Anda di halaman 1dari 38

KEGANASAN

ANTARABANGSA

NUR QAYYIMAH
MUHAMAD NURSALMAN
PENGENALAN

 Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti


pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan
tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin
disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi,
atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah
selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
 Sejak zaman nabi Adam, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa
keganasan dan kekejaman manusia. Kisah Habil dengan Qabil yang
berbunuhan demi seorang perempuan cukup mashyur untuk kita
menjadikan satu iktibar.
 Selepas perang dunia, zaman orde baru (sebutan bagi masa
pemerintahan Presiden Soeharto) telah muncul dimana Amerika
Syarikat telah menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia.
 Keganasan antarabangsa ini bertambah teruk apabila berlakunya
peristiwa pengeboman bangunan World Trade Centre (WTC) pada 11
September 2001. Bermula keganasan global tanpa institusi konkrit
seperti negara dan pertubuhan berdaftar.
AMERIKA
SYARIKAT
PERISTIWA PENGEBOMAN BANGUNAN WORLD TRADE
CENTER PADA 11 SEPTEMBER 2001

 Kronologi telah mencatatkan pada tarikh 11 September, para pengganas


mengambil alih empat pesawat komersial, iaitu
 American Airlines penerbangan 11 (yang melanggar menara World
Trade Center yang utara),
 United Airlines penerbangan 175 (yang melanggar menara World Trade
Center selatan),
 American Airlanes penerbangan 77 (yang melanggar Pentagon,
 United Airlines penerbangan 93 (yang jatuh ke tanah).
 Berdasarkan laporan kumpulan penyiasat AS, lebih dari 3000 jiwa
terkorban dalam tragedi mengerikan tersebut. Tiga tahun setelah tragedi
itu terjadi, pemimpin kelompok Al Qaeda iaitu Osama bin Laden
mengumumkan bahawa dia bertanggungjawab atas serangan 9/11.

 Pada Mei 2011, setelah diburu bertahun-tahun, Presiden Obama


menyatakan bahawa Osama bin Laden ditemukan dan ditembak mati oleh
tentera AS dalam sebuah penyerbuan.
 Selepas tragedi 11 September 2001, AS mula menjalankan dasar luar
yang lebih agresif dengan menggunakan pendekataan ketenteraan.

 Pada tahun 2002, pasukan tentera Bersekutu yang diketuai oleh AS


telah menyerang dan menjajah Afghanistan dan akhirnya berjaya
menumbangkan kerajaan Islam Afghanistan.

 Untuk menghalalkan segala tindakannya, kerajaan Afghanistan


didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pertubuhan Al-Qaeeda
dan dituduh melanggar hak asasi manusia berkaitan dgn hak-hak
wanita dan kebebasan beragama.
KUMPULAN YANG MENDOMINASI KEGANASAN
DUNIA

 DAESH

 BUKO HARAM

 AL-QAEDA
Daesh
 Daesh diasaskan oleh Abu Musab al-Zarqawi pada tahun 1999.
 Merupakan serpihan daripada kumpulan Al-Qaeda.
 Daesh ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi politik individu tertentu dan ia
tiada kena mengena dengan menegakkan Khilafah Islamiyah.
 Organisasi ini berpengkalan di Iraq dan Syria.
 Antara kemusnahan yang mereka lakukan termasuklah:
1. Serangan berani mati di Baghdad, Beirut, dan Ankara yang membunuh
ratusan orang.
2. October 2015, sebuah pesawat Russia di lapangan terbang Mesir
diletupkan, 224 orang terbunuh.
3. November 2015, beberapa serangan berani mati dilakukan di Paris, 129
orang terbunuh.
 Daesh lebih maju dalam bidang teknologi maklumat. Mereka sering
membuat rakaman video yang menggerunkan dengan tujuan
menakutkan dan menarik perhatian dunia termasuklah memancung,
menyalib, dan membakar mangsa hidup-hidup.

 Taktik ini berjaya menarik perhatian dunia kerana video tersebut


telah menular di internet dan disiarkan di rancangan berita di seluruh
negara.

 Tindakan radikal ini menyebabkan Al-Qaeda sendiri memutuskan


segala hubungan dengan Daesh.
Boko Haram
 Boko Haram diasaskan oleh Mohammed Yusuf pada tahun 2002.
 Bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam berasaskan undang-
undang syariah .
 Kebanyakan pemimpin kanan kumpulan ini mendapat ispirasi daripada
pendakwah Islam , Maitatsine . Selain itu mereka didorong oleh pertikaian
antara kaum dan agama.
 Organisasi ini berpangkalan di timur laut Nigeria dan utara Cameroon.
 Boko Haram menjadi terkenal sebagai pengganas dan ditakuti selepas
menyerang banyak gereja, sekolah, dan balai polis.
 Pada 13 November 2013, kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan
organisasi ini sebagai pengganas.

 Antara contoh keganasan ialah pada 14 April 2014, anggota militan


Boko Haram menculik lebih 200 pelajar perempuan di sebuah
asrama di Chibok.

 Pada 30 Jun 2014, kumpulan militan Boko Haram menyerang lima


buah gereja di pekan Chibok, ketika penganut Kristian berkumpul.
Mereka turut menyerang orang awam di Kautikari sebelum
membakar bangunan-bangunan.
Al-Qaeda
 Al-Qaeda diasaskan oleh Osama bin Laden pada tahun 1988.
 Tujuan penubuhan organisasi ini ialah untuk melindungi Afghanistan
daripada serangan Soviet Union.
 Organisasi ini berpengkalan di timur tengah terutamanya di Afghanistan.
 Salah satu insiden yang menaikkan nama Al-Qaeda ni adalah bila mereka
dikaitkan dengan kes 9/11 di mana dua kapal terbang melutu bangunan
World Trade Centre di Amerika pada tahun 2001
 CIA menuduh kumpulan Al Qaeda sebagai pertubuhan yang meletupkan
kedua-dua bangunan itu.
ISU KEGANASAN
ANTARABANGSA DI
ASIA TENGGARA

( THAILAND SELATAN)
 Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala
pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah
diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian
Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah
jajahan Thai.

 Lantaran itu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO)


melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.

 Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari


Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan
Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding
dengan pihak berkuasa Thailand.
 Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand.

 Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP)


dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan
melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak, mencuri dan
memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah
anggota tentera, polis dan sarang maksiat.

 Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan


diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan
kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan
kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang
sedang meronda.
SELATAN FILIPINA
 Filipina ketika itu menginginkan Sabah sebagai sebahagian daripada
wilayahnya rentetan Filipina mempercayai bahawa Sabah adalah
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu dan Filipina adalah
natural successor kepada Kesultanan Sulu.

 Penubuhan Malaysia pada 1963 yang turut diiktiraf oleh Amerika


Syarikat menyebabkan Filipina merancang untuk merampas
Malaysia menggunakan kaedah lain.
 Seramai 180 orang penduduk Sulu direkrut untuk misi itu. Pada
asalnya, mereka diberitahu bahawa mereka direkrut untuk menentang
New People's Army (NPA), iaitu cabang parti komunis di Filipina.

 Pada tahun 1968, kesemua rekrut tersebut telah dihukum mati, kecuali
seorang yang berjaya melarikan diri. Peristiwa pembunuhan itu yang
dikenali sebagai Jabidah Massacre menjadi isu hangat di Filipina
apabila rekrut yang berjaya melarikan diri itu melaporkan insiden
tersebut kepada seorang Senator dari parti pembangkang, iaitu Senator
Benigno Aquino Jr (ayah kepada presiden Filipina sekarang).
PERISTIWA DI LAHAD DATU
 Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang
berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang
sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada
11 Februari 2013.

 Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan


Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III
yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan
Sulu.

 Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali


wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak
dapat diselesaikan.
 Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung
Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul,
manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.

 Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di


Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan
dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.

 The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku


sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mengatakan
Malaysia akan kehilangan Sabah tidak lama lagi di dalam salah satu
ceramah politik yang diadakan oleh parti beliau,Parti Keadilan Rakyat.

 Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan


beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini.
MALAYSIA
Parti Komunis Malaya (PKM)
 Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 dan diketuai oleh Chin
Peng.
 Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara
Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.
 PKM bersikap agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang,
gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di
Tanah Melayu.
 Sebagai contoh, PKM memusnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga,
Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama.
 Kejadian Bukit Kepong juga merupakan keganasan yang dilakukan oleh
PKM. Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan
Parti Komunis Malaya di di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong
di Bukit Kepong, Muar Johor.
 Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan
serangan gerila ke balai polis.
 Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan
penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di
situ.
FAKTOR KEGANASAN
Politik ANTARABANGSA
 Selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku
keganasan.
 Perkara ini telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat
Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan
kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya.
 FIS bangkit menentang secara bersenjata dan pengemboman. Di Chechenya,
Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar
Dudayev untuk telah menuntut kemerdekaan.
 Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan
radikalisme di kalangan rakyat lokal. Akibat kurang sifat demokratik dan
toleransi, rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti
keganasan.
Agama

 Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber


kekuatan menentang musuh. Sebagai contoh, agama Buddha digunakan
oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan
gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di
Ireland Utara.
 Islam telah dikambing hitamkan oleh Amerika Syarikat sebagai agama
penganjur keganasan.
Ideologi

 Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh


Lenin.
 Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah
pimpinan Mao Zedong. Ideologi ini telah diimport ke negara dunia ketiga.
Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga
kerajaan mengisytihar darurat.
 Komunisisme yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah
menggunakan keganasan bagi menubuhkan Republik Soviet Tanah
Malaya. Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong
komunis di Filipina dan Thailand.
 Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan seperti pemerintahan Hitler di
Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo Nazi yang
mendukungi fahaman Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal.
Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat perkauman.
Ekonomi dan Sosial

 Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat
perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara.
 Perkara ini bertambah hangat apabila dikaitkan dengan faktor agama dan
politik. Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan
sosial Kerajaan Thailand.
 Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand
sebagai warganegara kelas dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di
kawasan utara negara tersebut.
 Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan sejarah permusuhan
Melayu-Islam dengan Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak
terkawal. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan
pengeboman di Sungai Golok.
KESAN KEGANASAN
ANTARABANGSA
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.
 pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan.
Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan
penyokongnya.
 Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan.
 Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak
liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan
ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.
2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.

 Sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di


Indonesia.
 Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani
melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan
mereka keluar dari Indonesia.
 Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang
berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai
contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di
Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini
menjejaskan ekonomi banyak negara.
3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.

 perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh


pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar
negara.
 Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda
pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan
berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong
ke luar negara berkurang.
 Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.
Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak
syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar
4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.

 Mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Untuk mengelakkan serangan


bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina
khas jika ada.
 Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan
berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa
akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang
tersayang kerana terkorban dalam peperangan.
 Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada
pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.
LANGKAH UNTUK MENGATASI
KEGANASAN ANTARABANGSA
1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.
 Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan.
Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak
sehingga hilang kawalan.
 Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan
hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas
untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas.
 Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap
mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara
inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.
2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.

 Semua pihak harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal
hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan.
 Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan
keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan
kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan
mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi
negara.
3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.

 semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada


rangkaian antarabangsa.
 Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang
kegiatan keganasan yang diperoleh.
 Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara
pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat
aliran wang kumpulan pengganas.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai