Anda di halaman 1dari 57

1

PENSEJARAHAN MALAYSIA
MODUL 5
KARYA-KARYA DALAM DEKAD 1930AN - 1960 MASEHI

Objektif

Menghuraikan kesinambungan pensejarahan dari abad


ke-19 Masehi

Membincangkan perbezaan dan kelainannya.

Membicarakan pelbagai bentuk karya pensejarahan


yang dihasilkan.

Menghuraikan isi kandungan beberapa karya


pensejarahan pilihan.

Selain daripada pensejarahan negeri, terdapat juga karya-karya yang berupa sejarah
tempatan, iaitu berkenaan dengan tempat-tempat di tanah air. Namun jumlah ini
tidaklah seberapa dan kepentingannya adalah terletak kepada kekurangan atau
sedikit sangat bilangannya sahaja. Setakat ini hanya dua buah yang dapat dikesan
iaitu Riwayat Tanjung Malim oleh Zainal Abidin bin Daud (T.M. 1947) dan Riwayat
Kinta (T.M. 1959) oleh Abdul Talib Hj. Ahmad, pengarang karya Syaer Pelayaran
Sultan Iskandar Perak dahulu. Tidaklah ada satu sebab yang jelas dan kukuh yang
boleh menerangkan sedikitnya penulis tentang sejarah tempatan ini. Satu
kemungkinannya ialah kerana terbatasnya pasaran terhadap karya-karya yang
berbentuk demikian. Hakikat ini menyebabkan kurangnya pula minat sejarawan
untuk menulis karya-karya tersebut walaupun keperluan terhadapnya memang
wujud secara berterusan. Pihak penerbit juga sudah tentu tidak begitu berminat
berikutan dengan ketiadaan pasaran yang boleh menjamin pulangan yang berpatutan
itu. Dalam keadaan yang demikian, maka penulisan serta penerbitannya sangat kuat
bergantung kepada minat dan iltizam serta kesedaran seseorang sejarawan terhadap
keperluan pensejarahan yang demikian. Bilangan sejarawan yang demikian itu
nampaknya tidaklah ramai.

Pensejarahan Skop Luas

Walau bagaimanapun jauh lebih penting daripada karya-karya sejarah tempatan itu,
ialah karya-karya yang bukan sahaja terdiri daripada pensejarahan negeri, tetapi
merangkumi skop yang luas yang mengandungi geografi, sejarah, falsafah dan
sosio-budaya negara yang dituliskan. Dalam zaman-zaman awal hinggalah abad ke-

19 Masehi dahulu kita telah melihat beberapa karya yang sedemikian bentuknya misalnya, Sulalatus Salatin, Bustanul Salatin, Tuhfat al-Nafis dan Salasilah RajaRaja Melayu dan Bugis. Pada abad ke-20 Masehi ini karya-karya yang demikian
masih lagi dihasilkan. Namun secara amnya dari segi konsep falsafah dan sosiobudayanya, tidaklah semua karya tersebut menyamai apatah lagi menandingi karyakarya yang lebih awal itu. Kebanyakannya adalah merupakan karya pensejarahan
dalam ertikata yang lebih mirip kepada konsep pensejarahan yang mutakhir bagi
abad ke-20 Masehi ini. Ertinya tidaklah terlalu mengikut gaya pensejarahan pada
zaman yang lepas yang mempunyai unsur-unsur kesusasteraan, falsafah dan agama
yang agak menonjol pada sesetengah sudutnya. Walaupun unsur-unsur tersebut ada
pula dibawakan oleh sesetengah karya yang mutakhir itu tetapi keadaannya tidaklah
terlalu terserlah lagi. Antara yang terawal ialah buku terjemahan Abdul Majid
Zainuddin, berjudul Geografi dan Sejarah Semenanjung Tanah Melayu seperti
yang telah diperkatakan lebih awal tadi. Sebuah lagi, iaitu selepas karya di atas,
ialah Kitab Tawarikh Melayu (T.M. 1918) yang dipercayai telah dikarang oleh R.O.
Winstedt dan Daing Abdul Majid b. Tengku Muhammad Salleh. Ia menceritakan
tentang sejarah Tanah Melayu dari sejak zaman Empayar/Kesultanan Melayu
Melaka hinggalah ke zaman penjajahan British. Karya diakhiri dengan doa kepada
Allah oleh pengarang-pengarangnya agar Tanah Melayu tetap selamat berada di
bawah pemerintahan British.

Seterusnya pada T.M. 1920an dan 1930an, beberapa buah lagi karya yang
bersifat bukan kenegerian telah dihasilkan. Misalnya pada T.M. 1924 sebuah karya
berjudul Kitab Kumpulan Nama Melayu oleh Ibrahim bin Dato Muda. Bahagian

pertama dan ketiga kitab ini boleh dikira berbentuk pensejarahan. Bahagian pertama
tentang asal usul, cara dan upacara yang berkaitan dengan kelahiran serta
menamakan kanak-kanak yang baru dilahirkan berdasarkan amalan yang dituntut
oleh Islam. Bahagian ketiga pula yang merupakan terjemahan daripada tulisan R.J.
Wilkinson, Kehidupan dan Adat-Adat Melayu, yang menghuraikan unsur-unsur
adat serta amalan tempatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan sejak
sebelum datangnya Islam lagi. Mulai T.M. 1925 pula Abdul Hadi Hassan, seorang
lagi sejarawan tempatan yang ternama, telah menghasilkan karya pensejarahan
Sejarah Alam Melayu penggal pertama. Ini diikuti dengan penggal kedua dan
ketiga pada T.M. 1928. Abdul Hadi tidak dapat meneruskan penulisannya kerana
pada T.M. 1929 beliau telah ditukarkan dari jawatan pensyarah di MPSI (SITC)
menjadi Nazir sekolah-sekolah Melayu di Kelantan. Oleh itu penulisannya telah
disambung semula oleh Haji Buyong Adil yang telah berjaya menghasilkan dua jilid
lagi menjelang T.M. 1939. Jadi Sejarah Alam Melayu terdiri daripada lima jilid
semuanya; yang masing-masing agak tebal. Tiap-tiap jilid/penggal mengandungi
tahap-tahap tertentu dalam sejarah Alam Melayu itu termasuklah tentang Malaysia.
Misalnya jilid I, mengandungi sejarah orang-orang asli di Tanah Melayu dan
kedatangan orang-orang Melayu ke Alam Melayu. Dicatatkan juga tentang
kebangkitan serta kebesaran kerajaan Melayu-Hindu di Tanah Jawa, khasnya
Majapahit, Mataram, Kediri dan Singosari. Jilid kedua tentang kedatangan dan
perkembangan Islam serta dimuatkan sejarah kebangkitan kerajaan-kerajaan
Kesultanan Melayu di Tanah Melayu, yang pada mulanya berpusat di Singapura
kemudian berpindah ke Melaka dan seterusnya Johor. Jilid ke III

tentang

kedatangan orang-orang Cina ke Alam Melayu, orang-orang Bugis ke Tanah

Melayu dan kedatangan serta penjajahan Belanda ke rantau ini. Dua jilid lagi yang
telah disambung oleh Haji Buyong Adil (IV & V) adalah mengenai Negeri-Negeri
Selat (Singapura, Melaka dan P. Pinang, termasuklah Perang Naning (1831) (IV)
dan (V) tentang Negeri-Negeri Melayu Bersekutu; Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Sejarah Alam Melayu adalah karya pensejarahan yang tinggi
nilainya. Khoo Kay Kim menganggapnya sebagai sejarah kebangsaan yang pertama
dan Abdul Hadi sebagai sejarawan tempatan yang pertama telah menghasilkan karya
yang demikian. Lebih daripada itu, ia juga adalah sebuah karya pensejarahan
Malaysia tempatan yang pertama yang membicarakan entiti Alam Melayu itu secara
keseluruhannya daripada sudut pandangan tempatan.

Pada awal tahun 1930an pula Muhammad Said Sulaiman telah menuliskan
sebuah karya berjudul Pakai Patut Melayu yang khususnya membicarakan tentang
bentuk dan asal usul atau sejarah berbagai bentuk pakaian Melayu - terutamanya
yang terdapat di negeri Johor. Misalnya beberapa jenis seluar seperti seluar Katok,
seluar Cina dan seluar Qabul iaitu seluar yang pinggangnya berjerut tali [guni?].
Ada beberapa jenis pakaian biasa yang disebutkan; misalnya, pakaian batek ataupun
berbunga tidak masuk jenis pakaian lelaki. Bagi pakaian perempuan pula ialah
kebaya, baju kurung Teluk Belanga dan bagi mereka yang beriman dan bertaqwa,
memakai tudung.

Kira-kira setahun selepas diterbitkan Pakai Patut Melayu itu, telah terbit
pula sebuah karya berjudul Taman Penghidupan

oleh Zainal Abidin Daud al-

Sulaimani (T.M. 1932). Karya ini bukan sahaja mengandungi sejarah, tetapi juga

nasihat dan penerangan serta pedoman kepada orang-orang Melayu supaya


mengukuhkan iman, mencari ilmu pengetahuan, mendidik anak-anak dan memimpin
masyarakat ke jalan yang baik demi mencapai kebahagian dunia akhirat. Bahagian
yang mengenai sejarah pula adalah luas dan tidak khusus menyentuh Malaysia
ataupun masyarakatnya. Isi kandungannya adalah (1) Tarikh dunia diduduki manusia
(2) Asal manusia (3) Keadaan manusia (4) Sebab-sebab manusia berpuak-puak (5)
Kedatangan agama (6) Tamaddun manusia. Zainal Abidin juga telah menghasilkan
sebuah lagi

karya berjudul Pelayaran Dahulu Kala (T.M. 1937) yang terdiri

daripada dua bahagian. Yang pertama ialah tentang sejarah negara-negara atau
tamadun lama seperti Mesir, India dan China yang termasyhur dengan kegiatan
ekonomi dan pelayaran masing-masing. Pedagang-pedagang mereka telah
menguasai laluan/perairan dagangan antarabangsa pada satu ketika dahulu.
Kemudian dengan kejayaan kuasa-kuasa Eropah mencipta jenis kapal-kapal baru
yang lebih kuat dan bertenaga dengan menggunakan enjin, negara-negara tersebut
telah dapat dikalahkan. Akhirnya

kuasa-kuasa barat/Eropah itu menyerang

menguasai dan menjajah negara-negara lain. Bahagian kedua, bukanlah suatu


pensejarahan, tapi adalah satu kisah teladan berjudul Riwayat Pelayaran Haji
Batu. Kisahnya adalah tentang seorang saudagar yang cekal belayar dari Sumatera
utara untuk pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji. Kemudian kapal yang
dinaikinya karam di Laut Sokotra. Tetapi beliau selamat dengan pertolongan kuasa
ghaib dan disambar geroda. Beliau meneruskan perjalanan dengan berjalan dalam
hutan melalui Damsyik. Dalam perjalanan itu beliau merasa dahaga yang tidak
terhingga. Dalam keadaan begitu beliau telah terjumpa sebuah kolam lalu beliau
mencelupkan telunjuk kanannya untuk menguji airnya. Dengan tiba-tiba telunjuk

kanannya jadi batu. Beliau tidak jadi minum di situ, tapi tetap meneruskan
perjalanan hingga berjaya sampai ke Makkah. Teladannya ialah Keberanian itu
boleh menghasilkan cita-cita.

