Kemunculan Kerajaan Sulu

Kepulauan Suku khasnya Pulau Jolo sudah didiami manusia lama sebelum
kedatangan Islam
Salasilah Sulu menerangka penduduk asal Pulau Jolo adalah suku Buramun
yang mendiami kawasan sekitar Maibung. Ia diikuti dengan ketibaab suku
Samal dan Bajao
Islam menjadi agama dominan di Sulu sekitar tahun 1450 dengan terdirinya
Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh Sharif al-Hashim (walau
bagaimanapun proses pengenalan Islam kepada masyarakat Sulu telah
berlaku lama sebelum itu.
Salasilah Sulu mencatitkan nama-nama yang mempunyai ciri-ciri Islam
seperti Tuan Mashaika, Karim al Makhdum dan Raja Baginda. Ketiga-tiga
orang ini menjadi asas kepada pengenalan Islam kepada masyarakat Sulu di
Pulau Jolo
Semasa Sharif al Hashim (Sharif Abu Bakar) tiba pada pertengahan abad
ke 15, Islam sudah bertapak di Sulu
Syarif Abu Bakar tiba di Buansa, di selatan Pulau Jolo pada tahun 1450
dari Palembang. Ketibaan beliau bukan sahaja disambut baik oleh
penduduk tempatan tetapi mereka bersetuju untuk melantik beliau menjadi
raja di Buansa
Salasilah Sulu menganggap beliau sebagai pengasas Kesultanan Sulu,
semua sultan-sultan Sulu selepas itu adalah dari keturunannya
Selepas menjadi sultan, Sharif al Hashim telah menyusun sistem
pemerintahan dan pentadbiran. Beliau membuat peraturan dan panduan
umum untuk diikuti oleh sultan, pembesar, panglima dan rakyat.
Sultan hanya berkuasa secara mutlak di kawasan yang gong atau gendang
yang dipalu di istana dapat didengari
Kawasan yang lain adalah di bawah kuasa pembesar, setiap pembesar atau
panglima akan menghantar sebahagian dari hasil di kawasan mereka
kepada sultan sebagai pengiktirafan sultan sebagai kuasa tertinggi
Syarat-syarat Untuk Menjadi Sultan

Bangsawan calon raja perlu membuktikan beliau adalah dari golongan


bangsawsn iaitu dari golongan datu diraja atau bukan datu kurniaan
Satiawan calon mesti dapat membuktikan salasilah keturunannya yang
dia adalah dari keturunan salip atau sarif. asal usul mesti dari keturunan
sultan Sulu yang pertama iaitu Sultan Sharif al Hashim
Ilmuan calon mesti seorang yang mempunyai ilmu, kesalihan dan
kepakaran dalam soal-soal kenegaraan, sebagai simbol agama, keadilan,
berkebolehan untuk berbincang, berbahas dengan penasihat/pembesar dan
kemudian membuat keputusan mengenai masalah-masalah, berkebolehan
untuk berbincang dan berunding dengan wakil-wakil negara luar, mengenai
hubungan diplomatik, perdagangan dsb
Rupawan calon mesti sempurna tubuh badan, fikiran, mempunyai
tingkah laku, budi pekerti terpuji
Hartawan- calon perlu mempunyai punca pendapatan sendiri-untuk
mengelak berlakunya penyalagunaan kuasa
Pembahagian Kuasa

Kesultanan Sulu dianggap unit politik yang paling berpusat dari segi kuasa jika
dibandingkan dengan unit-unit politik masyarakat Islam yang lain di Filipina
Bagaimanapun berlaku juga ketegangan/persaingan di antara pusat dan pinggiran
Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor iaitu;
Sulu terdiri daripada beratus buah pulau

Adat telah menentukan pembahagian kuasa dan wilayah di antara sultan di ibu

negeri dengan datu-datu di pinggiran


Sultan tidak boleh campurtangan dalam pentadbiran daerah, tetapi sultan akan
melantik wakilnuya yang dipanggil panglima. Kebiasaan panglima adalah
oenduduk tempatan
Sultan dianggap pemimpin tertinggi, mempunyai barakat yang tidak ada pada
datu-datu yang lain
Sebagai ketua agama, baginda akan melantik kadi, imam, bilal dan khatib di masjid
Semua khutbah Jumaat di Sulu akan mengandungi pujian dan doa untuk
keselamatan sultan
Pendapatan Sultan

Harta sultan terbahagi kepada dua-milik peribadi dan harta kerana


memegang jawatan sultan
Harta peribadi-harta pusaka dan harta yang dibeli atas nama
peribadi/dibenarkan terlibat dalam aktiviti perdagangan baik secara
peribadi atau berkongsi-punca ini boleh digunakan sesuka hati dan boleh
dipusakai oleh warisnya
Harta kerana memegang jawatan sultan sebagai ketua agama, sultan
berhak ke atas zakat yang dipungut/denda akibat melakukan kesalahan/
peratus tertentu daripada pendapatan dan cukai dari datu-datu di seluruh
Sulu/ cukai perdagangan dalam negeri/hasil jualan daripada beberapa
barangan seperti mutiara/sarang burung/harta rampasan perang (30%) yang
dilanecarkan oleh datu-datu pendapatan ini tidak boleh digunakan sesuka
hati/tidak boleh diwariskan-terpaksa berbincang dan mendapat persetujuan
dari Rumah Bicara
Rumah Bicara

Merupakan badan penasihat tertinggi dalam sejarah kesultanan Sulu


Semua perkara berkait dengan hubungan luar, perjanjan, peperangan dan
perdagangan dibahas/diluluskan oleh Rumah Bicara
Keahlian 6 orang ahli (paling kecil) dan 19 orang ahli (paling besar) sultan dan
raja muda dilantik secara automatik
Pada peringkat awal keahlian Rumah Bicara- hanya datu-datu dari suku Taosung
sahaja, tetapi selepas abad ke-19, keahlian disertai oleh rakyat biasa yang
berpengaruh dan orang kaya dari suku lain seperti suku Samal
Ahli boleh mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi tidak ada hak untuk
mengundi
Semua ahli Rumah Bicara dianggap sama taraf dan dikira satu undi kecuali
sultan 2 undi
Raja Muda 2 undi kalau menyokong sultan, tetapi satu undi kalau menentan
sultan
Dari segi teori Rumah Bicara mempunyai kuasa yang sangat luas
melibatkan kepentingan negara seperti polisi perdagangan, perjanjian
dengan negara luar, kadar cukai, perlantikan pegawai negeri, perlantikan
sultan baru dibincangkan dan diputuskan dalam Rumah Bicara
Walaupun ada sultan yang kuat dan dapat mengurangkan pengaruh Rumah
Bicara namun tidak pernah Rumah Bicara yang menjadi boneka kepada
sultan
Walaupun tidak ada bukti Rumah Bicara memecat sultan, tetapi tidak ada
sultan yang dapat memerintah tanpa sokongan majoriti dari Rumah Bicara
Ini terbukti apabila Sepanyol campurtangan dalam proses perlantikan
sultan pada akhir abad ke 19, sultan yang disokong akhirnya terpaksa
meletak jawatan kerana majoriti datu-datu dalam Rumah Bicara tidak mahu
menerimanya sebagai sultan
Pertembungan Dengan Barat Dan Pemansuhan Kesultanan Sulu

Kuasa barat yang pertama tiba di alam Melayu ialah Portugis, diikuti Sepanyol
Portugis menawan Melaka (1511), sepuluh tahun kemudian angkatan Sepanyol
yang diketuai oleh Ferdinand Magellan tiba di Cebu dan menjadikannya sebagai
pusat pentadbiran
Tahun 1571, pusat pentadbiran dari Cebu dipindahkan ke Manila apabila ia ditawan
dari Kesultanan Manila
Ketika tiba pada tahun 1569, Sepanyol dapati bukan sahaja aktiviti perdagangan
dikuasai oleh pedagang Islam, tetapi sudah wujud beberapa kerajaan Islam seperti
kerajaan Manila, Magindao dan Sulu
Fenomena ini dianggap ancaman kepada Sepanyol yang ingin menguasai tanah
jajahan dan mengembangkan Kristian
Justeru wujud ketegangan di antara Sepanyol yang ingin menyebarkan Kristian
dengan orang-orang Islam sehingga mencetuskan Perang Moro
Menjelang 1830an imbangan kuasa mulai memihak kepada Sepanyol setelah
membeli tiga buah kapal perang yang menggunakan kapal wap dari Britain
Serangan pertama menggunakan kapal perang ialah dalam tahun 1848 ke
atas Pulau Balangingi yang dianggap sarang lanun
Ramai mangsa terkorban, tawanan di bawa ke Manila dan semua pokok
buah-buahan dan kepala dimusnahkan bagi memastikan pulau itu tidak
akan didiami manusia lagi selepas itu
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai