Anda di halaman 1dari 13

APLIKASI DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI

DALAM PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
-PENDEDAHAN KEPADA KONSEP INTEGRASI-

Asyraaf Yusuf
Hafiz Yatin

KONSEP INTEGRASI
KONSEP INTEGRASI Dalam KSSR : lebih dikenali sebagai
kesepaduan.
- konsep bersepadu dalam KSSR membawa maksud bahawa
:
1. penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan
menyeluruh.
2. Ini kerana dalam KSSR, pendidikan adalah bagi pembangunan
individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

INTEGRASI
Integrasi dari sudut psikologi
sentiasa berkait rapat dengan personaliti menyeluruh
yang bermaksud bahawa individu itu adalah insan
menyeluruh dan segala unsur perkembangan pelajar
yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan
saling bergantung antara satu sama lain.

Dari sudut sosiologi


integrasi mempunyai lebih daripada satu makna.
Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan
antara personaliti dengan personaliti seperti antara
seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan
antara pelajar dengan guru. Kedua perlu ada rasa
keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara
individu dengan pelbagai pelbagai agensi masyarakat.

Sudut pedagogi:
integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar
yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran
melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang
khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

ISU DAN CABARAN INTEGRASI


Keadaan jadual waktu yang padat
sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk
menambahkan lagi jumlah mata pelajaran.
Sebagai contoh, mata pelajaran pendidikan jasmani
dinegara ini. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah
dikurangkan kepada dua

INTEGRASI 5P

PENGGABUNGJALINAN
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai
bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran
yang integratif dan menyeluruh.
Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan
secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.

Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan


aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara
bersepadu.

PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau
unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.
Contohnya, daripada mata pelajaran sains, guru akan mengambil petikan
atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

PENERAPAN NILAI
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses
menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak
kerja kokurikulum.
Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai
kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu:
Pendekatan Implisit secara tidak langsung
Pendekatan Eksplisit secara langsung

PENGAYAAN
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar
yang berpencapaian rendah atau lambat kadar
penerimaannya.
Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang
pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

PEMULIHAN
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus
bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas
4M.
Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan
untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari
segi pengetahuan dan kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai