Anda di halaman 1dari 4

1

SULIT*

BAHAGIAN A
(15 markah)
Jawab semua soalan

1. Senaraikan tiga sub-sektor Pelan Induk Perindustrian 3 (PIP3)?

[3]

i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________

2. Jelaskan dua inisiatif dalam pembaharuan strategik melalui Program Transformasi


Ekonomi (ETP)

[4]

i. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Berikan empat teras Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.

[4]

i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________________

4. Berikan empat kebaikan Dasar Sukan Negara kepada individu.

[4]

i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________________

SULIT*

2
SULIT*

BAHAGIAN B
(20 markah)
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih
bagi tahun 2010 hingga anggaran tahun 2013.
Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
eksport negara. Di samping itu, sektor pertanian juga membekalkan bahan mentah kepada
industri tertentu di Malaysia.
Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggarkan mencatatkan peningkatan yang
berterusan dari tahun 2010 hingga tahun 2013 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar
ladang-ladang sawit dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2010, minyak sawit
mencatat pengeluaran sebanyak 16994 ribu tan metrik, iaitu kurang sebanyak 1791 ribu tan
metrik berbanding dengan tahun 2011. Pengeluaran minyak sawit terus meningkat kepada
18912 ribu tan metrik pada tahun 2012 dan dianggar meningkat lagi sebanyak 502 ribu tan
metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak
menjamin peningkatan yang sama bagi perolehan eksport minyak sawit Malaysia. Pada tahun
2011, perolehan eksport minyak sawit telah turun kepada RM53711 juta berbanding RM60993
juta pada tahun 2010. Pada tahun 2012, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah
RM45322 juta dan dianggarkan akan mencapai RM45186 juta pada tahun 2013.
Pengeluaran getah Malaysia pula dianggarkan mencatatkan penurunan yang berterusan
dari tahun 2010 hingga tahun 2013 berikutan dengan keluasan kawasan tanaman getah yang
semakin berkurangan. Pada tahun 2010, pengeluaran getah adalah sebanyak 996 ribu tan metrik
dan terus menurun kepada 939 ribu tan metrik pada tahun 2011. Pengeluaran getah terus
menurun lagi pada tahun 2012 dengan pengeluaran sebanyak 923 ribu tan metrik dan
dianggarkan terus merosot kepada 848 ribu tan metrik pada tahun 2013. Perolehan eksport getah
negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan dari RM13481 juta pada
tahun 2010 kepada RM9210 juta pada tahun 2011. Pada tahun 2012, perolehan eksport getah
adalah sebanyak RM7864 juta dan dianggarkan terus menurun kepada RM7734 juta pada tahun
2013.
Gas asli cecair Malaysia pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan
peningkatan permintaan serta harga petroleum dan gas asli cecair dunia. Pada tahun 2010,
pengeluaran gas asli cecair negara adalah sebanyak 22953 ribu tan metrik dan meningkat kepada
23770 ribu tan metrik pada tahun 2011. Pengeluaran ini meningkat lagi kepada 24487 ribu tan
metrik pada tahun 2012 dan dianggarkan terus meningkat pada tahun 2013 kepada 25000 ribu
tan metrik. Perolehan eksport gas asli cecair pada tahun 2010 telah meningkat dari RM38742
juta kepada RM52049 juta pada tahun 2011. Tahun 2012 telah mencatatkan perolehan eksport
gas asli cecair sebanyak RM55527 juta dan jumlah ini dijangka akan meningkat lagi sebanyak
RM1473 juta pada tahun 2013.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Ekonomi 2012/2013, Kementerian Kewangan
Malaysia)
SULIT*

3
SULIT*

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan
kadar perubahan pengeluaran dan penjualan kereta penumpang di Malaysia bagi tempoh
Januari hingga Julai tahun 2015.

Antara bulan Januari hingga Februari tahun 2015, pengeluaran jumlah kereta
penumpang merosot dari 56,654 buah pada bulan Januari kepada 46,958 buah pada bulan
Februari. Kadar perubahan kemerosotan pengeluaran adalah -17.11 peratus atau 9,696 buah.
Walau bagaimanapun, antara bulan Februari hingga Mac, didapati kadar perubahan pengeluaran
kereta penumpang meningkat 27.95 peratus atau sebanyak 13,127 buah. Dalam masa yang
sama, antara bulan Januari hingga Februari, kadar perubahan penjualan kereta penumpang pula
meningkat 5.90 peratus kepada 44,961 buah. Manakala bagi bulan Februari hingga Mac 2015,
kadar perubahan penjualan kereta penumpang mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu
32.12 peratus.
Antara bulan Mac hingga April, pengeluaran kereta penumpang terus meningkat, tetapi
penjualan pula mencatat kejatuhan. Kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang bertambah
2.58 peratus atau sebanyak 1,549 buah. Sebaliknya, kadar perubahan penjualan pula merosot 31.15 peratus. Menjelang bulan Mei, penjualan kereta penumpang mencatatkan pemulihan,
iaitu bilangan jualan bertambah 23.94 peratus atau 9,793 buah berbanding bulan April.
Sebaliknya, kadar perubahan pengeluaran kereta penumpang antara bulan April hingga Mei
mencatat kemerosotan -16.75 peratus.
Menjelang pertengahan tahun 2015, iklim pengeluaran dan penjualan kereta penumpang
masih tidak menentu. Antara bulan Mei hingga Jun, kadar perubahan pengeluaran kereta
penumpang mencatat kemerosotan -3.85 peratus. Sementara itu pada tempoh yang sama,
penjualan kereta penumpang turut merosot sebanyak 3,393 buah dan mencatat kadar perubahan
kemerosotan penjualan -6.69 peratus. Pada bulan Julai tahun 2015, pengeluaran dan penjualan
kereta penumpang mencatat peningkatan. Antara bulan Jun hingga Julai, kadar perubahan
pengeluaran kereta penumpang mencatatkan peningkatan 13.07 peratus dan perubahan
penjualan pula mencatatkan peningkatan dengan kadar 3.72 peratus.
Sepanjang tahun 2015, bulan Mac mencatat angka penjualan terbanyak manakala bulan
April pula mencatat angka pengeluaran terbanyak. Penjualan pada bulan Mac mencatat angka
sebanyak 59,404 buah kereta, manakala pengeluaran pada bulan April mencatat angka sebanyak
61,634 buah kereta. Penjualan kereta penumpang terendah pula adalah pada bulan April, di
mana cuma 40,902 buah kereta sahaja dijual. Pengeluaran kereta terendah adalah pada bulan
Julai, di mana cuma 40,655 buah kereta penumpang dikeluarkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
EPU 2015, Jabatan Perdana Menteri)

SULIT*

4
SULIT*

BAHAGIAN C
(25 markah)
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
7. Gaya hidup mewah menjadi punca utama ramai belia diisytiharkan muflis. Hal tersebut
membawa kesan kepada kehidupan mereka. Bincangkan.

8. Prinsip Rukun Negara dapat mempereratkan perpaduan dalam kalangan rakyat


Malaysia. Namun, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi. Bincangkan.

SOALAN TAMAT

SULIT*

Anda mungkin juga menyukai