Anda di halaman 1dari 19

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 92

UNIT 7 SUMBER, GRAFIK DAN ILUSTRASI

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. 4. Memahami objektif petikan sumber Menghuraikan jenis-jenis petikan sumber Mempraktiskan teknik menulis petikan sumber Menjelaskan kepentingan grafik dan ilustrasi dalam penulisan

Pengenalan

etikan sumber secara umumnya adalah pinjaman ayat, pendapat daripada seorang pakar atau ucapan seseorang yang terkenal yang terdapat dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Petikan ini digunakan oleh penulis untuk menyokong atau memberikan huraian lanjut berhubung dengan pendapatnya. Dalam hal ini, p enulis perlu memastikan bahawa petikan yang dikutip itu adalah sebuah petikan yang kukuh, tepat, sahih dan jelas menyokong idea yang ingin dikemukakan. Objektif Petikan Sumber Dalam proses menulis, kutipan boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Namun, tidak kira apa bentuk sekalipun, sebagai penulis anda perlu membuat keputusan untuk mengambil kutipan berdasarkan tujuan atau matlamat penulisan bukannya berdasarkan format yang dikehendaki. Ketepatan petikan sumber amat penting kerana ia akan mempengaruhi keyakinan pembaca terhadap kualiti penulisan anda. Menurut William Strong (1993) terdapat tiga sebab utama mengapa kutipan diperlukan dalam sesebuah penulisan, iaitu: i. ii. iii. untuk mengenal pasti jenis penulisan untuk menjelaskan tujuan penulisan untuk mengetahui tahap pengetahuan atau kemahiran pembaca

Walaupun anda telah mengenal pasti kutipan yang ingin dipetik, anda masih perlu memikirkan cara bagaimana hendak menggunakannya. Dalam sesetengah kutipan anda boleh menyalin semula kutipan itu dan sesetengahnya anda perlu menghuraikan kembali isi penting dalam bentuk ayat anda sendiri.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 93

Terdapat beberapa jenis kutipan yang boleh digunakan dalam sesebuah penulisan.Selalunya bentuk penulisan bidang teknikal lebih sesuai menggunakan jenis Modern Language Association (MLA), manakala jenis American Psychological Association (APA) sesuai digunakan bagi bentuk penulisan Sains Sosial. Selain dari itu, bagi penulisan berbentuk Sains Tulen ia sesuai menggunakan format Council of Biology Editors (CBE). Format MLA Menurut formula MLA, maklumat yang perlu dinyatakan dalam kutipan adalah nama penulis dan muka surat bahan yang dikutip sahaja. Contoh: Rudyard Kipling was the first writer to travel widly throughout the British Dominious. (Carrington, 393) Perbezaan ini juga jelas dilihat dalam penulisan bibliografi yang membezakannya dengan format APA. Dalam MLA kedudukan tahun terletak di hujung bibliografi. Contoh: Andrews, Deborah C. Dan William D. Andrew.Business Commununication. New York:Macmillan,1988.

Format APA Cara menulis kutipan mengikut format APA adalah sama dengan format penulisan yang lain.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan kecil yang membezakan cara penulisan APA dengan penulisan yang lain, iaitu penggunaan kutipan dalam format APA perlu menyatakan tahun penerbitan dalam teks. Contoh: Menurut Bergen Evanz (1964)........ Format APA perlu menyatakan muka surat bahan yang dipetik sekiranya kutipan itu adalah kutipan langsung dan ia perlu dinyatakan di bahagian akhir atau bergantung pada cara pengolahan yang dibuat oleh penulis. Contoh: A. Samad Said (1992) menyatakan Novel Mencari Salina adalah novel terbaik yang pernah dihasilkannya. (m/s 5) Atau Mengikut pendapat John Short (1982:53), pengajaran menulis adalah........

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 94

Walau bagaimanapun, dalam penulisan jenis Sains Sosial, biasanya muka surat bahan yang dirujuk tidak perlu dinyatakan. Contoh: M.S. Holloway (1980) verifies that both passive music reinforcements and active music reinforcement increase desired behavior in retarded children. Menurut cara APA di bahagian bibliografi, hanya huruf pertama sesuatu tajuk perlu menggunakan huruf besar. Contoh: Seagrave,S. (1988). The marcos dynasty. New York: Harper and Row.

Format CBE Format CBE digunakan secara meluas dalam penulisan ilmiah dalam bidang Sains Tulen seperti Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik. Dalam konteks Malaysia, format CBE sering digunakan dalam penulisan ilmiah dalam bidang agama dan sejarah. Namun begitu, ia boleh juga digunakan dalam semua konteks penulisan ilmiah seperti Geografi, Alam Sekitar, Sosiologi, Kesusasteraan dan bidang perubatan sains. Mengikut format ini penggunaan nombor diperlukan selepas sesuatu kutipan sama ada kutipan langsung atau tidak langsung untuk menunjukkan senarai kutipan yang ditulis pada akhir penulisan nanti. Fungsinya adalah sama seperti pengunaan nota kaki dalam sesetengah bentuk penulisan.

