Anda di halaman 1dari 45

HISTOGRAFI

1.0 Tajuk Buku: Sejarah Dan Tamadun bangsa Melayu

Penulis: Ahmad Jelani Halimi

Dalam buku ini penulis telah menjelaskan kepada subtopik- subtopik

kerajaan- kerajaan awal di Asia Tenggara. Subtopik ini melibatkan ada zaman pra-sejarah

lagi,kerajaan awal yang dipengaruhi oleh kerajaan india seperti Campa, Funan,Kemboja.

Dalam pada ini telah menyebabkan banyak bukti- bukti yang dikemukan serta pendapat

tokoh- tokoh yang menguatkan lagi hujan penulis ini.

Pada halaman.78 penulisan telah menceritakan bagaimana kerajaan champa dengan

kerajaan lain seperti Dai Viet menjalinkan hubungan melalui perkahwinan. Hal ini dapat

dilihat penulis telah menceritakan jalinan hubungan diantara kerajaan champa ini telah

menghasilkan pengaruh yang kuat dalam sejarah di kerajaan Awal. Dalam halaman ini

juga telah menceritakan beberapa penentangan yang dilakukan oleh pemerintah-

pemerintah kerajaan lain. Contohnya raja Kublai khan yang menyerang kerajaan champa

serta ingin menguasai semananjung indon- china. Penulis juga menyatakn bahawa kerajaan

Champa telah menjalinkan hubungan dengan kerajaan lain seperti vetnamt, jawa dan

sebagainya.

1
2.0 Tajuk buku : Sejarah Asia Tenggara

Pengarang : D.G.E Hall

Buku yang di tulis oleh D.G.E Hall ini menerangkan tentang pengenalan kepada

Asia Tenggara. Buku ini member keterangan kepada sejarah asia tenggara yang ramai tidak

mengetahuinya. Melalui buku ini kita dapat mengkaji tentang sejarah asia tenggara dan

dapat mengetahui dengan lebih mendalam.

Bab 8 dan bab 9 banyak menerangkan tentang sejarah Vietnam. Vietnam dahulunya

mempunyai dua bahagian iaitu utara Dai Viet (Nam-viet) dan selatan Champa. Bab 8

banyak menerangkan tentang sejarah Champa. . Champa dan Dai Viet merupakan dua

kerajaan yang sentiasa berperang kerana merebut wilayah. Namun pada satu- satu masa

mereka telah bekerjasama kerana mahu melindungi kawasan masing-masing daripada

ancaman Mongol. Sejarah Champa bermula dengan nama Lin-yi hinggalah pada abad ke-7

M. Champa pernah diserang hebat oleh orang Jawa pada tahun 773 M hingga

memusnahkan berhala Po Nagar di Nha-Trang.

Bab 9 menerangkan Annam atau Tongkin yang juga dikenali sebagai Dai Viet.

Sejarah tentang asal usul mereka banyak di bincangkan di dalam buku ini yang

dipercayaiberasal dari perkahwinan campur antara puak-puak tempatan yang menetap di

Tongking dengan satu kaum Monggoloid. Buku ini juga menerangkan peristiwa Annam

menyerang Champa dan mempertahankan negerinya daripada ancaman luar.

2
3.0 TAJUK BUKU: Viet Nam: Borderless Histories

EDITOR: Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid.

Buku yang bertajuk Viet Nam : Borderless Histories membincangkan mengenai

sejarah Vietnam yang dahulu ini termasuklah mengenai kekseragaman yang luar biasa

antara utara dan selatan, daratan rendah dan dataran tinggi, Viet dan minoriti, dan antara

penjajah, China, Asia Tenggara dan pengaruh dinasti. Editor buku ini iaitu, Nhung Tuyet

Tran merupakan seorang pembantu professor sejarah di University of Toronto. Anthony

Reid pula merupakan seorang penasas Asia Research Institute di National University of

Singapore. Dalam buku ini juga banyak menekankan mengenai senjata-senjata yang telah

di gunakan oleh Empayar Ming pada masa itu untuk menyerang kerajaan Dai Viet.

Bab 3 dalam buku ini membincangkan mengenai teknologi senjata China. Dalam

bab ini menerangkan jenis2 senjata yang dimliki oleh Kerajaan pada masa itu dan jumlah

yang dimlikinya. Dalam buku ini menyatakan bahawa, China mempunyai 29.4 tan senjata

pada masa itu. Kebanyakkan senjata yang di gunakan adalah berasaskan senjata api. Selain

itu juga, turut dibincangkan dalam buku ini ialah bagaimana Dai Viet itu dapat

mengalahkan China pada masa itu. Perang yang terletus antara China dan Die Viet pada

masa ini juga turut di bincangkan.

3
1.0 PENDAHULUAN

Sejarah Vietnam amat berbeza sekali dengan sejarah negeri-negeri di Tanah Besar

sebelumnya kerana tidak dipengaruhi oleh India. Pada mulanya China telah menakluk

Vietnam pada tahun 208 S.M dan menamakan ‘Nam-viet’. Pada zaman pemerintahan

Dinasti Han 111 S.M, nama Vietnam telah ditukar kepada ‘Giao Chi’ ( Tongkin ). Pada

zaman Dinasti T’ang, nama Giao Chi telah ditukar kepada nama Annam. Apabila kejatuhan

Dinasti T’ang, Annam telah mengambil kesempatan untuk membebaskan diri dan berjaya

merebut kemerdekaannya pada tahun 939 M di bawah pimpinan Ngo Quyen yang

seterusnya menggasaskan Dinasti Ngo ( 939- 968 M ). pada tahun 968 M, seluruh Vietnam

Utara telah disatukan di bawah nama ‘Dai- Co- Viet’ ( Viet Besar ) dan mengakui

perlindungan China.1

Kemerdekaan yang diperolehi oleh Dai Viet tidaklah berkekala. Terdapatnya

serangan-serangan dan ancaman luar seperti musuhnya yang terdekat iaitu China. Dai Viet

terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk mempertahankan Negara tersebut daripada

ancaman China. Dinasti-dinasti yang muncul memainkan peranan di dalam

mempertahankan kerajaan Dai Viet. Contohnya Dinasti Dinh yang telah menjalinkan

hubungan diplomatik dengan China. Dai Viet terpaksa menghantar ufti yang menunjukkan

bahawa Dai Viet bernaung di bawah kekuasaan China. Selain itu terdapat usaha lain yang

di lakukan oleh dinasti-dinasti yang muncul bagi mengekalkan keamanan dan

kemerdekaan seperti pemberontakan, perkahwinan, penaklukan dan permodenan senjata.

Usaha- usaha ini telah di lakukan secara berterusan.

2.0 USAHA- USAHA MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA ANCAMAN


1
Abdul Rahman Hj. Abullah (2006) Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma
Publication.hlm.24.
4
CHINA

NAMA : MOHAMAD ZA’IM B. ABD MOHAMED DOL ROJAK

NO. MATRIK : D20091035526

ISI PERTAMA :MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

Kerajaan Dai Viet telah melakukan pelbagai usaha untuk membebaskan diri

daripada cengkaman pemerintahan negera China. Menurut sarjana-sarjana Perancis,

terdapat lima belas dinasti dalam sejarah Annam dan empat daripadanya memegang kuasa

dalam jangka masa yang singkat sebelum tahun 939 masihi. 2 Perkara ini berlaku semasa

China tidak menguasai Dai Viet3 dan pada masa inilah Dai Viet mula menegakkan

kuasanya. Selepas tahun 603 masihi, dapatlah dilihat pertempuran yang kerap berlaku

antara Dai Viet dengan China.4

Kemunculan Dinasti Dinh pada tahun 969-980 masihi adalah kesinambungn dari

Dinasti Ngo pada tahun 938-967 masihi yang telah jatuh akibat tidak berupaya mengawal

pembesar-pembesar tempatan dan tidak mendapat pengiktirafan dari China.5 Dikatakan

Dinasti Dinh ini merupakan yang terkuat sekali dalam sejarah kerajaan Dai Viet daripada

dinasti lain dan banyak menyumbang kepada mengekalkan keamanan di Dai Viet daripada

ancaman luar. Dinh Bo Linh telah menggunakan nama Dai Co Viet.6

Kejatuhan dinasti ini adalah disebabkan oleh maharajanya yang telah dibunuh oleh

sebab sikapnya sendiri yang mengamalkan sistem poligami dan mempunyai lima orang

permaisuri. Setiap permaisuri beliau mempunyai seorang putera. Pemerintahan Dinasti

Dinh oleh raja-rajanya ini telah berlanjutan selama 12 tahun. 7 Sepanjang pemerintahan

2
D.G.E Hall (2000) Sejarah Asia Tenggara. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.244.
3
Ibid.hlm.244.
4
The Vietnam Council On Foreign Relations (1970) An Introduction To Vietnam. Saigon:Embassy Of Vietnam.
hlm.8.
5
D.G.E Hall (2000) Sejarah Asia Tenggara. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.245.
6
The Vietnam Council On Foreign Relations (1970) An Introduction To Vietnam. Saigon:Embassy Of Vietnam.
hlm.9.
7
Harvey H. Smith. E.et al (1966) North Vietnam A Country Study. London :The American University. hlm
37.
5
dinasti ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pemerintahnya untuk mengekalkan Dai

Viet daripada serangan China. Antara usaha yang terpenting yang telah dijalankan oleh

dinasti ini bagi mempertahankan serta membebaskan diri daripada China adalah dengan

menjalinkan hubungan baik dengan Dinasti Sung iaitu pemerintah China pada masa itu.

Hubungan baik atau lebih dikenali sebagai hubungan diplomatik ini telah berlangsung

sekitar tahun 970 – 975 M.8 Bagi Dinh Bo Linh pula, beliau menyedari kekuatan

lawannya iaitu China bukan mudah untuk ditandingi dan beliau telah membuat keputusan

untuk menjalinkan hubungan baik dengan China. Dinh Bo Linh telah mempunyai cara

yang dapat mengelakkan Dai Viet daripada diserang oleh China. Beliau sedar bahawa

dengan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah. Jadi beliau telah menggunakan cara

dengan membayar ufti kepada Dinasti Sung setiap tiga tahun.9

Pada awal pemerintahannya,Dai Bo Linh amat berhati-hati dalam setiap

langkahnya kerana bimbang dengan ancaman daripada saki-baki Empayar Han Selatan.

Tambahan pula kemunculan dinasti baru China iaitu Dinasti Sung telah menambah lagi

kebimbangan Dinh Bo Linh. Menyedari bahawa kekuatan tentera yang dimiliki oleh

Dinasti Sung adalah sangat kuat, maka Dinh Bo Linh telah mengambil keputusan untuk

menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.10 Tujuan menjalinkan hubungan ini

bukan sahaja atas faktor takut kepada kekuatan China, tetapi Dinh Bo Linh juga mahukan

pengiktirafan China di atas kemerdekaan kerajaannya iaitu Dai Co Viet. Oleh hal yang

demikian, Dinh Bo Linh telah menghantar kedutaannya ke mahkamah kerajaan Sung untuk

mendapatkan pengiktirafan penguasaannya terhadap Dai Co Viet. Setelah berakhirnya

perundingan antara kedutaan Dai Co Viet dengan mahkamah Sung, maka kedutaan ini

telah bersetuju dengan pemberian gelaran sebagai pengikut maharaja China dan

8
Oscar Chapius (1995) A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc. Amerika Syarikat: Greenwood
Publishing Group. Inc.hlm 20.
9
The Vietnam Council On Foreign Relations (1970) An Introduction To Vietnam. Saigon:Embassy Of
Vietnam. hlm 9.
10
Harvey H. Smith. E.et al (1966) North Vietnam A Country Study. London :The American University. hlm
38.
6
menghantar ufti tiga kali setahun kepada kerajaan China sebagai lambang kesetiaan Dinasti

Dinh kepada China.11

Pemahaman yang mendalam Dinh Bo Linh tentang protokol diplomasi China,

beliau telah meminta gelaran daripada maharaja China dan permintaannya itu telah

dipersetujui oleh Maharaja Taizu. Gelaran yang diberikan kepadanya ialah “ King Of Giao-

Zhi Prefecture”.12 Dengan adanya gelaran ini, kekuasaan Din Do Linh semakin luas dan

besar. Setelah kekuasaan Dinh Bo Linh semakin luas, beliau telah menetapkan bahawa

wilayah kelahirannya iaitu wilayah Hoa Lu menjadi warisan asli negeri kerana di situlah

beliau telah mendapatkan perlindungan sewaktu beliau berperang menentang bapa

saudaranya dan kerajaan China sebelum beliau menjadi seorang maharaja yang disanjungi

rakyat Vietnam.13

Pada awal kurun abad ke-10 masihi, terdapat sekurang-kurangnya beberapa

pemimpin autonomi tempatan di kawasan Lembah Sungai Merah. Pemimpin-pemimpin ini

kebanyakannya berpangkat panglima dan masing-masing mempunyai pengaruhnya yang

kuat di Lembah Sungai Merah ini.14 Lembah Sungai Merah ini sebenarnya adalah pusat

kepada Dai Viet kerana dilindungi oleh gunung-ganang yang memberikan satu kelebihan

iaitu terlindung daripada tiupan angin dan ribut taufan. Pemimpin-pemimpin ini telah

berebut untuk menjadi satu-satunya pemerintah Dinasti Dinh dan mereka saling berperang

antara satu sama lain untuk menunjukkan kekuasaan siapa lebih hebat dan layak untuk

menjadi maharaja Dai Viet menggantikan maharaja Ngo yang menwakili Dinasti Ngo

(938-967 M).

Gelaran budak naga yang telah diberikan kepadanya juga menyebabkan

kepercayaan rakyat terhadapnya semakin kuat dan mereka percaya bahawa Dinh Bo Linh

11
Harvey H. Smith. E.et al (1966) North Vietnam A Country Study. London :The American University
hlm.38.
12
Martin Stuart-Fox (2003) A Shrot History Of China And Southeast Asia (Tribute, Trade, and Influence).
Singapura: South Wind Production Private Limited. hlm 46.
13
George Coedes (1966) The Making Of South East Asia. London:University Of California Press.hlm 81.
14
Harvey H. Smith. E.et al (1966) North Vietnam A Country Study. London :The American University. hlm
37.
7
bakal menjadi seorang pemimpin dan akan membawa satu perubahan yang besar kepada

Dai Viet. Dinh Bo Linh telah mendapat gelaran ini daripada peristiwa pertempur dengan

tentera bapa saudaranya. Tentera Dinh Bo Linh telah dikalahkan oleh bapa saudaranya

ketika peperangan berlangsung. Sewaktu beliau terjatuh tersungkur di atas tanah, bapa

saudaranya mengambil kesempatan ingin membunuhnya. Tiba-tiba datang dua ekor naga

dan keadaan ini telah mengejutkan bapa saudaranya dan menyedari bahawa Dinh Bo Linh

dilindungi oleh kuasa naga dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat. Sebagai

contoh, Dinh Bo Linh telah mengalahkan kesemua panglima di kawasan Lembah Sungai

Merah. Faktor kemenangannya adalah disebabkan oleh pengaruh dan kuasanya yang

semakin berkembang apabila beliau telah berjaya mendapat sokongan yang kuat dari

rakyat Dai Viet.

Seperti yang telah dijangkakan Dinh Bo Linh telah membuat satu perubahan yang

drastik ke atas pemerintahan Dai Viet setelah beliau dapat menguasai Dai Viet. Beliau telah

merebut kuasa selepas kematian maharaja terdahulu iaitu Maharaja Ngo pada tahun 963

masihi dan telah menyatakan bahawa Dai Viet adalah bebas daripada pemerintahan China.

Perubahan yang dimaksudkan ialah memulihkan dan mengekalkan kemerdekaan Dai Co

Viet pada kurun ke-10 masihi.15 Ketokohan beliau dengan jelas dapat ditunjukkan dalam

perubahan ini kerana pemerintah-pemerintah sebelum ini hanya tertumpu kepada aktiviti

berperang.

Dinh Bo Linh telah mengahwini keluarga kerabat diraja maharaja Ngo dan

menggunakan gelaran Maharaja Dinh Tien Hoang bagi mengukuhkan kedudukannya dan

mengekalkan keamanannya Dai Viet. Perkhawinannya ini bukan sahaja bertujuan untuk

memgukuhkan kedudukannya daripada pemberontakan pihak yang menyokong maharaja

Ngo, malah digunakan oleh beliau untuk mendapat pengiktrafan daripada China supaya

lebih senang untuk beliau mendapatkan kemerdekaan Dai Co Viet. Dinh Bo Linh telah

15
Keith Weller Taylor (1983) The Birth Of Vietnam. London . University Of California Press. Ltd. hlm 276.
8
16
menggelar kerajaannya sebagai Dai Co Viet yang membawa maksud “ Great Viet” .

Namun demikian, China masih lagi menganggapnya sebagai Annam walaupun telah

berubah kepada Dai Co Viet.17 Hal ini demikian kerana, biarpun Dinh Bo Linh

mengelarkan dirinya Maharaja Dai Co Viet, namun China tetap memanggilnya Maharaja

Annam kerana China menganggap kedua-dua kerajaan tersebut adalah sama dan tidak

mempunyai sebarang perbezaan.

Dinh Bo Linh sedar bahawa hubungan ini tidak akan bertahan lama walaupun

Dinasti Dinh telah menjalinkan hubungan yang baik dengan China,. Hal ini demikian

kerana, beliau sedar bahawa gelaran yang dipakainya tidak standing dengan gelaran “anak

dari langit” yang menjadi kpercayaan di China. Keadaan ini menunjukkan bahawa China

tidak mengiktiraf sepenuhnya gelaran maharaja yang digunakan oleh Dinh Bo Linh.

Hubungan diplomasi antara Dinasti Dinh dan Dinasti Sung boleh diibaratkan seperti

seorang anak yang patuh kepada bapanya kerana selagi Dinasti Dinh memberikan

kesetiaan kepada China selagi itulah kemerdekaan Dinasti Dinh akan terjamin.18 Bagi

mengatasi masalah ini, beliau telah membuat satu pembaharuan iaitu memperbaharui

pentadbiran dan menyusun serta memantapkan tenteranya. Sebagai contohnya, beliau telah

menubuhkan mahkamah diraja, mengwujudkan sistem hiereaki penduduk dan telah

memperkenalkan hamba perang. Beliau juga akan mengenakan hukuman mati kepada

sesiapa sahaja yang melanggar peraturan baru ini.19

Dinh Bo Linh telah mengambil langkah berjaga- jaga dengan menguatkan lagi

barisan ketenteraannya. Tenteranya telah di pecahkan kepada sepuluh angkatan dengan

setiap angkatan mempunyai 100 000 ribu orang tentera.20 Angkatan tentera yang baharu

16
V. Largo (2002) Vietnam. Current Issue and Historical Background. New York. Nova Science Publisher.
Inc.hlm 96.
17
Martin Stuart-Fox (2003) A Shrot History Of China And Southeast Asia (Tribute, Trade, and Influence).
Singapura. South Wind Production Private Limited. hlm 46.
18
Ibid.
19
Keith Weller Taylor (1983) The Birth Of Vietnam. London. University Of California Press. Ltd. hlm 282.
20
Oscar Chapius ( 1995) A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc. Amerika Syarikat: Greenwood
Publishing Group. Inc.hlm 72.
9
dibuat ini juga dikenali sebagai Sepuluh Rangkaian Tentera. Setiap rangkaian itu

dipertahankan oleh 10 000 ribu orang tentera yang terdiri daripada sepuluh bridget. Bridget

ini pula terdiri daripada kompeni-kompeni tentera yang mempunyai 1000 ribu orang dalam

setiap pasukan.21 Melalui pembaharuan ini, Dinh Bo Linh telah berjaya memperolehi

kekuatan ketenteraan yang besar dan kuat di kawasan utara Vietnam. Kekuatan tenteranya

ini telah menekan tuntutan dan impian beberapa saingannya di kawasan tersebut dan

seterusnya mengelakkan daripada menjadi penghalang kepada pemerintahan Dinh Bo

Linh.22

Bagi menguatkan lagi Dai Co Viet, Dinh Bo Linh telah menggunakan kaedah

barbarian. Sebagai contoh, Dinh Bo Linh menggunakan kaedah hukuman kepada pesalah

dengan meletakkan sebuah kuali amat besar di hadapan istananya dan diisi dengan minyak

yang mendidih. Pesalah akan disuruh untuk berenang di dalam kuali tersebut. Beliau juga

menyimpan tiga ekor harimau yang kelaparan bagi digunakan untuk penjenayah yang

melakukan jenayah yang berat seperti manjadi pengkhinat Dai Co Viet. 23 Dinh Bo Linh

telah melakukan kaedah ini untuk mengurangkan dan melenyapkan rakyatnya yang

menjadi pengkianat.

Selepas kejatuhan Dinasti Dinh, Dinasti Le (980-1009 masihi) telah menyambung

pemerintahan kerajaan Dai Viet. Raja pertamanya ialah Le Hoan. Beliau tidak menduduki

pewaris Dinh Bo Linh daripa da Dinasti Dinh dan menggelarkan dirinya Raja Le Dai

Hanh.24 Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk melindungi Dai Viet daripada

ancaman luar terutamanya China yang menjadi kuasa major di asia. Salah satu langkahnya

adalah dengan menjalinkan hubungn diplomatik dengan China. Seperti yang diketahui

21
V. Largo (2002) Vietnam. Current Issue and Historical Background. New York. Nova Science Publisher.
Inc. hlm 96.
22
Nicholas Tarling (1992)The Cambridge History Of Southeast Asia-Volume 1 (Form Early Times To 1800).
New York :Cambridge University Press. hlm 139.
23
Oscar Chapius (1995)A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc. Amerika Syarikat: Greenwood
Publishing Group. Inc, .hlm 72.
24
The Vietnam Council On Foreign Relations (1970) An Introduction To Vietnam. Saigon:Embassy Of
Vietnam. hlm 9.
10
sebelum dinasti ini, Dinasti Dinh telah menjalankan hubungan diplomatik dengan China

melalui penghantaran ufti. Dinasti Le hanya menyambung hubungan diplomatik yang telah

terjalin ini. Dinasti ini akhirnya jatuh selepas kematian salah satu puteranya pada tahun

1009 masihi.

Menerusi diplomatik ini, telah berlaku perubahan di dalam sistem pentadbiran

kerajaan Le Dai Hanh. Beliau telah memperkukuhkan kedudukan agama rasmi negeri itu

dengan memasukkan orang Toa dan Buddha ke dalam sistem pentadbirannya. 25 Raja kedua

daripada Dinasti Le telah membawa masuk teks- teks klasik Buddha Mahayana dari China

dan berusaha mempengaruhi rakyat Dai Viet supaya menerima agama Buddha. 26 Dapatlah

dilihat daripada proses ini, Dai Viet telah dapat mengukuhkan keamanannya daripada

ancaman luar terutamanya China.

Pada tahun 1225 dinasti Li telah digantikan oleh Dinasti Tran. Pada masa ini, Dai

Viet telah menjalan hubungn diplomatik dengan Champa. Hal ini kerana berlakunya

ancaman Monghol yeng menyebabkan Dai Viet dan Champa terpaksa berdamai dan

bersama-sama mempertahankan serangan Mongol. Kemenangan orang Mongol di China

telah menghentikan peperangan yang berlaku antara Annam dan Champa. 27 Lima tahun

selepas itu, satu pasuka tentera Mongol telah menjajah Hanoi tetapi dapat ditentang oleh

Dai Viet. Pada tahun 1260 M, Kublai Khan Berjaya menjadi pemimpin orang Mongol.

Beliau telah menuntut tanda kepatuhan dari negeri-negeri yang dahulunya mengakui

pertuanan China.28 Apabila Marshal Sogatu dihantar oleh Kublai Khan pada tahun 1281

untuk menguasai Champa, Dai Viet terpaksa berpakat dengan Champa. Hal ini kerana

tentera Mongol terpaksa melalui Dai Viet untuk menyerang Champa dan ini menggugatkan

kemerdekaan mereka.

25
D.G.E Hall (2000) Sejarah Asia Tenggara. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm245.
26
Ibid.hlm.245.
27
Ibid.hlm.237.
28
Ibid.hlm.237.
11
Usaha-usaha ini berhasil apabila Dai Viet dapat mematahkan dan mengundurkan

tentera Mongol pada tahun 1285 M. Jelasla, melalui hubungan diplomatik dengan cara

berdamai dapat mengekalkan keamanan dan kekuasaan Dai Viet daripada China yang telah

dikuasai oleh tentera Mongol. Tetapi hubungan ini tidak bertahan lama selepas kenaikan

kembali kuasa China. Dai Viet dan Champa kembali berperang.