Kejatuhan Kaum-Kaum Islam dan Pergerakan Baru

Lebih mantap kesejarahannya daripada karya-karya Zainal Abidin ini ialah sebuah
karya yang dihasilkan oleh seorang cendekiawan/sejarawan 1920an/30an, iaitu
Muhammad Yusof b. Sultan Mahyuddin berjudul Kejatuhan Kaum-Kaum Islam
dan Pergerakan Baru (T.M. 1931). Beliau juga adalah pengarang Syaer Boria yang
telah diterbitkan pada awal T.M. 1920an dahulu. Amnya pengarang ini
menggambarkan tentang sejarah dunia Islam dari tempoh kira-kira abad ke-11
hingga ke-20 Masehi ini yang menampakkan kejatuhan dan kemundurannya. Beliau
menggalurkan dua sebab utama yang membawa kepada kejatuhan itu:

(i)

Pemimpin dan ulama-ulama yang zalim yang telah memperalatkan Islam untuk
kepentingan mereka. Ini berlaku di Sepanyol, Parsi dan Mesir selepas abad ke-13
Masehi. Mengikut beliau, kadang kala ulama-ulama dan raja-raja bertelagah
merebut dan menegakkan kuasa masing-masing sedangkan rakyat tertindas. Mereka
itu tidaklah menegakkan syariat Islam yang membawa keadilan yang sebenar itu.
(2) Peranan ahli-ahli sufi dan ajaran-ajaran mereka yang dipengaruhi oleh ajaran
Buddha dan Zoroaster. Anutan-anutan tersebut banyak mengajar ilmu meninggal
dunia dan ilmu mengenepikan dunia yang melemahkan semangat. Akibatnya
menyebabkan mereka meninggalkan sikap rajin berusaha serta meninggalkan usaha
dan gemar

Soalan Dalam Teks

Sila berikan jawapan yang tepat bagi soalan di bawah ini:

a. Siapakah pengarang Riwayat Tanjung Malim?


b. Tahun berapakah Kitab Tawarikh Melayu diterbitkan?
c. Apakah judul karya pensejarahan Abdul Hadi hassan?
d. Mengapakah karya beliau dianggap penting?
e. Berapa jilidkah karya yang dihasilkan oleh Abdul Hadi Hassan itu?
f. Apakah judul karya Muhammad Said Sulaiman yang membicarakan
sejarah pakaian orang-orang Melayu?
g. Apakah maksud adat lembaga?

h. Apakah daerah lingkungan politik yang termuat di dalam karya


Abdullah Abas Nasution?

pula menghina orang-orang yang rajin berusaha, berikhtiar mencari dan


memperbaiki kehidupan. Kesejahteraan umat Islam tidaklah dihiraukan sangat.
Penekanan adalah kepada ilmu akhirat iaitu ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf
sangat dipentingkan, sedangkan ilmu-ilmu lain dan kitab yang beribu-ribu tentang
pelbagai ilmu habis ghaib atau dimusnahkan. Akibatnya Islam menjadi lemah. Dalam
keadaan yang lemah itulah Islam telah masuk ke Tanah Melayu/Malaysia. Dan
daripada tiga ilmu tadi, ilmu tasawuf itulah yang sangat digemari oleh orang-orang
Melayu. Orang-orang Melayu yang telah dibuaikan oleh agama-agama dan ajaranajaran yang sesat dan kufur sebelum itu, dipertembungkan pula dengan ilmu
tasawuf; maka keadaannya adalah seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
Sebenarnya kritikan dan penjelasan di dalam karya tentang orang Melayu/Islam itu
adalah lebih luas dan tajam daripada yang diluahkan oleh Abdullah Munsyi.

Seterusnya pada T.M. 1938 Muhammad Said Sulaiman sejarawan yang


prolifik itu telah menghasilkan sebuah karya pensejarahaan tentang undang-undang
Melayu lama. Karya ini berjudul, Perihal Adat Melayu: Mengandungi Kanun

10

Sultan Sulaiman Riau dan Ringkasan Kanun Sultan Mahmud Syah Melaka. Di
samping memperkatakan asal usul dan bentuk kedua-dua undang tersebut, serta
memberikan pula takrif tentang istilah adat, resam dan kanun dan kaitannya dengan
undang-undang karya ini memberikan satu senarai klasifikasi adat Melayu dan
penerangan serta sejarahnya. Antaranya termasuklah;

1. Adat datuk nenek - bererti kuasa ibu bapa terhadap anak - misalnya
dalam hal pinang meminang.
2. Adat Lembaga - adat yang tiada menyalahi hukum agama.
3. Adat istadat - amalan kebiasaan - misalnya mahar perkahwinan.
4. Adat Diraja.
5. Adat istiadat - yang terdiri dari pelbagai upacara.

Selepas Perang Dunia Kedua

Kemudian tidak lama setelah tamat Perang Dunia II, sebuah penulisan yang sangat
menarik telah dihasilkan oleh seorang tokoh politik dan pejuang kebangsaan yang
terkenal, iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmy. Karya itu berjudul Perjuangan Kita: 17
Oktober 1945 - 17 Oktober 1946; (T.M. 1946). Sebenarnya karya ini merupakan
suatu catatan peringatan genap setahun penubuhan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM). Beliau adalah Yang Dipertua parti tersebut. Apa yang menarik
dari segi pensejarahan ialah perbincangan yang dimuatkan samada berbentuk sejarah
ataupun yang ada kaitan dengan sejarah. Misalnya antara perkara yang dibincangkan
ialah Usul Kebangsaan Melayu; Melayu dan Bangsa Dagang, Kebangsaan

11

Melayu dan Politik. Karya ini kemudiannya diperbaiki dan diperluaskan lagi dan
pada T.M. 1950 telah diterbitkan dengan judul Asas Falsafah Kebangsaan Melayu.
Dan kemudian pada T.M. 1954 setelah ia telah diperkemas serta diperluas, ia telah
diterbitkan semula dengan judul yang bernas, iaitu Falsafah Kebangsan Melayu.
Walaupun karya ini bertujuan menerangkan ideologi perjuangan politik Dr.
Burhanuddin dan partinya, namun isi kandungannya bukanlah semata-mata pidato,
seruan dan dakyah politik sahaja. Sebenarnya beliau telah memberikan latar
belakang sejarah bagi setiap tajuk yang akan diterangkannya. Misalnya tentang
Asal Usul Bangsa Melayu, Perkembangan Bangsa Melayu, dan juga, Asas
Falsafah Kebangsaan Bangsa Melayu. Semua jumlah itu mempunyai rasional serta
latarbelakang sejarahnya. Dan beliau menerangkannya melalui satu kaedah sejarah
yang boleh dianggap objektif dan dengan tidak berdasarkan kepada imaginasi,
harapan dan anggap politik dan sebagainya sahaja. Ia adalah sebuah buku ideologi
politik yang menjadikan sejarah sebagai sandaran pengukuhannya.

Dalam pada itu pada T.M. 1950, telah terbit sebuah karya pensejarahan
yang menarik berjudul Bangsa Cina, oleh seorang pengarang yang agak terkenal
juga pada waktu itu, iaitu Mohamed bin Haniff. Inilah satu-satunya karya
pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu yang ditulis oleh sejarawan tempatan
menenai orang-orang Cina itu. Ia meliputi keseluruhan sejarah tamadun - orangorang Cina di negara China dari awal (iaitu dinasti Hsia) hinggalah zaman
pemerintahan Koumintang di bawah Chiang Kai Shek. Disertakan juga dua bab
tentang orang-orang Islam di China, penindasan oleh dinasti-dinasti tertentu dan
beberapa pemberontakan orang-orang Islam menentang penindasan tersebut dan

12

akibatnya-akibatnya. Yang penting bagi pensejarahan Malaysia ialah apabila


pengarang mencatatkan tentang kedatangan, keadaan, kedudukan serta sosiobudaya orang-orang Cina tempatan. Ini releven kerana ia merupakan sebahagian
daripada sejarah Malaysia. Catatan-catatan itu bukanlah bertujuan menghina atau

dan

tepat

Soalan Dalam Teks

Sila

beri

penjelasan

yang

ringkas

mengenai

soalan/kenyataan berikut:

a. Mengapakah karya sejarah tempatan tidak banyak dihasilkan?


b. Geografi dan Sejarah Semenanjung Tanah Melayu.
c. Kitab Tawarikh Melayu.
d. Jelaskan isi kandungan jilid pertama karya berjudul Sejarah Alam
Melayu.
e. Falsafah Kebangsaan Melayu.
f. Karya Muhammad Yusof Sultan Mahyudin, berjudul, Kejatuhan
Kaum-Kaum Islam dan Kebangkitan Baru.
g. Bangsa Cina.

13

merendahkan orang-orang Cina. Mohamed Haniff tidaklah bertujuan menulis


demikian. Beliau mengatakan penulisannya bukan untuk mengangkat atau
merendahkan sesiapa, tapi menghidangkan sahaja ilmu pengetahuan yang dianggap
berguna. Dengan itu ia boleh dijadikan contoh dan pengajaran kepada orang-orang
Melayu. Walaupun ada perkara-perkara yang negatif disebutkan; misalnya dikatakan
bahawa orang-orang Cina itu kuat menipu, timbangan barang tidak betul, berdusta
dan sebagainya iaitu sifat-sifat yang dibawa dari negeri asal mereka yang diamalkan
disebabkan keperluan dalam keadaan susah dan terdesak dan terhimpit; tetapi
banyak juga sifat-sifat positif dan baik yang sepatutnya menjadi contoh bagi orangorang tempatan. Misalnya dikatakan orang-orang Cina itu; i) rajin bekerja (ii) jimat
cermat (iii) menghargai kehidupan di dunia ekonomi (iv) kuat berpersatuan (v)
tidak membuang masa (vi) dan cepat membiak. Dari segi bentuknya karya ini
sebenarnya ada persamaannya dengan sebuah karya yang telah diterbitkan pada
T.M. 1938 dahulu, iaitu berjudul Turki dan Tamadunnya, oleh Ibrahim Mahmood.
Sungguhpun tajuknya adalah mengenai sejarah dan perkembangan tamadun orangorang Turki, namun pengarang ingin agar apa yang telah dicapai oleh Turki,
khususnya

setelah Mustaffa Kamal Attartuk mengambilalih kuasa (mulai T.M.

1924), dalam mencapai kemajuan hingga boleh disamakan dengan negara-negara


Barat, haruslah menjadi contoh dan iktibar kepada rakyat tempatan. Ertinya sejarah
adalah guru dan pensejarahan dunia luar ini dikaitkan dengan pensejarahan tempatan
dalam ertikata ia perlu dijadikan contoh/tauladan serta iktibar untuk rakyat
tempatan bergerak menuju matlamat yang dicita-citakan.

14

Kemudian pada T.M. 1953, iaitu tiga tahun selepas diterbitkan Bangsa Cina,
sebuah lagi karya yang bersifat luas ini telah diterbitkan berjudul Sejarah Melayu
Raya: Tarikh Perjuangan dan Ekonomi Indonesia Filipina dan Malaya, oleh
seorang ulama/ sejarawan iaitu Abdullah Abbas Nasution. Konsep Melayu Raya
yang digunakan oleh penulis ini adalah meliputi wilayah-wilayah yang juga dikenali
sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu/Kepulauan Melayu Malaysia, Indonesia dan
Filipina yang pada satu masa, dalam zaman konfrontasi dahulu ia dikenali juga
sebagai Maphilindo.

Pengarang telah melihat perkembangan sejarah entiti yang diistilahkan itu


dari sudut politik, ekonomi, sosial dan keagamaan sejak dari zaman keagungan
masing-masing hinggalah kedatangan

kuasa-kuasa Barat (Portugis, Belanda,

British, Amerika Syarikat) yang akhirnya menyerang serta menjajahnya. Pusat-pusat


kekuasaan Melayu zaman silam seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka telah dapat
ditewaskan oleh pihak penjajah dari Barat itu. Antara sebabnya ialah kerana
kelalaian dan berpecah-belah

serta bercakaran sesama sendiri merebut takhta

kerajaan. Mengikut kata pengarangnya, kekalahan adalah disebabkan, masingmasing hendak menjadi raja. Akibatnya negara atau kerajaan masing-masing
terpaksa menerima padahnya. Pihak kuasa-kuasa Barat yang datang menjajah itu
pula tidaklah bertujuan melepaskan kuasa masing-masing malah berharat untuk
berkuasa selama-lamanya. Satu sebabnya ialah kerana negara, Melayu Raya yang
mereka jajah itu karya dengan pelbagai sumber alam/ekonomi yang sangat mereka

15

perlukan. Mereka mendapat bahan-bahan mentah yang terdiri daripada bahan-bahan


galian, hasil-hasil pertanian. Mereka juga boleh mendapat sumber manusia sebagai
pekerja/buruh murah dalam tanah jajahan itu. Mereka telah mengaut hasil ekonomi
dan menindas peribuminya. Mereka juga memecah-belahkan peribuminya melalui
dasar pemerintahan dan pentadbiran yang secara langsung atau tidak langsung yang
dikenali sebagai dasar pecah dan pemerintah. Pecahbelah itu dilakukan juga
melalui penyibaran agama-agama mereka iaitu agama Kristian yang terdiri daripada
pelbagai mazhab seperti Khatolik, Protestant, Lutheran, Anglican dan beberapa
yang kecil-kecil lagi.

Demikianlah yang berlaku di dalam sejarah alam Melayu Raya mengikut


tafsiran Abdullah Abbas Nasution ini. Selanjutnya beliau ingin pemimpin dan
masyarakat Melayu Raya itu menyedari keadaan yang berlaku dan menimpa mereka
di dalam sejarah mereka itu. Mereka juga harus menyedari dan mengingati akan
keagungan dan kesatuan mereka yang telah lalu; juga tentang perbalahan,
perpecahan dan sebagainya yang telah membawa kepada kejatuhan mereka dahulu.
Dengan adanya kesedaran dan ingatan sejarah itu, mereka boleh berfikir dan
bertindak untuk mengwujudkan semula keagungan dan kekuasaan mereka di bawah
lambang Melayu Raya itu - dengan budaya dan identiti yang unggul dan
tersendiri.

16

Soalan Penilaian

1. Tuliskan sebuah esei yang membincangkan bentuk dan isi kandungan


karya pensejarahan Malaysia tempatan yang merangkumi skop yang
luas.

2. Bincangkan bentuk dan perkembangan pensejarahan Malaysia


tempatan yang dihasilkan selepas Perang Dunia II.

3. Muhammad Said Sulaiman adalah seorang sejarawan yang prolifik.


Huraikan.

ME Objektif
3654
MODUL 6

Memantau kesinambungan dan perkembangan pensejarahan sejak

KESINAMBUNGAN
DALAM ABAD KEDUA PULUH MASEHI
selepas Perang Dunia II.

Membincangkan pelbagai bentuk yang telah dihasilkan.

Membicarakan isi kandungan beberapa karya pensejarahan yang


utama.

Memberi kesimpulan bahagian pertama modul.

17

Jelas bahawa tahun-tahun selepas tamatnya Perang Dunia II, telah menampakkan
pertambahan dalam hasil pensejarahan Malaysia. Keadaan ini berterusan sehingga
memasuki dekad yang seterusnya, iaitu tahun 1950an. Kita telah menyebut tentang
penerbitan karya yang berjudul Bangsa Cina pada T.M. 1950 yang ditulis oleh
Muhammad bin Haniff. Juga Sejarah Melayu Raya oleh Abdullah Abbas Nasution.

Karya Pensejarahan Yang Objektif

Seterusnya dalam tahun yang sama dengan penerbitan Sejarah Melayu Raya ini
(1953), telah diterbitkan sebuah karya pensejarahan yang boleh dikatakan objektif

18

sifatnya, berjudul Sejarah Kenaikan dan Kejatuhan kekuasaan Portugis di Melaka,


T.M. 1511-1641 oleh Abdul Aziz Zakaria. Karya ini boleh dianggap sebagai antara
karya pensejarahan yang terbaik dalam dekad 1950an itu, iaitu dari sudut kaedah
dan kesedaran penulisan tentang penyelidikan sejarah. Ditinjau daripada segi isi
kandungannya secara ringkas, karya ini menghuraikan sebab-sebab kedatangan
orang-orang Portugis ke Alam Melayu, tindakan mereka menyerang pusat-pusat
perdagangan di rantau ini, dan kemudian mereka bertindak menguasai laluan dan
kegiatan perdagangan di sini. Seterusnya dihuraikan penentangan orang-orang
Melayu terhadap mereka, terutamanya dalam usaha menakluki semula bandar
pelabuhan Melaka. Juga disebutkan tentang penentangan kuasa Belanda yang
dibantu oleh Johor dan Aceh yang akhirnya telah menawan Melaka daripada
Portugis pada T.M. 1641. Dengan itu hapuslah kuasa dan pengaruh Portugis di
Tanah Melayu khususnya. Sebagai sebuah karya pensejarahan yang boleh dikatakan
bersifat objektif, karya Abd. Aziz ini nyata tidak disertai dengan seruan-seruan
ataupun cogankata-cogankata yang mengarah ataupun

melambangkan sesuatu

tuntutan maupun perjuangan; misalnya bagi pada dekad 1950an itu sendiri. Memang
diketahui bahawa dekad 1950an, malah sejak selepas Perang Dunia II, suasana di
Malaysia penuh dengan gema perjuangan untuk mencapai kemerdekaan tanahair,
seperti halnya yang terdapat di dalam karya-karya seperti Falsafah Kebangsaan
Melayu dan Sejarah Melayu Raya tadi. Sebenarnya Abdul Aziz mencuba sedaya
upaya menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang berdasarkan kaedah serta
orientasi yang kritis. Dengan kata lain, beliau telah mencuba menghasilkan sebuah
karya pensejarahan yang terkini, yakni bersifat objektif serta terelak daripada unsurunsur pensejarahan tradisi.

19

Karya Berunsur Khutbah

Namun karya beliau itu tidaklah menjadi satu ikutan. Ertinya masih

terdapat

pelbagai karya lain lagi dalam dekad tersebut, ataupun selepas Perang Dunia II itu
yang pengolahannya masih tidak terlepas daripada unsur-unsur khutbah yang
menonjolkan isu-isu atau perkara-perkara seperti perjuangan dan tuntutan itu.
Misalnya karya-karya oleh Ibrahim Hj. Yaakub yang telah diterbitkan di Indonesia,
iaitu setelah beliau meninggalkan Malaysia dan menetap di sana akibat kegagalannya
mengwujudkan Tanah Melayu merdeka dengan bergabung dengan Indonesia, iaitu
dengan pembentukan Melayu Raya. Bagi memenuhi cita-cita itu beliau telah
berjumpa Sukarno di Taiping seelok sahaja tamat Perang Dunia II. Pada ketika itu
Sukarno sedang dalam perjalanan pulang ke Indonesia dari Vietnam. Sukarno
berjanji akan

mengisytiharkan Tanah Melayu merdeka bersama dengan

pengisytiharan kemerdekaan Indonesia nanti. Tetapi Sukarno mungkir janji dengan


kekalahan Jepun dalam perang tersebut, Ibrahim telah berlepas ke Indonesia. Karya
karya beliau yang telah ditulis dan diterbitkan di sana ialah Sejarah Perjuangan Di
Malaya (Jogjakarta, T.M. 1948); Nusa danBangsa Melayu (Jakarta T.M. 1951);
Sekitar Malaya Merdeka (Jakarta, T.M. 1957. Semua karya itu nama baru iaitu
Iskandar Kamil Agastja (I.K. Agastja). Dari judul-judul itu sahaja jelas
menggambarkan kecenderungan penulisnya, iaitu untuk merakamkan

sejarah

perjuangan yang dilaluinya; kerinduan serta harapannya terhadap bekas tanahairnya


dan juga bangsanya.

20

Begitu jugalah halnya dengan sebuah karya berjudul Sejarah Malaya


Merdeka,

oleh Zainal Abidin Daud, yang juga telah menulis Riwayat Tanjong

Malim itu. Karya beliau ini bukan sahaja sebuah

karya yang mengisahkan

perjuangan orang-orang Melayu mendapatkan kemerdekaan daripada Britain, tetapi


juga tentang pejuangan mereka menegakkan kemerdekaan negara dan bangsa dan
menghadapi pelbagai cabaran sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia
merangkumi suatu tempoh yang panjang di sebalik tajuknya Yang seolah-olah
menggambarkan keadaan dan peristiwa yang mutakhir itu. Walau bagaimanapun
penerbitannya (T.M. 1957) nyatalah kerana mengambil sempena kemerdekaan
Tanah Melayu pada T.M. 1957 itu.

Setahun sebelum itu, iaitu pada T.M. 1956, kita temui sebuah karya
pensejarahan yang tidak kurang pula menariknya jika dibandingkan dengan Sejarah
Malaya Merdeka ini, terutamanya dari segi jangkawaktu kajian dan, malah tajuknya
itu sendiri yang berbunyi, Pelajaran Melayu Dahulu dan Sekarang yang ditulis oleh
Haji Hakim (dari Rembau, Negeri Sembilan). Ia juga merangkumi satu jangkawaktu
yang panjang dan tidak semata-mata memperkatakan sejarah sistem pendidikan
Melayu itu sahaja, iaitu seperti yang digambarkan oleh tajuknya. Malah ia
memperkatakan tentang keseluruhan cara pendidikan orang-orang Melayu itu sejak
dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Beliau menghuraikannya daripada
sudut pendidikan formal, tidak formal dan juga sistem sekolah mengaji al-Quran
serta peranan, kedudukan kepentingan tulisan Jawi. Walaupun ia hanya sebuah

21

karya kecil berjumlah 71 halaman sahaja, namun menjangkau masa yang luas, yang
berakhir pada T.M. 1956 iaitu sempena tertubuhnya Jawatankuasa Pelajaran T.M.
1956 (dikenali juga sebagai Penyata Razak). Antara lain jawatankuasa itu akan
mengkaji semula kedudukan sistem pendidikan Melayu itu. Karya ini telah
diterbitkan

oleh

Sinaran

Bros;

Pulau

Pinang,

iaitu

sebuah

penerbitan

bumiputera/Melayu yang sedang meningkat atau mencipta nama pada ketika itu
dan telah banyak menerbitkan karya-karya lain.

Dari segi yang berbentuk pensejarahan itu, sinaran Bros juga telah
menerbitkan hasil karya seorang guru sejarah, iaitu Darus Ahmad. Salah sebuah
karya Darus Ahmad yang diterbitkan oleh syarikat

tersebut ialah Pancharan

Melayu (T.M. 1957). Isi kandungannya juga adalah luas yang merangkumi, "riwayat
bangsa, negara kebudayaan, kesenian dan bahasa Melayu. Ertinya ia merangkumi
sosiobudaya orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Alam Melayu secara
amnya. Pengarang cuba bersikap ilmiah, namun seperti kebanyakan karya Darus
Ahmad yang lain, beliau tidak lari dari menghasilkan karya yang bertujuan untuk
iktibar, pengajaran dan sebagainya. Bagi karya ini beliau berharap supaya ia dapat
menjadi iktibar kepada orang Melayu supaya "berbangga dan menghayati
sejarahnya, kehalusan budi, sopan santun, tertib adab dan sifat kepahlawanan dan
keberanian". Bagaimanapun, seperti yang dikatakan tadi beliau mencuba bersikap
ilmiah dan menjaga kesejarahan hujjah-hujjahnya dengan melakukan penyelidikan
serta rujukan terhadap sumber-sumber yang ditemuinya.

22

Asal Usul Alam Melayu

Keadaan ini agak berlainan sedikit jika kita melihat sebuah karya yang juga telah
diterbitkan oleh Sinaran Bros iaitu pada T.M. 1954. Karya tersebut berjudul Asal
Usul Alam Melayu, oleh Hj. Mohamed Sidin b. Haji Mohamed Resad. Judulnya
memang merupakan judul sebuah karya sejarah; tarikh-tarikh juga dimuatkan di
samping pengarang mengatakan bahawa ia dikarang berdasarkan sumber-sumber
lisan ("dari mulut orang tua-tua") dan "hikayat-hikayat dan tawarikh-tawarikh yang
kita [beliau] jumpai sekarang ini " Namun seperti kata penerbitnya pula karya itu
adalah "berlainan daripada buku-buku sejarah yang telah diterbitkan dahulu
daripadanya". Sebenarnya ia sudah menjadi sebuah karya pensejarahan yang
dihasilkan secara bebas oleh pengarangnya. Nampaknya penulis ini tidaklah begitu
hirau tentang kesahehan sumber dan kebenaran fakta sejarah yang dimuatkan. Ia
hampir menyerupai sebuah karya pensejarahan tradisi, malah sastera rakyat dengan
memuatkan mitos dan lagenda yang dikira sebagai fakta-fakta sejarah yang tepat. Ia
telah menghidupkan semula pensejarahan tradisi walaupun zamannya sudah tidak
ada lagi. "Kebebasannya" menyatakan peristiwa dan fakta sejarah yang sukar
diyakini berlaku di mana-mana sahaja di dalam karyanya itu. Misalnya, beliau
mengatakan bahawa kerajaan Melayu yang asal terletak di kaki Gunung Himalaya.
Mereka mula mengorak langkah keluar pergi ke daerah-daerah di Asia Tenggara
(termasuk Alam Melayu ini) pada kira-kira T.M. 200 iaitu semasa pemerintahan
Seri Maharaja Diraja. Kerajaan mereka hancur pada T.M. 400 akibat letupan
gunung berapi yang dahsyat. Dan dalam zaman keagungannya, iaitu semasa
pemerintahan Seri Maharaja Diraja itu, mereka sudah menggunakan kapal terbang;

23

yang kecil dinamakan baju layang dan yang besar dinamakan "burung garuda"
kerana ia berkepak dan boleh terbang macam burung." Baju layang itu digunakan
oleh Seri Maharaja Diraja untuk bersiar-siar keluar istana ataupun negerinya
bersama-sama pengikut baginda. Setakat ini "fakta2" atau "peristiwa2" yang cuba
dikemukakan oleh Hj. Mohamed Sidin ini belumlah lagi dapat dibuktikan
kesejarahannya sama ada dengan berdasarkan kaedah kajian sejarah yang lazim
maupun melalui kaedah arkeologi.

Dari Tahun Kemerdekaan Hingga Awal Dekad 1960an

Dari tahun kemerdekaan (1957) sehinggalah awal dekad 1960an, selain daripada
beberapa buah karya yang telah kita sentuh tadi, ada terdapat beberapa buah karya
pensejarahan lagi yang patut kita nyatakan. Terkemuka antaranya ialah karya oleh
sejarawan/budayawan A. Samad Ahmad yang berjudul Sejarah Kesusasteraan
Melayu yang berjumlah tiga jilid semuanya. Dikatakan terkemuka kerana inilah
karya boleh dikatakan terawal yang membicarakan sejarah kesusasteraan Melayu itu
dengan cara yang sistematik dan ilmiah di dalam bahasa Melayu/ibunda itu sendiri.
Ia membicarakan sejarah kesusasteraan itu dengan berdasarkan tahap-tahap sejarah
perkembangan dan perubahan masyarakat Melayu; dari zaman Hindu, Islam dan
seterusnya setelah datangnya pengaruh Barat. Begitu juga halnya dengan karya yang
berjudul Tinjauan Sastera Tanah Ayer, oleh Abdul Ghani Haji Abbas yang juga
membicarakan sejarah perkembangan sastera Melayu mengikut tahap-tahap atau
zaman-zaman yang telah dilalui masyarakat Melayu dari awal iaitu zaman

24

anamisme/Hindu, Islam dan seterusnya dalam zaman penjajahan British. Tetapi


olahan tidaklah begitu kemas dan hanya berdasarkan tema-tema terpenting. Karyakarya tentang sejarah kesusasteraan ini diteruskan juga penerbitannya oleh penulispeulis lain. Ini menampakkan suatu minat dan kesedaran baru terhadap pentingnya
dikaji sejarah kesusasteraan tanahair. Juga disebabkan adanya kurikulum/sukatan
pelajaran sekolah menengah kebangsaan/ aliran Melayu yang perlu pada buku-buku
teks sastera dan yang berkaitan dengannya. Oleh itu selain daripada karya-karya
yang telah disebutkan telah diterbitkan pula karya berjudul Kebudayaan Sepintas
Lalu (1960) oleh Mahmud Ahmad; Adat Resam dan Kebudayaan Melayu (1960)
disusun oleh Yasin bin Saini; Risalah Kebudayaan Sepintas Lalu (1964) oleh Raja
Muhammad Nordin; Asal Usul Adat Resam Melayu (1964) oleh Haji Mohamed
Sidin; Dasar-Dasar Adat Pepatih (1964) oleh Abdul Rahman Hj. Mohammad; dan
Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat (1965) oleh Syed Alwi b. Sheikh Abdul
Hadi. Di samping itu terdapat juga karya-karya yang membicarakan soal-soal lain;
khususnya politik. Karya tentang ini antaranya ialah, peristiwa-peristiwa Di
Kelantan (1960) oleh Ariffin Abdul Rashid; Sejarah Pergerakan Politik Melayu
Semenanjung (1961) oleh Muhammad Yunus Hamidi; Portugis Dalam Siasah
Melaka (1962), oleh Abdul Aziz Zakaria; dan Peristiwa-Peristiwa Siasah Di Tanah
Melayu (1962) oleh Syed Abdullah b. Abdul Hamid al-Edrus.

Kesimpulan

25

Jika dilihat dari segi jumlah perkembangannya karya pensejarahan yang telah
diterbitkan dalam dekad 1950an dan awal 1960an memanglah memberangsangkan.
Khoo Kay Kim menganggarkan sudah ada kira-kira lebih daripada 20 (kira-kira 26)
penerbitan antara T.M. 1956-1966 dalam semua jenis. Tetapi ini hanya merupakan
anggaran yang konservatif sahaja. Sebenarnya melebihi jumlah itu sudah melebihi
lima puluh buah, itupun menjelang tahun 1960 sahaja (1950-1960); Bagaimanapun
tidaklah semua karya itu boleh dianggap sebagai pensejarahan Malaysia kerana
terdapat juga penulisan sejarah yang lain; misalnya Sejarah Ilmu Ekonomi (T.M.
1954) oleh Mustaffa Abdul Rahman Mahmud; Sejarah Pahlawan Islam (T.M.
1953) oleh Ahmad al-Taji; Jagoh Fikiran Bebas (T.M. 1956) yang merupakan
sebuah terjemahan

oleh

Sidang

Pengarang H.M. Shah Enterprise. Namun

demikian, jumlah yang berbentuk pensejarahan Malaysia itu tetap jauh melebihi
bentuk-bentuk lain, iaitu kira 80% sedangkan yang lain hanyalah 20% sahaja bagi
tahun 1950 hingga awal dekad 1960an itu.

Soalan Dalam Teks

26

Sila berikan jawapan yang tepat terhadap soalan di bawah ini;

a. Sebutkan karya pensejarahan Abdul Aziz yang telah diterbitkan pada T.M.
1953.
b. Apakah yang sedaya upaya dilakukan oleh Abdul Aziz dalam menghasilkan
karyanya itu?
c. Di manakah Sejarah Perjuangan Di Malaya telah diterbitkan?
d. Apakah judul karya pensejarahan yang telah dihasilkan oleh Haji Hakim?
e. Siapakah nama sejarawan yang menghasilkan Sejarah Kesusasteraan
Melayu?
f. Berapakah jumlah manuskrip asal dalam bahasa Melayu yang ada dalam
simpanan perpustakan Negara menjelang T.M. 1990?
g. Selain daripada kota-kota utama di Malaysia, di kota manakah karya-karya
pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu pernah diterbitkan?
h. Berapakah anggaran jumlah pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu
yang telah diterbitkan di antara T.M. 1900 hingga awal dekad 1960an.

Kemudian jika dikira dari tempoh lebih awal iaitu daripada kira-kira keenam
belas Masehi hingga awal dekad 1960an itu, jumlahnya barangkali dalam lingkungan
170 buah semuanya. Itupun dikira daripada segi yang telah diterbitkan. Dengan kata
lain jumlah itu tidak termasuk yang masih dalam manuskrip atau naskhah asal.

27

Dikatakan bahawa pada T.M. 1990 sahaja Perpustakaan Negara ada menyimpan
lebih kurang 1,000 naskhah manuskrip Melayu yang masih dalam bentuk asal iaitu
tulisan tangan. Dipercayai tentu ada sejumlah daripadanya yang berbentuk
pensejarahan. Bagaimana pula halnya jika diambilkira naskhah-naskhah yang masih
bertaburan di pelbagai repositori (muzium, perpustakaan, arkib, institusi pengajian
tinggi) di beberapa kota besar

di seluruh dunia seperti di

London, Lisbon,

Frankfurt, Jakarta, Singapura, Bandar Seri Begawan, dan sebagainya yang


sesetengahnya sudah dikatalogkan dan sesetengahnya pula belum. Sudah tentulah
jumlahnya kemungkinannya banyak lagi. Jumlah sebenarnya, dilihat dari segi
kuantiti itu sahaja sudah menunjukkan adanya kesedaran sejarah di kalangan
sejarawan-sejarawan tempatan untuk menulis ataupun mencatatkan peristiwaperistiwa yang mereka rasakan perlu dan penting dibuat catatan. Apa yang mereka
tulis

dan catatkan adalah terdiri dari peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah

mereka alami, ataupun peristiwa-peristiwa yang mereka selidiki, atau yang mereka
diperintah/diminta untuk mengkaji dan menulis atau menuliskan atau memperbaiki
semula akan peristiwa-peristiwa yang sangat mempengaruhi perjalanan kehidupan
mereka, ataupun tentang diri mereka sendiri. Pendeknya pelbagai perkara telah
mereka catatkan dengan pelbagai tujuan pula. Secara amnya tujuan itu boleh
disimpulkan sebagai memenuhi permintaan/perintah seseorang untuk menyukakan
hatinya, dan juga sebagai ingatan atau sumbangan kepada masyarakat untuk menjadi
warisan, teladan, iktibar, petunjuk atau "faedah" bagi zuriat-zuriat yang akan
datang. Semua ini adalah merupakan tujuan yang murni yang tidak menampakkan
atau menggambarkan motif-motif ekonomi terutamanya demi mendapat ganjaran
kewangan, walaupun barangkali ganjaran-ganjaran dalam bentuk lain malah bayaran

28

juga mungkin diberikan kepada penulis-penulis yang berkenaan. Hal mementingkan


ganjaran ini nampak agak jelas terutamanya setelah masuk abad kedua puluh Masehi
ini apabila naskhah-naskhah itu dapat dijual dan disibarkan dengan lebih luas lagi.
Bagaimanapun

ganjarannya

itu,

jika

ada

tidaklah

begitu

lumayan.

Ini

memandangkan kepada harga jualan dan juga khalayak pembacanya itu sendiri.
Misalnya, buku Abu Bakar al-Sidiq oleh Abdullah Basmeh (1951) setebal 198/9
halaman yang diterbitkan dalam tulisan Jawi hanya dijual dengan harga $1.20 sen:
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928) yang telah diterbitkan semula pada T.M.
1968 dalam tulisan rumi - 300 halaman, kertas 90/100 miligram dijual dengan harga
$4.50 sen. Kebanyakan karya tahun 1930's, antara 50 sen - $1.00. Dari segi harga
itu keadaannya adalah lebih murah bagi tempoh sebelum itu. Lazimnya jarang sekali
pula disebut jumlah yang telah dicetak. Biasanya jumlah yang dicetak itu tidaklah
banyak kerana khalayak pembaca bagi karya pensejarahan umumnya tidaklah begitu
ramai berbanding dengan karya sastera romatik, novel picisan ataupun buku-buku
yang secara amnya bermutu dan bermoral daripada segi isi kandungannya.
Bagaimanapun kadangkala ada juga karya yang mendapat sambutan hangat dan
berterusan yang menyebabkan ia perlu diulang cetak beberapa kali. Contoh karya
seperti ini ialah Hikayat Johor oleh Muhammad Said Sulaiman, yang telah diulang
cetak tidak kurang daripada

29

Soalan Dalam Teks

Sila beri keterangan yang ringkas dan tepat mengenai kenyataan/perkara


berikut:

a. Sejarah kenaikan dan kejatuhan kekuasaan Portugis di Melaka T.M. 1641.


b. Sejarah Malaya Merdeka.

30

c. Sinaran Bros.,
d. Karya-karya Darus Ahmad.
e. Mengapakah karya berjudul Asal Usul Alam Melayu, seolah-olah dapat
disamakan dengan sastera rakyat?
f. Apakah tujuan sejarawan dalam zaman tradisi menghasilkan sesebuah karya
pensejarahan?
g. Apakah antara

unsur yang menjadi petanda kepada wujud dan

berkembangnya kesedaran sejarah?

sepuluh kali sejak diterbitkan pada T.M. 1911 hingga T.M. 1940an; Sejarah Alam
Melayu oleh Abdul Hassan dan Haji Buyong Adil (berjumlah 5 jilid) yang telah
cetak tidak kurang daripada lima kali sejak diterbitkan pada T.M. 1925 hingga T.M.
1950an; dan Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy yang
telah beberapa kali diulang cetak dari sejak penerbitannya pada T.M. 1946 hingga
T.M. 1980. Dari satu segi ini adalah tanda-tanda awal bahawa karya-karya tersebut
sedang mendaki taraf menjadi karya-karya yang agong pada tempoh yang akan
datang seperti juga hakikatnya dengan karya-karya seperti Sulalatus Salatin,
Bustanul Salatin, Tajus Salatin, Tuhfat al-Nafis, dan Hikayat Pelayaran Abdullah
itu. Sebenarnya ada beberapa buah lagi yang boleh dikira mempunyai ciri-ciri karya
agung itu. Salah satu daripadanya ialah karya Muhammad Yusof Sultan Mahyudin
yang berjudul Kejatuhan Kaum-Kaum Islam Dan Pergerakan Baru (T.M. 1931) itu.

31

Bagaimanapun apa yang penting ialah adanya karya-karya pensejarahan itu


menunjukkan

wujudnya

kesedaran

penulis/sejarawan

pada

tahap-tahap

perkembangan sejarah yang tertentu itu terhadap pentingnya sejarah. Dengan


wujudnya sikap yang demikian mereka berusaha mencatatkan, memperbaiki,
menuliskan semula, malah menganalisis, pelbagai peristiwa sejarah yang mereka
alami, perhatikan ataupun kaji dan selidiki. Pada peringkat awal, kesedaran itu
nampaknya seolah-olah dalam yang asas sahaja. Ertinya seperti tidak menampakkan
pengertian ataupun pemahaman yang jelas terhadap kecanggihan serta kerencaman
ilmu, falsafah dan kaedah sejarah itu. Oleh kerana itu sejarah itu seolah-olah hanya
disedari daripada sudut kepentingannya sebagai teladan, iktibar atau boleh
memberikan faedah kepada zuriat yang akan datang sahaja. Daripada segi kaedah
dan falsafahnya pula, keadaannya nampak lebih samar lagi. Hanya apabila dihakisi
muqaddimah yang terdapat di dalam kebanyakan karya itu, khususnya yang
berbentuk tradisi, barulah aspek kaedah dan falsafah sejarah dapat disaring atau
diimbas dengan lebih jelas.

Tetapi sejak pertengahan abad kesembilan belas masehi sudah nampak


wujudnya kesedaran yang lebih daripada segi menghasilkan karya pensejarahan yang
lebih berbentuk ilmiah atau objektif. Satu contoh yang unggul bagi karya yang boleh
dianggap berbentuk demikian yang telah dihasilkan pada tempoh tersebut ialah
karya-karya sejarawan agung Empayar-Johor-Riau-Lingga, iaitu Raja Ali Haji,
terutamanya yang berjudul Tuhfat-al-Nafis dan Silsilah Melayu dan Bugis dan

32

Sekelian Raja-Rajanya itu. Kesedaran ini menjadi semakin subur menjelang abad
berikutnya, iaitu abad yang kedua puluh Masehi. Bagi sepanjang abad kedua puluh
Masehi itu, kesedaran itu digambarkan sepenuhnya bukan sahaja daripada segi
kualiti penulisannya, tetapi juga daripada segi kuantiti yang telah diterbitkan. Dari
segi kualiti, kemantapannya memang jelas berlaku berterusan sejak awal abad
tersebut lagi sehinggalah T.M. 1960an itu, walaupun kadangkala masih terdapat
karya-karya yang tidak melambangkan kemajuan kualiti itu. Dari segi kuantiti pula,
pertambahan penghasilan karya juga memang berterusan. Jumlah yang telah
diterbitkan antara T.M. 1900 hingga awal dekad 1960an, adalah kira-kira 145 buah
semuanya, berbanding dengan jumlah kira-kira 25 buah sahaja yang telah dihasilkan
antara kurun ke-16 Masehi hingga awal abad ke-20 itu. Bagi abad ke-20 Masehi itu
juga, jumlah penghasilan semakin bertambah dari satu dekad ke satu dekad,
kecualilah dalam zaman Pendudukan Jepun yang setakat ini didapati menghasil
karya dua buah sahaja, iaitu buku karya yang berbentuk pensejarahan. Kita boleh
menganggap bahawa sebahagian besar daripada jumlah karya itu adalah berbentuk
pensejarahan Malaysia. Ada pula sesetengah yang dari beberapa kota penting di
Alam Melayu, dan juga luar, seperti di London, iaitu selain daripada di dalam
Malaysia itu sendiri. Senario seperti ini sebenarnya menggambarkan bahawa
pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu itu sedang menuju kemantapan
sepenuhnya pada tahun-tahun 1950an dan seterusnya.

33

Soalan Penilaian

1. Tuliskan sebuah esei yang menghuraikan bentuk dan perkembangan


pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu selepas Perang Dunia II
hinggalah awal dekad 1960an.

2. Kesedaran sejarah itu boleh digambarkan

melalui perkembangan

kuantiti dan kualiti pensejarahan Malaysia sejak kurun Masehi ke-16


hingga dekad 1950an. Bahaskan.

3. Antara karya pensejarahan Malaysia yang terkemuka yang telah


diterbitkan dalam dekad 1950an itu ialah Sejarah Kesusasteraan

34

Melayu oleh A. Samad Ahmad. Berikan ulasan yang lengkap terhadap


kenyataan ini.

ME 3654
MODUL 7
PENSEJARAHAN MALAYSIA DALAM BAHASA ASING:
SUMBANGAN ORANG-ORANG PORTUGIS

Objektif

Meninjau motif penulisan sejarah oleh orang-orang asing,


terutamanya Barat, tentang Malaysia.

Membicarakan sumbangan penulis-penulis Portugis.

Membincangkan isi kandungan pensejarahan orang-orang


Portugis.

Melihat orientasinya.

Menilai sumbangan mereka.

35

Kesedaran Sejarah dan Motif Penulisan

Sebenarnya kesedaran sejarah itu dapat juga dikesan di kalangan penulis/ sejarawan
daripada bangsa-bangsa asing (Eropah khasnya) yang telah datang menyerang,
menakluk dan menjajah Malaysia. Ertinya mereka juga berpendapat bahawa
peristiwa-peristiwa yang pada anggapan mereka "bersejarah" atau berguna, wajar
dicatat, dianalisis ataupun ditafsirkan. Matlamatnya pada asasnya boleh dikatakan
sama, iaitu untuk mendapatkan sesuatu faedah daripada peristiwa-peristiwa sejarah
itu. Tetapi oleh kerana mereka itu menulis dari sudut yang menakluk dan menjajah,
maka

matlamat untuk mendapat faedah itu sudah tentulah berbeza daripada

matlamat mereka yang terdiri daripada penulis/sejarawan tempatan. Hal ini ketara
sekali dalam karya-karya pensejarahan pegawai pentadbiran sejarawan British yang
telah menjajah negara kira dari 1786-1957 (1963 bagi Sabah dan Sarawak). Di
kalangan orang-orang Portugis dan Belanda pula hal itu tetap wujud tetapi tidaklah
terlalu menonjol nampaknya motif utama mereka ialah;

i) Memaparkan peristiwa atau sejarah tempatan itu untuk menarik perhatian rakyat
tanahair mereka; sama ada untuk mendapatkan simpati, bantuan kerajaan dalam

36

pelbagai bentuk (e.g. ketenteraan dan kewangan) atau menarik pelaburan.


Namun ada juga yang memaparkannya sebagai catatan sahaja dan kadang kala
sebagai perbandingan.
ii) Menonjolkan keunggulan bangsa dan budaya mereka dengan memperbesarkan
serta membenarkan peranan mereka dalam sejarah negara yang mereka duduki
atau jajah.
iii) Memperkecilkan peristiwa, peranan dan tokoh-tokoh tempatan dengan sindiran,
cemuhan dan ukuran nilai Barat/Kristian.
iv) Dengan berbuat demikian mereka berharap akan dapat memaparkan diri mereka
sebagai bangsa yang tinggi sosio-budaya atau tamadunnya daripada bangsa yang
mereka kuasai; sekaligus menampilkan imej mereka sebagai bangsa penyelamat,
berperikemanusiaan dan bersusila selain daripada berwibawa dan berkuasa.

Apa pun motifnya, hasil karya yang boleh dianggap sebagai berbentuk
pensejarahan yang telah mereka hasilkan memanglah banyak. Ini berlaku sejak
orang-orang Portugis menguasai pada awal abad keenam belas Masehi lagi. Tapi
tidak banyak bahan Portugis yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Mereka juga telah menghasilkannya berterusan; yakni terus-menerus, walaupun ia
mengikut tahap atau zaman penguasaan dan orientasi masing-masing. Dilihat
daripada segi jumlah pula, belumlah ada satu senarai yang lengkap mengenainya
iaitu yang menyeluruh mengenainya khususnya yang melingkungi tempoh kajian.
Kajian dan percubaan ke arah itu memang ada dilakukan di sana sini. Misalnya
makalah oleh I.A. Macgregor berjudul, "Some aspects of Portuguese Historical

37

Writing of The Sixteenth and Seventeenth Centuries on Southeast Asia" - 1962;


K.G. Tregonning, Malaysian Historical Sources, dan juga ada beberapa yang lain,
yang telah disebutkan lebih awal tadi; namun tidak melingkungi semuanya. Seperti
yang dinyatakan kebanyakan pensejarahan dalam bahasa asing diketahui di Malaysia
ini ialah karya-karya di dalam bahasa Inggeris sahaja; sama ada yang asalnya ditulis
dalam bahasa tersebut atau dari bahasa-bahasa lain oleh sejarawan-sejarawan bukan
- British dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa itu. Bagaimanapun setakat yang
diketahui hingga kini, (iaitu dalam bahasa Inggeris) jumlah terbanyak sekali ialah
karya yang pada sahnya telah dihasilkan dalam bahasa Inggeris itu sendiri.
Kebanyakannya diusahakan pula tokoh/sejarawan pegawai dari bangsa dan negara
yang berkenaan juga. Karya yang telah diterjemahkan agak kecil jumlahnya,
terutamanya yang dari bahasa Portugis dan Belanda, barangkali tidak melebihi
angka

20 semuanya. Namun di dalam bahasa asalnya dipercayai banyak juga;

terutamanya yang di dalam bahasa Portugis. Di dalam bahasa Belanda tentulah agak
kurang kerana tumpuan mereka kemudiannya adalah lebih kepada Indonesia yang
merupakan tanah jajahan mereka terbesar sejak kurun ketujuh belas lagi.
Bagaimanapun kajian dan penelitian yang lebih mendalam memang diperlukan
dalam hal menentukan jumlah atau angka bilangan ini.

Tiga Tahap Penghasilan Karya Pensejarahan

Namun gambaran asasnya ialah bahawa ada tiga tahap penghasilan karya
pensejarahan Malaysia dalam bahasa asing itu. Tahap pertama ialah tatkala orang-

38

orang Portugis berkuasa di Melaka. Tahap kedua ialah apabila Belanda dapat
merampas Melaka daripada Portugis (T.M. 1641) dan tahap ketiga bermula apabila
British mula menjajah Malaysia sejak penghujung abad ke-18 Masehi.

Penulisan Orang-Orang Portugis

Dalam tahap pertama, beberapa orang tokoh/pengembara Portugis telah


menghasilkan beberapa buah karya (yang dapat kita lihat setakat ini) yang antara
lainnya mengandungi sejarah negeri yang mereka kuasai dan juga persekitaran serta
negeri-negeri yang lain. Antara penulis-penulis tersebut yang sangat dikenali yang
karya-karya

mereka

telah

diterjemahkan

ialah Tome

Pires,

de

Eredia,

de'Alburqueque, Duarte Barbosa, Casthaneda, Gasper Correa dan de Couto.


Kebanyakan terjemahan telah diusahakan oleh The Hakluyt Society, London. Tahap
penghasilan peringkat pertama ini berlaku dari kira-kira tahun kejatuhan Melaka
(1511) hinggalah pertengahan abad yang berikutnya iaitu abad ketujuh belas,
apabila Portugis telah dikalahkan oleh angkatan tentera Belanda dengan bantuan
Johor pada T.M. 1641. Dari segi pensejarahan, Ian A. Macgregor mengatakan
bahawa tempoh T.M. 1515-1650 boleh dianggap sebagai zaman keemasan bagi
penulisan sejarah di Portugal. Ertinya banyak karya pensejarahan yang telah
dihasilkan, antaranya termasuklah yang mengenai India, Asia Tenggara, Cina dan
tanah air kita, khususnya Melaka. Penulis (Macgregor) mengatakan lagi bahawa
sejarawan-sejarawan yang menulis tentang negara-negara luar itu menghasilkan tiga
jenis atau bentuk pensejarahan (1) Mereka

yang berkhidmat di Asia menulis

39

laporan/catatan;

(2) Penulis biasa di Portugal dan di Timur menulis sejarah;

khususnya tentang peristiwa yang keduniaan; (3) paderi-paderi mengumpul babad


dan riwayat hidup khususnya yang berkait dengan usaha menyibarkan agama
Kristian. Bagi kajian ini hanya (1) dan (2) sahaja yang berkait dengan perbincangan
kita.

Laporan-laporan atau catatan itu pula juga terbahagi kepada 3 bahagian:


i) perihal negeri-negeri yang berkaitan.
ii) ringkasan perangkaan yang berkait dengan kewangan, ketenteraan dan
kadang-kadang merujuk sejarah.
iii) Laporan pihak paderi

Catatan Tome Pires

Antara yang terawal dalam bentuk laporan/catatan itu ialah oleh Tome Pires yang
telah diterjemahkan oleh Armando Cortaseau (T.M. 1944) berjudul The Suma
Oriental of Tome Pires: An Account of The East, From The Red Sea To Japan
Written in Malacca and India in 1512-1515 Jilid I dan II (Hakluyt Society London)
tentang Melaka Jil. II, buku ke-6,

hlm. 229-289. Beliau membahagikan

laporan/catatannya kepada judul-judul kecil seperti berikut:

(i) sejarah awal - sejak penubuhan hingga 1511.

40

(ii) negeri/kawasan-kawasan berhampiran: Ini termasuklah bandar Melaka


dan sempadannya dari Kuala Linggi hingga Kuala Kesang yang terdapat
1150 dusun di dalamnya. Juga dicatatkan tentang Selangor, Manjung,
Bruas, Muar, Singapura, Rokan, Pahang, Minangkabau, Kampar,
Tongkal.
(iii)

Pentadbiran Melaka - menyebut 5 pegawai (bangsawan tertinggi) (i) Paduka Raja yang merupakan suatu jawatan dan suatu gelaran. Jika
tiada pemegangnya maka Bendaharalah yang tertinggi sekali. (ii)
Bendahara yang juga boleh bergelar demikian misalnya, Tun Perak; (iii)
Laksamana, (iv) Temenggung (v) Syahbandar.

Dalam sistem pentadbiran itu, terdapat hirarki kuasa dan tugas seperti berikut:
(i) Bendahara = Ketua Hakim Negara; menjaga sumber pendapatan diraja;
Perdana Menteri.
(ii) Laksamana - ketua turus angkatan laut - pengawal raja - lebih penting dari
Bendahara dalam hal peperangan.
(iii)

Temenggung - ketua hakim bandar Melaka - Ketua pengawal bertanggungjawab tentang kes-kes yang akan dikenakan hukum penjara penerima bayaran dari barang-barang dagangan para pedagang ternama;
mesti orang yang berhemah tinggi dan jujur.
(iv)

Ada 4 Syahbandar - seorang kepada setiap kumpulan (i) Gujerat


yang paling terpenting (ii) Benua Keling - Benggali, Pegu (Burma),
Pase

(iii) Jawa - Maluku, Banda, Palembang, Tanjungpura dan Lukut.

41

(iv) China - Lequeos (Ligor? ), Chancheo dan Champa. Mereka adalah


pegawai majlis bandaran (pelabuhan) yang juga bertugas membawa
saudagar-saudagar bertemu Bendahara, memperuntukkan gudanggudang, mengangkut barang-barang dagangan mereka, menyediakan
tempat tinggal (hotel) jika mereka ada dokumen dan menyediakan
kenderaan seperti gajah jika diperlukan.

Perdagangan

Pires mencatatkan bahawa antara para pedagang yang datang ke Melaka ialah:
Orang-orang Islam (Moors) dari Kaherah, Makkah, Aden, Habsyah, Kilwa,
Malinda, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkoman, orang Kristian dari Armenia, orang
Gujerat, Chaul, Dabul, Goa di Deccan, orang-orang Malbari dan Keling, pedagangpedagang dari Orrisa, Ceylon, Benggala, Arakan, Pegu, Siam, orang-orang Kedah,
orang-orang Melayu, orang-orang dari Pahang, Patani, Kemboja, Champa, CochinChina, China, Leques, orang-orang dari Brunei, Tanjungpura, Laue, Banka, Lingga,
Maluku, Banda, Bima, Timur, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal,
Inderagiri, Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Batak, Pasai, Pedir,
Maldives . Mereka pula datang dengan jong dan kapal membawa pelbagai barang
dagangan maisng-masing, mengikut hasil negeri masing-masing dan juga barang
dagangan yang boleh diperdagangkan di Melaka. Antaranya ialah kain, tembikar,
wangi-wangian, air mawar, pinggan mangkok, sutera, ubat-ubatan, alat-alat senjata,
bahan-bahan makanan, emas, perak, tembaga dan alat-alat perhiasan dan juga

42

candu, nila, manik, mutiara, batu karang, intan permata, bijiran, rempah ratus, kayu
cendana, kain sutera, teh, kapur barus, khalambak dan pelbagai jenis bahan
dagangan lagi.

Pires juga menyebut tentang kesibukan suasana perdagangan di Melaka itu


dengan mengatakan bahawa, mereka berdagang di setiap lorong dan jalan .
orang tidak berupaya menganggarkan nilai Melaka, disebabkan oleh keagungan
dan kemakmurannya. Melaka adalah kota yang dibangunkan untuk perdagangan,
terbaik dari yang lain-lain di seluruh dunia. Sesuai dengan keadaan yang demikian
itu, Pires juga menyebut bahawa di Melaka, biasanya didapati ada 84 bahasa yang
dituturkan; setiap satunya berbeza . ini baru yang di kota Melaka sahaja .

