Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

(FSSK)

(AJ21003) EMPAYAR UTHMANNIYAH DAN ASIA BARAT MODEN


HINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SEMESTER 2, 2020/2021

SOALAN 3 : NILAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENCETUS PERANG SALIB DARI


PIHAK BARAT DARI ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.

PENSYARAH : EN. MOHD SHAUKHI MD RADZI

NAMA NO MATRIKS

ABDUL LATIF BIN ABD TAAT YA2017-1313


ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1-2

2.1 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DARI ASPEK LUARAN 3-11

EMPAYAR UTHMANIYYAH PADA ABAD KE 15 HINGGA 16

3.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di Barat Anatolia
kira-kira pada awal abad ke-14 Masihi. Kemunculannya berkait rapat dengan
keadaan dunia Islam yang kucar-kacir selepas serangan Monggol pada abad ke-13
Masihi. Keadaan politik yang kucar-kacir pada waktu itu memberi peluang kepada
Kerajaan Uthmaniyyah untuk meluaskan kekuasaan mereka di Balkan pada
pertengahan abad ke-14 Masihi dengan kejayaan besar di Kosnovo pada tahun 1839
Masihi dan Nicoplis pada tahun 1396 Masihi. Kerajaan ini mampu bertahan selama
kira-kira enam abad iaitu selepas berlakunya Perang Dunia Pertama.

Dalam bahasa Turki Osmanli, kerajaan Uthmaniyyah juga dikenali sebagai


Ottoman iaitu sebuah empayar Islam terbesar yang telah memerintah lebih dari 6000
tahun, bermula dari tahun 680 H/1281 M sehingga 1342 H/1924 M. 1 Perkataan
Uthmaniyyah ini diambil sempena nama datuk kepada pengasas kerajaan ini iaitu
Uthman bin Ertoghrul (Ertoghril) bin Sulaiman Shah dari suku Qayi (Qayigh) yang
merupakan salah satu cabang keturunan Oghus Turki. Mereka merupakan golongan
yang tinggal di sebuah perkampungan di Mahan iaitu terletak di Asia Kecil. 2 Pada
abad ke 7 M, Sulaiman Syah yang mempunyai pengikut seramai 1000 orang telah
meninggalkan Mahan dan menuju ke Anatolia yang terletak di Asia Minor. Semasa
perjalanan menuju ke Anatolia, Sulaiman Syah telah meninggal dunia dan tempatnya
telah diambil alih oleh anaknya iaiatu Ertoghrul. Beliau telah meneruskan usaha
ayahnya dan telah memikul tanggungjawab dalam memimpin puak dan meneruskan
perjalanan mereka.

Setelah sampai di Anatolia, Ertoghrul telah menghantar anaknya Uthman


berjumpa dengan Sutan Ala’al Din II iaitu Raja Saljuk. Tujuannya adalah
mendapatkan kebenaran untuk mereka tinggal di Anatolia. Pada waktu itu juga, telah
berlaku pertempuran antara tentera Monggol dan tentera Ala’al Din. Justeru itu,
Ertoghrul telah memimpin puaknya untuk membantu tentera Ala’al Din bagi
mengalahkan tentera Monggol. Maka sejak daripada itu, ikatan yang terjalin di antara

1
Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal 66.

2
Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. 1994. Sejarah Islam. Selangor. Fajar Bakti Sdn Bhd. hal 395.

1
Ertoghrul dan Ala’al Din semakin akrab dan kukuh. Ini boleh dibuktikan apabila
Ertoghrul menyertai setiap ekspedisi tentera Ala’al Din. 3

