Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENGAJIAN PERNIAGAAN

DIPLOMA PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN


(PENGANGKUTAN)

DRAFT KERTAS KERJA

TAJUK

EKSTREMISME AGAMA

DISEDIAKAN OLEH:

1. AMIRA AIDA BINTI AMIRUDIN

2. ALYA RAIHANA BINTI BAHARUDIN

3.HASIMAH BINTI SANI@MATSANI

4.IFFAH IZLIANA BINTI JAAFARUDIN

5.NURUL AIN BINTI MOHAMAD

6.NURUL HIKMA BINTI EDHAN HALIK

Laporan Dihantar kepada Cik Sharifah Sari binti Datu Asal dalam Memenuhi
Sebahagian Keperluan untuk CTU152 - (Fundamentals of Islam)

SEMESTER 2
SESI 2020/2021
PENGENALAN

• Ekstremisme berasal daripada kata dasar “ekstrem” iaitu keterlaluan dan melampau
• Ekstremis pula bermaksud orang yang melampau (tuntutannya atau sikapnya), juga
diertikan dengan pelampau
• Ekstremisme wujud dalam sikap, pandangan, agama dan aliran pemikiran
• Ekstremisme yang akan dikupas dalam perbincangan ini adalah berkait dengan salah faham
ke atas hukum dan ajaran agama Islam
• Fahaman politik dan agama yang cenderung kepada ekstrem dan radikal merupakan
penyumbang kepada tindakan dan perlakuan yang berunsur keganasan
• Ancaman keganasan seumpama ini mula mengancam keharmonian dan kestabilan negara
• Bermula era konflik politik di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq dan Syria dan
menyaksikan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti al-Qaeda, Islamic State of Iraq and
Syria (ISIS) serta beberapa kumpulan lain, perkembangan fahaman sempit seperti ini
sehingga kini amat membimbangkan
(http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%
2042%202017%20-%20Malaysia.pdf )
• Globalisasi telah mengangkat ekstremisme agama ke skala yang lebih besar.
• Sebagai contoh, ISIS dilihat sebagai satu ancaman buat sesebuah negara kerana terdapat
pelbagai kes tragik menggemparkan dunia dikaitkan dengan mereka seperti pengeboman
di tempat awam, meletupkan diri sendiri,penganiayaan mental dan fizikal .
• Golongan ekstremis tidak menggambarkan kemuliaan agama Islam
(http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf )
• Ekstremis berpendapat, kuasa politik adalah segala-galanya oleh itu, mengangkat senjata
yang disinonimkan dengan jihad adalah satu-satunyajalan merealisasikannya.
• Salah faham mengenai konsep jihad, penguasaan ilmu agama yang cetek, kegagalan
memahami tasawwur agama secara menyeluruh, jati diri yang tidak mantap dan kepesatan
teknologi komunikasi merupakan punca utama fahaman radikal dan ekstrem ini mudah
mendapat pengaruh
• Sikap melampau dalam agama adalah berpunca daripada kegagalan untuk memahami
ajaran Islam yang sebenar.
• Perbuatan mereka mencemarkan imej Islam sebagai agama aman dan damai.
(http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%
2042%202017%20-%20Malaysia.pdf )
CIRI/SIFAT EKSTREMISME AGAMA

1. Berfahaman takfiri iaitu wujud sifat kafir-mengkafir


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-ekstremisme
-takfir bermaksud di mana seseorang itu membuat pertuduhan atau menghukum seseorang atau
kumpulan tertentu dengan hukuman kafir kerana dianggap berlaku penyelewengan akidah.
-menyesatkan dan mengkafirkan umat Islam termasuk ulama kerana tidak menjalankan hukum
Islam dan tunduk kepada kuasa Barat.
-Mereka bukan sahaja memerangi Barat tetapi turut menghalalkan darah orang Islam yang
bersubahat dengan Barat dan pemimpin yang dianggap taghut.
-Mereka tidak sedar perbuatan mereka sebenarnya telah memudaratkan orang Islam.
-Jelasnya, ia bukanlah amalan Rasulullah saw bahkan baginda turut menentang sifat
melampau(estremisme) tersebut semasa hayat baginda.

