Anda di halaman 1dari 11

1.

0 KONSEP ISLAMOFOBIA
Islam adalah agama yang mengimani satu Tuhan iaitu Allah S.W.T. Yang mentadbir
alam semesta. Islam juga adalah agama yang mempunyai pengikut diseluruh dunia
sekaligus menjadikan islam sebagai agama terbesar di dunia. Manakala Phobia atau
fobia menurut kamus Dewan dan Pustaka bermaksud ketakutan berlebihan yang tidak
logik terhadap sesuatu objek atau situasi. Kadang-kadang sukar para pesakit fobia
untuk menjelaskan dan mendedahkan sumber ketakutan tersebut. Sejak akhir-akhir ini
penyakit fobia telah menyerang pemikiran masyarakat Barat iaitu Islamofobia.
Para pengkaji mentafsirkan Islamofobia secara berbeza-beza mengikut latar
masyarakat yang mereka temui. Namun secara amnya, islamofobia adalah sebuah
ketakutan, kebencian berlebihan dan permusuhan terhadap islam dan muslim yang
dipengaruhi oleh tanggapan negatif, yang mengakibatkan berat sebelah, diskriminsi dan
peminggiran Muslim dari kehidupan sosial, politik dan kemasyarakatan. Dalam laporan
bertajuk "Islamophobia : Sebuah Cabaran untuk Kita Semua" diterbitkan pada
November 1997 oleh Menteri Dalam Negeri Inggeris, Jack Straw, Islamofobia
didefinisikan sebagai "pandangan individu atau pandangan dunia yang melibatkan
ketakutan tidak berasas dan tidak suka terhadap Muslim, yang menghasilkan amalan
pengasingan dan diskriminasi. Tanggapan bahawa islam ini ganas seolah-olah menjadi
kepercayaan karut masyarakat barat hari ini sehinggakan ramai diantara masyarakat
dunia terpengaruh dengan tanggapan-tanggapan negatif tersebut.
Virus Islamofobia menjadi lebih hangat dengan kejadian-kejadian keganasan yang
menarik perhatian dunia yang sebahagian besar dilakukan oleh kumpulan-kumpulan
islam radikal dari negara-negara yang memiliki tapak penganut islam terbesar di dunia.
Contoh-contoh kejadian keganasan tersebut ialah tragedi WTC di Amerika, Bom bunuh
di Sepanyol, Pembunuhan terhadap pengarah Theo Van Gogh di Belanda oleh seorang
Muslim, Pembunuhan Politikus Belanda iaitu Pim Fortuyn oleh seorang Belanda
keturunan Marokko. Hal ini menyebabkan pandangan masyarakat dunia kepada agama
islam semakin negatif kerana orang-orang yang terlibat dalam kejadian keganasan
tersebut ialah dari kalangan penganut islam itu sendiri. Namun yang demikian,
masyarakat dunia hari ini sebenarnya tertipu dengan agenda-agenda busuk yang
didoktrinkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan sendiri. Tidak dinafikan