Apabila Ertoghrul dan pengikutnya berjaya mengalahkan tentera Byzantine di


Sogut dan Domanich, Raja Saljuk Rom telah menghadiahkan kedua-dua wilayah itu
kepada mereka. Sejak daripada itu, Ertoghrul telah menjadikan Sogud sebagai pusat
pemerintahan beliau.4 Pada tahun 1299 Masihi, Ertoghrul telah meninggal dunia.
Anaknya iaitu Uthman bin Ertoghrul telah mengantikan beliau. Majoriti ahli sejarah
mengatakan bahawa Uthman merupakan pengasas kepada Empayar Turki
Uthmaniyyah.5 Setelah mengambil alih pucuk kepimpinan daripada ayahnya, Uthman
telah mula meluaskan kuasanya dari sebelah utara hingga ke kawasan Yani Shehir.
Sejak daripada itu juga, pusat pemerintahan baru Uthman telah beralih ke
Melangenon. Uthman juga telah melancarkan beberapa ekspedisi peperangan
menentang musuh terutamanya dengan tentera Byzantine. Menjelang tahun 1301,
kawasan Bursa dan Izniq telah berjaya ditawan olehnya. Selepas memerintah
bermula dari 1299 sehingga 1326, akhirnya Uthman telah meninggal dunia dan
beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Orkhan.

Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah terdapat 37


pemimpin yang pernah mentadbir kerajaan ini. Antara pemimpin yang terkenal ialah
Uthman I dan Urkhan I, Muhammad II yang digelar Abu al-Fatih (1450-1481) dan
Sulaiman II yang digelar sebagai Abu al Qanuni (1520-1566).

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DARI ASPEK LUARAN EMPAYAR


UTHMANIYYAH PADA ABAD KE 15 HINGGA 16.
3
Wan Abdul Rahman Latif et.al. Op. cit. hal 67.

4
Waine S. Vucinich. 1965. The Ottoman Empire: Its Record and Legacy. Canada. D Van Nostrand Company LTD. hal
10.

5
Wan Abdul Rahman Latif et.al Op. cit.

2
2.1 SERANGAN DAN PERTEMPURAN DARI ASKAR EROPAH

Sebelum Perang Dunia I berlaku yang telah menghancurkan Kerajaan Turki


Uthmaniyyah, serangan raja-raja dari Eropah sememangnya telah wujud sejak abad
ke 16. Hal ini kerana, Sri Paus V dan Raja Philip dari Perancis telah mencapai kata
sepakat untuk melancarkan perang Ofensif dan Defensif terhadap orang-orang Turki.
Tujuan perang ini adalah untuk merebut kembali wilayah-wilayah yang telah dikuasai
Turki seperti Tunisia dan Al-Jazair. Sejak itulah pertahanan Turki menjadi lemah.
Pada 2 ogos 1914, Turki telah terlibat dalam Perang Dunia I. Landasan kereta api di
Baghdad yang dikuasai oleh Jeman dijadikan alasan kepada pertelingkahan kuasa-
kuasa barat.6 Pada awalnya, kerajaan Turki Uthmaniyyah menang dalam peperangan
tersebut. Namun, di Caucacus tentera Turki Uthmaniyyah telah mengalami kekalahan
teruk kepada Rusia. Kesempatan ini telah digunakan oleh Mustapa Kamal Atartuk
untuk menguasai Turki dan mengakibatkan empayar tersebut musnah dengan
kemasukan askar musuh ke Istanbul.7

2.2 PEPERANGAN DAN KEBANGKITAN NASIONALISME

Kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian daripada


proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia disebabkan oleh banyak
faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah menjadi
tidak aktif. Antara faktor tersebut ialah kekalahan mereka untuk menguasai Vienna
(1683) dan juga penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja
yang besar. Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di Eropah.
Antara peperangan yang mereka lalui ialah peperangan menentang Poland-Lithuania,
Rusia dan Autria-Hungary. Peperangan kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia
berlangsung selama 3 abad, dari kurun ke 17, 18 hingga kurun ke 19. Ia merupakan
konflik yang panjang dalam sejarah peperangan mereka. Ia pastinya menelan
belanja yang besar untuk menampung pasukan barisan hadapan. Kemenangan yang
didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan
pemerintahannya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.

6
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.). Op. cit. hal 200.

7
Bosworth C. E. Ilyas Hasan (terj.). Op. cit. hal 166.

3
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Passarowitz, di mana ia telah mewujudkan suasana yang
aman pada tahun 1718 – 1730 (selama 12 tahun). Melalui perjanjian ini, mereka
berupaya mendirikan benteng pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat
serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar
pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat dengan
mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai, meningkatkan
taraf infrastruktur awam dan bermacam-macam lagi.

Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem


pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti Universiti Teknikal
Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak dapat untuk menandingi
kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah
Uthmaniyyah telah tewas kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada
abad ke 18. Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman
dengan wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya. Mereka
menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua
negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis. 8

Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman dengan


wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya. Mereka
menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua
negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis. Mereka turut terpaksa
berhadapan dengan kebangkitan di negara- negara Balkan seperti Revolusi Serb
(1804-1815). Revolusi ini menjadi Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa
telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan
ketegangan. Satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari
pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi Arabia di mana
pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin ditawarkan dengan pemerintahan
sebagai ganti kepada pemberontakan untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi
Sharif Husin dengan Mc Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah

8
8 Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers 1535-1855, UK: Foreign Office, pp. 67
– 70; Viorel Panaite (2001), ‘On Ottoman-Polish Diplomatic Relations,’ Stvdia Asiatica: International Journal for Asian
Studies, issue II, no. 1-2, pp. 189- 197.

4
kelicikan pihak British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan
Arab ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu. 9

Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan cabaran


hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan penjajahan dari
kuasa luar, terutamanya dari kalangan Kristian. Serangan-serangan itu datang dalam
bentuk kuasa sesebuah negara di Eropah yang mula bangkit untuk menentang
penguasaan Uthmaniyyah. Semasa era ini jugalah pihak Uthmaniyyah banyak terlibat
dalam kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari
sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan juga Rusia.
Sebagai contoh, ketika berlaku Perang Crimea pada tahun 1853, Uthmaniyyah
membentuk pasukan bersama dengan Britain dan Perancis dalam menentang kuasa
Rusia Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai Crimean
Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. Mereka terus berada
dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam membangunkan Turki dan
membantu di dalam proses modenisasi pendidikan yang dilakukan pada akhir abad
ke 19.10

2.3 KEMERDEKAAN ATAS SEMANGAT NASIONALISME DAN


PENJAJAHAN ABAD KE 19

Kebangkitan semangat nasionalisme telah melanda banyak negara pada abad ke 19.
Hal ini tidak terkecuali memberi kesan kepada wilayah- wilayah yang berada di
bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Bilangan kumpulan revolusi pejuang politik
bertambah dengan banyak, di samping perjuangan berlandaskan etnik. Ramai di
kalangan rakyat Turki Uthmaniyyah melihat perkara ini dan ingin mendapat
kepastian sama ada ia berpunca daripada polisi negara mereka atau berpunca dari
gerakan luar. Sebahagian melihat bahawa gerakan kebangkitan etnik ini adalah
masalah dalaman tanpa ada kaitan dengan unsur luar dan tidak berkait dengan polisi
pemerintahan. Walaupun era ini ada menunjukkan kemajuan kepada pihak

9
Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers 1535-1855, UK: Foreign
Office, pp. 67 – 70; Viorel Panaite (2001), ‘On Ottoman-Polish Diplomatic Relations,’ Stvdia Asiatica:

International Journal for Asian Studies, issue II, no. 1-2, pp. 189- 197.

10
Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804, US: University of Washington Press,
pp. 231-245

5
Uthmaniyyah, tetapi masalah kebangkitan bangsa yang berlaku ini menyebabkan
mereka tidak dapat mentadbir secara efektif.

