Anda di halaman 1dari 19

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 92

UNIT 7
SUMBER, GRAFIK DAN ILUSTRASI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Memahami objektif petikan sumber


2. Menghuraikan jenis-jenis petikan sumber
3. Mempraktiskan teknik menulis petikan sumber
4. Menjelaskan kepentingan grafik dan ilustrasi dalam penulisan

Pengenalan

P etikan sumber secara umumnya adalah pinjaman ayat, pendapat daripada seorang pakar atau
ucapan seseorang yang terkenal yang terdapat dalam bentuk media cetak atau media elektronik.
Petikan ini digunakan oleh penulis untuk menyokong atau memberikan huraian lanjut berhubung
dengan pendapatnya. Dalam hal ini, penulis perlu memastikan bahawa ‛petikan‟ yang dikutip itu adalah
sebuah petikan yang kukuh, tepat, sahih dan jelas menyokong idea yang ingin dikemukakan.

Objektif Petikan Sumber

Dalam proses menulis, kutipan boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Namun, tidak kira apa bentuk
sekalipun, sebagai penulis anda perlu membuat keputusan untuk mengambil kutipan berdasarkan
tujuan atau matlamat penulisan bukannya berdasarkan format yang dikehendaki. Ketepatan petikan
sumber amat penting kerana ia akan mempengaruhi keyakinan pembaca terhadap kualiti penulisan
anda.

Menurut William Strong (1993) terdapat tiga sebab utama mengapa kutipan diperlukan dalam
sesebuah penulisan, iaitu:

i. untuk mengenal pasti jenis penulisan


ii. untuk menjelaskan tujuan penulisan
iii. untuk mengetahui tahap pengetahuan atau kemahiran pembaca

Walaupun anda telah mengenal pasti kutipan yang ingin dipetik, anda masih perlu memikirkan
cara bagaimana hendak menggunakannya. Dalam sesetengah kutipan anda boleh menyalin semula
kutipan itu dan sesetengahnya anda perlu menghuraikan kembali isi penting dalam bentuk ayat anda
sendiri.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 93

Terdapat beberapa jenis kutipan yang boleh digunakan dalam sesebuah penulisan.Selalunya
bentuk penulisan bidang teknikal lebih sesuai menggunakan jenis Modern Language Association
(MLA), manakala jenis American Psychological Association (APA) sesuai digunakan bagi bentuk
penulisan Sains Sosial. Selain dari itu, bagi penulisan berbentuk Sains Tulen ia sesuai menggunakan
format Council of Biology Editors (CBE).

Format MLA

Menurut formula MLA, maklumat yang perlu dinyatakan dalam kutipan adalah nama penulis dan muka
surat bahan yang dikutip sahaja.

Contoh:

“Rudyard Kipling was the first writer to travel widly throughout the British Dominious”. (Carrington,
393)

Perbezaan ini juga jelas dilihat dalam penulisan bibliografi yang membezakannya dengan format APA.
Dalam MLA kedudukan tahun terletak di hujung bibliografi.

Contoh:

Andrews, Deborah C. Dan William D. Andrew.Business Commununication. New York:Macmillan,1988.

Format APA

Cara menulis kutipan mengikut format APA adalah sama dengan format penulisan yang lain.Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan kecil yang membezakan cara penulisan APA dengan
penulisan yang lain, iaitu penggunaan kutipan dalam format APA perlu menyatakan tahun penerbitan
dalam teks.

Contoh:

Menurut Bergen Evanz (1964)........

Format APA perlu menyatakan muka surat bahan yang dipetik sekiranya kutipan itu adalah kutipan
langsung dan ia perlu dinyatakan di bahagian akhir atau bergantung pada cara pengolahan yang
dibuat oleh penulis.

Contoh:

A. Samad Said (1992) menyatakan Novel Mencari Salina adalah novel terbaik yang pernah
dihasilkannya. (m/s 5)

Atau

Mengikut pendapat John Short (1982:53), pengajaran menulis adalah........


S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 94

Walau bagaimanapun, dalam penulisan jenis Sains Sosial, biasanya muka surat bahan yang
dirujuk tidak perlu dinyatakan.

Contoh:

M.S. Holloway (1980) verifies that both passive music reinforcements and active music reinforcement
increase desired behavior in retarded children.

Menurut cara APA di bahagian bibliografi, hanya huruf pertama sesuatu tajuk perlu menggunakan
huruf besar.

Contoh:

Seagrave,S. (1988). The marcos dynasty. New York: Harper and Row.

Format CBE

Format CBE digunakan secara meluas dalam penulisan ilmiah dalam bidang Sains Tulen seperti
Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik. Dalam konteks Malaysia, format CBE sering digunakan dalam
penulisan ilmiah dalam bidang agama dan sejarah. Namun begitu, ia boleh juga digunakan dalam
semua konteks penulisan ilmiah seperti Geografi, Alam Sekitar, Sosiologi, Kesusasteraan dan bidang
perubatan sains.

Mengikut format ini penggunaan nombor diperlukan selepas sesuatu kutipan sama ada kutipan
langsung atau tidak langsung untuk menunjukkan senarai kutipan yang ditulis pada akhir penulisan
nanti. Fungsinya adalah sama seperti pengunaan nota kaki dalam sesetengah bentuk penulisan.

CBE dan Penggunaan Nota

Format CBE berbeza dengan formula MLA dan APA. Perbezaan paling ketara adalah dari segi
penggunaan nota. Nota dalam konsep penulisan CBE merujuk kepada senarai bahan rujukan yang
digunakan oleh seseorang penulis serta keterangan ringkas tentang tokoh, buku, dokumen perjanjian,
majalah, teks ucapan, teori, formula, konsep dan sesuatu perkara. Tiap-tiap nota kaki mempunyai
nombor-nombornya yang sejajar (1,2,3,4.......) dengan nombor-nombor petikan atau kutipan.

Nombor pada sesuatu kutipan atau petikan terletak pada bahagian kepala kanan sesuatu
perkataan seperti “.......menghadiri Sidang Kemuncak Bumi. Ia boleh ditulis sama ada pada bahagian
“kaki” bagi setiap helai muka surat atau selepas kesimpulan bagi setiap bahagian atau bab sebuah
penulisan. Terdapat pelbagai istilah yang boleh digunakan bagi penggunaan nota seperti Nota, Nota
Kaki, Catatan Bawah, Nota Rujukan, Nota Akhir dan Rujukan.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 95

Cara Menulis Nota Kaki Gaya CBE

Umumnya menurut Samaruddin dan Nazri (1982) bentuk rujukan dalam nota kaki berbeza-beza dan
ia bergantung kepada jenis bahan rujukan seperti buku, majalah, jurnal, radio, audio visual dan
sebagainya. Namun begitu, secara umum maklumat yang mesti ditulis bagi semua jenis bahan
rujukan adalah seberti berikut:

i. Nama penuh penulis (diikuti dengan koma)


ii. Tajuk sumber rujukan (diikuti dengan koma dan tajuk)
iii. Nama editor atau penterjemah (jika ada)
iv. Bahan-bahan termasuk jilid (jika ada)
v. Nombor atau nama edisi jika bukan edisi pertama
vi. Jumlah jilid jika lebih daripada satu jilid (buka kurungan)
vii. Tempat terbit (diikuti dengan noktah bertindih atau koma)
viii. Nama penerbit (koma)
ix. Tarikh penerbitan (tutup kurungan)
x. Nombor jilid untuk bahan rujukan yang digunakan (jika ada)
xi. Muka surat atau halaman (diikuti dengan noktah)

Penggunaan Rujukan Silang

Rujukan silang bermaksud maklumat lanjut yang khalayak boleh rujuk berdasarkan sesebuah teks
asal yang dirujuk penulis atau teks lain yang berkaitan. Perkara dan maklumat yang boleh dirujuk itu
amat berkaitan dengan teks yang ditulis. Dengan merujuk perkara atau maklumat tersebut khalayak
akan lebih memahami dan jelas akan gambaran sebenar yang hendak disampaikan oleh penulis di
dalam teksnya.

Contoh:
13 Rujuk
laporan tentang kadar penceraian di beberapa buah negeri di Malaysia, Utusan Malaysia, 4
Ogos,1992, m.s. 3.
14 Data-data berikutnya, lihat Asiaweek, 13 Mac, 1992, m.s. 6-7.
15 Rujukucapan Presiden Bush pada UNCED dan ucapan di ibu pejabat NASA, Washington D.C.
beberapa hari sebelum berlepas ke Rio de Jenairo.

Penggunaan “ibid.”

Ibid, ialah singkatan daripada “ibidem”, yang bermaksud “pada tempat yang sama”. Ibid. digunakan
jika suatu kutipan atau petikan yang diambil dari sumber yang sama. Ia ditulis berurutan dengan
bahan rujukan yang sama tanpa diselangselikan dengan sumber rujukan yang lain. Sekalipun kutipan
itu terletak pada halaman yang berbeza, ‘ibid.‟ masih boleh digunakan, maka maklumat yang perlu
dicatat pada nota kaki adalah:
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 96

i. Ibid.
ii. Nombor halaman ( jika kutipan terletak pada halaman yang sama dengan catatan bawah
sebelumnya, nombor halaman tidak perlu dicatat).

Contoh:

24Jamal Mohd.Lokman Sulaiman, Biografi Tuan Guru Dato‟ Haji Nik Abdul Aziz (Selangor:
Percetakan Selaseh Sdn. Bhd, 1999), m.s. 30-33.

25 Ibid.,m.s. 47. [ Ibid., m.s. 47 bermaksud, penulis memetik daripada buku yang sama –
Jamal Mohd. Lokman, tetapi berbeza muka suratnya.

Nombor halaman pada ibid. tidak perlu ditulis sekiranya nombor halaman yang dirujuk
adalah sama. Lihat contoh di bawah.

26 Zaini Ujang, Environmentalisme dalam Tata Baru Dunia (Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar,1992), m.s. 13-15.

27 Ibid.

Penggunaan “op.cit ”

Op.cit. adalah singkatan „opere citato‟ yang bermaksud „dalam kalangan yang telah
dicatat‟. Ia merujuk petikan yang telah dicatat sebelumnya dengan lengkap pada halaman
lain, tetapi ia sudah diselangi oleh sumber lain dalam nota kaki. Maka singkatan dalam
nota kaki yang ditulis adalah:

i) Nama pengarang, op.cit., nombor halaman

Contoh:
26 Zaini Ujang, Environmentalisme dalam Tata Baru Dunia (Kuala Lumpur: Institut Kajian
Dasar,1992), m.s. 13-15.

27 Mohd. Jarjis Ali, Strategi meningkatkan daya ingatan (Bangi: Penerbit


UKM,1996) m.s. 36.

28 Zaini Ujang, op.cit., m.s. 76.

29 Mohd.Jarjis Ali, op.cit.

[Tidak perlu ditulis nombor halaman selepas op.cit. kerana petikan diambil dari halaman
yang sama, iaitu muka surat 36.]
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 97

Dalam perbincangan berkaitan ‘kutipan’, penjelasan yang akan digunakan adalah


berdasarkan jenis American Psychological Association (APA). Hal ini kerana dalam kebanyakan
format penulisan ilmiah kontemporari, penggunaan format CBD amat jarang diaplikasi.

Kaedah Kutipan

Terdapat dua kaedah dalam menulis kutipan, iaitu:

Kutipan Langsung

Kutipan langsung bermaksud kutipan yang ditulis dalam susunan asalnya tanpa sebarang perubahan,
diletak pada tempat tersendiri serta terpisah dari teks. Apabila menggunakan ‘kutipan’ langsung,
kutipan itu mestilah tidak mengubah susunan asal dari segi ejaan, perkataan atau ayat. Menurut
Hanson Richard (1995), terdapat tiga sebab kenapa kutipan langsung harus digunakan, iaitu:

i. Apabila penulis tidak dapat menjelaskan idea yang terdapat dalam kutipan itu dengan
ayat sendiri.
ii. Apabila petikan asal mengandungi bahasa yang terlalu teknikal. Jika penulis
menggunakan perkataan sendiri dikhuatiri akan mengubah makna asal petikan.
iii. Apabila penulis hendak mempertikaikan isi atau idea dari petikan penulis asal.

Selain itu, menurut Arnandet dan Barret (1984) apabila kutipan langsung digunakan,
maklumat seperti nama penulis, tahun bahan diterbitkan dan muka surat perlu disertakan. Jika nama
pengarang dimasukkan bersama teks, kurungan yang menyatakan tahun penerbitan dan muka surat
perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik (:) dimasukkan di antara angka
tahun terbitan dan nombor muka surat.

Contoh 1:

Mengikut pendapat John (1982: 53), pengajaran menulis........

Jika nama pengarang tidak disebut dalam teks, maka nama pengarang, tahun penerbitan dan
muka surat diletakkan pada hujung teks sebelum noktah seperti di bawah.

Contoh 2:

“........there is a sense of being more substantial of existing,of being real” (Davitz,1970: 254-255).

Kutipan Tidak Langsung

Kutipan tidak langsung merupakan ungkapan kembali pendapat, idea, gagasan pokok, ringkasan atau
kesimpulan daripada sesebuah teks dengan gaya penulis sendiri. Kutipan tidak langsung akan lebih
menarik jika penulis dapat menyusun dan menghuraikan semula petikan tersebut dengan sejelas-
jelasnya. Ini akan memudahkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 98

Selain itu, jika terdapat sebarang perubahan atau penambahan dalam kutipan, penulis perlu
memaklumkan kepada pembaca. Walaupun penulis tidak boleh mengubah petikan sesuka hati,
namun hal ini bergantung juga kepada idea yang diutarakan. Sebagai penulis, anda perlu sedar
bahawa sesuatu kutipan bertujuan untuk menyokong idea yang anda kemukakan bukannya untuk
memanjangkan idea.

Menurut Arnandet dan Barret (1984), mengikut sistem APA apabila kutipan tidak langsung
digunakan, kutipan itu mesti menyatakan nama penulis serta tahun bahan itu diterbitkan.

Contoh 1:

Although it is useful as a way of thinking about motives, Maslow‟s hierarchy of motives is a


theory that is extremly difficult to test (Obama dan Bridwell,1976).

Contoh 2:

Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (1998), penyelidikan tentang tatabahasa biasanya
dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa
dan dari segi cara perkataan ini disusun menjadi ayat.

Bentuk-Bentuk Kutipan

Menurut Gaya Dewan (1990), ada tiga bentuk kutipan yang boleh digunakan dalam sesebuah
penulisan, iaitu:

i. Kutipan pendek.
ii. Kutipan sederhana.
iii. Kutipan dalam kutipan.

Kutipan Pendek

Kutipan ini kurang daripada tiga baris manuskrip bertaip, perlu diberi tanda petik dan perlu dinyatakan
nama penulis serta muka surat bahan rujukan tersebut. Kedudukannya juga selari dengan teks.

Contoh 1:

“.....there is a sense of being more substantial of existing, of being real.” (Davtz,1970,254).

Contoh 2:

“......bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dipelajari dan dituturkan.” (Ismail,1992,24).

Kutipan pendek boleh didapati dalam tiga keadaan, iaitu kutipan pendek pada awal
perenggan, kutipan berangkai dan kutipan pada akhir perenggan.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 99

Kutipan pada Awal Perenggan

Kutipan yang diletakkan pada awal perenggan biasanya secara tidak langsung menjadi ayat topik
dalam sesebuah perenggan. Kutipan awal ini akan memandu idea-idea sokongan mengikut hala tuju
ayat topik.

Contoh 1:

Menurut Fassi (1985) hujah menentang dasar kedwibahasaan yang menurutnya tidak dapat
diterima biarpun untuk sementara bagi tujuan meningkatkan bahasa Arab klasik.

Contoh 2:

Wong (1965) mengatakan bahawa “di Larut, timah telah dilombong secara berterusan sejak
tahun 1840-an...”

Kutipan Berangkai

Kutipan berangkai adalah kutipan yang dirangkaikan secara berurutan dengan kutipan yang kedua,
ketiga dan seterusnya. Kutipan berangkai ini adalah untuk memperinci, memantapkan dan
memperkukuhkan sesuatu isu yang hendak dihuraikan. Semakin banyak kutipan berangkai, semakin
mantap sesuatu isu yang dibincangkan dalam karangan.

Contoh 1:

Membaca adalah satu proses. Aspek asas dalam proses membaca ialah bacaan mekanis
(Atan, 1986). Latihan membaca secara mekanis dapat membantu pengajaran dan
pembelajaran lisan (Oller, 1979). Penekanan hendaklah diberi kepada penyebutan yang betul
mengikut bahasa Melayu baku, tanda baca dan intonasi mangikut teks yang dibaca, dan
seterusnya digunakan sebagai pembantu teknik pengajaran lisan (pertuturan) khususnya
bunyi dan latihan pengucapan mengikut bahasa Melayu baku (Abdul Aziz,1989). Membaca
secara kuat itu merupakan amalan yang berkesan dan ujian kepada kebolehan murid
membaca secara keseluruhannya (Lado,1979).

Contoh 2:

Tumbuhan-tumbuhan semula jadi terdiri daripada pelbagai jenis. Tumbuhan-tumbuhan ini


termasuk dalam jenis hutan hujan Indo-Malaya dan membentuk sebahagian daripada wilayah
flora Malesian (Whitmore,1975). Flora Semenanjung Malaysia adalah salah satu yang terkaya
di dunia. Terdapat kira-kira 7,900 spesies pokok berbunga dan daripada jumlah tersebut
sekurang-kurangnya 2,000 adalah pokok pakis (Weber,1972). Semenanjung Malaysia juga
mempunyai khazanah fauna yang kaya. Terdapat 199 spesies mamalia darat, ini termasuklah
81 jenis Kelawar (Medway,1969).
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 100

Dalam contoh tersebut, perkara yang ingin dikemukakan adalah tentang bacaan mekanis dan
tumbuh-tumbuhan semula jadi. Penulis telah memerihalkan secara berbeza setiap isu tersebut.
Namun demikian, penulis lebih menjurus kepada pembicaraan isu itu yang setiap satu adalah
berkaitan untuk membentuk suatu mekanisme pandangan yang mantap terhadap perkara yang
ditimbulkan.

Kutipan pada Akhir Perenggan

Kutipan ini berfungsi sebagai kesimpulan dalam sesuatu perenggan. Kutipan di hujung perenggan ini
berupaya memantapkan idea-idea sokongan yang memperincikan ayat topik dalam sesuatu
perenggan.

Contoh:

“...kekejaman kaum Serbia terhadap etnik Islam dan Croat di Bosnia melebihi kekejaman
yang dilakukan oleh kaum Aryan terhadap kaum Yahudi ” (Nazri,1992).

Kutipan Sederhana

Kutipan sederhana hendaklah dibuat dalam perenggan yang khusus, diinden kiri dan kanan sekurang-
kurangnya lima langkau. Saiz taip bahan petikan hendaklah satu poin lebih kecil daripada saiz taip
teks dan ditaip langkau satu baris. Tujuan kutipan ini antara lain adalah untuk mengungkapkan suatu
pernyataan yang dapat memberi gambaran yang menyeluruh terhadap isu yang dikemukakan.

Contoh 1:

Pendapat ini selari dengan kenyataan Nik Safiah Karim (1988) yang menyatakan:

“Asal usul orang Melayu, iaitu penuntut asli bahasa Melayu amat kabur
kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar
belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang
kita.”

Contoh 2:

Richard Ooi (1955) dalam kajiannya mengatakan bahawa:

“Walaupun kerja-kerja kapal korek pada peringkat awalnya mungkin


membuang sejumlah besar kotoran ke dalam sungai, namun amalan
berkutnya yang menggunakan bahan pembuangan daripada kapal korek
untuk mengisi kawasan yang telah dilombong telah mengurangkan dengan
banyaknya masalah ini.”

