Anda di halaman 1dari 13

PENGAJIAN TARANNUM &

QIRAAT
PIM 1044
IMAM QIRAAT WAJAH 5
Disediakan Oleh:
Izzati Syamimi binti Salim
Siti Zaleha binti Zaba @ Jaba
Dayang Nur Salma Dharmila binti Awang Salleh

Imam Qiraat Wajah 5

Sejarah

Pengasas

Imam Qiraat Wajah 5


1. Merupakan salah satu daripada tujuh
mazhab qiraah sabah.
2. Biasa dibaca oleh penduduk di
kepulauan Nusantara dan juga
dibaca majoriti umat Islam di
dunia.

Imam Ashim
Nama Lengkap: Abu Bakar Ashim bin Bahzalah al-Asadi al-Kufi.
Merupakan imam yang dihormati di kalangan ulama qiraah yang lain

kerana kepakarannya dalam bidang qiraaah al-Quran.

Merupakan orang yang tekun dalam melaksanakan ibadah, memiliki etika

yang terpuji dan mempunyai suara yang indah.

Memiliki dua perawi (orang atau murid yang meriwayatkan qiraah):


1) Abu Bakar Syubah bin Salim al-Hannath al-Asadi al-Nahsyali al-Kufi
(lebih popular dengan sebutan Syubah)
2) Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi.

Daripada kedua-dua perawi itu, hanya riwayat atau bacaan Hafs sahaja

yang digunakan umat Islam ketika ini.

Mengapa Penduduk di Kepulauan Nusantara


Menganut Aliran Qiraah Riwayat Hafs ?
Berkait rapat dengan sejarah penyebaran Islam di kawasan ini
oleh para pendakwah-pendakwah yang dikatakan berasal dari
pelbagai kawasan seperti India, Persia dan Tanah Arab.
Menurut catatan sejarah masuknya Islam ke kawasan ini, para
pendakwah yang juga melakukan perniagaan berasal dari kawasan
Persia.
Memandangkan bahawa faktor geografi Kufah yang berhampiran
dengan kawasan Persia, maka ia menjadi satu hipotesis masuknya
qiraah Ashim riwayah Hafs ke Nusantara bersama-sama dengan
masuknya pendakwah tersebut.
Imam Ashim sendiri berasal dari Kufah Irak yang merupakan
bandar ilmu dan peradaban ketika itu.

Mengapa Penduduk di Kepulauan Nusantara


Menganut Aliran Qiraah Riwayat Hafs ?
Para pendakwah itu di dalam menyebarkan agama Islam turut
mengajarkan al-Quran mengikut qiraah Ashim yang sememangnya
menjadi aliran yang dominan di masyarakat Kufah ketika itu.
Ini diperkukuh lagi dengan fakta bahawa mazhab qiraah yang
berkembang di Iran (Persia) sekarang mengikut riwayah Hafs.
Oleh kerana penyebaran Islam di kawasan Nusantara disebarkan
oleh para pendakwah-pendakwah yang berasal dari kawasan Parsi,
maka dengan sendirinya sistem bacaan al-Quran yang digunakan
adalah mengikut qiraah Ashim riwayah Hafs. Oleh kerana itu, hari
ini kita mengenali satu cara pengajaran dan pelajaran membaca alQuran dengan menggunakan qaidah baghdadiyah iaitu satu kaedah
yang berpandukan kepada cara orang Baghdad (Kufah) dalam
mempelajari al-Quran.

Mengapa Penduduk di Kepulauan Nusantara


Menganut Aliran Qiraah Riwayat Hafs ?

Daripada premis itu kemudian Qiraah Ashim riwayah Hafs


berkembang dan dibaca di kepulauan Nusantara sehingga ke hari
ini.
Dengan memahami latar belakang dan asal mula munculnya ilmu
qiraah ini, pengetahuan kita terbuka kepada satu keadaan di mana
ketika kita membaca al-Quran, Imam Ashim riwayah Hafs yang
selama ini kita amalkan bukanlah
satu-satunya qiraah yang
diamalkan umat Islam.
Apatah lagi mempunyai pemikiran dengan menyalahkan dan
menganggap qiraah mazhab lain salah.

Mengapa Penduduk di Kepulauan Nusantara


Menganut Aliran Qiraah Riwayat Hafs ?
Dengan begitu, ketika kita mendengar orang lain membaca alQuran dengan qiraah yang asing atau pelik di telinga, maka kita
tahu bahawa orang itu membaca dengan qiraah selain riwayah
Hafs.
Hakikatnya, dengan mengenali dan mempelajari ilmu qiraah,
tercipta di dalam minda kita satu pemikiran yang menerima
kepelbagaian amalan dan tradisi yang berbeza dengan kita.
Ilmu qiraah turut menyumbang satu pemahaman tentang pluraliti
kehidupan termasuk bagaimana kita juga bersikap terbuka
terhadap kepelbagaian keyakinan, agama, bangsa, bahasa, budaya
kaum dan lain sebagainya kerana sememangnya itu adalah
sunnatullah.

Imam Qiraat Wajah 5


IMAM ASHIM

IMAM HAFS

IMAM SYUBAH

Imam Ashim
Nama

: Asim bin Abi Najud ( Abdulah ) bin Bahdalah Al-Asadi

Kinayah

: Abu Bakar

Keistimewaan : Imam Qiraat dalam masyarakat Syam


Gabenor. Qadi dan Imam di Damsyik
Terbaik di kalangan Muslimin tabiin
Tarikh Wafat : 127 Hijrah di Kufah
Anak murid

: Syubah
Hafs bin Sulaiman

Imam Hafs
Nama

: Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi

Tarikh lahir

: 90 Hijrah

Kinayah

: Abu Umar

Keistimewaan : Berguru dengan Asim iaitu bapa tirinya


Pakar dalam Ilmu Qiraat
Gurunya

: Asim bin Abi Najud

Anak murid

: Husin bin Muhamad Maruzi


Amru bin as-Sobah
Fudail bin Yahya

Tarikh Wafat : 180 Hijrah

Imam Syubah
Nama

: Syubah bin Ayash bin Salim bin al-Hanat al-Asadi an-Nahsyali al-Kufi

Tarikh lahir

: 95 Hijrah

Kinayah

: Abu Bakar

Keistimewaan : Imam besar di Kufah


Ulama di kalangan Ahli Sunnah di Kufah
Telah khatam al-Quran sebanyak 18 ribu kali
Guru-gurunya : Asim bin Abi Najud
Ato bin Saib
Aslam Minqary
Anak murid

: Abu Yusof Yaakob bin Khalifah


Abd Rahman bin Abi Hammad
Yahya bin Muhammad

Tarikh Wafat : 193 Hijrah

SEKIAN
TERIMA KASIH :)

Anda mungkin juga menyukai