Anda di halaman 1dari 23

Noratiqah Mohd Ariff

MODUL 6: PEMVISUALAN DATA

Sumber: https://www.flickr.com/photos/97823772@N02/32459197702

Pemvisualan data membantu kita untuk memahami set data yang mengandungi berjuta-
juta baris dan pemboleh ubah dalam masa yang singkat. Pemvisualan data yang terbaik
adalah carta dan plot yang mendedahkan maklumat dan penemuan baru berkenaan pola
dan hubungan dalam data yang kita miliki. Sebagaimana kita mempunyai pensel warna,
kapur, krayon dan lain-lain untuk menghasilkan gambar dan seni yang berbeza, kita
mempunyai pelbagai jenis carta dan plot untuk mengilustrasi dan mempersembahkan
maklumat yang berbeza daripada data.

73
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Kebiasaannya,
pemvisualan data dilakukan
selepas data dibersihkan atau
selepas sesuatu analisis
dijalankan. Dengan
menggunakan pemvisualan
yang baik, data dan hasil kajian
dapat diceritakan dan dilaporkan
Sumber: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Data-
dengan lebih jelas dan menarik driven_journalism_as_process.jpg

kepada pihak yang berkenaan.

6.1 Objektif

Modul ini membincangkan amalan terbaik dalam pemvisualan data dan penghasilan
papan pemuka dalam melaporkan hasil analisis data secara visualisasi. Di akhir modul
ini, pelajar akan:

1. berupaya memahami dan memilih carta dan plot yang sesuai untuk kajian yang
dijalankan.
2. berupaya menghasilkan carta interaktif menggunakan Microsoft Excel.
3. berupaya mempamerkan hasil kajian dalam bentuk papan pemuka.

6.2 Pemilihan Carta yang Sesuai

Sebelum membuat carta dan plot untuk hasil kajian atau data mentah anda, anda perlu
memastikan jenis carta dan plot yang sesuai. Walaupun, data atau hasil kajian tersebut
boleh diwakilkan dengan pelbagai jenis carta dan plot, tetapi ia adalah tanggungjawab
anda untuk memastikan maklumat yang disampaikan oleh carta dan plot tersebut adalah
jelas dan tepat. Ini adalah kerana penggunaan carta dan plot yang kurang sesuai boleh
menyebabkan kekeliruan kepada pembaca dan ini sejurusnya akan mengakibatkan
salah interpretasi hasil dan maklumat yang ingin disampaikan.

74
Noratiqah Mohd Ariff

Modul ini akan membincangkan secara ringkas empat tujuan utama carta dan
plot dihasilkan berserta dengan contoh-contoh situasi yang memerlukan carta-carta
tertentu.

6.2.1 Perbandingan

Penggunaan carta dan plot adalah sangat sesuai untuk membandingkan nilai bagi
pemboleh-pemboleh ubah di dalam satu atau lebih set data. Carta yang digunakan
perlu dapat membandingkan nilai antara item yang berbeza atau pada masa yang
berbeza untuk item yang sama. Bagi tujuan perbandingan, carta yang dipilih seharusnya
boleh menunjukkan dengan mudah nilai-nilai tinggi dan rendah bagi pemboleh ubah
dalam set data yang dikaji. Antara carta yang sesuai untuk tujuan perbandingan ialah:

a) Carta Asas:

i. Carta Palang (Column Chart / Bar Chart)

 Carta palang sesuai digunakan untuk data jenis kategori.


 Ia boleh digunakan untuk membandingkan nilai antara item yang
berbeza atau nilai pada masa yang berbeza.
 Carta palang boleh juga disusun secara melintang, terutamanya untuk
mengelakkan daripada label data yang panjang menyebabkan carta
nampak semak atau apabila bilangan palang yang ingin ditunjukkan
dalam carta terlalu banyak.

75
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Sumber:https://blog.hubspot.com/marketing/data-visualization- Sumber:https://infogram.com/page/choose-the-
choosing-chart right-chart-data-visualization

Sumber: https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Column_Charts/

Rajah 6.1: Contoh carta palang menegak

76
Noratiqah Mohd Ariff

Sumber:https://blog.hubspot.com/marketing/data- Sumber:https://infogram.com/page/choose-the-right-chart-
visualization-choosing-chart data-visualization

Sumber: https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Vertical_Charts/Bar_Chart.php

Rajah 6.2: Contoh carta palang melintang

Amalan terbaik semasa menggunakan carta palang:

1. Menggunakan warna yang konsisten untuk pemboleh ubah yang sama. Bagi
menonjolkan sesuatu isu yang penting, warna lain yang menyerlah boleh
digunakan.
2. Menambahkan nilai pemboleh ubah di atas setiap palang untuk memudahkan
pembacaan carta.
3. Memulakan paksi-y dengan nilai 0 untuk mengelakkan salah interpretasi kerana
mata kita sensitif terhadap luas palang dalam carta.
4. Label dalam carta haruslah jelas dan petunjuk diperlukan jika lebih daripada
satu pemboleh ubah dibandingkan.

77
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

ii. Carta Garis (Line Chart)

 Carta garis sesuai digunakan untuk data selanjar.


 Ia berguna untuk membandingkan nilai satu atau beberapa pemboleh
ubah pada masa yang berbeza atau untuk melihat trend pemboleh-
pemboleh ubah tersebut merentas masa.

Sumber:
Sumber:https://blog.hubspot.com/marketing/data-
https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Line_Charts/Line_
visualization-choosing-chart
Chart_with_Dashed_Style.php

Rajah 6.3: Contoh carta garis

Amalan terbaik semasa menggunakan carta garis:

1. Jangan plotkan lebih daripada 4 garisan dalam satu carta. Carta yang
mempunyai terlalu banyak garisan akan menyebabkan carta kelihatan tidak
kemas serta sukar untuk dibaca dan difahami.
2. Skala pada paksi-y perlu diberi perhatian agar garisan di dalam carta mengambil
lebih kurang 2/3 daripada ketinggian paksi-y.
3. Kurangkan elemen-elemen yang boleh mengalih perhatian pembaca daripada
isu sebenar yang ingin disampaikan.
4. Pastikan label pada setiap paksi adalah jelas.

b) Carta Lain:

i. Carta Luas Bulatan / Carta Radar (Circular Area Chart / Radar Chart)

 Merupakan variasi kepada carta palang di mana setiap kategori


dipamerkan secara bulatan dan nilai setiap kategori berkadaran dengan
sudut, radius atau luas sektor bagi setiap item atau masa yang berbeza.

78
Noratiqah Mohd Ariff

Sumber: https://www.pinterest.com/davecolumbus/radar-graph/

Sumber: https://mydbr.com/doc/content/extensions.echart.html

Sumber:
http://www.cs.middlebury.edu/~candrews/showcase/infovis_techniques
_s16/radar_chart/

Sumber: https://www.economist.com/blogs/graphicdetail/2015/02/daily-chart-19

Rajah 6.4: Contoh carta luas bulatan dan carta radar

79
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

 Carta luas bulatan juga dikenali sebagai carta radar atau carta polar.
 Membantu dalam membandingkan pemboleh ubah kuantitatif berganda.
 Ia juga sangat membantu membandingkan pemboleh ubah pada data
yang mempunyai sifat kitaran.

Amalan terbaik semasa menggunakan carta luas bulatan:

1. Nilai yang ingin ditunjukkan oleh carta lebih baik dikadarkan dengan luas
bulatan berbanding dengan radius bulatan.
2. Perhatian perlu diberikan kepada interpretasi carta kerana ia senang untuk
disalah faham.
3. Petunjuk perlu diberikan jika lebih daripada satu pemboleh ubah sedang dikaji.

6.2.2 Komposisi

Pemvisualan data juga dilaksanakan dengan tujuan untuk memperlihatkan komposisi


atau pembahagian setiap kategori daripada keseluruhan atau jumlah item yang sedang
dikaji. Antara carta dan plot yang sesuai untuk tujuan ini ialah:

a) Carta Asas:
i. Carta Pai dan Carta Donut (Pie Chart and Doughnut Chart)

 Carta pai adalah salah satu carta yang paling banyak digunakan dan
disalahgunakan.
 Ia sesuai digunakan untuk data jenis kategori.
 Carta pai menunjukkan pembahagian daripada keseluruhan dan sering
diberikan dalam bentuk peratusan di mana jumlah keseluruhan bahagian
(keseluruhan pai) bersamaan dengan 100%.

