Anda di halaman 1dari 18

BACAAN

1. KONSEP COACHING
DEFINISI COACHING

Coaching sebagai satu keadaan yang mana coach berpasangan dengan


coachee dalam satu proses yang mencabar minda dan kreativiti yang
memberi inspirasi kepada coachee untuk memaksimumkan potensi peribadi
dan profesional mereka.
2.
ICF (International Coaching Federation)

Apakah Coaching?
 Coach memudahcara coachee untuk meningkatkan pembelajaran
 Coach tidak memberikan ilmu sebaliknya membina kesedaran coachee tentang
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran mereka sendiri
 Coach memotivasikan dan membimbing coachee untuk menggunakan
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada mereka untuk
merealisasikan apa yang mereka mahu memiliki apa yang mereka ingin miliki
dan melakukan apa yang mereka ingin lakukan
 Coach mengeluarkan kepakaran dan resos yang sedia ada dalam diri
coachee. Mereka boleh memilih arah mereka sendiri dan jalan terbaik untuk
meningkatkan prestasi
 Misi seseorang coach ialah untuk mencabar pemikiran coachee supaya berfikir
dengan serius untuk menghuraikan kekusutan dalam pemikiran mereka dan
seterusnya menemui jalan yang menuju kepada longgokkan idea dan jalan
penyelesaian
 Cara ini memberikan peluang kepada coachee untuk mereka memuat naik
(upload) pengetahuan dan bukan memuat turun (down load) pengetahuan
Mengapa Coach?
 Mengubah amalan  Kesedaran
 Untuk mencapai matlamat  Akauntabiliti
 Pemikiran reflektif  Bertanggungjawab
 Peningkatan kapasiti  Tidak bergantung
(peribadi, profesional, institusi)  Membina kepercayaan
 Keyakinan  Menggerakkan orang

Jenis-jenis coaching:
2. FAEDAH COACHING KEPADA
ORGANISASI
p
m
e
irk
n u
tb
a
g d
sw
lh
oyc.jti
3. SET MINDA COACHING

SPEKTRUM SOKONGAN
4 PERBEZAAN ANTARA COACH, MENTORDAN KAUNSELOR
5. LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN COACHING

6. KEMAHIRAN COACHING
1. Membina kepercayaan, kerahsiaan and rasa hormat
2. Temu bual konteks
2.1 Pendengaran aktif
2.2 Penyoalan reflektif
3. Penetapan matlamat (goal setting)
3.1 GROW
3.2 KPI
4. Memerhatikan dan memerihalkan praktis
5. Memberi maklumbalas berkesan

Kemahiran Temu Bual Konteks


1. Pendengaran Aktif
2. Penyoalan Reflektif

1. Pendengaran Aktif
• Memberi sepenuh perhatian kepada seseorang dengan perhatian secara fizikal
seperti melihat pada orang berkenaan, mengangguk, senyum dan sebagainya.
• Mendengar apa yang tersirat dan tersurat
• Jangan mencelah
• Jangan memberikan nasihat
• Jangan berkongsi cerita anda sendiri
• Tangguh membuat penilaian/ pengadilan
• Jangan bertanyakan soalan, kecuali memberi jawapan yang ringkas
• Mengambil nota ringkas jika perlu
• Menjelaskan maksud mereka dengan membuat parafrasa pada masa yang
sesuai
• Membuat ringkasan/membuat rumusan

Peraturan Pendengaran Aktif


• Beri perhatian
• Jangan mencelah
• Jangan bercerita
• Jangan memberi nasihat
• Tangguh penilaian/pengadilan
• Jangan berbincang sehingga temu bual selesai secara rasmi.

2. Penyoalan Reflekti
• Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis atau tahap penyoalan yang boleh
digunakan oleh coach bersama rakan untuk membuat refleksi secara kritis
berkenaan amalannya.
Tahap 1: Soalan Memperjelas
Tahap 2: Memperjelaskan tujuan,
sebab-musabab, kesan
yang dirancang
Tahap 3: Mendalami platform dan
falsafah pendidikan

Peraturan Penyoalan Reflektif


 Soalan berasaskan pengalaman yang sebenar
 Menggunakan perkataan yang objektif tanpa
membuat penilaian
 Bersedia untuk membuat susulan pada soalan asal
 Mengekalkan intonasi suara yang neutral
 Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif, seperti mengangguk, melihat
pada orang berkenaan, menggunakan soalan mencungkil / galakan yang pendek
 Elak daripada memberikan nasihat
 Jangan mulakan diskusi sehinggalah temu bual selesai secara rasmi

(2.) Reflective Interviewing


• Probing Questions
• Paraphrasing
• Feedback
• Checking Perceptions
• Advising & Reframing)

10 Soalan Hebat Coaching


1. ‘Bantu saya untuk memahami . . .’ selagi guru itu belum memahami sesuatu,
guru itu tidak harus dipersalahkan.
2. ‘Bantu saya untuk memahami apa yang berlaku kepada anda sekarang.’
Untuk lebih memahami isu yang sedang berlaku, coachee harus
memahaminya sendiri dulu. Soalan ini menggerakkan mereka supaya guru
kurang emosional dan mempunyai pandangan yang logikal berkait dengan
situasi tersebut
3. ‘Jika anda tidak tahu, apakah maksudnya itu?’
Tanya begini jika coachee anda mengatakan dia tidak tahu bagaimana hendak
menjawab sesuatu soalan. Soalan ini membenarkan mereka membayangkan
apa jawapannya seolah-olah mereka bersahaja, sehingga jawapan sebenarnya
keluar.
4. ‘Apakah yang anda perlukan (daripada saya) sekarang?’
Soalan ini menyebabkan coachee mengaitkan keperluan sebenarnya dan
membolehkan dia meluahkannya.
5. ‘Apakah soalan yang baik yang saya boleh tanya anda sekarang?’
Soalan ini berkesan kerana ia membawa coach ke bidang yang releven dengan
situasi itu.
6. ‘Apakah coachee perlu daripada saya sekarang?’ Inilah soalan yang coach
harus tanya diri sendiri untuk menunjuk arah.
7. ‘Dan. . .?’ Jika anda kurang pasti arah mana yang dituju, atau jika anda rasa
coachee ada banyak lagi yang nak disebut.
8. ‘Kerana. . .?’ …membolehkan klien meneroka rasionalnya.
9. ‘Apakah yang ingin anda capai, jika ada kemungkinan, dalam batasan
waktu?’
……membolehkan klien memfokus kepada hasil-hasil yang berjaya dalam masa
yang terhad.
10. ‘Apakah yang anda telah capai, yang mungkin anda tidak sedari masa itu?’
…..membolehkan seseorang memulakan penapisan tentang perkara yang
berjaya yang dia telah lakukan.

3. Pemerhatian
Prosesnya…
Pemerhati perlu mencatat:
1. Peristiwa yang dilihat
2. Kata kunci dan isi utama perbualan
3. Persekitaran fizikal- the nonverbal
4. Ruang waktu (e.g. 2 minit dengan anggota yang sedang marah)
5. Nama orang yang terlibat dalam interaksi
Ambil masa untuk lengkapkan nota di akhir tugasan.

Maklumat Deskriptif Memberikan:


• Keterangan peristiwa yang dilihat (e.g. melihat jam sebanyak 5 kali)
• Kata kunci dan isi utama perbualan
• Komunikasi non-verbal (bahasa badan, atur letak kerusi)
• Persekitaran fizikal
• Ruang waktu
• Nama orang yang terlibat dalam interaksi
• Isi yang secara khusus berkaitan dengan tujuan dan tumpuan yang ditetapkan

4. Maklum Balas Evaluatif


• Menjelaskan perilaku mengajar (yang boleh diubah)
• Adalah khusus, deskriptif dan bermaklumat
• Adalah berkaitan dengan matlamat pengajaran dan tumpuan yang ditetapkan
• Berkait dengan matlamat jangka panjang dan bagaimana sesi ini disesuaikan ke
dalam matlamat keseluruhan kerjasama coaching (guru-guru)
• Diberi pada masa yang sesuai dan sebaik selepas pemerhatian dibuat
• Menonjolkan kejayaan dan adalah positif mengenai kebolehan untuk
menambahbaik amalan pengajaran
• Difahami seperti yang dimaksudkan
• Memberi contoh bidang yang spesifik untuk penambahbaikan atau fokus
selanjutnya

Halangan yang Boleh Berlaku…


• Komitmen
• Masa
• Kekerapan berhubung
• Kekurangan kemahiran
• Budaya sekolah atau daerah
• Ekspektasi orang lain
• Pergerakan staf
• Penyakit
• Kurang sokongan daripada staf lain
• Tidak dapat bermula

Ringkasan prosedur coaching


1. Guru menetapkan bidang fokus
2. Coach memerhati aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3. Coach membuat catatan deskriptif dengan teliti.
4. Coach dan guru mengambil masa 5 – 10 minit untuk menyediakan nota
mengenai pemerhatian, menulisnya mengikut:
a) Kekuatan – apa yang berjaya dilakukan; kemajuan ke arah mencapai
matlamat.
b) Peningkatan / perkembangan – apa yang lebih baik boleh dilakukan;
apakah peluang yang terlepas pandang.
5. Pasangan bertemu semula.
6. Coach menerangkan apa yang dia perhatikan dan guru mendengar secara aktif,
tanpa mencelah. Guru menilai diri sendiri, memberi refleksinya tentang kekuatan
dan peningkatan.
7. Kedua-duanya memulakan sesi dialog reflektif, melibatkan penyoalan,
perbincangan dan mengemukakan idea.
8. Coach dan guru menyemak semula matlamat sedia ada, menetapkan matlamat
baru, dan merancang tindakan yang diperlukan untuk mencapainya.

7. MODEL GROW

Penetapan Matlamat Coaching


• GROW
• Penetapan KPI
LATIHAN 1:
KONSEP COACHING DAN MENTORING
ARAHAN: SENARAIKAN CIRI-CIRI COACHING DAN MENTORING
COACHING MENTORING

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7
LATIHAN 2:
KEMAHIRAN COACHING
Arahan: Senaraikan ciri-ciri kemahiran coaching sepert di bawah:
MENDENGAR MENYOAL

MEMERHATI MEMBERI MAKLUMBALAS

LATIHAN 3:
GROW MODEL
Arahan: Bina soalan-soalan yang sesuai untu keempat-empat komponen di
bawah:
GOAL REALITY

OPTION WRAP-UP

LATIHAN 4:
COACHING YANG BERKESAN

Arahan: Senaraikan coaching yang baik dan coaching yang tidak baik

Good Coaching Bad Coaching


1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

LATIHAN 5:
REFLEKSI COACHING

APAKAH 2 MANFAAT APAKAH 2 MANFAAT


KURSUS COACHING INI? KURSUS COACHING INI?

1. 1.
2. 2.

APAKAH 2 HARAPAN ANDA APAKAH 2 HARAPAN ANDA


DALAM KURSUS COACHING? DALAM KURSUS COACHING ?

1.
1.

2.
2.

Anda mungkin juga menyukai