Kutipan dalam Kutipan

Kutipan dalam kutipan bermaksud penulis telah mengutip pendapat penulis kedua yang memetik
pendapat daripada penulis yang asal.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 101

Contoh 1:

Penggunaan bahasa penjajah bukan sahaja mengelaskan masyarakat tempatan malahan


dapat membudayakan pemimpin ke arah satu cara hidup yang berlainan dengan norma-
norma tempatan seperti kata Buchanan (1975, dalam: Farid M.Onn 1992, hlm. 80):

“Dasar melatih golongan elit ini, bukan dengan menggunakan


bahasa pribumi untuk membina nilai-nilai asing...”
Contoh 2:

Menurut Robbins dan Wyatt (1964) dalam Whitmore (1975, hlm. 29) hutan hujan tanah
pamah Semenanjung Malaysia pada umumnya dikatakan mempunyai kanopi tiga lapis yang
klasik, walaupun pelapisan itu tidak selalunya dapat dilihat sendiri dengan mudah atau di
dalam profil.

Kutipan daripada Bahasa Asing

Dalam sesebuah penulisan tidak dinafikan penulis akan membuat rujukan pada bahan-bahan yang
ditulis dalam bahasa asing, contohnya, dari bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya. Dalam konteks ini
sesuatu kutipan dalam bahasa asing perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini bagi
memudahkan pembaca memahami apa yang telah dikutip oleh penulis. Justeru, penulis perlu
memastikan aspek berikut tidak diabaikan ketika menterjemah kutipan tersebut. Aspek tersebut
adalah:

i. Penyalinan semula maklumat.


ii. Persamaan dan bukan keserupaan.
iii. Persamaan sejati.
iv. Persamaan terdekat.
v. Keutamaan makna.
vi. Keutamaan gaya.

Dalam menterjemah kutipan daripada bahasa asing, tidak semestinya keseluruhan bahasa
sumber itu digantikan dengan padanan penerima. Adakalanya terdapat penggantian mudah dengan
bahasa sasaran yang tidak sepadan dengan bahasa sumber. Oleh itu, tugas utama ketika
menterjemahkan kutipan asing adalah untuk menentukan makna padanannya tidak lari daripada
maksud kutipan asal.

Tatacata Menulis Kutipan

Menurut buku Gaya Dewan (1990) maklumat yang diperlukan untuk menulis penunjuk kutipan ialah
nama penulis, tahun bahan diterbitkan dan halaman.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 102

Contoh:
Nik Safiah (1988: 46)

Dalam hal ini terdapat beberapa cara untuk menulis nama penulis bahan tersebut, iaitu:

(a) Jika bahan yang ditulis tidak menggunakan nama keluarga, maka gunakan nama yang
pertama sahaja.

Contoh:

Nama lengkap Ditulis


Hassan Ahmad Hassan
Ismail Hussein Ismail

(b) Jika bahan yang ditulis menggunakan nama keluarga, maka cara menuliskan namanya
dalam kutipan adalah seperti berikut:

Penulis Tempatan

Nama lengkap Ditulis


Lim Huck Tee Lim
Mary Chong Ai Lin Chong
Anand Krishnanmoorthy Krishnamoorthy

Penulis Arab

Nama lengkap Ditulis


Abu al-Hassan ibn Ismail al-As‟ari al-As‟ari (1998)
Suayman ibn Ahmad al-Tabrani al-Tabrani (1993)

Penulis Barat

Nama lengkap Ditulis


Raymond William William (1975)
T.S. Eliot Eliot (1996)

(c) Jika bahan yang ditulis menggunakan nama samaran, maka tuliskan nama samaran itu
sepenuhnya. Contoh:

Arena Wati / Keris Mas / Kemala / Ajikik


S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 103

(d) Jika dua orang atau beberapa penulis mempunyai nama yang sama, maka tuliskan nama
penuh penulis agar tidak mengelirukan.

Nama lengkap Ditulis


Osman Puteh Osman Puteh
Osman Zailani Osman Zailani
Lim Huck Tee Lim Huck Tee
Lim Ah Lek Lim Ah Tek

(e) Jika bahan telah ditulis oleh lebih daripada seorang, tetapi tidak melebihi tiga orang, maka
tuliskan nama kedua-dua atau ketiga-tiga penulis tersebut.

Nama lengkap Ditulis


Mohd. Taib Osman dan Hamdan Hassan Mohd. Taib dan Hamdan
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn Nik Safiah, Farid dan Hashim
dan Hashim Hj. Musa

(f) Jika bahan telah ditulis oleh lebih daripada tiga orang, maka tuliskan nama penulis yang
utama sahaja dan diikuti dengan singkatan et al. (dan rakan-rakan).

Nama lengkap Ditulis

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn Nik Safiah et. al.


Hashim Hj. Musa dan Abdul
Hamid Mahmood

(g) Jika bahan sumber tiada nama penulis, maka terdapat beberapa cara untuk menulis bahan
tersebut. Bagi bahan yang tidak ada nama penulis khusus seperti buku rujukan, jurnal, laporan dan
sebagainya, tuliskan nama bahan tersebut seadanya,

Nama bahan Ditulis

Journal of the Royal Asiatic JMBRAS


Society Malayan Branch
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia PUEB

Bagi bahan yang tidak diketahui penulisnya, maka tuliskan judul bahan tersebut sepenuhnya.