bahawa terdapat segelintir masyarakat islam yang mempunyai fahaman berbeza


daripada ajaran islam yang asal kerena mereka terlibat secara terus dengan kejadiankejadian keganasan yang pernah berlaku. Oleh hal yang demikian, kelemahankelemahan inilah yang menjadi permainan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej
islam di mata dunia.
Meskipun istilah Islamofobia ini agak baru, namun pada hakikatnya fenomena
Islamofobia itu telah lama wujud. Menurut Ali A Marzui menerusi makalahnya Islam and
Islamophobia: Conflicting Images in Eurocentri dalam Islam Political Economy In
Capitalist-Globalization menyatakan fenomena ini bermula selepas Perang Salib. Hal ini
berikutan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi menjadikan Palestin di bawah milik Islam.
2.0 MANIFESTASI ISLAMOFOBIA
Serangan Islamofobia bukan sahaja diakui sesetengah sarjana Barat, bahkan
sesetengah pihak memutar belitkan fakta dan salah faham mengenai Islam dan ummah
Islam juga turut dinyatakan. Contohnya, John Esposito telah menulis tentang Islam dan
ummah Islam dengan membangkitkan isu seperti militant Islam, tudung dan
demokrasi. Manakala, Karen Armstrong mendapati dalam ajaran nabi Muhammad
mengandungi teologi keamanan dan toleransi. Deepa Kumar berhujah bahawa kartun
Denmark berkaitan Nabi Muhammad hanyalah serangan perkauman semata-mata. Liz
Fekete mewujudkan semula hubungan antara perkauman dan kawalan imigresen serta
berhujah bahawa ummah Islam Eropah ditonjolkan di media sebagai warga yang tidak
boleh dipercaya. Adalah malang sekali apabila Islamofobia berlaku dan diterima secara
meluas di Barat. Ia dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan terus meningkat dalam
pelbagai bidang masyarakat Barat. Berikut adalah manifestasi utama islamofobia yang
memberi kesan negatif kepada imej islam :
2.0.1 Menifestasi Media Terhadap Islamofobia
Media berperanan untuk membentuk pendapat umum dan dasar awam dalam
sesuatu isu berkaitan islamofobia. Namun yang mengecewakan, media barat hari ini
tidak mengambil peranan positif dalam menyatakan isu-isu berkaitan islamofobia.
Malah media barat semakin rakus memutarbelitkan kejadian-kejadian yang berlaku,

terutama kejadian yang melibatkan masyarakat muslim itu sendiri. Impak daripada
laporan-laporan yang disiarkan oleh media barat, masyarakat islam terpaksa
menanggung segala bebananan fitnah dan tomahan daripada masyarakat dunia
yang sering mengaitkan mereka dengan isu keganasan sesama manusia seperti isu
serangan dan pengeboman di Paris pada 13 November 2015. Jelas bahawa
manifestasi media sangat memberi kesan negatif yang besar terhadap islam
disebabkan laporan-laporan yang tidak benar dikeluarkan dan disiarkan di mata
dunia.
Tidak kurangnya di Malaysia sendiri, akhbar The Star menerbitkan gambar
yang sensisitif kepada umat islam seperti Ramadhan Delights. Didapati juga ke-kes
yang melibatkan penghinaan terhadap islam melalui laman sosial seperti Facebook
dan Twitter. Manifestasi islamofobia di Malaysia ditunjukkan dalam bentuk yang
berlainan berbanding negara barat dengan menafikan hak berpakaian muslim
dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di Selangor. Hal ini seolaholah menjadi wabak yang semakin lama semakin menjangkiti pemikiran masyarakat
dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya.
2.0.2 Manifestasi Politik dan Perundangan Terhadap Islamofobia
Persepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan dalam
politik dan perundangan. Antaranya ialah melanggar hak asasi ummah islam di
Switzerland, akibat dari kempen anti Islam yang dipelopori oleh Daniel Streich,
undang-undang telah dipinda bagi mengharamkan pembinaan menara-menara
masjid. Walaupun ianya melanggar hak asasi umat Islam di Switzerland, bahkan
dikecam oleh pelbagai kerajaan, badan bukan kerajaan, badan hak asasi, termasuk
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amnesty
International, pindaan undang-undang ini tetap diteruskan atas faktor kuatnya
kemahuan politik dalam isu ini. Tambahan lagi dengan gerakan anti Islam yang
diketuai oleh ahli politik Belanda bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam atas
dasar populariti dan politik. Hal ini demikian, menjadikan islam sebagai agama yang
ditakuti oleh masyarakat bukan islam kerana wujudnya perundangan karut ini.
Melalui kuasa politik dan perundangan di sesebuah negara, islam ditindas begitu
sahaja tanpa mengambil kira kebajikan masyarakat islam.

2.2.3 Manifestasi Protes dan Keganasan Terhadap Islamofobia


Kebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan lebih
teruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina Nabi
Muhammad oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan Islamofobia yang
dizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar al-Quran sepanjang 9 bulan dari
September 2010 hingga April 2011 di Amerika termasuk kempen untuk membakar
al-Quran oleh Pastor Terry Jones menunjukkan manifestasi protes kesan daripada
Islamofobia. Bahkan keganasan juga berlaku di mana ada Muslim yang di tembak di
Amerika setelah menunaikan solat Jumaat, di Nevada, polis menahan Muslim yang
menunaikan solat di tempat letak kereta dan peristiwa pembunuhan kejam Marwa El
Sharbini di dalam Mahkamah di Dresden, Jerman akibat daripada perasaan benci
yang tidak berasas kepada Islam.
3.0 IMPLIKASI ISLAMOFOBIA
3.1 Implikasi Kepada Sosio-ekonomi
Islamofobia juga turut memberi kesan yang besar kepada pembangunan sosioekonomi sesebuah negara atau masyarakat Islam. Penindasan terhadap umat islam
dalam bidang pendidikan, tempat kerja, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan
sebagainya juga memberikan impak kepada kehidupan umat islam terutamanya di
negara yang mempunyai minoriti penganut agama Islam. Akibat virus Islamofobia
semakin mendapat tempat di sesebuah negara maka hak-hak asas kehidupan umat
Islam diketepikan tanpa rasa belas kasihan daripada pihak-pihak yang berniat untuk
menghancur Islam. Hal ini juga mampu menggangu kelancaran pembangunan sosio
ekonomi sesebuah negara. Contohnya, negara miskin seperti Somalia, Afghanistan,
dan lain-lain akan kurang mendapat bantuan antarabangsa oleh kerana faktor
Islamofobia. Rentetan itu, masyarakat Islam hari in i seolah-olah dipulaukan oleh
masyrakat bukan Islam kerana pemikiran dan tanggapan yang negatif terhadap
Islam menjadi kepercayaan karut mereka.

3.2 Implikasi Kepada Mental dan Fizikal


Islamofobia juga memberi kesan kepada mental dan fizikal masyarakat
islam. Laporan daripada akhbar USA Today, Gallup Poll mengatakan bahawa
terdapat 22% daripada responden yang ditemubual mengakui mereka tidak
mahu berjiran dengan masyarakat Muslim dan 18% berasa takut jika ada
wanita Muslim sama-sama berada di dalam kapal terbang dan 31% jika
terdapatnya penumpang lelaki Muslim. Hal ini menunjukkan keadaan mental
yang terganggu kepada mereka yang mempunyai persepsi negatif dan
ketakutan yang melampau-lampau terhadap islam. Manakala menurut OIC
Observatory Report menunjukkan peningkatkatan statistik sebanyak 100%
dalam insiden mencemar kesucian masjid dan penodaan terhadap perkuburan
Islam sebanyak 75%. Selain itu, insiden keganasan dan gangguan terhadap
Muslimah berpurdah dan burqah juga meningkat sebanyak 500% dan sikap
tidak bertoleransi terhadap simbol-simbol suci Islam lebih dari 100%.
Kesan daripada Islamophobia ini juga dapat kita lihat melalui beberapa
insiden dimana wanita muslim yang memakai tudung dikeji dan dikutuk
walaupun mereka tidak bersalah, kenderaan-kenderaan yang diketahui milik
orang Islam juga dimusnahkan dan diconteng dengan perkataan-perkataan
benci dan sebagainya. Terbaharu ialah perhimpunan anti-Islam di Jerman yang
dihadiri oleh hampir 17,000 (news.sky.com)
4.0 FAKTOR
Pelbagai kajian telah dijalankan termasuk oleh EFRA mendedahkan bahawa
jenayah, gangguan dan diskriminasi perkauman terhadap ummah Islam di Eropah
bertambah teruk, seperti pengharaman pihak Swiss terhadap pembinaan menara masjid
sebagaimana ia turut mencetuskan perdebatan berkaitan identiti Perancis. Beberapa
kumpulan sayap kanan dan masyarakat di Britain, Sepanyol, Switzerland, Greece dan
Itali telah melancarkan bantahan, petisyen mahkamah serta tindakan undang-undang
bagi menghalang pembinaan masjid.