CBE dan Penggunaan Nota Format CBE berbeza dengan formula MLA dan APA. Perbezaan paling ketara adalah dari segi penggunaan nota. Nota dalam konsep penulisan CBE merujuk kepada senarai bahan rujukan yang digunakan oleh seseorang penulis serta keterangan ringkas tentang tokoh, buku, dokumen perjanjian, majalah, teks ucapan, teori, formula, konsep dan sesuatu perkara. Tiap-tiap nota kaki mempunyai nombor-nombornya yang sejajar (1,2,3,4.......) dengan nombor-nombor petikan atau kutipan. Nombor pada sesuatu kutipan atau petikan terletak pada bahagian kepala kanan sesuatu perkataan seperti .......menghadiri Sidang Kemuncak Bumi. Ia boleh ditulis sama ada pada bahagian kaki bagi setiap helai muka surat atau selepas kesimpulan bagi setiap bahagian atau bab sebuah penulisan. Terdapat pelbagai istilah yang boleh digunakan bagi penggunaan nota seperti Nota, Nota Kaki, Catatan Bawah, Nota Rujukan, Nota Akhir dan Rujukan.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 95

Cara Menulis Nota Kaki Gaya CBE Umumnya menurut Samaruddin dan Nazri (1982) bentuk rujukan dalam nota kaki berbeza-beza dan ia bergantung kepada jenis bahan rujukan seperti buku, majalah, jurnal, radio, audio visual dan sebagainya. Namun begitu, secara umum maklumat yang mesti ditulis bagi semua jenis bahan rujukan adalah seberti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Nama penuh penulis (diikuti dengan koma) Tajuk sumber rujukan (diikuti dengan koma dan tajuk) Nama editor atau penterjemah (jika ada) Bahan-bahan termasuk jilid (jika ada) Nombor atau nama edisi jika bukan edisi pertama Jumlah jilid jika lebih daripada satu jilid (buka kurungan) Tempat terbit (diikuti dengan noktah bertindih atau koma) Nama penerbit (koma) Tarikh penerbitan (tutup kurungan) Nombor jilid untuk bahan rujukan yang digunakan (jika ada) Muka surat atau halaman (diikuti dengan noktah)

Penggunaan Rujukan Silang Rujukan silang bermaksud maklumat lanjut yang khalayak boleh rujuk berdasarkan sesebuah teks asal yang dirujuk penulis atau teks lain yang berkaitan. Perkara dan maklumat yang boleh dirujuk itu amat berkaitan dengan teks yang ditulis. Dengan merujuk perkara atau maklumat tersebut khalayak akan lebih memahami dan jelas akan gambaran sebenar yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam teksnya. Contoh:
13 Rujuk

laporan tentang kadar penceraian di beberapa buah negeri di Malaysia, Utusan Malaysia, 4 Ogos,1992, m.s. 3. berikutnya, lihat Asiaweek, 13 Mac, 1992, m.s. 6-7.

14 Data-data 15 Rujuk

ucapan Presiden Bush pada UNCED dan ucapan di ibu pejabat NASA, Washington D.C. beberapa hari sebelum berlepas ke Rio de Jenairo.

Penggunaan ibid. Ibid, ialah singkatan daripada ibidem, yang bermaksud pada tempat yang sama. Ibid. digunakan jika suatu kutipan atau petikan yang diambil dari sumber yang sama. Ia ditulis berurutan dengan bahan rujukan yang sama tanpa diselangselikan dengan sumber rujukan yang lain. Sekalipun kutipan itu terletak pada halaman yang berbeza, ibid. masih boleh digunakan, maka maklumat yang perlu dicatat pada nota kaki adalah:

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 96

i. ii.

Ibid. Nombor halaman ( jika kutipan terletak pada halaman yang sama dengan catatan bawah sebelumnya, nombor halaman tidak perlu dicatat). Contoh:
24Jamal

Mohd.Lokman Sulaiman, Biografi Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz (Selangor: Percetakan Selaseh Sdn. Bhd, 1999), m.s. 30-33. m.s. 47. [ Ibid., m.s. 47 bermaksud, penulis memetik daripada buku yang sama Jamal Mohd. Lokman, tetapi berbeza muka suratnya. Nombor halaman pada ibid. tidak perlu ditulis sekiranya nombor halaman yang dirujuk adalah sama. Lihat contoh di bawah.

25 Ibid.,

26

Zaini Ujang, Environmentalisme dalam Tata Baru Dunia (Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar,1992), m.s. 13-15.

27 Ibid.

Penggunaan op.cit Op.cit. adalah singkatan opere citato yang bermaksud dalam kalangan yang telah dicatat. Ia merujuk petikan yang telah dicatat sebelumnya dengan lengkap pada halaman lain, tetapi ia sudah diselangi oleh sumber lain dalam nota kaki. Maka singkatan dalam nota kaki yang ditulis adalah: i) Nama pengarang, op.cit., nombor halaman Contoh:
26

Zaini Ujang, Environmentalisme dalam Tata Baru Dunia (Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar,1992), m.s. 13-15. Jarjis Ali, Strategi meningkatkan daya ingatan (Bangi: Penerbit UKM,1996) m.s. 36. Ujang, op.cit., m.s. 76. Ali, op.cit.

27 Mohd.

28 Zaini

29 Mohd.Jarjis

[Tidak perlu ditulis nombor halaman selepas op.cit. kerana petikan diambil dari halaman yang sama, iaitu muka surat 36.]

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 97

Dalam perbincangan berkaitan kutipan, penjelasan yang akan digunakan adalah berdasarkan jenis American Psychological Association (APA). Hal ini kerana dalam kebanyakan format penulisan ilmiah kontemporari, penggunaan format CBD amat jarang diaplikasi. Kaedah Kutipan Terdapat dua kaedah dalam menulis kutipan, iaitu: Kutipan Langsung Kutipan langsung bermaksud kutipan yang ditulis dalam susunan asalnya tanpa sebarang perubahan, diletak pada tempat tersendiri serta terpisah dari teks. Apabila menggunakan kutipan langsung, kutipan itu mestilah tidak mengubah susunan asal dari segi ejaan, perkataan atau ayat. Menurut Hanson Richard (1995), terdapat tiga sebab kenapa kutipan langsung harus digunakan, iaitu: i. ii. iii. Apabila penulis tidak dapat menjelaskan idea yang terdapat dalam kutipan itu dengan ayat sendiri. Apabila petikan asal mengandungi bahasa yang terlalu teknikal. Jika penulis menggunakan perkataan sendiri dikhuatiri akan mengubah makna asal petikan. Apabila penulis hendak mempertikaikan isi atau idea dari petikan penulis asal.

Selain itu, menurut Arnandet dan Barret (1984) apabila kutipan langsung digunakan, maklumat seperti nama penulis, tahun bahan diterbitkan dan muka surat perlu disertakan. Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, kurungan yang menyatakan tahun penerbitan dan muka surat perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik (:) dimasukkan di antara angka tahun terbitan dan nombor muka surat. Contoh 1: Mengikut pendapat John (1982: 53), pengajaran menulis........ Jika nama pengarang tidak disebut dalam teks, maka nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat diletakkan pada hujung teks sebelum noktah seperti di bawah. Contoh 2: ........there is a sense of being more substantial of existing,of being real (Davitz,1970: 254-255).

Kutipan Tidak Langsung Kutipan tidak langsung merupakan ungkapan kembali pendapat, idea, gagasan pokok, ringkasan atau kesimpulan daripada sesebuah teks dengan gaya penulis sendiri. Kutipan tidak langsung akan lebih menarik jika penulis dapat menyusun dan menghuraikan semula petikan tersebut dengan sejelasjelasnya. Ini akan memudahkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 98

Selain itu, jika terdapat sebarang perubahan atau penambahan dalam kutipan, penulis perlu memaklumkan kepada pembaca. Walaupun penulis tidak boleh mengubah petikan sesuka hati, namun hal ini bergantung juga kepada idea yang diutarakan. Sebagai penulis, anda perlu sedar bahawa sesuatu kutipan bertujuan untuk menyokong idea yang anda kemukakan bukannya untuk memanjangkan idea. Menurut Arnandet dan Barret (1984), mengikut sistem APA apabila kutipan tidak langsung digunakan, kutipan itu mesti menyatakan nama penulis serta tahun bahan itu diterbitkan. Contoh 1: Although it is useful as a way of thinking about motives, Maslows hierarchy of motives is a theory that is extremly difficult to test (Obama dan Bridwell,1976). Contoh 2: Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (1998), penyelidikan tentang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataan ini disusun menjadi ayat.

Bentuk-Bentuk Kutipan Menurut Gaya Dewan (1990), ada tiga bentuk kutipan yang boleh digunakan dalam sesebuah penulisan, iaitu: i. ii. iii. Kutipan pendek. Kutipan sederhana. Kutipan dalam kutipan.

Kutipan Pendek Kutipan ini kurang daripada tiga baris manuskrip bertaip, perlu diberi tanda petik dan perlu dinyatakan nama penulis serta muka surat bahan rujukan tersebut. Kedudukannya juga selari dengan teks. Contoh 1: .....there is a sense of being more substantial of existing, of being real. (Davtz,1970,254). Contoh 2: ......bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dipelajari dan dituturkan. (Ismail,1992,24). Kutipan pendek boleh didapati dalam tiga keadaan, iaitu kutipan pendek pada awal perenggan, kutipan berangkai dan kutipan pada akhir perenggan.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 99

Kutipan pada Awal Perenggan Kutipan yang diletakkan pada awal perenggan biasanya secara tidak langsung menjadi ayat topik dalam sesebuah perenggan. Kutipan awal ini akan memandu idea-idea sokongan mengikut hala tuju ayat topik. Contoh 1: Menurut Fassi (1985) hujah menentang dasar kedwibahasaan yang menurutnya tidak dapat diterima biarpun untuk sementara bagi tujuan meningkatkan bahasa Arab klasik. Contoh 2: Wong (1965) mengatakan bahawa di Larut, timah telah dilombong secara berterusan sejak tahun 1840-an...