Dinasti Tran telah digulingkan oleh Jeneral bernama La-Qui-Li. Akibatnya China

telah menawan Hanoi.29 Hal ini berlaku kerana pengikut-pengikut dinasti Tran telah

meminta bantuan China kerana pemberontakan yang menaikkan Jeneral La-Qui-Li .

Maharaja Ming bernama Yung-lo telah menghantar angkatan tentera ke Tongkin pada

tahun 1407 M dan telah menetap di situ. Tindakan orang China yang memaksa orang-

orang Annam menerima bahasa dan adat resam mereka telah menyebabkan rakyat Dai Viet

memberontak.30

Penentangan di bawah pimpinan Lei Loi ialah dengan cara mengepung tentera

China di bandar Hanoi. Apabila Maharaja Ming mengetahui, baginda telah menghantar

satu angkatan tentera untuk membantu tetapi malangnya dapat dipatahkan oleh Lei Loi. 31

Pada tahun 1428 M tentera China yang terkepung menyerah diri. Sejak itu Lei Loi telah

mengishtiharkan dirinya sebagai Raja Annam dan menjadi penggasas Dinasti Le yang

kedua.32

Pemberontakan yang berlaku telah berhasil mengambil alih Dai Viet daripada

China. Bagi menyejukkan kemarahan Maharaja Ming, Dai Viet telah menghantar satu

utusan membawa tanda-tanda kepatuhan kepada pertuanan China. Akhirnya China

memberikan pengiktirafan rasmi kepada terhadap Le Loi 33 dan membebaskan Dai Viet.

Melalui diplomatik yang dilakukan melalui penghantaran ufti menyebabkan Dai Viet dapat

mengekalkan kemerdekaannya.
29
D.G.E Hall (2000) Sejarah Asia Tenggara. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm.248.
30
Ibid.hlm.248.
31
Ibid.hlm.248.
32
Ibid.hlm.248.
33
Ibid.hlm.248.
12
NAMA : KAIROL AZUANDI BIN DILLAH

NO MATRIK:D20091035508

ISI KEDUA : PEMBAHARUAN SENJATA

China dikatakan memulakan era penjajahannya ke atas Dai Viet dari tahun 111 S.M

hingga 939 M. Bagi kerajaan China pada masa itu, mereka ingin melakukan atau

menjalankan beberapa proses transformasi ke atas Dai Viet melalui proses pencinaan

rakyat (Sinicization), dengan memperkenalkan pelbagai elemen dan kebudayaan China

dalam kebudayaan34 masyarakat Vietnam iaitu memperkenalkan budaya-budaya klasik

Cina, sistem etika Konfusius dan agama Buddha Mahayana. Walau bagaimanapun,

semangat kekentalan dan kecintaan terhadap tradisi, terdapat segelintir daripada mereka

masih mengamalkan kebudayaan asalnya, contoh ialah kepercayaan animisme ataupun

pemujaan nenek moyang (ancestor cult).35 Jika kita lihat sepanjang tempoh penjajahan

China terhadap Dai Viet yang dijangkakan lebih kurang 1000 tahun, orang-orang Dai Viet

sendiri telah melakukan beberapa usaha untuk melepaskan diri daripada terus diancam dan

ditawan oleh China. Namun usaha mereka pada awalnya tidak mendatangkan kesan yang

positif kerana mereka menentang sebuah empayar yang sememangnya telah lama

mengalami proses ketamadunan yang tinggi seperti dalam aspek pemerintahan dan juga

peralatan ketenteraan yang jauh lebih banyak kuantitinya dan lebih tinggi kualitinya.

Walau bagaimanapun, mereka pernah berjaya dalam usaha pemberintakkan iaitu

pada tahun 544 M di bawah pimpinan Ly- Bonyang seterusnya menamakan dirinya sebagai

Maharaja Namviet. Namun begitu, kejayaan itu tidaklah kekal selamanya kerana kekuatan

34
Menurut Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian
sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
35
Abd. Rahman Haji Abdullah, (2006), Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam:
Karisma Publication, hlm. 24.

13
China melalui Dinasti Tang telah mengalahkan Ly-Bon pada tahun 547 M. 36 Terdapat juga

percubaan semula untuk merampas Dai Viet daripada China dibuat iaitu pada tahun 590 di

mana pengaruh China agak lemah ketika di bawah Dinasti Chien seterusnya pada tahun

600 M yang di ketuai oleh warisan keluarga Ly iaitu Ly-Phat-Tu namun semuanya beroleh

kegagalan.37 China telah melancarkan serangannya kembali ketika pada Dinasti Ming yang

merupakan ancaman yang besar kepada Dai Viet ketika itu.

Ancaman daripada Kerajaan China telah memaksa Kerajaan Dai Viet ( Vietnam )

sendiri mempertahankan kerajannya. Kerajaan China pada masa itu di bawah Empayar

Ming merupakan kerajaan yang kuat di Asia. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan berikut,

“Empayar Ming merupakan salah satu era yang terbesar dan teratur pemerintahan dan

kestabilan sosial dalam sejarah manusia”.38 Empayar Ming pada masa itu terletak

bersebelahan dengan Kerajaan Dai Viet dan menjadi ancaman besar kepada Dai Viet ketika

itu. Empayar Ming yang terkenal dengan ketenteraan dan senjata-senjata yang kuat. 39

Kerajaan China juga terkenal dengan ilmu belerangnya yang dinamakan sebagai Seyogia.40

Seyogia telah membawa perubahan kepada institusi ketenteraan Kerajaan Ming yang telah

banyak mencipta senjata untuk dijadikan sebagai pertahanan dan juga dijadikan sebagai

kekuatan untuk menakluki sesuatu kawasan.

Pada tahun 1390, senjata api China datang ke Dai Viet iaitu 120 tahun lebih awal

sebelum Melaka ditakluk oleh Portugis.41 Hal ini telah membuktikan bahawa senjata yang

di bawa oleh Kerajaan China pada masa itu adalah untuk cuba mengancam kerajaan Dai

Viet pada masa itu. Perpindahan teknologi ketenteraan seperti senjata daripada Kerajaan

China ke Viet Nam moden, adalah sebelum Era Umum. Perpindahan teknologi ini banyak

36
Abd. Rahman Haji Abdullah, (2006), Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam:
Karisma Publication, hlm. 24.
37
D.G.E. Hall, 1971, A History of South East Asia, London: Macmillian & Co. Ltd., hlm. 244.
38
Diperolehi daripada internet, http://en.wikipedia.org/wiki/Ming_Dynasty, pada 15 Februari 2010.
39
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History, Wisconsin, The University of
Wisconsin, hlm. 73
40
Ibid, hlm 72.
41
Ibid, hlm 72.
14
berlaku pada zaman permulaan Dinasti Ming.42 Dinasti Ming yang lebih banyak

menghasilkan senjata dan lebih kerap untuk menakluki sesuatu kawasan termasuklah Dai

Viet. Dai Viet telah dikuasai oleh Empayar Ming China antara tahun 1406 dengan 1427.

Bala tentera laut Ming yang pernah dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho telah menakluk

Dai Viet.43 Empayar Ming pada masa ini telah mempunyai pelbagai senjata untuk

digunakan dalam ketenteraan. Berdasarkan sumber sejarah berbahasa Cina dan Vietnam

mengenai senjata api, Liachen mendapati pada awal Februari 1407, tentera Ming

menggunakan senjata api untuk membunuh 37, 390 askar Dai Viet. 44 Pada tahun yang

sama, iaitu pada 21 Februari, di Luc-giang, Ming membentuk askar laut dan daratnya bagi

menyerang balas Dai Viet. Dengan menggunakan meriam “magic handgun/cannon” dan

“bowl-sized muzzle cannon” (wankou chong)45 untuk menyerang 500 kapal Vietnam yang

diketuai oleh Ho Nguyen Trung, anak kepada Ho Quy Ly, dan membunuh lebih daripada

10 000 orang askar Vietnam.46 Sumber Cina ada menjelaskan bahawa, babak ketika itu

semasa pertempuran menggunakan senjata api seperti bintang terbang dan bercahaya

terang.47 Hal ini menunjukkan permulannya pembawaan senjata daripada China ke Dai

Viet pada masa itu. Pertembungan yang kerap berlaku antara kerajaan Ming dengan Dai

Viet ini telah membolehkan Kerajaan Dai Viet mempelajari teknologi senjata api yang

digunakan oleh Ming pada masa itu.48

Pada tahun yang sama juga, tentera Ming menamatkan serangan terhadap Dai Viet

42
Ben Kiernan, (2007), Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from Sparta to
Darfur, United States :The Yale University Press, hlm. 109
43
Diperolehi daripada internet, http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 13
Februari 2010.
44
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History, , Wisconsin:The University
of Wisconsin, hlm. 79
45
Senjata yang mempunyai dua muka yang berbentuk seperti mangkuk “double bowl-mouthed gun” yang
juga merupakan 2 set enjata yang boleh berputar di atas bangku kayu yang juga mempunyai 2 kepala
( muncung) jauh dari satu sama lain, dan apabila meriam pertama di tembak, meriam kedua pula akan
diputar dan ditembak. Sekiranya meriam tersebut digunakan untuk menembak di permukaan air, peluru
meriam tersebut akan menembak sepanjang permukaan dan menghancurkan serpihan (sehingga
tenggelam). Senjata ini sangat mudah di gunakan.
46
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History, Wisconsin:The University
of Wisconsin, hlm. 79
47
Ibid, hlm 80
48
Ibid, hlm 73
15
49
selepas berjaya menangkap Raja Ho Quy Ly, raja Dai Viet dan anak-anaknya. Hal ini

telah menyebabkan Dai Viet yang dikatakan telah terancam oleh Empayar Ming ini

terpaksa mempertahankan kerajaannya. Kerajaan Dai Viet yang terancam ketika itu

sehinggakan Raja Dai Viet telah ditangkap oleh empayar Ming, memaksa mereka mula

bertahan dan mengatur serangan bagi mengembalikan raja mereka.Tentera Dai Viet telah

membalas dengan lebih dahsyat lagi, menggunakan teknologi senjata api yang telah

dipelajari dan diperolehi daripada China di dalam beberapa pertempuran besar pada 1418,

1420, 1421, dan 1425.50 Semakin jelas dilihat bahawa, Dai Viet telah mempertahankan

kerajaan dengan permodenan senjata China, serta telah menggunakan teknologi senjata

China. Terdapat banyak senjata yang digunakan oleh Dai Viet diperolehi daripada China

pada masa itu. Kerajaan Ming mempunyai satu batalion (ying) pada pertengahan abad ke-

16 yang telah dipecahkan kepada 40 unit (dui). Setiap unit ini dilengkapi dengan 3 600

“thunderbolt shells” (pili pao), 160 “wine-cup muzzle general cannon” (zhankou jiangjun

pao). 200 besar dan 328 kecil “continuos bullet cannon” (lianzhu pao), 624 “handguns”

(shouba chong), 300 small grenades (xiao feipao), 6.97 tan serbuk belerang, dan 1,051

600 peluru. Jumlah berat kesemua senjata tersebut adalah 29.4 tan. 51 Senjata yang

digunakan oleh Ming merupakan senjata yang dinyatakan tersebut. Ianya merupakan

teknologi senjata yang di perkenalkan oleh China. Setelah beberapa tahun China

menyerang Dai Viet, Raja baru Dai Viet iaitu, Raja Le Loi telah merampas bekalan senjata

tentera China yang telah ditewaskan.52

Dalam serangan balas terhadap China, pada 8 Mei 1426, tentera Dai Viet yang

berjumlah 3000 yang tidak lagi lemah berkelengkapan dengan senjata yang terbaik dan

memainkan peranan penting kepada kemenangan ini. Berdasarkan sumber Vietnam, Raja

49
Diperolehi daripada internet, http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 25
Februari 2010.
50
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History, Wisconsin:The University of
Wisconsin, hlm. 84
51
Ibid, hlm 78
52
Diperolehi daripada internet, http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 25
Februari 2010.
16
Le Loi telah dapat membunuh lebih daripada 50 000 askar Ming manakala sumber Cina

pula mencatatkan bahawa hanya 20 000 hingga 30 000 sahaja, dan menangkap lebih

daripada 10 000 tawanan perang dan banyak lagi bekalan peperangan.53 Terdapat pendapat

mengatakan Dai Viet ini menang dalam pertempuran ini kerana mereka menangkap satu

kumpulan besar bersenjata dan bekalan senjata yang lain datipada Ming.54 Hal ini adalah

disebabkan oleh teknologi senjata api yang dibawa masuk oleh China sendiri. Teknologi

senjata api yang dibawa masuk oleh kerajaan China telah membawa padah kepada

kerajaannya sendiri.

Usaha yang dilakukan oleh Dai Viet dapat dinilaikan bahawa, ianya merupakan

satu usaha yang berkesan dan mampu mengubah struktur kerajaan tersebut di mana, pada

mula nya, Dai Viet adalah di bawah cengkaman China itu sendiri. Kebijaksaan Raja Dai

Viet yang telah mengadaptasi teknologi senjata China telah dapat membendung China terus

gah pada masa itu. Permodenan senjata ini yang telah membawa kepada beberapa

perubahan di Asia Tenggara. Dai Viet yang telah mempunyai teknologi senjata api telah

menyerang Champa pada tahun 1471 dan telah dihapuskan daripada sejarah.55 Biarpun Dai

Viet telah mencuba beberapa kali untuk melawan balik kerajaan China pada masa itu,

akhirnya, mereka juga telah berjaya untuk mempertahankan kerajaannya. Seperti yang kita

tahu, Dai Viet yang telah merampas senjata Ming pada masa itu, telah mengekploitasi

senjata tersebut untuk dijadikan sebagai pertahanan mereka. Hal ini telah di buktikan

dalam peristiwa yang dinyatakan sebelum ini. Jika di nilai juga, tindakan Dai Viet ini

mempertahnkan negaranya adalah wajar kerana, kebanyakkan daripada mereka tidak mahu

menerima kemasukan budaya China dan mereka lebih mementingkan kebudayaan tradisi

mereka pada ketika itu.

Jelaslah disini, Dai Viet telah mempertahankan kerajaannya terus diancam oleh

53
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History, Wisconsin:The University of
Wisconsin, hlm. 85
54
Ibid, hlm 85
55
Ibid, hlm 100
17
kerajaan China dengan beberapa cara. Salah satu daripadanya ialah dengan pembaharuan

senjata dan mengeksploitasi senjata yang dirampas dengan menggunakan semula senjata

tersebut dalam mengadakan serangan balas. Hal ini menyebabkan China yang pada asalnya

gah terus kecundang disebabkan teknologi senjata sendiri. Hal ini menunjukkan Dai Viet

telah menerima pembaharuan senjata daripada negara China bagi mempertahankan

kerajaannya.

NAMA : JUHAIRY YUNUS

NO MATRIK:D20091035504

ISI KETIGA: DAI VIET MEMPERTAHANKAN NEGARANYA DARIPADA

SERANGAN CHINA DENGAN MENAKLUKI KERAJAAN CHAMPA

Antara usaha yang telah dilakukan oleh Dai Viet untuk membebaskan daripada

dikuasai oleh China adalah menakluki kerajaan Champa supaya dapat mengukuhkan

kekuatannya. Sebelum kita mengetahui bagaimana kerajaan dai viet menggunakan Champa

untuk mengelak kerajaannya daripada diserang oleh pihak china. Terlebih dahului kita akan

menceritakan tentang Champa serba sedikit. Champa merupakan sebuah kerajaan awal

yang wujud pada 192 masihi. Kerajaan awal ini juga didirikan oleh bangsa Melayu seperti

mana pembentukaan kerajaan Funan pada masa dahulu. Pada peringkat awal kerajaan awal

ini dikenali sebagai Lin-yi.56

Kerajaan awal ini sering menyerang kawasan di selatan China dan serangan yang

telah dilakukan adalah antara tahun 248 masihi hingga 270 masihi. Pada tahun 420 Masihi,

pemerintah Champa Yang Mah telah menyerang Tongkin 57 dan meminta Maharaja China

56
Ahmad Jelani Halimi, (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd, hlm 74
57
Ibid. hlm 74
18
mengiktirafkan kekuasaannya.58 Di samping itu, di bawah pemerintah Cambhuuwarman

(Fan Fan-tche), Champa telah mengistiharkan kemerdekaannya daripada China kerana

ketika itu Dinasti Tch’en (557-589 Masihi) yang ketika itu berada dalam keadaan huru-

hara.59 Dalam hal ini telah menunjukkan kerajaan awal ini sentiasa cuba membebaskan

daripada dikuasai olah China.

Pada tahun 605 Masihi, tentera China telah menyerang Champa dan menawan ibu

kotanya Tra Kiue. Justeru itu, Cambhuwarman terpaksa menyembah Maharaja Yang Kien

untuk meminta maaf. 60 Peristiwa yang telah berlaku ini telah menunjukkan bahawa negara

China ingin menakluki kerajaan awal ini. Pada masa yang sama China juga amat berminat

untuk menjadikan Dai Viet sebagai tanah jajahannya seperti yang telah berlaku terhadap

kerajaan Champa. Melalui dasar yang telah dilakukan oleh China, Dai Viet ini juga

berhasrat untuk mendapatkan kemerdekaan atau kebebasan daripada kekuasaan China

seperti Champa yang ingin bebas daripada kuasa tersebut.

Bagi menjaga ketenteraman kerajaan Champa, pemerintah kerajaan tersebut telah

melancarkan beberapa dasar untuk menjaga keteteraman tersebut. Seperti yang telah

dilakukan oleh pemerintahan Dinasti Sung, dan raja-raja Champa seperti Jaya

Indrawarman dan Parameswarawarman yang sangat patuh terhadap kerajaan besar

ini(China). Di antara 960-976 Masihi, Kerajaan champa telah menghantar 12 utusan untuk

menjaga hubungan kedua-dua pihak dalam menghadap Maharaja China.61 Sekiranya

gabungan antara kerajaan Champa dengan China berjaya maka akan mengancam

kedudukan Dai Viet dari segi keselamatan.

Utusan yang telah dihantar oleh kerajaan Champa kepada pihak China telah
58
Ibid, hlm 75
59
Ibid, hlm. 75-76
60
Ibid, hlm 76

61
Ibid, hlm. 78
19
diketahui oleh pemerintah Dai Viet. Melalui utusan tersebut, pemerintah Dai Viet

mengetahui bahawa kedudukan mereka akan terancam jika hubungaan diantara China

dengan Champa terjalin. Bagi mengukukkan kerajaan mereka dan menghalang kemaraan

China, pemerintah Dai Viet telah bertindak untuk menyerang dan menakluki Champa.

Tujuan pemerintah Dai Viet untuk menyerang Champa adalah untuk menghalang

kerjasama diantara champa dengan China. Semasa pemerintahan Parameswarawarman

telah berlaku pergeseran di antara kerajaan Champa dengan kerajaan Dai Viet.

Pada tahun 982 Masihi, pemerintah Dai Viet, Le Hoan telah menyerang Champa

dan membunuh Parameswarawarman dan menawan ibu kotanya Indrapura. Penggantinnya

Indrawarman IV telah cuba mendapatkan bantuan daripada pihak China pada tahun 985

Masihi tetapi gagal.62 Keadah yang telah dilaksanakan oleh pemerintah dai viet telah

berjaya untuk mempertahankan kerajaannya dengan menyerang Champa kerana kerajaan

China tidak menolong kerajaan Champa bagi menghadapi serangan daripada kerajaan Dai

Viet. Oleh itu, kerajaan Dai Viet dapat menghalang daripada kuasa China dengan

menguasai Champa, kerana Champa bukan sekutu kepada China.

Kemangkatan Indrawarman IV telah memberi peluang kepada pemerintah Vietnam

yang bernama Luu Ki-tong untuk menaiki takhta dan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja

Champa pada 986 Masihi.63 Tindakan orang Vietnam ini telah menimbulkan kemarahan

rakyat tempatan kerana peralihan kuasa tersebut. Namun mereka tidak mampu menentang

orang Vietnam kerana bilangan tentera dan rakyat yang lebih banyak dan kuat. Setelah

Luu Ki-tong meninggal pada 988 Masihi, Orang Champa telah bangun dan memberontak

di bawah pimpinan Hariwarman II dan Baginda telah dirajakan di Wijayapura. 64 Pimpinan

Hariwarman II yang lemah telah menyebabkan Dai Viet sentiasa mengancam Champa

untuk memelihara kuasanya di Champa. Sebenarnya bukan sahaja Dai Viet yang

62
Ahmad Jelani Halimi, (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd, hlm76.
63
Ibid
64
Ibid
20
menyerang mengencam Champa tetapi Champa juga sentiasa menyerang Dai Viet.

Peperangan antara kedua-dua pihak ini selalu berlaku. Punca berlaku peperangan antara

dua pihak ini adalah mengukuhkan kekuatan masing-masing supaya dapat membebaskan

daripada kuasa besar iaitu China. Pada tahun 1044 Masihi tentera Dai Viet sekali lagi

menyerang Champa dan kali ini telah memusnahkan ibu kotanya Wijayapura dan

pemerintahnya, Jaya Simhawarman telah dikenakan hukuman pancung.

Sesebuah kerajaan yang kuat semestinya mempunyai wilayah dan rakyat yang

ramai untuk dijadikan tentera bagi mengukukuhkan kekuatan kuasa. Melalui pemikiran ini

Dai Viet menginginkan wilayah Champa untuk menambahkan kuasanya untuk menghadapi

kuasa China. Sebaliknya, keadaan yang terjadi kepada Champa yang ingin menguasai Dai

Viet65 untuk tujuan menentang china. Oleh itu, banyak peperangan telah berlaku antara

kedua-dua pihak ini. Kedua-dua pihak ini berdekad untuk memperluaskan tanah jajahan

masing-masing bagi bertujuan mengukuhkan kekuatan masing-masing dalam menghadapi

kuasa china.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam peperangan ialah, ketika pemerintahan

Rudrawarman III yang naik takhta sekitar 1061 Masihi, peperangan telah berlaku lagi

dengan pihak Dai Viet.66 Pada tahun 1068 Masihi, Rudrawarman telah menyerang

kedudukan Dai Viet di utara tetapi dapat dikalahkan. Tindakan Champa ini telah dibalas

dengan serangan oleh Li Thanh-ton, raja Dai Viet. Tentera Dai Viet telah merempuh masuk

ke kota Wijaya dan membakar semua rumah yang dibangunkan di dalam dan di luar

tembok kota itu. Raja Rudrawarman III telah ditawan dan dibawa ke Tongkin tetapi

kemudian dibebaskan pada tahun 1069 Masihi setelah menyerahkan tiga buah wilayah

Champa di utara kepada pihak Dai Viet sebagai bayaran penebus diri. 67 Selain daripada

menguasai kerajaan champa, kerajaan dai viet juga ingin menunjukkan bahawa mereka
65
Abdul Rahman Hj Abdullah (2006), Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur :
Karisma Publications Sdn. Bhd, hlm 25.
66
Ahmad Jelani Halimi, (2008)Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd, hlm 79.
67
Ibid.hlm 79
21
juga sebenarnya mempunyai kekuatan yang besar. Tujuannya adalah bagi menakutkan

kerajaan China dengan penguasaan tersebut di antara Champa dengan Dai Viet.

Bagi menjaga kedaulatan Negara kerajaan Dai Viet, mereka telah melakukan

penaklukkan terhadap Champa tanpa berhenti untuk menjaga kedaulatan tersebut.

Menerusi beberapa serangan telah dilakukan oleh pemerintah. Contohnya, pada tahun 1312

M, Maharaja Tran Anh-ton dari Dai Viet telah menyerang Champa dan menawan rajanya

Jayasimhawarman IV. Baginda telah ditawan dan mangkat di Tongkin pada 1313 Masihi.

Selepas itu, pemerintah Dai Viet dianggap sebagai Maharaja Penaung Champa. Pengganti

Jayasimhawarman hanya dianggap sebagai pemenrintah bawahan oleh pihak Dai Viet. 68

Pada 1314 Masihi, orang Campah yang dipimpin oleh Che Nang telah bangun

memberontak dan cuba memerdekakan Champa. Namun, keadaan yang sama telah berlaku

seperti usaha-usaha yang dilakukan oleh Champa yang gagal kerana pada tahun 1318

Masihi beliau juga telah dikalahkan dan terpaksa lari seterusnya berlindung di Jawa.69

Pada tahun 1402 Masihi, untuk menggelakkan peperangan antara Dai Viet, Ngauk

Klaung Wijaya yang merupakan pengganti terpaksa menyerahkan wilayah Indrapura

kepada kerajaan Vietnam. Selepas pemerintahan Ngauk Klaung Wijaya atau Indrawarman

ini yang berakhir pada 1441 Masihi, Champa mula merosot dengan pantas. Raja-raja yang

selepas itu tidak pernah aman kerana terdapat serangan daripada orang Vietnam.70 Di sini

juga menunjukkan hasrat Dai Viet yang ingin menakluk Champa supaya memperluaskan

wilayahnya dan mengukuhkan kekuatannya untuk menghadapi negara yang ingin

mengancamnya.

