Anda di halaman 1dari 32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PANDUAN PENULISAN AKADEMIK

1.

PENDAHULUAN

Panduan penulisan penulisan akademik disediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang untuk kegunaan calon yang menyediakan tugasan penulisan akademik sebagai memenuhi keperluan untuk tugasan Kerja Kursus Pendek, Projek dan sebarang penulisan akademik di peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan program-program lain yang terlibat. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh pelajar agar penulisan yang dihasilkan adalah bermanfaat dan menepati piawaian penulisan akademik.

2.

FORMAT PENULISAN AKADEMIK

2.1

Kertas

Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.

2.2

Penaipan

Penulisan akademik mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.

2.2.1

Huruf Calon mesti menggunakan font Times New Roman dengan saiz 12 poin.

2.2.2

Langkauan

Penulisan akademik mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris (double spacing). Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dalam teks: i. Penghargaan. ii. Petikan asal. iii. Senarai rujukan. iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah. v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan. vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

2.2.3

Penaipan tajuk

Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas.

2.3

Santak teks

Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).

2.4

Perenggan

i.

Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri.

ii.

Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25 sm dari birai kiri. Antara perenggan satu baris (sekali enter). Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3 kali enter).

iii. iv.

v.

Antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali enter). Perenggan baharu pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurangkurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.

2.5

Birai (Margin)

Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut: i. ii. iii. iv. Tepi sebelah atas :3.0sm Tepi sebelah kanan :2.5sm Tepi sebelah kiri :3.8sm Tepi sebelah bawah :2.5sm

Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah. (Rujuk lampiran B)

2.7

Penomboran muka surat

2.7.1

Kedudukan nombor muka surat

Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan 1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor berkenaan.

2.7.2

Jenis nombor

Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1 penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan (i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.

Muka surat judul hadapan penulisan penulisan akademik di anggap 1, tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat kedua judul. Teks, rujukan dan lampiran

diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks.

2.8

Susunan Teks

Pihak IPG Kampus Pulau Pinang tidak menetapkan keperluan tertentu tentang pecahan kecil susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan penulisan akademik..

2.9

Nota kaki

Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing. Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.

2.10

Jadual

2.10.1 Penomboran jadual

Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual. Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.

2.10.2 Kedudukan Jadual

Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada muka surat berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) Jadual 5,sambungan). Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah dicatat.

2.10.3 Bentuk Jadual

Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis. Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas perangkaan disusun menegak dengan betul. Contoh: Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran ____________________________________________ Mata Pelajar Pelajar Pelajaran Lelaki Perempuan ____________________________________________ Matematik Fizik Biologi Kimia 52 85 70 66 72 65 86 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk landskap. 2.11 Rajah

Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang tidak menyerupai skrip atau jadual.

2.11.1 Kedudukan Rajah

Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran rajah juga berurutan.

2.11.2 Gambar foto

Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.

2.12

Cetakan

Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4.

SUSUNAN KANDUNGAN

Setiap Penulisan akademik mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan. Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan tertentu. Susunan dan kandungan penulisan Penulisan akademik perlu mengikut tertib seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Halaman Judul Pengakuan Penghargaan Abstrak dalam Bahasa Melayu Abstrak dalam Bahasa Inggeris Kandungan Senarai jadual Senarai rajah Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah Teks Rujukan

xi.

Lampiran (jika ada)

4.1

Halaman judul

Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut: i. Judul Penulisan akademik (dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari jidar)) ii. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan / pasport antarabangsa) iii. Penulisan akademik yang dikemukakan, contohnya

PENULISAN AKADEMIK YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) / PROJEK iv. v. Nama Pensyarah dan Jabatan Nama Institut Pendidikan Guru

(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG) vi. Tahun Penulisan akademik itu diserahkan untuk pemeriksaan.

4.2

Pengakuan / Declaration

Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan

menandatangani pengakuan tersebut. Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi penulisan akademik yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan.

4.3

Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Penulisan akademik merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Penulisan akademik calon.

4.4

Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan. Abstrak berupa ringkasan penulisan akademik yang memberi pendedahan tentang masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.

4.5

Kandungan

Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai kandungan yang terdapat dalam Penulisan akademik, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks. Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

4.6

Senarai jadual

Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan.

4.7

Senarai rajah

Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya yang terdapat dalam penulisan.

4.8

Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah

Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

4.9

Teks

Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut: BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan kajian BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan atau BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan dan Perbincangan BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan

4.9.1

Rujukan

Sebarang Penulisan akademik yang menggunakan karya lain sebagai rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang

menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya tersebut perlu disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM. Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak tujuh ruang.

4.9.2

Lampiran

Penulisan akademik tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

LAMPIRAN A

SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN) SEPERTI BERIKUT :

6 sm @ 2.35 inci
Tepi sebelah atas :6sm @ 2.35 inci

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEM PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.

SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH

DISERTASI/TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN / DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

4 sm @ 1.55 inci

LAMPIRAN L Contoh kandungan

KANDUNGAN

Muka Surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH BAB 1 1.1 1.2 PENGENALAN Kaedah Pengajaran yang digunakan. . 1.2.1 1 ii iii iv v vi vii viii

BAB 2 BAB 3 BAB 4 RUJUKAN LAMPIRAN

TINJAUAN LITERATUR METODOLOGI KAJIAN DAPATAN KAJIAN

170 178

LAMPIRAN D Contoh senarai jadual

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 4.3 4.5 Julat pencapian subdimensi menganalisis Kategori eksperimen yang dijalankan Penggunaan istilsh di dalam kelas

muka surat 13 59 63

LAMPIRAN N Contoh senarai rajah

SENARAI RAJAH Rajah 3.1 5.3 5.5 Carta pai peratus pencapaian PMR Graf peratus pencapaian Peta Konsep Piawai : Makenisme Pengangkutan Bahan Merentasi Membran Plasma. muka surat 10 45 55

LAMPIRAN B

FORMAT PENULISAN AKADEMIK (TEMPLATE) 1. Birai (Margin)

2
3
Tepi sebelah atas Tepi sebelah bawah Tepi sebelah kiri :3.0sm @ 1.15 inci :2.5sm @ 1 inci :3.8sm @ 1.5 inci

2. Saiz kertas

3. Langkauan (spacing) double spacing

Kertas A4

2 1

4. Huruf Times New Roman saiz 12

5. Muka surat 3

4 Atas sebelah kanan

6. Muka surat pertama setiap bab tidak dicetak nombor muka surat

3 1 2 - Sila klik disini

7. Santak teks - Jusitfy

2 kali enter , mula menaip di enter ke 3 @ 5.0cm

Set CENTER dan BOLD

BAB 1

4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm

PENDAHULUAN

4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm

Tekan butang TAB 1 kali

Tajuk BOLD

perlu

enggan ama tidak u di TAB

1.1

Pengenalan (1 enter @ enter ke-2 selepas tajuk)

Bab ini akan membincangkan secara keseluruhan kajian dan permasalahan kajian. Seterusnya akan melihat tujuan kajian dan persoalan kajian. Akhir sekali bab ini akan melihat kepentingan dan batasan kajian yang dijalankan. Kerangka

(1 enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas) Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati
Ensotan / indent golongan 1.25cm (TAB 1 kali)

berpendapatan bahawa ffsdfskfasfJgpjvjs[gpj gpapgjpgpg pdgjdjbzlbjztjp asfddfpsdfp adkadljf

sfklfjsd sdfkkjasjatjlvlzv dlgjgjjdgldgl

1.1

Kajian rintis 1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk

Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan leh penyelidik dan kajian rintis telah dijalankan di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan unutk menguji kemampuan instrument tersebut mengutip dana yang dikehendaki. Selepas beberapa pemerhatian dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya senarai semak yang sesuai dan memenuhi keperluan penyelidikan di kemukakan (Lampiran B)...................................................... (1 kali enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas) Kesalahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi berpengalaman dan pensyarah universiti untuk membaca dan memberi komen. Senarai semak yang dibina juga telah disemak dari segi bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan.

Subtajuk baharu - 2 kali enter atau enter yang ke 3 dari ayat terakhir

1.2

Kesahan dan kebolehpercayaan

1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan tehadap senarai semak selepas kaji dijalankan dengan menggunakan program SPSS.Nilai alpha bagi senarai semak yang atau yang dipakai dalam kajian (Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak yang sebelumnya (Lampiran A) adalah alpha 0.5.

Pastikan sekurang-kurangnya mengandungi dua baris yang lengkap di taip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.

LAMPIRAN J

5.0 sm

PENGAKUAN (2 kali enter)

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

15.11.1999

Tandatangan SITI NORBAYA BT ABDULLAH 19980201486

nombor pendaftaran

LAMPIRAN F

RUJUKAN

A Dictionary of Human Behaviour. (1981). Cambridge: Harper & Row Publisher. Ahmad Kamal Ariffin. (2006).Tekanan Kerja Di Kalangan Kaunselor Pelajar Daerah Petaling. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya. Al- Darmaki dan Fatima, R. (2004). Counselor Training , Anxiety and Counseling Self Efficacy : Implication For Training Psychology Student From The United Arab Emirates University . Social Behavior and Personality, 31, 497-508. Allinder, Rose, M. (1996). Effects of Differential Implementation of Curriculum-Based Measurement .Exceptional Children, v62 n6 p525-35 May 1996 Anis Anwar (2005) Kaunseling Keluarga, blog Nur Qudrah Enterprise di perolehi pada Ogos 5, 2009. Andi Audryanah Md. Noor. (2007). Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Pengetua Sekolah Menengah Dan Hubuungannya Dengan Pencapaian Akademik Sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Shah Alam. UiTM. Anastasia, A. (1982). Psychological Testing. Ed. -5. New York : Mac Millan Publishing Co. Inc. Arina Yasir (2007) Siapa kaunselor?diperolehi pada September 9, 2008 daripada siapakaunselor. Html. Asrah Datok Ambas. 2003. Perkembangan Profesion Yang Berterusan. Seminar Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian Sumber Manusia. Kementerian Pendidikan Malaysia Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Selangor: PTS .Professional. Azwan Ahmad , Abdul Ghani Abdullah , Mohammad Zohir Ahmad dan Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Kajian Yang Diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jilid 7. Disember 2005. Jurnal Penyelidikan, Universiti Sains Malaysia

Anda mungkin juga menyukai