2. Mempunyai sifat fanatik


http://eprints.um.edu.my/16536/1/Khadher_Fanatik_Beragama_Full_Article.pdf
-Sikap fanatisme juga adalah suatu sikap penuh semangat yang berlebihan terhadap
suatu segi pandangan atau suatu sebab. Perilaku fanatik ditunjukkan untuk menghina
dalam hal tertentu, tetapi sebenarnya merupakan individu atau kelompok yang memiliki
keyakinan atau pemahaman terhadap sesuatu secara berlebihan dan mereka akan tetap pada
pendiriannya, walaupun orang lain menganggap itu berlebihan.
-Sikap ini menggambarkan seseorang yang
tidak berkemampuan membuka perbincangan untuk membandingkan pendapatnya dengan
pendapat pihak-pihak lain bagi mendapat pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya.

3. Bersikap kasar dalam berinteraksi


http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf
-kasar dalam pergaulan, kesat dalam tutur kata dan
-keras dalam menyampaikan dakwah.
-menggunakan perkataan kasar terhadap seseorang
-suka melabel orang lain di mana dibuatnya seseorang itu tiada harapan untuk bertaubat dan
diampunkan dosanya setelah dia melihat apa yang dilakukan oleh orang tersebut.
-cara berdakwahnya juga bercanggah dengan etika dakwah Islam yang sepatutnya
berdakwah dengan berhikmah. Walhal, Rasulullah saw pun memimpin umat islam dengan
lemah lembut.

4. Berburuk sangka terhadap orang ramai


http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf
-prasangka buruk kepada orang lain dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.
-menyembunyikan kebaikan-kebaikan orang lain dan pada waktu yang sama dia memperbesar-
besarkan kesalahan orang lain.
-orang yang berhaluan ekstrem sememangnya mudah berburuk sangka dan menuduh orang
secara gegabah tanpa melakukan penyelidikan terhadap situasi masing-masing.
-Gemar mencari aib orang dan kemudian apabila menemukan masalah kecil, maka mereka
membuatnya menjadi dosa besar.
FAKTOR PENYEBARAN EKSTREMISME

1.Agama
-Faktor agama telah digunakan oleh golongan ekstremis untuk mempengaruhi masyarakat
sejak tahun 1967 dengan kemunculan Tentera Sabilullah
-Berkonsepkan jihad pengamal ekstremisme sentiasa mencuba untuk mempengaruhi
masyarakat terutamanya golongan belia agar bersimpati dan terpengaruh dengan falsafah
dan perjuangan kumpulan radikal ini.
-Ekstremisme muncul akibat kepesatan globalisasi merupakan gejala umum di dunia Islam,
termasuk Malaysia.
-Muncul seawal bermulanya Dinasti Umayyah
-Dalam konteks ketamadunan dunia moden, fenomena ini telah wujud akibat percaturan
politik dan ekonomi global
-Dalam kajian yang dibuat oleh Pew Research Center, sebanyak 45% penduduk Malaysia
tidak menyokong tindakan Amerika Syarikat terhadap ISIS
-Menunjukkan wujudnya bukti gerakan yang menyokong
ISIS secara tidak langsung, walaupun ada antaranya tidak menyokong tindakan Amerika
Syarikat disebabkan negara tersebut banyak memerangi negara Islam di Timur Tengah
seperti Iraq, Yemen dan Palestin.

http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf

2.Pengaruh Media
- Dalam era digital, internet telah dimanfaatkan oleh golongan ekstremis untuk merekrut ahli,
pendidikan, berkomunikasi dan pengumpulan dana.
- Penyelidik keganasan berpendapat bahawa pengaruh Daesh seperti api dalam sekam yang
berkembang pesat tanpa disedari dan ianya mendapat sokongan golongan muda di Malaysia.
- Internet telah menjadi semacam “agama baru” bagi abad ke- 21 dan buat abad masa depan,
yakni mengambil alih kepercayaan yang sama yang pernah diberikan pada televisyen sebaik
mesinnya GE Octagon dicipta pada tahun 1928 dan di sepanjang abad 20, ketika budaya
penghidupan manusiawi dibentuk dan terbentuk daripada kesan-kesan pengaruh yang
terpancar melalui skrin kaca ini.
- Kuasa dan pengaruh Internet ini diperkasakan lagi dengan kebolehan-kebolehan dan
kekuatan-kekuatan alternatif media daripada peranan-peranan media tradisi iaitu percetakan
(akhbar, majalah, buku) dan elektronik (radio, televisyen dan filem) melalui jentera siber
seperti MySpace, Friendster, Facebook, yang bersifat komuniti.
- Pada tahun 2016 pernah dilaporkan bahawa lebih daripada 10 laman web masih aktif
mempromosikan kumpulan ekstremis militan Daesh yang mudah diakses dan masih belum
disekat.
- Pihak Barat sendiri mengakui melalui media sosial ini memperlihatkan keupayaan Daesh
menarik umat Islam seluruh dunia menjadi ahli.

- Menurut Nur Azlin (2015), kandungan media sosial Daesh terdiri:


1.Video bertajuk: Flames Of War: The Figthing Has Just Begun (selama 55 minit) dengan
terjemahan pelbagai bahasa dunia. Ia menunjukkan keupayaan 30 ahli Daesh menawan
Divisyen Ke-17 tentera Syria seramai 800 orang.

2.Video yang menunjukkan sifat romantik dan kejayaan ahli Daesh mengalahkan musuh.

3. Media sosial dengan nama Al-Hayat Media Centre, Dabiq dan Al-Rumiyyah. Media ini
agak

canggih dan bersifat interaktif yang berjaya menarik minat ahli seluruh dunia.

- Di Malaysia, dilaporkan beberapa kes aktiviti ekstremisme di lakukan oleh


Daesh.Semuanya membabitkan pelajar dan golongan muda. Kebanyakan ahli Daesh
adalah bekas pengikut Jemaah
Islamiyyah.

Antara kes terbabit adalah;


1. Disember 2015 seorang pelajar bernama Mohd Hidaya Azman seorang pelajar IPT
daripada Mesir di tangkap dan dipenjarakan selama 12 tahun. Ia di atas kesalahan memiliki
senjata untuk tujuan keganasan.
2.Mac 2016 – PDRM menangkap 15 orang pengikut Daesh. Mereka terlibat mengutip derma
dan menyediakan dokumen perjalanan untuk membawa pengikut Daesh ke Syria dan
Filipina. Apa yang jelasnya, sempadan Malaysia selalu dicerobohi oleh pejuang Daesh
daripada Filipina
- Oleh itu, dalam isu penggunaan media sosial oleh pihak ekstremis dalam merekrut ahli dan
menyebarkan propaganda mereka, perlu juga ditangani oleh pihak berwajib dengan
menggunakan medium yang sama bagi mengekang penularan ancaman ekstremisme agama
dalam kalangan masyarakat.

https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NzQ3MDY%3D
http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%204
2%202017%20-%20Malaysia.pdf

