Anda di halaman 1dari 15

Nama: Fatimatuz Zahra bt Suhaimi

No Matrix: A167691
Subjek: Tugasan Muamalat 2

1. Definisi riba, masyir dan gharar

Riba
Bahasa: tambahan, kenaikan
Istilah: penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi
pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran
sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti
yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

Maysir
Bahasa: judi, segala bentuk taruhan
Istilah: memperolehi sesuatu dengan mudah atau memperolehi keuntungan tanpa
usaha.

Gharar
Bahasa: menurut bahasa memiliki maksud lingkungan yang berkurangan, risiko,
cenderung, mengarah kepada sebuahkehancuran dan kebodohan.
Istilah: ketidakpastian dan kejahilan salah satu atau kedua-dua pihak dalam kontrak
atas bahan atau sifat objek jualan, atau keraguan tentang kewujudannya dan
ketersediaan pada masa kontrak

2. Bagaimanakah riba boleh diamalkan dalam jualbeli dan pinjaman?

Dalam pinjaman, riba al-qarud melibatkan caj yang dikenakan pada pinjaman
ekoran tempoh masa atau dalam lain perkataan pinjaman yang dikenakan afedah atau
bunga dan ia biasanya dirujuk sebagai riba an-nasia yakni, riba kerana menunggu dan
merupakan amalan bank. Oleh kerana sistem perbankan masa kini berteraskan kepada
pengambilan dan pemberian faedah atau bunga, maka ia juga menjadi sebuah institusi
riba. Bertitik tolak daripada itu, maka semua urus niaga dan jual beli dalam sistem
ekonomi yang kita dukung sekarang, riba sifatnya.

3. Tentukan kesahihan transaksi berikut:

a. Jualbeli emas dengan kad kredit.


Sistem kad kredit adalah sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden
berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannya kerana tidak wujud bank
tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat
dalam riba. Dalam Islam, menggunakan kad kredit adalah tidak salah selagi seseorang
tidak mengangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya.

b. Jualbeli perak dengan wang ringgit.


Sah. Walaupun barang yang hendak ditukar tidak sama namun, jika kadar
pertukaran barang adalah sama dan kedua-dua pihak mempunyai niat dan telah
bersetuju untuk menukar barang tersebut maka transaksi itu adalah sah berdasarkan
hadis: “emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,
barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, harus sejenis dengan
sejenis, sama dengan sama (berat timbangannya), dan daripada tangan ke tangan
(secara tunai). Maka jika berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan
daripaa tangan ke tangan (secara tunai)” (HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532;
Abu Dawud III/248)

c. Carlos membeli USD 100 dengan RM 340.


Sah. Adapun jika jual beli atau pertukaran yang dibuat melibatkan jenis yang
berlainan (misalnya ringgit dengan dolar AS), maka syarat yang perlu dipenuhi hanya
satu iaitu jual beli atau pertukaran tersebut perlu dilakukan secara tunai (bukan
hutang)tanpa sebarang penundaan. (Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah al-Dustur,
2/155; Abul A’la al-Maududi, Ar-Riba, hal 114; Sa’id bin Ali al-Qahthani, Ar-Riba
Adhraruhu wa Atsaruhu, hal.23)
Antara dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW, “emas ditukar dengan emas,
perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan
kurma, garam dengan garam, harus sejenis dengan sejenis, sama dengan sama (berat
timbangannya), dan daripada tangan ke tangan (secara tunai). Maka jika berbeza
jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripaa tangan ke tangan (secara
tunai)” (HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Dawud III/248)

d. Tommy membeli 100 pound dengan RM650 secara hutang.


Tidak Sah. Hal ini kerana, hutang adalah dilarang dalam pertukaran harta yang
berlainan. Adapun jika jual beli atau pertukaran yang dibuat melibatkan jenis yang
berlainan (misalnya ringgit dengan dolar AS), maka syarat yang perlu dipenuhi hanya
satu iaitu jual beli atau pertukaran tersebut perlu dilakukan secara tunai (bukan
hutang)tanpa sebarang penundaan. (Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah al-Dustur,
2/155; Abul A’la al-Maududi, Ar-Riba, hal 114; Sa’id bin Ali al-Qahthani, Ar-Riba
Adhraruhu wa Atsaruhu, hal.23)

e. Aisyah membeli 10 kilo beras dengan harga RM 50.


Sah. Tiada unsur riba atau gharar dalam transaksi ini.

f. Ah Pau menukar 100 kilo beras cap rambutan dengan 100 kilo beras
basmati faiza.
Sah. Tiada unsur riba. Namun terdapat unsur gharar Yasir kerana tidak tahu
sejauh manakah beza kualiti beras Cap Rambutan dengan beras basmati Faiza. Gharar
Yasir tidaklah memecahkan kontrak yang ada. Oleh itu, pertukaran ini sah.

g. Maniam menukar 100 kilo beras cap rambutan dengan 150 kilo beras hancur
gred C.
Pertukaran ini adalah tidak sah. Terdapat unsur riba al fadl disini kerana
pertukaran beras berbeza berat. Perkara yang ditukarkan haruslah sama nilai dan sama
berat timbangannya. Antara dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW, “emas ditukar
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma
dengan kurma, garam dengan garam, harus sejenis dengan sejenis, sama dengan sama
(berat timbangannya), dan daripada tangan ke tangan (secara tunai). Maka jika
berbeza jenis-jenisnya, juallah sesuka hati kamu asalkan daripaa tangan ke tangan
(secara tunai)” (HR Muslim no 1210; At-Tirmidzi III/532; Abu Dawud III/248)

h. Jual beli emas dengan ansuran mudah 10 bulan, harga berbeza jika beli
tunai.
Tidak sah. Terdapat unsur riba disini kerana pembayaran bertangguh. Adapun jika
jual beli atau pertukaran yang dibuat melibatkan jenis yang berlainan (misalnya
ringgit dengan dolar AS), maka syarat yang perlu dipenuhi hanya satu iaitu jual beli
atau pertukaran tersebut perlu dilakukan secara tunai (bukan hutang)tanpa sebarang
penundaan. (Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah al-Dustur, 2/155; Abul A’la al-
Maududi, Ar-Riba, hal 114; Sa’id bin Ali al-Qahthani, Ar-Riba Adhraruhu wa
Atsaruhu, hal.23)

i. Jual beli kereta dengan ansuran mudah.


Dibolehkan untuk menjalankan urusan jual beli secara ansuran ini walaupun terdapat
pertambahan pada harga asal barang tersebut disebabkan kelewatan pembayarannya.

j. Jual beli kain pasang dengan ansuran.


Sah.

k. Jual beli kain pasang dengan ansuran, jika beli tunai harga berbeza.
Tidak sah kerana wujud unsur riba.

4. Harta adalah komponen utama dalam muamalat Islam. Secara umumnya harta
adalah yang boleh disentuh dan dilihat. Sejauh manakah hak dan manfaat
tergolong dalam definisi harta. Apa pula status harta intelek dan nama baik
syarikat (good will)? Adakah hak penjagaan anak juga harta? Bincangkan
dengan merujuk kepada pendapat Mazhab
yang empat.

Mazhab Takrifan harta Manfaat


Mazhab Hanafi Sesuatu yang menjadi Bukan harta
kecenderungan tabii manusia dan
boleh disimpan sehingga waktu
yang diperlukan, sama ada harta
alih atau harta tak
alih.

Mazhab Maliki Harta ialah sesuatu Harta


yang berlaku pemilikan
terhadapnya dan pemilik
memilikinya secara mutlak
apabila diperolehi daripada orang
lain yang menjadi haknya.
Mazhab Shafi’e Tidak dinamakan sebagai mal Harta
kecuali ke atas sesuatu yang
mempunyai nilai yang dijual
dengannya dan kena jamin
apabila berlaku kerosakan,
sekalipun sedikit
dan tidak diabaikan oleh manusia,
seperti fils (duit syiling) dan
seumpamanya.
Mazhab Hanbali Sesuatu yang mempunyai Harta
manfaat yang harus bukan
(dengan sebab) hajat atau darurat.

Harta intelek termasuk dibawah pengertian harta dalam fiqh muamalat Islam. Ia jatuh
dibawah harta alih; harta yang boleh dipindahkan ke satu tempat. Harta alih ini terbahagi
kepada dua iaitu harta ketara (tangible) dan harta tak ketara (intangible). Harta intelek dan
good will ialah harta tak ketara. Hak penjagaan anak bukanlah harta.

5. Sesuatu harta itu mestilah bernilai(mutaqawwam) supaya sesuatu kontrak itu


sah. Selain daripada mutaqawwam , senaraikan jenis-jenis harta serta
implikasinya kepada pihak yang berkontrak menurut perundangan Islam.

Jenis- jenis harta adalah seperti berikut:


1. Harta Mutaqawwam dan Ghair Mutaqayyam
2. Harta Mithly dan Harta Qimmi
3. Harta Manqul dan Harta Ghair Manqul
4. Harta Istikmali dan Istikhlaki
5. Harta yang boleh tentu kadarnya dan harta yang tidak boleh ditentukan kadarnya
6. Harta dalam bentuk barang dan manfaat

6. Huraikan konsep pemilikan harta dalam Islam.


Dalam sistem Muamalat Islam, bukan semua benda boleh dijual beli. Hanya
harta yang berada dalam pemilikan si penjual sahaja yang boleh dijual beli. Bahkan,
sesuatu perkara atau barang itu mesti menepati beberapa syarat sebelum ia
dikategorikan sebagai harta. Syarat-syaratnya ialah yang pertama benda tersebut
mestilah mempunyai nilai (najis dikira sebagai tiada nilai, melainkan telah berubah
sifatnya menjadi baja), kedua, ia boleh memberi manfaat kepada orang Islam (dadah
dan rokok tidak memberi manfaat) dan ketiga ialah ia juga boleh dimiliki (barang
yang tidak boleh dimiliki ialah seperti cahaya matahari). Sekiranya sesuatu barang itu
gagal memenuhi syarat ini, maka benda tersebut tidak dikategorikan sebagai harta di
dalam Islam seterusnya tidak boleh dijual beli. Kemudian, selepas sesuatu barang
sudah sah sebagai harta disisi Islam, harta tersebut mestilah sah berada dalam
pemilikan si penjual sebelum ia menjual kepada pembeli.dua bentuk pemilikan ialah
pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna. Di dalam Islam, hanya harta yang
didalam pemilikan sempurna sahaja boleh dikenakan ke atasnya zakat, dan dalam
Mazhab Syafi'e pula, hutang dikira sebagai harta dalam pemilikan sempurna, lantas di
dalam pengiraan zakat seseorang itu, jumlah hutang yang diberikan kepada mana-
mana peminjam perlu dijumlahkan sekali dengan nilai harta-harta yang lain.

7. Bincangkan teori kontrak menurut pandangan ulamak Islam. Senaraikan jenis-


jenis kontrak dalam Islam.
Aqad dalam bahasa Arab disebut al-aqdu, pada bahasa bermaksud sesuatu yang
mengikat. Mengikut syarak ia adalah suatu kesimpulan daripada proses tawar menawar
di antara dua pihak yang bersetuju untuk melakukan sesuatu dan melibatkan cadangan
(ijab) dan penerimaan (qabul). Ia adalah suatu ikatan tawaran dengan penerimaan yang
melahirkan kesan pada perkara yang di aqadkan. Dengan persetujuan itu, maka lahirlah
kuatkuasa undang-undang di mana setiap yang terlibat mendapat hak dan sebaliknya
berkewajipan menyempurnakan tanggungjawab yang tertentu. Ini bermakna dalam aqad
mesti ada ijab dan qabul iaitu tawaran dari pihak yang pertama dan penerimaan dari pihak
yang kedua yang boleh menimbulkan kesan hukum syarak terhadap pihak yang terlibat.
Akad munjiz ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan
sebatang syarat dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak
seumpama ini menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk. Akad
muallaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan wujudnya sesuatu yang lain.
Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka tidak
berlakulah kontrak. Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B, “jika aku jadi
keluar negara maka engkaulah menjadi wakil ku”. Kontrak seumpama ini tidak akan
terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu. Akad mustaqbali ialah kontrak
yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada masa yang akan datang. Hukum
kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya tidak ada kecuali pada
waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku.

8. Bincangkan rukun dan syarat kontrak. Apakah kekurangan syarat-syarat ini


yang boleh menyebabkan sesuatu akad itu terbatal?
Rukun akad ada tiga iaitu sighah, subjek akad dan pelaku akad. Sighah terdiri dari
ijab(tawaran) dan qabul (terimaan). Syaratnya adalah persamaan kehendak ketika akad,
memahami kehendak, terimaan berlaku dalam satu majlis. Subjek akad ialah benda yang
hendak dijadikan subjek kepada akad (ma’qud ‘alayh). Syaratnya alah tidak bercanggah
dengan kehendak akad dan syarak, wujud sewaktu akad berlangsung (tidak gharar).
Pelaku akad adalah mereka yang membuat tawaran dan penerimaan (aqidan). Kelayakan
tidak sempurna untuk menjadi aqidan adalah mumaiyyiz-baligh manakala kelayakan
sempurna adalah baligh-cerdik. Akad adalah terbatal jika gila.

9. Bincangkan tentang syarat dan jenis ijab dan qabul dalam kontrak Islam.

Ijab ialah tawaran dan qabul ialah terimaan. Syaratnya adalah kelayakan,persamaan
kehendak ketika akad, memahami kehendak, terimaan berlaku dalam satu majlis
(komunikasi akad:lisan/syarat, tulisan/surat, perbuatan/gelagat, sukuti), kemahuan
(kemahuan zahir dan batin). Jenis-jenis akad adalah seperti berikut:

a. Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (‫) بيع السلعة بالنقد‬


Jual beli sesuati barang dengan mata wang.
b. Bai’ al-muqayadhah (‫) بيع المقايضة‬
Menjual sesuatu barang dengan barang.
c. Bai’ al-salam (‫)بيع السلم‬
Jual beli secara tanguh dengan bayaran secara tunai.
d. Bai’ al-sharf (‫) بيع الصرف‬
Jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis.
e. Bai’ al-murabahah (‫) بيع المرابحة‬
Jual beli sesuatu barang pada harga kos dan penambahan magin keuntugan.
f. Bai’ al-wadhiah (‫) بيع الوضيعة‬
Jual beli dimana hara jualan adalah lebih murah dari harga kos.
g. Bai’ al-tauliah (‫) بيع التولية‬
Jual beli sesuatu barang dengan harga kos.
h. Bai’ al-urbun (‫) بيع العربون‬
Jual beli yang dibuat melalui pembayaran wang pendahuluan.
i. Bai’ al-talji’ah (‫) بيع التلجئة‬
Jual beli dimana penjual menjualkan hartanya kepada pihak yang lain untuk
mengelakkan daripada hartanya dilelong oleh bank atau pemiutang.
j. Bai’ al-wafa’ (‫) بيع الوفاء‬
Jual beli dengan syarat dimana apabila pembeli membayar semula harga barang yang
dijual maka penjual akan mengembalikan barang itu semula.
k. Bai’ al-istishna’ (‫) بيع االستصناع‬
Jual beli secara tempahan.
l. Bai’ al-inah (‫) بيع العينة‬
Jual beli di mana penjual menjualkan hartanya kepada pembeli dengan harga tanguh
lebih tinggi dan membelinya kembali dengan harga tunai yang lebih rendah.

10. Ali adalah seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Mewangi, Bangi,
Selangor. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan dianggap sebagai
pelajar paling bagus di sekolah tersebut. Dalam peperiksaan UPSR, Ali telah
mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat A bagi semua mata
pelajaran yang telah diambilnya. Untuk meraikan kejayaannya itu, pihak
sekolah telah bersetuju untuk menghadiahkan kepada Ali wang sagu hati
berjumlah RM 1000.00. Ali dan keluarganya sangat gembira dan
berterimakasih di atas pemberian tersebut. Ali kemudiannya telah
menggunakan wang tersebut untuk membeli Al Quran terjemahan dan telefon
bimbit untuk kegunaannya sendiri dan alat permainan komputer untuk adiknya
dari kedai Hassan. Terangkan kesahihan kontrak jual beli yang dimasuki oleh
Ali tersebut mengikut pandangan mazhab.

Kontrak jual beli yang dimasuki oleh Ali ialah Bai’ al-sil’ah bi al-naqd iaitu jual beli
sesuatu barang dengan mata wang. Hal ini dapat dilihat melalui perbuatan Ali membayar
al-Quran, telefon bimbit dan atal permainan komputer menggunakan wang RM1000 yang
dimilikinya. Menurut pendapat mazhab, sesebuah kontrak itu sah jika yang sempurna
semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak ada sebarang unsur dan sifat
meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah dari segi pensyariatannya.
Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan
qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli. Oleh itu, kontrak yang dimasuki oleh Ali ialah
sah.

11. Apa itu kontrak al muatat? Apakah pendapat ulamak dalam menghukum
kontrak tersebut?

Kontrak al-muatat atau Bai’ al-mu’atah( ‫ ) بيع المعاطاة‬adalah pembelian dengan


cara saling beri memberi. Penjual memberi barang manakala pembeli memberi wang.
Secara ‘urufnya semua orang mengerti bahawa kewujudan perasaan saling meredhai
antara kedua pihak di dalam majlis. Ia adalah sejenis transaksi tanpa ijab dan qabul.
Ada tiga pandangan ulama berkenaan transaksi tanpa ijab dan qabul.

a. Tidak harus dan tidak sah jual beli


Pandangan ini dikemukakan oleh Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Al-Zahiri
termasuk juga Syiah. Menurut mereka, bai’ mua’tah ini tidak sah kerana
dalilnya tidak kuat untuk menyatakan aqad. Sebab kerelaan adalah suatu
perkara yang tersembunyi. Tidak ada dalil yang dapat menyatakan demikian
kecuali dengan lafaz. Lafaz ijab qabul merupakan dalil zahir yang
menunjukkan redha kedua-dua pihak atas urusan jual beli.

b. Harus pada sebahagian transaksi dan tidak harus pada sebahagian yang lain.
Pendapat kedua adalah pertengahan. Pendapat ini dipegang oleh sebahagian
Ulama Syafi’e dan sebahagian mazhab Hanafi. Oleh kerana pendapat mazhab
yang sebelumnya keras, menentukan bentuk kontrak yang khusus dan tidak
menerima prinsip tolak ansur dan mudah maka sebahagian daripada golongan
ulama’ Syafie termasuk [5]Al-Nawawi, Al-Baghawi dan Al-Mutawalli,
mengatakan sah jual beli dengan cara unjuk mengunjuk pada semua barang
yang disediakan untuk jualan. Oleh kerana tidak sabit adanya syarat bahawa
aqad mesti dibuat dengan lafaz sahaja maka boleh dirujuk kepada ‘uruf atau
adat seperti lafaz mutlak yang lain.

c. Harus secara mutlak


Pendapat terakhir ialah pendapat jumhur fuqaha’ Hanafi, Maliki, Hanbali.
Mereka berpendapat transaksi Mu’atah ini harus sama ada pada barang yang
mahal ataupun murah. Bagi Al-Imam Abu Hanifah dan Al-Imam Ahmad
(pandangan terkemudian) serta ulama’-ulama’ di kalangan mereka, mereka
mengatakan aqad yang berlaku secara unjuk mengunjuk adalah sah dalam
perkara yang telah menjadi kebiasaan atau adat orang ramai. Tidak kira sama
ada barang itu kurang nilai aeperti telur atau surat khabar atau roti ataupun
barang yang berharga tinggi seperti rumah, tanah dan kereta.

12. Mawi merupakan seorang pelajar darjah 6 di sekolah rendah di kampungnya.


Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan dianggapkan sebagai pelajar
paling bagus di sekolah tersebut. Dalam peperiksaan UPSR yang baru lalu,
Mawi telah mendapat kejayaan yang sangat cemerlang dengan A bagi semua
mata pelajaran yang telah diambilnya. Untuk meraikan kejayaannya itu, pihak
sekolah telah bersetuju untuk menghadiahkan kepada Mawi wang sagu hati
berjumlah RM250.00. Mawi dan keluarganya sangat gembira dan
berterimakasih di atas pemberian tersebut. Mawi kemudiannya berfikir tentang
cara untuk menggunakan wang hadiah tersebut dan telah bercadang untuk
membeli sebuah basikal baru bagi kegunaannya berulang alik ke sekolah
menengah nanti. Pada suatu hari, Mawi telah pergi ke kedai Basikal Encik Felix
dan menyatakan keinginannya untuk memiliki sebuah basikal “Mountain Bike”
yang dipamerkan di kedai tersebut. Penjualan dan pembelian basikal
“Mountain Bike” berlangsung di antara Mawi dan Encik felix. Terangkan
kesahihan kontrak jual beli yang dimasuki oleh Mawi dengan Felix, dan apakah
kesan bagi kontrak tersebut kepada Mawi?

Kontrak yang dimasuki Mawi dan Encik Felix ialah Bai’ al-sil’ah bi al-naqd
iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Perkara ini boleh dilihat dalam
pertukaran diatas dimana Mawi membayar RM250.00 untuk mendapat sebuah
Mountain Bike dari kedai Encik Felix. Menurut pendapat mazhab, sesebuah kontrak
itu sah jika yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak
ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah
dari segi pensyariatannya. Oleh itu, hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya
serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli.

13. Bincangkan faktor –faktor yang boleh menjejaskan kontrak dalam Islam.

Permasalahan kemungkiran kontrak dalam pembiayaan hutang merupakan


permasalahan yang makin serius dalam kontrak islam. Ia adalah salah satu faktor yang
boleh menjejaskan kontrak dalam Islam. Kehadiran unsur riba, gharar dan maysir juga
boleh menjejaskan sesebuah kontrak yang ada.

14. Fatty adalah seorang gadis yang sedang meningkat remaja. Beliau sangat
mengambil perhatian terhadap berat badan. Pada suatu hari, ketika beliau
berjalan-jalan di pasaraya beliau terlihat satu iklan produk melangsingkan
badan, Cepat Kurus, yang dikeluarkan oleh Syarikat Gee Mok Sdn Bhd. Tanpa
membuang masa beliau telah menelefon Cik Manis, wakil penjual syarikat
tersebut untuk mendapat keterangan lanjut. Keesokan harinya, Fatty dan Cik
Manis telah bertemu di Restoran Tutti Fruitti. Cik Manis telah memberi
penjelasan lanjut terhadap kebaikan dan kesan sampingan menggunakan
produk tersebut. Juga, beliau telah memberitahu bahawa produk tersebut
bukan produk tempatan. Berasaskan kepada kenyataan tersebut, Fatty ragu-
ragu untuk membuat pembelian produk tersebut kerana beliau bimbang produk
tersebut tidak halal. Pada masa yang sama juga beliau ingin membeli produk
tersebut untuk melangsingkan badannya. Cik Manis telah mengambil
kesempatan terhadap keraguan tersebut dengan menyuruh Fatty membawa
balik satu kotak produk tersebut. Tiga hari kemudian, Cik Manis telah
menghantar wakilnya untuk mengutip pembayaran terhadap pengambilan
barangan tersebut. Pada masa yang sama Fatty telah mengalami cirit birit yang
serius dan dimasukkan ke hospital.