Pada tahun 1821, Republik Hellenistic (Greece) menjadi wilayah Balkan


pertama yang membubarkan diri dan mengisytiharkan kemerdekaan dari pihak
Uthmaniyyah. Gerakan tanzimat tidak pula memberi tumpuan kepada negara Balkan
lain seperti Serbia yang telah menjadi wilayah autonomi atau ada yang mengatakan
ia sebagai wilayah semi-merdeka di bawah Uthmaniyyah. Pada tahun 1875, Serbia
dan Montenegoro, dan Wallachia dan Moldavia (kedua-duanya dalam Romania) telah
mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi dari Empayar tersebut. Ketiga-tiga
wilayah ini telah merdeka secara rasmi setelah peperangan yang berlaku di antara
Kerajaan Uthmaniyyah dan kuasa Kristian Ortodox di sebelah Timur Eropah. Lebih
tepat ia dikenali sebagai Russo- Turkish War yang berlangsung pada tahun 1877-
1878, di mana pihak Rusia telah membebaskan negara Balkan tersebut dengan
kemerdekaan Bosnia dan negara Sanjak of Novi Pazar (Montenegro, Serbia and
Kosovo), sebahagiannya dijajah oleh Austria dan Hungary pada tahun 1878.
Walaupun tentera Uthmaniyyah berada di Bosnia, namun ia tidak menghalang dari
kemerdekaan negara tersebut pada tahun 1908, manakala Novi Pazar pada
peperangan pertama yang berlaku di Balkan iaitu pada tahun 1912. Uthmaniyyah
menyerahkan Cyprus kepada British pada tahun 1878.

British menjajah Mesir pada tahun 1882, tetapi Mesir dianggap masih lagi
berada di bawah Uthmaniyyah bersama dengan Sudan secara undang-undang (de
jure) tetapi tanpa kuasa sehingga 1914, iaitu ketika Uthmaniyyah menyertai pasukan
bersekutu terlibat di dalam Perang Dunia I. Wilayah Uthmaniyyah lain di Utara Afrika
dijajah oleh Perancis bermula dengan Algeria (1830), Tunisia (1881) dan penjajahan
Itali ke atas Libya pada 1912.11

11
Kemal H. Karpat (1972), ‘The Transformation of the Ottoman State, 1789-1908, International Journal of Middle
East Studies, 3, pp. 243-281.

6
Gambarajah 1: Sanjak of Novi Pazar. (Montenegro, Serbia and Kosovo)

Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png

7
2.4 REVOLUSI ARAB

Revolusi Arab telah dimulakan oleh Syarif Husain Bin Ali pada tahun 1916 sehingga
1918 bagi tujuan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Daulah Uthmaniyah
dan membentuk satu negeri Arab bersatu yang terbentang dari Aleppo di Syria
sehingga Aden di Yaman. Kemunculan tokoh baru di Hijaz, Sharif Husain pula telah
memberi harapan baru dalam cita-cita British untuk menundukkan tentera
Uthmaniyyah di Timur Tengah. Hubungan dengan Syarif Husain sebenarnya telah
dimulakan sebaik sahaja perang meletus, iaitu pada 31 Oktober 1914, apabila mesej
kedua Kilchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan bahawa sekiranya
bangsa Arab membantu British dalam perang ini, British akan memastikan Arabia
tidak akan terancam. Kitchener menambah, “It may be that the Arab of true will
assume the Khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God
out of the evil that is now occurring ”. Mesej Kitchener tentang Khalifah Islam sekali
lagi telah dirujuk oleh Mc Mahon. Syarif Husain yang telah membuka jalan kepada
sokongan Sharif menentang Empayar Uthmaniyyah pada bulan Jun 1916. 12 British
melihat semangat nasionalisme Arab ini sebagai jalan untuk menjatuhkan Daulah
Uthmaniyyah.

Pada 24 Oktober 1915, Mc Mahon telah menulis sepucuk surat untuk cuba
meyakinkan Sharif Husayn supaya menjadi sekutu British. British bersetuju untuk
“menyokong kemerdekaan orang Arab di semua kawasan yang ditetapkan oleh Sharif
Makkah”. British mengecualikan “sebahagian Syria yang terletak di sebelah barat
daerah Damsyik, Homs, Hama dan Aleppo”. Kini kawasan-kawasan ini merupakan
negara Lubnan.

