Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH
25 JUN 2020 (KHAMIS)
MASA
0900 – 0930 (30 MINIT)
TEMA
KELESTARIAN ALAM
UNIT
TAHUKAH KAMU?
TAJUK
TAMAN NEGARA KITA

DISEDIAKAN OLEH
ABDUL HANIS BIN OTHMAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)
(ASPEK SENI BAHASA)

Tarikh : 25 Jun 2020


Hari : Khamis
Tahun : 3 Beta
Bil. Murid : 30 orang (14 orang lelaki 16 orang perempuan)
Masa : 0900 – 0930 (30 minit)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema Kelestarian Alam


Tajuk Taman Negara Kita
Standard 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam
bahan sastera.
Kandungan

Standard 4.2.1 Melafazkan pantun yang mengandungi bahasa yang


Pembelajaran indah dan menjelaskan maksud.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pemudahcaraan, murid-murid


dapat:
1. Melafazkan pantun yang mengandungi bahasa yang
indah dengan intonasi dan sebutan yang betul.

2. Menjelaskan maksud pantun dengan tepat.

Sistem Bahasa  Tatabahasa : laras bahasa – bahasa sastera


 Kosa kata : lestari, tadahan dan kitaran

Pengisian  Bahasa : aspek seni bahasa


Kurikulum/  Nilai Murni : menghargai
Elemen Merentas
Kurikulum
Kemahiran  Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur,
Bernilai membaca, menulis
Tambah  Kemahiran Berfikir : mengenal pasti
 Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik, muzik, interpersonal
 Pendekatan Tematik : kelestarian alam
 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri : aktiviti soal jawab
 Pembelajaran Koperatif : berbincang dalam kumpulan
Bahan Bantu  Komputer riba
Belajar  Alat pembesar suara
 LCD
 Petikan Pantun
 Lembaran Kerja Kumpulan
 Lembaran Kerja Individu

Pengetahuan  Murid-murid mengetahui tentang amalan kelestarian alam.


Sedia Ada
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Kelas 3 Beta

Masa/ Aktiviti Pengajaran dan


Isi Pelajaran Catatan
Langkah Pembelajaran

Set Induksi Sumber Video : Teknik : Soal Jawab BBB


(5 minit) https:// Komputer riba, LCD,
www.youtube.com/ i. Guru menayangkan video alat pembesar suara
watch?v=ngjHB7c78JE lagu “Rakan Alam
Sekitar”. KB
Soalan: Menghubung kait
ii. Murid bersoal jawab
1. Apakah mesej yang
dengan bimbingan guru
anda faham daripada BCB
berdasarkan video yang
video? Memproses
ditayangkan.
2. Di manakah tempat maklumat
tersebut? iii. Murid menghubung kait
3. Jadi, apa agaknya video dengan tajuk Kecerdasan
yang hendak kita pelajaran hari ini dengan Pelbagai
belajar hari ini? bimbingan guru. Verbal-linguistik
Muzik
Jangkaan jawapan:
1. Kita mestilah Pembelajaran
menjaga Berpusatkan
kelestarian alam. Murid
2. Hutan.
3. Taman Negara Kita. Nilai Murni
Menghargai

Langkah 1 Melafaz Pantun Kaedah : Ajuk Hafaz Objektif 1


(7 minit)
i. Guru melafazkan pantun BBB
‘Taman Negara Kita’ Petikan Pantun
dengan intonasi dan
sebutan yang betul. Kecerdasan
Pelbagai
ii. Murid mengajuk dan Verbal-linguistik
melafazkan pantun
rangkap demi rangkap Pembelajaran
dengan bimbingan guru Berpusatkan Murid
secara beramai-ramai.
iii. Guru meminta beberapa Nilai Murni
orang murid sukarela Menghargai
untuk melafazkan pantun
dengan intonasi dan
sebutan yang betul di
hadapan bilik darjah.
Langkah 2 Lembaran Kerja Teknik : Perbincangan Objektif 2
(8 minit) Kumpulan
i. Murid-murid dibahagikan BBB
kepada lima kumpulan. Lembaran Kerja
i. Setiap kumpulan akan Kumpulan
diberikan satu lembaran
KBAT
kerja.
Menganalisis
ii. Murid-murid dalam
kumpulan memadankan KP
rangkap pantun dengan Verbal-linguistik
maksud yang tepat. Interpersonal
iv. Murid-murid berbincang
jawapan yang betul Pembelajaran
Koperatif
dengan bimbingan guru.
Nilai Murni
Kerjasama

Langkah 3 Lembaran Kerja Teknik : Latih Tubi Objektif 2


(8 minit) Individu
i. Murid-murid diberikan BBB
lembaran kerja secara Lembaran Kerja
individu. Individu
ii. Murid menulis dan
menjelaskan maksud KBAT
pantun dengan betul. Menganalisis
iii. Murid-murid berbincang
jawapan dengan KP
bimbingan guru. Intrapersonal

Penutup Penutup : Kognitif Teknik : Sumbang Saran KB


(2 minit) Merumus isi
Kepentingan taman i. Murid-murid bersoal jawab pelajaran
negara : dengan guru tentang
Kawasan tadahan air kepentingan taman negara. KP
Kekalkan kitaran alam ii. Murid-murid merumuskan Interpersonal,
Hindari hakisan tanah isi pelajaran dengan Verbal-linguistik
bimbingan guru.
Soalan : Nilai
Apakah yang kita Menghargai
pelajari hari ini?

Rumusan isi pelajaran

Pantun :
Melafaz dan
menjelaskan makna
pantun.
Lampiran 1

Pantun Taman Negara Kita

Letak di para buah delima,


Daun ketupat di sisi saudari;
Taman negara diberikan nama,
Jadikan tempat indah lestari.

Hilang kejora menjelang pagi,


Nampak titisan belumlah cair;
Taman negara tanahnya tinggi,
Jadi kawasan tadahan air.

Pokok bidara di tepi perigi,


Pohon mempelam lebat buahnya;
Taman negara perlu dilindungi,
Kitaran alam kekal selamanya.

Di pohon ara ayam berkokok,


Di atas tanah turun si nuri;
Taman negara banyak pokok,
Hakisan tanah dapat dihindari.
Lampiran 2

Lembaran Kerja Kumpulan


Padankan setiap rangkap pantun di bawah dengan maksud yang betul.

1. Letak di para buah delima, Taman negara merupakan


Daun ketupat di sisi saudari; kawasan tanah tinggi yang
Taman negara diberikan nama, menjadi tadahan air.
Jadikan tempat indah lestari.

2. Hilang kejora menjelang pagi, Pokok-pokok di taman


Nampak titisan belumlah cair; negara dapat mengelak
Taman negara tanahnya tinggi, berlakunya hakisan tanah.
Jadi kawasan tadahan air.

3. Pokok bidara di tepi perigi,


Taman negara menjadikan
Pohon mempelam lebat buahnya;
sesebuah tempat kekal cantik.
Taman negara perlu dilindungi,
Kitaran alam kekal selamanya.

4. Taman negara hendaklah


Di pohon ara ayam berkokok,
dipelihara demi mengekalkan
Di atas tanah turun si nuri;
kesimbangan alam.
Taman negara banyak pokok,
Hakisan tanah dapat dihindari.

[4 markah]
Lampiran 3

Lembaran Kerja Individu


Jelaskan maksud bagi setiap rangkap pantun di bawah.

Pohon nona di tepi kolam,


Buah di dahan dipetik teruna;
Flora dan fauna penyeri alam,
Ciptaan Tuhan paling sempurna.

1. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Benih selasih mari disemai,


Daun melati jatuh bertabur;
Pantai nan bersih mengundang damai,
Tenangkan hati ketika berlibur.

2. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Menghias kota pepohon palma,


Tempat berkasih si burung jelatik;
Alam kita tanggungjawab bersama,
Pastikan bersih setiap detik.

3. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai