Anda di halaman 1dari 52

ASAS UMUM PENULISAN

• Pengertian Penulisan
Penulisan ialah proses membuat keputusan
melalui penentuan idea dan imej yang dapat
menyampaikan maklumat dengan cara:

- menentukan perkataan
- menentukan susunan fikiran
- menentukan bentuk dan laras pengucapan
- menentukan fokus
- menentukan tahap kebolehbacaan

BBU
Penulis seharusnya:

- Berfikir secara jelas


- Berfikiran secara tersusun
- Berfikiran secara logik
- Berfikiran secara kreatif dan imaginatif
- Berfikiran secara gramatis
- Berfikiran secara kritis

BBU
• Penulisan adalah satu jenis wacana yang boleh
menyampaikan idea, fakta dan maklumat kepada
pembaca dengan tujuan dan maksudnya yang tepat dan
jelas.

• Wacana merupakan konsep yang meliputi semua


komunikasi bukan sahaja mesej atau teks tetapi juga
pengucapan dan penerimaan dalam konteksnya.

• Ayat sebagai satu unit fikiran boleh dianggap sebagai


satu unit wacana. Begitu juga dengan paragraf,
karangan, hasil penulisan dan pengucapan

BBU
Mengapa anda menulis?

Jawapannya mungkin:

 Untuk menyatakan sesuatu perkara kepada sesetengah


orang.
 Untuk membolehkan seseorang membuat keputusan
atau melaksanakan perubahan.
 Untuk mencadangkan penyelesaian kepada masalah
atau mengubah keadaan yang sedia ada.
 Untuk mengajak seseorang supaya menerima cadangan
atau mengambil sesuatu tindakan.
 Untuk mengkaji kemungkinan melaksanakan sesuatu
projek.
BBU
Apa perlu anda lakukan?

Jawapannya – Kenalilah sasaran anda iaitu:

• Sasaran khusus
• Sasaran umum

Mengenali sasaran akan membantu anda memilih:

• Bahasa yang sesuai digunakan


• Jargon yang patut dan tidak patut digunakan.
• Fakta yang hendak disampaikan.
• Kaedah dan cara penyampaian. BBU
Langkah seterusnya:
Mengumpul fakta – Memberi perhatian kepada fakta
yang berkait dan relevan sahaja kerana:

Fakta dan Data yang dikumpulkan ini dapat


memastikan:
• Penyelidikan/pemeriksaan telah difikirkan dan telah
dibuat selengkapnya.
• Fakta dan data yang penting telah dipilih.
• Hanya fakta dan data yang relevan dimasukkan.
• Cadangan yang diberikan adalah munasabah.

BBU
Langkah yang berikut ialah:
Mengatur, menyusun dan menulis fakta serta data
yang diperoleh.

Menulis data dan fakta ini hendaklah satu persatu


berdasarkan:

• Pengenalan idea.
• Pengukuhan idea dengan fakta.
• Sokong fakta dan idea.
• Hujah fakta dan idea.
• Rumus dan tutup.

BBU
Bagaimana menghasilkan penulisan yang
Berkesan?

•Memiliki pengucapan bahasa yang betul dan baik.


•Mempunyai idea yang baik.
•Kecekapan berkomunikasi.
•Mengetahui struktur dan pendekatan penulisan.

BBU
Pendekatan Penulisan

Beberapa jenis penulisan yang menjurus kepada penulisan


yang berkesan.

1. Pendedahan – Sesuatu perkara atau maklumat yang


hendak disampaikan itu didedahkan, dihuraikan,
disingkap, dikupas dan dipaparkan secara jelas dan
terperinci.
Tujuannya ialah untuk memindahkan idea secara
berkesan daripada fikiran penulis kepada pembaca.
Pendekatan ini boleh menjurus kepada penerimaan
yang berkesan kepada pembaca kerana:
- Penulis seorang yang pakar dalam bidang yang
hendak ditulisnya.
BBU
- Pembaca tidak mengetahui tentang subjek berkenaan.
- Pembaca harus diyakini untuk mempercayai dan
memahami subjek yang dinyatakan.

BBU
Pendekatan Penulisan:

2. Penerangan – Melibatkan lebih jauh daripada


memberitahu tentang sesuatu subjek walaupun ada
persamaan makna dengan pendedahan, penceritaan dan
penghujahan.

Pengertiannya ialah memindahkan pengamatan dan


pemerhatian sesuatu subjek yang melibatkan imej,
sensasi, mood dan sebagainya itu kepada pembaca. Ini
akan melibatkan komunikasi pengalaman di samping
fakta yang akan disampaikan.

BBU
Tujuannya untuk menerangkan sesuatu supaya
pembaca dapat melihat visual subjek yang
diperkatakan itu secara jelas. Pendekatan ini lebih
sesuai untuk menggambarkan suasana, tempat, orang,
peristiwa dan benda.

BBU
Pendekatan Penulisan:

3. Penceritaan – Melibatkan pelbagai jenis penulisan


seperti cerita pendek, sejarah, kisah, autobiografi,
novel, hikayat dan sebagainya. Ciri yang penting di sini
ialah penekanan terhadap peristiwa yang berlaku dalam
bentuk bersiri atau peristiwa tunggal.

Penceritaan biasanya terdapat dalam bentuk gabungan


dengan bentuk prosa yang lain. Contohnya, subjek
yang diberi penerangan yang jelas akan dihuraikan
dalam teknik penceritaan yang lebih menarik.

BBU
Penulisan berbentuk penceritaan seharusnya
mempunyai permulaan cerita, pertengahan cerita dan
pengakhiran cerita. Antara contoh penulisan
penceritaan ialah biografi, penceritaan sejarah, anekdot
dan sebagainya.

BBU
Pendekatan Penulisan:

4. Pemujukan – Ciri yang ada dalam penulisan


berbentuk ini ialah pemujukan yang berusaha untuk
mengubah pemikiran, kepercayaan dan perlakuan
pembaca terhadap subjek yang dinyatakan atau yang
ditulis.

Untuk tujuan ini, penulis akan mencari kecenderungan,


minat, tahap pendidikan dan sebagainya lagi yang
berkait dengan pembaca sasaran mereka.

BBU
Terdapat 2 jenis pemujukan:

1. Pemujukan rasional (penghujahan – menggunakan


logik dan bukti).

2. Pemujukan tidak rasional (penghujahan berdasarkan


persaan dan emosi.

BBU
Pendekatan Penulisan:

5. Penghujahan – Merupakan satu bentuk pemujukan


rasional yang mana idea utama yang dihujahkan itu
akan dipertahankan. Penulis akan melakukan
pemujukan berdasarkan hujahan fikirannya yang
rasional, logik dan jelas.

Tiga unsur penting dalam hujahan ini ialah:


• Dakwaan atau pendapat yang mesti disokong
berdasarkan andaian, kemungkinan dan penilaian tetapi
bukannya fakta.

BBU
• Alasan, kenyataan atau bukti sebagai penyokong
kepada dakwaan atau pendapat yang dihujah.

• Khalayak atau pembaca yang perlu diyakini dengan


hujahan ini.

BBU
Kaedah Penulisan

Merupakan cara atau kaedah yang diguna untuk


menyampaikan idea kepada pembaca secara berkesan.
Antaranya ialah:

1. Perbandingan – Menerangkan persamaan atau


perbezaan antara dua perkara. Persamaan menekankan
ciri-ciri yang serupa dan perbezaan melihat aspek yang
berlainan.

BBU
2. Penakrifan – Penakrifan atau definisi biasanya dikaitkan
dengan kamus kerana daripada kamuslah kita mendapat
pengertian sesuatu makna. Kamus memberikan batasan
makna terhadap sesuatu perkataan dari sudut
penggunaan dan lojiknya.

BBU
3. Pencerakinan – Teknik perkembangan topik dengan cara
memecahkannya kepada beberapa komponen dan
kemudian membincangkan komponen itu satu persatu
dengan membentuk kesatuan di antara bahagian
tersebut.

BBU
4. Percontohan – Percontohan digunakan sebagai teknik
untuk membantu melihatkan penulisan yang baik kerana
percontohan dilakukan dengan membuat huraian
melalui contoh yang khusus.

BBU
5. Penamsilan – Merupakan satu jenis perbandingan yang
dilakukan dengan cara memperkenalkan subjek kedua
untuk menunjukkan persamaan dan ini dapat
menerangkan sesuatu tentang topik utama.

BBU
6. Kaedah penulisan yang lain ialah penerangan.

Matahari Terbit – Kaedah mengembangkan idea


secara penerangan.

BBU
7. Kaedah penulisan yang lain ialah pembuktian. Lihat
contoh di bawah:

Peperangan – Kaedah mengembangkan idea secara


pembuktian.

BBU
8. Kaedah penulisan yang lain ialah penjejakan. Lihat
contoh di bawah:

Afganistan – Kaedah mengembangkan idea secara


penjejakan.

BBU
CIRI-CIRI PENULISAN

1. JELAS – Penulisan yang jelas merupakan penulisan


yang berjaya mengungkapkan idea dengan nyata, jelas
dan terang serta dapat difahami dengan baik oleh
pembaca. Manakala penulisan yang tidak jelas ialah
penulisan yang kabur, samar-samar dan amat sukar
untuk difahami. Penulisan begini tidak akan boleh
menyampaikan idea yang hendak diperkatakan itu.
Penulisan yang berkesan adalah berdasarkan pemilihan
yang baik dari segi:
• pemilihan perkataan
• pembinaan ayat
• penyusunan idea
BBU
2. PADU – Penulisan yang padu ialah penulisan yang
mempunyai kesatuan dan berfokus pada satu tema
utama. Idea yang terkeluar atau melencong daripada
fokus akan menjadi unsur gangguan dan akan
merosakkan penulisan.

Sesebuah perenggan yang dibina boleh


mengembangkan hanya satu idea topik sahaja, dengan
ini perbincangan dapat difokuskan pada subjek yang
diperkatakan.

Dengan ini tumpuan terhadap tujuan atau idea akan


dapat dikawal berdasarkan urutan fikiran yang jelas.
BBU
3. BERPAUT – Penulisan yang berpaut akan memberi
kelancaran dan kelicinan kepada pergerakan
pembacaan daripada satu idea ke satu idea yang lain.
Kepautan dapat dihasilkan daripada susunan penulisan
yang baik dan jelas khususnya yang menggunakan kata
hubung atau transisi.

Kata hubung merupakan titian atau jambatan yang


digunakan dalam ayat dan perenggan. Contoh kata
hubung ini ialah:
• Walau bagaimanapun
• namun
• tetapi
• oleh sebab itu BBU
• maka
• hatta
• akibatnya dan sebagainya

BBU
4. TERSUSUN – Penulisan yang tersusun merupakan
penulisan yang baik dari segi perkembangan idea yang
rapi dan urutan yang jelas serta logik.

5. BERSINAMBUNG – Tanpa kesinambungan, penulisan


akan menjadi tersekat-sekat dan tidak lancar. Ini akan
memberi laluan kepada ruang yang kosong dan
pemisah kepada sesuatu ayat. Idea yang bersinambung
ialah idea yang tersusun, berpaut dan lancar.

6. TEPAT – Penulisan yang tidak tepat ialah penulisan


yang tidak menggambarkan fakta yang betul.
Maklumat yang ditulis hendaklah menggambarkan
kebenaran dan bukannya kepalsuan.
BBU
7. SOPAN – Penulisan yang baik ialah penulisan yang
tidak menghina orang lain atau menjejaskan imej pihak
lain. Tatasusila dalam penulisan hendaklah dijaga
supaya penulisan yang dihasilkan menjadi penulisan
yang bersopan dan berbudi.

8. Mempunyai nilai kebolehbacaan – Kebolehbacaan


berkait dengan proses membaca iaitu pemahaman,
kefasihan dan minat. Ia mempunyai hubungan dengan
profil pembaca yang boleh dikaitkan dengan tahap
pendidikan mereka.

BBU
9. Kreatif dan imaginatif – Seharusnya memaparkan
bahan yang baik dari segi idea, perspektif, maklumat
atau sebagainya yang baharu sahaja. Tetapi cara
persembahannya mestilah baik dan berkesan. Penulis
seharusnya mengetahui teknik penyampaian yang baik
dalam mengembangkan idea seperti:

• Penakrifan
• Percontohan
• Pencerakinan
• Perbandingan
• Penamsilan dan sebagainya

BBU
10. LENGKAP – Akhir sekali setiap penulisan mestilah
lengkap dari segi:

• Tatabahasa iaitu setiap ayat harus ada subjek dan


predikat, ejaan yang betul dan istilah yang tepat.

• Perenggan yang dirancang – ada perenggan


pengenalan, beberapa perenggan isi dan perenggan
penutup serta kesimpulan. Setiap satu dihuraikan
secara tersusun, berpaut dan padu.

BBU
TAKRIF PENULISAN

Satu bentuk komunikasi yang melibatkan tiga unsur :

• Penulis
• Persoalan atau perkara yang akan dibincangkan
• Pembaca
Penulis

MANUSKRIP

Persoalan Pembaca
BBU
PROSES PENULISAN

Proses penulisan melibatkan dua perkara yang saling


berkaitan:

1. Proses pengolahan idea.

2. Proses yang melibatkan penguasaan teknik untuk


mengungkapkan idea (cara penulisan).

BBU
Perkara Penting dalam mengembangkan idea:

 Apa?
• Perkara yang hendak disampaikan.