Kutipan Berangkai Kutipan berangkai adalah kutipan yang dirangkaikan secara berurutan dengan kutipan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Kutipan berangkai ini adalah untuk memperinci, memantapkan dan memperkukuhkan sesuatu isu yang hendak dihuraikan. Semakin banyak kutipan berangkai, semakin mantap sesuatu isu yang dibincangkan dalam karangan. Contoh 1: Membaca adalah satu proses. Aspek asas dalam proses membaca ialah bacaan mekanis (Atan, 1986). Latihan membaca secara mekanis dapat membantu pengajaran dan pembelajaran lisan (Oller, 1979). Penekanan hendaklah diberi kepada penyebutan yang betul mengikut bahasa Melayu baku, tanda baca dan intonasi mangikut teks yang dibaca, dan seterusnya digunakan sebagai pembantu teknik pengajaran lisan (pertuturan) khususnya bunyi dan latihan pengucapan mengikut bahasa Melayu baku (Abdul Aziz,1989). Membaca secara kuat itu merupakan amalan yang berkesan dan ujian kepada kebolehan murid membaca secara keseluruhannya (Lado,1979). Contoh 2: Tumbuhan-tumbuhan semula jadi terdiri daripada pelbagai jenis. Tumbuhan-tumbuhan ini termasuk dalam jenis hutan hujan Indo-Malaya dan membentuk sebahagian daripada wilayah flora Malesian (Whitmore,1975). Flora Semenanjung Malaysia adalah salah satu yang terkaya di dunia. Terdapat kira-kira 7,900 spesies pokok berbunga dan daripada jumlah tersebut sekurang-kurangnya 2,000 adalah pokok pakis (Weber,1972). Semenanjung Malaysia juga mempunyai khazanah fauna yang kaya. Terdapat 199 spesies mamalia darat, ini termasuklah 81 jenis Kelawar (Medway,1969).

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 100

Dalam contoh tersebut, perkara yang ingin dikemukakan adalah tentang bacaan mekanis dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Penulis telah memerihalkan secara berbeza setiap isu tersebut. Namun demikian, penulis lebih menjurus kepada pembicaraan isu itu yang setiap satu adalah berkaitan untuk membentuk suatu mekanisme pandangan yang mantap terhadap perkara yang ditimbulkan. Kutipan pada Akhir Perenggan Kutipan ini berfungsi sebagai kesimpulan dalam sesuatu perenggan. Kutipan di hujung perenggan ini berupaya memantapkan idea-idea sokongan yang memperincikan ayat topik dalam sesuatu perenggan. Contoh: ...kekejaman kaum Serbia terhadap etnik Islam dan Croat di Bosnia melebihi kekejaman yang dilakukan oleh kaum Aryan terhadap kaum Yahudi (Nazri,1992). Kutipan Sederhana Kutipan sederhana hendaklah dibuat dalam perenggan yang khusus, diinden kiri dan kanan sekurangkurangnya lima langkau. Saiz taip bahan petikan hendaklah satu poin lebih kecil daripada saiz taip teks dan ditaip langkau satu baris. Tujuan kutipan ini antara lain adalah untuk mengungkapkan suatu pernyataan yang dapat memberi gambaran yang menyeluruh terhadap isu yang dikemukakan. Contoh 1: Pendapat ini selari dengan kenyataan Nik Safiah Karim (1988) yang menyatakan:
Asal usul orang Melayu, iaitu penuntut asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita.

Contoh 2: Richard Ooi (1955) dalam kajiannya mengatakan bahawa:


Walaupun kerja-kerja kapal korek pada peringkat awalnya mungkin membuang sejumlah besar kotoran ke dalam sungai, namun amalan berkutnya yang menggunakan bahan pembuangan daripada kapal korek untuk mengisi kawasan yang telah dilombong telah mengurangkan dengan banyaknya masalah ini.

