Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Pada zaman modenisasi ini, isu islamophobia telah mempengaruhi


sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan masyarakat dan negara. Impak globalisasi ini
meningkatkan cabaran semasa yang melibatkan pelbagai isu kontemporari yang
harus dihadapi oleh komuniti semasa. Definisi kamus bagi “phobia” ialah ketakutan
atau kebencian yang keterlaluan dan ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan
benci terhadap sesuatu. Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh
“Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya,
“Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia :
a challenge for all of us” menginstitusikan kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis
terhadap Islam”, walaupun kosa kata tersebut bererti “ketakutan tidak berasas
terhadap Islam”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah
ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun,
Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian
kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena
Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua
aspek berbeza iaitu dari sudut protagonis Islamophobia dan sudut mangsa
Islamophobia.
Antara tujuh komponen yang mendefinisikan Islamophobia ialah Islam dilihat
sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang, sebagai terpisah dan “orang lain”.
Ia tidak nilai persamaan dengan budaya-budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan
tidak dipengaruhi mereka, Seterusnya, Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding
Barat. Ia tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan gila seks. Islam dilihat sebagai
ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam pertembungan
peradaban. Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah. Selain itu,
permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi
terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam dan
permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal.

Sejarah lahirnya Islamophobia di Amerika Syarikat tidak terlepas dari sejarah


panjang Perang Salib di Timur Tengah. Islam telah menang dalam beberapa fasa
perang salib dan telah melukakan sebahagian pemeluk Kristian. Islam mengalami
diskriminasi di Amerika Serikat kerana banyaknya kes vandalisme terhadap kaum
muslim. Islamophobia menjadi isu yang utama setelah terjadinya penyerangan
terhadap gedung World Trade Center (WTC) pada 11 September 2011. Dengan
pengakuan dari Osama Bin Laden dari Jaringannya yang bernama Al Qaeda, Osama
mengakui bahawa Al Qaeda adalah yang bertanggungjawab terhadap penyerangan
gedung WTC tersebut. Dengan latar belakang perang terhadap dunia barat dan jihad
yang diserukan oleh Al Qaeda, mereka menyerang WTC. Dalam tragedi penyerangan
gedung WTC ini, 2.982 jiwa meninggal dunia dan menyebabkan masyarakat Amerika
Serikat menjadi Anti Islam. Namun Al Qaeda adalah tidak mewakili Islam. Tindakan
yang menunjukkan Islamophobia di Amerika Serikat juga ditunjukkan dengan aksi
pembakaran Al Quran oleh pendeta Terry Jones. Aksi pembakaran ini merupakan aksi
memperingati tragedi 9/11. Selain itu, aksi ini juga merupakan isyarat pesan untuk
kelompok muslim radikal.

Peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11


September 2001 telah menjadi pencetus utama kepada fenomena Islamofobia.
Kejadian pembunuhan yang melibatkan lebih 120 orang mati di Paris baru-baru ini
memburukkan lagi keadaan Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam.
Peristiwa ini telah memberikan kesempatan yang meluas kepada ramai pihak
terutamanya musuh Islam untuk terus memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak
tertentu untuk mempromosi dan menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia
kepada masyarakat dunia.Ini membuktikan bahawa fenomena Islamofobia yang
berlaku di dunia ini bukanlah sangat disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam
sahaja tetapi ianya juga berkaitan dengan faktor-faktor lain yang perlu diberikan
perhatian secara serius oleh umat Islam.

Walaupun Malaysia merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya


adalah Islam, Islamofobia juga berlaku dikalangan masyarakat. Ini membuktikan
Islamofobia ini boleh subur di mana-mana selagi mana ianya tidak diatasi dan
dibendung dengan program yang berkesan. Sejarah berlakunya islamophobia di
Malaysia adalah berikutan dengan berlakunya peristiwa 11 Mei yang berlaku di
Amerika. Berikutan daripada berlakunya peristiwa tersebutlah memberikan impak
yang besar terhadap golongan bukan islam terhadap bukan islam di Malaysia dengan
melebelkan orang islam adalah pengganas dan terbentuklah ada juga golongan yang
menjadi takut dengan orang islam yang dipanggil islamophobia. Selain itu, sebelum
terjadinya peristiwa 11 September, presiden amerika syarikat telah mengarahkan
pegawainya sebagai utusan mereka untuk memantau Pertubuhan Persidangan Islam
atau OIC yang telah ditubuhkan di Iran pada tahun 1999. Ini telah menunjukkan
bahawa pandangan serong terhadap orang islam telah lama bermulanya pada masa
dahulu lagi.
Pada 16 Oktober 2003, persidangan OIC telah berlangsung di Malaysia
Putrajaya . Persidangan ini telah menarik perhatian dari Negara luar dan barat juga di
mana pada permulaanya perdana menteri Malaysia iaitu Tun Doktor Mahathir
Mohammad telah mengemukakan percakapan beliau dan mengkritik
pandangan barat serta menyatakanbahawa barat telah menyebabkan
penindasan terhadap negara-negara kecil dan menjadikan mereka negara yang
paling berkuasa kerana dapat menjajah negara kecil. Beliau juga telah menyatakan
bahawa orang barat telah mengakibatkan orang lain mati untuk mereka.

Terdapat dua faktor mengapa terjadinya Islamophobia iaitu faktor luaran dan f
aktor dalaman. Antara faktor luaran yang menyebabkan hal ini berlaku adalah
penghijarahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam yang memberi implikasi
kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat negara tersebut. Selain itu, kejahilan dan
kurang pengetahuan orang bukan Islam mengenai Islam seterusnya Islam dilihat
sebagai menggugat gaya hidup dan suatu agama yang ganas. Antara faktor luaran
yang lain pula ialah terdapat gerakan-gerakan Islamophobia yang menyokong dari
segi dana dan sanggup membayar puluhan juta ringgit demi menanam ketakutan
rakyat Amerika Syarikat terhadap Islam. Faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh
kurangnya penyebaran maklumat mengenai negara Islam yang menjadi mangsa
keganasan di mana media-media massa banyak menjadikan Islam sebagai punca
keganasan sahaja tanpa menyiarkan berita mahupun isu-isu keganasan
yang berlaku ke atas negara Islam oleh negara-negara bukan Islam yang telah
sekian lama berlaku. Selain itu, kurangnya maklumat insiden Islamophobia yang
berlaku dan kurangnya maklumat mengenai keganasan oleh gerakan agama lain
menjadi faktor menularnya penyakit Islamophobiaini. Kebangkitan kuasa politik Islam
seperti Iran dan Turki selain kekuatan ekonomi Negara-negara Islam seperti Negara
pengeluar minyak juga merupakan faktor dalaman yang menambah ketakutan orang
bukan Islam terhadap Islam.

Pelbagai kesan yang ketara hasil daripadaw Wujudnya Islamophobia. Kesan


pertama yang akan berlaku ialah hak asasi masyarakat atau kaum Islam itu terjejas
ataupun didiskriminasi secara sengaja. Apabila ideology Islamophobia itu diperluas
dengan pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam, golongan yang tidak mengenali Islam
secara mendalam akan terus mempercayai tanpa meragui kebenaran konsep
Islamofobia. Kepercayaan ini akan memberi kesan buruk kepada hak asasi umat Islam.
Misalnya, hak asai umat wanita Islam untuk memakai tudung ditindas dan dihalang
secara terbuka di khalayak ramai. Terdapat juga para perenang Muslim yang disekat
kelayakan untuk bertanding ekoran memakai pakaian renang yang menutup aurat.

Islamofobia juga memberikan kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi.


Diskriminasi terhadap umat Islam dalam bidang pendidikan, tempat kerja, peluang
pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya juga memberikan impak kepada
kehidupan umat Islam terutamanya di negara majoriti bukan Islam. Sebagai contoh,
seorang Muslim warga Itali yang kerjanya hanya sebagai seorang tukang cuci namun
wanita tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan kepada negara
lalu dia diberhentikan. Berlaku juga ketidakadilan dalam penjagaan kesihatan apabila
seorang doctor Jerman yang enggan merawat seorang pesakit Muslim diusir dari
persekolahan di Kanada hanya kerana dia ingin terus berhijab. Hak-hak asas
kehidupan berpotensi untuk diketepikan dan akibatnya ia mampu mengganggu
pembangunan sosio ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, negara miskin
seperti Somalia, Afghanistan dan lain-lain akan kurang mendapat bantuan
antarabangsa oleh kerana faktor Islamofobia.

Islamofobia juga mampu memberi kesan kepada mental dan fizikal. USA
Today Gallup Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden yang ditemubual
mengakui bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan Muslim dan 18% berasa
gementar jika ada wanita Muslim sama-sama berada di dalam kapal terbang dan 31%
jika penumpang adalah lelaki muslim. Ini menunjukkan keadaan mental yang
terganggu kepada mereka yang mempunyai persepsi negatif dan ketakutan kepada
Islam. Kesan penganiayaan individu dan kerosakan fizikal juga berlaku akibat
Islamofobia. Menurut ‘OIC Observatory Report’ insiden berkaitan mencemar kesucian
masjid meningkat sebanyak 100% dan penodaan terhadap perkuburan Islam
sebanyak 75%. Insiden keganasan dan gangguan terhadap Muslimah berpurdah dan
burqah juga meningkat sebanyak 500% dan sikap tidak bertoleransi terhadap simbol-
simbol suci Islam lebih dari 100%. Muslim turut menerima impak keganasan
disebabkan islamophobia ini. Keselamatan diri dan keluarga mereka sangat terancam.
Berlaku kes tembakan di Amerika oleh pihak berkuass terhadap Muslim yang baru
sahaja selsesai menunaikan solat Jumaat. Di Neveda, pihak polis bertindak ganas
terhadap Muslim sedang menunaikan solat di tempat letak kereta.

Kesimpulannya, Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia


telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu
Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah.
Berdasarkan kepada impak-impak Islamofobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan
sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng
secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap
peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha
mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program
merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini.
Rujukan
 Zulkifli, 2013. Memahami isu islamofobia: antara persepsi dan reality. Dimuat
turun daripada
https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-
islamofobia-antara-persepsi-dan-realiti/

 Shayu, 2011. Islamofobia di bumi Malaysia. Dimuat turun daripada


https://www.scribd.com/doc/55158790/Islamophobia-Di-Bumi-
Malaysia

 Shafiqa, 2013. Isu Islamofobia .Dimuat turun daripada


http://www.slideshare.net/syafiqieka/isu-islamophobia

Anda mungkin juga menyukai