Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Menurut Winardis (1976), metodologi kajian adalah salah satu cara atau usaha yang
bersifat sistematik untuk mencapai objektif kajian. Hal ini dilaksanakan untuk memperoleh,
mengumpul data dan menganalisis data yang tepat serta berkesan, bagi mendapatkan kepastian
tentang sesuatu perkara dan seterusnya memperoleh pengetahuan baru atau mengembangkan
sesuatu bidang pengetahuan. Menurut Bailey (1984) pula, metodologi kajian menjadikan
andaian dan nilai yang menjadi dasar alasan penyelidikan serta ukuran ataupun kriteria yang
digunakan oleh penyelidik untuk mentafsir data dan membuat kesimpulan.

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses
menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi menerangkan cara sesuatu
masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi
adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian
kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Sulaiman Masri (2003), reka bentuk kajian merupakan perancangan sistematik
yang akan menentukan cara sesuatu penyelidikan atau kajian dijalankan untuk mencapai objektif
penyelidikan. Menurutnya lagi, ia dihasilkan untuk memberi jawapan kepada persoalan kajian
atau masalah yang timbul dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif digunakan
sebagai satu pendekatan ke arah memastikan objektif kajian yang berbentuk deskriptif tercapai.

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif kualitatif. Menurut Azizi Yahaya
(2006), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Beliau mengatakan lagi, deskriptif kualitatif dapat
memainkan peranan penting dalam menunjukkan perhubungan yang mungkin berlaku, faktor
penyebab, kesan dan proses dinamik dalam penetapan sesuatu faktor.

Reka bentuk kajian dilaksanakan bagi memahami dan memperdalami teori ekonomi,
pentadbiran dan politik dalam konsep piagam madinah sebagai asas perlembagaan Negara yang
sebenar serta kepentingannya untuk diaplikasikan. Kajian yang berbentuk deskriptif dilakukan
berdasarkan kaedah penyelidikan data-data dan bahan-bahan berkaitan konsep ekonomi,
pentadbiran dan politik yang terdapat di perpustakaan. Miles dan Huberman (1994) berpendapat
tidak ada peraturan tertentu dalam kajian yang berbentuk kualitatif. Oleh yang demikian, kajian
ini lebih terbuka dalam menganalisis data.

3.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data ialah satu kaedah atau usaha untuk mengumpulkan data-data
bagi menyiapkan penyelidikan ini. Bagi menyempurnakan kajian ini, tinjauan kepada sumber-
sumber maklumat dan rujukan terkini di perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang Cawangan
Bandar Jengka telah dilakukan . Melalui kaedah ini juga, pemilihan prosedur atau teknik serta
alat pengumpulan data yang sesuai iaitu kaedah penentuan subjek akan digunakan berdasarkan
permasalahan kajian dan strategi penyelidikan. Data yang diperoleh akan dianalisis mengikut
kesesuaian kajian ini untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada konsep piagam
madinah sebagai asas perlembagaan Negara di Malaysia. Seterusnya menghuraikan maksud
sebenar data tersebut supaya lebih jelas.
3.2.1 Kaedah penyelidikan Perpustakaan

Semasa menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan sumber-sumber daripada


bahan-bahan bercetak dan juga bahan-bahan elektronik seperti buku-buku rujukan. Banyak
kajian daripada buku-buku yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini telah diselidiki. Ini
bagi mendapatkan lebih banyak sumber informasi dan juga maklumat-maklumat tambahan yang
boleh dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.

Kajian perpustakaan ini sangat penting bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kajian yang telah dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan ini telah banyak membantu
dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh dikaji. Dengan kaedah ini juga telah
dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji hasil dari kajian
perpustakaan yang dilakukan.

Selain itu, kami menggunakan kajian yang lepas bagi menyokong tajuk kajian dan
menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kajian-kajian lepas itu amat penting bagi
menunjukkan bahawa kajian ini tidak berulang dengan kajian-kajian yang lepas. Ia juga
bertujuan untuk menghargai penulisan ilmiah dalam bidang yang sama dengan kajian ini.
Kebanyakan kajian-kajian lepas itu diambil daripada kajian yang dilakukan di dalam Malaysia.

3.2.2 Sumber Internet

Selain daripada itu, kami juga menjalankan kajian yang bersumberkan internet dan laman
sesawang (website) untuk mendapatkan maklumat tambahan. Antara laman sesawang yang
dikunjungi ialah, laman sesawang. Daripada maklumat-maklumat media cetak serta elektronik
inilah kami menggabungkannya, seterusnya dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian
ini. Melalui kemudahan Internet ini, kami dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam
masa yang singkat. Laman-laman web seperti google scholar dan mendeley amat membantu
kami dalam menyelesaikan kajian tersebut.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bab Piagam Madinah Sebagai Asas Perlembagaan Negara ini
membuktikan bahawa semua persoalan kajian yang dilakukan telah terjawab. Ia juga telah
mencapai tiga objektif kajian yang telah digariskan. Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap
yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai
perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak. Perlembagaan adalah perlu sama ada ianya
Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan dari segi peraturan hidup,
hak-hak warganegara, sistem kehakiman, kuasa kerajaan, Badan Penggubal Undang-Undang dan
sebagainya. Perlembagaan mengandungi ciri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa
yang diwujudkan untuk diperuntukan dan dilindungi.

Perlembagaan Malaysia sememangnya tersedia dan sudah terpakai sekian lama yang
berlandaskan konsep piagam madinah sejak zaman Nabi Muhammad Saw. Ia mengandungi ciri
asas dan bingkai pemerintahan beserta dengan kuasa-kuasa yang lengkap dan sempurna yang
terdapat di dalamnya. Justeru, ia jelas membuktikan bahawa konsep piagam madinah dapat
memenuhi kehendak ukuran moden dan bersesuaian dengan sistem yang diamalkan sebagai
perlembagaan dalam Negara kita. Seterusnya, pada masa kini, nampaknya bukan isu lagi
samada perlembagaan dari segi Islam atau tidak, tetapi penekanan telah berubah kepada samada
Malaysia adalah sebuah negara Islam ataupun tidak maka dengan meletakkan Islam sebagai
agama Persekutuan dan agama Negeri, akhirnya ia diterima sebagai asas dalam pentadbiran,
ekonomi dan juga politik bagi memenuhi pencapaian dan persefahaman yang paling minima
supaya ia dapat diterima pakai oleh warganegara yang berbilang kaum di dalam Negara kita
iaitu Malaysia.
RUJUKAN
Matthew B. Miles, A. Michael Huberman. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded
Sourcebook

Winardi (1976), Pengantar Metod Research. Bandung: Penerbit Alumni, h. 104. Kualitatif pula
ialah sesuatu yang didasarkan pada kualiti atau mutu.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A. R. (2006). Mastering Research
Method.

Zamaliah Mahmud. (2009). Handbook of Research Methodology: A Simplified Version. Shah


Alam: UPENA Universiti Teknologi MARA.

Anda mungkin juga menyukai