Kutipan dalam Kutipan Kutipan dalam kutipan bermaksud penulis telah mengutip pendapat penulis kedua yang memetik pendapat daripada penulis yang asal.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 101

Contoh 1: Penggunaan bahasa penjajah bukan sahaja mengelaskan masyarakat tempatan malahan dapat membudayakan pemimpin ke arah satu cara hidup yang berlainan dengan normanorma tempatan seperti kata Buchanan (1975, dalam: Farid M.Onn 1992, hlm. 80): Dasar melatih golongan elit ini, bukan dengan menggunakan bahasa pribumi untuk membina nilai-nilai asing... Contoh 2: Menurut Robbins dan Wyatt (1964) dalam Whitmore (1975, hlm. 29) hutan hujan tanah pamah Semenanjung Malaysia pada umumnya dikatakan mempunyai kanopi tiga lapis yang klasik, walaupun pelapisan itu tidak selalunya dapat dilihat sendiri dengan mudah atau di dalam profil.

Kutipan daripada Bahasa Asing Dalam sesebuah penulisan tidak dinafikan penulis akan membuat rujukan pada bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing, contohnya, dari bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya. Dalam konteks ini sesuatu kutipan dalam bahasa asing perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini bagi memudahkan pembaca memahami apa yang telah dikutip oleh penulis. Justeru, penulis perlu memastikan aspek berikut tidak diabaikan ketika menterjemah kutipan tersebut. Aspek tersebut adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Penyalinan semula maklumat. Persamaan dan bukan keserupaan. Persamaan sejati. Persamaan terdekat. Keutamaan makna. Keutamaan gaya.

Dalam menterjemah kutipan daripada bahasa asing, tidak semestinya keseluruhan bahasa sumber itu digantikan dengan padanan penerima. Adakalanya terdapat penggantian mudah dengan bahasa sasaran yang tidak sepadan dengan bahasa sumber. Oleh itu, tugas utama ketika menterjemahkan kutipan asing adalah untuk menentukan makna padanannya tidak lari daripada maksud kutipan asal.

Tatacata Menulis Kutipan Menurut buku Gaya Dewan (1990) maklumat yang diperlukan untuk menulis penunjuk kutipan ialah nama penulis, tahun bahan diterbitkan dan halaman.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 102

Contoh: Nik Safiah (1988: 46) Dalam hal ini terdapat beberapa cara untuk menulis nama penulis bahan tersebut, iaitu: (a) Jika bahan yang ditulis tidak menggunakan nama keluarga, maka gunakan nama yang pertama sahaja. Contoh: Nama lengkap Hassan Ahmad Ismail Hussein Ditulis Hassan Ismail

(b) Jika bahan yang ditulis menggunakan nama keluarga, maka cara menuliskan namanya dalam kutipan adalah seperti berikut: Penulis Tempatan Nama lengkap Lim Huck Tee Mary Chong Ai Lin Anand Krishnanmoorthy Penulis Arab Nama lengkap Abu al-Hassan ibn Ismail al-Asari Suayman ibn Ahmad al-Tabrani Penulis Barat Nama lengkap Raymond William T.S. Eliot Ditulis William (1975) Eliot (1996) Ditulis al-Asari (1998) al-Tabrani (1993) Ditulis Lim Chong Krishnamoorthy

(c) Jika bahan yang ditulis menggunakan nama samaran, maka tuliskan nama samaran itu sepenuhnya. Contoh: Arena Wati / Keris Mas / Kemala / Ajikik

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 103

(d) Jika dua orang atau beberapa penulis mempunyai nama yang sama, maka tuliskan nama penuh penulis agar tidak mengelirukan. Nama lengkap Osman Puteh Osman Zailani Lim Huck Tee Lim Ah Lek Ditulis Osman Puteh Osman Zailani Lim Huck Tee Lim Ah Tek

(e) Jika bahan telah ditulis oleh lebih daripada seorang, tetapi tidak melebihi tiga orang, maka tuliskan nama kedua-dua atau ketiga-tiga penulis tersebut. Nama lengkap Mohd. Taib Osman dan Hamdan Hassan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Hj. Musa (f) Jika bahan telah ditulis oleh lebih daripada tiga orang, maka tuliskan nama penulis yang utama sahaja dan diikuti dengan singkatan et al. (dan rakan-rakan). Nama lengkap Nik Safiah Karim, Farid M. Onn Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood Ditulis Nik Safiah et. al. Ditulis Mohd. Taib dan Hamdan Nik Safiah, Farid dan Hashim

(g) Jika bahan sumber tiada nama penulis, maka terdapat beberapa cara untuk menulis bahan tersebut. Bagi bahan yang tidak ada nama penulis khusus seperti buku rujukan, jurnal, laporan dan sebagainya, tuliskan nama bahan tersebut seadanya, Nama bahan Journal of the Royal Asiatic Society Malayan Branch Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia Ditulis JMBRAS PUEB

Bagi bahan yang tidak diketahui penulisnya, maka tuliskan judul bahan tersebut sepenuhnya. Judul Bahan Hikayat Hang Tuah Ditulis Hikayat Hang Tuah