Janji British itu hanya meliputi kawasan yang “British bebas bertindak tanpa
memberi ancaman kepada kawasan sekutunya, Perancis”. Daerah-daerah Mersina
dan Alexandretta di Cilicia dikecualikan kerana dalam kawasan-kawasan itu
terdapatnya orang-orang Kristian yang berada di bawah naungan Perancis. Surat
tersebut tidak menyatakan tuntutan Perancis ke atas tempat-tempat lain ataupun

12
Abdul Rauh Bin Yaakob, (1995). Hubungan Arabia dengan British pada Masa Perang Dunia Pertama, 1914-
1918. Diperolehi pada 25 April , 2021 daripada journalarticle.ukm.my/441/1/1.pdf, Hlm.7.

8
pengecualian Palestin dari kawasan-kawasan yang dijanjikan Syarif Husain. Lebih-
lebih lagi, surat tersebut juga tidak menyebut tentang tuntutan Perancis terhadap
kawasan Palestin atau sebarang istilah politik mahupun ekonomi yang digunakan
kemudiannya bagi merujuknya.

Duta British di Instabul diarahkan supaya menyampaikan mesej kepada


Sultan Uthmaniyyah supaya berkecuali, kalau tidak akan buruk padahnya nanti
kepada empayar Uthmaniyyah, seperti British akan menuntut dan mengisytiharkan
Mesir merdeka dan dipisahkan dari menjadi wilayah Empayar Uthmaniyyah,
menyokong gerakan orang-orang Arab menentang Uthmaniyyah, yakni Turki,
membentuk satu kerajaan yang merdeka di Arabia dan menguasai Tanah Suci
Islam.13 Beberapa pemimpin tempatan di barat daya Arabia mula menunjukkan
respon terhadap polisi British yang menyokong Arab ini. Pada 21 November 1914,
Sayyid Idrisi membalas surat Residen. Beliau menyatakan persetujuannya ke atas
cadangan Residen supaya orang-orang Arab bersatu menentang Uthmaniyyah dan
berterima kasih kepada British atas janjinya membekalkan senjata juga kerana
membuka pelabuhannya untuk perdagangan.14

British telah menjalankan berbagai-bagai propaganda dan memberi dorongan


padu bagi mencapai tujuan utama pihak Inggeris iaitu untuk menentang Daulah
Uthmaniyyah, tanpa disedari oleh Syarif Husain sendiri. Britain membahagikan
risalah-risalah dengan menggunakan kapal terbang bagi menggesa orang-orang Arab
di Iraq, Semenanjung Tanah Arab dan Syam agar bangkit melakukan pemberontakan
terhadap Daulah Uthmaniyyah, 15 menyebarkan fitnah berkenaan Daulah
Uthmaniyyah, khilafah dan lain-lain, menyebarkan akhbar dan majalah penggalakan
penumbuhan perkumpulan-perkumpulan rahsia, terutamanya oleh Cromer dan
Makmahun di Mesir. Seterusnya, memberikan janji-janji kepada Orang Arab akan
mengiktiraf kemerdekaan dan kesatuan mereka, serta British berjanji akan
melindungi tanah suci daripada sebarang pencerobohan luar.

13
Abdul Rauh Bin Yaakob, (1995). Hubungan Arabia dengan British pada Masa Perang Dunia Pertama, 1914-
1918. Diperolehi pada 25 April , 2021 daripada journalarticle.ukm.my/441/1/1.pdf, Hlm.3.

14
Ibid, Hlm.6.

15
Eeman Mohamed Abbas, (2002). Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan
Nasionalis & Golongan Minoriti) : Kajian Sejarah dan Pemikiran Dari Tahun (1876-1909M/1293-1327H).
Prospecta Printers Sdn. Bhd., Hlm.416.