3.Pendidikan
-Pendidikan juga merupakan salah satu jalan untuk gerakan ekstremis ini menyebarkan
dakwah mereka terhadap belia.
-Kebanyakan gerakan ini menganggap bahawa sistem pendidikan sudah rosak kerana ia tidak
berbentuk spiritual dan didikan moral
-Gerakan-gerakan ekstremis yang dijalankan oleh ISIS ini menyasarkan pusat-pusat
pengajian Islam dan institusi tahfiz, dan mahu menjadikan pusat pendidikan berkenaan
sebagai tempat menyebarkan dakwah tersebut.
-Sebagai contoh, terdapat isu di berita yang bertulis “Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
memantau kesemua pusat tahfiz di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan
pencegahan awal bagi mengelak ideologi Salafi Jihadi dan Daesh berleluasa di negara
ini.”
-Mereka menggunakan istilah jihad dalam modul pengajian mereka yang dikatakan tidak
seiring dengan konsep jihad yang sebenarnya
- Menurut Nur Rosidah (2012) dalam artikelnya bertajuk ‘Fundamentalisme Agama’, beliau
menerangkan bahawa golongan ‘fundamental’ mengambil satu tindakan yang ekstrem
dengan cara mengambil beberapa potongan ayat al-Quran secara umum tanpa melakukan
kajian menyeluruh tentang sebab dan punca ayat-ayat tersebut diturunkan.
-Menyebabkan berlakunya kekerasan dan keganasan yang melibatkan nyawa orang awam.
http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf
https://www.utusanborneo.com.my/2018/10/10/pdrm-pantau-pusat-tahfiz-elak-ideologi-ekstremisme-
berleluasa

4.Komunikasi Pemujukan Dalam Agama


- Komunikasi pemujukan ditakrifkan sebagai segala bentuk mesej yang tujuannya adalah
untuk membentuk, mengukuhkan, atau menukar pendapat orang lain (Adler & Rodman,
2003).
- Pemujukan ialah aktiviti komunikasi yang dilakukan oleh seseorang yang berperanan dalam
menjadi menjadi orang tengah untuk menghantar mesej bagi menarik minat orang lain.
- Komunikasi pemujukan boleh disasarkan kepada kognitif iaitu mengubah kepercayaan
individu terhadap objek, isu, pandangan, interprestasi dan sebagainya.
- Media merupakan alat propaganda yang berpengaruh dalam menyebarkan dakwah
pemujukan berkenaan ekstremis kepada golongan belia (Stern & Berger, 2015).
- Pemujukan dengan menggunakan medium seperti media sosial membantu mereka
menyebarkan ideologi kerana medium ini bersifat global.
- Media sosial merupakan medium terkini dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah
kerana medium ini bersifat merentasi sempadan dan impaknya bukan kepada orang Islam
sahaja malah segenap lapisan bangsa. Oleh itu, tidak hairanlah jika kumpulan militan
seperti ISIS menggunakan strategi pemujukan melalui media untuk menarik perhatian
golongan belia.
- Di Malaysia, masyarakat Islam khususnya banyak bergantung kepada media cetak seperti
akhbar dalam memahami ilmu-ilmu berkaitan dengan Islam.
- Kerajaan perlu memantau dakwah dan ideologi yang disebarkan melalui media cetak oleh
kumpulan ISIS ini supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan ideologi yang dibawa.

http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf
IMPLIKASI EKSTREMISME AGAMA
Individu
Melahirkan sikap taksub agama dalam diri.
§ Mengetepikan pandangan orang lain terutamanya pandangan terhadap hukum agama
pada masa kini telah dicemari dengan khilaf yang dilontarkan secara berleluasan
berdasarkan pandangan masing-masing tanpa mempedulikan hujah golongan ulama.
§ Menimbulkan kekeliruan dan kesangsian dalam diri sehingga mewujudkan perbalahan
agama.
§ Lahirlah sikap yang taksub kepada mazhab atau aliran fiqh tertentu, cenderung kepada
aliran akidah tertentu, menyokong secara melulu golongan yang dianggap sebagai
pembawa idea perubahan, dan pelbagai aliran dan kumpulan lagi yang hadir dengan
idea pemikiran dan pemahaman masing-masing.
§ Ketaksuban dan kefahaman yang terlampau sempit terhadap pegangan atau anutan bagi
sesetengan mazhab atau kepercayaaan menyebabkan mereka menghukum sesiapa
sahaja yang bertentangan atau tidak sependapat dengan mereka.
§ https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4086/1954/
§ https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3492-bayan-linnas-siri-24-ektremis-
agama-penyelesaiannya

Menghilangkan nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah dalam diri


§ Kewujudan kesan kecelaruan akhlak muslim terhadap akhlak Islam.
§ Sikap dan fahaman yang melampau ini akan disusuli dengan tindakan yang keras dan
ganas yang sering menyusahkan diri, masyarakat dan mengancam keselamatan negara.
§ Jika seseorang tiada rasa kasih sayang dan kurang penghayatan agama akan mudah
terpengaruh dengan konsep ekstremisme kerana mereka tidak sukakan diri sendiri,
tidak cintakan negara, masyarakat dan sesama manusia.
§ Tanpa nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah dalam diri, seseorang itu akan mudah
terpengaruh dengan ekstremisme yang akhirnya memusnahkan diri sendiri.
§ http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf

Masyarakat
Menambahkan golongan khawarij
§ Golongan ini pada mulanya menyokong kepimpinan Saidina Ali bin Abi Talib tetapi
menolak kepimpnannya baginda.
§ Kesemua pandangan mereka sahaja yang paling betul dan sesiapa yang bertentangan
pendapat dengan mereka akan diisyhtiharkan sebagai kafir dan halal darahnya.
§ Sesiapa yang melakukan dosa besar ataupu kecil secara berterusan akan menjadi kafir
secara mutlak dan seandainya mati ianya akan kekal di dalam neraka.
§ Perjuangan didorong oleh semangat perang salib melawan kuasa besar perlu diteruskan
§ Penubuhan sistem khalifah dilakukan secara revolusi
§ Golongan khawarij ini telah melakukan kezaliman terhadap seorang sahabat Saidina
Ali dengan cara membelah perut isterinya dan mengeluarkan janinnya. Ketua khawarj
menjawab “ Kami tidak akan mengambilnya kecuali dengan membayar harganya”. Apa
yang boleh difahamkan, mereka mempunyai kesungguhan dalam beribadah, tetapi
mereka menghalalkan darah umat Islam. Untuk itu mereka tidak segan melakukan
keganasan terhadap umat Islam tersendiri.
§ https://www.researchgate.net/publication/313420473_EKSTREMISME_ISLAM_DI_
ALAM_MELAYU_SATU_PENGENALAN

Mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan agamawan.


§ Ada segelintir agamawan yang mencabar pihak yang tidak sealiran bagi tujuan berdebat
mencari kata putus terhadap isu yang diketengahkan mereka. Ada yang menyahut dan
ada yang menolak dengan alasan masing-masing.
§ Suasana ini juga memperlihatkan bahawa realiti dalam masyarakat di Malaysia hari ini
telah terdedah dengan pelbagai aliran dan masing-masing cuba untuk mempertahankan
aliran atau kumpulan yang didukung itu.
§ Golongan ini sudah semakin berleluasa dan ke hadapan dalam masyarakat sehingga
tidak takut untuk tampil dengan pegangan mereka.
§ Di Malaysia sebagai contohnya, ada pandangan yang dikeluarkan oleh seseorang yang
mengharamkan penggunaan rujukan hasil tulisan daripada Sheikh al-Islam Ibn
Taimiyyah atas dasar pandangannya itu banyak mendorong kepada sikap ekstremis
dalam kalangan masyarakat di Malaysia atau terlibat dengan golongan Islamic State
(IS). (Malaysiakini, 2017).
§ https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NjkwNDU%3
D
§ http://eprints.um.edu.my/16536/1/Khadher_Fanatik_Beragama_Full_Article.pdf

Negara
Penyelewangan akidah oleh pemimpin
§ Memilih pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin dengan meninggalkan
pemimpin Ar-Rabb.
§ Menilai dan memberi tafsiran terhadap ajaran Islam mengikut acuan dan kepentingan
diri yang kononnya mengikut peredaran zaman.
§ Mempunyai sikap kurang peka terhadap sejarah dan reality semasa yang menunjukkan
terhadap golongan agamawan dan ahli politik yang mempunyai agenda tersirat untuk
menyimpangkan akidah umat Islam
§ Mempunyai sikap taasub dan mengamalkan taklid buta terhadap sesuatu fahaman,
prinsip atau tokoh-tokoh tertentu yang diyakini walaupun jelas kebatilannya.
§ Meskipun dalam kalangan mereka berlatar belakang pengajian Islam, sebenarnya
mereka bukan ulama berautoriti dan belum sampai ke tahap mujtahid yang boleh
memutuskan hukum dan menjadi rujukan.
§ http://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/GEJALA-AGNOSTIK-SATU-
ANCAMAN-AKIDAH.pdf
§ https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2017/06/29
6076/kejahilan-suburkan-ekstremisme

Mengancam keselamatan negara


§ Penglibatan individu dalam aktiviti keganasan dapat mempengaruhi orang ramai untuk
menyertai kumpulan mereka.
§ Mereka bukan sahaja memerangi Barat, tetapi menghalalkan darah orang Islam.
Kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kuasa Barat terhadap umat Islam dan
mereka ingin tampil sebagai pembela Islam. Namun begitu, mereka tidak sedar yang
mereka lebih memudaratkan negara umat Islam dan mencemar imej Islam sebagai
agama yang aman dan damai.
§ Perbezaan fahaman agama dan kepercayaan menyebabkan ketegangan sama ada di
negara lain mahupun Malaysia.
§ Ketegangan berlaku kerana wujudnya golongan ekstremisme agama yang sengaja
menganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif.
§ Fahaman yang ekstrim dalam agama sama ada Islam, Kristian, Buddha dan Hindu akan
membawa padah yang buruk kepada masyarakat dan negara sekaligus membawa kesan
buruk kepada pembangunan negara.
§ https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-
ekstremisme
§ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/02/14/ekstremisme-punca-ketegangan-
antara-agama--pm?itm_source=parsely-api
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI MASALAH EKSTREMISME
1. Individu

-mendidik seorang individu yang mempunyai akhlak yang mantap dan beketrampilan tinggi amatlah
penting
-seseorang yang beketrampilan ialah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
https://www.coursehero.com/file/p5fm6qm/Ciri-ciri-insan-yang-berilmu-adalah-seperti-berikut-
631-Mencintai-ilmu/
-dengan itu, mengharuskan menuntut ilmu. Dalam Islam sendiri, ilmu amatlah penting kerana
perbuatan itu wajib dengan niat yang betul.
-sebagai contoh, Imam Syafi’e tidak ingin berdebat dengan orang bodoh kerana, ‘Aku mampu
berhujah dengan 10 orang yang berilmu , tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana
orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu’
https://www.google.com/amp/s/fitrahislami.wordpress.com/2019/10/26/sikap-imam-syafii-
menghadapi-orang-bodoh/amp/
-melahirkan individu yang berani untuk mencegah golongan ekstremisme
-berani untuk menegakkan dan membela agama Islam kerana sesungguhnya semakin gentar kita
kepada golongan tersebut semakin beria-beria mereka membesarkan puak-puak.

2. Masyarakat

-masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama, mempunyai kata persetujuan tanpa pertelingkahan.
Dengan berkongsi pendapat, menerimanya dengan hati terbuka dan tidak berfikiran sempit.
-pertelingkahan sesama sendiri dan masyarakat yang berpecah belah dapat dielakkan.
-menghadapi, berdebat atau bertelingkah sangatlah jarang mendatangkan sebarang perubahan ,
perubahan yang baik jika dispesifikkan kerana keinginan untuk membela kenyataan yang
dianggap betul itu amat tinggi.
-membawa golongan ekstremisme berdebat, ingin membetulkan pernyataan mereka boleh dikatakan
tidak berguna. Terdapat cara untuk mencegah mereka tetapi yang pasti bukanlah berdebat sesama
sendiri.
-dengan itu, masyarakat yang bijak dan bersatu padu dapat mengelakkan golongan sedemikian hadir
di antara kita.
https://www.bbc.com/indonesia/vert-fut-48184050

3. Media Sosial

-media sosial merupakan medium yang paling efektif. Sama ada untuk menyebarkan ilmu atau
menyebarkan propaganda.
-media sosial mempunyai kedua-dua kesan baik dan buruk.
-penerimaan seseorang untuk maklumat yang dikongsikan amatlah berbeza.
-golongan ekstremis sendiri dengan mudahnya dapat menyebarkan agenda mereka dengan
menggunakan media sosial.
-hanya kerana golongan tersebut dapat menggunakan media sosial dengan sebaik-baiknya. Kenapa
kita tidak, kita sendiri umat Islam haruslah melakukan yang terbaik untuk berkongsi ilmu dan
mencegah golongan ekstremis.
- dengan media sosial juga, kita dapat menyebarkan lebih banyak tentang agama kita, Islam. Hal ini
untuk mengelakkan sesetengah orang yang tidak mengetahui tentang Islam menyokong golongan
ekstremisme.
-perkara ini harus ditangani dengan sebaik-baiknya kerana semua orang mempunyai pendapat yang
berbeza dan cara berbeza menerima maklumat yang cuba disampaikan.
-Hanya kerana semua orang mempunyai pendapat berbeza tidak bermaksud kita harus menyokong
semuanya.
-Maklumat yang ingin memberi kesedaran boleh disalah tafsirkan menjadi maklumat yang memberi
galakan untuk melakukan perkara yang harus dielakkan.
-Islam merupakan agama yang tidak rumit, cuma terdapat golongan yang ingin merumitkannya.
http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%2042%20201
7%20-%20Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf
KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN
• ekstremisme yang berteraskan agama merujuk kepada kesesatan agama yang
disebabkan oleh ideologi-ideologi politik tertentu.
• dijelaskan oleh Nikhil Kanade (2016) yang mengatakan bahawa politik dan agama
dicampur adukkan dengan menggunakan istilah jihad kepada konteks yang tertentu
sehingga membawa kepada peperangan dan penaklukan.
• kewujudan golongan ekstremis ini, ianya bermula daripada satu gerakan. kini,
gerakan ini dikenali sebagai ISIS.
• merupakan satu kumpulan gerakan yang bersifat agresif dan ekstremis yang memiliki
pemikiran dan pemahaman yang bersifat radikal. pengikutnya.
http://journalarticle.ukm.my/11600/1/22627-71440-1-PB.pdf

CADANGAN
• diri
- memantapkan iman dan agama
- menghadiri majlis ilmu
- buat laporan aduan kepada pihak berkuasa sekiranya menjumpai dakyah dari
golongan ekstremisme di internet, surat khabar, dll.
- Elakkan daripada terus mempercayai kandungan laman web dan blog di
internet
- Memperbanyakkan membaca buku ilmiah

• masyarakat
- mengadakan majlis ilmu di Kawasan perumahan.
- Menunbuhkan komuniti menentang ekstremisme.
- Mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang keburukan ekstremisme.

• Negara
- Kerajaan perlu mengetatkan undang- undang negara.
- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaku badan
kawal selia sektor komunikasi dan multimedia di Malaysia memainkan peranan dan
memberikan sokongan kepada badan berwajib seperti pihak Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) dalam menangani permasalahan ini.
- Melaksanakan tindakan sekatan ke atas laman sesawang yang menyebarkan ideologi
ekstremis/pengganas berdasarkan input dan maklumbalas daripada PDRM.
- Mengawal selia melalui medium penyiaran TV dan Radio bebas ke udara melalui
penguatkuasaan Syarat Khas Pemegang Lesen

http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%204
2%202017%20-%20Malaysia.pdf

Anda mungkin juga menyukai