Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan dari segi pengalaman encik nordin tersebut, beliau sangat mahir dan cukup

banyak pengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Jadi, sudah pasti encik nordin
sangat mahir dalam pelaksanaan sesi kaunseling kelompok. Dengan itu, Terdapat banyak
faktor yang menyebabkan kaunseling kelompok dianggap berkesan dalam menyelesaikan
masalah seseorang individu itu. Faktor yang utama keberkesanan kaunseling kelompok ialah
kerana suasana yang kondusif atau teraputik. Suasana yang kondusif atau teraputik ini lebih
bersifatkan kepada keadaan di dalam bilik kaunseling itu sendiri di mana keadaan bilik yang
selesa akan menyebabkan klien atau ahli- ahli yang terlibat didalam kaunseling kelompok itu
berasa mudah untuk berkongsi masalah dan pendapat. Keadaan bilik yang perlu diambil kira
antaranya ialah saiz bilik itu yang luas atau selesa untuk menjalankan aktiviti kaunseling
kelompok, pemilihanwarna yang terang dan ceria agar klien atau ahli- ahli boleh menyampaikan
setiap pandangan dengan lebih yakin, dan sistem pengudaraan yang cukup agar klien berasa
selesa berasa di dalam bilik yang mungkin akan melibatkan 4 atau 5 orang ahli semasa
menjalankan aktiviti kaunseling kelompok. Selain itu, kedudukan bilik kaunseling juga
hendaklah jauh dari suasana yang bising dantidak menjadi tumpuan orang untuk lalu lalang. Hal
ini kerana di khuatiri jika suasana terlalu bising, perbincangan tidak dapat diadakan dengan
lancar kerana terganggu dek kebisingan yang terhasil dan jika terdapat ramai orang yang
lalulalang di sekitar bilik itu, di khuatiri orang yang lalu lalang itu akan terdengar akan diskusi
yang sedang dijalankan.

Faktor yang seterusnya ialah penglibatan. Semua ahli di dalam kaunseling kelompok.
Apabila mereka berada di dalam kaunseling kelompok, mereka akan berada bersama- sama
dengan individu yang juga mempunyai masalah yang sama atau hampir samadengan mereka.
dengan itu, mereka tidak akan berasa mereka menanggung sendirian akan masalah yang
sedang mereka alami.Ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok pastinya merasa derita atau
bebanan masalah yang ditanggung oleh rakan- rakan di dalam kumpulan tersebut. Maka
dengan itu, tidak mustahil jika mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan
bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu. Ahli- ahli kumpulan akan cuba untuk
memberi cadangan dengan bimbingan dari kaunselor dan hal ini telah mewujudkan satu
penyelesaian masalah apabila mereka bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Sikap
sensitif terhadap masalah rakan-rakan lainlah yang telah menyebabkan ahli- ahli dalam
kaunseling kelompok sedaya upaya memberi bantuan antara satu sama lain. Ahli- ahli juga
berupaya memupuk semangat dan motivasi sesama mereka. Secara tidak langsung, ahli yang
bermasalah terangsang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada peringkat
permulaan sesi. Dari sini, kita sudah nampak bahawa penglibatan semua ahli di dalam
kaunseling kelompok memainkan peranan yang besar dalam menjayakan sesi kaunseling itu.

Anda mungkin juga menyukai