Anda di halaman 1dari 23

930/1 BK 1 SYARIAH P1

Jual Beli
1. Terangkan konsep jual beli dari segi pengertian, dalil dan hikmahnya.
Pengertian:
Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan
oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul.
Dalil:
          
              
Hikmat jual beli:
i. Allah s.w.t telah menjadikan fitrah manusia perlukan kepada orang lain bertukar barang
dan keperluan.
i. Dapat menghindarkan diri daripada perbuatan keji seperti merampas.
ii. Untuk kemudahan manusia supaya dapat memiliki keperluan dengan cara yang halal.

(2) Huraikan khiyar dari segi pengertian, dalil, hikmah dan jenis-jenisya.
Erti khiyar :
Hak memilih dan/atau tawar-menawar di dalam jual beli.
Hikmahnya:
i. Agar kedua-dua belah pihak berpuas hati dan tidak menyesal.
ii. Untuk memuaskan hati semua pihak.
iii. Penjual dan pembeli dapat berfikir dengan lebih mendalam.
Dalil:
‫اذا تبايع الرجالن فكل واحد منهما بالحيار مالم يتفرقا‬
(3) Terangkan lima faktor yang menyebabkan tamatnya tempoh khiyar dalam sistem
muamalat Islam.
1. Melalui ucapan: "Tidak ada khiyar / tidak boleh tukar…"
2. Redha tanpa pertukaran.
3. Kematian mengikut Hanafiyyah.
4. Kerosakan barangan di tangan pembeli.
5. Keputusan hakim.
6. Perpisahan bagi khiyar majlis.
(4) Jelaskan secara terperinci maksud jual beli mua’tah dan hukumnya menurut pendapat
ulama.
Pengertian jual beli mua’tah :
Jual beli mua’tah ialah jual beli secara unjuk berunjuk tanpa ijab dan qabul./ Jual beli yang
berlaku tanpa akad sebaik sahaja ada persetujuan antara mereka.
Perselisihan pendapat
1. Jumhur ulama’ (Hanbali, Malik dan Hanafi) :
Sah bila menjadi adat dan menunjukkan redha – meredhai antara kedua belah pihak
antara kedua belah pihak kerana Ia menjadi adat masyarakat muslim
2. As – Shafiyyah :
Tidak sah kerana disyaratkan berlaku akad jual beli sama ada barang itu mahal
atau murah kerana keredhaan tidak boleh diukur.
3. Imam Nawawi, Bagahawi dan sebahagian as-Syafi’iah :
Sah pada setiap perkara yang dikira oleh orang ramai sebagai jualan./ berpendapat
harus sekirannya barang jualan itu murah dan kurang bernilai
2. RIBA
1. Jelaskan kosep riba’ dari segi pengertian, dalil dan hikmat pengharamannya
Pengertian riba:
930/1 BK 1 SYARIAH P1
Riba ialah akad bagi sesuatu pertukaran barang tertentu yang tidak diketahui persamaannya
menurut kiraan syarak pada ketika akad atau menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah
satu dari keduanya
Dalil :
     
Hikmat diharamkan riba :
i. Menyebabkan permusuhan antara individu
ii. Menindas orang yang lemah dan yang sememangnya sudah terdesak.
iii. Merosakkan perhubungan antara manusia.

2. Jelaskan persoalan semasa di bawah untuk menentukan jenis riba’


i. Pinjaman yang dikenakan faedah
Pinjaman ini adalah menindas kepada peminjam yang terdesak dan ia dalah
perbuatan zalim yang didalamnya terdapatnya riba’. Keputusan jawatankuasa fatwa
kebangsaan memutuskan pinjaman yang dikenakan faedah untuk membeli harta
benda seperti rumah, kenderaan atau seumpamanya adalah haram kecuali diubah
kepada sistem al-Qardhul Hasan atau bayaran perkhidmatan.

ii. Simpanan wang yang dibayar faedah


Faedahnya adalah haram walaupun sedikit kerana bank berurusan dengan
pelangang lain secara riba’ kerana ia telah dijanjikan semasa akad. Manakala sistem
wadiah yang dijalankan oleh Bank Islam adalah halal kerana penyimpan tidak
ditetapkan semasa akad.

3. IJARAH
3.1 Konsep ijarah
3.2 Jenis ijarah
3.3 Pembatalan Ijarah
3.4 Persoalan semasa tentang ijarah

1. Huraikan konsep ijarah dari segi pengertian, dalil, hikmat, rukun dan syaratnya.
Pengertian:
Bahasa ialah: upah kepada barang atau sewa barang .
Istilah ialah: sesuatu akad untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang dan
dimaklumi dan diharuskan oleh syarak dengan bayaran mengikut cara yang tertentu.
Hukum :
Sepakat para fuqaha’ mengatakan harus selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam
Dalil :
       
” Maka berikanlah kepada mereka upahnya;”
(6 ‫)الطالق أية‬
Rukun ijarah
i. Pemberi sewa dan penyewa
ii. Bayaran sewa
iii. Manfaat atau faedah barang yang disewa.(manfaat).
iv. Sighah (ijab dan qabul)
Syarat ijarah
i. Pemberi sewa dan penyewa
- Keduanya hendaklah berakal
930/1 BK 1 SYARIAH P1
- Kedua-duanya sempurna umur (baligh)
- Dengan kemahuan sendiri
- Tidak disyaratkan kedua-duanya beragama Islam
ii. Bayaran sewa
- Bayaran hendaklah dengan wang
- Hendaklah bersih dari segi syarak
- Hendaklah boleh dimanfaatkan
- Boleh diserahkan pada bila-bila masa.
iii. Manfaat atau faedah barang yang disewa.(manfaat)
- Hendaklah bernilai pada syarak
- Hendaklah mengetahui sifat dan kadar harganya
- Manfaat itu hendaklah diserahkan kepada yang menyewa.
iv. Sighah (ijab dan qabul)
- Ijab dan qabul tidak diselangi dengan perkataan lain.
- Hendaklah difahami antara kedua-duanya.
- Tidak ada taklik
Hikmah:
1. Pemilik barang akan mendapat hasil dari bayaran sewa itu.
2. Dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
3. Tidak semua oarang memiliki barang yang diperlukan maka dengan ijarah mereka boleh
mendapatkan barang yang diperlukan itu .
5. Dengan adanya ijarah semua kerja dapat dilaksanakan dengan mudah.

2. Jelaskan jenis-jenis ijarah.


Dua jenis Ijarah iaitu:
i. Sewa
ii. Upah
i. Sewa manfaat (Ijarah al- Manafi’)
Seperti sewa bilik, sewa rumah, sewa kedai, sewa binatang tunggangan, sewa pakaian, sewa
perhiasan, sewa pinggan mangkuk dan sebagainya.
Akad ijarah adalah harus pada perkara-perkara yang harus dan haram kepada perkara-perkara
yang haram.
Pendapat Hanafiah dan Malikiah
Sabit satu demi satu ikut perkara yang berlaku dan didapati manfaat itu.
Pendapat Syafie’ah dan Hanabilah
Sabit hukum ijarah itu selalu dan jadilah masa ijarah itu didapati secara takdir (sewa perlu
bayar semasa akad dilakukan)
ii. Upah bekerja (Ijarah al-a’mal)
Akad sewa untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang diketahui seperti buruh binaan, tukang
jahit, buruh angkat barang, tukang cap kain, tukang kasut dan sebagainya.
Pengambil upah ada 2:
1. Khas: Orang yang mengambil upah untuk orang tertentu pada
masa yang termaklum.
2. Musytarak: Orang yang bekerja untuk kepentingan orang ramai.
3. Jelaskan perkara-perkara yang membatalkan ijarah
1. Mati salah seorang dari penyewa atau pemberi sewa.
2. Sebab pembatalan salah seorang daripada penyewa
3. Berlaku kerosakan pada barangan atau benda yang disewa.
930/1 BK 1 SYARIAH P1
4. Tamat tempoh yang ditetapkan kecuali uzur.
5. Tidak menepati syarat-syarat kontrak
4. Jelaskan persoalan semasa perkara di bawah berkaitan ijarah
i. Upah mengerjakan ibadat
Tidak sah upah untuk melakukan ibadat yang wajib berniat selain dari mengerjakan haji dan
umrah kerana manfaat hanya untuk pengupah sahaja. Ada pun upah untuk mengerjakan ibadat
yang tidak perlukan niat adalah sah ijarahnya seperti mengajar al-Quran dan sebagainya.
Upah membaca Al-Quran di atas kubur dan di majlis kematian
- Pendapat Syafie dan Qaul Azhar dari Ashabul Imam Malik:
Sesungguhnya upah membaca Al- Quran di atas kubur dan di majlis kematian adalah sah kerana
pahala itu akan sampai pada si mati.

- Pendapat Hanafi:
Tidak harus mengambil upah membaca al-quran di atas kubur dan di majlis kematian dan tidak
sah kerana setiap kerabat berlaku dari orang yang beramal dan diberi pahala kepada yang
beramal sahaja tidak diberi kepada orang lain.

Rasulullah telah menyuruh kita dengan membanyakkan bacaan al-quran serta baginda
melarang kita mencari makan iaitu upah dengan membaca al-quran. Tiada lagi pahala membaca
al-quran dengan mengambil upahnya (tiada sesuatu untuk dihadiahkan kepada si mati). Jika
pembacaan sebagai tatawu’ adalah digalakkan.

ii. Sewa atas sewa


Hanafiah: Tidak mensyaratkan membuat penentuan manfaat ijarah, maka penyewa
harus menduduki atau menyewa kepada orang lain atau memberi pinjam kepada orang
lain atau menjadikannya tempat menyimpan barang dan ianya tidak bertentangan
dengan maqasid al-syariah

iii. Sewa menerusi agen


Sewaan seperti ini adalah diharuskan kerana ia tidak berbentuk penindasan sebaliknya
ia saling reda meredai dan tidak ada unsur penipuan.
Contohnya
kenderaan atau menyewa rumah atau seumpamanya.

iv. Sewa beli


Pihak bank membeli barang-barang tertentu untuk mencari
keuntungan dan menjadikan modal perdagangan dan pelaburan
Contohnya;
Bank bertindak membeli rumah dan menyewakan kepada pelanggan yang ingin
rumah tersebut dengan kadar sewa yang diperseujui. Sewa itu dianggapkan deposit
di mana apabila sampai tempoh tertentu rumah tersebut menjadi milik penyewa.
930/1 BK 1 SYARIAH P1

4. AL-RAHNU
4.1 Konsep al-Rahnu
4.2 Hukum berkaitan barang al-Rahnu
4.3 Pembatalan al-rahnu
4.4 Persoalan semasa berkaitan al-rahnu
1. Huraikan konsep muamalah al-rahn dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat
dan hikmatnya.
Pengertian al-rahn
Menjadikan sesuatu barang sebagai suatu cagaran bagi suatu hutang dan menjadi bayaran
sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.
Dalil
firman Allah SWT:
         
dan jika kamu berada Dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang Yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati
jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang

Hukum al-rahn
Hukum gadaian adalah harus pada asalnya baik ketika perjalanan (musafir) atau bukan
perjalanan (mukim atau mastautin)
Rukun
1) Penggadai dan pemegang gadaian:
2) Barang yang digadai:
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai:
4) Sighah
5) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai
Syarat
Fuqaha menetapkan beberapa syarat dalam soal ini antaranya ialah:
1) Penggadai dan pemegang gadaian:
 Kedua duanya mestilah akil baligh dan tidak sah bagi kanak kanak dan orang gila
 Bukan dipaksa, serta dengan kerelaan sendiri dan bukan kerana terpaksa.
 Tahu menguruskan harta atau l mempunyai kelayakkan dalam menguruskan
harta.
2) Barang yang digadai:
 Barang mempunyai manfaat
3) Bayaran atau barang –barang yang diberi kepada penggadai:
 Kedua duanya tahu tentang keadaan barang tersebut
 Bayaran yang diberi kepada penggadai itu dikira hutang
 Tidak sah dari barang yang dirampas atau dipinjam
4) Sighah:
 Tidak boleh diselangi di antara ijab dan qabul dengan perkataan lain
 Tidak diselangi diam yang lama
 Tidak sah bertaklik atau ada jangka waktu
5) Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai
 Mestilah boleh dinilai atau boleh digunakan seperti wang, emas dan perak.
 Jumlah hutang mesti diketahui kedua belah pihak.
 Hutang mesti tetap – tidak kurang atau bertambah apabila membuat
pembayaran.
Hikmat Gadaian:
 Membolehkan orang yang memerlukan mendapatkannya dengan memberi hutang
 Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat membayar
hutang
930/1 BK 1 SYARIAH P1
 Menyakinkan orang yang memberi hutang
 Mengelakkkan perbalahan antara pemegang gadaian dan penggadai
 Mendorong orang yang berhutang berusaha untuk mendapatkan wang bagi membayar
hutang bagi mengambil semula barang gadaian.

2. Jelaskan kedudukan dan hukum menggunakan barang gadaian.


i. Pemilikan barang al-rahn
Jika penggadai muflis atau meninggal dunia maka pemegang gadaian lebih berhak
keatas brang gadaian daripada pemiutang yang lain
ii. Penggunaan barang al-rahn
Pemegang gadaian tidak boleh menggunakan atau mengambil faedah dari barang
gadaian. Dia dianggap sebagai pemegang amanah.
Pemegang gadaian hanya boleh menggunakan atau mengambil faedah dari barang
gadaian jika dia menanggung kos perbelanjaan dan penjagaan. Mengambil dalam
kadar perbelanjaan sahaja tidak melebihi dari itu.
iii. Kehilangan barang al-rahn
Barang yang digadai merupakan amanah. Oleh itu pemegang gadaian hendaklah
menjaganya. Jika sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar diganti Jika tidak
sengaja maka tidak wajar diganti.
iv. Kerosakan barang al-rahn
Jika barang itu rosak dengan sebab kelalaian pemegang gadaian maka ia wajar
diganti .Jika tidak sengaja maka tidak wajar diganti.
v. Penyelesaian hutang barang al-rahn
Jika sampai tempoh pembayaran hutang, penggadai tidak mampu untuk membayar
hutangnya maka pemegang gadaian berhak menjual barang gadaian itu .Dan
mengambil hutangnya dan jika ada lebihan hendaklah dipulangkan.

3. Bilakah kontrak gadaian akan berakhir (terbatal)


 Menyerahkan balik barang gadaian kepada penggadai
 Apabila penggadai menyelesaikan hutangnya
 Barang gadaian terpaksa dijual dengan perintah kadi
 Pemegang gadaian terpaksa memfasakhkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan
penggadai
 Untuk membayar hutang
 Barang gadaian disewa ,dihibahkan ataupun disedekahkan sama ada perkara itu
dilakukan oleh pemegang gadaian atau penggadai,
 Barang gadaian rosak teruk

4. Analisakan beberapa persoalan semasa berkaitan al-Rahnu.


i. Perincian Gadaian Secara Konvensional
- Kadar faedah yang tinggi
- Sekiranya penggadai gagal menebus pada waktunya, barang gadaian boleh
dilupuskan.
- Faedahnya sebagai sumber hasil mereka sedangkan faedah itu adalah riba’

- Nilai barang yang digadai akan berkurangan atau merosot kerana tidak adanya
ketelusan menjaga barang tersebut.
930/1 BK 1 SYARIAH P1

- Barangan gadaian tidak dijamin selamat


- Dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi.

ii. Perlelongan barang gadaian


a. Lelongan barang Gadaian secara Islam
- Tidak mengandungi unsur riba.
- Pihak penggadai diberi notis selepas tempoh bayar balik habis
- Tidak mengandungi unsur penipuan dan penindasan.
- Barang gadaian tetap menjadi milik penggadai.
b. Lelongan barang Gadaian secara konvensional
- Riba dikenakan kepada penggadai.
- Mengandungi unsur penipuan dan penindasan.
- Tiada notis untuk dilelong selepas habis tempoh bayar balik
- Barang gadaian luput jika tidak ditebus pada masanya.
c. Pihak yang terlibat dengan gadaian secara Islam:
- Bank seperti Bank Islam dan Bank Rakyat.
- Premis perniagaan seperti al-Rahnu.

5. SYARIKAT
1.1 Konsep syarikat
1.2 Jenis syarikat dan hukumnya
1.3 Pembatalan syarikat
1.4 Persoalan semasa tentang syarikat
5.1 Konsep Syarikat
Jelaskan syarikat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmahnya.
Pengertian
Ialah Menetapkan hak pada sesuatu untuk dua atau lebih orang dengan cara berkongsi
Hukum asal : Harus
Dalil yang mengharuskan syarikat:
          
           
    
930/1 BK 1 SYARIAH P1
Dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang Yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan
hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal
soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah
mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta
ia rujuk kembali (bertaubat).

Rukun
i. Pemodal
ii. Pengusaha
iii. Modal
iv. Kerja
v. Keuntungan
vi. Sighah
Syarat-syarat
i. Pemodal : hendaklah orang yang mempunyai fikiran yang waras.
ii. Pengusaha : hendaklah orang yang ahli dalam pengurusan.
iii. Modal : hendaklah harta yang mempunyai nilai.
iv. Kerja : hendaklah dalam bidang yang dibenarkan oleh syarak.
v. Keuntungan : hendaklah hak bersama dengan kadar yang tertentu.
vi. Sighah : hendaklah difahami maksudnya antara pengusaha dan pemodal.

Hikmat bersyarikat:
1. Dengan bersyarikat, kita dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak
terdaya jika dilakukan berseorangan.
2. Membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama diantara anggota masyarakat.
3. Mengeratkan hubungan silaturhim antara satu sama lain.
4. Meninggikan lagi taraf ekonomi sesebuah masyarakat
5. Membimbing masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dalam kehidupan.
5.2 Jenis-jenis syarikat dan hukumnya
Huraikan jenis-jenis syarikat.
Terbahagi kepada 5 jenis iaitu:
i. Syarikat inan
ii. Syarikat Wujuh
iii. Syarikat Abdan
iv. Syarikat Mufawadah
v. Syarikat Mudarabah
i. Syarikat ‘Inan
Menurut istilah fuqaha' ialah dua atau lebih orang mengeluarkan modal dan keuntungan
dibahagi bersama. Jumhur ulama mengharuskan dan segala akadnya sah selagi menepati syarat
iaitu modal mesti dicampur serta keuntungan diberi mengikut kadar modal masing-masing.
ii. Syarikat Wujuh
Iaitu dua atau lebih orang yang sepakat dan berkongsi yang salah seorangnya adalah golongan
terkemuka dan barang yang diperniagakan belum dibayar (dibeli secara hutang) dan
keuntungan dibahagi bersama, pendapat Imam Malik dan Syafi’i tidak sah . Imam Hanafi dan
Ahmad mengatakan sah.
iii. Syarikat Abdan
Iaitu dua orang atau lebih berkongsi kemahiran dan pengurusan (tenaga dan usaha) ,
keuntungan dibahagi sama rata. Contohnya dua orang tukang jahit atau tukang kasut membuka
perusahaan dan untungnya dibahagikan antara mereka. Pendapat ulama' Imam Shafie
930/1 BK 1 SYARIAH P1
berpendapat batal. Imam Hanafi dan Imam Malik adalah sah. Imam Ahmad sah sekiranya
mengikut syarat ketika akad. Jumhur ulama' mengharuskan kerana alas an untuk kebaikan dan
kemaslahatan manusia.
iv. Syarikat Mufawadah
Iaitu dua atau lebih orang yang berpakat (berkongsi) harta atau tenaga pada sesuatu kerja
dengan syarat modal, pengurusan yang sama dan agamanya sama dan masing- masing
bertanggungjawab, modal dan untung diagih sama banyak. Pendapat ulama Syafi’I, Hambali
dan Zahiri mengatakan tidak sah . Imam Malik dan Imam Hanafi berpendapat sah selagi
menepati syara’.
v. Syarikat Mudarabah
Iaitu satu perjanjian yang dibuat antara 2 pihak yang menggunakan kepintaran dalam
perniagaan. Nisbah perkongsian untung dipersetujui sebelum perniagaan dimulakan, ia
merujuk kepada perjanjian perkongsian keuntungan antara Bank dan pendeposit untuk bank
melabur dana pendeposit bagi menjana keuntungan.
5.3 Pembatalan Syarikat
Huraikan perkara-perkara yang membatalkan syarikat.
i. Perkara-perkara yang membatalkan semua syarikat:
a. Berlakunya fasakh salah seorang ahli syarikat dengan cara menarik balik modalnya.
b. Salah seorang ahli syarikat mati.
c. Salah seorang ahli murtad dan pergi ke negara harbi.
d. Dengan sebab ahli syarikat gila.
ii. Perkara-perkara yang membatalkan khusus bagi sesetengah syarikat:
a. Dengan sebab kebinasaan semua sekali modal syarikat atau modal salah seorang
ahli syarikat sebelum melakukan pembelian.
b. Dengan sebab tidak yakin sama banyak modal dikalangan ahli syarikat bagi syarikat
mufawadah.
5.4 Persoalan semasa tentang syarikat
a. Jelaskan takaful dari segi pengertian dan prinsip utama sistem takaful Islam
di Malaysia.

Takrif takaful :
Akad perjanjian jaminan di antara dua pihak terhadap diri mengikut syarat tertentu

Prinsip utama sistem takaful Islam di Malaysia

1. Saling bertanggungjawab (shared responsibility)


Dalilnya:

‫ ال يؤمن أحدكم حىت حيب ألخيه ماحيب لنفسسه‬atau ‫من ال يرحم ال يرحم‬
2. Saling bekerjasama atau bantu membantu (cooperation)
3. Bertujuan kebaikan dan menyuburkan taqwa
Dalilnya:

‫وتعاونوا ى على الربوالتقوى‬ atau ‫واهلل ىف عون العبد ما كان العبد ىف عون أخيه‬
4. Saling lindung melindungi (mutual responsibility) dari sebarang kesusahan, bencana
Dalilnya:
‫ الذى أطعمهم من جوع و آمنهم من خوف‬atau ‫إن املؤمن من أمنه الناس على أمو اهلم و أنفسهم‬
930/1 BK 1 SYARIAH P1
(b) Huraikan bentuk urus niaga syarikat takaful Islam masa kini.

1. Mudharabah: Satu perjanjian yang dimeterai antara pemodal dan pengusaha di mana
pemodal sanggup meembiayai projek yang akan/sedang diuruskan oleh pengusaha secara
untung rugi menngikut nisbah yang dipersetujui.
2. Musyarakah:Perkongsian modal untuk sesuatu urusan perniagaan bagi mendapat
keuntungan
3. Wadiah (deposit): Satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta benda di
dalam jagaan/bukan pemiliknya.
4. Jauhi riba
5. Murabahah
i. Urusniaga di atas boleh digunakan di dalam perjalanan syarika takaful di
Malaysia, Paling sesuai sekali ialah mudharabah
ii. Tiga unsur penting bagi sesuatu muamalah itu diterima syarak iaitu wujud
perjanjian, berkongsi untung dan ada jaminan pertolongan dari pengusaha dan
peserta insurans melalui aqad al-hasan
c. Jelaskan tujuan asas syarikat insuran konvensional yang diamalkan di Malaysia .
Pengertian
Menetapkan hak kepada pengusaha. Hak tersebut sebagai cagaran bagi tuntutan ganti rugi
kerana kemalangan atau kecelakaan.
Tujuan
1. Bayaran oleh pemodal kepada pengusaha bukan terbaru .
2. Urusniaga dan pusingan modal serta tambahan lain.
3. Pemodal mengambil jumlah modal serta tambahan lain.
4. Ahli yang menarik balik disyaratkan menanggung kerugian besar.
(d) Berdasarkan pandangan fuqaha, huraikan hukum mengenai insuran
konvensional yang ditentukan oleh syara’.
i) Pendapat ulama’ yang mengharamkan insuran kerana:
1. Muamalah yang berunsurkan riba’.
2. Muamalah yang berunsurkan perjudian.
3. Muamalah yang berunsurkan ekploitasi.
4. Muamalah yang berunsurkan syubhah.
5. Muamalah yang berunsurkan kekecohan.
ii) Pendapat yang mengharuskan insuran kerana:
1. Keperluan manusia .
2. Kepentingan ekonomi umat islam.
3. Ianya bercorak takaful atau jaminan.
4. Ianya merupakan hebah.
iii) Pendapat ulama’ yang mengharuskan insuran dari segi konsep:
1. Ianya sesuai dengan syara’.
2. unsur tolong-menolong.
(a) Terangkan syarat-syarat rukun mudarabah.
Pengertian mudarabah:
Menetapkan hak kepada pengusaha suatu barang, keuntungan dibahagi antara pengusaha dan
pemodal mengikut persetujuan.
Hukum : Harus pada asalnya.
Dalil:
           
   
930/1 BK 1 SYARIAH P1
kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam
Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Rukun:
i. Pemodal
ii. Pengusaha.
iii. Modal
iv. Kerja
v. Keuntungan
vi. Sighah

Syarat-syarat bagi rukun:


i. Pemodal: hendaklah orang yang mempunyai fikiran yang waras.
ii. Pengusaha: hendaklah orang yang ahli dalam pengurusan.
iii. Modal : hendaklah harta yang mempunyai nilai.
iv. Kerja: hendaklah dalam bidang yang dibenarkan oleh syarak.
v. Keuntungan: hendaklah hak bersama dengan kadar yang tertentu.
vi. Sighah: hendaklah difahami maksudnya antara pengusaha dan pemodal.
(b) Jelaskan amalan mudarabah dalam sistem perbankan Malaysia.
i. Ijab dan qabul dibuat antara bank dan pelabur.
ii. Ditentukan masa dalam akad antara bank dan pelabur.
iii. Modal terdiri daripada wang tunai dengan jumlah tertentu.
iv. Keuntungan dibahagi dua antara bank dan pelabur.
v. Kerugian ditanggung bersama.
(c) Huraikan keadaan-keadaan yang membatalkan kontrak mudharabah?
1. Salah seorang atau pengusaha membatalkan kontrak mudharabah
2. Pemodal melarang pengusaha dari menguruskan modalnya.
3. Mati salah seorang, pemodal atau pengusaha kerana kontrak mudharabah merangkumi
prinsip wakalah.Ianya terbatal apabila mati wakil atau pewakil.
4. Salah seorang dari mereka hilang kelayakan mengurus harta seperti gila dan sebagainya.
5. Berlaku kerosakan pada modal semasa dalam simpanan pengusaha sebelum melabur.
6. Pemodal atau pengusaha murtad.
7. Pengusaha menggunakan modal untuk kepentingan diri sendiri.
(d) Jelaskan etika yang perlu ada pada seseorang pengusaha di dalam kontrak
mudharabah?
1. Berhati-hati dalam pengurusannya,tidak dia berurus niaga kecuali dengan harga semasa.
2. Tiada penipuan semasa penjualan atau pembelian kecuali dipersetujui oleh pemodal
kerana bimbang berlaku kerugian ke atas pemodal.
3. Tidak boleh berurus niaga secara berhutang kecuali dengan izin pemodal.
4. Tidak melibatkan dengan riba kerana takut merugikan pemodal.
5. Pengusaha tidak mensyaratkan melibatkan pemodal dalam berurusniaga dengannya takut
tidak dapat menentukan keuntungan.
6. Pengusaha tidak boleh melibatkan pengusaha yang lain agar ia terlibat sama dalam usaha
perniagaan dan pembahagian keuntungan.
7. Pengusaha tidak dibenarkan musafir dalam dalam keadaan membawa modal kecuali
dengan izin pemodal.
8. Pengusaha boleh melakukan apa-apa kegiatan yang ada hubung kait dengan usaha
mudharabah pada kebiasaan.
9. Pengusaha tidak boleh mengambil harta yang terlibat dengan kontrak mudarabah untuk
kepentingan peribadi
930/1 BK 1 SYARIAH P1
10. Pengusaha tidak boleh mengambil sesuka hatinya kecuali pada masa pembahagian
keuntungan kerana kemungkinan ia mengambil lebih banyak dari sepatutnya.
11. Pembahagian keuntungan berdasarkan persetujuan sahaja seperti 50:10,30:70
WAKALAH
6.1 Konsep wakalah
6.2 Pembatalan wakalah
6.3 Persoalan semasa tentang wakalah
6.1 Konsep Wakalah
Huraikan konsep wakalah dari segi pengertian, dalil hukum, rukun, syarat dan
hikmatnya
Pengertian
Dari segi bahasa:
Pemelihara/pelindung
Istilah:
Menyerahkan sesuatu urusan kepada orang lain untuk menggantikan dirinya yang masih hidup
dalam sesuatu urusan yang maklum mengikut syara’ dengan lafaz tertentu di mana orang yang
diwakilkan lebih layak menguruskannya.
Dalil :
    
Maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang Yang mahu berserah".

Hukum:
Asalnya harus: Hukum boleh berubah menjadi
1. Sunat :Jika seseorang menjadi wakil untuk perkara sunat.
2. Makruh :Jika melakukannya atas dasar yang makruh.
3. Haram :jika ia menjadi wakalah untuk urusan haram.
4. Wajib :Jika menolong orang yang sangat berhajat kepada sesuatu barangan
dan orang tersebut tidak mampu melakukannya
Rukun-rukun wakalah:
1.Orang yang memberi wakil.
2.Orang yang menerima wakil.
3.Perkara yang diwakilkan.
4.Sighah (ijab dan qabul)
Syarat-syarat wakalah:
1. Orang yang memberi wakil.
- Bebas bertindak dan pilihan sendiri.
- waras
- cukup umur
- ahli tasaruf
2. Orang yang menerima wakil:
- seorang yang mukallaf
- waras
- cukup umur
3 . Perkara yang diwakilkan;
- Hal dan perkara yang memang boleh diwakilkan. Diwakilkan sifatnya itu
dapat menerima pengganti.
Contoh
- tidak sah wakil kepada orang ibadat khusus. Seperti sembahyang untuknya
- Benda/perkara adalah milik sah pemberi wakil ketika dia berwakil.
- Diketahui dengan jelas barang yang diwakilkan.
4.Sighah (ijab dan qabul) :
930/1 BK 1 SYARIAH P1
Ijab dilakukan oleh pemberi wakil dan qabul ialah kesediaan orang yang
menerima wakil.
Hikmat wakalah
1. mendapat kerehatan diri
2. Kesuburan harta benda.
3. Kesempurnaan pengurusan
4. Wujud sifat bertanggungjawab

6.2 Pembatalan Wakalah


Bincangkan keadaan-keadaan yang membatalkan wakalah:
1. Mati salah seorang atau tidak waras.
2. Kerja yang diwakilkan selesai ditunaikan
3. Menarik diri salah seorang daripada mereka
4. Orang yang diwakilkan tidak mahu menerima amanah.
5. Keluarnya org yg mewakilkan daripada taraf pemiliknya.
6. Orang yang mewakilkan telah membuat keputusan lain secara sendirian manakala
orang yang diwakilkan tidak mengetahuinya.
6.3 Persoalan Semasa Tentang Wakalah
i. Amalan guaman
a. Jumhur ulama’ berpendapat:
Pengakuan yang dibuat oleh peguambela tidak boleh diterima kerana ia dianggap sebagai
mewakili perbalahan atau melibatkan diri dalam perbalahan
b. Hanafiyyah berpendapat:
Peguanbela boleh bertindak dalam bidang berkaitan dengan proses penghakiman sehingga
selesai perbicaraan, kerana tanggungjawab peguam menyatakan kebenaran bukannya
menyebabkan perbalahan. Peguambela harus mengambil upah dari anak guamannya.
ii. Pelantikan Wasi (Pemegang amanah atau penama)
Sesetengah agensi kewangan seperti KWSP, Tabung Haji dan sebagainya mengamalkan system
penama bagi memudahkan pengeluaran apabila berlakunya kematian. Wang tersebut bukannya
milik penama. Setelah wang tersebut dikeluarkan hendaklah dibahagikan kepada waris-waris
mengikut faraid.
iii. Perniagaan melalui agen
Syarak melarang seseorang daripada menjual suatu barangan yang belum dimilikinya. Larangan
ini dinaskan dalam hadis Hakim bin Hizam yang bertanya kepada Rasulullah SAW, yang
bermaksud:
“Wahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepada aku dan mahu membeli sesuatu daripada aku,
sedangkan aku belum memilikinya. Adakah boleh aku membelinya untuknya dari pasar?” Baginda
menjawab:

َ‫س ِع ْندَك‬
َ ‫اَل تَبِ ْع َما لَ ْي‬
Maksudnya:  “Jangan kamu menjual suatu yang kamu tidak miliki”.
Menjual produk kepada pelanggan sebelum membelinya daripada pembekal/pengeluar,
sekiranya produk yang dijual adalah produk yang spesifik dan ditentukan unitnya, maka urus
niaga tersebut adalah tidak sah kerana wujud unsur menjual sesuatu yang tidak dimilikinya
Bincangkan hukum-hukum wakalah di bawah.
1. Wakalah Perkara Ibadat
930/1 BK 1 SYARIAH P1
Tidak sah diwakilkan perkara-perkara ibadat yang wajib dilakukan dan ditetapkan oleh
syarak sebagai ibadat yang tidak boleh diganti seperti solat, puasa Ramadan, sumpah, li'an,
zihar nazar dan menjadi saksi.
2. Wakalah Perkara haram
Perkara-perkara haram yang wajib ditinggalkan oleh sesorang tidak boleh diwakilkan
kepada orang lain untuk melakukannya – wakil seperti ini haram dan tidak sah.
3. Wakalah Hak peribadi kepunyaan seseorang
Semua hak peribadi kepunyaan seseorang boleh/ harus diwakilkan kepada orang lain
seperti untuk menjual, membeli, mengakad atau menerima nikah, merujuk isteri yang
ditalak raj'ie, mencerai isteri, fasakh dan khuluk.
4. Wakalah Hak yang boleh digantikan
Menjalankan hak-hak yang boleh digantikan sah diwakilkan seperti mewakilkan sesorang
untuk menagihkan zakat, mengerjakan haji dan umrah bagi orang yang telah meninggal
dunia atau uzur (sakit, terlalu tua).
5. Wakalah Menguruskan kes jenayah
Sah mewakilkan peguam untuk menguruskan kes jenayah atau mahkamah.

7. WADI’AH
7.1 Konsep wadi’ah
7.2 Pembatalan wadi’ah
7.3 Persoalan semasa tentang wadi’ah dalan institusi perbankan
7.1 Konsep Wadi’ah
Huraikan wadiah dari segi pengertian, dalil hukum, rukun, syarat dan hikmatnya
Pengertian
Ialah mewakilkan atau memberi amanah menjagakan harta kepunyaannya atau harta yang
dihormati yang tertentu dengan cara tertentu.oleh itu,maka sah menyimpan arak yang
dihormati,kulit bangkai yang disamak dan anjing yang diajar untuk memburu. Atau satu
perbuatan sukarela yang mana pemegang simpanan itu tidak bertanggungjawab menggantikan
barang simpanan jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan.
Dalil disyariatkan wadiah.
Firman Allah Taala :
930/1 BK 1 SYARIAH P1
        
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyimpankan amanah kepada yang berhak menerimanya .
Ulama telah pun bersepakat mengatakan : harus menyimpan dan menerima simpanan kerana
wadiah itu adalah satu keperluan manusia yang sangat diperlukan.
Hukum menerima wadiah
Hukum menerima wadiah ini adalah seperti berikut iaitu :
1. Sunat – iaitu bagi mereka yang percaya kepada dirinya yang dia sanggup untuk menjaga
barang tersebut,oleh kerana memegang pertaruhan ini merupakan satu pertolongan maka
disunatkan menerimanya.
2. Wajib – iaitu seorang itu menjadi wajib menerima pertaruhan (wadiah) sekiranya tidak
didapati orang lain yang lebih layak dan lebih dipercayai.
3. Haram – iaitu apabila seseorang itu tidak sanggup menjaga sebagaimana semestinya,kerana
jika diterima juga seolah-olah dia akan mendedahkan pertaruhan itu kepada kerosakan.
4. Makruh – iaitu terhadap orang yang kurang yakin pada dirinya untuk menjaga amanah
tersebut kerana boleh jadi dikemudian hari menyebabkan berlakunya kerosakan pada barag
tersebut.
Rukun wadiah.
1. Orang yang menyimpan
2. penerima simpanan
3. Barang yang disimpan
4. Sighah (Ijabu walkabul
Syarat sah wadiah
1. Syarat penyimpan dan ( 2 ) penerima simpanan
i) Hendaklah sempurna akal : maka tidak sah wadiah itu dilakukan oleh orang gila
begitu juga menerimanya.
ii) Hendaklah cukup umur (baligh) : maka tidak sah menyimpan dan menerima
simpanan oleh kanak-kanak – ini berbeza dengan Hanifah : mereka tidak
mensyaratkan baligh : maka sah pada pendapat mereka simpanan kanak-kanak
yang diizinkan pada perniagaan begitu juga sah menerima wadiah dari kanak-kanak
tersebut.
iii) Cerdik : maka tidak sah menyimpan dan menerima simpanan orang bodoh dan
Mahjur Alaihi dengan sebab muflis.
3. Syarat Barang yang disimpan
Disyaratkan pada wadiah itu hendaklah barang yang disimpan itu dari jenis harta benda
yang boleh diterima (dipegang) oleh tangan, sekiranya dia menyimpan burung yang
berterbangan di udara ataupun harta benda yang gugur di lautan adalah tidak sah.
4. Sighah (Ijabu walkabul)
kabul itu ada kalanya dengan lafaz seperti katanya : saya terima dan boleh secara dilalah
: sperti Hadijah meletakkan barang kemas kepada Fatimah, maka dia diam, dengan diam
itu menunjukkan Fatimah menerima, sebagaimana beri-memberi pada jual beli.
Hikmah disyariatkan wadiah
1. Menanamkan sifat muhibbah dan tolong-menolong antara satu sama lain.
2. Untuk menjamin keselamatan harta benda dan memberi kemudahan kepada orang yang
ingin mengembara.
3. Untuk memimpin manusia supaya bersifat bertanggungjawab terhadap hak-hak orang
lain.

7.2 Pembatalan Wadi’ah


930/1 BK 1 SYARIAH P1
Huraikan perkara yang membatalkan wadiah.
Pekara-perkara yang membatalkan wadiah itu samalah dengan perkara-perkara yang
membatalkan wakalah iaitu :
1. Dengan sebab kematian oleh salah seorang dari penyimpan atau penerima simpanan.
2. Dengam sebab gila.
3. Dengan sebab pitam.
4. Dengan sebab penyimpan menarik diri (tidak mahu menyimpan lagi barang itu).
5. Dengan sebab tuan punya barang meminta balik wadiah itu.
6. Dengan sebab barang itu dijual, disewa, diwakaf dan sebagainya.
7.3 Persoalan semasa tentang Perbandingan Wadi’ah dalam institusi Perbankan
Islam dan Simpanan konvensional

i. Akaun semasa
Perbankan Islam: Pihak bank bertindak sebagai pemegang harta dan wang yang disian oleh
penyimpan, keuntungan yang diberikan halal kerana kadarnya tidak ditetapkan dan tiada unsur
riba’.
Perbankan Konvensional: Penyimpan tidak menanggung kerugian atas dasar simpanan dan
bukannya pelaburan, keuntungan tersebut telah ditetapkan.

ii. Akaun simpanan (wadiah)


Perbankan Isam: Iaitu satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta dalam jagaan bukan
pemiliknya. Dalam konteks operasi bank, konsep ini bererti peminjam wang di bank bersetuju
wang simpanan itu digunakan bank untuk pelaburan dan bersetuju tidak menuntut apa-apa
keuntungan dari pelaburan kecuali wang simpanan sahaja.
Perbankan Konvensional: Penyimpan membenarkan penerima simpanan memafaatkan wang
simpanan mereka dan wang simpanan tersebut memeberikan sedikit kelebihan dan manfaat
kepada peyimpannya.

Beberapa masalah dan hukum berhubung dengan wadiah/simpanan.


1. Wadiah itu adalah satu qurubat (perkara yang boleh mendamping diri kepada Allah) yang
disunatkan,dan penjagaan itu mendapat pahala, juga wadiah itu adalah amanah tidak wajib
memberi ganti rugi apa-apa kerosakan yang berlaku oleh orang yang menerima simpanan
(wadi’) kecuali kerosakan itu berlaku dengan disengajakan ataupun kecuaian penjagaannya.
2. Wajib menghantar balik wadiah itu kepada penyimpan (tuan punya harta) apabila ditentu
mengembalikannya serta boleh dikembalikan, kerana Firman Allah Taala :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyimpankan amanah kepada yang berhak
menerima.
3. Apabila penerima wadiah hendak musafir atau pun sakit yang menyebabkan dia tidak
sanggup menjaganya lagi,hendaklah (wajib) dikembalikan kepada tuannya atau wakilnya.
Sekiranya tuan atau wakilnya itu tidak ditemui, hendaklah diserahkan barang itu kepada
kadi/hakim yang adil. Dan sekiranya kadi/hakim yang adil tidak dapat ditemui,maka hendaklah
diserahkan barang itu kepada seorang yang dipercayai. Penerima simpanan tidak dipaksa untuk
mencari tuan punya barang tersebut sehingga menyebabkan dia kelewatan untuk meneruskan
perjalanan.
4. Jika barang tersebut tidak diserahkan kepada tuannya, wakilnya,hakim atau seorang yang
amanah, malah dibawa bersama dalam pengembaraan itu atau ditinggalkan begitu sahaja,
penerimanya itu itu dikenakan dhoman (ganti rugi) bila berlaku kerosakan atau kehilangan.
5. Memindahkan wadiah ke tempat yang lain tanpa sesuatu yang memaksa, penerima simpanan
dikenakan dhoman sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada barang tersebut.
930/1 BK 1 SYARIAH P1
6. Apabila penerima simpanan menggunakan wadiah – seperti dia mengendarai binatang itu
atau dia memakai pakaian itu – berkata Jumhur Al-Hanafiah : tidak wajib dhoman ke
atasnya.dan berkata Al-Malikiyah, Al-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah : Apabila rosak wadiah selepas
digunakannya wajib dhoman walaupun kerosakan itu oleh sebab samawi, kerana dikira
melampaui dengan menggunakannya.
7. Apabila harta penerima wadiah bercampur dengan wadiah, maka jika boleh dibezakan antara
keduanya tidak mengapa dan jika sekiranya tidak dapat dibezakan wajib dhoman dengan yang
seumpamanya, begitu juga dua wadiah dicampuri antara keduanya wajib dhoman jika tidak
dapat dibezakan dan jika boleh tidak mengapa.

(f) Jelaskan kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh bank Islam.


Kegiatan perniagaan Bank Islam adalah berdasarkan kepada konsep-konsep perniagaan yang
telah dirangka oleh Ulama-ulama Fikh. Setiap konsep telah dibahaskan dengan detail dari segi
rukun, syarat, dalil dan permasalahan. Di bawah ini diterangkan setiap konsep seberapa ringkas
:
i) Mudarabah
Iaitu satu perjanjian yang dimeteraikan antara pemodal dan pengusaha di mana pemodal
bersetuju membiayai projek yang sedang atau akan diusahakan oleh pengusaha secara
perkongsian untung mengikut nisbah pembahagian yang terlebih dahulu dipersetujui bersama.
ii) Masyarakat
Iaitu Perkongsian modal untuk sesuatu urusan perniagaan atau perusahaan bagi mendapatkan
untung,kerana modal bersama, maka bank boleh campur tangan dalam pengurusan perniagaan
yang dijalankan.
iii) Murabahah
Murabahah itu ialah sebagai jualan barang dengan harga yang meliputi kos belian dan kadar
untung yang akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak .(Make-up sale agreement).
iv) Qardul Hassan
Dalam Bahasa Malaysia bolehlah diterjemahkan kepada ‘pinjaman kebajikan’ di mana peminjam
dikehendaki memulangkan jumlah wang yang dipinjam sahaja dengan tidak mengenakan
sebarang tambahan bayaran. Namun begitu, syariat menggalakkan peminjam memberi sagu
hati kepada bank kerana jasanya.

v) Wadiah/Simpanan
Iaitu satu perjanjian bagi menyimpan sesuatu harta dalam jagaan bukan pemiliknya.Dalam
konteks operasi bank,konsep ini bererti peminjam wang di bank bersetuju wang simpanan itu
digunakan bank untuk pelaburan dan bersetuju tidak menuntut apa-apa keuntungan dari
pelaburan kecuali wang simpanan sahaja.

(g) Terangkan keadaan yang mewajibkan penerima simpanan menggantikan kerosakan


barangan yang berada dalam simpanan.

1. Pemindahan barang ke tempat yang tidak selamat (tanpa sebab yang


munasabah).
2. Penyerahan kepada orang lain (tanpa keizinan pemilik asal).
3. Dibawa semasa musafir sedangkan ia boleh mengembalikan simpanan itu.
4. Cuai penjagaannya.
5. Melengah-lengah pemulangannya tanpa keuzuran syari’i.
6. Simpan di tempat yang tidak selamat.
7. Digunakan sendiri.
8. Menyalahi nasihat pemilik.
930/1 BK 1 SYARIAH P1
9. Dimanfaatkan bukan bagi tujuan pemilik.

6. HIBAH DAN WASIAT


8.1 Konsep hibah
8.2 Persoalan semasa tentang hibah
8.3 Konsep wasiat
8.4 Jenis wasiat
8.5 Pembatalan wasiat
8.6 Persoalan semasa tentang wasiat
8.1 Konsep Hibah
1. Pengertian hibah
- Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau
selainnya
- Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik
oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada
masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
2. Dalil hibah
        
   
Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim
dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan
untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.

3. Hukum hibah
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam
terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat.
4. Rukun hibah syarat hibah
i) Pemberi hibah (al-Wahib)
ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
5. Syarat hibah
(i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal,
baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan
(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai
keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya
penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya,
hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.
(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
- Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
- Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
- Ia boleh diserah milikkan.
- Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah
barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih
dalam kandungan
- Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang
930/1 BK 1 SYARIAH P1
tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan
bangunan yang tidak termasuk tanah.
(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian
dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
- Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
- Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.
Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-
‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
6. Jenis hibah
1. Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah
Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya
dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut
2. Hibah pada Masa Marad al-Maut
Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh menyebabkan kematian.
Syarat-syarat berikut diperlukan bagi menentukan marad al-mawt, iaitu:
- Penyakit itu yang menyebabkan kematian si mati.
- Penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.
- Terdapat tanda-tanda luar yang menuntukkan bahawa penyakit itu berat.
3. Hibah dalam Bentuk al-‘Umra dan al-Ruqba (Hibah Bersyarat)
Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi
hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah.
Al-‘Umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk
kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya
penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada
pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan
dikembalikan kepada waris pemberi hibah.
7. Hikmat hibah
i. Membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan
ii. Mendapat pahala di hari akhirat
iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim
8.2 Persolan Semasa tentang Hibah
i. Hibah dalam akaun simpanan
Harta hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan diserahmilikkan
kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujuan pihak-
pihak berkenaan.
ii. Hibah dalam takaful
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalammesyuarat ke-44 pada
15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah ruqba sebagai asas syariah dalam
pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi yang melibatkan akaun bersama
tabung unit amanah terutamanya akaun yang dipegang oleh orang Islam.
iii. Hibah semasa marad al-maut
Hibah pada masa marad al-maut ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang
yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian. Dalam undang-undang
Islam pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang
hibah dan wasiat. Sekiranya pemberi hibah menemui ajal berikutan dengan lafaz
pemberian itu, maka pemberian itu samalah seperti pemberian melalui wasiat dan
tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:

- Pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati.


- Pemberian itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain
930/1 BK 1 SYARIAH P1
telah bersetuju.

iv. Penarikan balik hibah


Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga
ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat
dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya
(cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya
(cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta
itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak
boleh ditarik balik lagi.

8.3 Konsep wasiat.


1. Jelaskan konsep wasiat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan
hikmatnya
Pengertian Wasiat
Berbuat amal kebajikan dengan sesuatu hak dan ia ditunaikan selepas pewasiat itu meninggal
dunia.
Dalil:
             
 
Maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan
wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.

:12 ‫أية‬:4 ‫سورة النسآء‬


Hukum wasiat :
Sunat sekiranya harta kurang 1/3. Sekiranya lebih 1/3, mesti meminta persetujuan waris.
Wasiat boleh dilakukan pada kerabat yang bukan waris.
Hukum boleh menjadi:
Wajib : Sekiranya belum menunaikan hak yang wajib seperti hutang atau zakat
Sunat : Apabila berwasiat kepada orang salih dan baik-baik
Haram : Terhadap perkara yang diharamkan syara’
Makruh : Kepada pewasiat yang meninggalkan harta yang sedikit dan meninggalkan
waris yang ramai.
Harus : Sekiranya seseorang itu berwasiat kepada orang kaya.

Rukun wasiat
i. Pewasiat
ii. orang atau pihak yang diwasiatkan(penerima wasiat)
iii. Harta yang diwasiatkan
iv. Sighah
Syarat wasiat
1. Syarat orang yang berwasiat
i. Pewasiat mestilah Islam(mukallaf), cukup umur, waras
ii. Kerelaan sendiri
iii. Ahli tasaruf
2. Syarat orang yang diwasiatkan (penerima wasiat)
i. Dikenali dan termaklum
ii. Orang yang diwasiatkan masih hidup atau masih ada.
iii. Mereka bukan ahli waris
iv. Bukan pembunuh kepada pewasiat
3. Syarat harta yang diwasiatkan
930/1 BK 1 SYARIAH P1
i. Barang itu halal dan suci serta memberi manfaat kepada syara’
ii. Harta yang diwasiatkan tidak melebihi kadar 1/3
iii. Wasiat ditunaikan selepas membayar segala hutang
iv. Boleh berpindah milik.
4. Sighah (Ada ijab dan Kabul)
i. Hendaklah difahami antara ijab atau kabul
ii. Sighah hendaklah jelas dan terang
Hikmat wasiat :
i. Mengeratkan silatulrahim dengan orang yang menerima wasiat.
ii. Dapat pahala berterusan selepas mati
iii. Harta dapat dikembangkan untuk tujuan kebajikan
iv. Membentuk masyarakat makmur
v. Memastikan masa depan orang yang anda sayangi tejamin.
vi. Memastikan asset anda diagihkan kepada benefisiari pilihan anda mengikut
keinginan anda.
vii. Menamakan penjaga yang dipercayai untuk mengurus anak-anak yang masih
kecil.
viii. Melantik Wasi untuk melaksanakan terma Wasiat anda

2. Huraikan klasifikasi terhadap jenis wasiat berikut:


i. Wasiat Am
ii. Wasiat Khas
iii. Wasiat Mutlak
iv. Wasiat Bersyarat
i. Wasiat Am
Wasiat kepada penduduk sesebuah kampong yang mungkin terdiri daripada orang Islam dan
bukan orang Islam. Memadai wasiat diberikan kepada orang yang mewakili kumpulan
penduduk kampung itu.
ii. Wasiat Khas
Wasiat yang dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja.
iii. Wasiat Mutlak
Wasiat yang tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan keatas harta yang
diwasiatkan
iv. Wasiat Bersyarat
Wasiat yang mempunyai syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh pewasiat dan wasiat ini
adalah sah selagi mana syarat-syarat tersebut tidak menyalahi syarak dan syarat-syarat
tersebut hendaklah membawa kepada kebaikan penwasiat dan penerima wasiat
3. Jelaskan keadaan yang boleh membatalkan wasiat
Pembatalan Wasiat
1. Dari pihak al-musi
i. Tarik balik wasiat
ii. Hilang kemampuan
iii. Murtad
iv. Taklid wasiat tidak berlaku
v. Wasiat barang yang bukan miliknya
vi. Pewasiat gila/muflis
2. Dari pihak al-musalah
i. Enggan menerima selepas kematian al Musi
ii. Mati lebih dulu daripada al Musi
iii. Membunuh al Musi
930/1 BK 1 SYARIAH P1
3. Rosak al- Musabih
4. Wasiat kepada waris berdasarkan kehendak hadis.
5. Wasiat melebihi 1/3 keizinan waris
6. Wasiat yang tidak mencukupi rukun dan syarat
8.4 Permasalahan semasa tentang wasiat.
Berikan pandangan ulama’ tentang wasiat seorang Islam seperti berikut:
i. Wasiat kepada waris
o Imam syafi’I,memberi wasiat kepada ahli waris adalah tidak sah kerana mereka
sememangnya ahli waris si mati.
o Sebagaimana hadis;
‫ال وصية لوارث‬
Maksudnya;
Tidak ada wasiat untuk ahli waris.
o Ulama’ juga berpendapat mewariskan kepada waris akan menyebabkan timbulnya
perselisihan antara sesama mereka yg berhak terhadap harta pusaka.
ii. Wasiat wajibah
1. Jumhur fuqaha tidak terdaat istilah wasiat wajibah walau bagaimanapun terdapat beberapa
pendapat fuqaha tabi-in yang berpendapat wajib untuk berwasiat untuk kaum kerabat terdekat
bersandarkan ayat 180 surah al-Baqarah
           
    
kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang Yang bertaqwa.

2. Ayat mewaris menaskhkan membuat wasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang
menjadi waris sahaja jadi ini bermakna kewajipan membuat wasiat bagi kaum kerabat yang
tidak menjadi waris adalah kekal kewajipannya.
3. Wasiat-sebahagian harta peninggalan yag diperuntukkan oleh undang-undang untuk anak-
anak kematian ibu bapa sebelum datuk/nenek atau mereka meninggal serentak dan anak-anak
tersebut tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta datuk dan nenek kerana dihijab oleh
bapa atau ibu saudara mereka.
4. Syarat-syarat Wasiat Wajibah negara-negara Islam:
i. Syaria cucu yang kematian bapa sahaja
ii. Mesir cucu kematian ibu, kadar dibenarkan adalah 1/3 daripada keseluruhan harta.
iii. Pakistan cucu boleh mendapat bahagian yang sama banyak yang sepatutnya
diterima oleh ibu bapa mereka yang diwarisi daripada harta datuk nenek cucu
tersebut.
iv. Malaysia( Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) cucu yang kematian bapa sahaja.
iii. Penulis wasiat
1. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat wasiat akan diagihkan
mengikut faraid iaitu undang-undang pewarisan Islam.
2. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut
Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat dan lain-lain lagi.
3. Islam membenarkan orang Islam menulis wasiat sekadar satu pertiga daripada hartanya
kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan
asalkan ia memenuhi syarak.
4. Wasiat seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk
digunakan bagi tujuan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam
adalah diharuskan
930/1 BK 1 SYARIAH P1
iv. Wasiat kepada binatang
o Jumhur ulama’ berpendapat wasiat kepada binatang tidak sah kerana ia tidak dapat
memiliki dan tidak melaksanakan apa yang diwasiatkan.
o Ulama’ Fiqh berpendapat sah wasiat yang diberikan kepada binatang melalui tuannya.
Contoh:
Wasiat sebidang padang rumput kepada kuda melalui tuannya.
v. Wasiat derma organ
o Ulama’ berpendapat perbuatan yang menuju kebaikan adalah diharuskan dan
sah.Wasiat pemindahan organ orang yang telah mati kepada yang hidup dan dalam
darurat merupakan amal jariah.
o Mufti Selangor (Datuk Ishak Baharom) :
Orang muslim boleh terima organ bukan Islam.Namun orang Islam tidak digalakkan
berwasiat atau menderma organnya kepada orang bukan Islam.
o Majlis Fatwa Singapura:
Mengharuskan derma yang meliputi wasiat derma organ seperti buah pinggang atas
dasar darurat untuk menyelamatkan nyawa mereka yang masih hidup.

Anda mungkin juga menyukai