80
Noratiqah Mohd Ariff

Sumber:
Sumber:https://blog.hubspot.com/marketing/data-visualization-choosing-
https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Pie
chart
_and_Donut_Charts/Pie_Chart_with_Outside_Labels.ph
p

Rajah 6.5: Contoh carta pai

 Carta donut merupakan suatu variasi kepada carta pai yang mana
tengahnya digantikan dengan ruang kosong.

Sumber: Sumber:
https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Pie_and_Donut https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Pie_and_
_Charts/Donut_Chart_with_Outside_Labels.php Donut_Charts/Donut_Chart_with_Text_as_Center_Content.php

Rajah 6.6: Contoh carta donut

Amalan terbaik semasa menggunakan carta pai dan carta donut:

1. Pastikan peratus kesemua segmen atau bahagian berjumlah 100%.


2. Jangan menggunakan carta pai atau carta donut jika jumlah pembahagian adalah
terlalu banyak.
3. Jika komposisi setiap bahagian adalah hampir sama, sila pertimbangkan
penggunaan carta palang.

81
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

4. Susun pembahagian komposisi mengikut saiz.

ii. Carta Palang Bertindan (Stacked Column Chart, Stacked Bar Chart)

 Seperti carta palang, carta palang bertindan sesuai digunakan untuk data
jenis kategori.
 Carta palang bertindan boleh terdiri daripada carta dengan palangnya
menegak atau melingtang. Kedua-duanya boleh menunjukkan
komposisi setiap segmen terhadap keseluruhan kategori.
 Carta palang bertindan juga boleh digunakan untuk membandingkan
jumlah keseluruhan atau komposisi setiap kategori yang berbeza.

Sumber: Sumber:https://infogram.com/page/choose-the-right-chart-data-
https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Column_Ch visualization
arts/Stacked_Column_Chart.php

Rajah 6.7: Contoh carta palang bertindan

Amalan terbaik semasa menggunakan carta palang bertindan:

1. Gunakan warna yang kontra supaya lebih terserlah komposisi setiap kategori.
2. Besarkan skala supaya saiz setiap segmen boleh dibandingkan dengan lebih
mudah.

iii. Carta Luas (Area Chart)

 Lebih kurang carta garis tetapi ruang antara garisan dan paksi-x diisi dan
diwarnakan.
 Seperti carta garis, carta luas adalah sesuai untuk data jenis selanjar.

82
Noratiqah Mohd Ariff

 Ia membantu untuk menunjukkan trend dan perubahan setiap komposisi


dan keseluruhan item yang dikaji.

Sumber: https://www.anychart.com/products/anychart/gallery/Area_Charts/Stacked_Area_Chart.php

Sumber: https://blog.hubspot.com/marketing/data-visualization-choosing-chart

Rajah 6.8: Contoh carta luas

Amalan terbaik semasa menggunakan carta luas:

1. Gunakan warna yang lutsinar supaya tiada maklumat yang terselindung.


2. Carta luas bertindan yang mempunyai komposisi yang berlainan adalah serupa
dengan carta palang bertindan.
3. Elakkan terlalu banyak set data atau komposisi data yang ingin dipamerkan.
4. Labelkan dan berikan petunjuk.

83
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

b) Carta Lain:

i. Carta Air Terjun (Waterfall Chart)

 Carta air terjun digunakan untuk menunjukkan bagaimana sesuatu nilai


asal dipengaruhi oleh nilai-nilai pertengahan, sama ada nilai positif atau
negative, sehinggan menghasilkan suatu nilai terakhir.
 Carta ini dapat menunjukkan komposisi yang mempengaruhi sesuatu
nilai seperti bagaimana hasil daripada setiap jabatan dalam sesuatu
syarikat mempengaruhi hasil keseluruhan syarikat.
 Carta air terjun bertindan juga boleh digunakan jika setiap palang dalam
carta air terjun mempunyai lebih daripada satu pemboleh ubah yang
ingin ditunjukkan.

Sumber: http://apprize.info/data/highcharts/9.html

Sumber: https://peltiertech.com/new-waterfall-chart-excel-2016/

Rajah 6.9: Contoh carta air terjun

84
Noratiqah Mohd Ariff

Amalan terbaik semasa menggunakan carta air terjun:

1. Guna warna yang kontra untuk menyerlahkan perbezaan antara set data.
2. Guna warna panas untuk menunjukkan peningkatan dan warna sejuk untuk
menunjukkan penurunan.
3. Labelkan dan berikan petunjuk jika perlu.

ii. Carta Peta Pokok (Treemap Chart)

 Carta peta pokok menunjukkan komposisi dengan mempamerkan


maklumat hirarki sebagai kluster/ kelompok dalam bentuk segi empat
tepat yang mempunyai pelbagai saiz dan warna berdasarkan nilai setiap
kluster.
 Carta peta pokok juga sesuai untuk menunjukkan polar dan membuat
perbandingan antara komponen.
 Jika dibuat dengan baik, carta ini dapat menggunakan ruang secara
effisen.

Amalan terbaik semasa menggunakan carta peta pokok:

1. Carta peta pokok selalunya melibatkan data yang bersaiz besar. Oleh itu, ia
adalah sangat penting untuk mengenal pasti tujuan sebenar carta ini dibina.
2. Gunakan warna yang kontra untuk membezakan kelompok yang berbeza.
3. Labelkan setiap kelompok.
4. Elakkan terlalu banyak kelompok supaya carta mudah dibaca.

85
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Sumber: https://www.r-bloggers.com/stacking-the-deck-against-treemaps/

Sumber: http://excelunplugged.com/2015/05/26/new-charts-in-excel-2016/

Rajah 6.10: Contoh carta peta pokok

6.2.3 Hubungan
Carta dan plot boleh digunakan untuk menunjukkan hubungan atau korelasi antara dua
atau lebih pemboleh ubah. Carta yang menunjukkan hubungan boleh mempamerkan
bagaimana sesuatu pemboleh ubah berkait dengan satu atau lebih pemboleh ubah lain.
Oleh itu, carta-carta ini dapat menonjolkan bagaimana sesuatu pemboleh ubah memberi
kesan positif, negatif atau tiada kesan ke atas pemboleh ubah lain.

a) Carta Asas:

i. Plot Serakan (Scatter Plot)

86
Noratiqah Mohd Ariff

 Plot serakan menunjukkan hubungan antara dua pemboleh ubah yang


berlainan.
 Sesuai digunakan untuk menunjukkan persamaan antara set data.
 Plot serakan boleh juga digunakan untuk melihat taburan data dan untuk
mengenal pasti titik terpencil.

Sumber:
Sumber:
http://fromdatawithlove.thegovans.us/2013/05/clustering
https://www.grazitti.com/blog/data-visualization-and-storytelling-part-1-
-using-scikit-learn.html
which-is-the-right-chart/
Rajah 6.11: Contoh plot serakan

Amalan terbaik semasa menggunakan plot serakan:

1. Letakkan pemboleh ubah tidak bersandar pada paksi-x.


2. Gunakan skala yang sesuai untuk kedua-dua paksi.
3. Labelkan dan berikan petunjuk.
4. Gunakan warna yang jelas jika ingin membuat perbandingan antara beberapa
set data.

b) Carta Lain:

i. Plot Buih (Bubble Plot)

 Plot buih adalah serupa dengan plot serak dengan menggantikan titik
dalam plot serak dengan buih.
 Ia menunjukkan hubungan antara tiga pemboleh ubah berlainan.
 Pemboleh ubah yang ketiga digambarkan melalui saiz buih atau bulatan
pada plot buih.

87
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Sumber:https://blog.hubspot.com/marketing/data-visualization-
choosing-chart Sumber:
https://www.grazitti.com/blog/data-visualization-and-storytelling-
part-1-which-is-the-right-chart/
Rajah 6.12: Contoh plot buih

Amalan terbaik semasa menggunakan plot buih:

1. Skalakan buih berdasarkan luas bulatan dan bukannya diameter bulatan.


2. Pastikan skala dan label jelas dan sesuai.
3. Berikan petunjuk.
4. Gunakan bentuk bulatan sahaja sebagai buih.

ii. Carta Berpaksi Dua (Dual Axis Chart)

 Carta berpaksi dua membolehkan anda memplot data menggunakan dua


paksi-y dan satu paksi-x yang dikongsi oleh kedua-dua paksi-y tersebut.
 Ia sesuai digunakan untuk mempamerkan tiga set data atau pemboleh
ubah dengan dua pemboleh ubah merupakan pemboleh ubah bersandar
dan kedua-duanya berkongsi satu pemboleh ubah tidak bersandar.
 Carta berpaksi dua menunjukkan korelasi dan hubungan antara tiga set
data atau pemboleh ubah yang dikaji.