Juga disebutkan juga tentang sistem percukaian yang teratur. Mereka yang
dari "Barat" - Asia Barat, India, Sri Lanka, membayar 6%. Pegu, Siam, Kedah,
Pedir, Pasai biasanya memberi hadiah dan bayaran tertentu. Orang Melayu dan lainlain yang ada isteri atau penduduk tetap membayar 3% cukai barang dagangan;
cukai diraja 6% bagi orang asing dan 3% bagi rakyat tempatan. Hadiah-hadiah
diberikan kepada raja, bendahara, temenggung dan syahbandar dengan nilai 1-2 %.
Pedagang dari Timur, seperti Pahang, Jawa, Banda, Maluku, Palembang,
Sumatera, malah China tidak membayar cukai tetapi memberi hadiah yang
berpatutan kepada sultan dan pegawai-pegawai tertinggi. Selepas itu mereka boleh
berdagang/ berniaga dengan bebas. Sistem timbang dan sukat yang lengkap juga

43

disebutkan iaitu dalam bentuk bahara, kati, tahil dengan menggunakan dacing dan
gantang.

Pendudukan Portugis

Orang-orang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de'Alburquerque telah datang


untuk menakluki Melaka pada 1hb Julai T.M. 1511, dengan 15 buah kapal perang
dan 1600 askar. Mereka telah kalah dalam perang yang pertama tetapi menang kali
yang kedua kerana mengikut Pires, "our Lord had ordained that he (sultan) should
pay for the great treason he had committed against our people". Sultan dan
pengikut-pengikut baginda terpaksa melarikan diri ke Bertam kemudian ke Muar ke
Pahang dan seterusnya ke Kampar dan meninggal di Kampar pada T.M. 1528.
Berikutan dengan kejayaan menakluki Melaka itu Portugis telah melakukan
penyusunan semula untuk;
(i) Menggalakkan kemasukan pedagang.
(ii) Membuat perlantikan baru bagi beberapa jawatan berdasarkan institusi
pentadbiran Melayu Melaka; misalnya Nina Chatu, seorang saudagar
dari bangsa Keling, dilantik jadi Bendahara; Regio de Raja dilantik
menjadi Temenggung dan Pateh Khidir menjadi penghulu orang-orang di
Upeh. Tetapi perlantikan-perlantikan ini hanyalah untuk meredakan
keadaan dan menarik perhatian pedagang-pedagang yang dahulunya
mendatangi Melaka. Mereka tidaklah mempunyai kuasa yang sebenarnya

44

sepertimana yang diperuntukkan bagi jawatan-jawatan tersebut dalam


zaman sebelum Portugis dahulu.

Sebenarnya gambaran Pires tentang Melaka dalam zaman penjajahan


Portugis itu tidak lengkap. Ia hanya setakat kira-kira 3-4 tahun semasa beliau
berada di sana (1512-1515). Ia hanyalah merupakan gambaran awal iaitu gambaran
tentang kemenangan pihak Portugis menakluki Melaka dan usaha-usaha awal untuk
membangunkannya semula dari runtuhan-runtuhan peperangan,

berdasarkan

hakikat dan anggapan bahawa mereka adalah kuasa baru dan akan menguasai
Melaka selama yang mereka boleh mempertahankan kekuasaan itu. Oleh itu antara
usaha itu ialah membina kota/kubu yang pada mulanya diperbuat daripada kayu
(dengan memecahkan kapal-kapal pedagang-pedagang Islam) dan kemudiannya
diganti dengan batu (dibina atas tapak mesjid besar dengan batu mesjid dan batu
nesan di sekitarnya digunakan sebagai sebahagian bahan

pembinaan kota);

menyusun pentadbiran dan menggalakkan pedagang-pedagang asing datang semula


ke Melaka.

Penentangan Terhadap Portugis

Namun Pires menggambarkan juga bahawa segalanya tidaklah berjalan dengan aman
dan tenteram sahaja di Melaka dan persekitarannya, walaupun pihak Portugis telah
menonjolkan kekuasaannya dan mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi
mengukuh serta mengekalkan kekuasaan itu. Penentangan-penentangan berlaku dan

45

yang paling penting dicatatkannya ialah oleh Utimutiraja, salah seorang saudagar
yang setia kepada Sultan Mahmud dan anaknya Pateh Acso dan menantu dan
seorang lagi ahli keluarganya yang telah membiayai perbelanjaan. Pemberontakan
yang dilakukan oleh Pateh Khidir (Quadir).

Utimutiraja kemudiannya telah

ditangkap dan dipancung oleh pihak berkuasa Portugis. Namun pemberontakan


Pateh Khidir itu telah berjaya membunuh beberapa orang Portugis, termasuklah Rui
de Araujo yang pada T.M. 1509 dahulu telah menyertai angkatan laut perdagangan
Portugis yang dipimpin oleh Lopez de Sequera datang ke Melaka untuk meninjau
keadaan empayar

tersebut; mereka telah ditangkap, tetapi de Sequeira dapat

melepaskan diri dan kembali ke Goa, India melaporkan kejadian tersebut dan juga
keadaan Melaka kepada Wizurainya, iaitu Alfonso de Alburquerque.

Pires mencatatkan bahawa pemberontakan Pateh Khidir itu gagal. Beliau


dilucutkan kepada jawatannya (penghulu orang-orang di Upeh) tetapi beliau berjaya
melarikan diri ke Jawa dan meminta bantuan daripada kerajaan Jawa. Mereka
datang dengan 100 kapal layar beserta 5,000 laskar. Kemudiannya Commentaris
oleh de Alburqueque mengatakan 90 kapal layar beserta 10,000 orang; Gasper
Correa mengatakan 30 buah besar dan 60 yang kecil beserta 15,000 laskar;
Castanheda mengatakan 300 kapal layar beserta lebih 25,000 laskar - "a marved to
behold" - sedangkan orang-orang Portugis hanya lebih kurang 300 sahaja; de Barros
mengatakan 90 kapal layar yang kebanyakan terdiri dari pelbagai sampan layar yang
kecil dan yang lainnya adalah tongkang, beserta lebih kurang 12,000 laskar dengan
beberapa senjata meriam - "made in Java". Tetapi serangan pertama terhadap
Melaka ini gagal. Pihak Portugis terus berkuasa. Pires juga mengatakan bahawa

46

Portugis bukan sahaja berkuasa di Melaka, tetapi kuasa Portugis adalah seluruh
Melaka, dari Melaka ke China, dari China ke Maluku dan dari Maluku ke Jawa, dan

Soalan Dalam Teks


Jawab dengan tepat soalan-soalan berikut:

a. Berapakah tahap penghasilan karya pensejarahan Malaysia dalam


bahasa asing itu?
b. Sebutkan nama dua orang penulis Portugis yang pernah menulis
sejarah Melaka.
c. Apakah judul karya pensejarahan yang telah dihasilkan oleh Tome
Pires?
d. Berapakah jumlah pegawai pentadbir tertinggi di Melaka yang
telah dicatatkan oleh Tome Pires.
e. Sebutkan dua buah negeri yang disebut dari barat.
f. Namakan tiga buah negeri dari timur.
g. Siapakah pemimpin yang telah melakukan pemberontakan yang
pertama ke atas pihak berkuasa Portugis di Melaka?

47

h. Apakah antara pandangan Tome Pires tentang kepentingan


Melaka?

dari Jawa ke Melaka [dan] Sumatera semuanya di bawah kekuasaan mereka. Oleh
itu beliau menganggap Pahang, Kampar dan Inderagiri sebagai tanah jajahan; yang
lain-lain adalah friendly vassels atau tanah jajahan yang akrab (Minangkabau, Aru,
Pasai, Pegu, Siam, Grisek, Tuban, Sidayu Surabaya, Sunda dan Brunei); rajarajanya menganggap diri mereka hamba (slaves) kepada Raja Portugal iaitu
seperti yang tertulis dalam surat-surat mereka kepada raja tersebut. Ini adalah suatu
kejadian

salah tafsir kerana dalam sosio-budaya Melayu rujukan sebagai

hamba Itu adalah merujuk kepada diri pengirim sahaja.

Tentang Melaka itu sendiri, Pires menyebutkan kepentingannya, dengan


menyatakan who ever is Lord of Malacca has his hand on the threat of Venice.
Oleh itu pihak berkuasa perlu memperbaiki Melaka serta hubungannya dengan
dunia luar, misalnya dengan Jawa dan negeri-negeri persekitaran yang lain.

Kebencian Terhadap Orang Islam

Namun Pires tetap menyatakan rasa takut, bimbang dan ragu serta kebencian
terhadap orang-orang Islam (Mohamedans & Moors) khususnya orang-orang

48

Melayu. Misalnya beliau menyatakan Raja Abdullah, Raja Kampar yang akan
dilantik menggantikan Ninacetu sebagai Bendahara, adalah seorang pemuda yang
bodoh, dan seorang Melayu saya tidak fikir dia akan berjaya di Melaka - He
should not (Jorge de Alburqueque) allow the said Malay in Malacca, or any other,
put in some one not of Malay blood .

Demikianlah pandangan Tome Pires, iaitu seorang penulis/pencatat bangsa


Portugis yang telah datang menetap di Melaka di antara T.M. 1511-1515. Selepas
beliau ini ada beberapa banyak lagi catatan oleh orang-orang Portugis. Misalnya
The Book of Duarte Barbosa (diterbitkan pada 1918-21) diterjemahkan/edit oleh
M.

Longworth

Dames. Barbosa

dikatakan tidak

pernah melawat Asia

Tenggara/Melaka sebelum maupun selepas beliau menghasilkan penulisannya.


Beliau hanya sampai ke Pantai Malabar sahaja dan tinggal beberapa lama di sana.
Namun pandangannya tentang Melaka mempunyai beberapa persamaan dengan
Pires; bahawa Melaka adalah sebuah pelabuhan yang makmur, kaya dan
perdagangan yang pesat serta terdapat banyak emas sehingga saudagar-saudagar
besarnya tidaklah begitu hirau tentang harta mereka dan tidak juga menyimpan kirakira hartanya melainkan dalam emas bahara. Melaka adalah Antara negara yang
termewah dan terkaya di dunia.

Selepas Barbosa tokoh yang telah ada membuat catatan/laporan tentang


Melaka ialah Manoel Godinho de Eredia (T.M. 1563-? 1629) yang lahir dan tinggal
di Melaka. Bapanya seorang keptan dan ibunya berketurunan Sulawesi. Beliau

49

kemudian pergi ke Goa dan bekerja di sana. Karya beliau yang telah disunting dan
diterjemahkan oleh J.V. Mill berjudul Eredias Description of Malacca Meridonial
India and Cathay JMBRAS (1930), Vol. VIII, Pt. I. Penulisannya adalah
berdasarkan sumber-sumber lisan dan bertulis. Gambaran beliau tentang Melaka
adalah juga tidak jauh bezanya dari gambaran yang telah diberikan oleh Pires dan
Barbosa. Malah beliau telah pula mencatatkan tentang adanya undang-undang yang
teratur dijalankan di Melaka dengan berdasarkan agama/undang-undang Islam. Juga
tentang adanya susun-lapis masyarakat yang berkelas-kelas [tapi tidak berkasta]
yang terdiri daripada golongan diraja, bangsawan (= orang kaya-kaya), orang
merdeheka dan hamba abdi.

Golongan ini mempunyai fungsi atau tugas masing dalam menghadapi dan
mengendalikan empayar/pelabuhan Melaka yang mewah dan makmur lagi masyhur
itu. Golongan raja menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pembesar/ bangsawan
sebagai pentadbir. Orang merdeheka (rakyat) berdagang/berniaga, bertukang,
bercucuk tanam, berternak binatang-binatang atau bekerja sebagai buruh sahaja.
Hamba-abdi pula menjalankan kerja-kerja yang diperincikan oleh tuannya asal
sahaja tidak menderakan dirinya atau tercabul maruahnya. Misalnya bekerja di salah
sebuah dusun yang berjumlah 1150 itu; ataupun di sawah padi tuannya.

Bagi kepentingan penyebaran /pengukuran/pengajaran agama Islam, ulamaulama atau mula (maulana) dan casis (khadi) telah datang dari Tanah Arab ke
Melaka untuk menjalankan tugas yang murni itu. Walau bagaimanapun pandangan

50

Eredia terhadap Islam tetap menyamai pandangan Tome Pires iaitu dengan
pandangan yang merendah-rendahkan dan menyindir-nyindir.

Penulisan Castanheda

Selain daripada de Eredia, terdapat beberapa orang lagi yang berminat menuliskan
catatan malah sejarah Asia, termasuk Asia Tenggara dan tanah air kita, khususnya
Melaka itu. Salah seorang daripadanya ialah Fernao Lopez de Castanheda (T.M.
1500-59) yang dianggap oleh MacGregor sebagai, sejarawan tidak rasmi yang
pertama yang telah menerbitkan karya yang menyentuh sejarah Asia Tenggara.
Beliau telah melakukan penyelidikan yang agak memberangsangkan dalam
menghasilkan karyanya yang secara popular dikenali dengan judul History (asalnya
Historio do descobrimento and conquista da India Pelos Portuguezes). Beliau telah
pergi ke tempat-tempat kejadian (India, Melaka hingga ke Maluku) dan melihat
sumber-sumber dan mengumpul sumber-sumber lisan. Asasnya penulisan sejarah
beliau - berjumlah lapan jilid yang telah diterbitkan di antara T.M. 1551-1561, yang
menceritakan tentang kembara dan tindaklaku serta kegiatan orang-orang Portugis
di Asia termasuklah Malaysia. Beliau menganggap pencapaian mereka itu sangat
besar dan mengkagumkan hingga mengatasi pencapaian tokoh-tokoh legenda dalam
dunia epik zaman klasik Eropah seperti Illiad dan Oddysey karangan Homer. Malah
seorang Portugis iaitu Francisco de sa De Meneses telah menghasilkan sebuah
drama epik berjudul The Conquest of Malacca, yang mengkisahkan tentang
penaklukan Melaka pada T.M. 1511 oleh orang-orang Portugis. Seperti yang

51

dijangkakan beliau telah memberikan gambaran yang panjang lebar tentang


beberapa tempat di Asia Tenggara. Misalnya Pegu, Melaka dan Maluku.
Pandangannya tentang Melaka pada asasnya tidaklah berbeza sangat dengan apa
yang dicatatkan oleh Pires ataupun de Barros dan de Eredia. Misalnya beliau juga
mencatatkan kemakmuran Melaka dengan saudagar-saudagarnya karya-karya serta
mengukur dan harta kekayaan masing-masing dengan emas bahara. Dan seperti
beberapa penulis lain itu

juga Castanheda menganggap kemaraan orang-orang

Portugis, penaklukan dan sebagainya adalah sesuatu yang wajar, kerana 3K(3G)
yang salah satu daripadanya adalah untuk menyibarkan agama Kristian mazhab
Jesuits, dan untuk menumpaskan Islam.

Karya de Albuquerque dan Lain-Lain

Demikian jugalah pandangan seorang lagi penulis/sejarawan Portugis, iaitu Braz


(Afonso) de Albuquerque (T.M. 1500-1580) anak Wizurai Portugis yang telah
memimpin angkatan tentera lautnya menyerang dan menakluki Melaka pada T.M.
1511 dahulu. Berbeza dengan beberapa penulis yang lain, Braz Albuquerque tidak
pernah pergi Asia, apatah lagi ke Melaka, untuk melakukan lawatan sambil kajian
terhadap tempat-tempat

yang telah dikuasai oleh orang-orang Portugis.

Bagaimanapun beliau adalah orang ternama dan ke pengaruh di negaranya. Beliau


telah menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang antara lainnya, dengan
berdasarkan surat bapanya kepada Raja Portugal yang menceritakan, antara lainnya,

52

tentang sejarah, keadaan dan perkembangan yang berlaku di tanah-tanah jajahan


Portugis itu. Beliau telah menerbitkan penulisannya itu pada T.M. 1576 dengan

Soalan Dalam Teks


Beri keterangan yang ringkas dan tepat bagi soalan/kenyataan di
bawah ini:

a. Berikan satu rumusan yang ringkas tentang motif utama penulisan


sejarah Malaysia oleh kuasa-kuasa asing.
b. Jelaskan kedudukan dan tugas bendahara seperti yang dicatatkan
oleh Tome Pires.
c. Tome Pires juga mencatatkan tugas Laksamana. Jelaskan.
d. Ian A. Macgregor mengatakan tempoh T.M. 1515-1650 adalah zaman
keemasan bagi penulisan sejarah di Portugal. Mengapa?
e. Laporan/catatan oleh orang-orang Portugis itu terbahagi kepada tiga
bahagian. Huraikan.
f. Apakah antara perkara yang dicatatkan oleh de Eredia tentang
Melaka?

53

g. Mengapakah

kebanyakan

penulisan

Portugis

menyatakan

kebenciannya terhadap agama Islam?

judul Commentarios de Grande Afonso de Albuquerque

(diterjemahkan

kemudiannya sebagai The Commentaries of the Great Afonso DAlbuquerque.


Tujuan beliau menulis ialah:
(i) supaya menjadi ingatan kepada Raja Portugal (John III) agar sentiasa
memenuhi tanggungjawabnya kepada waris-waris mereka yang telah
berjasa kepada raja-raja yang terdahulu.
(ii) amnya seperti yang lain - untuk menyanjung/jasa-jasa tokoh-tokoh yang
telah pergi ke Asia esp. sekali bapanya.

Sejarah yang berkait dengan Melaka, Commentaries ini, seperti Pires, juga
memuatkan

sejarah

Melaka,

adat

istiadat,

perdagangan

dan

seterusnya

penaklukannya oleh Portugis. Misalnya beliau mengatakan bahawa raja Melaka


yang pertama ialah Parimucura dan raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah
Mahkota Iskandar Syah hasil dari kegiatan dakwah oleh para maulana yang datang
ke Melaka bersama-sama pedagang Islam. Selepas menerima Islam Melaka semakin
maju. Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang makmur dan mewah. Melaka
juga menjadi pusat perkembangan Islam di Asia Tenggara. Dari segi politik dan
kekuasaan pula, Melaka telah mula-mula mengorak langkah meluaskan jajahan

54

takluknya sejak peringkat awal pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, terutamanya


selepas ia dapat mematahkan serangan yang pertama orang-orang Siam melalui
Pahang (? 1446).

Kemakmuran Melaka dan keunggulan Islam itu memang menjadi tarikan


kepada orang-orang Portugis untuk menakluki dan menguasainya. Albuquerque
tidak menyatakan sejelas yang demikian. Namun dengan penaklukan itu beliau
berharap akan dapat membendung, kalaupun tidak memberhentikan terus,
perkembangan Islam. Beliau juga, seperti penulis-penulis Portugis yang lain,
menganggap orang-orang Islam Melaka telah menzalimi/khianati

orang-orang

Portugis pada T.M. 1509. Oleh itu serangan dan penaklukan pada T.M. 1511 adalah
wajar bagi membalas dendam dan menundukkan keangkuhan orang-orang Islam.
Dengan kata lain, orang Portugis tidak bersalah walaupun merekalah, seperti yang
diketahui sekarang ini, yang sebenarnya menceroboh.

Ada juga beberapa penulisan yang lain yang dihasilkan oleh penulis-penulis
lain, seperti penulisan oleh Gasper Correa misalnya (c. 1495-1565?) namun
kebanyakannya adalah mengenai kegiatan dan tokoh-tokoh Portugis itu sendiri;
padri dan pemimpin-pemimpin angkatan laut atau pentadbir-pentadbirnya. Mereka
tidak banyak mencatatkan tentang sejarah atau keadaan petempatan/ negara yang
telah mereka kuasai.

55

Menjelang pertengahan abad ke 17, kerajaan Portugis telah kehilangan


hampir keseluruhan tapak kekuasaannya di Asia Tenggara kecuali di Pulau Solor
dan Timor. Itupun dalam keadaan yang lemah dan goyang. Melaka misalnya telah
dapat dikalahkan pada T.M. 1641 oleh pasukan tentera laut Belanda dengan bantuan
daripada pihak Johor. Dengan kekalahan itu, tidaklah ada lagi catatan/penulisan
yang panjang lebar boleh dan perlu dilakukan. Catatan/penulisan walaupun ada,
tidaklah sepenting atau sebesar yang dihasilkan pada abad yang lepas. Malah
menjelang abad yang berikutnya, kegiatan tertumpu pula kepada usaha menerbitkan
semula karya-karya yang telah diterbitkan lebih awal

terutamanya dari kurun

keenam belas dahulu.

Dengan kekalahan Portugis di tangan Belanda dan Johor itu, maka


pensejarahan Malaysia di dalam bahasa asing ini dipelopori pula oleh orang-orang
Belanda iaitu oleh pencatat dan pengembaranya. Seperti orang-orang Portugis,
orang-orang Belanda juga ada membuat catatan tentang India, Kepulauan Melayu
atau Benua Timur ini secara keseluruhannya. Ini termasuklah

juga Malaysia,

khususnya Melaka yang telah dikuasainya daripada Portugis sejak T.M. 1641 itu.
Namun secara keseluruhannya lebih banyak catatan/penulisan mereka adalah
tertumpu kepada Indonesia; Ambon, Maluku, Jawa dan Sumatera. Tentang Malaysia
setakat yang dapat dikesan ada banyak juga yang telah dihasilkan, namun
kebanyakannya masih kekal dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Belanda.

56

Soalan Penilaian

1. Orang-orang Portugis telah banyak menghasilkan karya-karya


pensejarahan bagi sejarah awal Malaysia. Bincangkan.

2. Huraikan kedudukan dan kepentingan karya-karya pensejarahan


Portugis dalam perkembangan pensejarahan Malaysia.

3. Jika dikaji dengan lebih teliti, didapati penulisan orang-orang


Portugis tentang sejarah Malaysia juga mengandungi unsurunsur bias atau memihak kepada mereka. Bahaskan sejauh
manakah kebenaran kenyataan ini.

57

Anda mungkin juga menyukai