Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR

ESTATE MANAGEMENT

UiTM SHAH ALAM

CTU552

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

ULASAN ARTIKEL: TERORISME SEBAGAI CABARAN IDEOLOGI MUSLIM


MASA KINI

Pensyarah:

---

Disediakan Oleh:

Diyana Maria binti Muhammad

Tarikh Serahan:
Terorisme sebagai Cabaran Ideologi Muslim Masa Kini:

Satu Analisis dari Perspektif Falsafah

Zul` Azmi Yaakob & Ahmad Sunawari Long`

(Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,


Malaysia)

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Zul Azmi Yaakob dan Ahmad Sunawari Long’ pada 7
Jun 2015, terdapat beberapa perkara yang boleh diulaskan. Perkara tersebut ialah dari sudut
akhlak, jihad, falsafah, etika muslim, islamfobia, dan keganasan. Artikel ini merupakan satu
penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Terorism sebagai Cabaran Ideologi Muslim
Masa Kini.

Para penulis artikel ini dapati bahawa isu terorism giat mencabar fikiran dan ideologi umat
islam di dunia kotemporari kini. Kebangkitan puak-puak pengganas seperti Islamic States
(IS) dan banyak lagi mendakwa kononnya mereka adalah dari golongan jihadis dan
bertanggungjawab untuk mengikuti “perang suci” untuk mempertahankan agama Islam.

Meskipun begitu, perang ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan bukan-Islam, tetapi
saudara sesama Islam juga turut terkena tempias dalam Perang ini. Hal ini menimbulkan
pelbagai keraguan dan dilema masyarakat khususnya umat Islam sendiri sama ada ingin
meneruskan sokongan terhadap puak pengganas ini ataupun menentang puak-puak ini yang
kononnya mendakwa mereka sebagai jihadis Muslim sedangkan tindakan mereka lebih
mencerminkan sifat muslim yang radikal.

Oleh yang demikian, ulasan artikel ini akan mengkaji dan membuat sedikit analisis tentang
cabaran ideologi dari sudut etika islamik. Secara amnya, analisis ini menekankan tentang
kepentingan etika dan undang-undang Islam dalam mencapai kefahaman yang unggul dalam
berjihad.
FAKTA DAN PERBINCANGAN

2.1 Rumusan Artikel

Penulis telah menyusun subtopik-subtopik yang menarik untuk dibincangkan dalam artikel
ini iaitu “Terorism meminggirkan hikmah dan akhlak Islamiah”, “Terorisme meminggirkan
undang-undang”, dan “fahaman terorisme atas nama jihad dalam kalangan Muslim
Malaysia”.

2.1.1 Terorisme Meminggirkan Hikmah Dan Akhlak Islamiah

Pada dasarnya, semua agama mempunyai matlamat yang sama iaitu menyampaikan pesanan
telus kepada umatnya untuk sentiasa berbuat kebaikan sesama manusia. Walau
bagaimanapun, tindakan sesetengah individu yang terlalu agresif dengan nilai agama dari
sudut pandangan yang berbeza cenderung menyimpangkan akhlak seseorang itu dalam
beragama.

Mereka memiliki kecenderungan untuk menunjukkan agama siapa yang paling benar dan
pantas untuk diikuti kerana agama merupakan satu kepercayaan yang harus dipegang teguh
oleh para pemeluknya. Justeru, masing-masing akan menafikan kebenaran agama yang
dianuti oleh seseorang itu.

Tindakan ini digelar sebagai sikap “ekslusif” dimana seseorang cenderung untuk melahirkan
radikalism dalam beragama dan seterusnya akan membawa seseorang utnuk melakukan
tindakan yang tak sewajarnya (Laisa, 2014)

Sebagai bukti, pada abad ke-21, dunia telah menyaksikan pelbagai fenomena terorism yang
menjadi semakin kritikal dan serius serta boleh mencetuskan pelbagai kontroversi khususnya
terhadap agama Islam. Beberapa kumpulan pengganas seperti ISIS dan Al-Qaeda telah
muncul di persada dunia dan mereka mendakwa bahawa kononnya kumpulan itu dari agama
Islam.

