Anda di halaman 1dari 5

LOMPAT TINGGI

Pengenalan 1. Lompat tinggi ialah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. 2. Asas lompat tinggi yang baik ialah kebolehan dalam menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi, penujuan dan lonjakan yang tepat adalah amat penting. Sejarah Awal Lompat Tinggi 1. Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan olehraga. Ia disertai oleh peserta lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat antarabangsa. 2. Ia mula dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1896 hinggalah sekarang. Buat julung kalinya ia dikendalikan pada kurun ke-19 bertempat di England. 3. Para peserta bertanding dan bersaing melepasi palang yang diletakkan di antara dua belah tiang yang boleh diturunkan dan dinaikan berdasarkan pada tingkat ketinggian yang telah ditetapkan. 4. Dalam pertandingan ini, sekiranya peserta-peserta itu gagal untuk melepasi ketinggian palang selepas membuat lompatan tiga kali berturut-turut dalam percubaannya maka penyertaannya dianggap batal atu dibatalkan dan bagi peserta yang terakhir sekali berhenti atau pembatalannya terakhir sekali dianggap pemenang 5. Terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi dari semasa ke semasa. Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih baik di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan.

6. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting ( Scissors Style ) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya Guling Barat ( Western Roll ), Plana ( Straddle ) dan Gaya Lentang ( Flop ). 7. Pada peringkat awal acara lompat tinggi, lompatan statik digunakan. Gaya ini digunakan dalam peringkat awal sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Asia. Gaya Plana pula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Eropah, manakala Gaya Lentang dipopularkan di Amerika Syarikat. 8. Pada tahun 1968, seorang pelompat tinggi berbangsa Amerika syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya baru lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas Olimpik 1968 di Mexcio. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan lebih menarik. Sejak itu, gaya tersebut semakin popular dan diminati. Ia kini sering digunakan oleh atlit-atlit lompat tinggi di seluruh dunia, termasuklah atlit Malaysia.

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN Teknik Gaya Gunting 1. Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang. 2. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut : o Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan sendiri. o Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi. o Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan. o Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa menjatuhkan badan.

Teknik Western Roll 1. Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan tersebut yang diperkenalkan oleh seorang rakyat Amerika, iaitu George Horrine.

2. Peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. 3. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat. 4. Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang (penerbangan) dan pendaratan. Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop ) 1. Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. 2. Lompatan ini sangat sesuai untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan. 3. Fasa Lompat Tinggi Dalam Teknik Flop Fasa penujuan. Fasa lonjakan. Fasa layangan. Fasa pendaratan. FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu: a. Fasa penujuan ( Approach ) Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved ) Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian. b. Fasa lonjakan ( Take-off) Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi acceleration

Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu.Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan. c. Fasa layangan ( Bar Clearance ) Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada. d. Fasa Pendaratan ( Landing ) Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan. Jarakkan lutut semasa mendarat Peralatan dalam acara lompat tinggi 1. Tiang - Tiang Sebarang jenis tiang boleh digunakan secara kejor/tegar. Cagak-cagak hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang. Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter. 2. Palang Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagianbahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. 3. Kawasan mendarat Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN 1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.

2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong. 3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya. 4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat. 5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak. 6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang. 7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat. 8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit. 9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan. 10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan. 11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan. 2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat. 3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. 4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

Anda mungkin juga menyukai