Judul Bahan Ditulis

Hikayat Hang Tuah Hikayat Hang Tuah


S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 104

(h) Jika penulis meninggalkan beberapa perkataan atau ayat dalam sesuatu petikan, pastikan
penulis menggunakan tanda elipsis / tiga titik [...]. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca
bahawa terdapat ayat, perkataan atau sebahagian perenggan yang tidak dimasukkan dalam petikan
kerana kurang penting atau kurang relevan dengan topik yang sedang dibincangkan. Syarat utama
aspek yang dielipsiskan itu tidak menjejas maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.Tanda elipsis
boleh berada dalam beberapa keadaan seperti:

(i) Berikan tanda elipsis di hujung kutipan apabila ayat awal diambil dan ayat hujungnya
digugurkan.

Contoh:

Abdullah (1978) mengatakan bahawa masyarakat adalah penentu kejayaan


sesuatu rancangan...

(ii) Berikan tanda elipsis di awal kutipan apabila ayat awal tidak dikutip, hanya diambil ayat
yang penting sahaja sehingga ke penghujungnya.

Contoh:

Menurut Kara (1988)...sesungguhnya bahasa Melayu adalah bahasa yang paling lengkap
di dunia.

(iii) Berikan tanda elipsis di awal dan di hujung petikan sekiranya ayat awal dan akhir dikutip.

Contoh:

“....the fundamental concept in social science..., in the same sense in which energy is the
fundamental concept in physics.”

Secara umumnya, apabila kutipan digunakan dalam sesebuah penulisan ia secara tidak
langsung akan memantapkan idea yang disampaikan oleh penulis. Kadang kala dalam sesetengah
keadaan, kutipan yang kukuh adalah kutipan yang berdasarkan daripada pengalaman yang dialami
sendiri oleh penulis. Selain itu, tidak terdapat had dalam menentukan berapa banyak kutipan yang
boleh diambil oleh seseorang penulis dalam melengkapkan penulisannya. Walau bagaimanapun, jika
kutipan yang dipetik itu terlalu banyak ia akan menjelaskan peluang anda sebagai penulis untuk
memberikan pendapat anda sendiri. Kutipan yang panjang juga akan mengganggu fokus pembaca
dan kemungkinan mereka tidak akan membaca petikan itu. Penulis juga diingatkan sentiasa mencatat
segala maklumat tentang kutipan yang dipetik daripada bahan rujukan sama ada dalam bentuk idea,
judul bahan, halaman atau kutipan langsung kerana ia akan membantu penulis untuk membuat
rujukan apabila diperlukan nanti.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 105

Ilustrasi dan Grafik dalam Karangan


Ilustrasi dan grafik dalam konteks seni mengarang bermaksud penggunaan rajah, graf, carta, jadual,
gambar, peta atau sebarang bentuk lakaran yang dapat mengukuhkan perbincangan bagi
memudahkan kefahaman serta menambah keyakinan pembaca. Sebenarnya, sesebuah penulisan
yang berkesan mestilah dapat menerangkan sesuatu isu dengan sejelas-jelasnya sehingga pembaca
berpuas hati dan mengakui kebenaran hujah-hujah pengarang. Terdapat pelbagai jenis ilustrasi, graf
dan carta dalam karangan seperti piktogram, histogram, poligan kekerapan, carta bar, carta turus,
carta bar kompaun dan carta bar komponen.
Sebilangan penulis kurang memberi perhatian terhadap aspek ilustrasi dan grafik kerana
beranggapan perkara ini di luar bidang penulisan. Persepsi ini merupakan satu kesilapan. Dengan
pelbagai program di komputer hari ini, tugas menyediakan grafik dan ilustrasi menjadi begitu mudah.
Pelbagai bentuk grafik boleh anda gunakan untuk mengukuhkan perbincangan dalam penulisan
seperti contoh di bawah.

6 Carta menunjukkan pelajar yang lemah dalam


5 penulisan kertas projek
4
3
2 Series 1
1 Series 2
0 1st Qtr
Series 3 2nd Qtr
3rd Qtr
4th Qtr

Hamka (H) Shahnon Ahmad (S)

Gaya Bahasa Bil. % Bil. %

Pepatah 202 54.01 211 52.88

Peribahasa 164 43.85 175 43.85

Seloka 8 2.13 13 3.25

Jumlah 374 100 399 100

Untuk menyediakan carta, ilustrasi dan jadual ini tidaklah sukar. Yang menyulitkan ialah
bagaimana anda dapat menghuraikan statistik yang dipaparkan itu supaya difahami dengan jelas.
Justeru setelah menyediakan unit-unit grafik tersebut, maka huraikanlah data-data statistik tersebut
dengan menggunakan bahasa yang teratur berpandukan topik-topik yang menjadi fokus penulisan.
Terdapat sepuluh panduan untuk menulis perbincangan berdasarkan data-data statistik, iaitu:
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 106

i. Statistik, gambar, ilustrasi, peta atau graf mestilah berkait rapat dengan fokus penulisan.
ii. Statistik mestilah daripada sumber yang boleh diyakini dan sahih.
iii. Perbincangan mengutamakan data yang paling penting, ikuti data sederhana penting dan
akhirnya data yang kurang penting.
iv. Mengaitkan data dengan hasil kajian tertentu, pandangan, ulasan atau komentar oleh
pakar bidang atau badan yang berkaitan dengan isu yang ditulis.
v. Judul unit-unit grafik mestilah di selaraskan sama ada di bahagian bawah atau atas.
vi. Untuk foto, tulislah caption di bahagian bawah dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat.
vii. Menyediakan petunjuk yang jelas dalam carta, ilustrasi, graf atau rajah.
viii. Menggurangkan istilah saintifik atau teknikal yang sukar difahami pembaca umum.
ix. Membuat beberapa kesimpulan yang jitu daripada keseluruhan data tanpa prejudis
x. Tidak memanipulasi data atau meminda data kerana tujuan-tujuan tertentu.

Contoh 1:

Jadual 1 menunjukkan kedudukan strategi retorik dalam kategori skema seimbang.

Hamka (H) Shahnon (S) Jumlah H+S

Skema Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus


Seimbang
Paralelisme 202 54.01 211 52.88 413 53.42
Antitesis 164 43.85 175 43.85 339 43.85

Isokolon 8 2.13 13 3.25 21 2.71

Jumlah 374 100 399 100 773 100

Jadual 1:
Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Seimbang Dalam Autobiografi
Hamka dan Shahnon Ahmad

Dapatan menunjukkan strategi paralelisme adalah yang tertinggi dengan Hamka


menyenaraikan 202 (54.01%), manakala Shahnon 211 (52.88%), diikuti strategi antitesis sebanyak
164 (43.85%) dalam korpus Hamka dan 175 (43.85%) dalam korpus Shahnon. Strategi isokolon
adalah yang terendah dengan Hamka mengemukakan 8 (2.13%) berbanding 13 (3.25%) yang
dikesan dalam korpus Shahnon Ahmad. Statistik ini akan lebih jelas gambarannya dengan melihat
carta 1 seperti berikut:
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 107

400
350
300
250
Hamka
200
150
Shahnon
100
50
0
Skema Paralelisma Antitesis Isokolon Jumlah
Seimbang

Carta 1:
Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Seimbang Dalam
Autobiografi Hamka dan Shahnon Ahmad

Persamaan strategi dalam skema seimbang dimulai dengan paralelisme – antitesis – isokolon
menunjukkan bahawa prinsip kejelasan yang ditekankan dalam Teori Balaghah Melayu amat penting
dan hal ini dibuktikan oleh kedua-dua pengarang. Seperti yang dinyatakan oleh Baird (1965: 160),
kejelasan bahasa merupakan usaha pengarang yang cuba difahami oleh pembaca, bahkan kejelasan
menjadi tarikan dan perhatian manusia (Wortman, 1992: 99). Faktor kejelasan menjadi lebih penting
dalam menyampaikan mesej-mesej didaktik kepada manusia seperti dinyatakan Allah s.w.t. dalam
surah al-Nahl, ayat 35:

“...Maka tiada kewajipan ke atas rasul-rasul, selain dari


menyampaikan agama Allah dengan terang.”

Dalam satu hadis, Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Percakapan Rasulullah
adalah satu percakapan yang jelas dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.”
Hadis ini memberi gambaran betapa penting seseorang pengarang menggunakan struktur ayat yang
jelas maksudnya supaya mesej yang cuba disampaikan akan mudah difahami. Sebarang kekeliruan
yang berpunca daripada anyaman bahasa yang kabur boleh memberi impak negatif terhadap
persepsi audiens.

Contoh 2

Terdapat tujuh strategi retorik dalam skema ragaman berdasarkan Teori Balaghah Melayu (TBM)
seperti ditunjukkan dalam jadual 2.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 108

Hamka (H) Shahnon (S) Jumlah H+S


Skema Ragaman Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Umum-Khusus 147 59.03 28 28.57 175 51.16
Khusus-Umum 63 25.30 31 33.33 94 27.48

Enumerasi 24 9.63 27 29.09 51 14.91

Segi Tiga Tepat 12 4.81 1 1.07 13 3.80

Konkrit-Abstrak 1 0.40 4 4.30 5 1.46

Abstrak-Konkrit 2 0.80 1 1.07 3 0.87

Segi Tiga Terbalik 0 0 1 1.07 1 0.29

Jumlah 249 100 93 100 342 100

Jadual 2:
Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Ragaman Dalam
Autobiografi Hamka dan Shahnon Ahmad.

Dapatan kajian menunjukkan Hamka menggunakan 147 (59.03%) strategi umum-khusus, iaitu
yang tertinggi, diikuti strategi khusus-umum 63 (25.30%), enumerasi 24 (9.63%), segi tiga tepat 12
(4.81%), konkrit-abstrak 1 (0.40%), segi tiga terbalik 0 %. Berbanding dengan Shahnon, strategi
khusus – umum adalah yang tertinggi dalam kategori ini dengan bilangan 31 (33.33%), diikuti strategi
umum-khusus 28 (28.57%), enumerasi 27 (29.09%), konkrit-abstrak 4 (4.30%), segi tiga tepat 1
(1.07%), abstrak – konkrit 1 (1.07%) dan segi tiga terbalik 1 (1.07%). Daripada tujuh strategi dalam
skema ini, ternyata strategi abstrak-konkrit dan segi tiga terbalik tidak menampakkan perbezaan
ketara antara Hamka dengan Shahnon Ahmad.

Statistik ini menunjukkan bahawa strategi utama Hamka ialah mengutamakan ayat yang
membawa makna umum di awal frasa sebelum bergerak kepada makna khusus pada frasa
berikutnya. Hal ini berbeza dengan Shahnon yang lebih kerap menggunakan ayat yang membawa
makna khusus di awal frasa sebelum bergerak kepada ayat yang membawa makna umum pada frasa
berikutnya. Dalam hubungan ini, Bustanuddin Agus (1999) dalam Md. Sidin Ahmad Ishak ( 2001, hlm.
11) ketika mengulas keistimewaan pidato dan penulisan Hamka yang sering memukau khalayak
mendedahkan bahawa:

“Ceramah dan tulisan beliau mudah dan dapat difahami oleh masyarakat luas
dengan berbagai-bagai tingkat pengetahuan dan pendidikannya, mengalir
seperti air di sungai menuju sasaran, dan tanpa berbelit-belit. Sekali-kali
disela dengan bahasa Minang yang langsung diIndonesiakan seperti „tidak
lantas angan memahamkannya‟ dalam rangka memperkaya perbendaharaan
kata bahasa Indonesia.”
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 109

Walaupun bahasa Hamka dikatakan mudah difahami, tetapi ia tidak melemahkan mutu buku-
bukunya terutama yang membicarakan topik yang serius, seperti Falsafah Hidup (1950), Islam:
Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial (1984) dan Tafsir al-Azhar (1986). Dengan kebolehan dan
kemahirannya itu, menurut Wan Sabri Wan Yusuf (2000) dalam Md. Sidin Ahmad Ishak (2001, hlm.
70-71), Hamka dikenali sebagai penulis yang mampu menjadikan idea-idea yang sukar, mudah
difahami dengan menggunakan bahasa yang mudah dan praktikal. Istilah-istilah Arab digunakan
secara meluas dan terdapat sedikit istilah-istilah teknikal Inggeris dan Belanda. Ini sesuai dengan latar
belakang Hamka yang belajar di sekolah agama yang menggunakan bahasa Arab.

Hamka mempunyai pendidikan moden yang terbatas, dan tidak belajar bahasa Belanda atau
bahasa-bahasa Eropah yang lain. Namun Tafsir al-Azhar yang tulisnya jelas, mudah difahami, sangat
informatif dan kurang dogmatik. Terjemahan ayat-ayat al-Quran disusun dengan teliti untuk
menyampaikan makna sebenar al-Quran.

Tetapi bagi pengarang seperti Shahnon Ahmad yang lebih berbakat dan berjaya dalam genre
cerpen dan novel daripada seorang pendidik, yang dipentingkan ialah segala idea dan gagasannya
dapat disampaikan secara kreatif dan imaginatif. Kekreatifan Shahnon Ahmad terserlah daripada gaya
bahasanya yang agak meneroka.

Menurut Lloyd Fernando (1979) dalam Safian Hussain, et al. (1984, hlm. 169 - 170), Shahnon
mempunyai gaya yang semula jadi tegas padat, sentiasa tajam menyampaikan maksudnya menerusi
paduan unik daripada penceritaan yang berakar di bumi dan gambaran yang tepat kritis. Selain itu,
Shahnon juga rajin menyelongkar perbendaharaan kata yang kaya, mengambil kata-kata dari
pelbagai sumber; Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Minangkabau, Sanskrit, Jawa, dan Arab.
Ketegasannya menjauhi ungkapan basi, rujukannya yang terkawal, ironi halus yang menjalinkan
beberapa banyak karyanya, selain daya rekanya yang sentiasa cergas, membuat pembaca harus
berwaspada kalau-kalau ada gema-gema erti yang tidak disangka. Malah seperti dikatakan oleh Lloyd
Fernando (1979), ditangan Shahnon, bahasa Melayu memperlihatkan tenaga dan sophistication.

KATA KUNCI

1. Ibid. 4. Gaya APA 7. Kutipan dalam kutipan


2. Op. Cit. 5 Gaya CBE 8. Kutipan tidak langsung
3. Grafik 6. Kutipan langsung 9. et al.
S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 110

Penilaian Kendiri
1. Bincangkan objektif dan kepentingan petikan sumber.
2. Apakah perbezaan petikan langsung dan petikan tidak langsung.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ibid. dan op. sit.
4. Nyatakan perbezaan sistem APA dengan sistem CBE.
5. Bincangkan peranan grafik dan ilustrasi dalam karangan.

Bahan Rujukan

Abu Hassan Abdul. (2010). Teori Balaghah Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Widad.

Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd.
_____________. (2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henry Guntur Tarigan. (1986). Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung:
Penerbit Angka.

Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri et al. (2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn.

Anda mungkin juga menyukai