Anda di halaman 1dari 15

GWP 1092

WACANA PENULISAN
(ULASAN, RESENSI &
KRITIKAN)
Disediakan oleh:
Dayang Nur Salma Dharmila binti Awang Salleh
Nor Azwa Asshifa binti Asseri
Nurul Syamimi binti Junaidi
Rozieta binti Ramli
(PPISMP P.A.)

Ulasan

Definisi
Ciri-ciri
Contoh: Akademik & Bukan Akademik

Resensi

Definisi
Ciri-ciri
Contoh

Kritikan

Definisi
Ciri-ciri
Contoh

CONTOH ULASA
N HASIL KAMI

TERIMA
KASIH!

ULASAN
Huraian tentang sesuatu,kupasan atau
tafsiran
-Sumber Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi keempat

CIRI-CIRI ULASAN

Judul buku
Nama penulis
Bahasa yang digunakan
Genre / kategori buku
Nama penerbit
Masa terbit
Jumlah halaman
Format buku
Penilaian terhadap gagasan idea
Kelebihan & kekurangan buku

RESENSI
Pertimbangan atau pembicaraan mengenai
buku dll.ulasan buku.
-Sumber dari Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat

CIRI-CIRI RESENSI
Tidak mengungkap terlalu banyak jalan
cerita
Menggunakan keterangan yang spesifik
Mengkaji latar belakang penulis
Bandingkan buku itu dengan karya orang
lain sehingga pembaca memperoleh
pengertian lebih baik tentang persoalan
tersebut

KRITIKAN
Kritik (analisis,penilaian dan ulasan
terhadap sesuatu karya )
Kritik (ulasan atau kata-kata) tentang
keburukan seseorang atau sesuatu
-Sumber Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat

CIRI-CIRI KRITIKAN
(a) Kritikan Sanjungan
Sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap
orang lain. Kritikan ini bersifat memuji karya dan pengarangnya yang
berupaya menghasilkan pemikiran bernas, serta dapat menampilkan
elemen karya yang menarik. Kritikan sanjungan ini muncul ada era
pascaperang dunia kedua dan pra ASAS 50. Pengkritik pada era ini
terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu
(Muhammad Yassin Maamor), dan Anak Negeri (Mohd Yusof
Ahmad). Kritikan pada masa itu tertumpu pada Sejarah Melayu
karya Tun Seri Lanang dan Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi.
Kritikan sanjungan ditujukan juga kepada pengarang kerana memiliki
daya intelektual, ketajaman dan kebernasan fikiran. Abdullah
Munsyi diiktiraf sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden
terutama dari perspektif gaya bahasa yang menggunakan
pendekatan autobiografi bersifat kewartawanan dalam karyanya.

(b) Kritikan Teguran


Kritikan teguran merupakan kritikan yang bersifat memberi teguran
dan peringatan secara ikhlas. Ia lebih praktikal kerana pengkritik
melaksanakan kajiannya dengan lebih berimbang dengan menyatakan
keistimewaan, kekuatan teks berkenaan dan menunjukkan kekurangan.
Tokoh terawal dalam kritikan teguran ialah Aminuddin Baki yang
menulis artikel Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang
Sebuah Buku Melayu di Utusan Zaman 12 Jun 1949. Aminuddin dalam
artikel tersebut mengkritik novel Korban Kesucian karya Keris Mas.
Aminuddin lebih intelektual dan tidak dipengaruhi emosi dan sentimen
dan tidak mengecam pengarang.
(c) Kritikan Saranan
Kritikan saranan adalah kritikan yang menganjurkan sesuatu untuk
memperbaiki kekurangan serta memantapkan unsur-unsur yang
membina dalam karya. Kritikan saranan juga bersifat memberi
alternatif untuk membaiki kekurangan. Kritikan ini mengalirkan nilai
yang positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang
dan pengkritik sendiri.

