Anda di halaman 1dari 4

membentuk

kemahiran
menyelesaikan
masalah-
kontekstual

kemahiran
Komunikasi
berfikir aras
dan kolaborasi
tinggi

Ciri-ciri
pedagogi
masa kini
teknologi
mengajar
sebagai
menggunakan
pengupaya-
pendekatan
alat
'project based
kolaborasi,
learning'
alat digital

kreatif dan
inovatif
1. KOMUNIKASI DAN KOLABORASI

Ciri-ciri pedagogi masa kini:

 Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Baha Inggeris dan lain-lain
bahasa.

 Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.

 Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan


tahap pendengar.

 Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan.

 Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya.

 Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.

 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

2. LITERASI TEKNOLOGI, MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan membaca, menulis


serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi. Murid masa kini berada
gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer
dan pelbagai media.komukikasi yang lain. Hal demikian kerana teknologi media
maklumat telah menjadi alat standard dalam dunia pendidikan. Memandangkan aplikasi
TMK terbukti berupaya meningkatklan mutu pembelajaran, maka kemahiran
penggunaan TMK perlu dipindahkan kepada murid secara bersungguh-sungguh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak kebaikan yang boleh
dimanfaatkan dengan menggunakan TMK jika teknologi ini digunakan dengan
berfaedah kerana jutaan ilmu dihimpunkan dalam talian.

3. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta
sesuatu.

Menjelang tahun 2016, struktur pentaksiran KBAT dalam sistem pendidikan di Malaysia
akan membentuk:

 80% daripada soalan UPSR

 80% daripada soalan penilaian Tingkatan Tiga

 75% daripada soalan peperiksaaan SPM

 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM

4. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BASED LEARNING

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek


 Projek dijalankan secara individu.
 Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah siap.
 Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
 Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap
tahap proses.
 Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
 Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
 Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
 Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan kebolehan
murid.

5. PENYELESAIAN MASALAH
Peringkat-peringkat penyelesaian masalah adalah seperti berikut:
 Mengenal pasti masalah
 Mencarai maklumat dengan masalah yang diberi
 Membuat hipotesis atau ramalan
 Menguji hipotesis
 Membuat penilaian
 Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan

6. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual:
 Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang melibatkan
aktiviti hand-on dan minds-on.
 Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik
darjah yang selesa, makmalyang lengkap dan teratur serta alat bantu belajar
yang sesuan dengan pengalaman sedia ada murid.
 Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani,
emosi dan sosial serta budaya murid.

Anda mungkin juga menyukai