Pada 1446 Masihi, ibu kota Champa iaitu Wijayapura telah diduduki buat pertama

kalinya oleh pihak Vietnam. Tetapi kemudiannya dirampas kembali.71 Akhirnya pada tahun

1471 Masihi, Wijayapura sekali lagi menduduki oleh pihak Vietnam dan pendudukan kali
68
Ibid. hlm 82
69
Ibid.hlm79
70
Ibid, hlm. 83
71
Ahmad Jelani Halimi, (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd, hlm 83.
22
ini telah menghancurkan seluruh kerajaan Champa72. Seramai 60000 orang Cam terkorban

dan kira-kira 30000 orang termasuk rajanya telah ditawan oleh pihak Vietnam. 73 Keadaan

ini telah menunjukkan hasrat Dai Viet yang ingin menakluk Champa yang untuk

mengukuhkan kekuatannya dan mununjukkan kehebatannya terhadap pihak China telah

direlisasikan.

Secara keseluruhannya kerajaan dai viet telah berjaya menghalang daripada

serangan China dengan menguasai Champa. Penguasaan ini telah menghalang Champa

daripada membuat hubungan dengan china melalui utusan-utusan tersebut yang boleh

mengancam keselamatan Dai Viet. Selain itu menguasaan Dai Viet terhadap Champa telah

memberi peluang kepada mereka untuk menguatkan pasukaan tentera melalui pengambilan

tentera daripada kawasan taklukan mereka.

ISI KEEMPAT:SERANGAN GERILA TERHADAP CHINA BAGI

MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DAI VIET

Pada tahun 1400m seorang general iaitu La-Qui telah mengulingkan

Thran(pemerintah Annam) dan menaiki takhta kerajaan tersebut. Kesannya rakyat Annam

telah meminta pertolongan daripada negara china untuk mengulingkan semula general itu.

Kerajaan China telah bersetuju membantu untuk meyelesaikan masalah tersebut melalui

maharaja Ming Yung Lo yang menghantar satu angkatan tentera ke Tongking dan berjaya

menduduki Hanoi dan Le-Qui-Li pada tahun 140774. Penguasaan tersebut telah menetapkan

orang Cina di kawasan tersebut. Mereka ini telah membuat desakaan terhadap penduduk
72
Ismail Hussein, (1995) Dunia Melayu dan Dunia Indocina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm
157.
73
Ahmad Jelani Halimi, (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd, hlm 84.
74
D.G.E Hall, (2000), Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustakaan. hlm248.
23
tempatan dengan memaksa penduduk tempatan di Annam untuk menerima adat resam dan

bahasa cina bagi digunakan dalam pertuturan seharian.

Keadaan seperti ini tidak disukai oleh penduduk Annam, mereka tidak berpuas hati

dan bersetuju dengan perlakuan orang Cina di kawasan mereka. Tindak balas yang mereka

telah lakukan adalah mengadakkan pemberontakaan di bawa pemerintah Annam iaitu

Hoa(Le-Hoi) pada tahun 1418. Pada tahun yang sama serangan gerila terhadap angkatan

tentera China. Tentera Annam ini telah melakukan pengepungan tentera China dan

memaksa tentera tersebut untuk menyerakkan diri75.

Serangan gerila tersebut telah menaikkan Le-Loi untuk menjadi sebagai raja dan

menjadi pengasas kepada dinasti Le yang kedua. Beliau amat bijak dalam mempertahankan

negaranya melalui bukti beliau telah menyejukkan kemarahaan maharaja Ming dengan

menghantar satu utusan yang membawa maksud Annam patuh kepada pertuanan China 76.

Melalui utusan tersebut maharaja tidak mempunyai sebab untuk menyerang Annam pada

ketika itu kerana Annam telah tunduk kepada China. Selain itu maharaja china juga telah

mengiktiraf secara rasmi kekuasa Le-loi sebgai pemerintah77. Menggunakan serangan

gelira ini amat berkesan kerana dapat melumpuhkan kuasa tentera china dan dapat

mengembalikan kuasa Annam semula. Walaupun dalam usaha Dai Viet untuk

mempertahankan negaranya, mereka tetap terpengaruh dengan kebudayaan yang telah

menyerap dalam kehidupan masyarakat setempat.

ISI KELIMA: SERANGAN HENDAP TERHADAP CHINA PADA DINASTI SUNG

Selain daripada serangan secara gerila, Dai Viet juga perna menggunakan serangan

hendap terhadap China pada dinasti Sung bagi mengembalikan kekuasaan Dai Viet. Kita
75
ibid
76
ibid
77
D.G.E Hall, (2000), Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustakaan. hlm248
24
boleh melihat salah satu usaha yang telah dilakukan oleh Dai Viet untuk membebaskan

daripada dikuasai oleh China iaitu serangan hendap terhadap China pada dinasti Sung.

Dinasti Sung telah menguasai Dai Viet selama lapan puluh tahun. 78 Punca kekalahan China

pada masa tersebut ialah Dinasti Sung terlalu memandang rendah terhadap Dai Viet dengan

anggapan bahawa kerajaan tersebut tidak mempunyai kekuatan yang boleh ditakuti. Dalam

serangan tersebut Dai Viet telah menunjukkan kemampuan ketenteraan yang cekap dalam

serangan hendap terhadap China ketika itu.79 Akhirnya kemenanagan telah berpihak

kepada Dai Viet dan kerajaan China telah kalah. Menurut Fan Shih Fu 80, kekuatan yang

telah ditunjukkan oleh pihak Dai Viet katika dalam pertempuran tersebut telah mengelar

Dai Viet sebagai kuasa yang terhebat antara barbar Selatan.

Terdapat dua perang yang besar antara Dai Viet dengan China pada wangsa Ly.

Pertempuran yang paling sengit adalah di wilayah China pada 1075 Masihi. Setelah

mengetahui bahawa China yang ingin menyerang Dai Viet, pihak Dai Viet telah

mengambil tindakan sebelum pihak China menyerangnya. Tentera Ly dan angkatan laut

yang berjumlah 100, 000 orang yang dibawah pimpinan Ly Thuong Kiet, Tong Djan telah

menjalankan serangan ke atas ketenteraan song dengan menggunakan jalan laut dan jalan

darat. Serangan hendap tersebut telah menghancur tiga ketenteraan Song yang terletak di

Yang Zhou, Lian Zhou dan Qin Zhou.Dalam serangan tersebut pihak Dai Viet juga

membunuh 100, 000 orang Cina81. Melalui peristiwa ini, kerajaan dai viet talah

mengunakan serangan hendap untuk mengekalkan kerajaanya daripada kekuasaan kuasa

china dengan serangan yang tiba-tiba tanpa pengetahuan daripada china itu sendiri.

78
David G. Marr and A.C.Milner.(1986) Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries. Singapore: Institute Of
Southeast Asian Studies. hlm. 120
79
Ibid
80
Fan Shih Fu- seorang sejarawan China
81
David G. Marr and A.C.Milner. (1986) Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries. Singapore: Institute Of
Southeast Asian Studies. hlm. 122

25
NAMA:MOHAMAD NOR BIN HASIM

NO MATRIK:D20091035489

ISI KEENAM:PEMBERONTAKAN DAN PERJUANGAN BAGI MELINDUNGI

KERAJAAN.

Kebanyakkan negara awal di Asia Tenggara menghadapi pelbagai ancaman

daripada kerajaan asing termasuklah kerajaan jiran disekelilingnya dalam mengekalkan

kedaulatan kerajaannya. Hal ini dapat dilihat dengan mengambil contoh Kerajaan Dai Viet

yang mengalami pelbagai ancaman daripada negara jiran dalam mengekalkan negara

tersebut daripada ditakluki oleh kuasa asing seperti Kerajaan China dan Kerajaan Champa.

Hal ini menyebabkan kerajaan Dai Viet terpaksa melakukan pelbagai kaedah bagi

mengelakkan tanah airnya daripada ditakluki oleh kuasa asing. Pemberontakan bersenjata

telah menjadi salah satu usaha kerajaan Dai Viet dalam memastikan kerajaannya aman

daripada diancam dan membebaskan kerajaan daripada kuasa asing.

Menurut sejarah, sebanyak lima belas dinasti telah terlibat dalam penentangan di

Dai Viet sebelum 939M. Hasil daripada penentangan dan pemberontakan ini, akhirnya

pemerintahan China telah berjaya dikalahkan dan selepas tahun 939M, dinasti-dinasti yang

baharu telah mula terbentuk dan masing-masing berusaha untuk mempertahankan kerajaan

Dai Viet daripada China yang telah bangkit semula dengan munculnya Dinasti Sung yang

semakin kuat pengaruhnya. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Dai Viet berusaha

mempertahankan kerajaannya daripada ancaman musuhnya yang mengugat kedaulatan dan

kestabilan kerajaannya walaupun terpaksa melalui suatu proses yang memakan masa yang

lama.

Pemerintah kerajaan Dai Viet terpaksa menggunakan pelbagai kaedah dalam

memperkukuhkan kerajaannya bagi menghadapi serangan daripada kuasa asing.

26
Contohnya, Dinh Bo Linh juga telah menguatkan lagi barisan ketenteraannya dengan

memecahkan tenteranya kepada sepuluh angkatan dengan setiap angkatan mempunyai 100

000 ribu orang tentera.82 Angkatan tentera yang baharu ini juga dikenali sebagai Sepuluh

Rangkaian Tentera. Hal ini demikian kerana, setiap rangkaian itu dianggotai oleh 10 000

ribu orang tentera yang terdiri daripada sepuluh bridget. Bridget ini pula terdiri daripada

kompeni-kompeni tentera yang mempunyai 1000 ribu orang dalam setiap pasukan.83

Pembaharuan yang dilakukan oleh Dinh Bo Linh telah berjaya memperolehi kekuatan

ketenteraan yang besar dan terkuat di kawasan utara Vietnam dan kekuatan tenteranya ini

telah menekan tuntutan dan impian beberapa saingannya di kawasan tersebut dan

seterusnya melemahkan meraka daripada terus mengancam pemerintahan Dinh Bo Linh.84

Hal ini penting bagi memperkuatkan aspek ketenteraan dalam kerajaannya bagi

mengelakkan berlakunya pemberontakan daripada pegawai-pegawai dalam kerajaannya

yang meragui kekuatan kerajaannya sekiranya langkah memperkuatkan bahagian

ketenteraan tidak dibuat oleh Dinh Bo Linh.

Kerajaan Dai Viet telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menguatkan

kesetiaan rakyat khususnya tenteranya dalam mengelakkan berlakunya pemberontakan

yang menggugat kekuatan ketenteraan yang boleh meletakan kerajaan Dai Viet dalam

keadaan yang berbahaya sekiranya diserang oleh musuh-musuh yang sentiasa menanti

peluang untuk menakluki kerajaan Dai Viet. Hal ini menyebabkan Dinh Bo Linh terpaksa

menggunakan kaedah barbarian untuk menguatkan lagi Dai Co Viet. Hal ini dapat dilihat

apabila Dinh Bo Linh meletakkan sebuah kuali amat besar di hadapan istananya dengan

tujuan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Kuali tersebut diisi dengan minyak

yang mendidih dan pesalah akan disuruh untuk berenang di dalam kuali tersebut. Beliau

82
Oscar Chapius,(1995) A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc, Greenwood Publishing Group.
Inc, Amerika Syarikat, hlm 72.
83
V. Largo,(2002), Vietnam. Current Issue and Historical Background, Nova Science Publisher. Inc, New
York, hlm 96.
84
Nicholas Tarling(1992), The Cambridge History Of Southeast Asia-Volume 1 (Form Early Times To 1800),
Cambridge University Press, New York, hlm 139.
27
juga menyimpan tiga ekor harimau yang kelaparan bagi digunakan untuk penjenayah yang

melakukan jenayah yang berat seperti manjadi pengkhinat Dai Co Viet. 85 Hal ini

menunjukkan bahawa Dinh Bo Linh sanggup buat apa saja cara untuk menguatkan

kerajaannya walaupun cara tersebut adalah sangat kejam dan menakutkan.