 Bagaimana?
• Penerangan.
• Pendedahan.
• Pemujukan. (menyakinkan pembaca)
• Penceritaan. (kreatif, fiksyen)
 Siapa?
• Khalayak/Pembaca sasaran.
• (kanak-kanak, remaja/dewasa BBU
 Bila?
• Sesuatu peristiwa berlaku (timely, timeless)

BBU
Pembinaan dan Penyusunan Idea

 Menyediakan pemetaan judul (kandungan buku,


tajuk bab dan sub tajuk).
 Menyenaraikan idea utama.
 Menyenaraikan idea sampingan
(pandangan/pendapat).
 Menyenaraikan idea sokongan (ilustrasi).
 Menyusun idea mengikut keutamaan.
 (Merancang penulisan dan mengelakkan
pengulangan idea).
 Perbincangan

BBU
CARA MENGEMBANGKAN IDEA

 Takrifan
 Subtajuk
 Menguatkan hujah perenggan
 Menguraikan fakta
 Tambahan ilustrasi seperti rajah, jadual, - setiap satu
dibincangkan dalam satu perenggan
 Kronologi
 Lokasi

BBU
CIRI PENULISAN YANG BAIK

 Kesempurnaan – lengkap dan menjurus kepada


fokus atau isu utama.

 Kejelasan – pembaca faham perkara yang


disampaikan.

 Kepautan dan kesinambungan – maklumat


disampaikan dengan licin dan teratur.

 Kesatuan – keseluruhan tulisan tertumpu pada idea


utama.
BBU
JENIS PENULISAN
Bergantung pada cara pengolahan dan format penulisan.
Karangan

Kreatif Infomatif
Infokreatif
• Drama • Buku Surat rasmi Biografi
• Puisi • Berita Iklan Autobiografi
• Disertasi/tesis Ucapan
• Cerpen
• Rencana Syarahan
• Novel • Kertas Cadangan
• Iklan Penyelidikan
Perniagaan • Kertas Kerja
• Laporan
• Ulasan/resensi
• Minit Mesyuarat

BBU
Penulisan Informatif

 Penulisan berdasarkan fakta yang sahih, bukan


rekaan.
 Segala yang dinyatakan telah dibuktikan.
 Penulis perlu membuat rujukan pada fakta yang
telah ditulis oleh pakar dalam bidang ini.
 Penulisan rapi dan tersusun.
 Biasanya ayat ringkas, mudah.
 Mempunyai format penulisan.

BBU
Penulisan Kreatif

 Penulisan yang bebas dan tidak terikat dengan syarat


dan peraturan penulisan informatif dari segi isi,
bahasa, gaya dan organisasi teks.

 Penulisan yang tidak terlalu terikat kepada format


buku.

BBU
PENDEKATAN PENULISAN

 PENDEDAHAN (DESCRIPTION)

 PENERANGAN (EXPLANATION)

 PENAAKULAN (REASONING)

 PENCERITAAN (NARRATION)

BBU
PENDEKATAN PENDEDAHAN

 Pemerihalan (outline) – bermaksud buka, hurai,


singkap, papar atau tunjuk.

 Menyampaikan maklumat tentang benda, tempat,


seseorang atau proses (rupa, sifat spt. dimensi, warna,
tekstur, bahan dan struktur)

 Tugas penulis untuk memberi kefahaman dengan


mendedahkan suatu perkara dengan jelas.
BBU
 Penulisan yang paling mudah.

 Penulisan perlu jelas dan tidak berbelit-belit.

BBU
PENDEKATAN PENERANGAN

 Penjelasan, penghuraian – bermaksud seperti


pendedahan tetapi lebih mendalam/jelas menerangkan
sesuatu subjek.

 Tujuan untuk memperincikan sesuatu pendedahan dengan


lebih mendalam tentang perkara, maklumat, peralatan atau
proses.

 Penulisan lebih rapi kerana mengambil kira tindak balas


daripada pembaca.

 Penulis juga perlu menjawab soalan mengapa, bila dan juga


mengapa.
BBU
PENDEKATAN PENERANGAN Samb.

Teknik/jenis penerangan:
Percontohan
Cth: Salah sebuah sungai yang tercemar di Malaysia ialah Sungai
Juru.
Analogi
Menerangkan sesuatu dengan membandingkannya dengan yang lain.
Cth: Bentuk badan ikan umpama peluru membolehkannya meluncur laju dalam
air.
Pentakrifan
Cth: Ikan Pelagik ialah ……………
Pengkategorian
Cth: Penyelidikan ini dijalankan dengan tiga fasa:
Fasa 1: ………….
Fasa 2: ……….....
Fasa 3: …………
BBU
BAHASA YANG BERKESAN
Pembentukan kata
Pembentukan ayat
Ejaan
Tanda baca
Huruf kecil huruf besar
Laras bahasa
Etika
Perbincangan.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai