Anda di halaman 1dari 17

PENGGUNAAN MANUSKRIP

LAMA

 Syair Raja Ali Haji dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah


 Bahasa yang digunakan
 Tafsiran terhadap makna
 Mengenali zaman tersebut
 Sejarah Melayu dalam tulisan Melayu lama
Apakah sumbangan beliau
dalam bidang sejarah ?

apakah beliau ?

Berdasarkan pengetahuan sedia ada anda,


ceritakan tentang tokoh di atas.
Raja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870)

 Penulis pertama yang menyusun tata bahasa


Melayu menerusi bukunya Bustan al-Katibin (1850)

 Orang pertama cuba menyusun sebuah kamus


Melayu iaitu Kitab Pengetahuan Bahasa (1858)

 Sejarawan Melayu pertama yang menyedari


kepentingan tarikh terjadinya satu-satu peristiwa
yang diceritakan

 Seorang ahli agama, ahli bahasa Arab, ahli


bahasa Melayu dan juga seorang ahli politik.
Sumber: Kesusasteraan Melayu Rampai-rampai VII : prosa Melayu
baru/dikumpul dan ditafsirkan oleh Tuan C.Skiner, 1959
KARYA-2 RAJA ALI HAJI
Antara puisi hasil tulisan beliau ialah :

Inilah Ikat-ikatan Dua Belas Puji Karya-2 lain:


 Gurindam Dua Belas
 Salasilah Melayu dan
 Syair Hukum Faraid Bugis (1860)
 Syair Suluh Pegawai  Tuhfat al-nafis (1865).
 Syair Gemala Mastika Alam
 Syair Nasihat (Thamarat al-Muhimmah)
 Syair Siti Sianah
Syair Gemala Mestika Alam
 Syair Sultan Abdul Muluk.  
CIRI-CIRI KARYA RAJA ALI HAJI:
 Pemerhatian
 Pandangan yang tajam
 Mempunyai visi
 Memberi nasihat
 Tata bahasa dan kosa kata yang baik
 Peristiwa-2 lampau (fakta sejarah)
 Sudut pandangan penulis
 Menulis sumber bertulis ( pertama & kedua) dan lisan
 Penggunaan tarikh
 Pro Bugis (bias)
Ayuhai anakanda muda remaja
Jika anakanda mengerjakan raja
Hati yang betul hendaklah disahaja
Serta rajin pada bekerja.
Mengerjakan gabermen janganlah
malas
Zahir dan batin janganlah culas
Jernihkan hati hendaklah ikhlas
Seperti air di dalam gelas

(rangkap/bait Syair Nasihat) oleh Raja Ali Haji


Bincangkan :
1.Bahasa yang digunakan
2.Mengenai zaman yang diwakili
3.Tafsiran terhadap makna
BAHASA YANG DIGUNAKAN

Cara menulis Sejarah dengan Menggunakan Syair dan Puisi Tradisional

Bentuk penulisan untuk (sastera jenis penglipurlara) –sesuatu


cerita atau peristiwa bersejarah juga dituliskan….

Kaedah ini dipopularkan oleh Raja Ali Haji

Dua karya : Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya


Latar belakang Hasil
Masyarakat penulisan
Dan sejarah sejarahnya
Sejarahwan
TUTORIAL : 1 & 2

 Aktiviti kumpulan.
 Baca artikel- artikel berkaitan Raja Ali Haji.
 Catatkan secara ringkas tentang :
1. Latar belakang diri RAH
2. Gaya penulisan RAH
3. Beri pandangan tentang nilai sejarah yang dikesan dalam karya-2nya

 Pembentangan dalam kelas.


 Laporan ringkas harus dimasukkan dalam folder.
HIKAYAT MUHAMAD
ALI HANAFIAH
Latar belakang peristiwa

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menceritakan perihal kegagahan dan


keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah,
pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam

Terdapat DUA manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:

Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi perca


dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624. Ia
dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius
yang didapati oleh Cambridge pada 1632.

Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek


lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun
1682, di Bantam, Jawa.
Hikayat Muhammad Hanafiah….
 Mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai
aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik
 Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16
 Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' (isi hikayat penuh dengan kisah peperangan)

 Ia mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih menjadi


khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh Muawiyah terhadapnya. Setelah Ali
dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah dilantik sebagai Khalifah.
Sebelum meninggal dunia, Muawiyah melantik puteranya bernama Yazid sebagai
raja. Dalam masa pemerintahannya, Yazid merancang pembunuhan terhadap dua
putera Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa yang
menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua mereka. Dengan
menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya membunuh kedua-dua putera
Sayidina Ali itu.
 Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi amir di
negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan putera Husin bernama Ali
Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin dan ahli keluarga Rasulullah
ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid. Yazid berjaya
dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke
dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik sebagai raja.

Sumber : Wikipedia
MH 1/12:339 ....

`alaihi wa sallam. Maka ada berapa langkah kiranya diusung


oleh tuan-tuan itu; kemudian dari itu, maka diberikannya
kepada saudaranya yang banyak itu, seorang yang
bernama Muhammad Hanafiyyah, kedua yang bernama Umar
Ali, ketiga yang bernama Talib Ali, keempat yang bernama
Abdullah anak Ja`far Tayyar yang menanggungi dia. Maka
pada hari itu beberapa (MH 1/18:59) mereka itu datang!"
Setelah datanglah pada malam Jum`at, maka turunlah hujan
guruh petir kilat, maka baginda Ali pun keluar dengan tiga
orang anaknya:
…amir Hasan dan Husain
dan Muhammad Hanafiyyah, seorang suatu tabal
dibawanya di atas kudanya. Maka kata baginda Ali:
"Mari kita seorang suatu penjuru daripada pihak
laskar Mu`awiyah kita berdiri, serta .....
MH 1/18:93 ... budi upayanya juga, maka dapat
membunuh Ali itu! Setelah Mu`awiyah tiadalah lagi
menyerang, maka baginda Ali pun kararlah diam di
dalam negeri Madinah. Maka oleh baginda
Ali Muhammad Hanafiyyah dirajakannya di negeri
Buniara, Umar Ali, Talib Ali, Akil Ali dirajakannya
pada negeri Baghdad dan Masib Kaka dirajakannya di
negeri Irak, Tughan Turk, Mughan ..
AKTIVITI
 Sila layari laman web Malay Concordance Project
 Carikan teks Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
 Pilih SATU teks .
 Secara berpasangan, buat kajian terhadap:
1. Bahasa yang digunakan
2. Tafsiran terhadap makna
3. Mengenali zaman

 Bentangkan.
“… mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang
untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun
Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari
Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei
1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu
yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari
Goa/Gowa.”

 SULALATUS SALATIN [ Tun Sri Lanang]

 SEJARAH MELAYU [ Shellabear]

Rujuk laman web…..


http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-bin/library.exe
Aktiviti 1:
1.Ceritakan isi kandungan Sejarah Melayu.
2.Cari dalam laman web.
3.Penceritaan

Anda mungkin juga menyukai