Namun keadaan ini mula berubah apabila mangkatnya Dinh Bo Linh, jalan telah

terbuka luas untuk China khususnya untuk menyerang Dai Co Viet. Tambahan pula,

kerajaan Campa turut menyerang Dai Co Viet. Serangan-serangan ini telah

membimbangkan penduduk Dai Co Viet kerana takut akan dijajah semula dan

kemerdekaan yang dinikmati oleh mereka selama ini akan hilang begitu sahaja. Demi

mengelakkan Dai Co Viet jatuh ke tangan China serta musuh-musuh yang lain, ketua

jeneral tentera Dinh Bo Linh iaitu Le Hoan telah bertindak merampas kuasa pemerintahan

daripada maharaja muda dan mengetepikan semua keturunan Dinh daripada memegang

takhta kerajaan Dai Viet.

Pemberontakan bukan hanya berlaku dalam pentadbiran kerajaan Dai Viet tetapi

berlaku juga apabila kerajaan China menguasai Kerajaan Dai Viet. Hal ini menyebabkan

rakyat kerajaan Dai Viet bangun memberontak bagi menuntut kembali hak mereka dan

membebaskan mereka daripada penjajahan kerajaan China yang memberi pelbagai

kesengsaraan kepada mereka. Hal ini kerana penguasaan China pada dinasti Han telah

memaksa rakyat menuruti pelbagai idea dan cara hidup China ke dalam kehidupan rakyat

Dai Viet. Setelah beberapa dekad kerajaan China melaksanakan dasar Sinicization,

ketidakpuas hati rakyat telah menyebabkan pemberontakan yang pertama. 86 Pada AD 39,

seorang bangsawan wanita yang bernama Trung Trac dan adiknya Trung Nhi telah

memimpin kepala suku untuk memberontak. Dalam buku “A Dragon Defiant A Short Story

of Vietnam” telah mengatakan bahawa suami Trung Trac telah dihukum bunuh oleh pihak

85
Oscar Chapius (1995) A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc, Greenwood Publishing Group.
Inc, Amerika Syarikat, , hlm 72.
86
Joseph Buttinger. A Dragon Defiant A Short Story of Vietnam. hlm. 34.
28
China.87 Kemungkinan besar pembunuhan suami Trung Trac telah membangkit

kemarahannya untuk membalas dendam demi suaminya dan juga telah menyedarkannya

bahawa rakyat Dai Viet sudah lama ditindas pihak China. Oleh itu telah mendorong dia

memimpin suku untuk memberontak dengan senjata di Chinese Garrisons.88

Dalam pemberontak tersebut, Trung Trac malawan keras dengan jeneral Han iaitu

Governor Tô Định. Pemberontakan ini telah berjaya dan Trung Trac telah berjaya

menawan 65 negeri. Setelah pemberontakan berjaya dan mencapai kemerdekaan Vietnam,

beliau telah menabalkan dirinya sebagai ratu. Namun keadaan ini hanya kekal selama tiga

tahun. Pada AD 42, tentera yang kuat dan jeneral Ma Yuan telah dihantar oleh pihak Han

untuk mematahkan pemberontakan.89 Pihak Han telah berjaya menewaskan Trung Trac dan

Trung Trac telah membunuh diri. Sehingga hari ini, Sister Trung masih menjadi lambang

kebangsaan perempuan Vietnam. Pemberontakan Trung Trac juga telah memberi inspirasi

kepada rakyat kerajaan Dai Viet bangun memberontak bagi menuntut kemerdekaan mereka

Pemberontakan bersenjata dalam membebaskan kerajaan Dai Viet tidak hanya

melibatkan golongan rakyat bawahan sahaja, malahan melibatkan golongan elit Dai Viet

dalam menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1418, satu pemberontakan telah berlaku di

wilayah Thanh Hoa selatan Delta. Pemberontakan tersebut dipimpin oleh seorang tuan
90
tanah yang kaya yang bernama Le Loi. Menurut sejarah Vietnam, ahli keluarganya

berjumlah lebih dari 1000 orang dan pihak ini telah mengambil selama 10 tahun dalam

perjungan dengan pihak China yang bertujunan membebaskan daripada dikuasai China. 91

Le Loi telah mengetuai revolusi Lam Son untuk melawan dengan Ming. Dengan menerima

nasihat daripada Nguyen Trai maka dapat mengatasi banyak masalah yang disebabkan
87
Ibid, hlm 34.
88
Ibid. hlm 45
89
Ibid hlm 45
90
Ibid. hlm.46
91
Joseph Buttinger. A Dragon Defiant A Short Story of Vietnam hlm 46.
29
kemunduran negara tersebut. Akhirnya Le Loi bermula pemberontakannya. Beliau

bergetuai tenterannya ke utara dan menlancarkan pengepungan di Dong Quan (sekarang

Hanoi) yang merupakan ibu kota Ming.

Pihak Ming telah menghantarkan tentera yang kuat untuk menghadapi serangan

Vietnam tetapi pihak ini telah gagal dan jeneral yang bernama Lieu Thang telah dibunuh

oleh pihak Vietnam di Chi Lang. Pasukan tentera Ming telah menyerah kalah dalam

pertempuran tersebut. Dalam revolusi Lam Son pihak Vietnam telah membunuh 30,000

orang tentera Ming. Pada tahun 1428, Le Loi naik takhta dan bermulalah Dinasti Le Hau.

Le Loi telah mengantikan nama negara menjadi Dai Viet kembali.dan memindahkan ibu

kota kembali ke Trang Long. Hal ini menunjukkan pemberontakan bersenjata telah

menjadi satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Dai Viet dalam mendapatkan kembali

kemerdekaan dan mengelakkan diancam oleh musuh-musuhnya.

Kerajaan awal di Asia Tenggara bukan hanya tertumpu kepada kerajaan Dai viet

sahaja tetapi juga melibatkan kerajaan Champa. Hal ini kerana kerajaan Champa juga

menggunakan kaedah pemberontakan bersenjata dalam mendapatkan kemerdekaan dan

memperkukuhkan kerajaannya daripada ancaman kuasa musuh-musuh yang lain. Hal ini

dapat dilihat melalui peranan yang dimainkan oleh pengganti Rudrawarman iaitu

Cambhuwarman yang telah mengisytiharkan kemerdekaan Champa daripada China yang

pada ketika itu, Dinasti Tch’en (557-589M) berada dalam keadaan huru-hara92. Hal ini

penting bagi sesebuah kerajaan tersebut mengguna peluang untuk membebaskan diri

daripada penjajahnya ketika penjajah tersebut mengalami kelemahan dan sukar untuk

mengawal tanah jajahannya.

Pemberontakan bersenjata kerajaan Champa juga melibatkan golongan rakyat biasa

yang bangun memberontak setelah kematian Luu Ki-Tong pada 988M. Luu Ki-Tong

merupakan seorang warga Vietnam yang merampas takhta dan mengisytiharkan diri

92
Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur, Utusan
publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 75.
30
sebagai Raja Champa pada 986M. Rampasan kuasa ini telah menimbulkan kemarahan

rakyat Champa namun mereka tidak sanggup menentang kerana pada masa itu orang

Vietnam lebih ramai dan kuat.93 Namun pemberontakan telah tercetus dengan diketuai oleh

Hariwaruman II yang akhirnya beroleh kemenangan. Peranan yang dimainkan oleh

Hariwaruman II dalam mencapai kemenangan tersebut telah menyebabkan beliau dirajakan

di Wijayapura. Hal ini menunjukkan bahawa pemberontakan bersenjata juga merupakan

usaha yang berkesan bagi menuntut kemerdekaan bagi sesebuah kerajaan dan juga bagi

mengelakkan sesebuah kerajaan tersebut daripada diancam oleh musuhnya. Hal ini penting

bagi sesebuah kerajaan seperti kerajaan Champa yang sentiasa diancam oleh kerajaan-

kerajaan jiran yang sentiasa menunggu peluang untuk menguasai kerajaannya bagi

memperluaskan kawasan jajahan mereka.

Pemberontakan bersenjata juga berterusan pada 1145M apabila kerajaan Khmer

menyerang kerajaan Champa dan telah menawan sebahagian besar Negara Champa dan

termasuk juga ibu kotanya. Penjajahan kerajaan Khmer terhadap Negara Champa ini telah

menyebabkan rakyatnya bangun memberontak. Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan

Rudhawarman IV mengetuai kerajaannya dalam menawan kembali Wijayapura dengan

mengalahkan kerajaan Khmer. Kedaulatan kerajaan Champa juga telah diteruskan oleh

pengganti baginda iaitu Hariwarman I yang merupakan seorang pemerintah yang

berwibawa. Hal ini dapat dilihat apabila baginda berjaya mempertahankan kerajaan

Champa dengan mematahkan serangan Vietnam dan Khmer ke atas Champa. Baginda juga

berjaya menyatukan kerajaan Champa yang sebelum ini berpecah-pecah akibat diserang

oleh serangan-serangan luar.94 Hal ini menunjukkan bahawa pemberontakan bersenjata

merupakan suatu kaedah yang berguna bagi sesebuah kerajaan dalam mengelakkan

ancaman daripada musuh-musuhnya yang berada disekelilingnya.

Pemberontakan bersenjata bukan hanya berlaku dalam menuntut kemerdekaan

93
Ibid. hlm 78.
94
Ibid. Hlm 80.
31
sahaja tetapi terdapat juga dalam motif lain. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya

rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jaya Indrawarman ketika menggulingkan Putera Jaya

Harimarwan I. Jaya Indramarwan merupakan seseorang yang berpengetahuan dalam

pelbagai perkara seperti sastera, falsafah dan nujum. Beliau juga merupakan seorang yang

mahir menggunakan senjata.95 Pemberontakan ini tidak memberi impak negatif kepada

kerajaan Champa secara keseluruhannya kerana kewibawaan beliau dalam memimpin

kerajaan Champa telah memberi kejayaan dalam menyerang kerajaan Kemboja dan berjaya

merampas kekayaan Angkor pada 1177M. Hal ini menunjukkan bahawa pemberontakan

bersenjata juga penting dalam memastikan sesebuah kerajaan tersebut terus kuat dan bagi

mengelakkan daripada dijajah oleh musuh.

Perjuangan bersenjata turut berlaku pada 1314M apabila orang Champa telah

bangun memberontak bagi mendapatkan kembali kemerdekaan untuk kerajaan Champa.

Pemberontakan ini telah diketuai oleh Che Nang bagi melawan musuhnya yang menjajah

kerajaan Champa. Namun Che Nang telah dikalahkan dan beliau juga terpaksa melarikan

diri dan berlindung di Jawa. Namun kerajaan Champa berjaya mencapai kemerdekaan

selepas seseorang panglima Champa yang bernama Che A-Nan mengetuai dalam

membebaskan kerajaan Champa. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Champa telah

berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut kemerdekaan walaupun menerima

kekalahan pada awalnya.

NAMA:MOHAMAD FADHIRUL BIN MOHD KAMAL @ ISMAIL

NO.MATIRIX : D20091035510

ISI KETUJUH: PERKAHWINAN DAN KETENTERAAN

95
Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala Lumpur, Utusan
publications & Distributors Sdn. Bhd, Hlm 80.
32
Semasa Pemenrintahan Dinasti Ly dan dinasti Tran sekitar tahun 1010-1400 telah

menunjukkan bahawa Kerajaan Dai Viet telah mengalami perubahan dari segi pelbagai

bidang.96Perubahan ini telah dapat dilihat dari segi pemikiran kesedaran dan lain- lain.

Keadaan ini telah dapat dilihat dari segi akan kepentingan kerajaan sendiri serta dalam

mempertahankan kerajaan sendiri dari ancaman luar. Dalam konteks mempertahankan

kerajaan sendiri dari ancaman kerajaan luar, kerajaan Dai Viet telah mengambil kaedah

atau tindakan yang agak bijak untuk mempertahankan kerajaan mereka pada waktu ini.

Tindakan yang di ambil oleh kerajaan Dai Viet ketika ini adalah dengan mengahwini

puteri- puteri negera- negara jirannya. Tujuan Baginda mengahwini puteri- puteri ini

adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, menguatkan kerajaan mereka serta

mendapat kerjasaman daripada kerajaan lain untuk mempertahankan kerajaan Dai Viet

daripada serangan oleh kerajaan Mongol yang menguasai china pada waktu itu.