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 104

(h) Jika penulis meninggalkan beberapa perkataan atau ayat dalam sesuatu petikan, pastikan penulis menggunakan tanda elipsis / tiga titik [...]. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa terdapat ayat, perkataan atau sebahagian perenggan yang tidak dimasukkan dalam petikan kerana kurang penting atau kurang relevan dengan topik yang sedang dibincangkan. Syarat utama aspek yang dielipsiskan itu tidak menjejas maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.Tanda elipsis boleh berada dalam beberapa keadaan seperti: (i) Berikan tanda elipsis di hujung kutipan apabila ayat awal diambil dan ayat hujungnya digugurkan. Contoh: Abdullah (1978) mengatakan bahawa masyarakat adalah penentu kejayaan sesuatu rancangan... (ii) Berikan tanda elipsis di awal kutipan apabila ayat awal tidak dikutip, hanya diambil ayat yang penting sahaja sehingga ke penghujungnya. Contoh: Menurut Kara (1988)...sesungguhnya bahasa Melayu adalah bahasa yang paling lengkap di dunia. (iii) Berikan tanda elipsis di awal dan di hujung petikan sekiranya ayat awal dan akhir dikutip. Contoh: ....the fundamental concept in social science..., in the same sense in which energy is the fundamental concept in physics. Secara umumnya, apabila kutipan digunakan dalam sesebuah penulisan ia secara tidak langsung akan memantapkan idea yang disampaikan oleh penulis. Kadang kala dalam sesetengah keadaan, kutipan yang kukuh adalah kutipan yang berdasarkan daripada pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis. Selain itu, tidak terdapat had dalam menentukan berapa banyak kutipan yang boleh diambil oleh seseorang penulis dalam melengkapkan penulisannya. Walau bagaimanapun, jika kutipan yang dipetik itu terlalu banyak ia akan menjelaskan peluang anda sebagai penulis untuk memberikan pendapat anda sendiri. Kutipan yang panjang juga akan mengganggu fokus pembaca dan kemungkinan mereka tidak akan membaca petikan itu. Penulis juga diingatkan sentiasa mencatat segala maklumat tentang kutipan yang dipetik daripada bahan rujukan sama ada dalam bentuk idea, judul bahan, halaman atau kutipan langsung kerana ia akan membantu penulis untuk membuat rujukan apabila diperlukan nanti.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 105

Ilustrasi dan Grafik dalam Karangan Ilustrasi dan grafik dalam konteks seni mengarang bermaksud penggunaan rajah, graf, carta, jadual, gambar, peta atau sebarang bentuk lakaran yang dapat mengukuhkan perbincangan bagi memudahkan kefahaman serta menambah keyakinan pembaca. Sebenarnya, sesebuah penulisan yang berkesan mestilah dapat menerangkan sesuatu isu dengan sejelas-jelasnya sehingga pembaca berpuas hati dan mengakui kebenaran hujah-hujah pengarang. Terdapat pelbagai jenis ilustrasi, graf dan carta dalam karangan seperti piktogram, histogram, poligan kekerapan, carta bar, carta turus, carta bar kompaun dan carta bar komponen. Sebilangan penulis kurang memberi perhatian terhadap aspek ilustrasi dan grafik kerana beranggapan perkara ini di luar bidang penulisan. Persepsi ini merupakan satu kesilapan. Dengan pelbagai program di komputer hari ini, tugas menyediakan grafik dan ilustrasi menjadi begitu mudah. Pelbagai bentuk grafik boleh anda gunakan untuk mengukuhkan perbincangan dalam penulisan seperti contoh di bawah.
6 5 4 3 2 1 0
Carta menunjukkan pelajar yang lemah dalam penulisan kertas projek

Series 1 Series 2 Series 3 1st Qtr 2nd Qtr 3rd Qtr 4th Qtr

Hamka (H) Gaya Bahasa Pepatah Peribahasa Seloka Jumlah Bil. 202 164 8 374 % 54.01 43.85 2.13 100

Shahnon Ahmad (S) Bil. 211 175 13 399 % 52.88 43.85 3.25 100

Untuk menyediakan carta, ilustrasi dan jadual ini tidaklah sukar. Yang menyulitkan ialah bagaimana anda dapat menghuraikan statistik yang dipaparkan itu supaya difahami dengan jelas. Justeru setelah menyediakan unit-unit grafik tersebut, maka huraikanlah data-data statistik tersebut dengan menggunakan bahasa yang teratur berpandukan topik-topik yang menjadi fokus penulisan. Terdapat sepuluh panduan untuk menulis perbincangan berdasarkan data-data statistik, iaitu:

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 106

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Contoh 1:

Statistik, gambar, ilustrasi, peta atau graf mestilah berkait rapat dengan fokus penulisan. Statistik mestilah daripada sumber yang boleh diyakini dan sahih. Perbincangan mengutamakan data yang paling penting, ikuti data sederhana penting dan akhirnya data yang kurang penting. Mengaitkan data dengan hasil kajian tertentu, pandangan, ulasan atau komentar oleh pakar bidang atau badan yang berkaitan dengan isu yang ditulis. Judul unit-unit grafik mestilah di selaraskan sama ada di bahagian bawah atau atas. Untuk foto, tulislah caption di bahagian bawah dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat. Menyediakan petunjuk yang jelas dalam carta, ilustrasi, graf atau rajah. Menggurangkan istilah saintifik atau teknikal yang sukar difahami pembaca umum. Membuat beberapa kesimpulan yang jitu daripada keseluruhan data tanpa prejudis Tidak memanipulasi data atau meminda data kerana tujuan-tujuan tertentu.

Jadual 1 menunjukkan kedudukan strategi retorik dalam kategori skema seimbang.


Hamka (H) Skema Seimbang Paralelisme Antitesis Isokolon Jumlah Bilangan 202 164 8 374 Peratus 54.01 43.85 2.13 100 Shahnon (S) Bilangan 211 175 13 399 Jadual 1:
Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Seimbang Dalam Autobiografi Hamka dan Shahnon Ahmad

Jumlah H+S Bilangan 413 339 21 773 Peratus 53.42 43.85 2.71 100

Peratus 52.88 43.85 3.25 100

Dapatan menunjukkan strategi paralelisme adalah yang tertinggi dengan Hamka menyenaraikan 202 (54.01%), manakala Shahnon 211 (52.88%), diikuti strategi antitesis sebanyak 164 (43.85%) dalam korpus Hamka dan 175 (43.85%) dalam korpus Shahnon. Strategi isokolon adalah yang terendah dengan Hamka mengemukakan 8 (2.13%) berbanding 13 (3.25%) yang dikesan dalam korpus Shahnon Ahmad. Statistik ini akan lebih jelas gambarannya dengan melihat carta 1 seperti berikut:

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 107

400
350 300 250 200 150 100 50 Shahnon Hamka

0
Skema Seimbang Paralelisma Antitesis Isokolon Jumlah

Carta 1: Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Seimbang Dalam Autobiografi Hamka dan Shahnon Ahmad

Persamaan strategi dalam skema seimbang dimulai dengan paralelisme antitesis isokolon menunjukkan bahawa prinsip kejelasan yang ditekankan dalam Teori Balaghah Melayu amat penting dan hal ini dibuktikan oleh kedua-dua pengarang. Seperti yang dinyatakan oleh Baird (1965: 160), kejelasan bahasa merupakan usaha pengarang yang cuba difahami oleh pembaca, bahkan kejelasan menjadi tarikan dan perhatian manusia (Wortman, 1992: 99). Faktor kejelasan menjadi lebih penting dalam menyampaikan mesej-mesej didaktik kepada manusia seperti dinyatakan Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl, ayat 35: ...Maka tiada kewajipan ke atas rasul-rasul, selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang. Dalam satu hadis, Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Percakapan Rasulullah adalah satu percakapan yang jelas dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya . Hadis ini memberi gambaran betapa penting seseorang pengarang menggunakan struktur ayat yang jelas maksudnya supaya mesej yang cuba disampaikan akan mudah difahami. Sebarang kekeliruan yang berpunca daripada anyaman bahasa yang kabur boleh memberi impak negatif terhadap persepsi audiens. Contoh 2 Terdapat tujuh strategi retorik dalam skema ragaman berdasarkan Teori Balaghah Melayu (TBM) seperti ditunjukkan dalam jadual 2.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 108 Hamka (H) Skema Ragaman Umum-Khusus Khusus-Umum Enumerasi Segi Tiga Tepat Konkrit-Abstrak Abstrak-Konkrit Segi Tiga Terbalik Jumlah Bilangan 147 63 24 12 1 2 0 249 Peratus 59.03 25.30 9.63 4.81 0.40 0.80 0 100 Shahnon (S) Bilangan 28 31 27 1 4 1 1 93 Peratus 28.57 33.33 29.09 1.07 4.30 1.07 1.07 100 Jumlah H+S Bilangan 175 94 51 13 5 3 1 342 Peratus 51.16 27.48 14.91 3.80 1.46 0.87 0.29 100

Jadual 2: Perbandingan Taburan Kekerapan Skema Ragaman Dalam Autobiografi Hamka dan Shahnon Ahmad.

Dapatan kajian menunjukkan Hamka menggunakan 147 (59.03%) strategi umum-khusus, iaitu yang tertinggi, diikuti strategi khusus-umum 63 (25.30%), enumerasi 24 (9.63%), segi tiga tepat 12 (4.81%), konkrit-abstrak 1 (0.40%), segi tiga terbalik 0 %. Berbanding dengan Shahnon, strategi khusus umum adalah yang tertinggi dalam kategori ini dengan bilangan 31 (33.33%), diikuti strategi umum-khusus 28 (28.57%), enumerasi 27 (29.09%), konkrit-abstrak 4 (4.30%), segi tiga tepat 1 (1.07%), abstrak konkrit 1 (1.07%) dan segi tiga terbalik 1 (1.07%). Daripada tujuh strategi dalam skema ini, ternyata strategi abstrak-konkrit dan segi tiga terbalik tidak menampakkan perbezaan ketara antara Hamka dengan Shahnon Ahmad. Statistik ini menunjukkan bahawa strategi utama Hamka ialah mengutamakan ayat yang membawa makna umum di awal frasa sebelum bergerak kepada makna khusus pada frasa berikutnya. Hal ini berbeza dengan Shahnon yang lebih kerap menggunakan ayat yang membawa makna khusus di awal frasa sebelum bergerak kepada ayat yang membawa makna umum pada frasa berikutnya. Dalam hubungan ini, Bustanuddin Agus (1999) dalam Md. Sidin Ahmad Ishak ( 2001, hlm. 11) ketika mengulas keistimewaan pidato dan penulisan Hamka yang sering memukau khalayak mendedahkan bahawa:
Ceramah dan tulisan beliau mudah dan dapat difahami oleh masyarakat luas dengan berbagai-bagai tingkat pengetahuan dan pendidikannya, mengalir seperti air di sungai menuju sasaran, dan tanpa berbelit-belit. Sekali-kali disela dengan bahasa Minang yang langsung diIndonesiakan seperti tidak lantas angan memahamkannya dalam rangka memperkaya perbendaharaan kata bahasa Indonesia.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 109

Walaupun bahasa Hamka dikatakan mudah difahami, tetapi ia tidak melemahkan mutu bukubukunya terutama yang membicarakan topik yang serius, seperti Falsafah Hidup (1950), Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial (1984) dan Tafsir al-Azhar (1986). Dengan kebolehan dan kemahirannya itu, menurut Wan Sabri Wan Yusuf (2000) dalam Md. Sidin Ahmad Ishak (2001, hlm. 70-71), Hamka dikenali sebagai penulis yang mampu menjadikan idea-idea yang sukar, mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang mudah dan praktikal. Istilah-istilah Arab digunakan secara meluas dan terdapat sedikit istilah-istilah teknikal Inggeris dan Belanda. Ini sesuai dengan latar belakang Hamka yang belajar di sekolah agama yang menggunakan bahasa Arab. Hamka mempunyai pendidikan moden yang terbatas, dan tidak belajar bahasa Belanda atau bahasa-bahasa Eropah yang lain. Namun Tafsir al-Azhar yang tulisnya jelas, mudah difahami, sangat informatif dan kurang dogmatik. Terjemahan ayat-ayat al-Quran disusun dengan teliti untuk menyampaikan makna sebenar al-Quran. Tetapi bagi pengarang seperti Shahnon Ahmad yang lebih berbakat dan berjaya dalam genre cerpen dan novel daripada seorang pendidik, yang dipentingkan ialah segala idea dan gagasannya dapat disampaikan secara kreatif dan imaginatif. Kekreatifan Shahnon Ahmad terserlah daripada gaya bahasanya yang agak meneroka. Menurut Lloyd Fernando (1979) dalam Safian Hussain, et al. (1984, hlm. 169 - 170), Shahnon mempunyai gaya yang semula jadi tegas padat, sentiasa tajam menyampaikan maksudnya menerusi paduan unik daripada penceritaan yang berakar di bumi dan gambaran yang tepat kritis. Selain itu, Shahnon juga rajin menyelongkar perbendaharaan kata yang kaya, mengambil kata-kata dari pelbagai sumber; Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Minangkabau, Sanskrit, Jawa, dan Arab. Ketegasannya menjauhi ungkapan basi, rujukannya yang terkawal, ironi halus yang menjalinkan beberapa banyak karyanya, selain daya rekanya yang sentiasa cergas, membuat pembaca harus berwaspada kalau-kalau ada gema-gema erti yang tidak disangka. Malah seperti dikatakan oleh Lloyd Fernando (1979), ditangan Shahnon, bahasa Melayu memperlihatkan tenaga dan sophistication.

KATA KUNCI
1. Ibid. 2. Op. Cit. 3. Grafik 4. Gaya APA 5 Gaya CBE 6. Kutipan langsung 7. Kutipan dalam kutipan 8. Kutipan tidak langsung 9. et al.

S u m b e r , G r a f i k d a n I l u s t r a s i | 110

Penilaian Kendiri
1. 2. 3. 4. 5. Bincangkan objektif dan kepentingan petikan sumber. Apakah perbezaan petikan langsung dan petikan tidak langsung. Apakah yang dimaksudkan dengan ibid. dan op. sit. Nyatakan perbezaan sistem APA dengan sistem CBE. Bincangkan peranan grafik dan ilustrasi dalam karangan.

Bahan Rujukan Abu Hassan Abdul. (2010). Teori Balaghah Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Widad. Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd. _____________. (2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1986). Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa . Bandung: Penerbit Angka. Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri et al. (2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.

Anda mungkin juga menyukai