Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN AKADEMIK

Sebagai guru baharu, bagaimana anda dapat mengaplikasikan sumbangan,


kepimpinan dan profesionalisme tokoh ini dalam amalan pengajaran anda di sekolah
nanti.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan


menjadi keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti
mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya standing dengan
negara-negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang
pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam
meperkukuh daya saing negara dan membina 1Malaysia.

(Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin,Malaysia Minister


of Education,2013)

Berdasarkan pernyataan di atas pendidikan memainkan peranan utama dalam


menuju ke arah kecemerlangan pada arena antarabangsa. Maka tenaga pengajar
memberi impak yang amat besar dalam melahirkan modal insan yang baik dari aspek
JERIS. Dalam lautan dunia yang luas ini terdapat beberapa tokoh pendidik yang
mewujudkan perubahan yang besar dalam dunia pendidikan. Tokoh-tokoh
pendidikan ini telah memberi dan berkongsi ilmu yang seseorang manusia perlu
mencapai dalam diri sendiri bagi bersaing dengan dunia moden kini. Ron clark telah
dalam senarai tokoh pendidikan dunia di mana beliau merupakan seorang yang
bukan sahaja muda dari segi fizikal malah lebih muda dalam aspek pemiran. Beliau
telah mewujudkan perubahan yang besar dalam alam pendidikan dengan
mewujudkan prinsip-prinsip yang hebat melalui The Essential 55 bagi melahirkan
murid-murid yang lebih cemerlang.

Pemberian ilmu yang diberi oleh tokoh Ron Clark telah memberi pelbagai input
kepada populasi pengajar dan penyampai ilmu dalam dunia ini. Sumbangan
kepimpinan dan profesionalisme dalam beliau telah memberi keyakinan dalam diri
setiap guru yang memainkan peranan sebagai pengajar. Hal ini kerana, profesion
keguruan merupakan satu profesion yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Oleh itu, kepimpinan dan profesionalisme Ron Clark telah menjadi tunjuk ajar
kepada semua warga guru terutamanya guru-guru novis seperti kita yang baru masuk
dalam dunia pengajaran. Maka, saya akan berupaya mengaplikasikan prinsip-prinsip
Ron Clark untuk menjadi seorang guru yang lebih berkualiti dan profesional.
Ron Clark telah mewujudkan tiga prinsip yang utama tunjang kepada suatu proses
pengajaran dan pemudah caraan yang lebih efektif. Antaranya ialah
disiplin,penghormatan dan adab sopan. Beliau telah menyumbangkan suatu buku
yang mengandungi 55 petuah untuk mewujudkan suatu bilik darjah yang lebih disiplin
iaitu The essential 55. Buku ini memiliki 55 peraturan yang perlu diaplikasikan oleh
seorang guru dalam sesebuah bilik darjah. Petuah-petuah yang terdapat dalam buku
ini mampu membantu seorang guru baharu mengawal tingkah laku murid-murid di
dalam bilik darjah.

Pertamanya, saya akan membentuk beberapa peraturan dan prinsip sebelum


memulakan suatu proses pengajaran dan pemudahcaraan seperti Ron Clark
mewujudkan di dalam kelas beliau sendiri. Hal ini amat penting dalam membentuk
seorang modal insan yang berjaya. Seorang guru perlu mempunyai beberapa
peraturan dalam mendidik murid-murid. Kita perlu memberi peraturan peraturan
yang lebih spesifik. Hal ini kerana, kita akan dapat perubahan yang positif jika kita
mendedahkan jangkaan kita lebih spesifik kepada setiap inidividu murid-murid.

Saya akan mewujudkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid
semasa proses PdPC. Saya akan menjelaskan kepada murid-murid tentang jangkaan
pencapaian akademik dan tingkah laku setiap murid secara keseluruhannya. Sebagai
contohnya, semua murid harus beratur sebelum keluar untuk rehat. Murid-murid perlu
mematuhi peraturan-peraturan yang diwujudkan supaya tidak dapat denda atau
hukuman. Dengan ini, murid-murid akan lebih berdisiplin dan mengikuti arahan saya.

Guru novis juga perlu mengamalkan amalan ganjaran dan hukuman dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan. Hal ini kerana, ganjaran dan hukuman mampu
mengubah tingkah laku seseorang murid. Ron clark juga telah menggunakan kaedah
ganjaran dalam bentuk manisan manakala menggunakan hukuman ringan jika murid
tidak mematuhi peraturan-peraturan. Berdasarkan peraturan essential 55 beliau,
seluruh kelas akan menghadapi hukuman jika serang daripada ahli kelas
menunjukkan tingkah laku.

Hal ini kerana, ia akan membuatkan ahli kelas menjadi lebih bertanggungjawab
dalam mematuhi perauran. Maka, saya juga akan mempraktikkan amalan ganjaran
sebagai pujian kepada murid-murid yang bertingkah laku baik. Saya juga akan
menggunakan peneguhan posif dan peneguhan negatif jika murid-murid
mununjukkan tingkah laku yang diingini serta tidak diingini. Ia kan membantu murid-
murid mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diingini.
Hal ini telah dibuktikan melalui teori pelaziman operan B.F Skinner. Dalam teori
pelaziman operan, gerak balas dilakukan dan diulangi atau dihapuskan jika diberikan
peneguhan setelah gerak balas itu ditunjukkan

Seterusnya saya juga akan memberi lebih perhatian kepada komunikasi antara
murid-murid dan guru. Saya akan mempraktikkan main peranan dalam kalangan
murid-murid. Ron clark telah menyatakan komunikasi antara guru dan amat penting
dalam menjadikan seorang murid menjadi lebih yakin dan mesra. Komunikasi antara
guru dan murid-murid akan mewujudkan suatu hubungan akrab. Ron clark telah
menyatakan kita semua merupakan keluarga. Murid-murid harus menganggap
rakan sekelasnya sebagai hubungan keluarga supaya mereka lebih memahami
antara satu sama lain.

Saya juga akan menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan dengan


kaedah pedagogi yang berasaskan keseronokan (fun learning). Sebagai seorang
guru novis, kita akan menghadapi cabaran dalam menyampai ilmu kepada murid-
murid dengan cara yang betul. Maka, kita perlu mencari satu pendekatan pengajaran
yang lebih kesan. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang memberi keseronokan
serta ilmu kepada murid-murid. oleh itu, Saya akan mempraktikkan muzik dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan sebagaimana Ron Clark telah
menyampaikan isi pelajaran dengan nyanyian. Contohnya, beliau telah mengajar
senarai nama presiden Amerika Syarikat melalui nyanyian muzik Hip Hop mengikut
urutan yang betul.

Oleh itu, Penggunaan muzik dalam proses PdPC merupakan satu inisiatif yang
mampu memberikan impak yang lebih positif kepada kepada murid-murid. Saya akan
berupaya mengajar dengan menggunakan muzik serta nyanyian supaya menjadikan
suasana kelas lebih seronok. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan akan meningkatkan minat murid terhadap sesuatu subjek. Maka,
mereka juga akan mula dengar dan mengikut seorang guru baharu dengan senang.
Murid-murid akan mula memberi kerjasama jika mereka berasa selesa dengan
proses PdPc yang diajar oleh seorang guru yang baharu. Murid-murid dapat
mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih tekun.

Selain daripada itu, saya juga akan mempraktikkan pendekatan bermain dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan. kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain
adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah
berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan
memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang
menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang
perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang
dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak.
Semasa bermain, kanakkanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang
dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi,
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain

Anda mungkin juga menyukai