Anda di halaman 1dari 17

KUIZ 1

NAMA KURSUS KOD KURSUS SEKSYEN NAMA PELAJAR NO. MATRIK : ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA : ULT 2132 : 04 : KHAIRUL HAIZAM BIN MOHD RADZI : SX111569GHS04

Soalan:

Ketakutan Masyarakat Barat terhadap umat Islam melahirkan satu fenomena yang dikenali sebagai islam phobia.Bincangkan faktor2 kepada kemunculan sikap paranoid meraka ini terhadap masyarakat islam.Pada pandangan anda,Apakah tindakan yang sesuai diambil oleh masyarakt islam?

Definisi Islamophobia

Definisi kamus bagi kosa phobia ialah ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua aspek berbeza: (1) dari sudut protagonis Islamophobia dan (2) dari sudut mangsa Islamophobia.

Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh Commission on British Muslims and Islamophobia. Pada tahun berikutnya, Commission tersebut yang mengeluarkan

Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti prejudis terhadap Islam, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti ketakutan tidak berasas terhadap Islam. Runnymede turut mengenal pasti tujuh komponen yang mendefinisikan Islamophobia. Ianya seperti berikut:

Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang;

Islam dilihat sebagai terpisah dan orang lain. Ia tidak nilai persamaan den gan budayabudaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka,

Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan gila seks;

Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam pertembungan peradaban;

Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;

Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam

Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal.

Sejak mantan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, mempengerusikan persidangan pada Disember 2004 bertajuk Menghadapi Islamophobia (Confronting Islamophobia) dan Majlis Eropah mengutuk Islamophobia pada Mei 2005 di suatu Sidang Kemuncak, istilah Islamophobia telah mencapai tahap penerimaan bahasa dan politik.

Dunia Islam menggangap konsepsi salah dan tafsiran salah terhadap Islam dan nilai-nilai yang diajarnya sebagai punca Islamophobia. Gambaran yang diputarbelitkan dan tidak benar terhadap Islam menjadikan Muslim sebagai mangsa diskriminasi kaum dan xenophobia. Mereka menghadapi pemprofilan agama yang negatif dan penghinaan di Eropah dan negara bukan Islam yang lain. Warga Muslim di seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat menghadapi sekatan perjalanan. Warga dan pribumi Muslim di Eropah terpaksa menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan, mendapatkan kemudahan keselamatan sosial, dalam menjalankan tanggungjawab agama mereka dan menegakkan identiti budaya dan agama mereka.

Pelapor Khas PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) mengenai Bentuk Semasa Rasisme, Diskriminasi Rasis, Xenophobia dan Sikap Tidak Bertoleransi, En. Doudou Diene, dalam laporannya kepada Sesi Ke-6 Majlis Hak Asasi Manusia (UNHRC) mengenai menifestasi fitnah terhadap agama dan khususnya implikasi serius Islamophobia yang merencatkan kebebasan menikmati hak asasi telah melaporkan kemerbahayaan isu ini dengan jelas sekali. Beliau mendefinisikan Islamophobia sebagai suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka.

Laporan tersebut turut merujuk kepada kesan praktikal kebencian ini dari sudut diskriminasi, prejudis dan layanan berbeza terhadap Muslim (individu dan komuniti) menjadi mangsa dan pengasingan mereka daripada ruangan politik dan sosial. Istilah tersebut dicipta sebagai tindak balas terhadap realiti baru : diskriminasi yang meningkat terhadap Muslim yang dimenifestasikan sejak mutakhir ini. Pelapor khas tersebut dalam laporannya turut menyebut bahawa Islamophobia ialah fenomena yang semakin meningkat dan menjadi perhatian penting terutama selepas kejadian 11 September 2011.

Media massa tempatan dan di luar negara tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia. Mereka mencipta musuh dan nama-nama baru tertentu untuk memungkin secara tersirat mereka mengganyang negara

dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.

Kemunculan Islamophobia

Terdapat dua kemungkinan utama yang membawa kepada peristiwa pembakaran al-Quran oleh beberapa individu dan puak pelampau agama yang dipelopori oleh Terry Jones, seorang paderi di Amerika Syarikat pada 2010. Kemungkinan pertama ialah, seruan terhadap usaha yang biadab dan tidak bertamadun tersebut memang suatu provokasi yang terancang. Ia boleh ditanggap sebagai antara rentetan usaha bersiri oleh kumpulan individu berkepentingan bagi memastikan agama Islam dan penganutnya terus dicemar dan dihina. Usaha ini ialah sebahagian dari strategi serangan psikologi dan kebudayaan bagi memastikan imej Islam terus terpenjara di dalam lingkaran persepsi yang negatif dan berbahaya untuk didekati, malah sebagai suatu ancaman terhadap tradisi ketamadunan Eropah pada masa kini.

Sebagaimana telah kita ikuti sebelum seruan pembakaran al-Quran ini dianjurkan, rentetan lain beberapa waktu terdahulu ialah tindakan biadap kartunis dari sebuah negara Eropah yang melakarkan lukisan yang mengeji kehidupan Nabi Muhammad. Atas nama kebebasan bersuara, usaha-usaha yang keji mencemarkan unsur-unsur kesucian di dalam sesebuah agama telah

dibenarkan berleluasa sehingga mengguris hati dan perasan jutaan masyarakat Islam seluruh dunia.

Kemungkinan kedua yang membawa kepada peristiwa pembakaran al-Quran ini juga ialah kerana kejahilan masyarakat Eropah terhadap agama Islam itu sendiri. Sesetengah individu dan kelompok masyarakat Eropah khususnya memperoleh pengetahuan tentang agama Islam dan penganutnya menerusi cara yang tidak tepat. Tanggapan negatif terhadap agama Islam adalah berpunca dari laporan media massa yang bersikap prejudis dan bias terhadap Islam dan ajarannya. Akibat dari kejahilan ini ialah kemunculan perasaan benci dan takut terhadap apa juga unsur yang memaparkan atau mengandungi imej Islam. Kesan dari rasa terancam ini telah mendorong pula perlakuan-perlakuan yang tidak bertamadun bagi memberi tindak balas terhadap ancaman yang dihadapi.

Inilah antara dua faktor terdekat yang telah membawa kepada peristiwa yang amat mendukacitakan sekali bagi para penganut agama di seluruh dunia. Ia sungguh mendukacitakan kerana peristiwa sebegini terjadi di sebuah negara yang menobatkan dirinya sebagai masyarakat yang bertamadun sekali di dunia ini. Namun, dalam masa yang sama, kedapatan sebahagian para penduduknya pula memaparkan watak yang tidak bertamadun sekali sehingga berkesanggupan mencemarkan kitab suci sesebuah agama tanpa ada rasa tanggungjawab dan penghormatan terhadap kemuliaan orang lain.

Di sebalik rasa dukacita kita terhadap kesanggupan sesetengah individu dan puak pelampau agama menghina kesucian agama yang kita anuti, sebagai penganut agama Islam, kita jangan

sesekali melatah dan membuat tindak balas secara tidak bertamadun serupa juga. Sebagai penganut agama Islam yang menekankan pendamaian dan kesejahteraan, kita jangan terbabit dengan kegiatan membakar kitab suci penganut agama lain. Protes dan bantahan terhadap perbuatan biadab tersebut harus kita lakukan bagi menunjukkan sikap dukacita dan ketidakpuasan hati terhadap amalan yang tidak bertamadun tersebut. Namun, ia harus diterjemahkan menerusi saluran yang aman dan bertamadun.

