Anda di halaman 1dari 17

Cara Menulis Penulisan Rujukan

Ahli Kumpulan:
Chang Jing Sian
Hung Siew Siew
Khoo Phau Liang
Lim Yi Xin
Yan Shang Xian

FORMAT BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN


CIRI-CIRI KHUSUS PENULISAN ILMIAH
Terdapat beberapa ciri khusus dalam penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:
1. Catatan Pustaka
2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat
3. Petikan Langsung dan Tak Langsung
4. Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka
Salah satu ciri yang menyokong karya penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam
bentuk pernyataan tentang hasil penyelidikan pihak / orang lain yang dipersembahkan
dalam bentuk bahan rujukan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk
daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai
dokumentasi bahan perpustakaan yang berkaitan dengan isu/masalah yang sedang
dibincangkan dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca
dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh penulisan
tersebut. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat
mengukur mutu perbincangan suatu penulisan, kerana tujuan utama penyediaan bibliografi
adalah untuk mengidentitikan karya ilmiah tersebut. Bibliografi / Senarai Rujukan yang
dinyatakan dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut
sistem penulisan rujukan seperti:
(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)
Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem
Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):
(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk, contohnya:

Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan


kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu
dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu kaedah yang lebih
berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua
pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:
Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan
Petrovic (1995).
(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya
nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:

Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam
menyediakan jadual waktu untuk universiti.

(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama
dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk
membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:

Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim,


1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional
Jawa.

Bibliografi
Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan
dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang
belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Bibliografi dapat membantu pembaca
mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal
yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:
1. Bibliografi tidak diberi nombor
2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf
3. Gelaran penulis tidak dimasukkan
4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan

5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi
pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.
Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah:

Nama penulis

Tahun penerbitan

Judul digaris atau dicetak miring

Tempat penerbitan

Nama penerbit

Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini.


Bibliografi
Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya.
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston. Houghton Mifflis
Company.
Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur.
Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur. Penerbitan Geetha.
Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.
Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis, dlm. Jurnal
Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251.
Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita Harian. September,
hlm 12.

http://www.dbp.gov.my/
http://www.bharian.com.my
http://ww.utusan.com.my/majalah/massa
Kamus
Kamus Dewan, 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:
(a) Buku
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.
(b) Artikel dalam buku
Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical
Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Management. Boston: Allyn & Bacon. 7391.
(c) Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management Behavior
Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
(d) Tesis
Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A
Case Study Of A School.Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.
(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan
Kecemerlangan Pendidikan.PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

Catatan Pustaka
Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan.
Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut
catatan pustaka. Teknik catatan pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:
Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun
penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda
titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat.
Contoh:
Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang
disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.
ATAU
Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.
ATAU
Mengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwa
komunikasi.
Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan
dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum
noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:
Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan
fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar
dan benar pada perasaan dan fikiran.
(Keris Mas, 1988 : 136)
Catatan Kaki
Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan
terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan
dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan
kepada setiap catatan kaki. Contoh:

..kajian etimologi tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik


1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.
Catatan Kaki Singkat
Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain
kaedah catatan pustaka.
ibid.(singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk
catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya.
op.cit(singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik),
digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip
catatan kaki lain daripada sumber lain.
loc.cit(singkatan daripada loco citati, ertinya tempat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi
dipetik daripada perenggan yang lain.
Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan
pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang
seperti yang berikut:
1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75
2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner
Traditions International Ltd. hal : 25
3. Ibid, hal. 45
4. John Dewey, op.cit., hal 89.
5. John Dwey, loc.cit.
Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam
keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan
penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat
digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini
dengan konsisten.

Petikan
Petikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung.
Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok,
ringkasan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik
menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik
catatan pustaka.
Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan
diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang kala
diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau
memberi maklumat tambahan.
Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya
petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang
berikut:
segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya
sebagai sebutan-sebutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran.
(Zaba, 1965 : 165).
Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu:
.peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri
daripada terlalu berterus-terang.
(Brown, 1951 : X).
Rujukan
Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan
dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana. Gaya Penerbit UKM
menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks
atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran
rujukan dicetak di akhir rencana.
Huruf Condong

Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah,
pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Sekiranya huruf condong
diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan.
Penulisan Nama dalam Teks
Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama
Melayu, Arab, Cina dan Barat. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut:
a) Nama Melayu iaitu A. Samad Said bukan Said, A. Samad.
b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn Ali bukan Hibat Allah ibn Ali, Abu alBarakat.
b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek, Chiang.
c) Nama orang Barat iaitu John F. Kennedy bukan Kennedy J. F.
Singkatan
Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja
sentimeter), 3 mm (bukan 3mms).
Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat.
Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan
3l).
Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan., Feb., dsb.
e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. H. Zakri, bukan A.H.Zakri.
f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP, PFB, UMNO dsb.
Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System)
Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh
terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks. Sistem ini memungkinkan
pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan
dalam sesuatu ayat. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau
buku, dipanggil rujukan. Ini memudahkan atur huruf. Oleh kerana sistem ini ringkas,
menjimatkan kos dan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah.
Rujukan dalam Teks
Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit
tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh:
9

(Ismail 1997) atau Ismail (1997).


Halaman khusus, bahagian, persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas
tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan
halaman:
(Wan Hashim 1997, 47)
(Zakaria 1994: 23-6)
Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik
bertindih (:) digunakan:
(Barns 1983, 3:124)
Rujukan berbilang pengarang, gunakan hanya dua atau tiga pengarang. Perkataan dan
boleh digantikan dengan ampersand (&):
(Kamal Roslan dan Che Aziz 1996)
(Md. Nor & Ong 1993)
(Mohd. Ghazali, Zawiyah, dan Rosnah 1992)
Rujukan lebih daripada tiga pengarang, gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al.:
(Dahlan et al. 1997)
Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan
atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan:
(Bank Pembangunan Malaysia 1985)
Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan
tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma; jika nombor halaman diberi rujukan dipisahkan
oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi:
(Sham 1996a, 1996b)
(Dahlan 1997a, 20; Dahlan 1983, 12)
Senarai Rujukan
Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku.
10

1.

Nama pengarang atau pengarang-pengarang, editor atau institusi yang


bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. Atur senarai pengarang mengikut
abjad.

2.

Tarikh terbitan.

3.

Tajuk penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan).

4.

Tajuk siri jika ada dan jilid atau nombor siri.

5.

Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam
beberapa jilid.

6.

Edisi jika bukan edisi asal/ pertama.

7.

Bandar/ tempat terbitan.

8.

Nama penerbit.

Pengarang Tunggal
Athi Sivan Mariappan. 1997. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Bangi:
Penerbit UKM.
Pengarang Bersama
Aminuddin Mohd. Yusof & Mohd. Ali Kamarudin. 1988. Kepimpinan pemuda UMNO:
Antara personaliti dan situasi. Bangi: Penerbit UKM.
Penyunting (sunt.) atau Terjemahan (terj.)
Sidi Gazalba, dan Zainab Ismail, sunt. 1993. Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Bangi:
Penerbit UKM.
Organisasi/ Institusi
Jabatan Perangkaan Negara. 1993. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia
1991. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.
Majalah dan Surat Khabar

11

Gamal Nasir Mohd. Ali. 1994. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia, 23 Mac.
Bahagian Buku
Nor Aini Hj Idris. 1997. Tenaga buruh wanita. Dlm. Pembangunan sumber manusia
di Malaysia, disunting oleh Supian Ali, Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. Bangi:
Penerbit UKM.
Edisi
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. Edisi Kedua.
Bangi:
Penerbit UKM.
Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku:
Jambari Hj. Ali. 1994. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. Dlm. Kesatuan
dalam kepelbagaian penyelidikan biologi, disunting oleh Rohani Ahmad, Aminah
Abdullah, Mohd. Khan Ayub dan S. Fatimah al-Junid. Bangi: Penerbit UKM.
Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium
Ishak Shari. 1996. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Kemiskinan Bandar, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 12-13
Julai, Kuala Lumpur.
Disertasi atau Tesis
Zaiton Harun. 1992. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Disertasi
Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor D. E.
Program Komputer
Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. 8 (SPSS Lev. M 8.1). SPSS,
Chicago. Lotus 1-2-3 Rel. 2. Lotus Development Corporation, Cambridge, Mass.
Untuk jurnal atau terbitan berkala, maklumat yang dimasukkan adalah seperti
berikut:

12

1.

Nama pengarang

2.

Tahun

3.

Judul rencana

4.

Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan)

5.

Jilid/bilangan keluaran

6.

Halaman rencana

Contoh: Fatimah Abdullah. 1995. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar.
Jurnal Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71.
Berikut dinyatakan tatacara penulisan lengkap bagi buku, artikel dalam jurnal dan
majalah, berita dalam akhbar, bahan tidak terbit dan seumpamanya.
1.

a.

Rujukan Lengkap Untuk Buku

Rujukan lengkap bagi buku hendaklah dimasukkan maklumat menurut urutan berikut:

Nama pengarang, noktah

Tahun penerbitan, noktah

Judul buku (italic), noktah

Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada), noktah

Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada), noktah

Edisi, selain daripada edisi pertama, noktah

Bilangan jilid, noktah

Tempat terbit, titik bertindih

Penerbit, noktah

Baris kedua rujukan hendaklah diengsot masuk ke dalam seperti contoh di bawah.
13

Contoh:
Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali ibn Ahmad ibn Said. 1403H/1983M. Jamharat Asnab alArab. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. (Contoh: Pengarang Tunggal)
Al-Abbadi, Ahmad Mukhtar & Salim, al-Sayyid Abd al-Aziz. 1981. Tarikh al-Bahriyyah alIslamiyyah fi Misr wa al-Sham. Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah. (Contoh: Pengarang
Bersama)
Sharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan
Perubatan. ed. Ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Edisi cetakan)
Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei Sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Contoh:Karya Susunan, pnys=penyusun)
Zakri A. Hamid. Ismail Sahid & Mohd. Nor Embi (pnyt.). 1990. Prioriti Penyelidikan Untuk
Kemajuan Sains dan Teknologi:Kumpulan Kertas Kerja 16. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia. (Contoh: Karya Suntingan, pnyt. = penyunting)
Chamcuri Siwar. 1991. Industri Padi dan Beras: Beberapa Isu Dasar, Arah Aliran, Masalah
dan Prospek.
Dlm. Redzuan Othman & Mohd. Sheffie Abu Bakar (pnyt.). Komoditi Utama
Malaysia: Kepentingan, Masalah dan Prospek, hlm. 100-125. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. (Contoh: Bab Dalam Buku, Dlm.= Dalam).
1.

b.

Rujukan Lengkap Bagi Artikel Dalam Jurnal, Majalah dan Akhbar

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut:

Nama Pengarang, noktah

Tahun, noktah

14

Judul makalah, noktah

Nama jurnal (italic)

Nombor jilid (bold)

Nombor keluaran (dalam tanda kurung), noktah bertindih

Halaman seluruh makalah, noktah

Contoh:
Mimi Kamariah Majid. 1990. Tafsiran Hendaklah Dihukum. Dewan 1 (5): 40-44.
(Contoh: Artikel Jurnal, Pengarang Tunggal)
Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan Pemilihan Model Respons Penawaran
Pengeluar Getah Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25. (Contoh: Artikel
Jurnal, Pengarang Tunggal)
Ikram M. Said, Laily Din, Samsudin, M.W., Zuriati Zakaria, Nik Idris Yusoff, Ujang Suki,
Aminah Manap, Zainuddin Ibrahim, A. & Latiff, A. 1990. A Phytochemical Survey of Ulu
Kinchin, Pahang, Malaysia: The Rompin Endau Expedition.Malayan Nature Journal 43: 260266. (Contoh: Artikel Jurnal, Pengarang Bersama)
Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83. (Contoh: Artikel Dalam
Majalah)

Faisal Othman. 1992. Jaga Kepentingan Umum Asas Pemerintahan Islam. Utusan Malaysia,
30 Oktober: 6. (Contoh:Artikel Dalam Akhbar, Dengan Pengarang)
Mingguan Malaysia. 1992. Masjid di Algeria Jadi Medan Latihan Golongan Pelampau. 23
Februari: 10. (Contoh: Artikel Dalam Akhbar, Tanpa Pengarang)

15

Kandau Sidi. 2000. Kutu Rayau Cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai: 17.
(Contoh: Berita Dalam Akhbar,Berita/Rencana Dengan Nama Penulis)
Telefon Bimbit Bukan Sekadar Penghubung. 2000. Berita Harian, 5 Julai: 24 (Contoh: Berita
Dalam Akhbar, Berita/Rencana Tanpa Nama Penulis)
Ali Baba Bujang Lapok. 1960. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers. (Contoh: Filem)
Geophysical Techniques. t.th. Video. Milton Keynes: Open University. (Contoh: Video)
Energy Generation and Storage. t.th. Slaid. Singapore: Toppan Company. (Contoh: Slaid)
1.

c.

Rujukan Lengkap Bagi Rujukan Elektronik

Suruhanjaya Sekuriti. 2009. Dana Unit Amanah di Malaysia-Ringkasan


Statistik. http://www.sc.com.my/ main.asp?
pageid=658&menuid+751&newsid=&linkid=&type=. 13 Januari 2009.
1.

d.

Rujukan Lengkap Bagi Bahan Tidak Terbit

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti yang berikut:

Nama pengarang, noktah

Tahun, noktah

Judul, noktah

Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana tanda
pengenalan yang lain, koma

Nama koleksi, noktah

Nama tempat (institusi, bandar, negeri) bahan tersebut disimpan, koma

Tarikh, noktah

Contoh:

16

Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan Potensi Konflik Dalam Hubungan Indonesia-Malaysia
1966-1991. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Tesis)
Ibrahim bin Haji Hashim. 1974. Peranan dan Pengurusan Zakat di Negeri Kedah. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Latihan Ilmiah)
Abdul Majid Mat Salleh. 1990. Tren Pertumbuhan dan Perubahan Penduduk: Implikasi,
Prospek dan Cabaran Bagi Masa Hadapan. Kertas kerja Persidangan Kependudukan dan
Orientasi Pembangunan Menjelang Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Sabah,
10-11 Disember. (Contoh: Kertas Kerja)
Arbain Kadri & Titol Malim. 1990. Beberapa Aspek Biologi Littorina Melanostoma (Gray) di
Pulau Besar, Melaka. Abstrak Kertas Tema, Lisan dan Poster, Persidangan Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia: PA50. (Contoh: Abstrak Persidangan dan sebagainya)
Mohd Kidin bin Shaharan. 1991. Kegunaan Submartingale Dalam Masalah Storan. Laporan
Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Contoh: Laporan
Teknik)
Laporan Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua-pengetua
Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur,
15-16 September. (Contoh: Laporan)
Minit Mesyuarat Pengetua-pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut,
Perak Darul Ridzuan, 7-9 Ogos. (Contoh: Minit Mesyuarat)
Abdullah Haji Mohd. Salleh. 1999. Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei. (Contoh: Temu bual

17

Anda mungkin juga menyukai