Anda di halaman 1dari 22

ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Permasalahan Kajian 3

3.0 Objektif Kajian 5

4.0 Metodologi 6

5.0 Huraian 8

6.0 Kesimpulan 21

7.0 Rujukan 22

1
1.0 PENDAHULUAN

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada diskriminasi dan


prasangka pada Islam dan Muslim. Istilah ini sendiri sudah digunakan pada tahun
1980-an tetapi menjadi lebih hangat selepas serangan 11 September 2001. Pada
tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai “Rasa
takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada ketakutan serta tidak suka
kepada penganut agama Islam”. Hal ini juga menyatakan ianya merujuk kepada
amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan diri mereka dari
kegiatan ekonomi, social dan kehidupan masyarakat setempat. Islamofobia juga
termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya
lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas yang
dikenali sebagai satu agama.

Islam merupakan agama yang ketiga dan juga agama yang minoriti selepas agama
Kristian dan Yahudi di Amerika Syarikat dengan kira-kira 1% sahaja penduduknya
yang mengamalkan ajaran Islam. Bagaimanapun jumlah ini meningkat dengan
banyak akhir-akhir ini berdasarkan populasi Muslim pada tahun 2009 menunjukkan
lebih kurang 21.01% penduduk Islam.

Rajah 1 Peratusan Penganut Agama

2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

2.1 Peningkatan Islamofobia di Amerika Syarikat:-

2.1.1 Ketidakfahaman Masyarakat


Majoriti masyarakat Barat tidak memahami tentang Islam sehingga
menyebabkan agama Islam dinilai sebagai agama negatif. Mereka mempunyai
maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa diperlekehkan dengan
perkara yang salah tentang Islam. Hal ini menjadikan mereka mempunyai persepsi
yang tidak benar tentang Islam sehingga kini. Pada pandangan mereka, Islam
adalah agama yang ganas, tidak bertamadun, menganiaya wanita, dan tidak
mempunyai sifat toleransi terhadap masyarakat lain. Sebahagian mereka hanya
mengenali Islam melalui sumber media yang tidak benar serta berat sebelah dan
terpedaya dengan aktiviti anti-Islam. Malah setiap Muslim yang pergi ke masjid juga
dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen yang tidak
bermoral.

2.1.2 Media Massa


Barat kini telah menguasai hampir 70% industri media dunia yang menjadi
kunci dalam penyebaran pelbagai jenis maklumat. Kebanyakkan media Barat
meletakkan tajuk yang sensasi seperti ISIS, Pengganas Muslim dan Anti-Kristian
sebagai tajuk utama bagi mana-mana insiden yang dilakukan oleh pengganas Islam.
Kebanyakkan tajuk seperti ini mendahului fakta dan akhirnya apabila perkara
sebenar tersebar maka terbukti kebenarannya tanpa penyesalan atau sebarang
bentuk permohonan maaf. Namun, jika sesuatu perbuatan itu dilakukan oleh
masyarakat Barat, tajuk yang diberikan akan lebih sederhana seperti budak gereja,
lelaki naif, dan lain-lain tajuk yang bertujuan untuk melindungi si pelaku dan
menutupi kesalahannya. Perbincangan dan liputan bagi insiden yang dilakukan oleh
Muslim lebih menjurus kepada mangsa yang digambarkan kesedihan serta
kehilangan yang besar kepada keluarga mangsa, akan tetapi jika si pelaku adalah
warga Barat, mereka akan memfokuskan berkaitan latar belakang si pengganas.

3
2.1.3 Kelemahan Masyarakat Muslim
Selain itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sikap sebahagian Muslim di
Barat menjadi punca perkembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke
negara-negara Barat ada yang bersikap tidak bertoleransi dan menolak asimilasi.
Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah
ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya adalah perlakuan
yang baik. Sebahagian mereka yang mempunyai sikap negatif dalam memahami
dan mengamalkan amalan-amalan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan
Islamofobia. Seterusnya, ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan
imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana terdapat
perbezaan pemahaman berkaitan isu-isu Islam.

Kehidupan di dunia Barat haruslah mengambil kira dari semua aspek kerana
mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. Haruslah diingat, Barat
yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayaran cukai dan
berkongsi kekayaan negara dengan imigran Muslim lainnya adalah merupakan
sebuah hakikat yang harus diterima. Walaubagaimanapun, Islam sebenarnya
semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. Semakin
Islam ditekan, kelihatannya kebesaran Islam semakin berkembang maju. Tambahan
pula, peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat
apabila kejadian keganasan yang berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat
mahupun dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Natijahnya, kesan positif ini
membolehkan pengaruh Islamofobia di Barat semakin berkurangan.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Punca Islamofobia di Amerika Syarikat.

3.2 Kesan Islamofobia di Amerika Syarikat.

3.3 Cara-cara Menangani Islamofobia di Amerika Syarikat.

5
4.0 METODOLOGI
4.1 Jurnal
Di dalam hasil kajian kami, kami telah menggunakan jurnal dari bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahan rujukan kami. Contoh jurnal kami adalah
jurnal yang ditulis oleh Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Gambar 1 Jurnal: “Menangani Cabaran Umat Islam Moden”, Dr Mohd Roslan Mohd
Nor

4.2 Laman Sesawang


Selain dari menggunakan jurnal sebagai rujukan, kami juga menggunakan
laman sesawang dari TheGuardian.com dan beberapa laman sesawang yang lain.

Gambar 2 Laman Sesawang: “A 21st Century Muslim Model”, TheGuardian.com

6
4.3 Borang Kaji Selidik (Google Form)

Turut digunakan sebagai rujukan adalah borang kaji selidik Google Form
yang telah dimuat naik ke media sosial. Berikut adalah antara soalan-soalan yang
dikemukakan di Google Form.

Rajah 2 Soalan: Benarkah agama Islam merupakan agama ekstremis?

Rajah 3 Soalan: Benarkah pelantikan Donald Trump sebagai pemimpin Amerika


Syarikat telah membangkitkan isu Islamofobia di negara tersebut?

7
5.0 HURAIAN

5.1 Punca Islamofobia di Amerika Syarikat:-

5.1.1 Faktor Luaran

i. Penghijrahan
Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara
faktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan
hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju. Situasi ini
menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dan juga
menggugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islam yang
berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati budaya negara itu.
Ini adalah antara faktor menyebabkan masyarakat negara itu memandang serong
kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.

ii. Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan


Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca
Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk
mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu
pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah
dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan
ganas termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabia ianya melibatkan
hak-hak wanita.

iii. Prejudis dan Kesan Serangan Menara Pusat Perdagangan New York
Serangan menara Pusat Perdagangan Dunia pada 11 September 2001
merupakan pencetus dan kemuncak kepada Islamofobia. Mulai dari tarikh ini, Islam
telah dijenamakan dengan keganasan dan masyarakat dunia sudah mempunyai
persepsi umum bahawa Islam dan keganasan adalah sinonim. Kesan daripada
peristiwa ini masyarakat dunia mula berprejudis kepada umat Islam. Sebagai contoh,
peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011 yang mengorbankan lapan nyawa

8
dan beberapa jam selepas itu pembunuhan beramai-ramai 69 remaja di Utoya
Island, Norway. Sejurus selepas pengeboman dan pembunuhan ini, akhbar-akhbar
utama dunia seperti Washington Post, New York Times dan lain-lain telah
mengesyaki bahawa penjenayah terbabit adalah Muslim sedangkan beliau ialah
penganut agama Kristian Konservatif yang bernama Aders Breivik. Peristiwa ini
menunjukkan betapa prejudisnya masyarakat barat terhadap Islam sehinggakan
sebarang keganasan akan dikaitkan dengan Islam atau umat Islam.

iv. Pengaruh Media dan Gerakan Islamofobia


Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang
sangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang
prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk
menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini ditambah
lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang lumayan oleh
pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’ melaporkan terdapat tujuh
yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk menanamkan ketakutan
dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di antara badan yang
membiayai gerakan Islamofobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon
Scaife Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan
Rochelle F. Becker Foundations and Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’,
’Anchorage Charitable Fund’, ’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook
Foundation’.

Rajah 4 Soalan: Adakah benar Islamofobia ini tercetus akibat daripada penyebaran
berita palsu tentang agama Islam?

