Anda di halaman 1dari 1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


HPW 102/2: Pemikiran Kritis
Silibus kursus

Kursus ini meliputi perkara yang berkenaan dengan hukum penaakulan dan pembinaan
hujah yang sah dan kukuh atau utuh. Tumpuan diberikan kepada pengenalan pasti falasi
tidak formal yang terdapat dalam hujah. Namun, beberapa kandungan dan kaedah dalam
bidang logik akan juga diberi perhatian. Topik-topik dalam kursus ini termasuk pernyataan
logik dan tidak logik, pelbagai bentuk hujah silogisme, pertalian logik antara pernyataan,
dan kegunaan gambar rajah Venn untuk menentukan kesahan hujah. Kursus ini juga
bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan cara asas untuk menilai dan menggubal
hujah berkaitan dengan disiplin-disiplin sastera dan sains. Berdasarkan matlamat ini,
pelbagai jenis contoh hujah dan karangan berbentuk penghujahan akan dikaji.
Senarai topik:
- Pengenalan
- Pernyataan logik dan tidak logik
- Hujah silogisme
- Falasi tidak formal
- Pertalian logik antara pernyataan
- Gambar rajah Venn dan kesahan hujah silogisme
- Pertalian antara kesahan hujah dan nilai kebenaraan pernyataan
- Perbezaan antara hujah deduktif dan induktif

Pembahagian penilaian:
Kerja kursus yang merangkumi dua esei – 30% (15% masing-masing)
Peperiksaan akhir – 70%

Buku rujukan asas:


Lok Chong Hoe, Peter Gan, Ratna Roshida. Pemikiran Kritis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill,
2009.
Lok Chong Hoe, Pemikiran Kritis dan Logik. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia, 2003.
Hamidah Abdulhamid. Pengantar Logik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991.
Patrick Hurley. A Concise Introduction to Logic, 11th ed. Boston: Wadsworth, Cengage
Learning, 2010.

Pensyarah:
Dr. Peter Gan Chong Beng (penyelaras kursus)
Email: petergan@usm.my
Bilik: C24/224
No. Telefon: 04-6532878

Dr. Burhanuddin Baki


Email: burhanuddin.baki@gmail.com
Bilik: C24/227
No. Telefon: 04-6532859

Anda mungkin juga menyukai