(d) Kritikan Pendekatan


Pendekatan merupakan suatu proses mendekati sesuatu. Ia merupakan
usaha untuk mencapai pengertian terhadap sesuatu penelitian. Dalam bidang
kritikan pertimbangan atau penilaian pengkritik berlandaskan suatu aspek
atau tinjauan tertentu. Landasan ini merujuk kepada penggunaan teori atau
ilmu tertentu. Pendekatan kritikan yang berkembang di tanah air ialah
pendekatan intrinsik, pendekatan ekstrinsik, pendekatan moral, pendekatan
psikologi, pendekatan sosiologi dan pendekatan arkitaip.
Pendekatan intrinsik adalah pendekatan terhadap karya sastera menerusi
premis bahawa perlu melihat karya itu sendiri, terutama terhadap unsurunsur dalaman yang membina karya sastera seperti plot, watak dan
perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa. Pendekatan ekstrinsik
ialah pendekatan yang memberi fokus terhadap memanfaatkan ilmu bantu
bukan sastera iaitu sejarah, agama, psikologi, politik dan sosiologi.
Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini seringkali dikaitkan dengan
pendekatan struktural yang menilai aspek formal dalam karya sastera.
Pendekatan moral pula berkaitan dengan penelitian terhadap nilai-nilai moral
dan agama. Kajian ini difokuskan terhadap perilaku watak yang ditampilkan
oleh pengarang.

Pendekatan psikologi atau dikenali sebagai pendekatan kemanusiaan


lebih ditumpukan kepada empat aspek yang saling berkaitan dan
melibatkan pengarang, watak dan pembaca. Pertama, pengalaman
hidu peribadi pengarang serta aspek kejiwaannya yang mempunyai
kaitan dengan sejarah hidup pengarang. Kedua, proses penulisan
teks karya sastera yang melalui proses mencari idea, pengeraman,
iluminasi, dan verifikasi. Proses penciptaan ini berkaitan dengan
proses dalaman dan luaran. Ketiga, sifat atau perilaku zahir dan
batin watak. Kritikan ini akan melihat kedudukan watak protagonis
dan antagonis dalam menghadapi pelbagai persoalan, konflik dan
sebagainya. Keempat, melihat kesan karya terhadap pembaca. Ia
dikaitkan dengan aspek emosi hasil dari tanggapan dan pengalaman
pembaca.
Pendekatan sosiologi pula memberi tumpuan terhadap tiga aspek
utama iaitu pengarang, karya, dan masyarakat. Manakala pendekatan
arkitaip atau tipa induk menjurus kepada perbincangan berkaitan
dengan kepercayaan dan pegangan hidup sesebuah masyarakat. Ia
sering dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, dan mitos yang
dipaparkan dalam karya sastera.

(e) Kritikan Penganalisisan


Kritikan penganalisisan merupakan kritikan bersifat penyelidikan
untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya termasuk untuk
menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian sesebuah karya
sastera. Pengkaji melakukan penelitian dengan menghurai dan
menganalisis karya tersebut. Dalam analisis tersebut pengarang
membuat huraian terperinci terhadap bahasa, permulaan dan
pengakhiran cerita, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan,
nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi dalam karya berkaitan.
Pendekatan ini juga melihat bagaimana teknik penulisan sesebuah
karya sastera dari genre tertentu. Ia bermatlamat untuk mengesan
kecenderungan pengarang sama ada menulis sebuah karya berbentuk
kovensional atau ekspiremental. Kerja-kerja mengkritik
menggunakan ilmu dan teori tertentu untuk mencapai tujuan analisis
berkenaan.

(f) Kritikan Penilaian


Pengkritik yang melakukan kritikan penilaian melihat adakah
sesebuah karya sastera itu bermutu atau sebaliknya. Pengkritik
haruslah bijaksana, adil, saksama dan dapat mengemukakan hujah
yang konkrit sebelum membuat justifikasi. Pengkritik perlu
mengetahui banyak aspek iaitu pengarang yang menghasilkan karya,
subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu karya
dipaparkan. Pengkritik tidak boleh berat sebelah.

Anda mungkin juga menyukai