88
Noratiqah Mohd Ariff

Sumber: https://infogram.com/page/choose-the-right-chart-data-visualization

Sumber: https://blog.hubspot.com/marketing/data-visualization-choosing-chart

Rajah 6.13: Contoh carta berpaksi dua

Amalan terbaik semasa menggunakan carta berpaksi dua:

1. Gunakan paksi-y di sebelah kiri untuk pemboleh ubah utama kerana manusia
selalunya akan melihat sebelah kiri dahulu secara semula jadi.
2. Gunakan warna yang kontra untuk membezakan kedua-dua set data atau
pemboleh ubah bersandar.
3. Labelkan dan berikan petunjuk.

89
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

6.2.4 Taburan

Carta dan plot juga boleh digunakan untuk menunjukkan taburan sesuatu pemboleh
ubah. Carta taburan dapat membantu dalam proses mengenal pasti, titik terpencil, trend,
julat dan kecendungan normal pemboleh ubah yang dikaji.

a) Carta Asas:

i. Histogram

 Histogram sesuai digunakan untuk data selanjar.

 Histogram seakan-akan carta palang tetapi histogram mengelompokkan


data secara berkumpulan berdasarkan selang kelas atau julat yang
tertentu.

 Berbeza dengan carta palang, palang-palang dalam histogram disusun


tanpa sebarang jarak atau ruang antara palang.

 Ia sangat berguna apabila set data atau pemboleh ubah yang dikaji
berzaiz besar.

 Kebiasaannya, paksi-y pada histogram terdiri daripada kekerapan atau


kekerapan relatif.

Amalan terbaik semasa menggunakan histogram:

1. Histogram sangat bergantung kepada pemilihan selang kelas atau julat yang
digunakan untuk mengelompokkan data. Oleh itu, anda disarankan untuk
mencuba beberapa selang kelas atau julat yang sesuai dan memilih selang kelas
atau julat yang terbaik untuk menyampaikan maklumat yang ingin diutarakan.
2. Jika lebih daripada satu histogram ingin ditunjukkan, kesemua histogram ini
boleh ditindihkan. Walau bagaimanapun, pastikan warna yang digunakan
mempunyai kelutsinaran yang agak tinggi supaya tiada maklumat penting yang
terselindung.

90
Noratiqah Mohd Ariff

Sumber: https://www.spss-tutorials.com/histogram-what-is-it/
Sumber:http://statistics.byuimath.com/index.php?title=Lesson
_5:_Normal_Distributions

Sumber: http://proc-x.com/2011/06/overlaying-two-histograms-in-sas/
Rajah 6.13: Contoh histogram

ii. Plot Kotak (Box Plot, Box-and-Whisker Plot)

 Plot kotak mempamerkan taburan set data atau pemboleh ubah


menggunakan rumusan lima nombor iaitu nilai minimum, maksimum,
median, kuartil pertama dan kuartil ketiga.
 Ia membantu untuk memahami taburan data dengan mudah dan cepat,
memastikan sama ada data tertabur secara normal atau terpencong dan
mengenal pasti titik terpencil.
 Plot kotak juga boleh digunakan untuk membandingkan taburan
beberapa set data atau pemboleh ubah.

91
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Sumber: https://plot.ly/~maisiejonker/44.embed

Sumber:https://www.ncss.com/software/ncss/ncss-plots-and-
graphs/

Sumber: https://study.com/academy/lesson/central-
tendency-dot-plots-histograms-box-plots.html

Sumber: https://bennyaustin.wordpress.com/2015/02/25/r-box-plot/

Rajah 6.14: Contoh plot kotak

Amalan terbaik semasa menggunakan histogram:

1. Pastikan set data tidak mempunyai nilai lenyap dan nilai di tengah kotak
merupakan nilai median dan bukan nilai purata.
2. Gunakan warna yang kontra untuk membandingkan plot kotak yang berbeza.
3. Letakkan label dan berikan petunjuk.

6.3 Kesalahan Biasa dalam Pemvisualan Data

Semasa melakukan pemvisualan data, anda perlu berhati-hati dan memastikan carta
dan plot yang dihasilkan dapat memberikan maklumat yang tepat. Seperti, proses-
proses pengurusan dan analisis data yang lain, anda perlu menyemak semula hasil yang

92
Noratiqah Mohd Ariff

dikeluarkan agar tiada kesalahan yang boleh menjejaskan pemahaman data dan
matlamat pemvisualan dilakukan dapat tercapai. Sering kali, kesalahan-kesalahan
semasa pemvisualan data menyebabkan salah faham, carta dan plot sukar ditafsirkan
dan maklumat yang disampaikan tidak jelas atau mengelirukan.

Antara kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan semasa pemvisualan data


ialah:

a) Data rosak (Bad data) – Jika data yang digunakan tidak dibersihkan dengan baik,
maka ini akan menghasilkan carta dan plot yang tidak menggambarkan set data
yang sebenar. Ini termasuklah data lenyap dan data berulang.
b) Carta tidak sesuai – Carta dan plot yang dihasilkan tidak sesuai untuk tujuan
pemvisualan data. Ini menyebabkan hajat dan maklumat yang ingin disampaikan
tidak jelas dan mengelirukan.
c) Carta terlampau padat – Carta dan plot yang dihasilkan mengandungi terlalu
banyak maklumat sehingga ia tidak memberikan maklumat yang jelas. Bilangan
kategori yang melampau akan menyebabkan penggunaan warna yang sangat
banyak dan ini sejurusnya menyebabkan carta dan plot menjadi tidak kemas.
d) Gambaran data yang salah – Antara kesalahan yang paling besar dalam
pemvisualan data ialah menghasilkan carta dan plot yang mengelirukan dan
boleh memberikan interpretasi yang salah seperti tidak memulakan paksi-y pada
carta palang dengan nilai 0.
e) Skala tidak konsisten – Penggunaan skala yang tidak konsisten di salah satu atau
kedua-dua paksi akan menyebabkan salah tafsiran pada hasil carta dan plot.

Cara menghasilkan carta dan plot menggunakan Microsoft Excel diterangkan


dengan jelas dalam Video ‘Carta dan Plot Asas Menggunakan Microsoft Excel’ yang
diberikan oleh seorang pakar Microsoft Excel.

Latihan:
Bincangkan dan fahamkan carta dan plot yang ditunjukkan sebagai contoh dalam modul
ini.

93
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

6.4 Carta Interaktif

Kini, dengan bantuan teknologi, carta boleh dijadikan interaktif. Ini membolehkan
perubahan dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dikaji dan kesan perubahan ini boleh
dilihat secara terus dalam carta dan plot yang dihasilkan. Selain itu, pengaruh pemilihan
pemboleh ubah yang berlainan juga boleh dilihat dalam carta interaktif. Terdapat
banyak perisian yang boleh menghasilkan carta dan plot interaktif.

Bagi Microsoft Excel, carta interaktif ini boleh diperoleh dengan menggunakan
jadual pivot, “slicer” dan sebagainya. Carta interaktif ini selalunya disertakan di dalam
papan pemuka. Penerangan berkenaan cara menghasilkan carta interaktif menggunakan
Microsoft Excel diberikan dalam Video ‘Carta Interaktif dan Papan Pemuka
Menggunakan Microsoft Excel’ Bahagian 1, 2 dan 3 yang diterangkan oleh seorang
pakar Microsoft Excel.

6.5 Papan Pemuka (Dashboard)


Papan pemuka merupakan sejenis pembentangan tidak formal. Kebiasaannya, ia
dipaparkan dalam laman sesawang dan dihubungkan pada set data yang sedang dikaji
oleh kita. Papan pemuka ini boleh juga digambarkan seperti suatu poster yang mana
carta dan plot serta jadual yang ingin dipamerkan disusun dalam suatu muka surat
laman sesawang. Pelbagai jenis perisian boleh digunakan untuk menghasilkan papan
pemuka.

Video ‘Carta Interaktif dan Papan Pemuka Menggunakan Microsoft Excel’


Bahagian 1, 2 dan 3 menerangkan dengan terperinci langkah-langkah menghasilkan
papan pemuka menggunakan Microsoft Excel.

Latihan:
Data yang digunakan sebagai contoh dalam modul ini didapati daripada 1974 Motor
Trend US Magazine. Data ini mengandungi 11 pemboleh ubah untuk 32 jenis automobil
(model 1973 -1974). Perihalan (metadata) adalah seperti berikut dalam Jadual 1
manakala data sebenar diberikan dalam Jadual 2.

94
Noratiqah Mohd Ariff

Jadual 6.1
Pemboleh ubah Perihalan
Cars Jenis automobil
Mpg Miles/gallon
Cyl Bilingan Silinder
Disp Displacement
Hp Gross horsepower
Drat Rear axle ratio
Wt Berat (1000 lbs)
Qsec ¼ mile time
Vs V/S
Am Transmission (0 = automatik, 1 = manual)
Gear Bilangan gear
Carb Bilangan karburetor

Jadual 6.2
Cars Mpg Cyl Disp Hp Drat Wt Qsec Vs Am Gear Carb
Mazda RX4 21 6 160 110 3.9 2.62 16.46 0 1 4 4
Mazda RX4 Wag 21 6 160 110 3.9 2.875 17.02 0 1 4 4
Datsun 710 22.8 4 108 93 3.85 2.32 18.61 1 1 4 1
Hornet 4 Drive 21.4 6 258 110 3.08 3.215 19.44 1 0 3 1
Hornet 18.7 8 360 175 3.15 3.44 17.02 0 0 3 2
Sportabout
Valiant 18.1 6 225 105 2.76 3.46 20.22 1 0 3 1
Duster 360 14.3 8 360 245 3.21 3.57 15.84 0 0 3 4
Merc 240D 24.4 4 146.7 62 3.69 3.19 20 1 0 4 2
Merc 230 22.8 4 140.8 95 3.92 3.15 22.9 1 0 4 2
Merc 280 19.2 6 167.6 123 3.92 3.44 18.3 1 0 4 4
Merc 280C 17.8 6 167.6 123 3.92 3.44 18.9 1 0 4 4
Merc 450SE 16.4 8 275.8 180 3.07 4.07 17.4 0 0 3 3
Merc 450SL 17.3 8 275.8 180 3.07 3.73 17.6 0 0 3 3
Merc 450SLC 15.2 8 275.8 180 3.07 3.78 18 0 0 3 3
Cadillac 10.4 8 472 205 2.93 5.25 17.98 0 0 3 4
Fleetwood
Lincoln 10.4 8 460 215 3 5.424 17.82 0 0 3 4
Continental
Chrysler Imperial 14.7 8 440 230 3.23 5.345 17.42 0 0 3 4
Fiat 128 32.4 4 78.7 66 4.08 2.2 19.47 1 1 4 1
Honda Civic 30.4 4 75.7 52 4.93 1.615 18.52 1 1 4 2
Toyota Corolla 33.9 4 71.1 65 4.22 1.835 19.9 1 1 4 1
Toyota Corona 21.5 4 120.1 97 3.7 2.465 20.01 1 0 3 1
Dodge Challenger 15.5 8 318 150 2.76 3.52 16.87 0 0 3 2
AMC Javelin 15.2 8 304 150 3.15 3.435 17.3 0 0 3 2
Camaro Z28 13.3 8 350 245 3.73 3.84 15.41 0 0 3 4
Pontiac Firebird 19.2 8 400 175 3.08 3.845 17.05 0 0 3 2
Fiat X1-9 27.3 4 79 66 4.08 1.935 18.9 1 1 4 1
Porsche 914-2 26 4 120.3 91 4.43 2.14 16.7 0 1 5 2
Lotus Europa 30.4 4 95.1 113 3.77 1.513 16.9 1 1 5 2
Ford Pantera L 15.8 8 351 264 4.22 3.17 14.5 0 1 5 4
Ferrari Dino 19.7 6 145 175 3.62 2.77 15.5 0 1 5 6
Maserati Bora 15 8 301 335 3.54 3.57 14.6 0 1 5 8
Volvo 142E 21.4 4 121 109 4.11 2.78 18.6 1 1 4 2

Binakan satu papan pemuka berdasarkan set data dalam Jadual 2.

95

Anda mungkin juga menyukai