Kumpulan ini juga merupakan kumpulan yang paling diburu kerana tindakan mereka yang
melampaui batas dalam menyebarkan keganasan atas dasar mempertahankan maruah agama
Islam. Sebaliknya, kumpulan ini dilihat hanyalah ingin mengambil kesempatan ke atas situasi
politik di sesebuah negara dengan melancarkan tindakan melampaui batas demi mencapai
objektif politik mereka.
Apa yang lebih membimbangkan adalah kumpulan pengganas seperti IS ini telah
mencemarkan nilai akhlak Islam sendiri dan mencetuskan impak negatif secara global
terhadap umat islam dan menjejaskan keharmonian serta keseselamatan sesebuah negara
tersebut. Kesan daripada tindakan “mengklaimkan” kumpulan itu atas dasar mempertahankan
maruah agama, kini Islam telah digelar sebagai agama keganasan oleh dunia pada hari ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pengetahuan agama pasti benar dan Islam sebagai agama
yang memilik nilai kebenaran mutlak. Jika terjadi penyimpangan sehingga menjadikan
sesuatu perkara itu tidak benar serta menimbulkan konroversi, itu kerana cara dan proses
penyerapannya yang dilakukan adalah secara tidak benar.

Kekuatan tentera Al-Qaeda telah menempatkan jaringan itu pada peringkat ideologi
keagamaan. Dengan perlahan, mereka telah membangkitkan isu semesta dengan agenda
“perang syahid” tapi dari segi perspektif radikal dimana ia jauh tersasar dari nilai-nilai ajaran
Islam itu sendiri.

Kesan daripada tindakan ekstremis seperti ini, orang awam mula menyebarkan kebencian
terhadap umat Islam dan secara tidak langsung memberi peluang untuk di-diskriminasikan
baik secara terang-terangan atau secara halus. Sebagai contoh, lelaki muslim di negara barat
sering diperkatakan sebagai penjenayah, atau seseorang yang melakukan kekerasan manakala
bagi wanita muslim pula akan ditindas kerana mereka dianggap tidak mempunyai pegangan
prinsip terhadap hidup mereka seperti ‘lembu dicucuk hidung’ yang hanya akan patuh pada
arahan bapa, suami dan saudara lelaki. Realitinya, umat islam pada masa kini sering
dipandang hina sehingga hampir disekat untuk memasuki beberapa buah negara hanya
kerana status mereka sebagai penganut agama Islam.

Sebagai contoh di negara Amerika Syarikat (AS) dimana President Donald Trump
mengarahkan untuk menyekat kemasukan warga dari tujuh (7) buah negara yang majoritinya
beragama Islam daripada memasuki Amerika selama 90 hari dengan memberi justifikasi
tentang tragedi teroris pada 11 September 2011 sebagai alasanya (Goodman, 2017). Lantaran
itu, menyamakan umat Islam dengan teroris adalah menjadi suatu perkara biasa dan sangat
umum dikalangan masyarakat di Amerika.

Konsekuensinya, tindakan kelompok yang tidak bermoral seperti Al-Qaeda, Taliban di


Afghanistan, Jemaah Islamiah di Indonesia dan banyak lagi telah menimbulkan pelbagai
persepsi buruk masyarakat dunia terhadap akhlak umat Islam. Dunia juga menyamakan umat
Islam sebagai teroris dan ingin menentang mereka habis-habisan.

Bukan itu sahaja, pelbagai agenda menjatuhkan islam juga giat dirancang dan sesetengah
telah dilakukan sama ada secara kasar atau halus seperti melakukan serangan bom di masjid
di Newzealand, menyebarkan risalah anti muslim di beberapa media platform seperti
Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kesimpulannya, terdapat kenaikan jumlah kumpulan “Islamphobia” secara mendadak di


seluruh dunia yang mana akan menjejaskan keselamatan saudara muslim kita di negara-
negara terbabit.

2.1.1.1 Fahaman Islamfobia

Islamfobia bermaksud ketakutan, kebencian dan prasangka buruk terhadap penganut Islam.
Islamfobia juga sering dikaitkan dengan agama dan aksi keganasan penganut tersebut. Ramai
penganut yang majoriti Islam dari negara-negara Timur seperti Arab, Pakistan bahkan
negara-negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia sering dicurigakan tindak-tanduknya
termasuklah tindakan solat secara umum di tempat terbuka kerana ia juga dianggap sebagai
tindakan “ganas” dan mengancam penduduk Barat seperti di Britain, Amerika dan lain-lain.

Selain itu, Islamfobia juga sering dikaitkan sebagai agama yang mempromosikan kekerasan
biadap, tidak bertamadun, dan sering menimbulkan kekacauan politik. Sebuah kajian juga
telah dilakukan pada beberapa agama dunia iaitu Christian, Yahudi, Buddha, Islam, Hindu,
Atheis dan beberapa lagi agama lain pada tahun 2017.

Paling mengejutkan, lebih dari 60% menunjukkan persepsi negatif terhadap Islam di negara
Barat (Aslam, 2019). Bahkan, Islamfobia juga telah menjadi suatu trend masa kini dengan
peningkatan yang signifikan di negara tersebut.

2.1.2 Terorism Meminggirkan Undang-Undang

Ingin saya ketengahkan isu ideologi terorism yang acap kali dikaitkan dengan agama Islam.
Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa penggunaan perkataan terorism adalah satu
ungkapan yang negatif dan semestinya Islamlah antara agama yang sering dikaitkan dan akan
dipersoalkan dalam isu ini.
Majoriti negara-negara besar dunia seperti, Jepun. Amerika Syarikat, Russia bahkan negara-
negara sekular seperti Myanmar, Cambodia dan sebagainya turut menyokong fahaman ini
yang sebenarnya telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Implikasinya, Islam dibenci, dimusuhi dan dilabelkan dengan pelbagai tuduhan buruk dan
melampau seperti pengganas, mundur, sampah dan bermacam-macam lagi.

Adapun umat Islam diberi kesulitan dan kesusahan dengan undang-undang yang tidak
munasabah dalam mengerjakan rutin harian di negara-negara tertentu seperti tidak boleh
bekerja jika mengenakan tudung, tidak boleh solat semasa waktu bekerja dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh pada Mac 2018, Mahkamah Keadilan Eropah meluluskan undang-undang
yang membenarkan majikan mengharamkan penggunaan tudung di tempat kerja (Mohdin,
2018). Mari kita teliti dan memandang jauh nasib umat Islam di negara-negara yang dimana
rakyatnya mengamalkan sikap Islamfobia.

Contoh lain, isu di Myanmar dimana pentadbiran di negara itu sendiri begitu menindas etnik
Rohingnya dengan kejam yang majoritinya beragama Islam. Mereka diseksa dan dibunuh
beramai-ramai secara genosid serta tidak diberi iktiraf kerakyatan sehingga ramai daripada
kalangan mereka yang terpaksa melarikan diri ke negara lain seperti Bangladesh untuk
menyelamatkan diri daripada penindasan oleh tentera Myanmar. Malah, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) juga menyenaraikan bangsa Rohingnya sebagai golongan yang
menerima penindasan terburuk di dunia (Subki, 2016).

Selain itu, isu kekejaman ke atas rakyat Palestine, Ughyur, India dan Kashmir juga masih atas
dasar yang sama iaitu kerana mereka penganut agama Islam. Walaubagaimana pun, mereka
menggunakan alasan lain demi menutup agenda “Islamfobia” dengan mengaitkan isu yang
terlihat lebih relevan di mata dunia. Lebih malang lagi, beberapa buah negara kuasa besar
seperti China mahupun Israel langsung tidak mengedahkan hak asasi rakyat di negara-negara
minoriti muslim dan tidak mendedahkan isu ini sebaliknya cuba untuk menghapus bukti-
bukti teersebut demi mengekalkan justifikasi mereka terhadap Islam sebagai agama
keganasan.

Sebagai bukti, Israel tidak menghebohkan tindakan kejam mereka terhdap pihak media
sebaliknya hanya melaporkan tentang serangan bom oleh kumpulan Islamic Jihad pada 17
April lalu. (Muzaffar, 2007)

2.1.3 Fahaman Terorisme atas Nama Jihad dalam Kalangan Muslim Malaysia
Dalam fahaman terorism, tindakan pembunuhan terhadap sesama manusia dan menganiayai
orang lain adalah satu tindakan yang dianggap sebagai perjuangan yang halal. Kebanyakkan
definisi terrorism ini sering dikaitkan dengan fahaman “radikal” dan “ekstremis” di mana
mereka akan melakukan tindakan-tindakan yang menimbulkan ketakutan orang awam demi
mencapai matlamat ideologi sesuatu kumpulan tersebut. Walhal, seperti yang diketahui
umum, sikap menganiayai orang lain merupakan amalan yang tidak berperikemanusian serta
mengatasi etika manusia.

Pada dasarnya, nilai terorism adalah suatu perbuatan menakut-nakutkan orang lain dan
memanipulasikan pemikiran sesuatu kelompok tersebut dengan cara keganasan. Walau
bagaimanpun, tindakan mengganas oleh puak-puak ini sering kali mendapat sokongan oleh
masyarakat sejagat walaupun kadang-kadang jelas perbuatan itu telah melanggar hak asasi
individu terbabit.

Bagi puak radikal atau lebih dikenali sebagai ekstremis ini pula, apa-apa tindakan yang boleh
mencapai visi dan misi mereka adalah dianggap sah dan legal walaupun melibatkan senjata
dan pertempuran di medan perang. Bahkan, mereka juga akan menguasai minda masyarakat
dunia dalam memperlihatkan usaha mereka itu sebagai sesuatu yang dihalalkan agar tidak
dikritik oleh mana-mana pihak.

Sebagai contoh, ketika era ke-10 Perang Salib, pihak Gereja Katholik sendiri memberikan
persetujuan dan kebenaran kepada umat Christian untuk mengadakan kempen memerangi
umat Islam untuk menawan Baitulmuqaddis yang juga dikaitkan dengan isu keagaaman dan
politik. (A.M.Hendropriyono, 2009)

Selain itu, kes di Syria dan Iraq juga merupakan salah satu contoh exstremis dimana mereka
rela mengebom diri sendiri kerana ketaksuban mereka terhadap “jihad songsang” dalam
menyokong ideologi Daesh iaitu memerangi penduduk tentera Amerika Syarikat di Iraq. (Che
Moh Aziz Yaacob, 20 November 2019)

Lebih kesal, terdapat sejumlah rakyat Malaysia juga terpengaruh dengan ideolodi Daesh serta
melibatkan diri mereka dalam aktiviti pengeboman diri berani mati tersebut. Hal ini amatlah
ditentang kuat dengan ajaran Islam. Antara dalilnya adalah :
Sedangkan Allah SWT telah berfirman mafhumnya: “ Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu
melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa
nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan ramai manusia serta
(sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.” (Surah al-Maidah : 77)

Justeru, terdapat banyak perbezaan fahaman dan kategori sesuatu tindakan yang disebut
sebagai kejahatan dan terrorism, sementara di sisi lain pula ia digelar sebagai satu tindakan
suci jihad dan syahid dalam membela kebenaran dan agama Tuhan. Oleh itu, Bahasa teroris
yang demikian haruslah dikaji secara lebih terperinci.

Hal ini kerana, gejala serupa itu boleh menimbulkan pelbagai ideologi negatif dan akan
memberi impak buruk kepada pandangan dan tindakan masyarakat secara halus. Oleh itu,
orang awam khusunya pihak media hendaklah berhati-hati ketika menyebarkan dan
memahami falsafah terrorism itu sendiri sebelum menjerumuskan diri dalam membuat
tindakan yang kurang logika dan tidak munasabah dan akhirnya memberi kesan buruk pada
agama dan nasib generasi akan datang.

2.2 Ulasan Artikel

SUDUT PANDANG ISLAM TERHADAP TERORISM

Disini, saya ingin mengutarakan perasaan sukacita dalam mengkaji topik artikel ini dimana
saya berasa amat berbaloi meluangkan banyak waktu dengan membuat kajian yang konsisten
terhadap ulasan ini. Penulis juga merupakan seorang yang ariff dalam menyusun hujahnya
dengan mengemukan fakta-fakta yang relevan dalam merangka tulisan artikel yang
systematik. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa point yang dapat saya kaitkan dengan
ayat-ayat al-Quran tentang keseluruhan fahaman ideologi terorisme ini.

Pertama, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berbuat kejahatan apatah lagi
melakukan keganasan dan kekejaman sepertimana fahaman terorism. Bahkan, terorism juga
bukanlah terkandung dalam mana-mana bahagian dari ajaran Islam yang diseru oleh Allah
s.w.t seperti Al-Quran dan As-sunnah. Berikut adalah dalil-dalil yang berkaitan dengan
pandangan islam yang tidak menyokong tindakan terrorism.

‫وَِإ ْن َجنَحُوا لِلس َّْل ِم فَاجْ نَحْ لَهَا َوتَ َو َّكلْ َعلَى هَّللا ِ ۚ ِإنَّهُ هُ َو ال َّس ِمي ُع ْال َعلِي ُم‬
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. “ (QS Al Anfal : 61)

Ayat di atas menerangkan tentang pentingnya mengamalkan sikap berdamai antara satu sama
lain. Jelaslah disini bahawa islam itu adalah agama yang mempraktikkan damai dan “Islam is
Peace” sesuai dengan maksud nama Islam itu sendiri.

Adapun perperangan dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w seperti Perang Khandak, Perang
Badar dan sebagainya, tetapi dengan niat peperangan hanyalah untuk menyelamatkan diri dan
maruah agama dari pihak musuh setelah cara perdamaian tidak berhasil. Oleh itu, peperangan
pasti tidak akan berlaku jika perdamaian dapat disepakati bersama.

Seterusnya, Islam juga melarang umatnya untuk membunuh orang yang tidak bersalah.
Antara dalil seterusnya ialah,

‫اس َج ِميعًا َو َم ْن َأحْ يَاهَا‬


َ َّ‫ض فَ َكَأنَّ َما قَتَ َل الن‬
ِ ْ‫س َأوْ فَ َسا ٍد فِي اَأْلر‬ َ ِ‫ِم ْن َأجْ ِل ٰ َذل‬
ٍ ‫ك َكتَ ْبنَا َعلَ ٰى بَنِي ِإ ْس َراِئي َل َأنَّهُ َم ْن قَتَ َل نَ ْفسًا بِ َغي ِْر نَ ْف‬
ٰ
َ‫ْرفُون‬
ِ ‫ض لَ ُمس‬ِ ْ‫ت ثُ َّم ِإ َّن َكثِيرًا ِم ْنهُ ْم بَ ْع َد َذلِكَ فِي اَأْلر‬
ِ ‫اس َج ِميعًا ۚ َولَقَ ْد َجا َء ْتهُ ْم ُر ُسلُنَا بِ ْالبَيِّنَا‬
َ َّ‫فَ َكَأنَّ َما َأحْ يَا الن‬

“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh)
orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia
telah membunuh manusia seluruhnya”  (QS. Al Maidah: 32).

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Islam juga menentang tindakan membunuh orang yang
tidak bersalah apatah lagi menyeksa dengan kejam. Hal ini kerana, membunuh seseorang
manusia merupakan satu perbuatan yang merosakkan muka bumi.

Benar, Islam juga ada menyebutkan tentang hukum bunuh yang dipanggil sebagai hukum
Hudud. Walau bagaimanapun, tindakan membunuh bukanlah boleh dilakukan sesuka hati
tanpa kawalan dan mengikut hawa nafsu semata. Tindakan bunuh juga haruslah wajar dan
selari dengan undang-undang dan aturan tertentu tanpa menjejaskan hak asasi seseorang
manusia.

Cuba anda perhati,, isu pembunuhan, pengeboman dan penyeksaan seperti di Palestine,
Ughyur, Rohingnya dan lain-lain negara yang penduduknya minoriti Islam, kebanyakkannya
hak mereka di negara tersebut dicabul dan diabaikan. Dan jika kita sedar, kebanyakkan
negara-negara bukan Islam melakukan penyeksaan sebegini kepada umat Islam sendiri.
Jarang-jarang berlaku dimana umat Islam atau negara Islam itu merampas hak asasi manusia
lain walaupun agama itu merupakan agama minoriti di negara Islam. Sebagai contoh, di
Pakistan, Arab Saudi, bahkan di Malaysia sendiri, kerajaan Islam ini amat menitikberatkan
hak asasi rakyatnya tanpa mengira status, bangsa dan agama malah membela nasib rakyat-
nya yang bukan Islam.

Oleh itu, jelaslah bahawa fahaman teroris bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam seperti
kebanyakkan orang perkatakan. Hendaklah kita faham perbezaan dari sudut terorism dan
Jihad Fisabilillah itu sendiri yang mana kedua-dua fahaman mempunyai cara dan maksud
yang amat berbeza. Terorism mengajak kepada kekerasan dan keganasan manakala jihad
fisabilillah pula menyeru kepada kesungguhan dalam mmemperjuangkan dan menegakkan
kebenaran batil demi mencapai matlamat kebaikan diri, bangsa dan negara.

Sebagai contoh, belajar bersungguh-sungguh, mencari nafkah dan berkhidmat kepada negara
juga merupakan sebahagian daripada jihad fisabilillah jika ia dilakukan dengan niat yang
baik. Tidak disangkal lagi, fahaman terorism amatlah kontradik dengan ajaran Islam seperti
yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
3.0 KESIMPULAN

“Terorism tidak mempunyai batasan moral atau sasaran. Sesuatu yang penting bagi terorism
adalah mencapai tujuan, tanpa peduli siapa dan berapa besar korban untuk itu. Dengan
demikian, secara ontology dalam terorisme manusia tidak berbeda dengan sebuah batu.
Begitu pula rohnya tidak lebih daripada gejala materi belaka, yang dapat dikorbankan begitu
saja demi suatu realitas teologis.” (Hendropriyono, Oktober 2009)

Menurut Notonagoro, fitrah manusia adalah “monopluralism” iaitu meliputi kudrat jiwa dan
raga seseorang manusia. Menurutnya lagi, manusia yang beradab adalah manusia yang
merealisasikan fitrah kemanusiaan itu sendiri secara zahir ataupun batin, dan hubungan
sesama manusia itulah yang disebut sebagai beradab, yang juga membeza antara manusia
dengan binatang. (Hendropriyono, Terorism Fundamentalis Kristen, yahudi, Islam, Oktober
2009)

Ini membuktikan bahawa terdapat ppercanggahan fahaman agama daripada sebahagian


gerakan sama ada Islam atau bukan seperti gerakan Muslim Radikal atau Jemaah Islamiah
yang mempergunakan istilah jihad dan mempraktikkanya dalam bentuk tindakan kekerasan
(terror).

Kesimpulannya, hasil penelitian menunjukan bahawa, istilah terrorism dan jihad secara
amnya amatlah berbeza. Terrorism bersifat ganas, menimbulkan kekacauan dan dilakukan
demi mencapai matlamat tertentu secara radikal. Sementara jihad pula bertujuan untuk
mewujudkan persefahaman, perdamaian, kebaikan serta membela hak-hak individu dan
masyarakat.
4.0 REFERENCES

A.M.Hendropriyono. (2009). Terorism Fundamentalis Kristen, Yahudi, Islam. Jakarta: Kompas Media
Nusantara.

Aslam, D. M. (2019, Mac 30). Ancaman Islamfobia di Barat. Retrieved from astro awani:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ancaman-islamofobia-di-barat-202582

Che Moh Aziz Yaacob, K. A. (20 November 2019). Pengaruh Kefahaman Dan Penerimaan Rakyat
Malaysia Terhadap Perjuangan Ideologi Daesh. Kajian Malaysia, Vol 37, No. 2, , 124.

Che Mohd Aziz Yaacob, K. A. (n.d.).

Goodman, J. (2017, Januari 31). Mengapa Trump larang warga tujuh negara masuk ke Amerika
Serikat? Retrieved from BBC NEWS INDONESIA: https://www.bbc.com/indonesia/dunia-
38808189

Hendropriyono, A. (Oktober 2009). Terorism Fundamentalis Kristen, yahudi, Islam. Jakarta: Penerbit
Buku Kompas.

Hendropriyono, A. (Oktober 2009). Terorisme Fundamentalis Kristen, Yahudi, Islam. Jakarta:


Penerbit Buku Kompas.

Laisa, E. (2014). ISLAM DAN RADIKALISME. Islamuna.

Mohdin, A. (2018, June 1). Denmark’s burqa ban will affect, at most, 0.2% of Muslim women there.
Retrieved from Quartz: https://qz.com/1294637/denmarks-burqa-ban-is-the-latest-law-in-
europe-to-outlaw-islamic-face-veils/

Muzaffar, C. (2007). Politik Penguasaan Dunia & Isu Yang Selainnya. Shah Alam: Arah Publications.

Subki, U. (2016, November 24). Siapa Rohingnya dan Sejarah ringkas di sebalik Penindasan mereka.
Retrieved from freemalaysiatoday:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/11/24/siapa-rohingya-dan-
sejarah-ringkas-di-sebalik-penindasan-mereka/
ADDITIONAL REFERENCES:

https://www.bharian.com.my/node/277127

https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=4mUevBbSvxYC&oi=fnd&pg=PA247&dq=buku+tentang+terorisme+islam
&ots=1OokYx-bnt&sig=iDKAMmqZ2OwK9Ha1KV9D1fn4LE4#v=onepage&q=buku
%20tentang%20terorisme%20islam&f=false

https://ejournal3.undip.ac.id/index.php/jihi/article/viewFile/13409/12966

file:///C:/Users/CWSS16-07/Downloads/554-764-1-SM.pdf

https://www.vox.com/future-perfect/2019/8/22/20826971/facebook-twitter-china-
misinformation-ughiur-muslim-internment-camps

https://dalamislam.com/dasar-islam/pandangan-islam-terhadap-terorisme

Anda mungkin juga menyukai