9
5.1.2 Faktor Dalaman

i. Kelemahan Penyebaran Maklumat


Di antara punca berlakunya Islamofobia di Amerika Syarikat ialah kelemahan dan
kurang penyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya dimiliki
oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif. Didapati
juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh
gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap berkaitan negara Islam
yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yang dimiliki
institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang berjaya
menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif
masyarakat terhadap Islam.

ii. Isu Imej Besar Yang Membawa Nama Islam


Esposito dan Mogahed di dalam bukunya “Who Speaks for Islam? What a Billion
Muslims Think” menimbulkan beberapa persoalan mengenai siapa sebenarnya
mewakili Islam. Ada di kalangan masyarakat melihat bahawa Osama bin Laden,
Ayman Al Zawahiri, Muammar Gaddafi, Husni Mubarak, Saddam Hussein dan lain-
lain mewakili umat Islam dan ini telah memberikan gambaran negatif terhadap Islam.
Dalam isu ini, umat Islam perlu memastikan masyarakat dunia mengetahui bahawa
mereka-mereka ini sama sekali tidak mewakili Islam bahkan telah menyeleweng dari
ajaran Islam yang sebenarnya.

iii. Kebangkitan Negara Islam


Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran dan
Turki juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruh Islam.
Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negara Islam seperti
negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di negara-
negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan segelintir
penduduk Amerika Syarikat terhadap Islam.

10
iv. Salah Faham Terhadap Konsep Jihad
Terdapat beberapa gerakan yang mendakwa mereka mewakili Islam dan berjihad
memperjuangkan Islam tetapi jauh tersasar daripada ajaran agama. Konsep jihad
yang sebenarnya menuntut untuk semua umat Islam berjuang di jalan Allah dengan
mematuhi prinsip syariat dan etika. Gerakan ISIS umpamanya adalah kelompok
yang telah memburukkan nama Islam dan telah membawa satu perjuangan yang
jelas bertentangan dengan Islam. Malahan, kewujudannya juga disangsikan atas
faktor tertentu yang menunjukkan mereka ini ditaja dan didanai oleh pihak yang
berkepentingan.

Rajah 5 Soalan: Adakah benar bahawa Islamofobia itu dicetuskan oleh peristiwa 11
September 2001?

11
5.2 Kesan Islamophobia di Amerika Syarikat:-

5.2.1 Kesan Pada Umat Islam

i. Krisis Identiti
Mengikut Dr. Yaakob Bin Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Agama
Singapura, untuk melahirkan umat Islam abad ke-21, umat Islam khususnya di
negara sekular perlu kompeten didalam segala aspek, bagi menunjukkan Islam
bukanlah agama yang lemah dan ketinggalan zaman. Sesetengah hukum Islam
pada pandangan beliau adalah sebuah hukum budaya dan masa, yakni tidak lagi
perlu dipraktikkan masa kini yang telah melangkaui budaya dan zaman Rasulullah
SAW. Hal ini jelas bertentangan dengan akidah Islam yang sebenar.

Islamofobia secara tak langsung telah menyebabkan umat Islam di negara


sekular khususnya di Amerika Syarikat terpaksa mengasimilasi budaya tempatan
dengan cara hidup Islam. Jika tidak mencampuri budaya Barat didalam kehidupan
mereka, dikhuatiri mereka dianggap sebagai ekstremis ataupun ‘Islam Ortodoks’
yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Identiti umat Islam di Amerika yang
semakin hari semakin hilang dimakan arus pemodenan dan tekanan Islamofobia
telah menyebabkan akidah mereka lari dari akidah Ahli Sunnah WalJamaah (ASWJ).

Rajah 6 Soalan: Adakah Islamofobia telah mengubah cara hidup umat Islam di
Amerika?

12
ii. Budaya Hedonisme
Budaya hedonisme adalah budaya yang semakin diterapkan didalam hidupan
harian komuniti Muslim di Amerika Syarikat. Hedonisme menurut pengertian Kamus
Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
atau kesenangan hidup. Ia berkait juga dengan sikap suka berhibur, suka kepada
hiburan sehingga boleh melalaikan seseorang dari tujuan utama mereka diutuskan
di atas muka bumi. Tanpa pegangan akidah yang kukuh, akan menyebabkan
sesiapa sahaja mudah diresapi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke
atas umat Islam. Corak kehidupan dan budaya umat Islam dikritik kerana tidak selari
dengan kehendak modenisasi walhal budaya agama lain tidak pula dikritik. Umat
Islam dikatakan perlu mengikut budaya barat untuk turut sama berada dalam
kelompok bangsa maju tersebut. Jika tidak, umat Islam akan terus dipandang
sebagai masyarakat kelas ketiga oleh mereka yang tersemat dengan Islamofobia.

Rajah 7 Soalan: Adakah Islamofobia semakin melarat di Amerika kerana dasar


kerajaan tempatan?

Masyarakat Islam berdepan dengan dilemma dan kecelaruan budaya,


mempengaruhi pemikiran mereka dalam situasi untuk mempertahankan tradisi
atau melakukan perubahan modenisasi. Islamofobia di Amerika Syarikat boleh
digambarkan sebagai rasa tidak percaya dan permusuhan yang memalukan

13
terhadap umat Islam, Islam, dan yang dianggap sebagai mengikuti agama dan atau
muncul sebagai ahli agama dan kumpulan bersekutu.

Keengganan dan kecenderungan sosial ini difasilitasi dan diteruskan oleh


stereotaip ganas dan tidak bertamadun yang digambarkan dalam pelbagai bentuk
rangkaian media Amerika dan platform politik yang mengakibatkan peminggiran,
diskriminasi, dan pengecualian orang Islam dan individu yang dianggap Muslim.
Media dan ahli politik memanfaatkan ketakutan dan ketidakpercayaan orang ramai
melalui undang-undang yang secara khusus mensasarkan umat Islam, manakala
media menekankan ekstremisme agama Islam dalam hubungannya dengan aktiviti
pengganas.

Rajah 8 Soalan: Adakah Islam di Amerika telah mengasimilasi budaya Barat seperti
seks bebas dan penyalahgunaan dadah kedalam cara hidup?

iii. Hilang Jati Diri


Islamofobia secara tidak langsung telah mengurangkan jati diri Muslim di
Amerika. Berdasarkan kajian, 67% Muslim di Amerika telah melakukan hubungan
seks luar nikah dan separuh daripada 33% Muslim di Amerika yang belum
melakukan hubungan seks luar nikah sedang mempertimbangkannya. Hal ini
menambah kebimbangan apabila data dikeluarkan The Family and Youth Institute

14
(FYI) Amerika menyatakan 54% pelajar kolej Muslim telah melakukan hubungan
seks luar nikah.

Kegagalan kerajaan tempatan di dalam didikan awal seks telah mengundang


bahana bagi umat Islam di Amerika Syarikat. Menurut FYI, 76% daripada pelajar
kolej Muslim yang telah melakukan hubungan seks luar nikah telah belajar dan
mempraktikkan pendidikan seks di sekolah dengan pasangan kekasih. Hal ini telah
menimbulkan kerisauan dikalangan ibubapa pelajar Muslim di Amerika. Justeru
mereka amat berharap agar budaya Islamofobia dihentikan serta merta agar mereka
dapat mengamalkan cara hidup Islam yang harmoni dan saling hormat-
menghormati.

iv. Bimbang Untuk Mengaku Islam


Risau akan keselematan diri dan keluarga, komuniti Muslim yang tinggal di
beberapa kawasan yang kaya dengan Islamofobia terpaksa menyorokkan identiti
agama mereka. Selepas daripada peristiwa 11 September 2001, Amerika Syarikat
telah meluluskan rang undang-undang ‘Patriot Act’ yang membenarkan mereka
untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dengan keganasan. Amerika
Syarikat yang dahulunya sebuah negara yang mengutamakan hak asasi manusia
telah menggunakan kuasa perlembagaan mereka untuk lebih menekan umat Islam
di Amerika. Ditakuti akan ditangkap kerana Islamofobia, komuniti Islam seperti di
Bandar New York terpaksa meninggalkan aktiviti agama buat sementara waktu.

15
5.3 Cara Mengatasi Islamophobia di Amerika Syarikat:-

Seiring dengan perkembangan Islamofobia yang semakin meningkat di


Amerika Syarikat, terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk menangani isu
ini. Program dan aktiviti yang dirancang dan diimplementasi ini merangkumi inisiatif
yang dijalankan oleh masyarakat, institusi, Pertubuhan Negara Islam dan lain-lain.

5.3.1 Pertubuhan Negara Islam

Gambar 3 Logo Pertubuhan Negara Islam

Pertubuhan Negara Islam (OIC) merupakan organisasi Islam kedua terbesar


selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terdiri daripada 57 buah
negara. Pertubuhan ini ditubuhkan bagi mengalakkan keamanan dan keharmonian
umat islam di peringkat global. OIC berperanan penting untuk mengukuhkan
keselamatan penduduk muslim. Persidangan OIC dapat mengumpulkan suara-suara
muslim bagi melawan Islamophobia di Amerika Syarikat.

Rajah 9 Soalan: Jika negara-negara Islam di seluruh dunia bersatu menyuarakan


tentangan pada Islamofobia, mampukah Islamofobia diatasi?

16
Seramai 97.2% percaya bahawa Islamofobia di Amerika Syarikat dapat
diatasi dengan adanya kesatuan antara negara-negara Islam di seluruh dunia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Negara Islam (OIC), H.E Dr. Yousef A. Al-
Othaimeen, menggariskan usaha-usaha OIC dalam menghadapi Islamophobia di
Sidang ke-43 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang diadakan di Geneva
pada 26 Februari 2020. “Bekerjasama dengan rakan-rakannya, OIC telah
membangunkan pendekatan yang komprehensif dan consensus untuk mengatasi
hasutan terhadap kebencian, diskriminasi dan keganasan berdasarkan agama
seseorang, seperti yang termaktub dalam Resolusi HRC 16/18, yang menyediakan
pelan tindakan konsensual yang memberikan resipi komprehensif untuk mengatasi
manifestasi ini”. Langkah OIC ini dalam membanteras Islamophobia dan menjaga
hak asasi umat Islam amatlah penting. Hal ini perlu diberi perhatian juga kepada
Amerika Syarikat dan seluruh negara lain bagi menghalang gerakan anti-muslim
yang takut atau benci kepada orang-orang Islam.

5.3.2 KL Summit 2019

Gambar 4 KL SUMMIT antara Perdana Menteri Malaysia ke-7 dengan Pemimpin-


Pemimpin Islam Seluruh Dunia.

Kuala Lumpur Summit merupakan program antarabangsa untuk pemimpin-


pemimpin Islam berdiskusi dan bertukar-tukar idea mengenai isu-isu berkaitan umat
Islam. Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru semua
Muslim untuk bekerjasama dengan Malaysia, Pakistan dan Turki untuk melawan
Islamophobia melalui siaran televisyen.

17
Inisiatif ini dilihat dapat menyalurkan maklumat-maklumat yang betul mengenai Islam
bukan sahaja kepada penduduk Amerika Syarikat, malahan seantero dunia.

Rajah 10 (kiri) Soalan: Jika Islam dihormati di Amerika dan seluruh dunia, adakah
umat Islam di Amerika akan berasa malu untuk menegakkan hukum Islam di
kalangan komuniti Islam?

Rajah 11 (kanan) Soalan: Adakah Amerika perlu mengenakan sekatan dengan lebih
ketat pada suara rakyatnya yang tidak sensitif pada agama lain?

Majoriti responden berpendapat bahawa umat islam akan berani untuk


menegakkan hukum islam di kalangan komuniti Islam jika Islam dihormati di Amerika
dan seluruh dunia dan mereka juga berpandangan bahawa Amerika perlu
mengenakan sekatan yang lebih ketat pada suara rakyatnya yang tidak sensitif pada
agama lain. Negara Perancis merupakan negara yang mengamalkan konsep negara
sekular iaitu ketiadaan gangguan keagamaan dalam hal ehwal kerajaan dan
ketiadaan campur tangan pemerintah dalam hal ehwal keagamaan. Laicite
merupakan perkataan Perancis yang merupakan undang-undang konstituional
Perancis. Perkara ini melarang penglibatan kerajaan dalam urusan agama, dan
terutama melarang pengaruh pemerintah dalam penentuan agama. Tindakan
seorang ahli politik bertanyakan seorang wanita supaya menanggalkan
selendangnya telah meletuskan pertelingkahan berhubung pemakain tudung kepala
di dalam bangunan awam.

18
Walaubagaimanapun, tiada sebarang undang-undang di Perancis
menghalang penggunaan tudung. Pembentukan undang-undang perlembagaan
untuk muslim di Amerika Syarikat merupakan initiatif yang bagus bagi menjaga
kedudukan dan kesejahteraan umat islam di sana. Namun, satu undang-undang
yang baru perlu dibuat bagi mengawal suara rakyatnya yang tidak sensitif pada
agama Islam dan agama lain.

5.3.3 Undang-undang Perlembagaan untuk Muslim di Amerika Syarikat

Gambar 5 Logo “Constituional Law Center for Muslims in America"

Apabila masyrakat muslim dikenakan hukuman oleh undang-undang dan


polisi negara atas sebab menjalankan gaya hidup Islam, mereka memerlukan
sokongan dari peguam yang bertauliah untuk menolong mereka. Bagi sesetengah
muslim amerika, cara untuk mendapatkan peguam tersebut bukan mudah dan jika
tersalah langkah, mereka mungkin akan mendapat merasakan kebencian atas Islam
daripada pengaruh juri, peguam dan keputusan mahkhamah tersebut. Maka,
undang-undang perlembagaan ditubuhkan kepada muslim di Amerika Syarikat bagi
membantu muslim mendapatkan hak-hak mereka. Mereka juga bertujuan untuk
melindungi kes orang muslim ketika dibahas dalam undang-undang.

19
5.3.4 Majlis Hubungan Amerika Islam (CAIR)

Gambar 6 Majlis Hubungan Amerika-Islam

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) merupakan pertubuhan bukan


kerajaan yang ditubuhkan pada 1994 di Washington.D.C. Jabatan Islamofobia CAIR
bertanggungjawab dalam memantau dan menganjurkan hal ehwal individu dan
organisasi di Amerika Syarikat yang mendapat keuntungan secara politik dan
kewangan dengan mengalakkan pengaruh anti-muslim. CAIR mempunyai visi untuk
melawan Islamophobia di Amerika serta menjadikan Islam mempunyai tempat yang
sama di kalangan rakyat Amerika Syarikat.

20
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, adalah amat penting bagi seluruh umat Islam untuk


mengambil cakna dan memahami isu-isu yang menyumbang kepada Islamophobia
dan juga cara untuk menanganinya. Orang-orang Islam yang berpengaruh juga
penting untuk menjaga tertib dan hukum syarak kerana mereka adalah wakil kepada
Islam. Pemimpin haruslah bertanggungjawab menunjukkan sifat-sifat Islam yang
sebenar kerana dunia luar seperti Amerika Syarikat akan menilai Islam berdasarkan
apa yang mereka lihat dari pemimpin tersebut.

Di samping itu, akidah Islam yang baik juga amat penting bagi umat Islam
supaya kita tidak terjerumus kedalam lembah maksiat seperti pelajar-pelajar kolej
Muslim yang telah melakukan seks luar nikah serta meminum arak bagi
menghormati budaya masyarakat majoriti. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan Islam
juga penting bagi menjaga kebajikan dan hak umat Islam seperti ‘’Constituional Law
Center for Muslims in America” (CLCMA) dan juga ‘’Council on American-Islamic
Relations” (CAIR). Pertubuhan-pertubuhan ini juga akan memberi impak yang
sangat besar dalam membina sebuah akta bagi menyuarakan hak-hak umat Islam di
luar sana disamping menyampaikan fakta yang benar tentang Islam.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyelesaikan masalah ini dgn bersatu-
padu dan memberikan informasi yang positif tentang agama Islam kepada bukan
muslim lantas membetulkan salah faham mereka terhadap agama Islam yang suci
dan luhur.

21
7.0 RUJUKAN

 https://www.cair.com/about_cair/cair-at-a-glance/
 http://www.astroawani.com/berita-dunia/negara-islam-umum-tolak-
pelan-damai-ditaja-amerika-syarikat-162905
 https://www.oic-oci.org/page/?p_id=52&p_ref=26&lan=en
 https://klsummit.my/
 https://mlfa.org/news/from-cage-fight-to-courtroom-the-glaring-
injustice-of-
islamophobia/?gclid=EAIaIQobChMI952a7YmK6AIVmw4rCh1J4w
ZaEAAYASAAEgJhn_D_BwE
 https://www.oic-oci.org/topic/?t_id=23244&ref=13948&lan=en
 https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/10/618323/pakai-
hijab-ketika-lawatan-sekolah-cetus-perbalahan-sekularisme-di
 https://qz.com/814438/presidential-debate-hillary-clinton-
contributes-to-anti-muslim-bias-in-the-way-she-talks-about-
american-muslims/
 https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED465008.pdf
 https://www.theguardian.com/commentisfree/2007/mar/22/a21stce
nturymuslimmodel#maincontent
 eprints.um.edu.my/2650/1/JAT_Bil6_DrRoslan.pdf
 https://www.thefyi.org/infographics/pre-marital-sex-among-muslim-
youth/
 https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/15332640.2010.5009
21

22

Anda mungkin juga menyukai