Selain itu, pemerintah pada masa itu telah yang agak suka berpoligami dan

mengahwini banyak isteri yang bukan untuk kepentingan unutk diri sendiri tetapi adalah

untuk kepentingan kerajaan mereka sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui perkahwinan

inilah dapat mengeratkan kembali hubungan kedua- kedua pihak serta telah mencapai

perhubungan yang agak baik dan membantu di antara satu yang lain untuk

mempertahankan kerajaan masing daripada serangan luar khususnya kerajaan China pada

masa itu, boleh dianggap sebagai satu kuasa yang agak agresif dalam meluaskan kekuasaan

kuasa mereka ke semananjung negeri- negeri indon-china. Keadaan ini telah dapat dilihat

melalui tindakan yang dilakukan oleh Raja Champa yang mengahwini iaitu Raja Jaya

Sinharvarman adalah untuk memepertahan kerajaan daripada ditakluki serta serangan

daripada orang- orang Mongol yang dikuasai oleh Kublai khan yang pada masa ini telah

memerintah kerajaan China pada masa ini. Dalam masa yang sama,selain daripada champa

orang- orang yang Mongol juga untuk menguasai Annam. Pada masa ini juga telah

96
Chester A.Bain, (1967), Vietnam The Root of Conflict, Englewood Cliffs New Jersey, Hlm.55.
33
menimbulkan kebimbangan terhadap pemenritahan kerajaan Dai viet kerana orang- orang

Mongol yang ingin menyerang Champa dengan Annam terpaksa melaui perairan atau

kawasan Dai Viet. Keadaan ini telah menyababkan pemerintah kerajaan Dai Viet berasa

bimbang akan terima tempiasnya daripada tindakan serangan orang- orang Mongol yang

ingin menyerang kerajaan champa. Oleh itu kerajaan Dai Viet telah mengambil langkah

untuk berdamai dengan kerajaan Champa serta bekerjsama dengan kerajaan tersebut.

Keadaan dapat ditambah kerajaan Champa telah dikuasai oleh orang Vietnam yang

dikenali sebagai Luu Ki- tong yang mengisytiharkan diri beliau sebagai Raja Champa pada

zaman dinasti Song di china.97 Hal ini dapat dilihat melaui tindakan yang mana pada

zaman setelah dinasti Trang menggantikan dinasti Ti pada sekitar tahun 1225 telah

menunjukkan bahawa orang- orang Mongol yang menguasai china telah berusaha

bersungguh- sungguh untuk menguasai wilayah Sekitar Semnanjung Indo- China serta

berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk menguasai negari- negari semanajung Indon-

china melalui utusan yang dihantar oleh mereka98. Dalam usaha menguasai kekuasaan

mereka pada masa ini kerajaan Mongol telah mengambil tindakan dengan menyerang

kerajaan annam pada tahun 1257, namun mereka mengalami kegagalan. Seterusnya bahaya

daripada Mongol ini telah menyebabkan telah menyebabkan mereka perlu bekerjasama

untuk mempertahankan daripada serangan orang- orang Mongol ini. 99 Hal ini kerana

Kublai Khan telah bersungguh dengan menghadapi tentangan orang- orang champa yang

begitu kuat. Beliau telah menghantar satu angkatan tenteran untuk menghadapi tentangan

daripada kerajaan champa.

Dalam masa yang sama Annam pula terpaksa berpakat dengan kerajaan Champa

untuk menghadapi tentangan daripada kerajaan Mongol. Oleh itu mereka bekerjasama

untuk menentang tindakan yang diambil daripada oleh orang- orang Mongol di bawah

97
Jelani Halimi(,2008),Sejarah dan Tamandun Bnagsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publisher &
Distributor Sdn. Bhd, hlm78
98
Ibid hlm.81.
99
D.G.E Hall(2000), Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.246.
34
pemerintahan Kublai Khan. Satu lagi angkatan tentera kerajaan Mongol di bawah

pimpinan anak Kublai khan, namun angkatan ini telah menemui kegagalan, apabila

angkatan tentera ini telah cuba memasuki Tongking darpada bahagian utara. 100 Selain itu

dalam menghadapi serangan ini Marshal Sogotu dalam usaha membantu orang- orang

mongol beliau telah dikalahkan serta dibunuh ketika beliau yang ingin membantu orang-

orang Mongol dalam serangan untuk menguasai kerajaan Champa. Namun beliau telah

dibunuh oleh orang-orang champa.101

Dalam usaha mengahadapi serangan yang secara agresif daripada serangan orang-

orang Mongol orang Champa dan Annam bersama- sama berjaya menghalang daripada

kerajaan Mongol daripada serangan kerajaan Mongol. Dalam mempertahankan kerajaan

mereka ini, mereka telah memperkuatkan kembali ikatan persahabatan mereka yang

terjalin sebelum ini dengan melalui perkahwinan. Hal ini dapat dilihat Raja Champa iaitu

Raja Sinhavarman telah dipaksa untuk mengahwini Puteri Annam . Selain itu telah

mengadakan perbincangan yang panjang Tran Anh- Ton telah mempersetujui adik

perempuanya berkahwin dengan Raja Champa itu. Namun dalam perkahwinan ini Tran

Anh- Tong telah mengenakan beberapa syarat kepada dimana wilayah Quang-tri dan Thu’

a –thien (Hue) perlu diserahkan kepada orang Annam. Daripada syarat- syarat ini telah

menyebabkan Raja Champa telah bersetuju untuk menerima syarat tersebut yang bertujuan

untuk mempertahankan kerajaan mereka daripada serangan orang- orang Mongol. Keadaan

ini telah memperkuatkan hubungan diantara kedua-dua kerajaan ini yang telah terjalin

sebelum ini.

Selain itu kerajaan Champa juga telah memperbanyakkan lagi hubungan beliau

dengan dengan negara- negara jiran dengan melalui perkahwinan. Hal ini dapat dilihat

melalui perkahwinan di antara Raja Champar dengan Puteri Tapasi iaitu Puteri Jawa dan

kemudiannya Raja Champar telah mengahwini Puteri Huyen Tran yang digelar

100
Ibid, hlm.246.
101
Ibid hlm. 247
35
Paramesweri pada tahun 1306 masihi.102 Dengan perkahwinan Puteri Huyen Tran dengan

Raja Champa telah menunjukkan bahawa hubungan diantara kerajaan Dai Viet dengan

kerajaan Champa telah memang mempunyai hunbungan dengan kerajaan champar serta

mengeratkan lagi hubungan di kedua- dua kerajaan ini.

Oleh itu, tujuan Raja Champa berkahwin dengan Puteri Huyen Tran adalah untuk

mengeratkan hubungan persahabatan serta pada masa yang sama pemerintah kerajaan

Champa telah telah berusaha mendapatkan batuan ketenteraan dengan kerajaan Dai Viet

untuk membantu mereka dalam menghadapi serangan yang agak kuat daripada kerajaan

Mongol yang bertujuan untuk menguasai semenanjung Indon- China. Hal ini dapat dilihat

banyak tindakan yang dilakukan oleh orang- orang Mongol untuk menguasai champa.

Keadaan ini dapat dilihat sekitar tahun 1283 hingga 1285 kublai khan yang menguasai

daripada Kerajaan China telah mengirimkan tenteranya untuk menundukkan kerajaan

semanjung Indon- China termasuklah kerajaan champa. Namun tindakan yang diambil

oleh Kublai Khan ini telah menghadapi kegagalan, apabila kerajaan Champa dengan

Vietnam telah bekerjasama untuk menentang serangan- serangan orang mongol. Dengan

tindakbalas serta kerjasama diantara kerajaan Dai Viet(Vietnam) dengan kerajaan Champa

telah menyebabkan kerajaan Mongol telah kalah teruk dalam siri peperangan ini.

Kerjasama ini terjalin apabila Raja Champa telah berkahwin dengan Puteri Vietnam iaitu

Puteri Hyen Tran. Hubungan yang terjalin melalui perkahwinan ini telah menyebabkan

kerajaan Dai Viet telah membantu kerajaan champa dalam menghadapi serangan daripada

angkatan tentera Kublai Khan. Kerjasama yang diantara kedua- dua kuasa ini telah

menyebabkan tenteran Moggol telah kalah dengan teruk. Setelah kekalahan kerajaan

Monggol dalam peperangan itu, Raja Indrawarman IV yang memerintah pada waktu itu

telah mengarahkan kerajaan Champa mengirimkan utusan kepada kerajaan kerajaan china

yang menyatakan bahawa kekalahan Kublai Khan. Utusan ini telah sampai pada 6 oktober
Jelani Halimi,(2008),Sejarah dan Tamandun Bnagsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publisher &
102

Distributor Sdn. Bhd, hlm.81.

36
1285 masihi serentak dengan utusan daripada kerajaan kemboja. Ekoran daripada ini telah

menyebabkan kerajaan kerajaan champa tidak lagi di ganggu oleh orang- orang Monggo

lagi.103 Setelah kemangkatan dengan Raja Indrawarman IV mangkat telah diganti oleh Raja

Jaya Simharwarman III yang merupakan raja yang memerintah serta merupakan raja yang

banyak menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara lain melalui perkahwinan.

Selain itu, sekitar tahun 1292 Masihi Kublai Khan telah menghantar

angkatan tenteran untuk menyerang Jawa, namun beliau telah menemui kegagalan kerana

Jawa telah di bantu oleh kerajaan champa iaitu Raja Champa telah berjaya menghalang

tindakan mereka ini. Hal ini demikian kerana Raja Champa iaitu Raja Jaya Simharwarman

III telah mempunyai hubungan yang erat dengan jawaa kerana Raja Champar ini telah

berkahwin dengan Puteri Tapasi dari Jawa. Oleh itu, raja champa terpaksa menyerang atau

tindakbalas dengan serangan yang dilakukan oleh Kublai khan. Oleh itu dengan adanya

hubungan melalaui perkahwinan secara tidak langsung kerajaan Dai Viet terlibat dalam

serangan yang dilakukan oleh kerajaan Mongol yang menguasai Kerajaan China. Hal ini

demikian kerana kerajaan Dai Viet telah mempunyai hubungan dengan kerajaan Champar

melalui perkahwinan di antara Raja Champa dengan Puteri Hyung Trang iaitu Puteri

Vietnam. Ekoran daripada daripada berasa bimbang akan keamanan kerajaan Dai Viet

tergugat. Oleh itu mereka terpaksa membantu kerajaan Champa untuk mempertahankan

kerajaan mereka daripada serangan orang- orang Mongol agar kemanan kerajaan Di Viet

tergugat. Oleh itu, dengan kerjasama diantara dengan kerajaan Dai Viet melalui

perkahwinan ini diantara kerajaan champa telah menyebabkan kerajaan Champa sekaligus

dapat mempertahan kerajaan mereka daripada serangan orang- orang China khusunya

Kublai Khan daripada china. Kesan daripada perkahwinan yang dilakukan oleh Raja

Champa dengan puteri kerajaan Vietnam Dan dengan puteri- puteri daripada kerajaan lain,

jelas menunjukkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Raja Champa telah dapat
Jelani Halimi,(2008),Sejarah dan Tamandun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan Publisher &
103

Distributor Sdn. Bhd, hlm.82.

37
menyelamatkan kerajaan lain khususya kerajaan Dai Viet. Hal ini dapat dilihat kerjasama

yang dilakukan diantara kerajaan Champa dengan Dai Viet melalui perkahwinan telah

menyebabkan kedua- dua mendapat manfaat masing- masing. Keadaan ini melalui

hubungan ini telah menyebabkan kerajaan Dai Viet telah dapat mempertahankan

kerajaanya daripada serangan kerajaan Monggol yang menguasai china.

Sehubungan dengan itu melalui perkahwinan juga kite dapat lihat pada zaman

dinasti Dinh iaitu dimana Dinh Bo Linh telah mengahwini kerabat di Raja Ngo dan beliau

telah digelar sebagai Maharaja Dinh tien Hiong. Tujuan Dinh Bo Linh mengahwini kerabat

diraja bukan untuk mengukuhkan atau kepentingannya, malah perkahwinan ini adalah

untuk menyokong mandapat sokongan daripada kerajaan Ngo supaya mereka lebih mudah

untuk mendapatkan kemerdekaan Dai Co Viet. Tujuan nama Dai co Viet diberi untuk

kerajaannya yang membawa maksud “Great Viet”.104 Melalui hubungan perkahwinan ini

telah menyebabkan serba sedikit dapat mengukuhkan lagi kerajaan Dai Viet dalam

mempertahankan kerajaan mereka daripada ancaman kerajaan china. Namun Dinh Bo Linh

telah merasakan bahawa hubungan baginda dengan kerajaan china tidaklah begitu

berkekalan kerana baginda merasakan bahawa gelaran yang digunakan oleh baginda

tidaklah standing dengan gelaran “anak tuhan” yang mengikut kepercayaan yang

diamalkan oleh masyarakat china. Oleh itu untuk mengekalkan hubungan baginda dengan

kerabat diraja Ngo yang terjalin melalui perkahwinan, baginda telah melakukan

perbaharuan pentadbiran yang dilakukan oleh baginda. Dengan terjalinya hubungan ini

akibat daripada perkahwinan telah menyebabkan kerajaan Dai Viet pada masa ini telah

dapat di pertahankan dari serangan- serangan kerajaan luar. Pembaharuan yang dilakukan

dalam bidang pentadbiran yang dilakukan oleh Dinh Bo Lih iaitu dalam bidang

kehakiman, sisitem hierarki dan sebagainya. Pembaharuan dalam pentadbiran ini telah

menyebabkan kerajaan Dai Viet telah semakin kuat serta dapat mempertahankan kekuasaan
104
V. Largo (2002) Vietnam. Current Issue and Historical Background. New York. Nova Science Publisher.
Inc.hlm 96.