Menurut Dr Zulkifli Hassan (2008) ada menyatakan bahawa, Kajian dilakukan oleh
Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk Islamophobia and Its Origins: A study
Among Dutch Youth terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah mengesahkan
bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan
Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat mengenai
faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan
dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya meningkatkan
rasa kebimbangan atau kebencian mereka terhadap Islam atau umat Islam.
4.1 Fakor Luaran
4.1.1 Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan
Islamofobia berlaku kerana kurangnya ilmu dalam kalangan masyarakat
bukan Islam. Kejahilan dan kurang pengetahuan tentang Islam oleh masyarakat
bukan Islam dilihat menjadi punca fenomena Islamofobia semakin merebak
dikalangan masyarakat dunia hari ini. Sistem pendidikan yang sedia ada tidak
mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang
ajaran Islam yang sebenar. Kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya
pendedahan terhadap ajaran Islam yang sebenar di peringat rendah dan tinggi
menjadikan Islam sebagai suatu agama yang menggugat gaya hidup bebas dan
ganas termasuk termasuk mempromosikan ketidakadilan terutamanya apabila
ianya melibatkan hak-hak wanita.
Dalam konteks negara Malaysia, pengetahuan berkaitan ajaran sebenar
tentang Islam sejak sekolah rendah kurang didedahkan dikalangan masyrakat
bukan Islam kerana sistem pendidikan negara tidak sistematik mengikut
keperluan negara Islam yang sepatutnya. Maka dengan kelemahan-kelemahan
ini menjadikan adanya masyarakat bukan Islam di Malaysia berani menolak
Hukum Hudud yang kononnya akan menzalimi kehidupan mereka sedangkan
mereka tidak jelas berkaitan cara-cara pelaksaan hukum tersebut. Inilah yang
menjadikan kes jenayah-jenayah berat seperti rompak, rogol, samun dan bayak
lagi berleluasa walaupun adanya sistem perundangan buatan manusia.

4.1.2 Mobiliti Masyarakat Islam


Mobiliti orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara
faktor terjadinya Islamofofbia. Kemerosottan ekonomi dan masalah taraf
hidup hidup menyebabkan ramai umat Islam berpindah ke negara maju.
Hal ini demikian memberi kesan kepada negara tersebut kerana
masyarakat

yang

berhijrah

ke

negera

meraka

telah

mewujudkan

persaingan dalam bidang pekerjaan dan juga menggugat taraf ekonomi


mereka. Terdapat dalam kalangan masyrakat Islam yang berhijrah ini
melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati budaya masyarakat
setempat sehinggakan masyarakat di negara tersebut memandang serong
kepada orang Islam dan melihat imej Islam terlalu buruk secara
keseluruhannya.
4.1.3 Pengaruh Media dan Gerakan Islamofobia
Menurut Dr Zulkifli Hassan (2008), Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat kuat
membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang
prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk
menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini
ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan
yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu.
The Center for American Progress melaporkan terdapat tujuh
yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk menanamkan
ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di
antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah Donors Capital
Fund, Richard Mellon Scaife Foundations, Lynde and Harry Bradley
Foundation, Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations and
Charitable Trust, Russell Berrie Foundation, Anchorage Charitable Fund,
William Rosenwald Family Fund and Fairbrook Foundation. Dilaporkan
juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound
sterling untuk menghasilkan buku Satanic Verses yang diterbitkan oleh

penerbitan Viking kepunyaan pihak yahudi.


4.2 Faktor Dalaman
4.2.1 Kelemahan Dalam Penyebaran Maklumat
Media-media hari ini kebanyakkannya dimonopoli oleh orang bukan Islam
dan sering kali Islam diberikan gambaran buruk dalam liputan-liputan yang
disiarkan. Tedapat segelintir media juga yang menyebarkan maklumat yang
tidak lengkap mengenai keganasan ole gerakan agama yang lain bahkan tiada
data yang spesifik nnegara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat
daripada Islamofobia. Manakala media yang dimiliki oleh Institusi Islam pula
pada hakikatnya adalah kurang berkesan dan kurang berjaya menyiarkan
program-program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat
terhadap Islam.
4.2.2 Kurang Keberkesanan Institusi Agama
Sekiranya diteliti dalam konteks negara, Malaysia menikmati kelebihan
untuk menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institut agama
yang ada untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Bukan itu sahaja, institusi
agama di setiap negeri-negeri dan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa
dan bajet yang boleh digunakan dalam penyebaraan dakwah di bumi
Malaysia. Sekiranya kita bersandarkan fakta tersebut sudah pasti
fenomena Islamofobia tidak akan berkembang dan mendapat tempat dalam
kelompok masyarakat hari ini dengan peranan yang dimainkan oleh
institusi agama. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dalam
keadaan ruang lingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi untuk
Islam, fenomena Islamofobia masih berleluasa dalam kalangan masyarakat
hari ini, malah semakin berkembang seperti cendawan tumbuh selepas
hujan.
Isu menghina undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa,
memperlecehkan amalan ibadah umat Islam membuktikan bahawa
terdapat kekurangan yang amat ketara pada institusi Islam tersebut. Oleh

hal yang demikian, institusi Islam hari ini perlu lebih bekerja keras dalam
melakukan

perubahan

segera

demi

memastikan

peranan

dan

tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan


berkesan.
5.0 Langkah Mengatasi Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap Islam
5.1 Peranan Media
Fungsi media adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian
dalam membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih
bertanggungjawab dalam memastikanperkara yang disiarkan termasuk
berita adalah perkara yang benar-benar berlaku tanpa ada sebarang
prejudis terhadap masyrakat Islam. Media seharusnya menerbitkan
rancangan dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta
yang sahih. Hal ini perlu diambil berat kerana media adalah medium yang
sangat dekat dengan masyarakat dunia hari ini.
5.2 Peranan Kerajaan
Seiring dengan usaha di peringkat antarabangsa, Malaysia juga tidak
terlepas untuk mengorak langkah dalam usaha memerangi virus Islamofobia di
dalam negara dan peringkat global. Sebagai contoh, Malaysia telah menyokong
Deklarasi dari Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri bagi Negara Anggota OIC yang menentang Islamofobia di Ibu Pejabat
PBB, new York pada 24 September 2010. Hal ini demikian, dapat mengukuhkan
lagi sokongan terhadap penentangan Islamofobia sekiranya banyak negara
bersatu dalam mengadakan usaha-usaha sebegini. Dalam masa yang sama,
Malaysia juga telah melancarkan Global Movement of the Moderates. Di
peringkat masyarakat sivil pula, badan bukan kerajaan telah awal-awal lagi
menubuhkan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) iaitu
gabungan badan bukan kerajaan Islam untuk bersama-sama menjadi pemantau
Islamofobia di Malaysia.

6.0 Kesimpulan
Ketakutan yang melampau terhadap Islam atau Islamofobia bukanlah fenomena
baru di alaf ini. Islamofobia telah lama bertapak bermula sejak awal zaman
perkembangan Islam lagi. Pada waktu tersebut Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran
yang asing bagi penduduk mekah. Hal yang demikian, disokong oleh sepotong hadis
Rasulullah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud :
Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu
yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu. (Sahih
Muslim, Hadis 145, Bab Iman)
Hadis ini jelas menyatakan bahawa ajaran islam ini juga adalah menjadi sesuatu
perkara yang asing dalam masyarakat mekah pada masa tersebut sehingga ada yang
berpandangan negatif terhadap Islam sekaligus menolakkan ajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam
untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di
tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.
Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam pada hari ini perlulah berusaha
memperbetulkan persepsi masyarakat tentang Islamofobia dengan menambahbaik
perkara-perkara yang menyebabkan islam dipandang negatif.Hadis ini memberikan
tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan
seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh
masyarakat.
Akhir sekali, Islam adalah agama syumul yang mana kaedah-kaedah dalam Islam
itu sendiri sesuai digunakan sepanjang zaman. Oleh yang demikian, Pemimpinpemimpin hari ini perlu kembali kepada Allah S.W.T. Dengan mengikut ajaran sebenar
Nabi Muhammad S.A.W yang berpanduan Al-Quran dan Sunnah agar semua tindakan
yang diambil bersesuaian dengan syariat Islam dan tidaklah berlaku mana-mana

10

penyelewengan dan keganasan yang melampau.

11

Anda mungkin juga menyukai