Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya,perguruan merupakan satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar

mereka mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka teradap diri sendiri,masyarakat dan tanggungjawab terhadap yang Maha Pencipta.Menurut perspektif islam,kedudukan seorang guru adalah setaraf dengan pemimpin negara dan tugas seorang guru,iaitu mendidik masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut.Namun begitu pada masa sekarang persepsi masyarakat terhadap profesionalisme perguruan sudah berubah.Masyarakat mula memandang kerjaya ini sebagai satu bidang yang mudah untuk dilakukan dan bukanlah satu kerjaya terkenal.tambah memilukan,apabila munculnya kenyataan daripada akhbar yang elaporkan berkenaan salah laku guru yang semakin menjadi-jadi.Akibatnya,kualiti kerjaya ini semakin hilang dan masyarakat tidak lagi meletakkan kepercayaan mereka terhadap kemampuan guru. Bagi mengatasi masalah ini,terdapat pelbagai inisiatif yang perlu diambil bagi memartabatkan kembali profesion perguruan.Agenda ini juga sebenarnya telah menjadi teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) Kementerian Pelajaran Malaysia di mana usaha ini membawa kepada penaikan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) .Antara usaha yang boleh dilakukan ialah melalui usaha pemantapan latihan perguruan.Usaha ini penting bagi meningkatkan lagi kualiti guru yang sedia ada disamping membina personality seseorang guru sebagai persiapan bagi menghadapi karenah pelajar.Kadangkala,seseorang guru tidak dapat mengawal emosi mereka dan seringkali bertindak diluar kawalan terutamanya terhadap murid.Hal inilah yang mengaibatkan berlakunya aduan yang kurang enak didengar berkenaan tingkah laku guru.Pemantapan latihan guru bolehh dibuat melalui pelbagai cara termasuklah kursus yang dilakukan secara berkala dan pemantauan le pihak Kementerian terhadap guru terutamanya guru-guru baru. Selain itu,penambahbaikan persekitaran kerja juga merupakan salah satu daripada strategi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan martabat profesion perguruan.Penambahbaikan yang dilakukan termasuklah embuat penjenamaan semula terhadap etika dan etiket bagi guru.Sebagai contoh,memberi disiplin yang ketat terhadap waktu bekerja yang tela ditetapkan dan juga etika pemakaian.Hal ini demikian kerana kita dapat melihat guru semakin liat untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan sekolah.elain itu juga,saya merasakan bahawa waktu bekerja guru juga patut dipanjangkan ,iaitu sepertimana yang pernah dicadangkan suatu ketika dahulu iaitu selama 9 jam.Dari sinilah kita akan dapat melihat komitmen sebenar yang dapat diberi oleh guru. Kesimpulannya,segala apapun usaha yang telah digariskan olej kementerian Pelajaran bagi memartabatkan profesion perguruan,seharusnya guru tersebut perlulah terlebih dahulu melonjakkan dirinya menuju kearah kecemerlangan .Perancangan pengembangan diri dan kerjaya yang dirancang mengikut kemampuan mampu melonjakkan seseorang guru kearah kecemerlangan dan kerjaya seterusnya membangunkan masyarakat menuju kearah kegemilangan.

Anda mungkin juga menyukai