Sebenarnya, sejarah sikap prejudis dan bias masyarakat Eropah terutamanya terhadap agama Islam sekiranya disulurseri telah berlangsung dengan agak lama. Peristiwa lampau terutamanya perseteruan secara bersenjata sebagaimana telah berlaku menerusi pertelingkahan yang sering dirujuk sebagai Perang Salib beberapa kurun lalu banyak mempengaruhi corak dan rentak perhubungan antara masyarakat Islam dan Eropah pada masa kini.

Di era semasa hari ini, pandangan prejudis dan bias terhadap agama Islam dan tamadunnya mula dibincangkan secara meluas setelah teori pertembungan tamadun diperkenalkan oleh seorang ahli teori politik dari Amerika Syarikat bernama Sameul Huntington dalam sekitar tahun 1993. Menerusi teori ini, beliau cuba menggambarkan pola pertembungan dunia pada masa depan akan dipengaruhi oleh faktor ketamadunan. Di dalam tanggapan ini, tamadun Islam adalah antara peradaban yang berpotensi besar mencabar kestabilan dunia pada masa akan datang.

Teori yang diperkenalkan oleh Huntington ini bukanlah suatu yang terlalu baru dalam konteks masyarakat pada waktu itu sekiranya ditelusuri secara teliti. Namun, ia menjadi titik tolak

penting kerana sumbangannya di dalam membuatkan pengesahan secara akademik terhadap sentimen prejudis dan bias terhadap agama Islam yang telah pun wujud di dalam bentuk persepsi umum yang telah berlarutan sebelumnya.

Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh laporan media massa terhadap pelbagai peristiwa dan fenomena kebudayaan dan sosial di dalam dunia Islam semasa. Persepsi prejudis terhadap Islam ini dapat kita perhatikan di dalam pelbagai laporan akhbar di mana agama dan penganutnya sering dikaitkan dengan unsur keganasan, kemunduran dan ketidaktamadunan.

Sumbangan media massa di dalam membina tanggapan negatif terhadap Islam ialah menerusi penciptaan istilah-istilah seperti islamfobia, terroris Islam, militan Islam, extremis Islam atau Islam fundamentalis. Selain aspek pengistilahan, agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab, agama yang menekan dan mengeksploitasi wanita, agama yang anti kepada kemajuan dan moderniti dan agama yang menentang hak asasi manusia.

Dengan bersumberkan maklumat dari ahli-ahli akademik yang juga bersifat prejudis, media massa telah menyebarkan kefahaman dan maklumat yang tidak tepat terdapat agama Islam dan penganut secara tidak benar secara berterusan dan telah menyumbang kepada kejahilan masyarakat Barat terhadap Islam sehingga membawa kepada perasaan benci dan takut terhadap fenomena Islam sebagaimana tergambar di dalam perbuatan membakar al-Quran baru-baru ini.

Fenomena Islamophobia ini nyata merupakan cabaran dakwah utama pada masa kini yang harus ditangani secara berhemah oleh pendakwah dan pergerakan-pergerakannya. Strategi menyeluruh bagi menangani kejahilan masyarakat Eropah terhadap Islam perlu dijayakan. Langkah pertama bagi menangani cabaran ini harus bermula pada setiap individu Muslim terlebih dahulu iaitu dengan menyedari serta peka terhadap permasalahan yang sedang berlaku dan hendaklah berusaha memahami latar peristiwanya secara menyeluruh. Menerusi kesedaran asas ini, kita akan bersikap prihatin untuk memikirkan secara serius langkah-langkah penyelesaian di dalam mendepani cabaran ini pada masa akan datang.

Pada pandangan anda, Apakah tindakan yang sesuai diambil oleh masyarakat islam?

Antara Langkah-langkah dan tindakan yang sesuai yang oleh diambil oleh masyarakat islam antaranya:

1. Seluruh Jentera informasi Islam Perlu Berperanan

Dalam menghadapi tindakan menimbulkan rasa phobia terhadap Islam maka seluruh umat Islam, jentera dakwah, media komuniksi dan informasi perlu menyanggah usaha untuk melabelkan kejahatan dan keganasan dengan label Islam. Tindakan ganas, jajah, aniaya, perang dan sebagainya telah dilakukan oleh penganut Kristian jauh lebih banyak dan berganda dari kalangan umat Islam. Namun kita tidak pernah melabelkan kejahatan dan keganasan itu dengan label Kristian untuk kita menindak dan menentang seluruh kegiatan dan pertubuhan Kristian.

2. Mendedahkan Kebatilan Fahaman Sekularisme

Ciri-ciri fahaman sekularisme yang telah melanda umat Islam harus didedahkan supaya masyarakat Islam sedar akan bahaya fahaman sekularisme terhadap mereka. Langkah dan perancangan yang rapi harus diambil bagi menyedarkan umat Islam dan membawa mereka kepada iltizam akidah yang sebenarnya. Penegasan tentang Islam mencorakkan seluruh pegangan muslim dalam semua perkara dan isu perlu ditegaskan sehinga mereka tidak lagi menjadi penyokong faham dalam pelbagai bentuknya.

3. Menyedia dan melantik Para Pemimpin yang Soleh bertakwa dan Amanah.

Faktor pemimpin dan kepemimpinan yang baik amat menentukan kesejahteraan sesebuah negara atau bangsa. Kepimpinan teras mestilah terdiri dari golongan yang beriman dan amat beriltizam dengan nilai-nilai agama dan moral . Seandainya struktur kepemimpinan hanya dapat didaki oleh golongan yang korup dan bermuslihat sudah pasti nilai korup itu akan akan menjadi teras dan mewabak dalam keseluruhan jentera parti yang memerintah. Akibatnya struktur tersebut menjauhkan kalangan yang beriman, soleh dan beramanah. Ini memungkin kemusnahan dalam segenap susunlapis kepimpinan bawahan. Inilah yang dimaksudkan oleh al-Quran dengan istilah Inbia'th alAsyqa atau ketampilan golongan yang celaka menjadi pemimpin.

4. Reformasi Media Massa.

Media massa perlu memiliki falsafah penyiaran yang berteraskan al-Quran dan Hadith. Ia harus dipastikan multazim dengan dasar penyiaran Islam. Tujuan penyiaran sewajarnya untuk mendidik, meningkatkan kewarasan, menyelesaikan masalah, menyampaikan risalah dan saranan Allah kepada seluruh manusia, menghibur dalam batas yang halal dan kadar yang munasabah, membela golongan yang tertindas dan teraniaya, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Para penjawat jawatan dalam lapangan ini hendaklah dipastikan dari kalangan golongan yang berilmu yang menegakkan kesaksamaan dalam dirinya dan dalam isu di luar lingkungan dirinya. Mereka mesti melalui kursus profesionalisme kewartawanan yang menekankan penghayatan terhadap etika kewartawanan, tanggungjawab sosial, dan matlamat penulisan kerana Allah dan bukan kerana muslihat diri atau kroni. Para wartawan yang menghina Allah, Rasul, Para Sahabat, Perjuangan Islam, alim Ulama, dan golongan muslim dan muslimah yang komited perlu disingkirkan dan dipulihkan dalam pusat pemulihan khusus. Jika tidak mereka mungkin akan menjadi agen orientalis, imprialis dan Zionis yang menyesatkan khalayak pembaca dan umat.

5. Membentuk dan Mengamalkan Dasar Budaya yang Sihat

Dasar kebudayaan dan amalan membentuk budaya mesti menurut lunas-lunas Islam dan moral. Masyarakat tidak boleh dibiarkan hanyut dengan budaya memuja kebendaan. Institusi Budaya perlu mengukuhkan budaya yang mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Filem-filem yang ditayangkan di pawagam atau di kaca TV mestilah mempunyai tujuan positif; baik untuk mendidik, mahupun untuk menghibur

atau menambah ilmu. Semakin banyak ditayangkan filem-filem yang mempunyai mesej pendidikan, kemanusiaan, perjuangan dan sebagainya lebih baik dari filem-filem yang membibitkan keghairahan meniru gaya hidup Barat yang serba boleh menginjak batasan tradisi dan morality.

6. Meningkatkan Penguasan Teknologi Informasi, komunikasi dan lain-lain.

Umat Islam harus menebus kemunduran mereka dalam bidang ini dengan tangkas dan gigih. Persaingan dan pertembungan memerlukan keilmuan yang tinggi dan teknologi yang terkini. Kita tidak akan menjadi khaira ummah dengan sifat lembam, mundur dan sekadar menjadi pengguna teknologi orang lain. Kita perlu memiliki cokmar rahsia kejayaan orang lain. Kita mesti menyaingi dan mendahului mereka sepertimana para leluhur Islam yang telah membina peradaban Islam dalam era kegemilangannya. Teknologi terkini mesti dikuasai, dikembangkan dan menjadi darah daging kita. Baik dalam bidang penyiaran, perhubungan, persenjataan, pemakanan, perkhidmatan dan lain-lain.

7. Mengenalpasti Perencanaan dan Tipudaya Penjajah dan Zionist.

Gandingan yang semakin mantap antara negara-negara bekas penjajah dengan regim zionist dalam mambantai, memantau dan menguasai negara-negara umat Islam semakin ketara. Negara seperti Afghanistan, Palestin, Chechnya, Bosnia dan lain-lain

mendedahkan hakikat dan kegelojohan mereka. Konspirasi mereka menyebabkan seluruh umat Islam dan gerakan kemerdekaan dan kemanusiaan Islam dilihat dengan penuh curiga dan dihubungkaitkan dengan terrorisme. Kalau globalisasi dianggap trend untuk melahirkan penjajahan bentuk baru maka kempen memerangi terrorisme pula adalah mekanisme yang paling berkesan untuk merealisasi secara kekerasan tujuan penjajahan dalam bentuk dan era baru. Allah berfirman :

Mereka akan berterusan memerangi kamu sehinggalah mereka berjaya menyimpangkan kamu dari agama kamu sedaya yang boleh.

Pada hal yang mengamalkan kejahatan, penindasan dan keganasan adalah negara penjajah dan Zionist Israel.

8. Mengukuhkan Kristianisasi.

Jentera

dan

Agenda

Dakwah

Islam

Menentang

Diayah

Seruan dan diayah mereka sebenarnya adalah seruan ke arah kesesatan dan penyimpangan. Mereka boleh menambahkan pengikut dalam keadaan jentera dakwah Islam lemah dan tertekan. Oleh sebab itu usaha hendaklah digandakan untuk meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatan ibadah dan nilai-nilai agama dalam masyarakat agar tidak ada di antara anak-anak orang Islam yang boleh terjerumus dalam kemurtadan dan bertukar agama menjadi pengikut faham kekufuran. Selain dari kejahilan kemiskinan juga antara penyebab mengapa segelintir umat Islam bertukar agama. Oleh itu usaha untuk membenteras kemiskinan dan kefakiran mesti

ditingkatkan. Dana-dana membantu orang miskin perlu dimanfaatkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang semakin meningkat hasil dari kaadaan ekonomi yang merudum. Pengaruh budaya Barat dikatakan ikut menyebabkan orang Melayu menukar nama dan masuk agama Kristian, terikut-ikut menjadi pengamal budaya kufr. Pihak yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama perlu peka dan melonjakkan usaha dakwah agar kekebalan dalaman di kalagan umat Islam dapat menjadi benteng akidah Islam yang ampuh menghadapi serangan Kristian dan Judaism.

9. Bersama Menghadapi Impak Positif dan Negatif Globalisasi

Meskipun memang terdapat kesan positif dari trend globalisasi khasnya dalam bidang ilmu, komunikasi, informasi, ekonomi dan sebagainya, tapi dampak negatifnya jauh lebih menonjol. Umat dan negara umat Islam mesti membentuk Blok atau kesatuan dalam menghadapi bahaya dan ancaman globalisasi; baik dalam menjaga nilai asas budaya seagama, maupun melindungi ekonomi dan sumber kewangan mereka dari dibolosi dan dibekukan oleh golongan penyangak samaada negara atau individu koprat antarabangsa. Nilai-nilai kehakiman sejagat yang dimonopoli oleh kehendak negaranegara super power perlu dicairkan sehingga ia benar-benar merupakan nilai keadilan sejagat yang melindungi negara-negara miskin dan tertindas. Sistem pendidikan Islam yang dilabelkan oleh kuasa besar sebagai penjana terrorisme dan terrorist perlu dipertahankan. Tindakan menutup sekolah-sekolah agama dan Tadika Islam atas alasan yang sama perlu ditentang. Usaha untuk meminda ayat al-Quran; khasnya ayat yang mengutuk golongan Yahudi perlu ditentang. Tindakan menceroboh dan menganggap

negara Islam sebagai negara paksi kejahatan oleh regim pemerintah Amerika dan sekutunya perlu ditentang secara kolektif oleh OIC dan NGO Islam yang lain.

10. Memanfaatkan Aspek Positif Masyarakat Berbilang Kaum.

Kepelbagaian agama dan budaya serta kekayaan kemahiran yang merujuk kepada latar belakang etnik, bangsa dan pengalaman mungkin boleh dimanfaatkan untuk menambahkan tarikan pelancongan, peluang perniagaan dan perkongsian pintar yang serba menguntungkan semua warga negara Hal ini juga memberi peluang untuk kalangan tertentu menimba pengalaman berdakwah kepada berbagai bangsa dan kelompok budaya. Oleh itu selain dari hal ini merupakan cabaran ia juga merupakan peluang untuk menimba pengalaman dalam menyebarkan agama Allah. Umat Islam harus bijak memanfaatkan situasi ini untuk menjana faedah dan aspek-aspek positif dari kedudukan seperti ini. Rasulullah bersabda ; Orang mukmin itu bijaksana, pintar teliti, cermat , berhati-hati , mantap ,alim, wara' dan tidak gopoh. Masyarakat majmuk tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang perlaksanaan Islam, nilai dan

perundangannya, justeru Rasulullah suatu masa dahulu juga melaksanakan nilai ini dalam masyarakat yang majmuk. Akan tetapi apa yang diperlukan ialah keyakinan , kemahuan yang benar, keikhlasan perlaksanaan dan kesatuan umat Islam sebenarnya dalam isu ini.

11. Penyelarasan Kuasa NGO Islam

Seandainya kesatuan di kalangan badan-badan dakwah barangkali masih terlalu jauh untuk dicapai maka sekurang-kurang penggabungan tenaga dapat diraih untuk meningkatkan kuasa desak dalam pertarungan menghadapi kebatilan. Gerakan dakwah dalam berbagai bentuk perlu bergabung atau selaras dalam menangani isu-isu besar seperti perlaksanaan undang-undang Islam, pembelaan terhadap Pendidikan Islam, ekonomi umat dan nilai-nilai positif amalan demokrasi. Dengan demikian prestasi dakwah akan dapat ditingkatkan.

12. Mengwujudkan Pusat Latihan Kepakaran dan Kepimpinan Islam yang Canggih .

Badan-badan Dakwah Islam sukarela perlu bergabung tenaga untuk mengwujudkan pusat latihan kepakaran dakwah dan kepimpinan yang mutakhir dengan sukatan pendidikan yang lengkap, mantap dan serba canggih untuk melahirkan kadar kepimpinan yang cekap, berketerampilan dan menguasai teknologi terkini. Mereka juga harus dilatih dalam amalan rohaniah yang tinggi dan keupayaan retorik yang jitu serta keperluan-keperluan jihad yang lain.

Anda mungkin juga menyukai