38
mereka ini daripda serangan musuh. Sehubungan itu beliau telah memperkenalkan

hubungan hukuman mati bagi sesiapa yang melakukan kesalahan serta melanggar

peraturan baru yang dibuat oleh baginda bagi menguatkan lagi kerajaan Dai Viet 105 serta

bagi menguatkan sistem pentabiran sekaligus dapat mengeratkan hubungan yang dijalinkan

melalui perkahwinan diantara baginda dengan kerabat Raja Ngo.

Ekoran daripada ini., hubungan yang dijalinkan oleh Dinh Bo lih dengan berkahwin

dengan kerabat Raja Ngo telah menunjukkan perubahan dari segi aspek pentadbiran untuk

menguatkan lagi pentadbiran kerajaan Dai Viet sekaligus dapat menguatkan kerajaan Dai

Viet ini serta mempertahankan kerajaan mereka daripada serangan daripada serangan

musuh- musuh mereka pada zaman Dinasti Dinh ini.

Disini dinilaikan bahawa pada peringkat awal kerajaan Dai Viet telah menjalinkan

hubungan serta menguatkan hubungan mereka dengan kerajaan champa adalah akibat

daripada tindakan raja Champa yang berkahwin dengan Puteri Hyung Tran iaitu puteri

Vietnam.kesannya hubungan dengan kedua- dua kerajaan ini telah terjalin dan menguatkan

kerajaan Dai Viet kerana mereka berkerjasama untuk menentang kerajaan Mongol yang

manguasai semenanjung Indon-china. Seterusnya pada zaman Dinasti Dinh, tindakan Dinh

Bo Lih yang berkawin dengan kerabat Raja Ngo telah menguatkan lagi kerajaan Dai Viet

dalam mempertahankan kekuasaan ini. Keadaan ini jelas melalui perkahwinan kerajaan

Dai Viet telah menguatkan lagi kekuasaan beliau dalam mempertahan daripada serangan

musuh mereka.

Selain daripada perkahwinan kerajaan dai viet juga telah mempertahankan kerajaan

mereka melalui ketenteraan. Hal ini dapat dilihat melalui bantuan daripada luar untuk

mempertahankan kerajaan ini. Keadaan ini dapat dilihat melalui batuan yang diberikan

oleh kerajaan Champa,Jawa dan china dari segi ketenteraan,peralatan ketenteraan dan

sebagainya. Hal ini dapat dilihat peralatan ketenteraan kerajaan Dai Viet telah dinpindah

105
Keith Weller Taylor (1983) The Birth Of Vietnam. London. University Of California Press. Ltd. hlm 282.
39
atau diadaptasi daipada kerajaan china iaitu pada mase dinasti Ming. Peralatan ketenteraan

ini telah dipindahkan daripada kerajaan china kepada kerajaan Dai Viet semenjak 120

tahun dahulu lagi.106Hal ini dapat dilihat kebanyakkan peralatan ketenteraan ini datangnya

daripada dinasti Ming kerana kebanyakkan sejata api dipindah semenjaka zaman Dinati

Ming.107Dengan adanya batuan luaran kerajaan Dai Viet telah dapat mempertahankan

daripada serangan kerajaan china yang ingin merampas wilayah tersebut. Selain itu

kebanyakkan peralatan senjata ketenteraan kerajaan Dai Viet kesan daripada pemodenan

senjata yang berlaku di china. Dengan adanya batuan senjata luar ini akibat daripada

perpindah senjata daripada luar. Antara senajata ketenteraan yang diperolehi adalah seperti

3 600 “thunderbolt shells” (pili pao), 160 “wine-cup muzzle general cannon” (zhankou

jiangjun pao). 200 besar dan 328 kecil “continuos bullet cannon” (lianzhu pao), 624

“handguns” (shouba chong), 300 small grenades (xiao feipao), 6.97 tan serbuk belerang,

dan 1,051 600 peluru. Jumlah berat kesemua senjata tersebut adalah 29.4 tan. 108 Dengan

adanya batuan peralatan ketenteraan ini secara tidak langsung kerajaan Dai Viet dapat

mempertahankan Kerajaan mereka daripada serangan musuh- musuh utama mereka.

Akibat daripada peperangan diantara dengan kerajaan china iaitu dinasti Ming telah

menyebabkan kerajaan Dai Viet telah berjaya menumpaskan tentera daripada china.

Ekoran daripada ini telah menyebabkan kerajaan Dai Viet telah mendapat peralatan

ketenteraan yang ditinggalkan oleh terntera kerajaan Ming yang digunakan dalam

peperangan itu.109 Peperangan ini telah banyak memberi manfaat kepada kerajaan Dai Viet

kerana banyak peralatan ketenteraan daripada china yang maju itu dapat digunakan oleh

Tentera kerajaan dai viet. Peralatan ketenteraan yang ditinggalkan oleh kerajaan Dinasti
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid,( 2006), Viet Nam: Borderless History, Wisconsin, The University
106

of Wisconsin, hlm. 73

Ben Kiernan (2007) Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from Sparta to
107

Darfur, United States :The Yale University Press, hlm. 109


108
Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, 2006, Viet Nam: Borderless History, Wisconsin:The University of
Wisconsin, hlm. 78
109
Ibid hlm.85
40
Ming dalam peperangan ini telah menyebabkan peralatan ketenteraan kerajaan Dai Viet

dapat ditambah.

Selain mendapat perkongsian atau ‘batuan” daripada kerajaan china iaitu dinasti

ming, Kerajaan Dai Viet juga telah mendapat bantuan ketenteraan daripda kerajaan luar

hasil daripada perhubungan yang di jalinkan oleh mereka melalui hubungan

“perkahwinan”. Keadaan dapat dilihat hubungan kerajaan Dai Viet telah terjalin akibat

daripada perkahwinan di antara Puteri Hyung Tran dengan raja champa. Kesan daripada ini

telah memperkuatkan lagi ketenteraan yang sedia ada di dalam ketentenraan Dai Viet. Ini

merupakan salah satu daripada tindakan kerajaan Dai Viet untuk mempertahan kerajaan

beliau daripada daripada serangan musuh, khususya Kerajaan Mongol yang menguasai

china. Hal ini demikian kerana kerajaan Mongol sememangnya berhasrat untuk menguasai

semanjung wilayah indon-china. Oleh itu dengan adanya sumber ketenteraan daripada luar

seperti bantuan ketenteraan daripda kerajaan Champa telah memperkuatkan lagi tentera

yang sedia ada di kerajaan Dai Viet ,serta dengan adanya bantuan senjata atau penggunaan

sejata daripada kerajaan china khusunya dinasti Ming akibat daripada kekalahan dalam

peperangan telah menyebabkan mereka dapat menambahkan keperluan senjata mereka

yang sedian ada. Kesan daripada ini telah menyebabkan kerajaan Dai Viet dapat

menguatkan struktur ketenteraan yang berada di kerajaan Dai Viet.

3.0 KESIMPULAN

Pada kurun yang ke-9 sehingga ke-18, telah berlaku ancaman dari Negara jiran

terhadap jiran lain untuk mengukuhkan kerajaan masing-masing. Fenomena yang berlaku

di Asia Tenggara ini kita dapat lihat kepada salah satu contoh sebuah kerajaan awal iaitu

kerajaan Dai Viet yang melakukan pelbagai usaha untuk mempertahankan dan

41
membebaskan kerajaan daripada ancaman China. Dinasti yang paling awal dalam kerajaan

Dai Viet ialah dinasti Le pada tahun (980-1009) yang diketuai oleh Le Dai Hanh. Pada

peringkat awal Dai Viet tidak diancaman daripada China, namun Dinasti seterusnya

seperti Dinasti Tran telah diancam oleh China. Dinasti seterusnya telah mencari usaha-

usaha dalam memperkukuhkan kerajaan meraka daripada ancaman tersebut.

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh dinasti Dai Viet ialah mengambil atau

mempelajari kaedah senjata dari China. Seperti Ho Nguyen Trung telah mengguna senjata

tersebut untuk menentang China, seperti meriam jenis “magic handgum” dan sazed muzzle

cannon. Kerajaan Dai Viet dalam Dinasti Sung juga menyerang Champa untuk

memperkukuhkan kerajaannya dengan menghalang Kerajaan Champa menjalinkan

hubungan dengan China yang boleh mengancam kedaulatan Keajaan mereka. Dalam

mempertahankan nergara Dai Viet, mereka telah menjalankan dasar diplomatic dengan

China. Seperti Dinasti Dinh pada tahun 969-980m yang telah menghantar ufti kepada china

bagi menjaga hubungan kedua-dua pihak. Hubungan dalam perkhwinan juga dapat

menjaga kedaulatan kerajaan Dai Viet iaitu Raja Champa berkhwin dengan Puteri Annam.

Melalui perkhwinan ini dua kuasa dapat bergabung untuk menentang kuasa musuh. Usaha

yang terakhir ialah melalui pemberontakkan untuk mendapatkan keamanan. Seperti dinasti

tran iaitu seorang bangsawan wanita bernama Trung Trac memimpin suku peberontak

melawan jeneral dari Dinasti Han, pemberontakkan ini telah Berjaya untuk menuntut

kemerdekaan.

Kemerdekaan atau keamanaan Dai Viet dapat dipertahankan melalui usaha-usaha

yang telah dibuat oleh setiap dinasti bagi menjaga Negara mereka.

42
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj. Abullah (2006) Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional.
Shah Alam: Karisma Publication

Ahmad Jelani Halimi, (2008) Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Cheras, Kuala
Lumpur: Utusan Publiccaition & Distributors Sdn. Bhd

Ben Kiernan (2007) Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from

Sparta to Darfur, United States :The Yale University Press

David G. Marr and A.C.Milner. (1986) Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries.
Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies

George Coedes (1966) The Making Of South East Asia. London:University Of California
Press

D.G.E Hall (2000) Sejarah Asia Tenggara. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Diperolehi daripada internet,


http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 25 Februari 2010

Diperolehi daripada internet,


http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 25 Februari
2010.

43
Diperolehi daripada internet,
http://cyberita.asia1.com.sg/komentar/story/0,3617,155505,00.html, pada 13 Februari 2010

Diperolehi daripada internet, http://en.wikipedia.org/wiki/Ming_Dynasty, pada 15 Februari


2010

Harvey H. Smith. E.et al (1966) North Vietnam A Country Study. London :The American
University

Jelani Halimi,(2008),Sejarah dan Tamandun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur:Utusan


Publisher & Distribut Chester A.Bain, (1967), Vietnam The Root of Conflict, Englewood
Cliffs New Jersey, Hlm or Sdn. Bhd

Joseph Buttinger. (1972) A Dragon Defiant A Short Story of Vietnam.Great Britain:W J


Holman limited

Keith Weller Taylor (1983) The Birth Of Vietnam. London. University Of California
Press.Ltd

Martin Stuart-Fox (2003) A Shrot History Of China And Southeast Asia (Tribute, Trade,
and Influence). Singapura. South Wind Production Private Limited

Nhung Tuyet Tran dan Anthony Reid, (2006), Viet Nam: Borderless History,
Wisconsin:The University of Wisconsin

Oscar Chapius (1995) A History Of Vietnam From Hong Bang To Tu Duc, Greenwood
Publishing Group. Inc, Amerika Syarikat

The Vietnam Council On Foreign Relations (1970) An Introduction To Vietnam.


Saigon:Embassy Of Vietnam

V. Largo,(2002), Vietnam. Current Issue and Historical Background, Nova Science


Publisher. Inc, New York

44
45

Anda mungkin juga menyukai