Bincangkan kes di atas beradasarkan kepada prinsip-prinsip muamalat Islam.

Prinsip muamalat yang terpakai didalam kes Fatty ialah gharar dan khiyar.
Didalam kes ini, Fatty berasa ragu-ragu untuk membeli produk yang dijual kerana
bimbang ianya tidak halal. Cik Manis juga tidak menjelaskan sama-ada produk itu
halal atau haram, yang diberitahunya ialah kenyataan bahawa produk itu bukan
produk tempatan. Timbul unsur ketidakjelasan disini apabila Cik Manis tidak
memberitahu secara terperinci tentang hukum produk tersebut. Ketidakjelasan disini
dipanggil sebagai Gharar. Jual beli yang mempunyai unsur ketidakjelasan (gharar)
adalah jualbeli yang dilarang didalam fiqh muamalat Islam. Jual beli ini mempunyai
unsur yang digelar gharar (ketidakpastian atau samar). Jual beli ini berkemungkinan
terjerumus dalam penipuan seperti mana menjual ikan di dalam laut atau buah pada
pokok yang belum berbuah. Larangan ini berdasarkan perintah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam yang bermaksud:

“Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, kerana jual beli seperti itu termasuk
gharar”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Selain itu, Cik Manis juga menyuruh Fatty mencuba dahulu produk itu sendiri
dirumah. Tiga hari selepas itu, Cik Manis telah menghantar wakil bagi mengutip
pembayaran dari Fatty yang mengalami cirit birit serius sehingga terlantar di hospital.
Isu yang timbul disini ialah doktrin khiyar. Khiyar ini bermaksud satu hak yang diberi
kepada pihak yang berkontrak sama ada hendak meneruskan kontrak atau
membatalkan kontrak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dua orang yang mengadakan jual beli, diperbolehkan melakukan khiyar selama
keduanya belum berpisah dari tempat akad
(HR. Bukhari dan Muslim)
Khiyar yang wujud dalam transaksi antara Fatty dan Cik Manis ialah Khiyar Syarat.
Dalam khiyar jenis ini, satu pihak atau kedua pihak yang berkontrak mempunyai hak
yang sama iaitu sama ada hendak meneruskan akad yang dibuat atau membatalkannya
bergantung kepada syarat yang telah dikenakan. Khiyar/ pilihan ini dinamakan khiyar
syarat kerana penjual telah mengenakan syarat iaitu pembeli mempunyai tempoh
selama 3 hari untuk berfikir dan membuat pilihan. Jumhur ulama bersetuju bahawa
tempoh khiyar mesti diketahui oleh penjual dan pembeli. Abu Hanifah dan Syafie
berpendapat tempoh khiyar adalah 3 hari berdasarkan hadis Rasulullah SAW telah
bersabda:

“Engkau boleh khiyar pada semua jenis barangan yang engkau telah beli selama 3
hari 3 malam”.

Tempoh khiyar tamat jika kontrak diteruskan atau dibatalkan, berlalunya tempoh
khiyar tanpa penerimaan atau tanpa pembatalan, kerosakan barang yang dikhiyarkan,
kematian orang yang disayaratkan khiyar untuknya. Didalam kes yang sedang
dibincangkan ini, tempoh tiga hari yang diberikan oleh Cik Manis sebelum
menghantar wakil mengutip pembayaran telah mewujudkan khiyar syarat. Selama
tempoh yang diberikan, Fatty masih boleh membuat pilihan untuk membatalkan
kontraknya dengan Cik Manis. Namun, jika tempoh itu tamat, maka pilihan untuk
menamatkan kontrak juga tamat.

15. Berikan definisi khiyar berserta pengertian ringkas untuk jenis khiyar yang
berikut, serta dalil bagi menyokong setiap jawapan anda.

Khiyar ialah sebuah doktrin pilihan dalam transaksi Islam. Ia membawa maksud satu
hak yang diberi kepada pihak yang berkontrak sama ada hendak meneruskan atau
membatalkan kontrak.

a. Khiyar al majlis

Hak untuk memilih bagi pihak-pihak yang melakukan transaksi atau perjanjian jual-
beli, antara melanjutkan atau membatalkan transaksi/perjanjian selama masih berada
dalam majlis akad. Dalil bagi menyokong khiyar ini ialah hadis berikut:

“Dari Ibnu Umar ra. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, “Apabila ada dua
orang melakukan transaksi jual beli, maka masing-masing dari mereka (mempunyai)
hak khiyar, selama mereka belum berpisah dan mereka masih berkumpul atau salah
satu pihak memberikan hak khiyarnya kepada pihak yang lain.
Namun jika salah satu pihak memberikan hak khiyar kepada yang lain lalu terjadi
jual beli, maka jadilah jual beli itu, dan jika mereka telah berpisah sesudah terjadi jual
beli itu, sedang salah seorang di antara mereka tidak (meninggalkan) jual belinya,
maka jual beli telah terjadi (juga).”
(HR. Al.Bukhari dan Muslim)

b. Khiyar syarat
Satu pihak atau kedua pihak yang berkontrak mempunyai hak yang sama iaitu
sama ada hendak meneruskan akad yang dibuat atau membatalkannya bergantung
kepada syarat yang telah dikenakan. Jumhur ulama bersetuju bahawa tempoh khiyar
mesti diketahui oleh penjual dan pembeli. Tempoh khiyar tamat jika kontrak
diteruskan atau dibatalkan, berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan atau tanpa
pembatalan, kerosakan barang yang dikhiyarkan, kematian orang yang disayaratkan
khiyar untuknya Abu Hanifah dan Syafie berpendapat tempoh kyiar adalah 3 hari
berdasarkan hadis Rasulullah SAW telah bersabda:

“Engkau boleh khiyar pada semua jenis barangan yang engkau telah beli
selama 3 hari 3 malam”.

c. Khiyar al’aib

Khiyar ini terjadi apabila berlaku kecacacatan atau kerosakan sesuatu barang
yang dibeli atau tidak menepati spesifikasi sepertimana yang dikontrakkan. Pembeli
boleh menamatkan kontrak ataupun meminta harga yang lebih rendah kerana pembeli
tidak tahu sifat kecacatan itu sewaktu membeli atau sewaktu membuat kontrak.
Kecacatan yang disebutkan adalah berupa kecacatan yang boleh mengurangkan nilai
harga barang. Segala bentuk kecacatan ini membolehkan pihak yang terlibat memilih
sama ada hendak menerima atau menolak kontrak tersebut. Hukum khiyar ini harus
berdasarkan hadis berikut:

Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.;


“Aisyah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah membeli seorang
budak (hamba). Budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan kemudian didapati
budak itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian
budak itu dikembalikan semula kepada penjualnya”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

d. Khiyar rukyah
Khiyar ru’yah adalah hak pembeli untuk membatalkan akad atau tetap
melangsungkannya ketika ia melihat objek akad dengan syarat ia belum melihatnya
ketika berlangsung akad atau sebelumnya ia pernah melihatnya dalam batas waktu
yang memungkinkan telah jadi batas perubahan atasnya. Jumhur ulama berpendapat
bahawa, dalam jual beli benda yang ghaib (tidak ada di tempat) atau benda yang
belum pernah di lihat, pembeli berhak mendapat hak khiyar. Pendapat ini berdasarkan
Hadis yang bermaksud:

“Barang siapa membeli sesuatu yang belum pernah dilihatnya, maka baginya
hak khiyar ketika melihatnya” (HR. Darul Quthni)

e. Khiyar al-ta’yin
Hak yang dimiliki oleh orang yang menyelenggarakan akad (terutama
pembeli) untuk menjatuhkan pilihan di antara tiga sifat barang yang ditransaksikan.
Pembeli diberikan hak pilih (ta’yin) untuk mendapatkan barang yang terbaik menurut
penilaiannya sendiri tanpa menadapatkan tekanan dari manapun juga.
Menurut Mazhab Hanafi, khiyar ta’yin hanya berlaku dalam transaksi yang
bersifat memindahkan hak milik yang berupa materi dan mengikat bagi kedua belah
pihak, seperti jual beli

f. Khiyar al-sifat
Khiyar di mana pembeli diberi kesempatan untuk memilih antara menerima
semua harga yang disebutkan, atau membatalkan jual beli kerana hilangnya sifat yang
disenangi dalam barang yang dijual, yang tidak ada majlis akad.

g. Khiyar al-talaqqi al-ruqban


Khiyar ini ialah seperti memintas pedagang. Contohnya, seorang peniaga
memintas para pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia memperdaya mereka
dengan mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya
dan dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli
barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal. Jual beli
tersebut sah tetapi haram kerana wujudnya unsur penipuan. Apabila para pedagang
tadi tiba ke kawasan perniagaan dan mengetahui harga pasaran yang sebenar selain
menyedari mereka telah ditipu (maghbunun), mereka berhak menuntut khiyar dan
membatalkan jual beli tadi.

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah RA berkata:

“Nabi SAW melarang manusia memintas dagangan, jika ia dipintas oleh seseorang
dan orang ini membelinya maka pemilik barangan tadi berhak menuntut khiyar jika
dia tiba di pasar.”

Riwayat Muslim (no.1519)

16. Hasan seorang eksekutif muda sangat berminat kepada kereta mewah. Setiap
hari dia membelek-belek majalah Auto Trader. Satu hari dia telah terpikat
kepada sebuah kereta Mercedes Benz Brabus Sport model 2008. Beliau terus
menghubungi Atan, seorang penjual kereta. Atan tahu bahawa enjin kereta
tersebut bukan enjin brabus tetapi Mercedes e200. Kereta tersebut telah diuplift
mengikut reka bentuk Brabus. Hasan telah datang ke kedai Atan dan memandu
uji kereta tersebut. Beliau sangat berpuas hati dengan kereta tersebut dan terus
bersetuju untuk membelinya. Empat hari kemudian beliau gagal menghidupkan
enjin keretanya.

A. Nasihatkan pihak yang terbabit.


Hasan dan Atan telah memasuki sebuh kontrak jual beli kereta. Bagi setiap kontrak,
terdapat hak yang diberi kepada pihak yang berkontrak sama ada hendak meneruskan
kontrak atau membatalkan kontrak. Hak ini dipanggil khiyar ataupun pilihan. Didalam
kes Hasan, kereta itu telahpun dipandu ujinya dan dia berpuas hati. Transaksi jual beli
telahpun berlaku namun, selepas 4 hari, kereta itu gagal berfungsi. Disini, timbulnya
hak bagi khiyar al- ‘aib. Khiyar ini terjadi apabila berlaku kecacacatan atau kerosakan
sesuatu barang yang dibeli atau tidak menepati spesifikasi sepertimana yang
dikontrakkan. Pembeli boleh menamatkan kontrak ataupun meminta harga yang lebih
rendah kerana pembeli tidak tahu sifat kecacatan itu sewaktu membeli atau sewaktu
membuat kontrak. Kecacatan yang disebutkan adalah berupa kecacatan yang boleh
mengurangkan nilai harga barang. Segala bentuk kecacatan ini membolehkan pihak
yang terlibat memilih sama ada hendak menerima atau menolak kontrak tersebut.
Hukum khiyar ini harus berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah membeli seorang budak
(hamba). Budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan kemudian didapati budak
itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian budak
itu dikembalikan semula kepada penjualnya”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)
Kecacatan yang dimaksudkan didalam khiyar ini ialah kecacatan yang boleh
mengurangkan nilai harga barang. Segala bentuk kecacatan ini membolehkan pihak
yang terlibat memilih sama ada hendak menerima atau menolak kontrak tersebut.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa syarat untuk pemakaian khiyar ini. Syarat-
syarat ini seperti berikut –

a) Kecacatan wujud sebelum kontrak atau setelah kontrak tetapi belum dilakukan
penyerahan.
b) Jika kecacatan berlaku selepas tamat kontrak, maka khiyar aib tidak boleh
disabitkan
c) Kecacatan tidak diketahui oleh pembeli sewaktu kontrak. Jika pembeli tahu,
khiyar aib tidak terpakai.
d) Jenis barang yang dibeli biasanya tidak cacat
e) Kecacatan tidak hilang sebelum kontrak dibatalkan
f) Kecacatan tersebut bukan dari jenis yang mudah diatasi.

Kerosakan dan kegagalan enjin kereta berfungsi jatuh dibawah syarat-syarat diatas.
Oleh itu khiyar al-aib ini terpakai. Kontrak jual beli kereta antara Hasan dan Atan
adalah sah. Pilihan jatuh kepada pihak yang menerima kerugian disebabkan oleh
kecacatan tersebut iaitu Hasan, untuk meneruskan kontrak atau membatalkan atau
menuntut ganti rugi.

B. Adakah terdapat perbezaan sekiranya kereta tersebut tidak hidup dalam tempoh 3
hari.
Tiada. Khiyar syarat tetap ada dan memperuntukkan tempoh 3 hari 3 malam bagi
pihak yang terlibat untuk membuat pilihan sama ada untuk meneruskan atau
membatalkan kontrak yang telah dimasuki. Peruntukkan tempoh tiga hari ini adalah
berdasarkan sabda Rasulullah SAW –
“Engkau boleh khiyar pada semua jenis barangan yang engkau telah beli selama 3
hari 3 malam”.
Jika kereta tersebut tidak hidup dalam tempoh 3 hari, Hasan boleh membatalkan
kontrak mereka.

17. Ali telah menjual kereta Perodua Kancil terpakai kepada Parvez, seorang
pelajar Iran yang sedang mengambil kursus Sarjana di Fakulti Undang-undang,
UKM dengan harga RM 5000.00 secara bayaran ansuran sebanyak RM 500.00
untuk 10 bulan. Parvez telah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Tiba-tiba
Parvez telah berlanggar dengan sepasang monyet yang sedang melintas jalan
ketika beliau tergesa-gesa hendak ke Fakulti Undang-undang, UKM. Akibatnya
kereta kancil tersebut remuk dan beliau patah kaki. Beliau telah gagal membuat
pembayaran ansuran selama 3 bulan. Ali telah mengenakan bayaran tambahan
atas kelewatan tersebut.

Berdasarkan kepada kes di atas, bincangkan jenis kontrak yang dimasuki dalam
kontrak muamalat Islam dan adakah wajar Ali mengenakan bayaran tambahan atas
kelewatan tersebut?

Kontrak muamalat yang dimasuki ialah kontrak murababah. Murabahah


adalah merujuk kepada transaksi pembelian dan penjualan di mana harga kos aset dan
margin keuntungan telah diketahui oleh pembeli dan dipersetujui oleh pihak yang
berkontrak. Dalam kontrak ini, pembayaran harga jualan boleh dibuat secara penuh
atau secara berperingkat. Berdasarkan fakta kes, kedua-dua Ali dan Parvez bersetuju
akan harga kereta semasa akad. Ali juga bersetuju bahawa pembayaran bagi kereta
akan dilakukan secara ansuran oleh Parvez.

Bayaran tambahan di dalam kes ini ialah riba Nasi`ah iaitu pertukaran benda
yang sama jenis atau sama kategori walaupun berlainan jenis yang dilakukan secara
bertangguh.
Bayaran tambahan ini jatuh dibawah Riba Buyu iaitu riba ini timbul apabila
berlakunya pertukaran antara dua bahan ribawi dalam kategori yang sama jika tidak
mengikut peraturan yang ditetapkan.

18. Kuasa pengawasan oleh pihak –pihak berkelayakan adalah sangat penting
dalam menjalankan transaksi harta bagi sebahagian individu yang kehilangan
kelayakan bertransaksi, atau belum mencapai tahap kelayakan tersebut. Dalam
beberapa kemungkinan pula, ada juga individu yang sengaja memilih untuk
melantik individu yang lain bagi menjalankan transaksi bagi pihaknya.

Senaraikan jenis-jenis kuasa pengawasan yang wujud serta syarat-syarat untuk


melaksanakan kuasa pengawasan tersebut.

Jenis Pengawasan Definisi Syarat


Autoriti Wilayah Autoriti yang diiktiraf oleh Terpakai untuk kanak-kanak yang
syarak untuk melayakkan belum baligh.
seseorang mengadakan Jika kanak-kanak meningkat baligh
akad dan urusan sama ada tiba-tiba gila, autoriti penjagaan dan
untuk dirinya atau untuk pengurusan harta sama spt kanak-
orang lain. kanak.

Mazhab Hanafi
Bapa > Wasi Bapa > Datuk > Wasi
datuk > Qadi

Mazhab Shafie
Bapa > DatukWasi > Bapa >
Wasi datuk > Qadi
Autoriti Wakalah Penyerahan kuasa Syarat Pemberi
seseorang kepada wakilnya -Wakil (Al- Muwakkil)
untuk mengurus dan -Berkelayakan dan ada kuasa untuk
menjaga urusannya yang mengurus sendiri tugas yang
boleh diwakilkan semasa diwakilkannya
hidupnya
Syarat Penerima Wakil (Al Wakil)
Autoriti yang membolehkan -Berakal
seseorang itu mengurus dan -Mumaiyiz
mengadakan kontrak bagi -Belum baligh tetapi sudah mumaiyiz
orang lain yang diwakilinya dan berakal
dan diiktiraf oleh syarak. -Mazhab Hanafi= harus jadi wakil
-Mazhab Shafie, Hambali, Maliki=
Wakalah menurut fuqaha bergantung kepada keupayaan
ialah kontrak yang mengurus
dilakukan oleh dua orang di
mana salah seorang Syarat Subjek Perwakilan
daripadanya memberi kuasa (al Muwakkil Fih)
kepada seseorang untuk -Perkara tersebut diketahui oleh wakil
menjalankan urusannya dengan jelas
sebagai ganti. -Perkara tersebut halal disisi syarak.
-Tugas yang diwakilkan itu hendaklah
perkara yang boleh diwakilkan menurut
hukum syarak. Bukan menjadi saksi
mengangkat sumpah

19. Si Belalang merupakan seorang kanak-kanak yang rajin bekerja untuk mencari
rezeki sesuap nasi bagi memenuhi keperluan dirinya dan bapanya yang pemalas.
Setiap hari Belalang akan pergi merayau-rayau sekeliling kampung untuk
mencari pekerjaan. Pada suatu hari dalam perjalanan pulang, Belalang
terserempak dengan dua orang pencuri yang sedang mengheret dua ekor lembu
dan dua ekor kambing hasil curian mereka. Dengan kepintaran yang ada
padanya, Belalang berjaya menakut-nakutkan dua orang pencuri tersebut dan
dapat memulangkan semula haiwan-haiwan tersebut kepada tuannya, Pak
Malau. Pak Malau sangat gembira lalu bercadang hendak memberi hadiah yang
banyak kepada Belalang berupa wang dan dusun buah. Dia meminta Tok
Janggut iaitu penghulu kampung untuk mentadbir hadiah tersebut sementara
menanti Belalang dewasa. Apabila perkara ini diketahui oleh Pak Belalang,
beliau meminta untuk mentadbir sendiri hadiah anaknya itu kerana dia adalah
bapa dan wali yang sah bagi anaknya.

Tok Janggut ingin memenuhi permintaan Pak Belalang demi untuk menjaga
hati anak buahnya itu, tetapi Pak Malau tidak bersetuju membenarkan Pak
Belalang yang mentadbirnya, beliau mahu Tok Janggut yang menjadi pentadbir
harta itu. Kedua-dua Pak Belalang dan anaknya tidak faham dengan apa yang
diterangkan oleh Pak Malau.

Jelaskan kepada Pak Belalang mengapa perkara ini terjadi dan bilakah
Belalang dan bapanya akan dapat menggunakan dan mentadbir harta tersebut?

Untuk pengetahuan Pak Belalang, sebagai seorang kanak-kanak, Si Belalang


masih belum layak untuk mentadbir hartanya sendiri. Contoh harta disini, hadiah
berupa wang dan dusun buah yang diberikan oleh Pak Malau kepada Belalang. Oleh
itu, Belalang boleh melantik seorang wakil yang dipercayainya untuk menguruskan
kontrak bagi pihaknya. Terdapat dua autoriti yang perlu diketahui Pak Belalang iaitu;
(i) Autoriti Wilayah dan (ii) Autoriti Wakalah. Autoriti wilayah adalah kuasa yang
diiktiraf oleh undang-undang syariah untuk melayakkan seseorang mengadakan akad
dan urusan samada untuk dirinya atau untuk orang lain. Wakalah adalah satu daripada
autoriti yang membolehkan seseorang itu mengurus dan mengakadkan akad bagi
pihak orang lain yang diwakilinya dan diiktiraf oleh syara’. Wakalah mengikut
definisi yang diberikan oleh fuqaha ialah akad yang dilakukan oleh dua orang atau
dua pihak yang salah seorang daripadanya memberi kuasa kepada seseorang untuk
menjalankan urusannya sebagai gantinya dalam perkara dan urusan tertentu.
Firman Allah s.w.t bermaksud “Maka hendaklah kamu hantarkan seorang
penimbangtara dari pihak suami dan seorang penimbangtara dari pihak isteri.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya Rasullah s.a.w mewakilkan Umar bin Umaiyah
al-Dhamri untuk mengahwinkan Ummu Habibah. Belalang dan Pak Belalang akan
dapat menggunakan dan mentadbir harta tersebut jika:

1. Pemberi wakil telah melakukan sendiri kontrak yang diwakilkan


2. Perlantikan ditamatkan oleh pemberi wakil dengan pengetahuan wakil.
3. Pihak wakil menarik diri daripada menjadi wakil dengan syarat penarikan diri
tersebut diketahui oleh pemberi wakil.
4. Urusan yang diwakilkan telah selesai dilakukan oleh pihak wakil atau berlaku
sebab-sebab yang menghalangnya untuk melaksanakan tugas
5. Wakil tidak lagi mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang wakil walaupun
tanpa diketahui oleh pihak pemberi wakil.
6. Pemberi wakil tidak lagi mempunyai kelayakan untuk mengurus sendiri hal-hal
yang diwakilkan itu.

Anda mungkin juga menyukai