Anda di halaman 1dari 9

 Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan

pelbagai bangsa dan tamadunnya.


 Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir,
Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.
 Tamadun Islam yang telah terbina adalah atas dasar aqidah, syariah, ilmu dan
akhlak yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 Umat Islam hari ini begitu tercabar dengan isu-isu seperti konflik politik, krisis
ekonomi, kebekuan idea dan penyelewangan agama.
 cabaran-cabaran utama yang melanda adalah kerana kepincangan nilai-nilai
akhlak, kurangnya kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada
perpecahan, masyarakat yang goncang kestabilan sosialnya akibat pengaruh
budaya asing, ideologi barat, kelemahan ekonomi, kemerosotan ilmu dan
dominan dalam kuasa politik dan ketenteraan.
 Penentang khalifah Ali mengikut Muawiyah dan yang dikenali sebagai pendukung
sunah-sunah Rasulullah iaitu Ahlul Sunah Waljamaah dan pengikut Ali yang
mungkin bertentangan dengan Ali sendiri, berpecah untuk membentuk orang-
orang Islam Syiah dengan menganggap Ali sebagai pewaris sebenar Rasulullah.

 Menurut Imam Hasan Al Banna, beliau pernah menegaskan bahawa manusia


berdepan dengan dua seruan utama iaitu nasionalisme dan perkauman. Salah satu
jenis nasionalisme itu ialah dalam bentuk “kepartian”. Kefahaman inilah yang
memecah belahkan umat Islam kerana ianya adalah ciptaan manusia sendiri. Ini
dapat dilihat pada konteks terkini politik kepartian di negara Malaysia. Ianya
penuh dengan amalan fitnah, pembohongan, hasad dengki dan rasuah.

 Perbalahan politik yang tidak sealiran kerap menjadi penyebab kepada kegagalan
tertubuhnya negara Islam seperti yang berlaku di Palestin dan Indonesia
 Ideologi barat seperti sekularisme, globalisasi dan liberalisasi kian membawa
kepincangan kepada peradaban manusia.

 Penjajahan minda dan budaya melalui globalisasi dilihat barat sebagai proses
kebebasan (liberty), walhal ia banyak menghakis nilai-nilai agama dan adat
ketimuran.

 Sekularisme atau keduniaan ciptaan barat yang memang tidak sesuai dipegang
oleh umat Islam, kerana ianya jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekularisme memisahkan soal agama dari duniawi.

 Kesan sekularisme terlihat bertapak disistem pendidikan Malaysia, sebagai


contoh sistem dualisme yang memisahkan pendidikan agama dan akademik.
Orang Melayu pula kian menganggap agama sebagai satu ritual yang tiada
kena mengena dengan urusan hidup lainnya seperti aktiviti ekonomi, sosio-
budaya, politik dan sebagainya.
 Nilai budaya dan moral yang dibawa tidak mementingkan ajaran agama dan
tatasusila ketimuran.

 Konsep materialistik, kebebasan, hedonisme dan penyalahgunaan teknologi


dan sains ini begitu berjaya dalam membawa trend-trend sekularisme,
sehingga ianya menjadi gaya hidup golongan muda masa kini.

 Perkara seperti ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam industri hiburan
dimana pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pakaian
yang menjolok mata dan tidak menghormati nilai-nilai agama.

 Begitu juga dengan tarian-tarian dan nyanyian yang bersifat merangsang nafsu
syahwat, tidak beradab, disamping melanggar etika dan batas-batas hukum
agama Islam.
 Para saintis di barat banyak berpegang kepada falsafah logik akal dan
kebebasan dalam menerima apa sahaja hasil daripada kerja mereka.

 Selain daripada itu kecanggihan teknologi audio visual yang bermaklumat dan
interaktif seperti internet dan telefon bimbit yang menggunakan teknologi
satelit telah mengundang perniagaan baru kepada orang barat. Mereka
mengaut keuntungan hasil daripada industri perjudian online tanpa
memperdulikan implikasinya ke atas golongan muda yang jelas menjadi
ketagih dengan melayari laman-laman web ini

 Blog-blog juga banyak diwujudkan dan seperti juga sms dari telefon bimbit
ianya banyak dipergunakan untuk menyebarkan maklumat palsu berbau
hasutan, fitnah dan provokasi.
 Pada era perang dingin dan pasca kejatuhan ideologi komunis banyak berlaku
tindakan ketenteraan negara-negara kuasa besar yang merupakan
penindasan, kezaliman dan ketidakadilan terhadap negara-negara kecil bukan
barat iaitu negara-negara islam seperti Bosnia, Palestin, Afghanistan dan
banyak lagi.

 Amerika Syarikat menentang seluruh dunia dengan menggunakan hak veto


setiap kali Majlis Keamanan PBB hendak menghukum Israel.

 Ketidakadilan dan kerosakan yang disengajakan dengan mesej yang kononnya


bermaksud ‘global war on terrorism’ merupakan ancaman kepada tamadun
Islam itu sendiri. Ini kerana dengan motif politik dan ekonomi, mereka
sengaja mereka-reka alasan untuk menyerang negara-negara Islam yang
dilabelkankan sebagai negara paksi kejahatan seperti Iraq dan Iran.
 Ekstrem dalam bahasa Arab disebut sebagai Tatharruf, bererti “berdiri di tepi,
jauh dari tengah”, Antaranya bermaksud sikap ini lebih dekat kepada kebinasaan
dan bahaya serta jauh dari keamanan.Islam mengutamakan kesederhanaan dalam
semua aspek kehidupan mahupun beribadah.

 Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan keatas sesiapapun kecuali


dengan alasan mempertahankan diri. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan
berperikemanusiaan.

 Hingga kini, umat Melayu pada umumnya masih kuat berpegang kepada nilai-nilai
universal Islam dalam dunia Melayu ini.

 Manusia moden pada hari ini sedang berusaha supaya segala bentuk kepercayaan
kepada Tuhan, dan komitmen generasi baharu kepada agama, haruslah dihapuskan
sama sekali kerana mereka memberikan hujah bahawa agama, dan manusia yang
mempercayainya, tidak lagi relevan dalam zaman ini, terutamanya dalam jangka
masa satu atau dua dekad terakhir ini, ketika dunia menyaksikan krisis politik,
ekonomi dan sosial, yang dicetuskan oleh pengikut agama..
 Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini bukan sahaja berbentuk serangan
fizikal tetapi ia turut melibatkan serangan pemikiran dalam menanggapi
perubahan yang berlaku pada zaman ini.

 Ada dikalangan sarjana barat yang cuba menyerang dari aspek psikologi
manusia dengan mengatakan bahawa selepas keruntuhan kuasa soviet, maka
musuh barat seterusnya adalah Islam.

 Umat Islam masih melihat segala yang dibarat itu adalah manifestasi
kemajuan, sedangkan kemajuan fizikal mega-mewah itulah yang sering
ditegur oleh Ibn Khaldun di mana beliau meramalkan melalui teori kitaran
tamadunnya bahawa akan berlaku pertukaran tamadun berasaskan peredaran
zaman. Sesuatu yang dipuncak itu pasti akan mengalami kemunduran, dan
kemunduran inilah yang sangat digusari barat kerana mereka tidak bersedia
untuk berada di bawah kuasa lain terutama kuasa Islam, walaupun sejarah
membuktikan di bawah pemerintahan Islam-lah masyarakat Kristian dan
Yahudi boleh tinggal secara aman damai dalam sebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai