Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Ancaman Militan merupakan satu isu yang sedang hangat melanda dunia pada masa kini.
Kesan-kesan dasyat yang dibawanya seperti kemusnahan harta benda dan jiwa-jiwa yang
tidak berdosa seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua sudah cukup untuk menimbulkan
perasaan ketakutan di kalangan rakyat. Walaupun fenomena ancaman militant ini bukannya
sesuatu yang baru dalam sejarah Malaysia sendiri. Namun demikian, keselamatan negara
kita sekali lagi sedang diancam oleh ancaman militant antarabangsa yang berhasrat untuk
mempengaruhi negara dengan agenda-agenda mereka yang tertentu. Oleh itu, apakah
tindakan kita seterusnya.

1.1 Definisi Militan@Terrorisme

Militan berasal dari perkataan Inggeris "militant". Ia bermaksud seseorang yang bergerak
seperti tentera. Ia berkaitan dengan perkataan military yang bermaksud
ketenteraan[ CITATION Abu14 \l 1033 ]. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka militan bermaksud  siap sedia utk berjuang; terlibat secara aktif dlm perjuangan.
Namun kini tafsiran masyarakat apabila disebut tentang makna militan mereka terus
mengaitkan dengan istilah terrorisme iaitu pengganas, sedangkan terrorisme itu membawa
maksud yang berlainan. Menurut Tun Dr Mahathir (2002), pengganas (terrorisme)
bermaksud sebarang tindakan serangan bersenjata yang menimbulkan rasa takut di
kalangan rakyat. Fahaman ahli Terrorisme adalah menggunakan kekerasan untuk
menciptakan ketakutan dalam usaha mencapai tujuan politik[ CITATION Bah17 \l 1033 ].

1
Gambar Rajah 1 Gambar rajah 2

1.2 Definisi Keganasan kepada Dunia

Menurut kamus Dewan, Keganasan bermaksud perihal ganas, kebuasan dan


kegarangan[ CITATION Zai95 \l 17417 ]. Melihat keadaan dunia kini, umat islam sering kali
dipersalahkan dalam aspek keganasan yang berlaku seluruh dunia. Terutama sejak
berlakunya tragedi serangan pengganas ke atas World Trade Centre (WTC) New York dan
Pentagon pada 11 September 2001(Gambar Rajah 3). Masyrakat dunia menunding jari
kepada umat islam atas apa yang terjadi sehingga dari situ segala perkara jenayah
dilakukan orang muslim dikenali sebagai terrorisme (pengganas). Sehingga terbitlah
pandangan-pandangan yang mengatakan  keganasan yang berlaku di dunia hanya dibuat
oleh orang Islam. Sebabnya mereka berhujah bahawa Islam adalah agama yang
menganjurkan keganasan.[ CITATION Zin17 \l 17417 ]. Manakala telah berlaku pendebatan
yang mana ketika peristiwa pengeboman di Manchester London pada 22 Mei 2017 (Gambar
Rajah 4) yang dilakukan orang berkulit putih, media tabloid Britain menyifatkan serangan ke
atas orang Islam itu hanyalah pelakuan jenayah dan bukannya keganasan. Sebabnya

2
mereka tidak melaungkan slogan agama seperti mana yang dilakukan oleh
pengganas.Daesh yang meneriakkan takbir sebelum melakukan serangan mereka.
[ CITATION Zin17 \l 17417 ].. Pada Barat melihat perbuatan keganasan ini sebagai satu
tindakan pelampau yang dilakukan secara sengaja dan kebiasanya bermotif politik dan
melibatkan kemusnahan kepada kemanusiaan dan harta benda akan tetapi apabila
melibatkan islam dasarnya berubah.[ CITATION Muh06 \l 1033 ]. Cuma sekali sekala berita
arus perdana mereka melaporkan insiden tembakan oleh rakyat kulit putih dan ia biasanya
diklasifikasi sebagai kes masalah mental bukan pengganas dasarnya.

Gambar Rajah 3 Gambar Rajah 4

(21 orang mangsa kematian pengeboman di Manchester London)

2.0 Latar Belakang Daesh@IS

2003 – Pembentukan DAESH adalah hasil projek ketenteraan Shock Dan Wave ciptaan
Amerika yang diilhamkan oleh Barack Obama dalam usaha Amerika hendak menjatuhkan
kerajaan Iraq di bawah Saddam Husin. Amerika memberikan latihan ketenteraan dan
memberikan kemudahan ,senjata dan kewangan. Mereka yang terlibat merupakan rentetan
dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang
berbeza iaitu: Ansar Al-Islam; Jamaah Al-Tawhid Wa Al-Jihad; dan Mujahidin Al-Qaeda
yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan
selepas peristiwa 11 September 2001.

2006 – Pada bulan Jun Abu Musab al-Zarqawi (Gambar Rajah 5) telah menubuhkan satu
kumpulan yang baru hasil daripada pengabungan kumpulan kecil di bawah nama Majlis
Syura Mujahidin (MSM) kumpulan yang terlibat termasuk juga Al-Qaeda Iraq (AQI). Akan

3
tetapi Apabila kematiannya, pada 15 Oktober, Abu Ayub Al-Masri (Menteri Penerangan ISI),
kumpulan (MSM) mengumumkan penubuhan Negara Islam Iraq (Islamic State of Iraq @ ISI)
sekali gus melantik Abu Bakar Al-Baghdadi (Gambar Rajah 6) sebagai khalifah pertama ISI.

Gambar Rajah 6

Gambar rajah 5

Gambar Rajah 7
2011-2013 – Kumpulan al-Qaeda telah mengambil manfaat dengan pergolakan yang
berlaku di Syria, lalu mereka mengasaskan kumpulan yang dikenali sebagai Jabhatul Nusra
pimpinan Abu Muhammad Al Jawlani (Gambar rajah 7) dan mengumumkan secara rasmi
kegiatan mereka di Syria. Yang mana ketika itu Syria bergelut di bawah pimpinan Bashar al-
Assad.

Pada 2013, pimpinan jabhatul Nusra dan ISI telah berba’iah lalu pembentukan “Negara
Islam Iraq dan Syria (ISIS)” yang kononnya menggambarkan penubuhan sebuah negara
khalifah yang merangkumi Iraq dan Syria.

2014 – Pada hari pertama Ramadhan 1435 Hijrah, Abu Bakar Al Baghdadi mengisytiharkan
penubuhan Islamic State (IS) ataupun dalam bahasa arab Al-Daulah Al-Islamiyah Fi Iraq Wa
Ash-Sham (DAESH) dan melantik dirinya sendiri sebagai Khalifah (Caliph) sehingga ke hari
ini.

3.0 Kumpulan Militan Di Malaysia

3.1 Al-Maunah

4
Sebuah pertubuhan pengganas yang dibawah pimpinan Mohamed Amin (Gambar Rajah 8)
yang bertapak di Sauk, perak. Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah ataupun singkatannya
al-Maunah yang pada asalnya kumpulan ini merupakan kumpulan yang mengajarkan ilmu
persilatan dan perubatan islam namun telah berubah menjadi sebuah organisasi kumpulan
pengganas militan[ CITATION Isk17 \l 17417 ] yang berhasrat untuk menentang kedaulatan institut
raja di negara ini. Mereka terkenal dengan suatu insiden serangan nekad yang dilakukan
pada 2 Julai 2000, iaitu menceroboh kem rejimen askar wataniah yang mana menggunakan
teknik menyamar sebagai pegawai kanan tentera. dan telah melarikan sejumlah besar
senjata api daripada stor pensenjataan.

Gambar Rajah 8
Gambar rajah 9

3.2 Kumpulan Militan Malaysia (KKM)

Kumpulan yang ditubukan oleh Zainon bin Ismail atau Cikgu Non (Gambar Rajah 10) pada
tahun 1995 sebagai satu kumpulan yang mengumpulkan para bekas-bekas pejuang
Malaysia yang telah berkhidmat di Afghanistan dengan tujuan untuk mengekang segala
jenis kezaliman yang telah berlaku di Malaysia dan seterusnya menwujudkan sebuah
negara islam[ CITATION Sit17 \l 1033 ]. Akan tetapi pemahaman mereka terhadap sesuatu
hukum islam telah terpesong daripada yang sebenarnya. Sebagai contoh peristiwa
perompakan bank yang dilakukan, mereka menanggap rompakan itu dibolehkan

kerana bank-bank di Malaysia ini melaksanakan sistem barat yang tidak Islamik dan
mengamalkan ‘riba’dan daripada wang tersebut akan disalurkan untuk aktiviti keganasan
mereka.

5
Gambar Rajah 10

4.0 Analisis Ancaman Militan Antarabangsa kepada keselamatan Negara Malaysia

4.1 Daesh@IS

Peristiwa Ancaman Fizikal

Di Malaysia, dilaporkan beberapa kes aktiviti ekstremism di lakukan oleh Daesh. Semuanya
membabitkan pelajar dan golongan muda. Memang diakui bahawa kebanyakan ahli Daesh
adalah bekas pengikut Jemaah Islamiyyah. Antara kes terbabit adalah:

Pada 18 Mei 2016, negara telah dikejutkan dengan pengistiharan perang oleh militan
Daesh terhadap Malaysia. Video mereka yang berdurasi selama 16 minit itu telah
disampaikan oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu Zainuri Kamaruddin, 49 (Gambar Rajah 11) ,
yang juga merupakan bekas ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang mana
sekarang berkhidmat sebagai ketua sayap Daesh dari unit Katibah Nusantara. Meraka
menganggap negara Malaysia sudah banyak berubah dan dilihat sebagai sebuah negara
taghut (berbuat jahat dan zalim)[ CITATION Ahm16 \l 1033 ]. Dengan Pengistiran perang
begini polis telah mengambil langkah berjaga-berjaga untuk memantau pergerakan mereka
dari dalam mahupun dari luar kawasan negara. Selain itu, pihak polis memerhatikan aktiviti
domestik dari kumpulan yang bersimpati dengan Daesh bagi mengelak sebarang
kejadian yang tak di ingini terjadi.

6
Gambar Rajah 11

Jun 23, 2016, suatu video yang bertajuk Thogut, seorang ahli Daesh berasal dari
Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Rafi (Gambar Rajah 12) memberi kenyataan yang
sangat mengemparkan. Ia ditujukan khas kepada masyarakat Islam di Malaysia; “bunuh
mereka di mana sahaja yang anda jumpa. Jika anda ada kereta, langgarlah mereka.
Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka”. Ia juga memberi amaran
kepada polis Malaysia; kepada anda yang ada di Bukit Aman, anda tidak lagi aman. Kami
bersedia untuk sembelih anda. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga
akan memburu anda habis habisan”.[ CITATION Muh17 \l 1033 ]

Gambar rajah 12
Walau bagaimanapun tanpa diduga pada 28 Jun 2016 kejadian letupan bom tangan
di pusat hiburan Movida di Puchong, Selangor yang berlaku tanpa diduga yang dalangnya
merupakan mereka yang terlibat dengan militan Daesh. Seramai 15 orang suspek telah
ditahan oleh pihak polis termasuk dua orang yang dipercayai terlibat dalam serangan
tersebut.[ CITATION Ami17 \l 1033 ]. Ini telah menunjukkan bahawa ancaman mereka
bukannya satu gurauan atau gimik yang perlu diambil sambil lewa.

4.2 Ancaman Perjuangan Ideologi Daesh Terhadap Masyarakat

Dalam doktrin (ajaran) Daesh, jihad melawan musuh merupakan satu tuntutan agama
(fardhu ain) dan konsisten dengan tuntutan tauhid yang difahami oleh pengikut Daesh.
Mereka menolak dan menghapuskan musuh yang tidak menerima nya.

Daesh membawa mesej akidah Salafi Jihadi sebagai mesej pembebasan yang
melambangkan pengaruh fahaman salafiyah yang dibawa oleh Ibnu Taimiyah (Gambar
Rajah 13 & 14) dan gerakan ideologi Wahabi dengan konsep jihad qital (perang). Kedua-dua
konsep ini digabungkan dan diadaptasi mengikut kesesuaian. Selain itu, ideologi ini turut
memegang konsep al wala' wal barra' atas asas kalimah Allah SWT dengan memberi janji
setia dan kepatuhan hanya kepada Allah SWT serta permusuhan dengan golongan orang-
orang kafir. Mereka percaya konsep ini membantu mereka mengenalpasti musuh Islam

7
sama ada umat Islam sendiri atau orang kafir. Ini membolehkan mereka melaksanakan jihad
qital dan memansuhkan semua ajaran jihad lain dalam Islam.

Gambar Rajah 13 Gambar Rajah 14

Daesh banyak merujuk kepada ciri ideologi salafiyah iaitu, tauhid hakimiyah,
pegangan konsep al wala' wal bara', jihad qital dan matlamat akhir perpindahan dari negara
kafir atau darul harb ke negara Islam. Kesemua ciri ideologi ini disesuaikan dengan
matlamat perjuangan gerakan agar segala pergerakannya dianggap “halal” di sisi agama.
Menurut mereka konsep Jihad qital adalah satu-satunya jalan untuk mewujudkan
negara Islam. Ia adalah Fardu Ain. Ini kerana pada zaman sekarang jihad-jihad lain seperti
jihad ekonomi adalah mustahil akan berjaya kerana sistem penentu kehidupan dunia
ditentukan oleh orang kafir.
Dengan pendekatan konsep yang sangat ekstrim ini, akan membawa ancaman
keselamatan terhadap negara Malaysia mahupun ancaman terhadap negara Barat dan
negara-negara orang Islam seluruh dunia.
4.3 Ancaman Media Sosial Terhadap Masyarakat

Kini di Malaysia ancaman keselamatan tidak semestinya digugat daripada luar akan tetapi
dari dalam negara itu sendiri sebagai contoh pengekrutan anggota Daesh melalui media
sosial . Melalui media sosial seperti applikasi Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya
mereka lebih mudah untuk mengekrut dan mempengaruhi fahaman masyarakat.

Menurut Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan


Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), statistik terkini daripada Jabatan Penjara Malaysia
mendapati bahawa seramai 118 orang telah ditahan atau telah disabitkan kesalahan kerana
terlibat dalam kegiatan militan IS atau Daesh. Selain itu, kajian IYRES mendapati
bahawa majoriti belia (85%) mendapatkan maklumat mengenai Daesh menerusi media
sosial seperti Facebook, Telegram, dan sebagainya. Dalam situasi ini, golongan belia lebih

8
mudah terpengaruh untuk memasuki Daesh berbanding golongan orang dewasa, yang
mana kerana golongan belia lebih tertumpu kepada platform media ini.[ CITATION Kem17 \l
1033 ]

Dalam pada itu, ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed
Jedi (Gambar Rajah 15) yang terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April
lepas juga menjadi ‘idola’ bagi belia yang menyertai kumpulan itu.

Gambar Rajah 15

Di samping itu, isi kandungan yang menyakinkan seperti berupa naratif kisah sejarah
daripada Quran dalam media sosial Daesh. Semua kisah Quran ini telah dipergunakan bagi
menunjukkan Daesh memang memperjuangkan Islam sejati melawan musuh.

Tidak terkecuali juga bagi golongan wanita yang mempunyai hasrat untuk menyertai
kumpulan Daesh antaranya dengan cara berkahwin anggota Daesh, mereka melakukan
jihad nikah, iaitu meninggalkan negara untuk tujuan berkahwin dengan anggota Daesh di
medan perang. Hal ini kerana mereka beranggapan menjadi isteri kepada seorang pejuang
Islam merupakan penghormatan tertinggi bagi seorang wanita dan mendapat ganjaran
pahala.

Lebih mengejutkan(Gambar Rajah 15), Kerana taksub dengan perjuangan Daesh


dan teruja menjadi ketua sel wanita pertama kumpulan pengganas itu di negara ini, seorang
wanita sanggup membahayakan nyawa untuk cuba melakukan serangan terhadap orang
bukan Islam dan rumah ibadat mereka.[ CITATION Nor18 \l 1033 ]

Wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Selangor dan mempunyai dua anak lelaki
itu turut merekrut individu lain termasuk wanita melalui Facebook dan WhatsApp dengan

9
menggunakan nama ‘Kumpulan Makan-Makan Kak Nor’ bagi mengelak dikesan pihak
berkuasa.

Gambar Rajah 16

Ini jelas menujukkan bahawa setiap golongan daripada pelbagai linkungan umur
mahupun lelaki ataupun perempuan mampu menjadi sasaran pihak militan Daesh. Media
sosial antara cara mengekrutan yang paling senang untuk dilakukan.

5.0 Peranan Malaysia dalam Membanteras Militan

Pihak Kerajaan

Malaysia mempunyai angkatan polis yang ditugaskan khas untuk menentang segala jenis
ancaman pengganas militan ini, Anggota Counter Terrorism atau dikenali sebagai unit E8
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana Keupayaan pihak E8 dalam menangani ancaman
terrorisme telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak seperti contoh oleh
NaCTSO di United Kingdom, PoliceOne (Amerika Syarikat (AS)), Densus 88 (Indonesia),
SOF (Singapurs), CTTC (Bangladesh), CTIS (Hong Kong) dan lain-lain pasukan polis khas
yang ditubuhkan untuk menangani ancaman terrorisme dan ekstremisme. Keupayannnya
seperti tugas mengintip ataupun penyamaran, yang mana walaupun modus operandi
mereka ini boleh mengugat nyawa, mereka tetap setia untuk berbakti demi keamanan dan
kesejahteraan rakyat.

Seterusnya memperkukuhkan Kerjasama serantau antaranya iaitu perkongsian maklumat


perisikan bersama di peringkat antarabangsa, Malaysia yang mana merupakan anggota
Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negra berkecuali (NAM)
serta juga anggota ASEAN, perlulah mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan
menjalinkan hubungan bersama dengan pelbagai agensi-agensi ini dalam menangani
keganasan militant daripada berleluasa.

10
Peranan Masyarakat

Mewujudkan komuniti “outreach” iaitu meningkatkan kesedaran sama ada memberikan


penjelasan atau memberikan gambaran sebenar  tentang bahayanya ancaman militant serta
terrorisme kepada masyarakat setempat. Yang mana program ini mestilah lebih bertumpu
lebih kepada golongan belia yang menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi
merangkumi universiti awam atau swasta, institusi latihan kemahiran awam atau swasta,
politeknik, kolej komuniti dan kursus professional kerana mereka lebih berisiko dipengaruh.

6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, ternyata sekali isu ekstremism agama telah menjadi isu terbesar
yang mencalarkan imej Islam di mata masyarakat dunia. Sejak insiden 9/11 yang telah
menjadi titik permulaan kepada pergerakan ini sehinggala sekarang. Kumpulan Militan
pengganas ini berusaha dengan menyebarkan dakyah mereka dan terpenting sekali berjaya
menrekruntukan ahli-ahli baru di seluruh dunia. Hal ini ternyata tersebar ke seluruh dunia,
termasuklah di rantau Asia Tenggara ini. Kita sebagai seorang muslim yang
bertanggungjawab untuk menjernihkan kembali imej Islam yang telah tercemar dengan visi
jihad yang penuh kebencian ini. Apa yang pastinya usaha ini lebih merupakan peperangan
idea yang menuntut kita menkaji mindset golongan radikal ini secara mendalam dan
mengemukan jalan penyelesaian yang terbaik.

Rujukan

Ahmad Sauffiyan. (2016, Jun 13). DAESH ISYTIHAR PERANG TERHADAP MALAYSIA: SATU TINJAUAN
AWAL. Retrieved from
esearchgate.net/publication/304554345_DAESH_ISYTIHAR_PERANG_TERHADAP_MALAYSIA
_SATU_TINJAUAN_AWAL_DAESH_WAR_DECLARATION_AGAINST_MALAYSIA_A_PRELIMINA
RY_OBSERVATION

Amizul Tunizar Ahmad Termizi. (17, Julai 2016). Retrieved from www.utusan.com.my:
https://www.utusan.com.my/rencana/utama/daesh-ancaman-serantau-1.354378

Abu Firdaus. (2014, 7 14). Retrieved from


http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2014/7/61421/me
mbedakan-antara-militan-dengan-pengganas.html

11
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan. (2017). Kami Warga ATM Menolak Daesh (Isis). Pencegahan
Fahaman Ekstrimisme dan Radikalisme dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Iskandar Zulqarnain. (2017, may 11). Orang Perak. Retrieved from Kisah Disebalik Insiden Al-
Ma’unah Di Sauk: https://www.orangperak.com/kisah-disebalik-insiden-al-maunah-di-
sauk.html

Kementerian Belia dan Sukan. (2017). GARIS PANDUAN PENCEGAHAN FAHAMAN RADIKALISME DAN
EKSTREMISME DALAM KALANGAN BELIA DAN MASYARAKAT. Putrajaya: Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Mohd Hizam Hanafiah. (2017, Mei 23). Utusan Online. Retrieved from
https://www.utusan.com.my/mega/agama/evolusi-daesh-penubuhan-isi-1.485208

Muhammad Afifi Abdul Razak, Mohamed Mustafa Ishak, & Rusdi Omar. (2006). Terrorisme Global
Menurul Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Journal of International Studies.

Muhammad Haziq Jani . (2017). Counter Terrorist Trends And Analyses. Journal Of The International
Centre For Political Violence And Terrorism Research, Volume 9, , h. 18-19.

Noraina Anis Abd. Halim. (2018, Julai 18). Retrieved from


https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ketua-sel-daesh-wanita-pertama-malaysia-
1.711770

Siti Zubaidah Abu Bakar, Azura Muhammed Kifli & Ka. (2017). Persamaan Ideologi Radikal Islam Di
Malaysia Dalam Kumpulan. Journal of Nusantara Studies, 156.

Zainal Abidin Safarwan. (1995). In Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (p. 493). Kuala Lumpur:
Utusan Publications.

Zin Mahmud. (2017, Jun 25). Utusan Online. Retrieved from Orang Islam di Barat Menjadi Sasaran
Kebencian: https://www.utusan.com.my/rencana/utama/orang-islam-di-barat-jadi-sasaran-
kebencian-1.496640

12

Anda mungkin juga menyukai