9
Gerakan campurtangan British dengan menguasai pemikiran orang-orang
Arab dengan menjalankan pelbagai propaganda di Tanah Arab telah memberi kesan
yang mendalam kepada Daulah Uthmaniyyah. Sultan Uthmaniyyah telah cuba sedaya
upaya untuk mengekalkan penguasaan di Arab, namun perancangan Presiden British
yang lebih strategik telah memberi kesan yang mendalam kepada penguasaan
Daulah Uthmaniyyah. Semangat nasionalisme yang memuncak di wilayah-wilayah
Arab, Greek, Bulgaria dan wilayah-wilayah Balkan di dalangi oleh hasutan kuasa
Barat. Wilayah-wilayah tersebut menuntut kuasa autonomi dan kemerdekaan
daripada Daulah Uthmaniyyah. Satu persatu negeri-negeri ini terlepas ke tangan
kuasa asing, sementara CUP tidak mampu bertindak menyelamatkan keadaan. Lebih
malang lagi, pada 23 Julai 1908 16, kumpulan elit dalam CUP dilihat cuba menindas
kumpulan penentang yang terdiri daripada golongan liberal dan pro-Islam yang tidak
menyenangi dasar kuku besi bercampur keislaman regim CUP tersebut. 17

2.5 Peranan Golongan Yahudi dan Armenia.

Golongan ini lebih dikenali sebagai golongan minoriti. Walaupun golongan mereka ini
sedikit, tetapi mereka merupakan penyumbang kepada kajatuhan Kerajaan
Uthmaniyyah itu sendiri. Orang Yahudi mempunyai pengalaman 400 tahun dalam
cubaan untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyyah. Mereka ini sangat penting kepada
kerajaan kerana terdiri daripada golongan bangsawan yang melibatkan diri dalam
perniagaan, perubatan dan beberapa jawatan penting kerajaan. Orang Yahudi
terutamanya Yahudi Dunamah merupakan golongan yang paling aktif berusaha
untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyyah.

Pelbagai usaha yang telah mereka lakukan untuk menjatuhkan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah seperti seruan perkauman Arab, Turki dan puak Kurdish dengan
mengajak mereka menyertai Freemason. Rancangan menjatuhkan kerajaan Turki
Uthmaniyyah adalah untuk menguasai Palestin kerana pada masa itu Palestin
sebahagian dari kerajaan Uthmaniyyah. Rancangan mereka dihalang oleh kerajaan
Turki Uthmanyyiah kerana Palestin merupakan kota suci bagi umat Islam. Theodore
Hezrl telah berazam untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid demi menguasai

16
Feroz Ahmad, (1993). The making of Modern Turkey, Routledge Taylor & Francis Group, Hlm. 31.

17
Ibid, Hlm. 36

10
Palestin.18 Hal ini jelas menggambarkan bahawa kejatuhan Empayar Turki
Uthmaniyyah sebenarnya didalangi oleh Yahudi Dunamah.

Bangsa Armenia juga merupakan faktor kejatuhan Empayar Turki


Uthmaniyyah. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan,
wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Pada awalnya, mereka sangat
berpuas hati dengan pemerintahan Uthmaniyyah, namun akibat daripada pendidikan
sekular19 dan hasutan barat, mereka telah mula menentang Turki Uthmaniyyah.
Bangsa Armenia telah bertindak membantu Rusia pada tahun 1876 kerana
terpengaruh dengan idea nasionalisme yang dibawa oleh barat. Perjuangan mereka
telah didukung oleh pihak Inggeris dan Yahudi dengan memberikan bantuan
kewangan. Armenia juga mempunyai 9 akhbar yang menghubungkan mereka
dengan negara Barat semasa pemerintahan Sultan Al-Hamid. 20 Pihak barat
menggunakan Bangsa Armenia untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah
kerana mereka beragama Kristian sama seperti barat. Pelajar berbangsa Armenia
yang belajar di Barat telah membuat perjanjian dengan pemimpin Parti al-Ittihad wa
al-Taraqqi. Dalam perjanjian ini mereka bertekad untuk mengubah Perlembagaan
dan menukar Sultan.

3.0 KESIMPULAN

18
Fadhlullah Jamil. Op. cit. hal 163.

19
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.) 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah
dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden Jilid II. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal 302.

20
Eeman Mohamed Abbas. Op. cit. hal 622.

11
Kesimpulannya, Setiap perkara akan ada permulaan dan pengakhiran, di antaranya
adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam melihat kelahiran dan keruntuhan empayar
Uthmaniyyah, ianya merupakan sesuatu yang pasti, akan tetapi di antaranya adalah
sesuatu yang tidak pasti akan perjalanan sejarahnya.

Kerajaan Uthmaniyyah pernah berada di posisi hebat dengan menguasai


dunia Timur dan Barat, termasuk juga benua Afrika. Penguasaan mereka ke atas tiga
benua ini menjadikan mereka sebagai kuasa yang dihormati. Namun, seakan
membenarkan ’teori kitaran’ Ibn Khaldun, Kerajaan ini mengalami kitarannya yang
tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di samping kesukaran menjaga
wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan.
Zaman tersebuttelah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak
semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan Uthmaniyyah.
Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar Islam ke
atas dunia. Cuma pengharapan kita agar kejatuhan ini adalah sementara, bukan
’syahid’ yang tidak boleh bangkit lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan.
Ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi,
perdagangan, pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu
diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di dalam buku

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah ini memberi tamparan hebat kepada umat


Islam khususnya, kerana kejatuhannya menyebabkan umat Islam hilang kuasa besar
yang digeruni masyarakat dunia suatu ketika dahulu. Kejatuhannya juga turut
membawa kepada tertubuhnya satu Republik Turki yang telah diperkenalkan oleh
Mustafa Kamal Atartuk, yang akhirnya membawa kepada terkuburnya era Empayar
Uthmaniyyah. Oleh yang demikian, kejatuhan empayar ini harus dijadikan
pengajaran untuk masyarakat yang ada dalam mentadbir kerajaan mereka. Setiap
masalah yang dihadapi harus diatasi dengan sebaik mungkin melalui langkah-langkah
mahupun cara yang sesuai agar tidak memberi impak negatif kepada semua.

RUJUKAN

12
Abdul Rauh Bin Yaakob, (1995). Hubungan Arabia dengan British pada Masa Perang

Dunia Pertama, 1914-1918. Diperolehi pada April 25, 2015 daripada


journalarticle.ukm.my

Eeman Mohamed Abbas, (2002). Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah

Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti) : Kajian Sejarah


dan Pemikiran Dari Tahun (1876-1909M/1293-1327H). Prospecta Printers
Sdn. Bhd

Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Shah Alam: Thinkers Librarys.

Feroz Ahmad, (1993). The making of Modern Turkey, Routledge Taylor & Francis

Group

Foreign Office London (1855), Treaties Between Turkey and Foreign Powers 1535-

1855, UK: Foreign Office, pp. 67 – 70; Viorel Panaite (2001), ‘On Ottoman-
Polish Diplomatic Relations,’ Stvdia Asiatica: International Journal for Asian
Studies, issue II, no. 1-2, pp. 189- 197.

Frye R.N & Sayili A.M. 2007. Turks In The Middle East Before the Saljuqs (The
Formation Of The Classical Islamic World; The Turks in The Early Islamic
World) (disunting oleh; Bosworth C.E). Great Britain; Ashgate Publishing
Limited. Hlmn 178.

http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sanjak_of_Novibazar.png capaian pada 25

April 2021.

Kemal H. Karpat (1972), ‘The Transformation of the Ottoman State, 1789-1908,

International Journal of Middle East Studies

Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. 1994. Sejarah Islam. Selangor. Fajar

Bakti Sdn Bhd

13
Marshall G.S. Hogson. Mohd Razali Masrun (terj.). 1990-an. Kebangkitan Islam:
Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan
dan Zaman Moden jil III.

Peter F. Sugar (1993), Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804, US:

University of Washington Press,

Wan Abdul Rahman Latif et.al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Waine S. Vucinich. 1965. The Ottoman Empire: Its Record and Legacy. Canada. D

Van Nostrand Company LTD

14

Anda mungkin juga menyukai